Thursday, March 29, 2018

Menonton Konsert Mampu Memanjangkan Hayat Selama 9 Tahun!


Berdasarkan kajian bersama oleh O2 dan pensyarah Universiti Goldsmith di United Kingdom (UK), Patrick Fagan, menghadiri persembahan langsung atau konsert secara live dapat membantu memanjangkan usia untuk hidup lebih lama, menurut satu kajian tersebut.

Menonton Konsert Mampu Memanjangkan Hayat Selama 9 Tahun!

Kajian itu mengatakan, menghabiskan masa selama 20 minit di konsert mampu meningkatkan tahap kesejahteraan seseorang sebanyak 21 peratus.

Faktor itu secara tidak langsung dapat meningkatkan jangka hayat sebanyak sembilan tahun.

"Kajian kami menunjukkan impak yang mendalam bagi kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan seseorang apabila aktiviti itu dilakukan setiap dua minggu atau lebih," kata Fagan.

Untuk menentukan keputusan kajian itu, ia diuji dalam 'ujian psikometrik dan ujian degupan jantung' kepada mereka yang melakukan aktiviti sihat seperti menghadiri konsert, melakukan yoga dan berjalan.

Keputusan menunjukkan bahawa mereka yang menghadiri konsert, tahap keyakinan diri mereka meningkat sebanyak 25 peratus dan akan merasa dirinya lebih diterima.

Selain itu, mereka juga mengalami peningkatan 75 peratus untuk rangsangan mental.

Pada tahun 2013, kajian di Finland mendapati bahawa kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam kelas nyanyian mempunyai kadar kepuasan yang lebih tinggi di sekolah.

Kajian 'The Journal of Positive Psychology' oleh sebuah pasukan di Universiti Missouri, Amerika Syarikat juga menyatakan bahawa muzik rancak mempunyai kesan positif untuk kesihatan yang baik.

"Setelah menggabungkan semua keputusan termasuk kajian O2, kami mendapati bahawa menghadiri konsert dua minggu sekali dapat meningkatkan jangka hidup selama satu dekad lagi,” tambah Fagan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Benarkah Wujud Alat Untuk Mengukur Ajal?

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon