Jul 1, 2015

Azwan Ali Akhirnya Mohon Maaf Isu Menate

Kurang 24 jam dari tempoh seminggu yang diberikan, selebriti kontroversi negara, Azwan Ali‎, akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman akaun sosialnya.‎

DIVA AA

Petikan status di Facebooknya menunjukkan tanda-tanda perdamaian nyata mengejutkan semua pihak, terutamanya netizen yang sebelum ini pedas menyindir Azwan.

Sebaik umat Islam berbuka puasa semalam, Azwan secara terbuka meminta maaf dan menyatakan rasa hormatnya terhadap Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah‎ yang terdahulu, memberi amaran keras untuk membuat laporan polis terhadap kelantangannya menghina orang Melayu.

"Bila Ayah cabar Azwan Ali? Tak jadi masalah..Bersaksikan lebih 82,500 followers (pengikut), saya Azwan Ali meminta maaf jika ada pihak yang terus tersingggung! Azwan Ali seorang yang hormat orang tua seperti ayah.‎

"Tidak ada masalah langsung (walau sebesar hama) dan ‎harap bersifat terbuka. Hentikan isu yang telah diperbesarkan oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Abdul Rani atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Arka memberikan tempoh seminggu bagi selebriti itu untuk membuat permohonan maaf sebelum laporan polis dibuat.

Menurut Arka, amaran itu bertujuan melindungi kedaulatan institusi Diraja serta menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini.

“Azwan Ali perlu sedar diri yang dia itu pun orang Melayu. Dia hina orang Melayu, dia sendiri pun keturunan Melayu juga. Dia perlu minta maaf atas apa yang dia buat.

Kalau minta maaf pun, itu bukan satu perkara yang hina."

"Dia tidak boleh kata Melayu itu anjing, Melayu neraka. Itu salah. Itu dikira menghina orang Melayu. Ayah bagi kelonggaran sikit sebab ini bulan puasa. Hari baik, bulan baik. Kalau tidak, sudah lama ayah lapor polis!

“Ayah bagi tempoh masa seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya dia masih gagal untuk minta maaf, ayah akan lapor pada pihak berkuasa. ‘Sangkut’ dia nanti,” ujar Abdul Rani atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Arka sebelum ini.

Rani Kulup
Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah.

Sementara itu, tambah Azwan lagi, "Bak kata Ayah, ini hari baik, bulan baik. Kepada semua Melayu khasnya si batu api, tolong muhasabah! Azwan Ali tidak gentar untuk berdepan dengan apa juga kebenaran.

"Baca terima maaf Azwan Ali dan stop all the nonsense! (hentikan semua hal mengarut!)," katanya lagi.

Kontroversi bermula apabila Azwan yang menggelar dirinya Diva AA meminta cadangan lokasi restoran yang kurang dikunjungi ramai Melayu untuk menikmati hidangan steak menerusi akaun Twitternya.

Tweetnya itu turut mendapat respon dari seorang pengikutnya, @NurAziraWA yang secara ringkas menjawab ‘menate’.

Selebriti dan bekas hos televisyen itu yang tersalah tafsir jawapan tersebut terus menyerang dan menghina wanita berkenaan.

“...bertudung paling binatang #menyalak real anjing! #puiii puashati tak...?" tulis Azwan.

Namun, @NurAziraWA tidak cepat melatah dan menjawab bahawa dia hanya merujuk sebuah restoran yang diberi nama ‘Menate’ dan bukan mengutuk.

“Maksud saya Steak House Menate,” jawabnya.

Salah faham itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen lain selepas ‘screen shot’ perbualannya dengan selebriti itu menjadi viral di media sosial.

BACA INI JUGA: Mustaffa Othman, Bekas Pakar Daging Istana Ratu Elizabeth

Sumber: Sinarharian.com.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Kat pak kulup je mintak maaf?? yang minah dia maki pasal menate tu takde plak...

Diva AA katakan, egonya tinggi sangat..hehe

hmmm....sbb tu sebelum nk marah org kena byk istighfar...takut memakan diri....

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon