Friday, March 30, 2018

Selepas Israfil Meniup Sangkakala

Selepas Israfil Meniup Sangkakala

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yang lain dan setelah itu barulah Izrail mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhir nyawanya sendiri.

Selepas Israfil Meniup Sangkakala

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil dihidupkan semula, seterusnya meniup sangkakala untuk kali kedua.

Lantas seluruh makhluk dihidupkan semula di atas dataran putih yang rata dan terbentang luas.

Permukaannya langsung tidak berbukit dan dikenali sebagai padang Mahsyar.

Ketika itu semua makhluk dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Tiada rasa malu kerana ketika itu mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib masing-masing yang akan dihitung.

Ketika itulah datangnya api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh untuk menghalau semua makhluk ke tempat perhimpunan besar.

Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak melakukan dosa).

Ketika itu, ibu akan melupakan anak, suami melupakan isteri. Setiap manusia akan sibuk memikirkan nasib masing-masing.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.

Berlakulah huru-hara dan tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang cukup kuat dan dahsyat.

Ketika itulah turunnya malaikat sambil bertasih kepada Allah. Seluruh makhluk ketika itu terkejut apabila melihat saiz malaikat yang amat besar dan suara yang menakutkan.

Tidak lama kemudian, matahari pun munul semula dengan kepanasan yang berganda seolah-olah ia hanya berada sejengkal dari atas kepala mereka.

Ulama berkata, jika matahari naik dibumi seperti keadaannya naik di hari kiamat, nescaya seluruh bumi akan terbakar. Bukit-bukau hanur dan sungai akan menjadi kering.

Ketika itulah mereka merasai kepanasan yang teramat sehinggakan air peluh menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka ketika itu hanya bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan seperti itu akan berlanjutan sehingga 1,000 tahun.

Telaga Al-Kausar

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama 'Al-Kausar' yang mana air di dalamnya hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.

Selain dari itu, mereka akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.

Jika diminum air dari telaga Al-Kausar, pasti tidak akan haus buat selama-lamanya.

Telaga itu berbentuk empat segi, sebesar satu bulan perjalanan. Bau airnya lebih harum daripada kasturi. Warnanya lebih putih dari susu, rasanya lebih sejuk dari embun dan airnya mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada dibawah cahaya matahari terik kecuali tujuh golongan yang mendapat teduhan Arasy.

Mereka ialah pemimpin yang adil, orag muda yang taat kepada perintah Allah, lelaki yang terikat hatinya dengan masjid, dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, lelaki yang dijak oleh wanita berzina tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut kepada Allah, lelaki yang bersedekah dengan sembunyi (tidak diketahui orang ramai) dan lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana terlalu lama menunggu di padang Mahsyar, manusia terdengar suara, "Pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka, mereka pun pergi mencari para nabi.

Nabi pertama mereka berjumpa adalah Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s. menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan kepada Allah.

Maka kumpulan itu kemudian berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. namun semuanya memberikan jawapan seperti Nabi Adam. Akhirnya mereka berjumpa dengan Rasulullah SAW.

Jarak masa antara satu nabi dengan nabi yang lain adalah 1,000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT, lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk.

Arasy dan Kursi

Maka terbelah langit, turunlah Arasy Tuhan yang dipikul oleh lapan malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga Arasy itu tiba di bumi.

Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yag mempunyai empat batang tiang yang sentiasa dipikul oleh empat malaikat yang besar dan gagah.

Arasy seumpama istana yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.

Arasy dilingkungi embun yang menghijabkan cahaya yang sangat terang. Kursi pula ialah jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh empat malaikat yang sangat besar.

Saiz Kursi lebih kecil dari Arasy, umpama cincin di tengah padang, seumpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut, lalu dimulakan timbangan amal.

Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa salah dan silap, lalu tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.

Seluruh manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim dan setiap pengikut ada tanda mereka sendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama dihisab adalah umat Muhammad SAW dan amalan yang pertama ditanya adalah solat.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika bukan mukmin.

Titian Siratul Mustaqim

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu neraca timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan dua daun.

Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala manakala daun yang gelap untuk menimbang dosa.

Ketika dihisab, mulut manusia akan terkunci, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalik dan hujah tipuan. Semua akan diadili dengan adil.

Setelah dihisab, manusia akan mula berjalan menuju ke syurga melintasi jambatan Siratul Mustaqim.

Jambatan ini terbentang dibawahnya neraka. Lebarnya adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan lebih tajam darpada mata pedang.

Bagi orang mukmin, jambatan Siratul Mustaqim akan dilebar dan dipermudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata, perjalanan di titian Siratul Mustaqim adalah selama 15,000 tahun. 5,000 tahun menaik, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun menurun.

Saham Akhirat

Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki.

Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Setiap 1,000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 yang lain akan terjatuh ke dalam neraka.

Jadi, sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat dan rakan-rakan yang lain.

Sabda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya tiga perkara yang akan dibawanya bersama, sedekah, amal jariahnya, doa anak-anaknya yang soleh, ilmu bermanfaat yang disampaikan kepada orang lain."

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Trompet Hari Kiamat!

-SENTIASAPANAS.COM

Persempadanan Semula SPR PRU14 Yang Pengundi Perlu Tahu

Persempadanan Semula SPR PRU14 Yang Pengundi Perlu Tahu

Laporan akhir persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk semenanjung dan Wilayah Persekutuan telah dibentangkan di parlimen, tetapi apa maksud sebenarnya buat pengundi biasa?

Persempadanan semula SPR

Selain pengundi terpaksa menyemak semula lokasi mengundi untuk pilihan raya umum akan datang, persempadanan semula juga telah mengubah nilai undi masing-masing.

Tidak kira jumlah pengundi sesuatu kawasan itu ada 10,000 atau 100,000 orang, tiap kawasan akan tetap memilih seorang wakil rakyat sahaja.

Amalan itu dilakukan setiap 10 tahun dengan alasan supaya jumlah pengundi setiap kawasan mempunyai jumlah pengundi yang lebih seimbang bagaimanapun, kadang kala proses ini disalah guna untuk kepentingan sebelah pihak.

Kami akan menunjukkan bagaimana persempadanan semula kawasan pilihan raya boleh mempengaruhi keputusan (PRU14), serta bagaimana pengundi boleh menyemak sama ada amalan itu menjejaskan mereka.

Bagaimana bentuk kawasan pilihan raya di Malaysia?

Terdapat keseluruhan 222 kerusi parlimen yang didalamnya terdapat dua hingga enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam setiap DUN ada beberapa daerah mengundi yang antara empat tempat bagi kawasan kecil sehingga 20 tempat bagi kawasan besar.

SPR boleh mengubahnya di setiap peringkat.

Apa SPR boleh buat?

Di peringkat pusat, SPR boleh memindah atau menukar kerusi DUN dari satu parlimen ke parlimen lain, mengubah komposisi sesebuah kerusi, populasi pengundi dan malah kecenderungan politik.

Perkara sama boleh dibuat di peringkat DUN dengan memindahkan pusat mengundi dari satu kerusi ke kerusi lain. Bentuk perubahan ini lebih sukar untuk dikesan semata-mata berdasarkan bilangan pusat pengundian.

Sebagai contoh, di Selangor sahaja ada 946 pusat mengundi.

Satu lagi perubahan, yang jarang berlaku, dengan memecahkan satu pusat mengundi kepada dua dan meletakkannya dalam kawasan berbeza.

Selain itu, SPR juga boleh menggabungkan pusat mengundi dari kawasan berbeza dan meletakkannya di satu kawasan.

SPR juga boleh mengubah nama kawasan atau pusat mengundi.

Apa yang SPR buat?

Persempadanan semula kali ini agak unik kerana tidak melibatkan penambahan jumlah kerusi parlimen, yang memerlukan pindaan perlembagaan dan sokongan dua pertiga anggota Dewan Rakyat.

Seperti yang kita tahu, BN tidak lagi mempunyai suara sebanyak itu di parlimen.

Bagaimanapun, SPR telah menggariskan semula sempadan pilihan raya di 222 kerusi parlimen, yang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah dalam parlimen.

BN dengan mudah dapat mengalahkan pembangkang apabila pengundian dibuat.

Perkara itu telah berlaku di Sabah dan Sarawak tetapi tidak semenanjung kerana BN tidak menguasai tiga negeri dan majoriti dua pertiga anggota Dewan Rakyat.

Perubahan di peringkat persekutuan

Semakan terhadap laporan persempadanan semula menunjukkan sekurang-kurangnya 14 kerusi parlimen diubah dengan memindahkan DUN antara kawasan parlimen.

Perak

Di Perak misalnya, kerusi Sitiawan (dinamakan semula sebagai Astaka) dibawah parlimen Lumut yang dipindahkan ke kawasan parlimen Beruas.

Dalam pilihan raya umum 2013 lalu, Lumut mempunyai tiga DUN – Sitiawan, Pasir Panjang dan Pangkor. PKR menang di parlimen Lumut dengan 8,168 undi.

Bagaimanapun, kebanyakan undi PKR datang dari Sitiawan, yang DAP menang dengan jumlah besar 11,820 undi. Pembangkang kalah di Pasir Panjang dan Pangkor.

Justeru, tanpa Sitiawan, pembangkang kemungkinan besar akan kecundang di Lumut.

Kelantan

Di Kelantan, kerusi DUN Chetok di Pasir Mas ditukar dengan Meranti di Rantau Panjang

PAS menang di Pasir Mas dengan 8,047 undi manakala di Rantau Panjang pula dengan majoriti 6,276 undi.

Dengan memindahkan Meranti (PAS menang 3,933 undi) dengan menggantikannya dengan Chetok (PAS menang 1,985 undi), Rantau Panjang akan menjadi kerusi lebih marginal. Sementara Pasir Mas yang sudah sedia selamat akan lebih menjanjikan kemenangan pada parti itu.

Selangor

Di Selangor terdapat perubahan di l0 kawasan parlimen.

Kawasan-kawasan itu adalah Hulu Langat, Serdang (dinamakan semula sebagai Bangi), Puchong, Kelana Jaya (Subang), Petaling Jaya Selatan (Petaling Jaya), Petaling Jaya Utara (Damansara), Subang (Sungai Buloh), Kapar, Klang dan Kota Raja.

Berikut ringkasan perubahan itu:

Persempadanan Semula SPR PRU14 Yang Pengundi Perlu Tahu

Beberapa DUN terlibat diberi nama baru, iaitu Bangi (ditukar kepada Sungai Ramal, Damansara Utama (Bandar Utama), Sungai Pinang (Bandar Baru Klang), Kota Alam Shah (Sentosa) dan Sri Andalas (Sungai Kandis).

Pulau Pinang

Pulau Pinang hanya satu-satunya negeri yang tidak mempunyai perubahan sama ada di peringkat DUN atau parlimen.

Perubahan DUN

Kerusi DUN boleh diubah dengan memindahkan kawasan mengundi.

Terdapat 6,125 pusat mengundi di semenanjung dan Wilayah Persekutuan. Ratusan perubahan telah dibuat, menjadikan mustahil disenaraikan semula dalam laporan ini.

Kedah

Bagi menggambarkan perubahan itu, contohnya dapat dilihat di DUN Bukit Selambau di Kedah, yang dimenangi PKR dengan hanya 530 undi.

SPR memutuskan memindahkan pusat mengundi Taman Ria Jaya (dimenangi PKR dengan 905 undi) ke DUN bersebelahan, Sidam.

Ia bukan sahaja menghapuskan majoriti PKR tetapi memberi kelebihan 375 undi kepada BN.

Johor

Di Johor, DAP kalah tipis 103 undi di Paloh.

SPR memindahkan Felda Kahang Barat ke Paloh. Felda itu menyaksikan BN menang dengan 1,279 undi.

Pusat mengundi itu pada asalnya dari kawasan bersebelahan Kahang, yang BN menang selesa 7,801 undi.

Perubahan pusat mengundi

Penggabungan dan pemecahan pusat mengundi jarang dibuat tetapi semakan laporan persempadanan semula yang dilihat menyaksikan ia berlaku di sesetengah tempat.

Terengganu

Di pusat mengundi Pak Sabah, Terengganu, dalam DUN Rantau Abang (PAS menang 141 undi), mempunyai 1,887 pengundi.

Berdasarkan Google Maps, pusat mengundi melibatkan dua kampung, iaitu Kampung Che Lijah dan Kampung Pak Sabah.

SPR memindahkan 1,163 daripada 1,887 pengundi di Pak Sabah ke Sura Gate, pusat mengundi di DUN Sura.

Susulan Pak Sabah hanya melibatkan pengundi dari Kampugn Che Lijah, ia diberi nama baru pusat mengundi Che Lijah.

Perubahan di peringkat ini sukar dianalisis kerana pengundi Che Lijah dan Pak Sabah membuang undi di peti yang sama dalam pilihan raya umum lalu.

Mustahil untuk diketahui tentang kecenderungan pengundian di kawasan itu.

Bagaimanapun, secara keseluruhan, 59.87 pengundi di kawasan itu cenderung kepada PAS. Mengandaikan 1,163 pengundi dipindah keluar dan akan mengundi dengan dengan cara yang sama, PAS akan hilang 700 undi.

Memang di Rantau Abang dengan majoriti tipis 141 undi, pemindahan itu boleh membuatkan PAS kalah kali ini.

Bagaimana Persempadanan Semula ini akan mempengaruhi keputusan PRU14?

Kesemua kiraan di atas berdasarkan keputusan PRU13 lalu dan sempadan pilihan raya baru.

Bagaimanapun, dengan faktor-faktor baru menjelang PRU14, sempadan baru pilihan raya akan mengukuhkan lagi kekuatan dan kelemahan kedua-dua pihak, BN dan pembangkang.

Sebagai contoh, jika sokongan tidak berubah, pertembungan tiga penjuru dengan sempadan baru pilihan raya akan menyebabkan Pembangkang kalah teruk.

Sebaliknya, jika “tsunami Melayu” menyebelahi Pembangkang, ia akan memakan diri BN.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Thursday, March 29, 2018

Data Pemilik Facebook Dijual USD5 Setiap Akaun!

Data Pemilik Facebook Dijual USD5 Setiap Akaun!

Sebuah laporan terbaru dari agensi pemasaran kandungan, Fractl, data peribadi Facebook dianggap memiliki nilai tersendiri, khususnya di dalam 'The Deep Web'
atau pasaran gelap.

Data Pemilik Facebook Dijual USD5 Setiap Akaun!

Menurut Fractl, di pasaran gelap data peribadi atau log in pengguna Facebook mampu dijual sekitar USD$5.20 bagi setiap akaun yang masih dianggap murah sedangkan satu akaun Facebook mampu menjadi gerbang untuk akses ke ratusan aplikasi.

Ketika ini, Facebook membuat ribuan aplikasi yang saling berhubung dan boleh memungut data dari penggunaannya.

Aplikasi tersebut termasuk AirBnB, Spotify, sehinggalah platform game online.

Ramai pengguna menggunakan akaun Facebook untuk masuk ke dalam pelbagai aplikasi yang bermaksud, Facebook dengan mudah boleh mendapatkan maklumat banyak akaun pengguna lain.

Penjualan privasi data Facebook juga membongkar harga data peribadi popular lain, seperti Gmail, Uber dan Grubhub yang dijual pada harga murah.

Sebagai contoh, nama pengguna dan kata laluan Gmail boleh ditawar bermula dari USD$1, sementara Uber USD$7 dan Grubhub USD$9.

Untuk perbandingan lain, data log in paling mahal dipegang oleh PayPal dengan harga USD$247 bagi setiap satu akaun.

Penjualan data peribadi menjadi permintaan klasik kerana banyaknya penawaran dan data tersedia di internet yang boleh didapati dengan mudah, kemudian dijual kepada pihak yang berminat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Dan Siapa Sebenarnya Cambridge Analytica?

sumber: republika

Gambar Berpeluk Tiz Zaqyah Dan Roberto Carlos Undang Kontroversi

Gambar Berpeluk Tiz Zaqyah Dan Roberto Carlos Undang Kontroversi

Gara-gara memeluk pelakon Tiz Zaqyah, bekas pemain bola sepak Brazil, Roberto Carlos diserang netizen dengan pelbagai kata-kata negatif dan kurang sopan oleh netizen menerusi entri terbaru yang dimuat naik Roberto di akaun Instagramnya pada Ahad (25/3/2018).

Gambar Berpeluk Tiz Zaqyah Dan Roberto Carlos

Walaupun entri Roberto Carlos tiada kaitan dengan foto berpeluk tersebut, netizen tetap meluahkan rasa tidak puas hati menerusi ruangan komen terhadap foto yang dimuat naik oleh Tiz pada Ahad, disebabkan ruangan komen berpelukan yang dimuat naik oleh Tiz itu telah ditutup.

Rata-ratanya meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap tindakan Roberto dan Tiz yang berpelukan dan menganggap perbuatan itu tidak sopan serta keterlaluan.

Dalam pada itu, Tiz juga memuat naik foto terbaru seolah-olah memerli tindakan netizen.

Namun netizen membidas kembali kenyataan pada foto tersebut dengan mengatakan mereka tidaklah mudah untuk dipermainkan sehingga tidak dapat membezakan sama ada foto itu telah disunting atau pun tidak.

Roberto Carlos duta global terbaharu AirAsia

Roberto Carlos duta AirAsia

Roberto Carlos yang baru dilantik menjadi duta global terbaharu syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, bakal membawa imej syarikat penerbangan tambang murah itu di persada dunia dalam pelbagai aspek penjenamaan.

"Saya rasa agak sukar untuk menjadikan AirAsia satu jenama (lebih) baik kerana ianya sudah pun terkenal.

"Saya di sini untuk menjadi sebahagian daripada keluarga AirAsia dan akan gunakan imej saya di seluruh dunia.

"Saya harap akan ada kerjasama baik antara kami dalam masa akan datang. Terima kasih kepada Tony Fernandes, beliau merupakan seorang yang hebat dan mempunyai imej yang baik di seluruh dunia.

"Saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan beliau," kata Roberto Carlos ketika ditemui.

"Di AirAsia, kami meletakkan diri kami di samping mereka yang mempunyai personaliti sama yang mendorong kami.

"Roberto Carlos mempunyai cerita sama. Dia mula bermain di jalanan Brazil dan memulakan karier bola sepak ketika berumur 12 tahun. Dia sangat bersungguh-sungguh untuk mencapai impiannya.

"Seperti kami juga, Roberto Carlos bekerja keras sehingga menjadi juara dunia apabila dia menjulang trofi Piala Dunia.

"Jadi, kami rasa kami mempunyai sinergi sama dengan Roberto Carlos dan dia boleh bekerjasama dengan kami untuk memberi dorongan dan galakkan kepada anak muda mencabar dan mengejar impian mereka," kata Rudy.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, Roberto Carlos menunjukkan bahawa apabila beliau inginkan sesuatu, beliau akan usaha sedaya upaya untuk mencapainya.

Beliau bagaimanapun tidak dapat hadir ke majlis pengumuman tersebut, sebaliknya berucap melalui rakaman video.

Buat masa ini, kerjasama antara AirAsia dan Roberto Carlos bertempoh selama tiga tahun, namun ia bergantung kepada sinergi yang dihasilkan dalam masa akan datang agar ia boleh berpanjangan.

Diberi gelaran "The Bullet Man" kerana sepakan percumanya yang padu, Roberto Carlos telah mewakili Brazil dalam tiga kejohanan Piala Dunia FIFA, dan beliau juga sebahagian daripada pasukan yang memenangi Piala Dunia 2002 yang berlangsung di Korea Selatan dan Jepun.

Di peringkat kelab, beliau bermain untuk Real Madrid dan telah memenangi empat piala kejohanan La Liga Sepanyol serta Liga Juara Juara UEFA sebanyak tiga kali pada 1989, 2000 dan 2002.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Pramugari AirAsia Malaysia Paling Cantik

sumber: aa2 | aa

Datin Rozita Akhirnya Di Penjara 8 Tahun Dera Amah Indonesia

Datin Rozita Akhirnya Di Penjara 8 Tahun Dera Amah Indonesia

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini (29/3/2018) mengetepikan hukuman bon berkelakuan baik yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya ke atas suri rumah, Rozita Mohamad Ali atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah ke atas pembantu rumah warga Indonesia.

Datin Rozita Akhirnya Di Penjara 8 Tahun Dera Amah Indonesia

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah sebaliknya menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun.

Menurutnya, alasan hukuman bon berkenaan adalah tidak wajar.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa hari ini setelah permohonan Rozita untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman ditolak.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Perbicaraan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad manakala tertuduh diwakili oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Pada 15 Mac 2018 lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun terhadap Rozita atas tuduhan mencederakan pembantu rumahnya, Suyanti Sutrinso, 19, selain membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, pelbagai pihak sebelum ini menzahirkan rasa tidak puas hati dan permohonan semakan semula hukuman dibuat oleh Jabatan Peguam Negara terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pindaan, dia didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop, sekaki payung, sebatang rod besi, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah, Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara, antara jam 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Difahamkan Rozita tidak mempunyai gelaran termasuk Datin seperti dilaporkan sebelum ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Selebriti Wanita Paling 'Panas' Indonesia 2017

sumber: malaysiakini

Menonton Konsert Mampu Memanjangkan Hayat Selama 9 Tahun!

Menonton Konsert Mampu Memanjangkan Hayat Selama 9 Tahun!

Berdasarkan kajian bersama oleh O2 dan pensyarah Universiti Goldsmith di United Kingdom (UK), Patrick Fagan, menghadiri persembahan langsung atau konsert secara live dapat membantu memanjangkan usia untuk hidup lebih lama, menurut satu kajian tersebut.

Menonton Konsert Mampu Memanjangkan Hayat Selama 9 Tahun!

Kajian itu mengatakan, menghabiskan masa selama 20 minit di konsert mampu meningkatkan tahap kesejahteraan seseorang sebanyak 21 peratus.

Faktor itu secara tidak langsung dapat meningkatkan jangka hayat sebanyak sembilan tahun.

"Kajian kami menunjukkan impak yang mendalam bagi kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan seseorang apabila aktiviti itu dilakukan setiap dua minggu atau lebih," kata Fagan.

Untuk menentukan keputusan kajian itu, ia diuji dalam 'ujian psikometrik dan ujian degupan jantung' kepada mereka yang melakukan aktiviti sihat seperti menghadiri konsert, melakukan yoga dan berjalan.

Keputusan menunjukkan bahawa mereka yang menghadiri konsert, tahap keyakinan diri mereka meningkat sebanyak 25 peratus dan akan merasa dirinya lebih diterima.

Selain itu, mereka juga mengalami peningkatan 75 peratus untuk rangsangan mental.

Pada tahun 2013, kajian di Finland mendapati bahawa kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam kelas nyanyian mempunyai kadar kepuasan yang lebih tinggi di sekolah.

Kajian 'The Journal of Positive Psychology' oleh sebuah pasukan di Universiti Missouri, Amerika Syarikat juga menyatakan bahawa muzik rancak mempunyai kesan positif untuk kesihatan yang baik.

"Setelah menggabungkan semua keputusan termasuk kajian O2, kami mendapati bahawa menghadiri konsert dua minggu sekali dapat meningkatkan jangka hidup selama satu dekad lagi,” tambah Fagan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Benarkah Wujud Alat Untuk Mengukur Ajal?

sumber: astroawani

Fenomena Pelik Salji Turun Berwarna Oren Di Eropah!

Fenomena Pelik Salji Turun Berwarna Oren Di Eropah!

Fenomena ribut salji pelik berwarna oren telah dilaporkan berlaku di empat negara Eropah iaitu Rusia, Bulgaria, Ukraine dan Romania, menyebabkan keadaan itu menjadi tular dengan cepat hinggakan ada netizen yang menyamakan ia dengan permukaan Marikh.

Fenomena Pelik Salji Turun Berwarna Oren

Salji oren itu dilaporkan di enam buah resort pelancongan malah ada di beberapa kawasan, salji dilaporkan berwarna coklat.

Disebabkan keadaan pelik itu, sepasukan saintis dari Hydrometeorology and Monitoring of the Black and Azov Seas tiba di resort pelancongan di Sochi untuk mengkaji fenomena luar biasa tersebut

Seorang jurucakapnya memberitahu, kemungkinan ia akibat angin yang meniup pasir dari padang pasir Sahara yang kemudiannya gugur sebagai hujan.

Gambar-gambar salji oren itu kini memenuhi media sosial di Bulgaria, Ukraine dan Romania.

Namun, ia bukan kali pertama fenomena pelik itu berlaku malah pada 2007, salji berwarna oren turun dilaporkan Siberia dan dikatakan dengan ribut pasir di kawasan berhampiran.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 8 Panorama Alam Yang Sangat Menakjubkan



sumber: mynewshub

Lelaki Masuk Universiti Semata-mata Mahu Mencari Jodoh

Lelaki Masuk Universiti Semata-mata Mahu Mencari Jodoh

Menyambung pengajian ke menara gading merupakan satu pintu sebelum melangkah ke alam pekerjaan dan pemilihan universiti perlulah tepat dengan mengambil kira pelbagai faktor, tetapi seorang lelaki daripada China mempunyai motif yang amat ganjil.

Lelaki Masuk Universiti Untuk Mencari Jodoh

"Supaya senang mencari teman wanita." Itu jawapan pelajar lelaki berusia 18 tahun itu yang enggan dikenali ketika sesi temu ramah di China Women's University di Beijing.

Setiap tahun, universiti itu akan mengambil 1,500 pelajar dan akan memilih seorang pelajar lelaki.

Tindakan pelajar lelaki yang berasal dari Ningbo, Zhejiang itu tular di media sosial kerana telah membangkitkan isu ketidakseimbangan jantina di China.

"Universiti ini mempunyai ramai pelajar wanita. Jika saya mampu menyambung pengajian di sini, saya tidak mempunyai masalah untuk mencari pasangan hidup," kata beliau dalam temuramah yang dirakam melalui video.

"Ayah saya menasihati saya untuk berhati-hati. Dia tidak mahu anaknya berubah kerana berada dalam persekitaran yang dikelilingi wanita," katanya lagi seperti dipetik Yangtze Evening News.

Pihak universiti memberitahu, hanya fakutli kesusasteraan yang menerima pelajar lelaki.

Walaupun mempunyai tandas untuk pelajar lelaki di seluruh bangunan dan juga perpustakaan, kemudahan untuk mereka adalah terbatas.

Menurut pihak universiti, Kolej kediaman lelaki adalah kecil tetapi bilik mereka mempunyai ruang yang mencukupi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Wednesday, March 28, 2018

Misteri Remaja Mengeluarkan Telur Di Indonesia

Misteri Remaja Mengeluarkan Telur Di Indonesia

Seorang pemuda bernama Akmal berusia 14 tahun dari daerah Gowa di Sulawesi Selatan, menjadi tajuk utama setelah mengeluarkan tujuh biji telur dalam masa seminggu, mendakwa dirinya 'melahirkan' telur sejak tahun 2015 dan dalam tempoh dua tahun, dia sudah mengeluarkan 20 biji telur.

Misteri Remaja Mengeluarkan Telur Di Indonesia

Pakar perubatan sendiri bingung melihat objek yang bentuk dan saiznya sama seperti telur ayam 'bersarang' dalam rektumnya (dubur) dan tidak ada penjelasan diberikan bagaimana telur-telur itu boleh wujud.

Sekarang, selepas tiga tahun, Akmal kembali ke hospital mendakwa dia telah mengeluarkan keseluruhan 20 biji telur.

"Dua tahun lalu dia bertelur 18 biji dan kini jumlahnya sudah 20 biji.

"Telur pertama saya pecahkan isinya cair berwarna kuning, tidak ada putih.

"Sebulan kemudian saya pecahkan lagi, tapi isinya putih tidak ada kuning," kata bapa Akmal, Rusli, di kediamannya ketika ditemui wartawan, memetik Detik.

Dua biji telur terakhir itu dikeluarkan di Hospital Syekh Yusuf di Gowa, yang mana doktor tidak mahu membuat andaian mengenai telur dan punca kejadian misteri ini.

Misteri Remaja Mengeluarkan Telur Di Indonesia

Jurucakap hospital Muhammad Taslim mencurigai telur yang berada dalam tubuh Akmal sengaja dimasukkan sendiri kerana mengikut logik perubatan, adalah mustahil untuk telur itu berada di saluran pencernaan.

"Buat masa ini kecurigaan kita seperti itu. Tapi kita tidak melihatnya," kata Taslim ketika dihubungi, memetik Detik.

"Secara ilmiah tidak mungkin ada telur di dalam tubuh manusia, apatah lagi di saluran pencernaan," katanya.

Taslim berkata telur-telur yang pernah dikeluarkan pada 2015 adalah telur ayam biasa.

"Dua tahun lalu kita minta telur-telur itu diperiksa tapi saya tidak tahu keputusan terakhir.

"Tapi, setahu saya pemeriksaan terakhir menunjukkan ia hanya telur ayam. Kalau yang terbaru ini saya belum dapat sahkan lagi," kata Taslim.

Misteri Remaja Mengeluarkan Telur Di Indonesia

Sementara itu, Detik melaporkan bahawa Akmal mendakwa mengalami sakit perut, yang merupakan petanda akan mengeluarkan telur.

"Tadi malam perut saya mula sakit. Saya minta bapa bawa jumpa doktor kerana sakitnya luar biasa," katanya.

"Saya tak sangka jadi begini kerana dia hanya sakit perut.

"Kecuali dua tahun lalu ketika pertama kali bertelur, ibunya bermimpi melihat pohon besar berbuah lebat, di mana rantingnya mampu menaungi seluruh penjuru dunia dan keesokan hari Akmal bertelur untuk pertama kali," kata bapanya.

Misteri kan!

BACA INI JUGA: Telur Ayam Hanya Sebesar Syiling 10 Sen!

sumber: mstar

3 Saham Yang Menjadikan Seseorang Jutawan Jika Melabur Pada Tahun 1980

3 Saham Yang Menjadikan Seseorang Jutawan Jika Melabur Pada Tahun 1980

Terdapat sebilangan kecil syarikat yang terus berkembang sejak 3 dekad lalu sehingga berjaya tersenarai sebagai syarikat dengan keuntungan tertinggi di dunia ketika ini.

Berikut merupakan 3 saham yang berjaya membuatkan seseorang menjadi jutawan serta peroleh pulangan yang besar dengan hanya bermodalkan $1,000 bagi setiap saham.

1. M&T Bank (1980)

3 Saham Yang Menjadikan Seseorang Jutawan Jika Melabur Pada Tahun 1980

Satu-satunya syarikat yang bukan daripada kategori industri teknologi berdasarkan 3 saham yang disebutkan.

Untuk pengetahuan anda, M&T Bank merupakan sebuah institusi bank yang bertapak di Amerika Syarikat.

Warren Buffet antara pelabur awal di dalam institusi bank ini. $640,948 USD bakal diterima pelabur dengan pelaburan sebanyak $1,000 USD pada 1980.

2. Microsoft (1987)

3 Saham Yang Menjadikan Seseorang Jutawan Jika Melabur Pada Tahun 1980

Pelaburan di Microsoft ternyata berjaya memberi pulangan yang tinggi berbanding Apple.

Kepelbagaian produk dan pengguna yang ramai antara yang menjadi resepi Microsoft untuk kekal releven di dalam market selepas 3 dekad.

$1,000 USD yang dilaburkan pada 1987 bakal memberi pulangan sebanyak $546,996 USD pada masa kini.

3. Apple (1980)

3 Saham Yang Menjadikan Seseorang Jutawan Jika Melabur Pada Tahun 1980

Seperti syarikat lain, Apple juga pernah merasa jatuh bangun dunia bisnes semasa membangunkan syarikat.

Kehadiran semula Steve Jobs ternyata memberi peluang buat Apple untuk bangkit semula serta berjaya meninggalkan legasi dengan model-model seperti Apple Macbook dan Apple iPhone.

Jika anda pernah menonton filem Jobs lakonan Ashton Kutcher, pastinya anda akan perasan dengan seorang hartawan yang hadir dengan kereta mewah ke garage Steve Jobs untuk membantu Apple dengan memberi dana awal.

Beliau adalah Mike Markkula, seorang pelabur dan kini merupakan CEO kedua Apple.

Dianggarkan pelaburan $1,000 USD pada 1980 pada syarikat Apple bakal membolehkan seseorang menerima sekitar $228,113 USD selepas 37 tahun.

Rumusan

Tidak semua syarikat teknologi mampu memberi pulangan yang tinggi di dalam jangka masa yang panjang. Peluang untuk rugi juga tinggi.

Masih ingat lagi dengan syarikat Atari, Compaq dan Palm? Masing-masing merupakan syarikat yang dikenali ramai suatu masa dahulu dan terus jatuh disebabkan gagal mewujudkan inovasi di dalam produk mereka seterusnya kehilangan pengguna selepas beberapa puluh tahun beroperasi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Hidup Senang Bebas Hutang Gaya Dave Ramsey

sumber: thevocket