Saturday, March 10, 2018

Benarkah Tidak Boleh Minum Air Kelapa Jika Makan Ubat?

Benarkah Tidak Boleh Minum Air Kelapa Jika Makan Ubat?

Secara semula jadi air kelapa berasa manis namun mempunyai nilai kalori yang rendah, manakala kandungan air kelapa adalah 94% air dan mengandungi karbohidrat ringkas yang mudah dicernakan dalam bentuk gula dan elektrolit.

Benarkah Tidak Boleh Minum Air Kelapa Jika Makan Ubat?

Air yang terkandung di dalam tempurung kelapa muda sedang elok jika diambil ketika buah kelapa berumur 5-7 bulan.

Selain daripada itu ia juga mengandungi pelbagai jenis hormon tumbuh-tumbuhan, enzim, asid amino, vitamin c dan boleh menjadi sumber yang baik untuk garam potasium (K+).

Khasiat Air Kelapa

Air kelapa selalunya diambil sebagai minuman untuk melegakan kehausan atau kekurangan air dalam tubuh yang disebabkan oleh cirit birit atau selepas senaman.

Air kelapa juga juga pernah digunakan dalam situasi kecemasan sebagai pengganti kepada air yang digunakan untuk dehidrasi tubuh yang dimasukkan melalui suntikan Intravena (IV).

Terdapat juga beberapa kajian yang menunjukkan air kelapa boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi).

Menurut kajian untuk khasiat menurunan tekanan darah sistolik ini memerlukan dos 300ml air kelapa diambil 2 kali dalam sehari.

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian pembuktian diperlukan untuk mengesahkan khasiat air kelapa terhadap manfaat kesihatan tubuh terutama dalam menurunkan tekanan darah tersebut.

Interaksi air kelapa dengan ubat, herba dan suplemen

Kajian klinikal peringkat awal menunjukkan minum air kelapa mungkin boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi).

Secara teorinya penggunaan bersama-sama air kelapa dengan ubat anti-herpentensi (ubat mengurangkan tekanan darah) mungkin boleh menyebabkan kesan tambahan terhadap pengurangan tekanan darah seterusnya boleh memberi risiko tekanan darah menjadi rendah.

Begitu juga sekiranya air kelapa diambil dengan herba dan suplemen yang dipercayai mempunyai kesan mengurangkan tekanan darah.

Sebagai contoh peptida kasein, cat’s claw, koenzim Q-10, minyak ikan, L-arginine, lycium, stinging nettle, theanine, mengkudu, belimbing buluh dan lain-lain

Interaksi dengan penyakit

Oleh kerana air kelapa mempunyai kandungan garam potasium (k+) yang agak ketara maka ia boleh menyebabkan keadaan hiperkalemia (kalium terlalu tinggi dalam darah) seseorang individu menjadi lebih teruk.

Jika diminum dalam satu jumlah yang banyak mungkin boleh meningkatkan risiko hiperkalemia bagi pesakit yang mempunyai kekurangan fungsi buah pinggang.

Keselamatan Air Kelapa

Air kelapa sekiranya diambil secara minimum dengan jumlah yang berpatutan adalah selamat.

Tiada kerisauan terhadap faktor keselamatan dalam pengambilan air kelapa. Begitu juga sekiranya air kelapa diambil oleh kanak-kanak.

Namun, tiada data yang mencukupi untuk keselamatan pengambilan air kelapa dalam kalangan wanita mengandung dan menyusukan anak.

Sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik tidak mengambilnya semasa mengandung atau menyusukan anak.

Tindakan yang boleh diambil

Air kelapa adalah selamat untuk diminum walau bagaimanapun, bagi pesakit hipertensi yang sedang menerima ubat-ubatan perlu berhati-hati dalam pengambilan minuman air kelapa ini.

Jika diambil berlebihan, air kelapa berpotensi menyebabkan kesan tambahan dalam pengurangan tekanan darah. Begitu juga bagi pesakit yang mempunyai masalah kekurangan fungsi buah pinggang.

Perlu sedikit pemantauan jika tekanan darah menjadi rendah (hipotensi).

Antara tanda dan gejala tekanan darah rendah adalah pening, penglihatan kabur, keliru, rasa lemah dan loya (sakit perut).

Jika mengalami situasi di atas, sahkan dengan mengambil ukuran tekanan darah menggunakan alat pemantauan tekanan darah sendiri di rumah.

Tekanan darah dikatakan rendah bila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg.

Rawatan tidak diperlukan sekiranya tidak mempunyai apa-apa tanda dan gejala walaupun tekanan darah adalah rendah.

Sekiranya merasa pening atau hampir pitam, ambil tindakan untuk duduk atau baring. Letakkan kaki separas dengan jantung ketika berbaring atau duduk sambil meletak kepala di antara lutut.

Jika tanda atau gejala tekanan darah rendah masih berterusan, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

Kesimpulan

Bukan air kelapa sahaja boleh dibincangkan dalam situasi interaksi ubat dengan minuman.

Terdapat beberapa lagi contoh interaksi minuman dengan ubat-ubatan seperti interaksi ferus dengan susu, ubat anti-kolesterol (atorvastatin) dengan jus limau gedang (grapefruite) dan ubat warfarin dengan teh hijau. (Semua contoh ini telah dibuktikan dengan kajian).

Justeru, jika air kelapa diambil dalam kuantiti yang tidak berlebihan, mungkin interaksi dengan ubat-ubatan tidak terlalu ketara.

Walau bagaimanapun, perlu berhati-hati dalam pengambilan air kelapa (diambil dalam kuantiti yang berlebihan) jika ada mengambil ubat untuk tekanan darah tinggi dan pesakit yang mempunyai masalah kekurangan fungsi buah pingang.

Rujuk dahulu dengan ahli farmasi atau doktor merawat sebelum mengambil sesuatu bersama-sama ubat-ubatan agar interaksi ubat dapat diteliti terlebih dahulu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Minum Air Kelapa Setiap Hari?

sumber: facebook/mohd.dziehan

Manifesto HARAPAN PRU14: Make Malaysia Great Again

Manifesto HARAPAN PRU14: Make Malaysia Great Again

Manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) yang akan dilancarkan esok akan menyenaraikan langkah 100 hari pertama pemerintahan yang bakal mengurangkan beban rakyat negara dari belenggu kos sara hidup yang semakin meningkat.

Manifesto HARAPAN PRU14: Make Malaysia Great Again

Tawaran yang terkandung dalam manifesto setebal 130 halaman itu meliputi reformasi dasar ekonomi dan kesihatan rakyat khususnya, reformasi institusi, gaji minima, perbincangan hak Sabah dan Sarawak dan beberapa perkara lagi.

Langkah 100 hari pertama itu menyenaraikan 10 perkara yang memberi tumpuan kepada kumpulan sasar meliputi pelajar, golongan muda, golongan B40, suri rumah, masyarakat Felda dan sebagainya.

Berikut adalah 10 perkara yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari HARAPAN mengambil alih pentadbiran:
  1. Menghapuskan GST dan mengambil langkah mengurangkan kos sara hidup.
  2. Perkenal semula subsidi minyak bersasar bagi menstabilkan semula harga petrol.
  3. Menghapuskan hutang peneroka Felda.
  4. Memperkenalkan KWSP untuk suri rumah.
  5. Sama rata dan tingkatkan kadar gaji minima di seluruh negara.
  6. Mengurangkan beban PTPTN. Melaksanakan penanguhan pembayaran individu berpendapatan bawah RM4,000 dan menghapuskan dasar senarai hitam.
  7. Menyelesaikan skandal utama. Membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja membabitkan skandal 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji. Reformasi organisasi kerajaan.
  8. Menghormati hak Sabah dan Sarawak. Mewujudkan jawatankuasa khas bagi mempercepatkan perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963.
  9. Skim Peduli Sihat, dana sehingga RM500 bagi golongan B40 untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta.
  10. Semak semula kelulusan projek mega. Wujudkan semakan semula projek yang diberi kepada negara asing.

MANIFESTO PAKATAN HARAPAN: Meringankan Beban Rakyat

Manifesto HARAPAN PRU14: Make Malaysia Great Again
Manifesto HARAPAN PRU14: Make Malaysia Great Again
Manifesto HARAPAN PRU14: Make Malaysia Great Again
Manifesto HARAPAN PRU14: Make Malaysia Great Again
Manifesto HARAPAN PRU14: Make Malaysia Great Again
Manifesto HARAPAN PRU14: Make Malaysia Great Again
Manifesto HARAPAN PRU14: Make Malaysia Great Again
Manifesto HARAPAN PRU14: Make Malaysia Great Again
Manifesto HARAPAN PRU14: Make Malaysia Great Again
Manifesto HARAPAN PRU14: Make Malaysia Great Again

Berdasarkan manifesto PRU14 parti pembangkang yang dilancarkan di Shah Alam, dokumen itu memperincikan beberapa mekanisme bagi mengekang kuasa perdana menteri dan parlimen memainkan peranan penting dalam melaksanakan prinsip semak dan imbang,

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Malaysia Menjadi Begitu Hina Oleh Perdana Menterinya Sendiri!'

-SENTIASAPANAS.COM

Apabila 'Anu' Keras!

Apabila 'Anu' Keras!

Ting! "Malam Jumaat, tak boleh tunggu lama. Anu keras dah tunggu, lama sangat. Naik dululah." Mata Saleha terbeliak memandang skrin telefon genggamnya. Dia seakan tidak percaya Saadon selamba menghantar mesej sebegitu kepadanya melalui WhatsApp.

Apabila 'Anu' Keras!

Hati Saleha berbelah bahagi antara mahu mencampakkan telefon genggamnya atau membalas mesej Saadon dengan caci maki.

Mukanya terasa memanas. Bukan kerana simbahan lampu di kaki lima rumah kedai di kawasan berkenaan, atau dia berdiri di tepi unggun api.

Mukanya memerah antara marah, benci dan aib. Bagi Saleha, pada malam itu Saadon sudah bergurau melebihi hadnya. Mereka memang berkawan tetapi janganlah sampai bergurau dengan benda yang lucah.

Mengikut persepsi Saleha, Saadon kurang ajar dan mesti diajar. Maruahnya sebagai wanita perlu dihormati. Bergurau boleh, tapi jangan sampai melampau.

Adakah persepsi penting?

Mungkin ya, tapi mungkin juga tidak. Ia bergantung kepada nilaian seseorang. Dalam masyarakat yang tebal rasa malu, persepsi itu wajib dipelihara dan tiada kompromi kerana ia membabitkan nama baik.

Justeru ada menteri yang mengumumkan peletakan jawatan hanya kerana terlewat tiba di parlimen bagi menjawab soalan wakil rakyat.

Ia ditawarkan secara spontan - tetapi mengejutkan - oleh Michael Bates di United Kingdom.

Ketua Pegawai Operasi Ryanair Michael Hickey pula berundur daripada jawatannya selepas puluhan ribu penerbangan dibatalkan ekoran kesilapan susunan aturan kerja juruterbang.

Cho Hyun-ah pula mengemukakan peletakan jawatan selepas didapati bersikap angkuh kepada kakitangan syarikat penerbangan Korean Air.

Aib jadi lebih besar

Hyun-ah ialah naib presiden eksekutif Korean Air dan bapanya, Cho Yang-ho adalah pengerusi syarikat penerbangan itu.

Di Belanda Menteri Luar Halbe Zijlstra berundur dalam keaiban selepas terbukti dia menipu kononnya bertemu Vladimir Putin dan mendakwa kononnya terdengar perbualan Presiden Russia berkenaan pada 2006.

Padahal dia mendapat maklumat mengenai kata-kata Putin daripada sumber lain.

Dia gagal mempertahankan pembohongan yang dikisahkannya itu pada 2016 dan meletak jawatan pada 13 Feb lalu.

Apa yang mendorong tokoh-tokoh di atas - serta ramai lagi yang lain - meletak jawatan? Ia adalah kerana maruah diri diletakkan lebih tinggi berbanding materi.

Tanpa tindakan itu persepsi masyarakat kepada mereka - serta pertubuhan yang diwakili - pasti menjunam. Ia tidak boleh dikompromi sama sekali.

Malu yang ditanggung memang besar tetapi aib itu akan menjadi lebih besar jika mereka kekal dengan jawatan sedia ada.

Hickey, Hyun-ah dan Zijlstra tidak melafazkan kalimah beriktikad bahawa Allah adalah tuhan mereka dan Muhammad sebagai nabi.

Pada masa sama Islam yang menegaskan bahawa sifat malu itu adalah sebahagian daripada cabang iman.

Tetapi di Malaysia segalanya adalah istimewa. Persepsi tentang aib bukan sesuatu yang vital atau mesti menjadi teras dalam kehidupan. Pedulilah apa pun, kalau sekadar persepsi ia adalah banal yang tidak perlu dihiraukan.

Jadi, ada apa dengan Indeks Persepsi Rasuah yang dibentangkan saban tahun itu?

Di negara lain ia mungkin penting tetapi di tanah bertuah ini, ia sekadar pembangkit kesedaran bahawa kita tidak perlukan campur tangan asing.

Ia mungkin satu gesaan supaya bangkit satu kesedaran menyeluruh. Tidak semestinya bangun mengubah keadaan dan memperbaiki persepsi.

Kesedaran yang ada ialah untuk membina indeks persepsi sendiri. Barulah anak jantan. Nasib kita, biar kita tentukan sendiri.

Masa kini dan masa depan wajib dicorakkan oleh warganegara yang patriotik, bukan oleh ekspatriat.

Justeru idea mewujudkan indeks persepsi rasuah domestik wajar diwujudkan. Cubalah dulu dan lihat keberkesanannya.

Jika ada yang tidak berkenan di hati, boleh saja ditambah baik sehingga ia benar-benar mengikut 'acuan' yang kita suka.

Lagi pun ia sekadar persepsi, bukan realiti.

Serampang banyak mata

Persepsi rasuah di negara ini ternyata sesat lagi menyesatkan. Segalanya adalah sempurna dan baik-baik saja. Memang adalah seorang dua yang ditahan, tetapi semuanya adalah terkawal.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya boleh menjadi agensi suri teladan bukan saja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

Kecekapan dan kelicikan pegawai-pegawainya dari segenap peringkat menjalankan tugas masing-masing memang mengagumkan.

Lambakan idea yang dikemukakan SPRM bagi memerangi rasuah serta salah guna kuasa begitu luar biasa. Jika seseorang mahu memahami makna sebenar amalan pemikiran kreatif serta di luar kotak, SPRM adalah contoh terbaik.

Pelbagai strategi serampang banyak mata yang dilaksanakan pegawai atasan SPRM -sama ada secara terbuka atau tertutup - ternyata begitu berkesan dan membanggakan kita semua.

Malaysia kini sudah menjadi neraka kepada pengamal rasuah. Jika berangan-angan mahu menumbuk rusuk, Malaysia bukanlah tempatnya.

Dalam keadaan begitu mana mungkin indeks persepsi rasuah negara boleh berada pada tahap seperti didakwa Transparency International?

Maka dari perspektif ini persepsi tidaklah begitu penting di negara ini. Jika ada pihak yang berpendapat sebaliknya, ia sudah pasti didorong oleh sifat dengki.

Hari Jumaat. Saadon menghampiri meja Saleha dengan senyum mekar di wajahnya. Saleha menjuihkan mulut dan berpaling sebelum berlalu pergi.

Saadon berasa hairan. Dia cuma mahu bertanya mengapa rakan sepejabatnya itu terlewat sangat datang pada malam sebelumnya. Saadon menunggu lebih dua jam sebelum naik ke rumahnya di tingkat sembilan.

Dia mahu tahu alasan Saleha. Marah, memanglah marah tapi pada hari itu rasa berkenaan sudah reda. Saadon cuma mahu tahu alasan Saleha.

Kecewa dengan sikap Saleha, Saadon berjalan semula ke mejanya sambil membelek-beleh telefon genggam. Dia mahu menghantar mesej kepada Saleha untuk bertanya.

Dia melihat mesej yang dihantar malam tadi. Dia ternganga sambil menepuk dahi.

"Allah!"

Mata Saadon berpinar-pinar. Baru dia sedar jarinya 'tersasul' menekan huruf "n" dan bukan "k" semasa menulis mesej kepada Saleha.

Sepatutnya "aku" bukannya "anu".

Saadon tidak pasti sama ada persepsi Saleha kepadanya seumpama apa sekarang.

BACA INI JUGA: 5 Negara Polis Paling Rasuah Di Dunia

sumber: mk

Friday, March 09, 2018

12 Tasik Paling Indah Di Dunia

12 Tasik Paling Indah Di Dunia

Ramai orang memilih bercuti di tepi laut berbanding di tepi tasik sedangkan banyak tasik yang sangat indah setanding tepi pantai.

Dari banyak tasik di dunia, inilah 12 tasik yang paling indah, terletak di tempat yang tinggi, dalam, jernih dan menampilkan pemandangan yang indah.

Semuanya boleh dilihat melalui kapal, kereta kabel, pejalan kaki atau menara.

1. Tasik Malawi, Malawi

12 Tasik Paling Indah Di Dunia

Merupakan rumah bagi 1,000 spesis ikan, paling banyak berbanding tasik lain.

Tasik Malawi juga disebut Danau Nyasa merupakan tasik ketiga terbesar di Afrika dengan panjang 363 batu dan kedalaman mencapai 50 batu.

Tasik ini terletak di 2,300 kaki di bawah permukaan laut, di antara perbatasan Malawi, Mozambik dan Tanzania, yang memberikan ratusan penduduk tempatan dengan kekayaan sumber mata airnya, namun sayang semakin pupus akibat penangkapan ikan berlebihan.

Bahagian selatannya bersempadan dengan daerah yang kaya hidupan liar, Cape Maclear, taman nasional air tawar pertama dan kawasan warisan dunia UNESCO pada tahun 1984.

2. Tasik Peyto, Alberta, Kanada

12 Tasik Paling Indah Di Dunia

Tasik Peyto terletak di bahagian Alberta, daerah Pergunungan Canadian Rockies. Airnya berwarna turquoise yang indah dan kadang-kadang dihubungkan dengan keindahan perairan hangat seperti di Antigua dan Bora-Bora.

Tasik Louise, yang juga ada di Alberta, merupakan tasik paling terkenal dan sering dijadikan foto pada setem dan poster.

Namun, Tasik Peytolah, yang terletak 29 batu di sebelah utara Icefields Parkway, di antara pergunungan Canadian Rockies, merupakan yang paling indah untuk diabadikan.

Untuk melihat pemandangan yang lebih dramatik dari tasik yang panjangnya 1.7 batu ini, berkelilinglah di hutan yang tebal menuju puncak gunung, lalu turun ke arah Bow Summit, puncak tertinggi dari lorong taman kemudian ikuti lorong hiking untuk melihatnya.

3. Tasik Crater, Oregon

12 Tasik Paling Indah Di Dunia

Seribu tahun yang lalu, puncak gunung berapi Cascade Range meletus dan meninggalkan lubang besar yang dikenali sebagai Tasik Crater.

Tasik ini merupakan pusat Taman Nasional yang terletak di sebelah utara Oregon yang menampilkan keindahan alam yang sangat indah.

Hutan yang hijau dan terletak di ketinggian 2,000 kaki di sekitar tasik, menambah keindahan yang ada.

Kedalaman tasik yang mencapai 1,943 kaki menjadikan tasik ini sebagai tasik terdalam di daratan AS dengan warna perairan biru batu permata.

4. Tasik Taal, Filipina

12 Tasik Paling Indah Di Dunia

Letak tasik ini adalah 37.38 batu di sebelah selatan Manila dan menjadi terkenal kerana dua sebab, mempunyai kedalaman 564 kaki dan rumah bagi gunung berapi terkecil di dunia paling aktif, Gunung Taal, yang terletak di dalam perairan berdekatan Pulau Luzon.

Tasik ini terbentuk kerana ledakan gunung berapi yang meninggalkan lubang besar.

Ramai agen perjalanan menawarkan khidmat pelancongan ke sini walaupun daerah ini sudah diwartakan sebagai zon berbahaya.

Jalan selamat untuk melihat pemandangan ini adalah dengan melalui jaan Tagaytay-Taal berhampiran Tagaytay City.

5. Tasik Atitlán, Guatemala

12 Tasik Paling Indah Di Dunia

Lebih kurang 1 batu di atas dataran tinggi Guatemala, Atitlán (Lago de Atitlán), mempunyai tiga lubang volkanik besar.

Perkampungan Small Mayan terletak di pinggiran tasik yang dipenuhi dengan pokok oak dan pinus serta 800 spesies tanaman lain.

Tidak cukup satu pemandangan, semua harus dilihat, jadi cubalah beberapa titik pengamatan, antara lain dari ketinggian Highway 1; dari bandar Panajachel melalui perahu kecil yang menghubungkan dari satu kampung ke kampung lain.

Tasik ini boleh ditempuhi dengan jarak 2.5 jam dari Guatemala City.

6. Tasik Loch Lomand, Scotland

12 Tasik Paling Indah Di Dunia

Dengan latar belakang lembah yang penuh dengan angin dan kuil-kuil dari zaman abad pertengahan, Tasik Loch Lomond sama seperti gambaran pada novel romantis zaman Victoria.

Tasik yang panjangnya 24 batu ini ditandai dengan adanya beberapa pulau di antaranya sangat kecil sehingga pulau ini akan hilang semasa ketinggian air mencapai tahap tertinggi.

Kebanyakan feri akan berhenti di pulau terbesar, Inchmurrin (populasi 11 orang), sehingga pengunjung boleh melihat tinggalan biara abad ke-7 dan Istana Lennok abad ke-14, yang biasa digunakan sebagai kabin berburu oleh para raja zaman dahulu.

Tasik ini terletak 24 kilometer di sebelah utara Glasgow dan 66 kilometer sebelah barat Edinburgh.

7. Tasik Garda, Itali

12 Tasik Paling Indah Di Dunia

Tasik Garda merupakan tasik terbesar di Itali dan merupakan salah satu pusat percutian paling popular bagi orang Itali.

Daratan bahagian selatan merupakan rumah bagi penginapan dengan warna-warna pastel dan hotel-hotel dengan atap kemerahan.

Daerah selatan juga merupakan daerah yang sepi dan nyaman. Bahagian utara merupakan pusat tertinggi Dolomit, magnet bagi para pejalan kaki dan penungang basikal yang ingin menguji keberanian mereka.

Di Malcesine, terdapat bandar yang indah dengan jalanan terbuat dari batu granit dan kuil-kuil zaman abad pertengahan.

Perjalanan dengan menggunakan kereta kabel boleh dilakukan dari puncak Gunung Baldo, untuk melihat pemandangan yang indah dari tasik ini.

Tasik Garda terletak di antara Milan dan Venice.

8. Tasik Annecy, Perancis

12 Tasik Paling Indah Di Dunia

Tasik yang terletak di jantung Pergunungan Alpen, Perancis, ini mudah dilihat, tapi jangan harap boleh melihat pantulan permukaan air ini pada masa bercuti.

Tasik Annecy penuh dengan aktiviti terutama bulan Ogos semasa Paris tutup dan kerajaan Perancis memanjangkan cuti.

Pelaut, pemain ski, penungang basikal dan pejalan kaki meramaikan lorong di sekitar tasik itu.

Pengunjung yang sering ke sini tahu apa yang harus mereka lakukan dibandingkan mereka yang baru pertama kali datang.

Pada sabtu pertama bulan Ogos, semasa bunga api yang indah dinyalakan selama dua jam sehingga bayangannya nampak di permukaan air.

Tasik ini terletak 20 kilometer sebelah utara bandar Geneva, Swiss.

9. Tasik Plitvice, Croatia

12 Tasik Paling Indah Di Dunia

16 tasik yang berwarna biru-hijau ini ditutupi oleh tumbuhan yang lebat dan dihubungkan dengan ratusan air terjun.

Bagi para pengembara, boleh memulakan perjalanan dari tasik terendah dan mengikuti lorong yang terbuat dari batang kayu bulat dan lorong pejalan kaki yang menyenangkan.

Lakukan perjalanan selama 10 minit ke arah atas yang menuju ke air terjun terbesar di negara ini, Veliki Slap (“Big Waterfall”) dengan ketinggian 230 kaki.

Air yang jatuh terkumpul dalam satu kolam berwarna turquoise.

Ketika melakukan perjalanan, anda akan menemui rusa, kucing hutan, serigala dan beruang yang mudah dilihat.

Tasik ini boleh dikunjungi dari bandar Zagreb dengan perjalanan menggunakan kereta selama dua jam.

10. Tasik Nakuru, Kenya

12 Tasik Paling Indah Di Dunia

Airnya cukup biru dengan latar belakang semak-samun hijau dan tebing yang indah untuk diabadikan.

Namun, gambaran sesungguhnya terdapat pada tepi Nakuru yang berwarna merah muda, iaitu Burung Flamingo.

Burung ini merupakan salah satu spesies yang mampu bertahan terhadap keadaan air yang mengandungi sodium karbonat dan mampu membakar sesiapa sahaja yang menyentuhnya.

Selain itu, terdapat banyak burung pemakan alga yang terdapat pada perairan cetek.

Tasik ini terletak di jantung Taman Nasional Danau Nakuru, pembiakan badak, 3 jam dari Nairobi.

11. Tasik Matheson, Kanada

12 Tasik Paling Indah Di Dunia

Tasik ini dikenali juga sebagai Danau Cermin., terletak di South Island dan terkenal kerana pantulan Gunung Cook dan Gunung Tasman di atas permukaannya.

Mengunjungi tasik ini selepas subuh adalah waktu yang ideal, semasa air tenang dan gambaran pada permukaan sempurna.

Selain pantulannya, Tasik Matheson sendiri merupakan wilayah yang patut dijelajahi.

Taman ini terletak berhamiran jambatan Sungai Clearwater dan pokok-pokok kahikatea dan rimu yang mempunyai ranting sangat panjang dan daun yang indah dan lebat.

Tiga batu di sebelah timur tasik terdapat bandar kecil Fox Glacier, perkampungan yang menyediakan kabin untuk para pengembara.

12. Tasik Bled, Slovenia

12 Tasik Paling Indah Di Dunia

Untuk menuju ke tasik di Slovenia ini, segeralah bertandang ke arah Kastil Bled di tepi tebing yang tingginya 460 kaki.

Di sana anda akan melihat barisan pergunungan di segenap penjuru, pergunungan Julian Alps dan Karavanke dan di bawah lagi anda akan melihat Tasik Alpine dan Pulau Bled.

Pulau Bled merupakan lingkaran hutan kecil yang merupakan rumah Gereja Asumption abad ke-17 dan mempunyai jam menara klasik.

Turun ke daratan di tepi tasik, banyak terdapat perahu pletna (seperti gondola) yang boleh membawa anda ke pulau ini.

Pastikan untuk membunyikan lonceng gereja dan membuat permohonan sebelum anda kembali ke daratan utama.

Pergunungan melindungi air tasik dari angin utara yang sejuk dan sebab itu, Tasik Bled airnya relatif panas, 79 darjah Fahrenheit.

Jika masih terlalu sejuk, bahagian utara tasik mempunyai tiga hotel yang memiliki kolam renang di sekitar sumber mata air panas.

Ibu kota negara Slovenia, Ljubljana, terletak 35 batu dari tasik ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Bentuk Tasik Paling Unik Di Dunia

sumber: tulahan

10 Individu Paling Kaya Di Dunia Forbes 2018

10 Individu Paling Kaya Di Dunia Forbes 2018

Dalam senarai top 100 billionaire 2018 majalah Forbes, Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos merebut gelaran lelaki terkaya di dunia daripada Bill Gates, pemilik Microsoft dengan kekayaan bernilai US$112 bilion sementara Bill Gates memiliki aset bernilai US$90 bilion.

10 Individu Paling Kaya Di Dunia Forbes 2018

Kejayaan demi kejayaan berjaya ditempah oleh Jeff Bezos dan tahun 2017 sememangnya menjadi tahun yang bersejarah buat dirinya selepas berjaya dinobatkan manusia terkaya dunia pertama mencecah kekayaan melebihi USD100 billion!

Kemenangan Jeff Bezos telah menjadikan Bill Gates sebagai pemegang rekod manusia terkaya dunia sebanyak 18 kali sepanjang 24 tahun.

Dari segi statistik, Amerika Syarikat merupakan negara dengan jumlah billionaire tertinggi iaitu sebanyak 585 orang diikuti dengan China sebanyak 476 orang dan Jerman sebanyak 123 orang.

Berdasarkan beberapa kategori lain di dalam senarai Annual World Billionaires, JAY-Z masih lagi mengekalkan tempatnya sebagai artis hip-hop terkaya dunia.

Berikut adalah senarai 10 Orang Terkaya Di Dunia bagi Edisi 2018.

BERIKUT DAFTAR LENGKAP ORANG TERKAYA DI DUNIA 2018.

1. Jeff Bezos
  • Punca kekayaan: Amazon
  • Nilai bersih: US$112 billion

2. Bill Gates
  • Punca kekayaan: Microsoft
  • Nilai bersih: US$90 billion

3. Warren Buffett
  • Punca kekayaan: Berkshire Hathaway
  • Nilai bersih: US$84 billion

4. Bernard Arnault
  • Punca kekayaan: LVMH
  • Nilai bersih: US$75 billion

5. Mark Zuckerberg
  • Punca kekayaan: Facebook
  • Nilai bersih: US$71 billion

6. Amancio Ortega
  • Punca kekayaan: Zara
  • Nilai bersih: US$70 billion

7. Carlos Slim Helu
  • Punca kekayaan: Telecom
  • Nilai bersih: US$67.1 billion

8. Charles Koch
  • Punca kekayaan: Koch Industries
  • Nilai bersih: US$60 billion

9. David Koch
  • Punca kekayaan: Koch Industries
  • Nilai bersih: US$60 billion

10. Larry Ellison
  • Punca kekayaan: Oracle
  • Nilai bersih: US$58.5 billion

KEKAYAAN DONALD TRUMPH MEROSOT

Kekayaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Do­nald Trump merosot AS$400 juta (RM1.5 bilion) tahun lalu, menjadikan aset semasa beliau berkurangan kepada hanya AS$3.1 bilion (RM12.1 bilion), demikian menurut senarai baharu majalah Forbes.

Do­nald Trump kini orang ke-766 terkaya dunia, merosot daripada kedudukan 544 berbanding tahun sebe­lumnya.

Kesukaran pasaran hartanah New York, saman ganti rugi dan kos kempen pilihan raya Pre­siden yang mahal sebagai punca kemerosotan tersebut.

Do­nald Trump terpaksa membayar pampasan AS$25 juta (RM97.5 juta) untuk menyelesaikan dakwaan bahawa Universiti Trump menipu pelajar dengan menawarkan kursus hartanah.

Selain itu, padang golf Pre­siden AS itu di Scotland turut mencatat kerugian, memaksa beliau menyuntik dana bagi meneruskan operasinya.

Kelab golf Trump Turnberry di Ayrshire, Scotland, rugi AS$24 juta (RM93.6 juta) dalam tahun 2016, dua kali ganda lebih besar berbanding tahun sebelumnya.

Kelab golf itu yang merupakan pelaburan terbesar Do­nald Trump di luar AS, kini berhutang de­ngannya sebanyak AS$156 juta (RM608.8 juta), hampir dua kali ganda berbanding AS$88 juta (RM343.4 juta) pada tahun sebelumnya.

14 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA

Dalam senarai terbaharu ‘Top 100’ Individu Terkaya Di Dunia majalah Forbes, Tan Sri Robert Kuok, usahawan dari Malaysia berada di tangga ke-96 dengan aset bernilai RM57.80 bilion.

Bekas ‘Raja Gula Malaysia’ yang kini berusia 94 tahun memperoleh kekayaan hasil pemilikan perniagaannya seperti hotel, hartanah, komoditi, dan kumpulan perniagaan miliknya sendiri iaitu Kumpulan kuok.

Selain beliau, beberapa usahawan dari Malaysia turut tersenarai dalam senarai orang terkaya di dunia seperti Ananda Krishnan, pemilik Maxis, Astro dan Bumi Armada dan Quek Leng Chan, pemilik perniagaan dalam sektor perbankan, hartanah dan makanan, berkongsi tempat di tangga ke-217.

SENARAI INDIVIDU PALING KAYA DI MALAYSIA

1. Robert Kuok
  • Nilai bersih: US$14.8 billion

2. Quek Leng Chan
  • Nilai bersih: US$7.2 billion

3. Ananda Krishnan
  • Nilai bersih: US$7.1 billion

4. Teh Hong Piow
  • Nilai bersih: US$6 billion

5. Lee Shin Cheng
  • Nilai bersih: US$5.6 billion

6. Lim Kok Thay
  • Nilai bersih: US$4.7 billion

7. Chen Lip Keong
  • Nilai bersih: US$3.3 billion

8. Koon Poh Keong & Poh Ming
  • Nilai bersih: US$3 billion

9. Lau Cho Kun
  • Nilai bersih: US$2.6 billion

10. Kuan Kam Hon
  • Nilai bersih: US$2.5 billion

11. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary
  • Nilai bersih: AS$1.9 bilion

12. Tan Sri Jeffrey Cheah
  • Nilai bersih: AS$1.3 bilion

13. Tan Sri Lim Wee Chai
  • Nilai bersih: AS$1.2 bilion

14. Tan Sri Tiong Hiew King
  • Nilai bersih: AS$1.1 bilion

Forbes menyenaraikan seramai 2,208 hartawan pada tahun ini daripada 72 negara dan secara keseluruhan, seramai 14 hartawan dari Malaysia menduduki senarai Hartawan 2018 Forbes.

Semoga memberi manfaat

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket okezone

Kronologi Pencarian Kehilangan Misteri MH370

Kronologi Pencarian Kehilangan Misteri MH370

Pesawat Boeing 777, MH370 hilang daripada paparan radar semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Carian MH370 ditamatkan

Kerajaan yang komited merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut apabila bersetuju menggunakan khidmat Ocean Infinity, sebuah firma penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat untuk menjejaki pesawat itu pada 10 Januari 2018.

Pencarian tersebut adalah berdasarkan terma 'no cure no fee' iaitu pembayaran hanya dibuat apabila serpihan pesawat ditemui dalam tempoh masa 90 hari.

Misi pencarian membabitkan 65 kru atas kapal tersebut, termasuk dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai wakil Kerajaan Malaysia dan kapal Seabed Constructor telah menjalankan pencarian merangkumi kawasan seluas lebih 16,000 kilometer persegi.

Usaha mencari pesawat MH370 telah tamat tanpa kemuktamadan yang membawa kepada "kerugian ekonomi dan bukan ekonomi, masalah emosi dan fizikal, kecemasan serta masalah mental dan penderitaan" bagi mangsa dan keluarga mereka.

Berikut adalah kronologi pencarian kehilangan pesawat paling misteri di dunia sejak 2014.

Tahun 2014

8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu dilancarkan di Laut China Selatan.

9 Mac - Kawasan pencarian diperluaskan ke Selat Melaka selepas disahkan pesawat itu telah berpatah balik.

- Beberapa negara termasuk Singapura, Vietnam, Indonesia, China dan Amerika Syarikat mengerahkan anggota dan aset masing-masing untuk membantu dalam operasi SAR.

15 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kali terakhir pesawat itu berkomunikasi dengan satelit berkemungkinan dari satu daripada dua koridor; koridor utara daripada sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand atau koridor selatan, lebih kurang dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

- 26 negara terlibat dalam operasi meliputi 2.24 juta batu nautika persegi.

24 Mac - Najib umum data dikeluarkan satelit Inmarsat Britain bahawa penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi. Australia mengetuai operasi mencari di kawasan itu.

1 April - Kerajaan Australia lancar Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) bagi menyelaras operasi pencarian MH370.

4 April - JACC berkata operasi mencari MH370 memasuki fasa baharu dengan pencarian dilakukan di dasar laut di selatan Lautan Hindi bagi mengesan ‘pinger’ kotak hitam.

31 Julai - JACC berkata kerja-kerja mengukur batimetrik oleh kapal Zhu Kezhen dan Fugro Equator di sepanjang arka ketujuh di selatan Lautan Hindi berjalan lancar.

21 Oktober - Kapal Malaysia yang diberi kontrak, Go Phoenix, menyertai operasi mencari bersama kapal Fugro Discovery dan Fugro Equator, kedua-dua kapal yang diberi kontrak oleh Malaysia dan Australia.

- Kapal Fugro Supporter ditambah untuk membantu operasi mencari.

Tahun 2015

29 Januari - Ketua Pengarah, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman secara rasmi mengisytiharkan MH370 adalah kemalangan ikut Standard Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Chicago dan 239 penumpang serta anak kapal dianggap terkorban.

12 Februari - Malaysia berbincang dengan China untuk menambah kapal bagi menyertai operasi mencari MH370, ketika ini melibatkan empat kapal.

25 Februari - Operasi SAR MH370 di kawasan terpencil Lautan Hindi meliputi dasar laut lebih 24,000 kilometer persegi iaitu kira-kira 40 peratus daripada kawasan pencarian utama.

18 Jun - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia meneruskan fasa kedua misi pencarian MH370 dengan hanya dua kapal meredah kawasan terpencil di Lautan Hindi.

29 Julai - Seorang pekerja pembersih pantai di pulau La Reunion di Lautan Hindi, milik Perancis, menemui bahagian sayap sepanjang 2.7 meter dikenali sebagai ‘flaperon’ di mana pakar percaya ia milik sebuah pesawat jenis Boeing 777. MH370 merupakan satu-satunya pesawat jenis Boeing yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi.

6 Ogos - Najib mengesahkan flaperon yang ditemukan di pulau La Reunion itu adalah pesawat MH370.

Tahun 2016

7 Mac - Serpihan kedua dipercayai kemungkinan milik pesawat MH370 ditemui di pulau La Reunion, dilaporkan agensi berita AFP.

20 April - Dua serpihan ditemukan di pantai di Mozambique hampir pasti daripada pesawat MH370, menurut Laporan Pemeriksaan Teknikal yang dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

14 Mei - DCA hampir 90 peratus pasti kedua-dua serpihan yang ditemukan, masing-masing di Afrika Selatan dan Mauritius adalah daripada pesawat MH370.

22 Julai - Malaysia, China dan Australia memutuskan untuk menangguhkan operasi pencarian pesawat MH370 apabila pencarian di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi selesai.

16 September - Dua daripada sejumlah 24 serpihan pesawat ditemui di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania disahkan adalah daripada pesawat MH370 manakala empat lagi hampir pasti daripada pesawat yang hilang itu.

7 Oktober- Pakar ATSB memutuskan serpihan yang dijumpai di pulau Mauritius adalah daripada pesawat MH370.

20 Disember - ATSB berkata kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan pencarian sebelum ini bukan merupakan tempat terletaknya bangkai pesawat MH370.

Tahun 2017

17 Januari - Operasi pencarian MH370 di dasar laut di Lautan Hindi digantung, demikian menurut kenyataan tiga pihak - Malaysia, Australia dan China.

Tahun 2018

6 Februari - Kapal pencarian pesawat MH370 Seabed Constructor, dilapor hilang daripada radar selama 80 jam tanpa penjelasan.

Misi pencarian pesawat MH370 dikatakan berakhir pada Jun 2018.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: MH653, Pesawat Malaysia Yang Pernah Dirampas!

sumber: sinarharian

Jangan Meremehkan Kebaikan, Boleh Jadi Itu Syurga Untukmu

Jangan Meremehkan Kebaikan, Boleh Jadi Itu Syurga Untukmu

Jika engkau melihat seekor semut terjatuh di atas air, maka angkat dan tolonglah. Barangkali itu menjadi penyebab ampunan bagimu di akhirat.

Jangan Meremehkan Kebaikan, Boleh Jadi Itu Syurga Untukmu

Jika engkau menemui batu kecil di jalan yang boleh menggangu orang lain, maka singkirkanlah. Barangkali itu menjadi penyebab dimudahkan jalanmu menuju syurga.

Jika engkau menemui anak ayam terpisah dari kumpulannya, maka ambil dan pertemukan ia semula. Semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan keluargamu di syurga.

Jika engkau melihat orang tua memerlukan tumpangan, maka hantarkanlah ia. Barangkali itu menjadi sebab kelapangan rezekimu di dunia.

Jika engkau bukanlah seorang yang mengusai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba ta kepada anak-anakmu, sekurang-kurangnya itu menjadi amal
jariah untukmu yang tidak akan terputus pahalanya walaupun engkau sudah berada di alam kubur.

Jika engkau tidak mampu berbuat kebaikan sama sekali, maka tahanlah tangan dan lisanmu dari menyakiti, setidak-tidaknya itu menjadi sedekah untuk dirimu.

Al-Imam Ibnul Mubarak Rahimahullah berkata, “Berapa banyak amalan kecil, akan tetapi menjadi besar kerana niat pelakunya. Dan berapa banyak amalan besar, menjadi kecil juga kerana niat pelakunya.”

Jangan pernah meremehkan kebaikan, boleh jadi seseorang itu masuk syurga bukan kerana puasa sunatnya, bukan kerana panjang solat
malam, tetapi boleh jadi kerana akhlak baik dan sabar ketika musibah datang melanda.

“Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikit pun, meskipun (hanya) bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Berseorangan Dalam Kubur, Adakah Menakutkan?

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, March 08, 2018

Ibu Terkedu Hantu Temani Anak Tidur Terakam CCTV

Ibu Terkedu Hantu Temani Anak Tidur Terakam CCTV

Seperti kebanyakan ibu bapa, Bonnie Moore mempunyai pemantauan video CCTV di bilik untuk anak perempuannya supaya dia dapat memeriksa situasi anak dari masa ke semasa.

Ibu Terkedu Hantu Temani Anak Tidur Terakam CCTV

Tetapi, suatu hari ketika dia mahu melihat sama ada anaknya, Athea telah tidur, dia ternampak sesuatu yang pelik di atas katilnya.

Athea nampaknya telah tidur, tetapi ada sesuatu yang menakutkan dapat dilihat berada di belakangnya.

Bonnie, yang tinggal di Norfolk, berkata, "Saya cuba berfikir sebarang kemungkinan tetapi gagal. Ciri-cirinya sangat jelas.

"Jujur saya ​​tidak tahu apa yang perlu dilakukan."

Dalam skrin yang ditunjukkannya, kelihatan seperti terdapat kanak-kanak lain atau anak patung berbaring di belakang Athea.

Tetapi menurut Bonnie, dia mendapati tiada apa-apa di tempat tidur anaknya ketika diperiksa.

"Anak perempuan saya berada di bahagian bawah skrin. Jika anda zoom, anda dapat melihat kepala dan badannya, 'benda' itu berbaring di belakangnya."

Ibu Terkedu Hantu Temani Anak Tidur Terakam CCTV

Ibu bapa lain bersetuju bahawa ada sesuatu di situ dan ramai kawan Bonnie percaya ia sebenarnya 'semangat' seseorang yang sangat istimewa.

Bonnie kehilangan adik lelakinya ketika dia berusia sembilan tahun dan 'benda' itu muncul hanya beberapa hari selepas ulang tahun kematiannya.

Seorang wanita menulis, "Wow ini sememangnya satu semangat yang saya dapat lihat dan sangat menakjubkan kamu berjaya merakamkannya.

"Saya rasa ia seorang budak lelaki, mungkin seorang saudara atau budak lain dari keluarga kamu, dia memberi perlindungan terhadap anak kecil kamu dan sering melindungi ketika dia tidur untuk memastikan dirinya baik-baik saja.

"Tak ada apa yang perlu ditakuti, ini benar-benar menakjubkan. 'Semangat' yang indah dan anak perempuan yang cantik."

Ibu Terkedu Hantu Temani Anak Tidur Terakam CCTV
Bonnie Moore bersama Athea.

Seorang lagi menambah, "Ahh itu luar biasa! Saya sentiasa ragu-ragu tentang semangat, tetapi ini membuatkan saya ingin mencari seseorang yang dapat melihat jika terdapat satu semangat dekat dengan diri saya."

"Ada seorang budak sedang memeluk bayi Athea," tulis seorang lagi kawannya.

"Budak ini adalah ahli keluarga, 'semangat' mesra yang mengawasi Athea."

Seram kan!

BACA INI JUGA: Lubang Misteri Muncul Di Kudat Selepas Penampakan UFO

sumber: mstar

Bank Yahudi Goldman Sachs Kaut RM2.3 Bilion Dari Pinjaman 1MDB

Bank Yahudi Goldman Sachs Kaut RM2.3 Bilion Dari Pinjaman 1MDB

Anak Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull adalah individu terbaru yang mendedahkan apa yang berlaku di sebalik perjanjian mencurigakan membabitkan 1MDB, firma pelaburan Malaysia yang bermasalah.

Bank Yahudi Goldman Sachs Kaut RM2.3 Bilion Dari Pinjaman 1MDB

Menurut The Australian, Alex Turnbull seorang tokoh perbankan mendakwa beliau telah diketepikan daripada kedudukan eksekutifnya di Goldman Sachs di Singapura empat tahun lalu.

Ini selepas beliau cuba mengketengahkan perjanjian mencurigakan membabitkan berbilion-bilion dolar bank global itu dengan 1MDB.

Laporan itu memetik Turnbull sebagai berkata bahawa beliau telah menimbulkan kebimbangan dengan rakan-rakan mengenai bon AS$6 bilion yang diterbitkan untuk 1MDB pada tahun 2012 dan 2013 serta ketiadaan ketelusan dalam dokumen mengenai cara dana itu akan digunakan.

"Apabila perjanjian 1MDB dimeterai dengan Goldman, saya menghantar e-mel kepada beberapa rakan dan berkata, 'Apa yang sedang berlaku ini? Harganya tidak masuk akal, dan untuk apa kegunaan dana itu? " katanya yang dipetik oleh The Australian.

"Dan saya diberi nasihat oleh bahagian pematuhan (Goldman Sachs)," kata Turnbull yang dilaporkan tidak terlibat dalam menerbitkan bon berkenaan yang menyaksikan bank pelaburan global itu membuat keuntungan AS$590 juta (RM2.3 bilion) bentuk yuran dan komisen.

Bank Yahudi Goldman Sachs Kaut RM2.3 Bilion Dari Pinjaman 1MDB

Katanya, hasil usaha itu, beliau kemudian diketepikan dan akhirnya memilih meletak jawatan dari Goldman Sachs pada tahun 2014 untuk memulakan firma dana lindung nilai miliknya sendiri, Keshik Capital di Singapura.

Dalam menimbulkan kebimbangannya di Goldman Sachs, The Australian juga memetik Turnbull sebagai merujuk kepada pembunuhan Altantuya Shaariibuu, warga negara Mongolia pada tahun 2006, di sebuah hutan belukar berhampiran Shah Alam.

"Berapa banyak model Mongolia yang perlu kita kebumikan di hutan untuk mendapatkan harga ini?" katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Luahan Warga Netizen Dan Teori Konspirasi Pembunuhan Altantuya

sumber: malaysiakini

iPhone Terkunci 47 Tahun Selepas Kata Laluan Salah

iPhone Terkunci 47 Tahun Selepas Kata Laluan Salah

Seorang wanita di Shanghai berdepan kesukaran selepas anak lelakinya yang baru berusia 2 tahun, tanpa disedari mengunci telefon iPhonenya untuk tempoh 47.78 tahun (25,114,984 minit) akan datang.

iPhone Terkunci 47 Tahun

Menurut laporan penyiar berita CTV yang berpangkalan di tanah besar, kanak-kanak itu berulang kali memasukkan kata laluan yang salah ke dalam iPhone milik ibunya, menyebabkan tempoh penguncian meningkat untuk setiap percubaan.

Tidak dapat dipastikan dengan tepat berapa kali percubaan dengan kata laluan salah telah dibuat oleh si kecil itu.

Bercakap kepada agensi berita tersebut, wanita itu, yang bernama Lu, tidak mahu membuat 'reboot' pada telefonnya kerana langkah itu akan menyebabkan dia kehilangan semua fail, foto dan nombor telefon yang disimpannya.

Malangnya, menunggu hampir lima dekad bukanlah satu pilihan yang realistik sama sekali.

"Saya tak dapat tunggu lebih dari 40 tahun," kata Lu.

"Dalam masa 40 tahun akan datang saya mungkin dah tak boleh bercakap. Malah saya mungkin akan bergurau dengan cucu saya 'ini semua salah bapa kamu'."

Bagaimanapun, Lu bukan orang pertama yang berdepan sekatan selama 47 tahun.

Seorang juruteknik menerangkan kepada CTV bahawa ini terjadi apabila terlalu kerap kod laluan yang salah dimasukkan bagi sesebuah telefon yang mana ia digunakan untuk melindungi privasi dan data pengguna.

Dia menjelaskan, jika sekali kod laluan salah dimasukkan, telefon tidak boleh digunakan selama satu minit, kemudian lima minit dan kemudian setengah jam.

Selepas itu, masa telefon 'lumpuh' adalah rawak dan juruteknik itu berkata iPhone mungkin akan dimatikan selama 80 tahun.

Apabila ditanya apa yang dapat Lu lakukan untuk mengakses telefonnya, juruteknik itu menjawab, "Tidak ada cara untuk menyelesaikannya melainkan dia mengubah semula sistem. Semua fail tidak boleh dipindahkan."

Kesian.
BACA INI JUGA: Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

sumber: mstar