Saturday, November 18, 2017

Fakta Tentang Potassium (Kalium)

Loading...

‘Kalium’ adalah nama lain kepada ‘Potassium’ sejenis bahan kimia dalam jadual berkala, yang mempunyai unsur-unsur atau bahan yang terdapat padanya dan telah sedia disusun dalam bentuk jadual.

Fakta Tentang Potassium

Simbolnya ialah ‘K’ iaitu ‘Kalium’ dari bahasa Latin yang di ambil dari bahasa Arab ‘Al Qaliah’ yang bermaksud ‘Abu tumbuh-tumbuhan’.

Pernahkah anda mendengar tentang ‘NPK’, terutamanya jika anda terlibat dalam sektor pertanian atau terlibat secara langsung dalam dunia agrikultur, pasti anda mengetahui.

‘NPK’ adalah singkatan kepada tiga bahan penting untuk keperluan tumbuhan, iaitu ‘Nitrogen’, ‘Phosphorous’ dan ‘Kalium’.

Potassium sebenarnya adalah sejenis logam alkali berwarna putih keperakan, sejenis logam yang sangat lembut dan ringan.

Potassium adalah bahan logam yang sensitif, teroksida dengan cepat di dalam udara, sangat reaktif terutamanya di dalam air.

Apabila Potassium terdedah kepada udara atau air, ia akan bertindakbalas dan mengeluarkan haba yang sangat panas yang mana udara atau air yang mengandungi Hydrogen dan oxigen akan memberikan reaksi disebabkan haba yang terlalu panas, lalu gas Hydrogen terbakar dan mengeluarkan api bewarna unggu pudar.

Potassium wujud hanya sebagai ion di dalam garam, seperti mana ia ditemui dalam laut.

Terdapat 0.04% Potassium dianggarkan dalam kadar berat terdapat didalam air laut, menjadi sebahagian dari bahan yang membentuk menjadi mineral.

Potassium boleh ditemui secara semulajadi di dalam makanan, buah buahan, sayur sayuran, daging dan di dalam batang pokok.

Potassium adalah bahan yang sangat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan dan hidupan termasuk tubuh badan manusia.

Ditemui oleh ‘Sir Humphrey Davy’ pada tahun 1807, beliau adalah peneroka kaedah ‘electrolysis’ menggunakan ‘voltaic pile’ iaitu kaedah dimana batang besi yang dialirkan elektrik. Beliau mempraktikan kaedah ini keatas bahan mineral yang dipanggil ‘potash’.

Bahan yang terhasil dari kaedah itu dipanggil ‘Potassium’ mengikut nama bahan asalnya ‘Potash’ ataupun mungkin juga dari gabungan perkataan Arab moden ‘Butasyum’.

‘Potassium’ kemudianyan diklasifikasikan sebagai bahan logam (metal) dan merupakan logam pertama yang dihasilkan melalui proses electrolysis.

Dalam dunia perindustrian, Potassium digunakan sebagai bahan ‘solution’ atau bahan boleh larut tahap tinggi dan digunakan dalam keadaan yang khusus sahaja kerana ia sangat merbahaya.

Dengan itu, kebanyakan fungsinya telah digantikan dengan bahan lain dan antara bahan yang khusus sebagai pengganti adalah ‘Sodium Metal’.

Kegunaan Potassium yang paling utama adalah dalam industri agricultural, yang mana 95% pengeluaran Potassium diseluruh dunia adalah untuk sektor pertanian ini.

Potassium digunakan sebagai baja, bahan yang sangat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan.

Apabila tanah untuk tanaman tiada lagi kandungan Potassium, ia akan digantikan oleh petani dengan baja Potassium.

Disinilah Potassium amat diperlukan kerana ia tidak boleh digantikan dengan bahan lain atau digantikan dengan bahan ‘sodium’, kerana tumbuhan menolak sodium.

Sodium hanya diperlukan oleh tumbih-tumbuhan dalam kadar yang sangat sedikit kecuali tumbuhan yang tumbuh di kawasan yang berair masin seperti rumpai laut.

Potassium adalah bahan yang sangat diperlukan oleh kebanyakan makhuk dibumi ini dan belum ada bahan lain yang mampu menggantikan ia setakat ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu Potassium Dan Kepentingannya Kepada Tubuh?

sumber: pokehbusu

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon