Wednesday, July 01, 2015

Brad Pitt dan Angelina Jolie Bercerai?

Brad Pitt dan Angelina Jolie Bercerai?

Pasangan selebriti popular Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie (Brangelina) dilaporkan bakal berpisah selepas 10 tahun hidup bersama.

Brad Pitt dan Angelina Jolie

Menurut laporan dari majalah In Touch, punca pasangan ini membuat keputusan untuk berpisah kerana Brad tidak tahan dengan perangai Angelina.

"Dia (Angelina) kuat memerintah dan mengungkit kepada Brad. Malah, Angelina juga beberapa kali cuba memalukan Brad di hadapan keluargannya.

"Ini membuatkan Brad tidak tahan dan berfikir yang perkahwinan dengan Angelina adalah satu kesilapan besar," ujar satu sumber.

Pada masa sama, sumber itu turut memberitahu bahawa pasangan itu sudah berusaha untuk memulihkan hubungan mereka, namun tidak berhasil.

"Usaha mereka tidak berhasil dan ini membuatkan kedua-dua mereka bersetuju untuk berpisah."

Dalam pada itu, sehingga kini kedua-dua selebriti itu masih lagi belum membuat sebarang kenyataan mengenai isu tersebut.

BACA INI JUGA: Selebriti Terkenal Hollywood Yang Pernah Di Tuduh Membunuh

Jangan Sesekali Mahu Anak-anak Cepat Membesar! Kenapa?

Jangan Sesekali Mahu Anak-anak Cepat Membesar! Kenapa?

Penulisan ini disumbangkan oleh Puan Wan Noor Azura, dalam sebuah kumpulan fb keibubapaan. Semoga nasihat ini menjadi motivasi untuk kita terus kuat dalam mendidik anak-anak menjadi seorang penjaya untuk kehidupan dunia dan akhirat.

ANak nakal

Nak kongsi pesanan daripada ibu mertua saya. Semalam keluarga suami saya datang berbuka puasa dan bermalam di rumah saya.

Anak saya yang bongsu umur setahun 2 bulan langsung tak boleh letak.. nak berdukung je. Saya sibuk bantu ibu mertua di dapur, suami terpaksa dukung anak saya tu sampaikan nak pergi tandas pun dia meraung-raung.

Dengan orang lain dia tak nak. Mungkin secara tak sengaja dan tanpa sedar suami saya seakan mengeluh sebab anak saya tu nak berkepit je.

Ibu mertua saya tegur, katanya, “Takpa.. la ni ja anak-anak nak merap (berkepit). Sementara depa kecil ni ja.. mai dah besaq semua macam hampa semua ni.. tinggai mama sorang-sorang kat rumah. Memang rindu serindu-rindunya tak tau nak kata. Layan la depa sementara depa nak manja dengan kita ni. Nanti dah besaq masing-masing manja dengan isteri atau suami dah. Tak heran dah kita ni..”

Terkesan di hati apabila dengar kata-kata ibu mertua saya tu. Kita sekarang kalau boleh nak anak-anak cepat besar kan.

Sebab penat sangat jaga anak kecil-kecil ni sampai tiada masa untuk diri sendiri. Tapi kita tidak tahu bagaimana keadaannya bila anak-anak dah besar.

Macam ibu mertua saya, sentiasa ternanti-nanti anak-anak balik kampung. Katanya bila teringat balik masa anak kecil-kecil rasa nak ulang semula saat-saat tu.. rindu sangat. Tu pengalaman daripada orang yang dah pernah melalui.

Kadang-kadang kita ni perlu teguran sebegini untuk buat kita sedar. Hargai masa “hingar-bingar” bersama anak-anak hari ini kerana kita pasti akan merinduinya satu hari nanti.

BACA INI JUGA: Doa Supaya Anak Menjadi Soleh

Sumber: Thevocket

Sikap Azwan Ali Seperti Seorang Fasik – Mufti Perak

Sikap Azwan Ali Seperti Seorang Fasik – Mufti Perak

Berikutan episod kontroversi yang melanda figura bergelar Diva AA, Azwan Ali, ia turut mendapat perhatian agamawan terkenal, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Diva AA

Beliau yang juga Mufti Perak menyamakan sikap biadab yang ditonjolkan Azwan melalui laman sosialnya seperti seorang fasik kerana hal itu mencerminkan dirinya sebagai seorang Islam.

Dr Harussani juga berkata, tindakan yang dilakukan adik kepada MB Selangor itu tidak menggambarkannya sebagai Muslim yang sedang berpuasa.

Memetik kenyataannya dalam portal Astro Awani Dr Harussani berkata, “Sikap dia bukan sikap Muslim yang berpuasa. Bulan puasa begini kita hendak lahirkan orang yang bertakwa.

“Jadi apa yang dia lakukan itu menggambarkan sifat fasik. Dia seperti tidak menghormati bulan Ramadan. Apa yang dia cakap bukan macam orang berpuasa.

“Tuduh menuduh dan memaki orang lain bukan sifat Muslim. Dia bukan sahaja menuduh malah kenyataannya penuh dengan prasangka buruk.”

Dalam perkembangan terbaharu isu yang melanda bekas pengacara Melodi itu, Azwan akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial semalam.

Begitu pun ramai yang menganggap ayat dalam permohonan maafnya itu pun tak mencerminkan dia benar-benar insaf melainkan atas dasar hormat kepada Rani Kulup semata-mata.

Apa pun kalau betul-betul mengakui kesalahannya, baguslah. Tapi kalau meminta maaf hanya kerana terpaksa, nampaknya Azwan perlu belajar untuk merendahkan ego dan mengakui kesilapan dengan ikhlas.

BACA INI JUGA: Penciptaan Wang Kertas Adalah Penipuan Licik Puak Yahudi


Sumber: Mynewshub.cc

Video Bayi 20 Bulan Mampu Panjat Rock Climber Tersebar

Video Bayi 20 Bulan Mampu Panjat Rock Climber Tersebar

Seorang bayi di Arizona, Amerika Syarikat, mula meminati aktiviti lasak memanjat tembok sejak berumur lapan bulan iaitu dua bulan sebelum dia mampu berjalan.

Ellie Farmer

Bayi tersebut, Ellie Farmer yang berumur 20 bulan merupakan anak kepada pasangan pendaki berbakat, Rachael dan Zak Farmer telah didedahkan dengan aktiviti itu semasa dalam kandungan lagi apabila ibunya tetap memanjat tembok walaupun ketika hamil.

Ellie kini digelar bayi berbakat luar biasa apabila rakaman video dia memanjat batu telah ditonton lebih satu juta kali.

Ellie Farmer Mom
Ibunya, Rachael (gambar) tetap mendaki ketika hamil.

"Dia adalah sebahagian daripada komuniti pendaki sejak dilahirkan. Ketika dia mula membuka mata, dia berada di gim dan melihat pendaki," ujar bapa bayi itu, Zak.

Oleh kerana Ellie terlalu kecil untuk memakai abah-abah keselamatan, dia mendaki tanpa menggunakan tali untuk pendakian rendah.

Menurut ibu bapanya, kaki Ellie juga dilindungi kasut kulit lembut bertumit dan tidak pernah memanjat tembok yang lebih tinggi daripada 2.1 meter. - AGENSI

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Maksud Malim Gunung?


Rosmah Mansor ‘First Lady’ Kedua Tercantik Di Asia!!

Rosmah Mansor ‘First Lady’ Kedua Tercantik Di Asia!!

Di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita dibelakangnya. Lihat sahaja ‘wanita pertama’ atau First Lady yang berdiri di belakang setiap pemimpin, pasti ramai yang kagum dengan mereka semua.

Bukan sahaja bijak serta sentiasa kelihatan sofistikated dan berprestij, mereka juga memiliki kecantikan yang luar biasa secara semula jadi yang menginspirasikan ramai wanita di luar sana.

Apa yang lebih menariknya, First Lady Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor turut tersenarai dalam golongan wanita 'hebat' ini.

Jom kita saksikan 15 ‘wanita pertama’ di Asia yang memiliki tarikan yang tersendiri dan kecantikan semula jadi.

15. Bolormaa Khajidsuren (Mongolia)

Bolormaa Khajidsuren

Bolormaa Khajidsuren mempunyai kelulusan Geokimia dari Universiti di Ukraine. Beliau dilihat sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan gemar membantu kanak-kanak serta sangat menjaga kebajikan keluarga masyarakat di Mongolia.

14. Chow Mei Ching (Taiwan)


Chow Mei Ching sangat terkenal dengan sifat rendah dirinya. Beliau juga terkenal kerana tidak mengambil bahagian dalam urusan politik serta jarang menghadiri majlis keramaian.

13. Keyosaychay Sayasone (Laos)

Wanita Pertama Laos, berdiri di kanan.

Keyosayschay Sayaone adalah isteri kepada Presiden Choummaly Sayasone. Keosayshcay juga sangat dihormati kerana memiliki hati yang baik.

12. Akia Abe (Jepun)


Akia Abe adalah isteri kepada Perdana Menteri di Jepun, Shinzo Abe. Beliau terkenal sebagai ‘parti pembangkang tempatan’ kerana suka mengemukakan pendapatnya dengan lantang dan sering bercanggah pendapat dengan suaminya.

11. Kalsoom Nawaz (Pakistan)


Wanita pertama Pakistan ini merupakan isteri kepada Perdana Menteri yang ke-12 negara itu.

10. Imelda Marcos (Filipina)


Imelda Marcos adalah wanita pertama di Filipina sejak 1965 hingga 1986. Beliau begitu mementingkan keterampilan dirinya dan juga memiliki koleksi kasut lebih 3000 pasang. Baginya, kecantikan tidak mahal, hanya memerlukan sedikit usaha untuk kelihatan menarik dan cantik.

9. Peng Liyuan (China)


Wanita pertama di China ini pernah dinobatkan sebagai wanita paling hebat oleh majalah Forbes. Secara global beliau banyak mempengaruhi bidang kesihatan, seni persembahan dan juga pendidikan.

8. Mehriban Aliyeva (Azerbaijan)


Isteri kepada Presiden Ilham Aliyeva sangat terkenal dengan kekayaan yang dimiliki, pengaruh, kerja amal dan penampilannya yang elegan.

7. Ho Ching (Singapura)


Wanita hebat ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Temasek Holdings dan isteri kepada Perdana Menteri terkini di Singapura, Lee Hsien Loong. Beliau pernah tersenarai di tangga ke-59 untuk wanita paling hebat dalam majalah Forbes pada tahun 2014.

6. Mozah bint Nasser Al Missned (Qatar)


Berbeza dengan wanita pertama yang lain, Mozah Nasser Al Missned sangat aktif dalam bidang politik. Penglibatannya dalam politik telah memberinya pelbagai gelaran, pangkat serta kepujian. Beliau juga merupakan ikon fesyen dan fashionista secara global.

5. Ratu Rania (Jordan)


Ratu Rania juga terkenal sebagai Ratu di media sosial. Sangat aktif menggunakan facebook, twitter dan youtube untuk mempengaruhi masyarakat dari pelbagai aspek.

4. Asma Al-Assad (Syria)


Wanita berdarah British-Syria ini memiliki diploma dalam French Literature and Computer Science. Pernah dinobatkan sebagai wanita bergaya oleh Huffington Post dan Elle. Beliau juga pernah menghadapi krisis serta kritikan yang teruk namun tetap setia pada suami dan negara.

3. Ratu Jetsun Pema (Bhutan)


Ratu Jetsun Pema juga dikenali sebagai Ratu Naga. Sangat bijak, cantik serta sopan dari luar dan dalam. Beliau antara keturunan raja yang sangat cantik di Asia. Selain itu, beliau juga aktif dalam sukan bola keranjang serta suka melukis terutamanya dalam seni halus.

2. Rosmah Mansor (Malaysia)


Merupakan isteri kepada Perdana Menteri ke-6. Beliau juga adalah Presiden untuk Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri (BAKTI).

1. Puteri Haya Al Hussein (Dubai)


Wanita Pertama Dubai ini merupakan isteri kepada pemimpin negara itu. Bukan sahaja cantik malah bijak dan aktif dalam sukan. Pernah mewakili Jordan dalam Sukan Olimpik pada tahun 2000.

BACA INI JUGA: 10 Pramugari AirAsia Malaysia Paling Cantik

Sumber: Mynewshub.cc

Azwan Ali Akhirnya Mohon Maaf Isu Menate

Azwan Ali Akhirnya Mohon Maaf Isu Menate

Kurang 24 jam dari tempoh seminggu yang diberikan, selebriti kontroversi negara, Azwan Ali‎, akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman akaun sosialnya.‎

DIVA AA

Petikan status di Facebooknya menunjukkan tanda-tanda perdamaian nyata mengejutkan semua pihak, terutamanya netizen yang sebelum ini pedas menyindir Azwan.

Sebaik umat Islam berbuka puasa semalam, Azwan secara terbuka meminta maaf dan menyatakan rasa hormatnya terhadap Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah‎ yang terdahulu, memberi amaran keras untuk membuat laporan polis terhadap kelantangannya menghina orang Melayu.

"Bila Ayah cabar Azwan Ali? Tak jadi masalah..Bersaksikan lebih 82,500 followers (pengikut), saya Azwan Ali meminta maaf jika ada pihak yang terus tersingggung! Azwan Ali seorang yang hormat orang tua seperti ayah.‎

"Tidak ada masalah langsung (walau sebesar hama) dan ‎harap bersifat terbuka. Hentikan isu yang telah diperbesarkan oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Abdul Rani atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Arka memberikan tempoh seminggu bagi selebriti itu untuk membuat permohonan maaf sebelum laporan polis dibuat.

Menurut Arka, amaran itu bertujuan melindungi kedaulatan institusi Diraja serta menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini.

“Azwan Ali perlu sedar diri yang dia itu pun orang Melayu. Dia hina orang Melayu, dia sendiri pun keturunan Melayu juga. Dia perlu minta maaf atas apa yang dia buat.

Kalau minta maaf pun, itu bukan satu perkara yang hina."

"Dia tidak boleh kata Melayu itu anjing, Melayu neraka. Itu salah. Itu dikira menghina orang Melayu. Ayah bagi kelonggaran sikit sebab ini bulan puasa. Hari baik, bulan baik. Kalau tidak, sudah lama ayah lapor polis!

“Ayah bagi tempoh masa seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya dia masih gagal untuk minta maaf, ayah akan lapor pada pihak berkuasa. ‘Sangkut’ dia nanti,” ujar Abdul Rani atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Arka sebelum ini.

Rani Kulup
Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah.

Sementara itu, tambah Azwan lagi, "Bak kata Ayah, ini hari baik, bulan baik. Kepada semua Melayu khasnya si batu api, tolong muhasabah! Azwan Ali tidak gentar untuk berdepan dengan apa juga kebenaran.

"Baca terima maaf Azwan Ali dan stop all the nonsense! (hentikan semua hal mengarut!)," katanya lagi.

Kontroversi bermula apabila Azwan yang menggelar dirinya Diva AA meminta cadangan lokasi restoran yang kurang dikunjungi ramai Melayu untuk menikmati hidangan steak menerusi akaun Twitternya.

Tweetnya itu turut mendapat respon dari seorang pengikutnya, @NurAziraWA yang secara ringkas menjawab ‘menate’.

Selebriti dan bekas hos televisyen itu yang tersalah tafsir jawapan tersebut terus menyerang dan menghina wanita berkenaan.

“...bertudung paling binatang #menyalak real anjing! #puiii puashati tak...?" tulis Azwan.

Namun, @NurAziraWA tidak cepat melatah dan menjawab bahawa dia hanya merujuk sebuah restoran yang diberi nama ‘Menate’ dan bukan mengutuk.

“Maksud saya Steak House Menate,” jawabnya.

Salah faham itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen lain selepas ‘screen shot’ perbualannya dengan selebriti itu menjadi viral di media sosial.

BACA INI JUGA: Mustaffa Othman, Bekas Pakar Daging Istana Ratu Elizabeth

Sumber: Sinarharian.com.my

'Abang dan Anak-anak Syurga Saya..'

'Abang dan Anak-anak Syurga Saya..'

“Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?” Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk tidak. Menggeleng tidak.

Keluarga Bahagia

Tapi, dia dah pergi bersiap. Tak sempat aku berikan jawapan.

Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak berbayar. Entah apa masalahnya dengan syarikat tempat kerjaku. Masalah kemelesetan ekonomi agaknya. Aku bukannya kerja tetap pun situ. Ambil upah kontrak saja.

Kerja aku, pikul simen, bawa paip besar-besar tu ke rumah-rumah. Kadang-kadang, aku jadi buruh binaan sandaran. Semua kerja berat, aku buat.

Bukan demi perut aku. Tapi, demi keluarga kecil aku ini. Anak baru dua orang. Dekat 10 tahun dah aku nikah. Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh masa.

Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Duduk menumpang di tanah keluarga. Aku harta apa pun tiada. Harapkan kereta Proton Saga first model tu saja. Tu pun dah nak roboh kalau bawa lebih 100 km/j.

“Jom.”

Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum manja.

Kami ke kedai pameran perabot dan hiasan dalaman yang besar dekat area sini. Ada ekspo rupanya.

Aku tengok isteriku dan anak-anak happy sangat. Pergi dari satu pameran ke satu pameran. Dari satu galeri ke satu galeri. Display ke display. Dari pameran ruang tamu ke ruangan dapur.

Aku tengok dan tanya harga.

“Ribu. Belas ribu. Puluh ribu.”

Isteriku pimpin tanganku dan anak-anak. Sepanjang pameran, dia senyum saja. Hairannya, tak pula dia suruh aku beli.

Sampai di ruangan galeri dapur, dia berhenti lama. Aku tahu, dia mengimpikan dapur luas seperti itu. Ada kabinet, lengkap dengan ketuhar, dapur masak dan hood. Barangan dapur serba lengkap. Wanita mana yang tidak suka?

Dia memegang erat sedikit genggaman tanganku. Aku tahu, dia mahu.

“Abang, jom. Kita balik. Dah puas tengok.”

Aku terkebil-kebil. Menuruti saja langkahnya ke kereta uzurku.

Dalam kereta, isteriku tak lepaskan tanganku. Aku sengaja bertanya,

“Awak nak dapur macam tadi, ya?”

Dia jawab,

“Nak sangat. Tapi…”

Aku mencelah.

“Tapi?”

Dia meletakkan kepalanya di bahuku.

“Tapi, biarlah. Syukur dengan dapur rumah kita. Syukur dapat makan dan minum apa adanya. Bukan dapur yang saya ingini, tapi abang dan anak-anak ada di sisi.

"Masa makan, ceria dan gelak sekali. Gurau senda dengan famili. Meja kecil, senang nak capai dan hulur lauk. Senang nak suap suami dan anak-anak makan. Dapur yang bahagia.”

Aku terdiam. Senyum paksa.

“Abang tahu impian awak..”

Isteriku cepat-cepat genggam erat lagi. Kali ini lenganku jadi mangsa.

“Abang jangan fikir macam-macam. Saya ajak abang datang sini, supaya keinginan mata saya untuk lihat semua tadi, pudar setelah dah lihat. Tak terbayang-bayang dah. Tengok dan lupakan.

Menyintai kan tidak bermakna memiliki. Suka, tak bermakna nak beli.

Semua barangan mewah tadi, dari ruang tamu sampai ke dapur, dari pagar rumah sampailah rumah mewah, saya impikan abang dan anak-anak ada bersama dalam rumah tu dengan kelengkapan tu semua.

Indah sangat ada segalanya. Bahagia sangat.

Tapi saya bayangkan bukan indah di dunia, bang. Saya bayangkan mahligai di Syurga ada lebih dari semua tadi. Segalanya ada belaka.

Apa guna jika ada semuanya, tapi abang dan anak-anak tidak turut serta? Itu bukan bahagia maknanya pada saya.

Abang, susah kita sekarang, semua yang kita lalui sekarang ini adalah harga yang sedang kita bayar untuk mahligai di akhirat kelak. Makin kita sabar dan tenang lalui pahit-maung, suka duka masih bersama, insya-Allah.

Syurga jadi milik kita jua.

Bang, ‘syurga’ bagi setiap orang tidak sama. Ada orang makan kek yang harga mahal barulah dia terasa bahagia.

Tapi, saya dan anak-anak, makan biskut tawar pun sudah terasa nikmat bahagianya.

Abang, anak-anak. Syurga saya.”

Aku terkesima dengan kata-kata isteriku. Berhenti seketika di bahu jalan. Aku cakap dengan dia nak check tayar. Macam tak sedap saja drive. Padahal, aku tunduk tengok tayar, nangis sendirian.

Masuk balik kereta. Senyum.

“Depan sana ada air jambu asam boi. Semua nak tak?”

Isteri dan anak-anak serentak jawab, “Nak!~~”

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Gaji Pengurusan, Politik Dan Kronisme Punca MAS Bangkrap?

Gaji Pengurusan, Politik Dan Kronisme Punca MAS Bangkrap?

Bermula bulan September nanti, apa yang ada ialah MAS Newco. MAS dengan jenama Malaysian Airlines telah berakhir riwayatnya pada ketika itu.

MAS Bangkrap

Kesan 'kematian' MAS ialah;

1. 6,000 kehilangan pekerjaan.

2. 6 bilion ialah pelaburan dari wang pembayar cukai melalui Khazanah Nasional untuk memulihkan syarikat baru (MAS NewCo, yang sebelumnya Malaysian Airlines System Berhad) secara berperingkat sehingga disenaraikan semula pada tahun 2019 (jangkaan).

3. Pekerja MAS diberhentikan kerja, rakyat Malaysia tetap kena keluar modal dan serap kerugian.

Imbasan semula sejarah kerugian MAS

1. Bermula pada tahun 1994.

2. Tajuddin Ramli membeli kepentingan MAS (saham) melalui pinjaman dengan beberapa syarikat berkaitan kerajaan sebanyak 1.79 bilion.

3. Beberapa tahun selepas itu, Tajuddin terjejas dengan krisis kewangan 1997.

4. Pada ketika inila kerajaan campur tangan dan membeli semula kepentingan Tajuddin di dalam MAS.

5. Pada tahun 1994, Tajuddin membeli saham MAS pada nilai 8 ringgit seunit.

6. Pada tahun 1998, proses pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan dari Tajuddin juga dibeli pada harga 8 ringgit saham untuk seunit!

7. Pada tahun 1994 ketika Tajuddin membeli kepentingan MAS, syarikat itu sangat stabil dan membawa keuntungan.

8. Tetapi ketika kerajaan membeli kepentingan semula dari Tajuddin Ramli, MAS sebenarnya hampir bangkrap disebabkan salah urus tadbir Tajuddin Ramli sepanjang masa dia menjadi CEO kepada MAS.

9. Harga seunit saham yang dimiliki oleh Tajuddin Ramli ialah 3.68 sen sahaja (mengikut harga pasaran) tetapi kerajaan membayar sehingga 8.00 untuk seunit saham. (Atas alasan bagi memastikan projek KLIA boleh terus berjalan pada ketika itu)

10. Pada tahun 1998, MAS mencatatkan kerugian 256 juta.

11. Pada tahun 2000, MAS terus kekal rugi sebanyak 255.7 juta.

12. DANAHARTA kemudiannya menggunakan penyelesaian luar mahkamah bagi menyelesaikan hutang Tajuddin sebanyak 589 juta.

13. 589 juta ialah pinjaman Tajuddin menerusi MAS yang mana pinjaman itu dilupuskan selepas berakhirnya proses tuntutan di mahkamah (DANAHARTA memohon penyelesaian luar mahkamah).

14. Pada tahun 2005, kerajaan akhirnya mengumumkan yang operasi MAS mencatatkan kerugian 1.3 billion dan langkah strategik akan diambil bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

15. Pada tahun 2007, MAS mencatatkan keuntungan 852 juta.

16. Pada tahun 2009, MAS mencatatkan keuntungan 522 juta.

17. Pada tahun 2013, MAS kembali mencatitkan kerugian sebanyak 1.16 billion. Selepas Idris Jala melaksanakan pelan pemulihan ke atas MAS yang disifatkan sebagai GAGAL.

18. Pada ketika itu MAS dinyatakan rugi di antara 4 hingga 5 juta sehari.

19. Bermula pada tahun 1994, 20 bilion wang pembayar cukai telah digunakan demi menyelamatkan operasi MAS.

20. Pada tahun 2014, MAS mencatatkan kerugian 7 juta setiap sehari.

21. MAS mempunyai liabliti sebanyak 12 bilion (2014).

22. Pada tahun 1985, harga seunit saham MAS pernah mencecah 11.50.

23. Tetapi selepas MAS mencatatkan kerugian, harga saham MAS jatuh sehingga 27 sen seunit.

24. Tindakan itu juga menyebabkan MAS menjual banyak bangunan (aset syarikat) dalam dan luar negara bagi menampung operasi syarikat dan menyerap kerugian.

25. 9.4 bilion ialah angka kerugian terkumpul yang berpunca dari Tajuddin Ramli bermula pada tahun 1994.

26. Ketika Tajuddin menerajui MAS, syarikat itu mempunyai 600 juta rizab tunai.

27. Dan selepas Tajuddin meninggalkan MAS sepenuhnya pada tahun 2001, MAS mencatatkan kerugian terkumpul pada 9.4 bilion banyaknya.

28. Untuk rekod, Tajuddin juga gagal membayar hutang-hutangnya terhadap beberapa syarikat berkaitan kerajaan ketika mengambilalih MAS pada tahun 1994.

29. Konflik pengurusan paling teruk dihadapi oleh MAS apabila;
  • Audit mendedahkan bahawa berlakunya salah guna kuasa di dalam pengurusan MAS.
  • Proses tender dan pengagihan projek yang tidak terbuka dan menepati proses ketelusan.
  • MAS kehilangan 2 pesawat penting MH370 dan MH17 pada tahun 2014 di mana MH370 hilang tanpa dikesan manakalanya MH17 jatuh ditembak dalam ruang udara Ukraine.
  • Pentadbir MAS gagal membawa keuntungan semula kepada MAS bahkan proses pembaharuan MAS juga gagal oleh Idris Jala.
  • MAS membayar gaji terlalu tinggi terhadap beberapa pengurusan walaupun terbukti pengurusan MAS gagal menyelamatkan dan membawa keuntungan kepada syarikat.
  • Campurtangan politik dalam menentukan jawatan tertinggi MAS membawa kesan yang lebih teruk terhadap prestasi syarikat itu.
  • Tender-tender berat sebelah, yang tidak membawa keuntungan kepada MAS. Tender yang diwujudkan atas nama politik dan kronisme.

30. Pada tahun 2014, dalam satu wawancara bersama CEO pertama dan individu yang bertanggungjawab mewujudkan MAS, Abdul Aziz Abdul Rahman, 81 tahun memaklumkan;

-Telah beberapa kali berjumpa dengan Khazanah Nasional bagi proses mengambilalih MAS demi tujuan membetulkan semula syarikat penerbangan negara melalui syarikat Jentayu Danaraksa.

-Namun proposal dan kertas cadangan tersebut ditolak oleh Khazanah Nasional.

-Sedangkan Tan Sri Abdul Aziz mempunyai pengalaman sebanyak 20 tahun menerajui MAS dan tahu selok belok operasi MAS.

-Dalam wawancara itu juga Abdul Aziz turut mengulas tentang langkah Khazanah Nasional yang mahu membuang 6,000 kakitangan MAS (ketika itu, kini MAS sudah pun memecat 6,000 kakitangan mereka pada 1 Jun 2015);
Yang pertama, saya tak puas hati kerana (mereka) nak buang kakitangan seramai 6,000 orang. Ramai pekerja yang kenal saya dulu, yang kerja di bawah saya dulu, datang jumpa saya mengadu.

Saya pun rasa simpatilah. Jadi saya tanya Khazanah, macam mana dia dapat angka MAS terlebih 6,000 orang sekarang ini? Saya soallah, ini pengurusan apa benda? (Seolah-olah ada) 6,000 (pekerja) tiap-tiap hari tidur dan pengurusan tak buat apa-apa.

Tapi yang sebenarnya saya tak percaya MAS lebih 6,000 pekerja. Kalau lebih 500 atau 1,000 orang mungkinlah. Sebab apa saya tak percaya, sebab kakitangan MAS ada jumpa saya, mereka sendiri pun persoal yang dikatakan lebih 6,000 orang.

Sebab kebanyakan mereka bekerja lebih masa, sesetengah daripada mereka tak nak kerja overtime sebab terlalu letih tetapi terpaksa kerja juga. Jadi kalau kakitangan lebih, kenapa kerja overtime? Itu satu.

Yang kedua, katanya, MAS masih nak pekerja, keluar iklan minta pekerja baru. Macam mana begini kalau dia (kata) lebih (pekerja)? Saya juga tanya (Khazanah) bagaimana dia dapat angka (hanya perlukan) 14,000 pekerja itu.

Pada permulaan perjumpaan saya dengan wakil Khazanah, dia kata mereka buat perbandingan dengan syarikat lain, maknanya jumlah kapal terbang lebih kurang sama (dengan MAS), syarikat itu (ada) lebih kurang 14,000 pekerja, terutama Singapore Airlines. Itu satu perbandingan yang salah, kita tak boleh banding begitu. Orang Inggeris kata, it’s not apples to apples.

Tambah Abdul Aziz lagi;
Sebabnya, Singapore Airlines yang ada 14,000 orang itu, untuk operasi penerbangan sahaja, tak termasuk pekerja kejuruteraan, perkhidmatan lapangan terbang, katering, kargo. Kalau masuk semua, Singapore Airlines ada 23,000 pekerja, saya dah semak.

Satu lagi, kita tak boleh banding dengan Singapore Airlines (kerana) operasi dia laluan yang jauh, pesawat badan lebar, 10 hingga 15 jam dia pergi tak balik. Kita sini (MAS) dua pertiga laluan ialah laluan singkat, domestik dan serantau.

Jadi jumlah kakitangan (perlu) lebih ramai sebab lebih banyak take-off, perlepasan, ketibaan, landing. Ada beza di situ. Jadi perbandingan ini adalah satu kesilapan besar. Jadi macam mana saya nak percaya.

Dan tambahan lagi;
Semasa saya bersara pada 1992, kita sudah capai semua ini. (Cabang) kejuruteraan kita besar, kita punya rangkaian (laluan), kita pergi seluruh dunia. Boleh kata seluruh dunia sudah kenal kita, sudah kenal MAS. Kita banyak dapat anugerah. Tiba-tiba jadi begini. Masa bersara dulu, saya rasa alhamdulillah, kita dah capai semua ini.

Saya harap ia akan jadi lebih besar dan lebih maju. Saya beritahu semua kakitangan semasa saya ucap selamat tinggal: “Saya serah kepada tuan-tuan sekalian, ini syarikat kita, negara kita, kita kena jaga”. Cuma dalam masa tiga empat tahun sahaja selepas itu, (MAS mula bermasalah).

Ini kita kena siasat. Bukan semua orang buat tak betul. Saya rasa kalau kita buat suruhanjaya itu, ramai orang nak tahu (apa punca masalah MAS). Tak adil juga semua salahkan pekerja dan kesatuan pekerja. Kalau saya cakap salah, beritahu saya. Kalau saya salah, saya mengaku.

Macam cabang kejuruteraan (MAS) saya nak pertikaikan. Beberapa tahun lalu saya diberitahu MAS nak batalkan (perkhidmatan) penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kepada pihak ketiga walaupun pada masa itu MAS buat untung dalam bidang itu.

MAS hanya nak buat MRO untuk (pesawat) sendiri sahaja. Pada hal masa saya (buka MAS) dulu, kita rancang khusus, latih orang dan cari pelanggan untuk adakan MRO dengan kita.

Kita dapat kelulusan Amerika Syarikat, Kanada, Australia supaya kejuruteraan kita boleh buat penyelenggaraan untuk pihak ketiga. Dan sekarang ini nak tutup terus. Kalau kita buat MRO untuk orang lain, kita boleh buat keuntungan. Kita ada kepakaran, alat semua.

Orang lain berikhtiar sedaya upaya nak dapat pelanggan. Sekarang Singapore Airlines lebih maju daripada kita (dalam MRO), dulu kita lebih maju daripada dia.

31. Muller dipersalahkan sedangkan peranan Tajuddin, BN (selalu pentadbir pusat), perdana menteri seperti Mahathir dan Abdullah Badwi serta Idris Jala yang merugikan MAS dilenyapkan begitu sahaja.

32. Memang Muller dibayar gaji yang tinggi tetapi itu bukan bermaksud Muller dibayar melalui MAS. Silapsilap wang pembayar cukai yang tanggung gaji tinggi Muller dalam pelan pemulihan MAS.

33. Peranan Muller hanyalah sementara waktu sahaja bagi melepaskan MAS dalam saat-saat genting. MAS membeli pengalaman dan kepakaran Muller dalam menyelamatkan sebuah syarikat yang sudah muflis dan menanggung kerugian yang teruk. Ini kerana, siapa pun kerajaan lantik jika dia ialah orang Malaysia kita akan menilai bahawa perlantikan tersebut ialah perlantikan atas dasar politik.

34. Dan sebelum ini, berkali-kali kita dah mengetahui MAS akan menamatkan perkhidmatan ribuan kakitangannya sebelum Muller memasuki MAS lagi.

35. Kita tak bersetuju dengan tindakan menamatkan khidmat 6,000 kakitangan MAS. Yang sepatutnya ditekankan ialah;
  • Kurangkan gaji pengurusan tertinggi yang dilihat tidak masuk akal.
  • Untuk seimbangkan jurang pendapatan atas bawah.
  • Dan juga untuk mengekalkan kuantiti pekerja bawahan yang sepatutnya.
  • Tidak sepatutnya MAS tamatkan khidmat pekerja yang sedang cuti bersalin.
  • Tidak sepatutnya juga MAS memberhentikan kakitangan yang menjadi tunggak utama keluarga.
  • Tidak sepatutnya juga MAS memberhentikan suami isteri yang berkhidmat dalam MAS.

36. Sepatutnya. Untuk proses berhentikan pekerja, ia perlu dibuat oleh pihak ketiga yang bebas. Jika orang-orang dalam MAS sendiri yang buat, sudah tentu wujudnya unsur-unsur favoritism. MAS pun sepatutnya sediakan garis panduan tertentu sebelum bertindak membuang pekerja. Dan pekerja-pekerja yang perlu dibuang haruslah menepati garis panduan tersebut. Ini main buang aje. Orang yang laki bini kerja dengan MAS pun kena buang. Orang tua pun kena buang. Fikir sikitla.. Orang tua kan susah nak dapat kerja. Biarlah ada belas ihsan sikit. Lagipun, bukan mereka yang buat MAS rugi. MAS rugi disebabkan pihak pengurusan tertinggi yang salah urus tadbir. Yang buat keputusan perniagaan yang salah. Bukan salah kakitangan bawahan.

37. Kehilangan MH370 dan ditembak matinya MH17 ialah wake up call. Kalau tidak, sampai sekarang agaknya MAS akan menyusahkan rakyat untuk bail out mereka dari tahun ke tahun dan teruskan lantikan politik atas nama kronisme.

38. Namun sayangnya, untuk menyedarkan MAS, kita perlu kehilangan 2 pesawat, korbankan ratusan nyawa dan 6,000 kakitangan pekerja MAS. Harga sebuah ketidak telusan bermula tahun 1994.

Lu fikirlah sendiri..

BACA INI JUGA: Kucing Selamatkan Syarikat Hampir Bangkrap!

Sumber: Amenoworld