Wednesday, July 01, 2015

Brad Pitt dan Angelina Jolie Bercerai?


Pasangan selebriti popular Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie (Brangelina) dilaporkan bakal berpisah selepas 10 tahun hidup bersama.

Brad Pitt dan Angelina Jolie

Menurut laporan dari majalah In Touch, punca pasangan ini membuat keputusan untuk berpisah kerana Brad tidak tahan dengan perangai Angelina.

"Dia (Angelina) kuat memerintah dan mengungkit kepada Brad. Malah, Angelina juga beberapa kali cuba memalukan Brad di hadapan keluargannya.

"Ini membuatkan Brad tidak tahan dan berfikir yang perkahwinan dengan Angelina adalah satu kesilapan besar," ujar satu sumber.

Pada masa sama, sumber itu turut memberitahu bahawa pasangan itu sudah berusaha untuk memulihkan hubungan mereka, namun tidak berhasil.

"Usaha mereka tidak berhasil dan ini membuatkan kedua-dua mereka bersetuju untuk berpisah."

Dalam pada itu, sehingga kini kedua-dua selebriti itu masih lagi belum membuat sebarang kenyataan mengenai isu tersebut.

BACA INI JUGA: Selebriti Terkenal Hollywood Yang Pernah Di Tuduh Membunuh

2 comments

  1. Dunia hollywood ni mmg penuh dgn dugaan.. kisah bercerai ni bnyk berlaku kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hollywood memang hebat, asal bosan dengan pasangan terus bercerai huhu..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon