Thursday, March 29, 2018

Datin Rozita Akhirnya Di Penjara 8 Tahun Dera Amah Indonesia


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini (29/3/2018) mengetepikan hukuman bon berkelakuan baik yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya ke atas suri rumah, Rozita Mohamad Ali atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah ke atas pembantu rumah warga Indonesia.

Datin Rozita Akhirnya Di Penjara 8 Tahun Dera Amah Indonesia

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah sebaliknya menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun.

Menurutnya, alasan hukuman bon berkenaan adalah tidak wajar.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa hari ini setelah permohonan Rozita untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman ditolak.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Perbicaraan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad manakala tertuduh diwakili oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Pada 15 Mac 2018 lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun terhadap Rozita atas tuduhan mencederakan pembantu rumahnya, Suyanti Sutrinso, 19, selain membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, pelbagai pihak sebelum ini menzahirkan rasa tidak puas hati dan permohonan semakan semula hukuman dibuat oleh Jabatan Peguam Negara terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pindaan, dia didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop, sekaki payung, sebatang rod besi, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah, Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara, antara jam 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Difahamkan Rozita tidak mempunyai gelaran termasuk Datin seperti dilaporkan sebelum ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Selebriti Wanita Paling 'Panas' Indonesia 2017

sumber: malaysiakini

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon