Friday, March 09, 2018

Jangan Meremehkan Kebaikan, Boleh Jadi Itu Syurga Untukmu


Jika engkau melihat seekor semut terjatuh di atas air, maka angkat dan tolonglah. Barangkali itu menjadi penyebab ampunan bagimu di akhirat.

Jangan Meremehkan Kebaikan, Boleh Jadi Itu Syurga Untukmu

Jika engkau menemui batu kecil di jalan yang boleh menggangu orang lain, maka singkirkanlah. Barangkali itu menjadi penyebab dimudahkan jalanmu menuju syurga.

Jika engkau menemui anak ayam terpisah dari kumpulannya, maka ambil dan pertemukan ia semula. Semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan keluargamu di syurga.

Jika engkau melihat orang tua memerlukan tumpangan, maka hantarkanlah ia. Barangkali itu menjadi sebab kelapangan rezekimu di dunia.

Jika engkau bukanlah seorang yang mengusai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba ta kepada anak-anakmu, sekurang-kurangnya itu menjadi amal
jariah untukmu yang tidak akan terputus pahalanya walaupun engkau sudah berada di alam kubur.

Jika engkau tidak mampu berbuat kebaikan sama sekali, maka tahanlah tangan dan lisanmu dari menyakiti, setidak-tidaknya itu menjadi sedekah untuk dirimu.

Al-Imam Ibnul Mubarak Rahimahullah berkata, “Berapa banyak amalan kecil, akan tetapi menjadi besar kerana niat pelakunya. Dan berapa banyak amalan besar, menjadi kecil juga kerana niat pelakunya.”

Jangan pernah meremehkan kebaikan, boleh jadi seseorang itu masuk syurga bukan kerana puasa sunatnya, bukan kerana panjang solat
malam, tetapi boleh jadi kerana akhlak baik dan sabar ketika musibah datang melanda.

“Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikit pun, meskipun (hanya) bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Berseorangan Dalam Kubur, Adakah Menakutkan?

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon