Monday, December 05, 2016

Misteri Kebakaran Besar Israel Terbongkar!

Misteri Kebakaran Besar Israel Terbongkar!

Apabila berlaku sesuatu yang melibatkan Israel, ia pasti mengundang kontroversi termasuk kebakaran besar yang melanda negara itu sekarang. Ramai orang terus membuat kesimpulan itu adalah pembalasan tuhan.

Kebakaran Israel

Lebih-lebih lagi apabila insiden kebakaran tersebut dikaitkan dengan larangan azan menggunakan pembesar suara oleh rejim Zionis baru-baru ini yang turut menyaksikan seorang anggota Parlimen berketurunan Arab, Ahmed El-Tibi melaungkan azan di dalam Knesset, dewan Parlimen Israel.

Sebenarnya, ramai tidak tahu bahawa siri kebakaran dalam skala besar bukanlah sesuatu yang luar biasa di negara Yahudi itu sejak beberapa tahun kebelakangan.

Apa yang berlaku ada kaitan dengan pendekatan Jewish National Fund (JNF) yang sejak 1930an telah menanam pokok pine di beberapa kawasan pedalaman negara itu sebagai kaedah terancang menyembunyikan tindakan jahat rejim Zionis merampas dan memusnahkan kawasan penempatan penduduk Palestin.

Mereka menanam pokok pine di tapak bekas penempatan itu demi menghilangkan imej asalnya sebagai tanah kediaman yang dirampas.

Gilad Atzmon, seorang aktivis Yahudi yang pro Palestin dalam artikelnya, Why Israel is Burning? disiarkan www.gilad.co.uk pada 25 November lalu, mendedahkan bahawa sejak 1936, JNF telah menaman 1.7 juta pokok di tanah seluas 1,750 hektar. Dalam tempoh 50 tahun, lebih 260 juta pokok pine ditanam di seluruh Israel.

Apa tujuannya?

Selain menyembunyikan kesan tindakan jahat mereka merampas tanah milik orang Palestin, strategi menaman pokok pine juga bermotif untuk mengeropahkan bumi padang pasir itu.

Ini ada kaitan dengan asal usul pendatang haram Israel yang kebanyakannya adalah imigran dari negara-negara Eropah.

Atas sebab itu, mereka mahu menjadikan tanah yang dijarah sama seperti daerah asal mereka. Dikelilingi hutan pine adalah satu daripada caranya.

Little Switzerland

Kerana itu, mereka bukan sahaja perlu memusnahkan imej kesan penempatan Palestin yang ada malah pokok zaitun sebagai tanaman asal juga perlu dihapuskan dan ditukarkan dengan pine.

Lantaran banyaknya pine yang ditanam, kawasan pergunungan Carmel, salah satu bahagian pergunungan Palestin (Israel) kemudiannya dikenali dengan julukan ‘Little Switzerland’.

Bagaimanapun pada 2010, kawasan Little Switzerland terbakar dan yang tinggal kini hanya sejarah, juga impian orang Yahudi yang tidak kesampaian untuk hidup di kawasan yang persis suasana Eropah.

Wilayah Israel yang beriklim subtropika adalah bercuaca panas. Salah satu kawasannya, Tirat Zvi di Lembah She'an yang bersempadan dengan Jordan termasuk antara 10 kawasan paling panas di dunia dengan suhu mencecah 47.2 hingga 53.8 darjah selsius.

Menurut Atzmon, pokok pine yang sinonim dengan iklim sederhana memang sukar untuk beradaptasi dengan persekitaran seperti itu, sama dengan orang Yahudi yang tidak dapat berasimilasi dengan masyarakat Arab di sekeliling mereka.

Ini ditunjukkan dengan fakta bahawa daripada 10 anak pine yang ditanam, hanya empat yang mampu hidup.

Lalu apa kaitannya dengan kebakaran yang sedang berlaku di Israel?

Pokok Pine

Pokok pine adalah jenis kayu yang mudah terbakar. Di negara beriklim sederhana (seperti yang sedang berlaku di Amerika Syarikat) kebakaran hutan yang berlaku pada musim panas lazimnya berpunca daripada kayu pine.

Pengganas

Justeru, ia amatlah tidak sesuai untuk ditanam di kawasan bercuaca panas seperti Israel. Adanya beribu-ribu hektar hutan pine di negara itu adalah seumpama mewujudkan zon maut setiap kali tiba musim panas.

Atas sebab itulah, pakar menjangkakan kebakaran besar-besaran yang sedang berlaku di Israel akan berlarutan untuk tempoh beberapa tahun akan datang jika langkah pencegahan tidak dilakukan dengan berkesan.

Siapa Gilad Atzmon?

Gilad Atzmon yang menghebahkan perkara ini kepada dunia, kini jadi sasaran kecaman orangnya sendiri.

Meskipun lahir dalam keluarga Yahudi totok, pada usia dewasanya, dia lantang menentang kekejaman Zionis terhadap orang Palestin malah secara terang-terangan menyelar pengusiran bangsa pribumi itu.

Tulennya keyahudian keluarga Gilad Atzmon, datuknya adalah komandan organisasi pengganas Zionis, Irgun yang dikepalai oleh Menachem Begin, bekas Perdana Menteri Israel.

Ketika usianya mencecah 17 tahun, Gilad Atzmon menyertai pasukan tentera kerahan Israel Defense Force (IDF) dan diserap dengan doktrin Zionisme yang ekstrem.

Sepanjang tempoh itu, dia terlibat dengan beberapa siri pertempuran termasuk ketika Perang Enam Hari pada Jun 1967 yang dimenangi tentera Zionis sekali gus merampas Baitulmaqdis (Jerusalem) dan Tebing Barat daripada penguasaan orang Arab.

Jiwa Gilad Atzmon bagaimanapun berubah 180 darjah apabila dia mula mendalami muzik jazz yang telah menyerapkan falsafah kedamaian menerusi melodi ke dalam diri dan kehidupannya. Sejak itu, dia mula mengelak setiap kali ada panggilan untuk tugasan ketenteraan.

Gilad Atzmon mulai sedar bahawa dasar dan tindak-tanduk Israel tidak harus didukungi oleh seorang insan yang berakal waras sepertinya lalu pada 1994, dia berhijrah ke United Kingdom.

Gilad Atzmon

Dia meninggalkan Tel Aviv dengan keyakinan bahawa Israel harus angkat kaki dari tanah yang dijajah atas dua sebab; pertama kerana bumi yang diduduki itu sememangnya dan selamanya adalah milik orang Palestin.

Kedua, dia percaya bahawa selagi pemimpin dan rakyat Israel berpegang jati politik yang rasis dan bongkak, Zionisme tidak akan bermetamorfosis menjadi ideologi yang berupaya untuk menunjukkan tahap peradaban manusia yang bertamadun.

Sejak itu, Gilad Atzmon aktif menulis meluahkan pandangannya untuk menunjukkan kepada dunia betapa tidak adil kaumnya sendiri yang dirasuk oleh ketamakan dan kesombongan hingga sanggup berlaku kejam terhadap mereka yang lebih berhak, iaitu orang Palestin yang telah berdekad-dekad dizalimi.

Selain buku dan makalah, Gilad Atzmon yang juga seorang saksofonis turut memperjuangkan seruan keadilan untuk bangsa Palestin menerusi konsert jazz persembahannya..

Atas semangat dan perjuangannya, Dr. Kevin Barret, seorang sarjana Amerika yang banyak menjalankan kajian mengenai Timur Tengah terutama yang berkaitan konflik Palestin - Israel langsung memberi julukan 'Nabi Musa Era Ini' kepada Atzmon.

Setidak-tidaknya Gilad Atzmon telah menunjukkan kepada kita, bukan semua orang Yahudi bersetuju dengan Zionis walaupun bilangan mereka adalah sangat terpencil dan pastinya turut diancam, sama seperti penentang kuasa hegemoni itu yang lain.

BACA INI JUGA: Soalan Yahudi Tentang Solat

Sumber: SH

Friday, November 25, 2016

'Kebakaran Besar Di Israel Bala Dari Allah'

'Kebakaran Besar Di Israel Bala Dari Allah'

Mazin Abdul Adhim, seorang imam terkemuka berketurunan Iraq yang kini berada di London, Ontario, menerusi kenyataan dalam laman Facebook berkata, bencana kebakaran di negara haram Israel merupakan balasan daripada Allah kerana cuba mengharamkan azan di seluruh kawasan yang diceroboh.

Mazin Abdul Adhim

Mazin Abdul Adhim juga berharap kebakaran yang berlaku di Israel akan membakar seluruh tanah jajahan rejim Zionis sebagai balasan terhadap penindasan ke atas penduduk Palestin.

Malah kata beliau, kebakaran yang merebak dengan cepat disebabkan angin kencang mungkin dilihat sebagai satu kebetulan tetapi beliau percaya bala tersebut diturunkan oleh Allah.

"Menarik apabila melihat kelemahan rejim Zionis dan mereka terpaksa bergantung kepada bantuan negara luar untuk menyelamatkan diri.

"Mereka tidak mengawal dunia, apatah lagi mengawal tanah kecil yang diberikan kepada mereka secara percuma oleh British selepas Perang Dunia Pertama.

"Tanpa boneka (negara sekutu) yang melindungi mereka serta kewangan yang disalurkan daripada AS, Israel tidak mampu bertahan walaupun untuk tempoh seminggu.

"Semoga Allah meningkatkan lagi tiupan angin untuk merebakkan lagi kebakaran sehingga tanah jajahan Israel hangus sebagai balasan merampas tanah penduduk asal di Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya," tulis Mazin.

Israel Terbakar

Kebakaran besar di Israel berlanjutan sejak beberapa hari lalu menyebabkan puluhan ribu pendatang haram Yahudi terpaksa menyelamatkan diri.

Rejim Zionis juga terpaksa merayu bantuan antarabangsa untuk memadamkan kebakaran tersebut yang sukar dikekang secara bersendirian.

BACA INI JUGA: 10 Penipuan Terbesar Yahudi

Sumber: mStar

Israel Terbakar Selepas Larang Azan Di Palestin?

Israel Terbakar Selepas Larang Azan Di Palestin?

Selepas dilanda kebakaran yang hampir memusnahkan sebahagian besar penempatan haram yahudi, rejim pengganas ini terpaksa ‘tebal muka’ meminta bantuan negara jiran untuk menangani krisis kebakaran hutan yang kini berlarutan beberapa hari.

Israel Dijilat Api

Perkara itu disuarakan oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan susulan rejim Zionis meminta negara luar untuk menghantar pesawat pengebom air bagi memadamkan kebakaran.

Cyprus, Rusia, Itali, Croatia dan Greece antara beberapa buah negara asing yang menghulurkan bantuan untuk memadamkan kebakaran sebelum Turki melakukan perkara sama.

Ramalan cuaca pada hari ini menunjukkan angin kencang bakal memburukkan lagi kebakaran untuk merebak ke kawasan yang lebih luas.

Pesawat milik polis Israel setakat Rabu cuba memadamkan berpuluh-puluh kawasan yang dimamah api tetapi keadaan dijangka lebih buruk susulan ramalan cuaca itu, sekali gus melangkaui keupayaan rejim Zionis menangani krisis tersebut.

Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk kawasan penempatan haram Yahudi di Nataf selain kawasan Karkom berdekatan Tiberias.

Sejumlah besar rumah pendatang dilaporkan musnah dalam kebakaran itu tetapi tiada kemalangan jiwa direkodkan setakat ini.

Dalam perkembangan lain, Netanyahu menuduh penduduk Palestin sebagai dalang memulakan kebakaran tersebut dan berikrar untuk memburu pihak yang terlibat.

Difahamkan, empat penduduk Palestin ditahan di Baitulmaqdis berhubung dakwaan melakukan kebakaran tersebut tetapi kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Sebahagian penduduk terperangkap di kediaman mereka, manakala pihak tentera terpaksa mengerahkan askar simpanan untuk membantu menangani bencana itu yang masuk hari ketiga semalam. Pihak berkuasa Israel mendakwa bahawa kebakaran itu dilakukan dengan sengaja.

Jurucakap Dewan Bandar Raya Haifa, Or Doron berkata, seramai 50,000 daripada sekitar 250,000 penduduk Haifa telah dipindahkan.

Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld pula memberitahu, penduduk di lapan kejiranan telah diarahkan berpindah ekoran enam kejadian kebakaran ber­asingan.

“Sebanyak empat pusat penempatan sementara telah didirikan bagi menempatkan mereka,” katanya.

Beberapa penduduk berkata, mereka bertungkus-lumus untuk memindahkan golongan warga emas ke kawasan selamat.

“Kebakaran ini tidak dapat dikawal lagi dan merebak dari rumah ke rumah,” kata ketua operasi menyelamat di kejiranan Carmel, Naftali Rottenberg.

Seorang penduduk Haifa, Yael Hame memberitahu bahawa situasi kini amat menakutkan selepas dia melarikan diri dari rumahnya.

“Kebakaran ini menelan ba­ngunan pencakar langit. Api menjulang setinggi bangunan 20 tingkat,” katanya.

Menurutnya, kebakaran itu lebih berbahaya daripada bencana serupa pada 2010 di Haifa yang mengorbankan 44 orang sekali gus kebakaran paling dahsyat dalam sejarah Israel.

Agensi kaji cuaca Israel pula meramalkan kebakaran hutan kali ini akan berterusan selama beberapa hari lagi.

Israel dilanda banyak kebakaran hutan sejak beberapa hari lalu akibat musim luruh yang kering dan tiupan angin kuat. Selain Haifa, kebakaran belukar berlaku di serata negara Yahudi itu. -mStar

Hashtag ‘Israel Terbakar’ Trending Di Media Sosial Arab

Israel Terbakar

Hashtag ‘Israelburning‘ (Israel terbakar) telah menduduki tangga teratas media sosial khususnya laman Twitter dalam kalangan netizen Arab.

Rata-rata warga Arab dikatakan bersorak gembira atas insiden krisis kebakaran hutan yang kini sedang membelenggu negara haram Yahudi tersebut.

Mereka menganggap kebakaran itu adalah balasan Tuhan kerana Israel baru-baru ini telah melarang laungan azan di masjid-masjid di Palestin.

“Kerana Israel melarang azan, mereka terbakar. Allah Maha Besar,” tulis Ketua Keamanan Umum di Dubai, Dhani Khalfan Tamim.

“Israel terbakar hebat hingga meminta sekutunya untuk membantu. Hal ini terjadi setelah Israel melarang azan di masjid-masjid Palestin yang dirampas (Semoga Palestina merdeka),” tulis Imam Kuwait, Al-Afasy.

Sementara itu, pelbagai meme dan video memerli kebakaran di Israel itu turut tersebar menjadi viral.

Setakat ini, punca kebakaran aneh itu tidak diketahui sehingga menjadi misteri bagaimana ia boleh berlaku.

Namun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu percaya kebakaran ini berpunca konon akibat perbuatan pengganas dan berjanji untuk memburu pihak yang terlibat.

Sementara itu, puluhan ribu penduduk Yahudi di bandar Haifa telah dipindahkan susulan krisis kebakaran itu. -Mynewshub

Azan di Masjid al-Ibrahimi dilarang 45 kali pada Februari

Israelburning

Pihak berkuasa Israel sebelum ini melarang azan berkumandang di Masjid al-Ibrahimi al-Khalil sebanyak 45 kali pada Februari lalu kerana mendakwa ia mengganggu penduduk Yahudi.

Sumber tempatan mendedahkan bahawa tentera Israel menghalang mereka yang bertanggungjawab untuk azan daripada memasuki ruang di dalam masjid.

Malah, tentera Israel turut menempatkan tentera mereka di persekitaran masjid serta berterusan mengganggu rakyat Palestin yang cuba memasuki laman suci umat Islam itu. -PK

BACA INI JUGA: Kebencian Hitler Terhadap Yahudi Mungkin Ada Benarnya

Monday, October 31, 2016

Kebencian Hitler Terhadap Yahudi Mungkin Ada Benarnya

Kebencian Hitler Terhadap Yahudi Mungkin Ada Benarnya

Semasa kecil, apa yang kita tahu mengenai Jerman ialah, tenteranya sentiasa di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.

Yahudi dan Hitler

Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat.

Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.

Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak.

Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang boleh dibaca.

Ada satu buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan.

Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.

Kita tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam.

Membunuh dengan zalim bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur.

Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun, malah di Jerman sehingga hari ini pun kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya.

Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal, Mein Kampf.

Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi.

Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.

Dunia Kristian Menganggap Yahudi Bangsa Yang Bahaya

Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak.

Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies.

Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.

Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto.

Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam, selain rentetan peperangan antara penganut Kristian dan Yahudi.

Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka.

Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat?

Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.

Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.

Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini.

Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman.

Yahudi Bangsa Pengkhianat

Kezaliman Yahudi
Tentera Yahudi memijak kanak-kanak Palestin.

Jika dilihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka.

Nabi SAW pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi SAW, maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin.

Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu.

Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka.

Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi SAW, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah.

Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati.

Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:

“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”.

"Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang.

"Rasulullah SAW bertanya mereka, “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka, “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”.

"Sabda Rasulullah, “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka, “Allah lindunginya dari perkara tersebut”.

"Sabda Rasulullah, “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”.

"Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata, “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”.

"Lantas mereka berkata, “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”.

"Kata Abdullah bin Salam, “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu.

Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan.

Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..

BACA INI JUGA: Holocaust, Fakta Kenapa Hitler Membenci Yahudi

Sumber: Drmaza

Monday, October 24, 2016

Propoganda Freemason Mencetus Sengketa Sesama Manusia

Propoganda Freemason Mencetus Sengketa Sesama Manusia

Apa yang anda tahu tentang Perang Dingin? Begini, Perang Dingin tercetus apabila Soviet Union mengasaskan 'Blok Sosialis' dengan corak politik, ekonomi dan sosial yang bersifat tertutup.

Perang Dingin

Fahaman yang dibawa Soviet Union mempunyai banyak perbezaan berbanding dengan corak negara seperti Amerika, Britain dan Perancis.

Amerika pula menerajui 'Blok Kapitalis' yang dianggotai Britain, Perancis dan negara-negara Eropah yang lain.

Negara China pula diterajui fahaman sosialis selepas tamatnya Perang Dunia Kedua melalui parti komunis pimpinan Mao Zedong.

China menyertai Blok Sosialis sebagai pendukung kuat fahaman ini kerana Soviet Union telah membantu mereka menewaskan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Perang Dingin merupakan persaingan antara Blok Kapitalis dan Blok Sosialis yang tidak melibatkan pertempuran senjata.

Blok Kapitalis menubuhkan pakatan NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) bagi menjaga kepentingan politik, ekonomi dan sosial negara anggotanya.

Blok Sosialis pula menandatangani pakatan WARSAW (Perjanjian Persahabatan, Kerjasama dan Bantuan Mutual) untuk tujuan yang sama.

Setelah penyatuan Jerman Barat dan Jerman Timur, Jerman menyertai pakatan NATO kerana pertumbuhan ekonomi Blok Kapitalis lebih maju.

Kesan dari Perang Dingin, Blok Kapitalis dan Blok Sosialis berlumba-lumba menunjukkan kehebatan masing-masing.

Kedua-dua blok ini melebarkan pengaruh mereka kepada negara-negara yang baru merdeka.

Maka, negara Islam yang sebelum ini bernaung di bawah pimpinan khalifah akhirnya berpecah kepada Blok Kapitalis dan Blok Sosialis setelah melalui zaman perang dunia.

Antara contoh seperti Perang Iran-Iraq, sama ada Iran atau Iraq, mereka memilih sekutu masing-masing setelah tumbangnya sistem khalifah.

Iraq bersekutu dengan Amerika manakala Iran bersekutu dengan Soviet Union.

Perang Iran-Iraq berlaku pada tahun 1980 sehingga tahun 1988 yang kononnya dilancarkan atas dasar keagamaan, sedangkan hakikatnya Islam adalah agama rahmat dan berperang sesama sendiri bukanlah tuntutan syariat.

Iraq menuduh Iran bersekongkol dengan Blok Sosialis yang berfahaman ateis, sedangkan Iraq sendiri turut bersekongkol dengan Blok Kapitalis yang berfahaman sekular.

Disebabkan itu, umat Islam terus terlibat dalam peperangan sedangkan negara Barat terus menikmati kemajuan.

Imej Islam terus tercemar apabila berperang sesama sendiri sehingga digelar sebagai 'agama pengganas'.

Umat Islam masing-masing mengaku sebagai pihak yang benar lalu berperang dengan saudara seagama atas sokongan sekutu masing-masing tanpa menyedari bahawa sekutu mereka itu merupakan golongan yang langsung tidak beriman kepada Allah.

Malah, sekutu yang mereka pilih itu juga merupakan antara pemimpin tertinggi Freemason yang menguasai Blok Kapitalis dan juga Blok Sosialis.

Siapa Pengasas Sebenar Blok Kapitalis dan Blok Sosialis?

Walaupun empayar Soviet Union tumbang pada tahun 1991 dan berpecah melahirkan serpihan negara-negara kecil yang digelar 'bekas tanah jajahan Soviet Union', namun roh Soviet Union terus wujud dan boleh dilihat daripada kerajaan Rusia yang seolah-olah mewarisi keagungan empayar tersebut.

Peranan Soviet Union sebagai kuasa besar dunia diambil alih oleh Rusia yang merupakan induk kepada bekas tanah jajahan Soviet Union.

Rusia sentiasa berusaha agar bangkit semula untuk membina empayar semegah Soviet Union.

Apa yang wajib kita ketahui, bahawa Blok Sosialis diasaskan oleh pemimpin Freemason dan Blok Kapitalis juga diasaskan oleh pemimpin Freemason.

Hakikatnya, kedua-dua blok ini adalah ciptaan kumpulan rahsia dajjal iaitu Freemason!

Mencetus Peperangan Besar

Freemason sebenarnya merancang permusuhan antara manusia dengan menubuhkan kedua-dua blok tersebut agar manusia terus saling berperang berlandaskan perbezaan fahaman politik.

Sudah terbukti bahawa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua adalah peperangan ciptaan Rothchild (Freemason-Illuminati) yang berfahaman Judaism-Zohar (Zionis).

Wallahu a'lam.

*Petikan daripada Kitab Tamadun Islam (Ibnu Jawi, Thepatriots)

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, September 16, 2016

Ayat-ayat 'Hitam' Dalam Kitab Talmud Yahudi

Ayat-ayat 'Hitam' Dalam Kitab Talmud Yahudi

Talmud merupakan kitab suci Zionis-Yahudi di seluruh dunia dan semua tindak-tanduk Zionis-Israel adalah merujuk kepada ayat-ayat Talmudisme.

Talmud

Texe Marrs, seorang penyiasat bebas Amerika Syarikat yang telah menyiasat perkembangan salasilah Bush selama enam tahun membuktikan bahawa keluarga Bush, termasuk bekas Presiden AS George W. Bush, merupakan keluarga yang sangat taat mempelajari Talmud.

"Legasi Bush adalah Yahudi dan mereka menjadikan Talmud sebagai kitab sucinya. Adalah satu kesilapan besar jika ada yang menyangka mereka merupakan keluarga Kristian.

"Mereka memperkudakan kekristianan untuk menipu warga Kristian diseluruh dunia, walhal mereka merupakan keluarga Talmud yang taat," menurut Texe Marrs.

Kita sudah tentu banyak mendengar tentang Talmud, namun belum banyak yang mengetahui kandungan ayat-ayatnya.

Berikut dipaparkan sejumlah ayat-ayat Talmud yang menjadi dasar segala tindak-tanduk Zionis terhadap orang-orang bukan Yahudi (Ghoyim atau Gentilles) dan darinya anda akan "memahami" mengapa kaum Zionis selalu mahu menang, selalu mengkhianati perjanjian dan sebagainya.

Inilah ayat-ayat suci mereka.

"Hanya orang-orang Yahudi yang manusia, sedangkan orang-orang bukan Yahudi bukanlah manusia, melainkan binatang." (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)

"Orang-orang bukan Yahudi diciptakan sebagai hamba untuk melayani orang-orang Yahudi." (Midrasch Talpioth 225)

"Angka kelahiran orang-orang bukan Yahudi harus ditekan sekecil mungkin." (Zohar II, 4b)

"Orang-orang bukan Yahudi harus dijauhi, bahkan lebih daripada babi yang sakit." (Orach Chaiim 57, 6a)

"Tuhan (Yahweh) tidak pernah marah kepada orang-orang Yahudi, melainkan hanya (marah) kepada orang-orang bukan Yahudi." (Talmud IV / 8 / 4a)

"Di mana saja mereka (orang-orang Yahudi) berkumpul, mereka akan menjadi pembantu raja-raja." (Sanhedrin 104a)

"Terhadap seorang bukan Yahudi tidak menjadikan orang Yahudi berzina. Boleh dijatuhkan hukuman bagi orang Yahudi hanya bila berzina dengan Yahudi lain iaitu isteri seorang Yahudi. Isteri bukan Yahudi tidak termasuk." (Talmud IV / 4 / 52b)

"Tidak ada isteri bagi bukan Yahudi, mereka sesungguhnya bukan isterinya." (Talmud IV / 4/81 dan 82ab)

"Orang-orang Yahudi harus selalu berusaha untuk menipu daya orang-orang bukan Yahudi." (Zohar I, 168a)

"Jika dua orang Yahudi menipu orang bukan Yahudi, mereka harus membahagikan keuntungannya." (Choschen Ham 183, 7)

"Tetaplah terus berjual beli dengan orang-orang bukan Yahudi, jika mereka perlu membayar wang untuk itu." (Abhodah Zarah 2a T)

"Tanah orang bukan Yahudi, kepunyaan orang Yahudi yang pertama kali menggunakannya." (Babba Bathra 54b)

"Setiap orang Yahudi boleh menggunakan pembohongan dan sumpah palsu untuk membawa seorang bukan Yahudi kepada kejatuhan." (Babha Kama 113a)

"Pemilikan orang bukan Yahudi seperti padang pasir yang tidak dimiliki; dan semua orang (setiap Yahudi) yang merampasnya, bererti telah memilikinya." (Talmud IV / 3 / 54b)

"Orang Yahudi boleh mengeksploitasi kesalahan orang bukan Yahudi dan menipunya." (Talmud IV / 1 / 113b)

"Orang Yahudi boleh mempraktikkan riba terhadap orang bukan Yahudi." (Talmud IV / 2 / 70b)

"Ketika Messiah (Raja Yahudi Terakhir atau Ratu Adil) muncul, semuanya akan menjadi orang suruhan Yahudi." (Erubin 43b)

Inilah sebahagian kecil dari ayat-ayat hitam Talmud dan inilah landasan ideologi kaum Zionis dalam hidupnya.

Setiap hari Sabtu yang dianggap suci (Shabbath), mereka Talmud sepanjang hari dan mengkaji ayat-ayat di atas. Mereka menganggap Yahudi sebagai bangsa yang satu-satunya berhak disebut manusia.

Sedangkan bangsa di luar Yahudi mereka anggap sebagai binatang, termasuk orang-orang liberalis yang melayani kepentingan kaum Zionis.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

Sumber: Detikislam

Tuesday, September 13, 2016

Apa Yahudi Tipu Kita Tentang Daging Kambing?

Apa Yahudi Tipu Kita Tentang Daging Kambing?

Mereka yang bergelar doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan.

Khasiat daging kambing

Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi dan seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah SAW. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya.

Oleh kerana orang barat dan yahudi tidak mahu kita mengikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. (Baca)

Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Daging Kambing Adalah Daging Yang Paling Baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung.

Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam.

Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya.

Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Daging kambing yang rendah kandungan protennya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk.

Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar).

Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah.

Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger.

Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus.

Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi.

Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat.

Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi.

Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak.

Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing.

Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit.

Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga.

Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari.

Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang.

Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira.

Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang.

Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.

Inilah tipu helah yahudi untuk menjatuhkan umat islam terutamanya. Wallahu A'lam.

BACA INI JUGA:

Sumber: HCL

Sunday, May 01, 2016

8 Misteri Besar Kenapa 1 Mei Disambut Hari Pekerja Sedunia!

8 Misteri Besar Kenapa 1 Mei Disambut Hari Pekerja Sedunia!

Pada 1hb Mei 1886, sekitar 400,000 pekerja di AS mengadakan demonstrasi besar-besaran untuk menuntut pengurangan jam kerja mereka.

Rahsia 1 Mei

Pasukan polis Amerika kemudiannya menembak para peserta demonstrasi tersebut sehingga ratusan orang terbunuh dan pemimpinnnya ditangkap dan dihukum bunuh.

Sebelum peristiwa 1 Mei tersebut, di pelbagai negara juga telah berlaku mogo oleh pekerja untuk menuntut layanan yang lebih adil dari para pemilik modal (kapitalis).

Pada bulan Julai 1889, Kongres Sosialis Dunia yang diadakan di Paris menetapkan peristiwa 1hb Mei berkenaan sebagai Hari Pekerja Sedunia dan mengeluarkan resolusi bahawa “Satu tindakan besar antarabangsa harus diorganisasikan pada satu hari tertentu di mana semua pekerja di setiap negara pada masa yang sama menuntut agar kerajaan membuat undang-undang untuk mengurangkan jam kerja menjadi 8 jam sehari, dan juga melaksanakan semua resolusi Kongres Pekerja Antarabangsa Perancis.”

Resolusi ini mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai negara dan sejak tahun 1890, tanggal 1 Mei, yang diistilahkan dengan May Day, disambut oleh pekerja dipelbagai negara, meskipun di sebahagian negara mendapat tekanan keras dari kerajaan masing-masing.

Sejak 1880, di AS dan Kanada, Hari Pekerja Sedunia disambut pada setiap hari Isnin pertama setiap September walaupun ada beberapa desakan dibuat untuk mengubahnya ke 1hb Mei.

Apa yang jelas, dari sejarah Hari Pekerja Sedunia ini muncul dari rasa ketidakpuasan hati pekerja setelah mereka ditindas dengan kejam oleh para pemilik modal.

Setelah tidak tahan dengan mogok dan demonstrasi yang sering dilakukan, maka kerajaan telah mengambil jalan tengah (kompromi) dengan melayani tuntutan yang dibuat oleh para pekerja dan seterusnya memberi ‘pengiktirafan’ kepada perjuangan mereka dengan mengisytiharkan hari cuti untuk mereka.

Jalan tengah ini sedikit sebanyak mengurangkan desakan-desakan para pekerja. Kompromi sistem kapitalis barat inilah yang telah melahirkan Hari Pekerja Sedunia. 

Malangnya, umat Islam sekali lagi telah ‘terpukau’ dengan ‘hasil’ sistem Kapitalisme ini dan turut menyambut Hari Pekerja Sedunia dengan penuh makna dan penuh harapan.

Yahudi Dan 1 Mei

Terdapat banyak peristiwa sebenarnya yang berlaku pada 1hb Mei ini, tetapi artikel ini khusus memilih peristiwa-peristiwa yang berkaitan Yahudi sahaja.

Apabila kita membuat perkaitan fakta di situ akhirnya dapat disimpulkan rasionalnya 1hb Mei itu dipilih.

Ia bukanlah suatu maklumat baru tetapi penulis cuba memberi suatu perkaitan baru untuk menyedarkan kita akan misteri 1 Mei itu sendiri.

Baca seterusnya disini, Rahsia Besar 1hb Mei Dan Kaitannya Dengan Yahudi

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, July 07, 2015

10 Penipuan Terbesar Yahudi

10 Penipuan Terbesar Yahudi

Wartawan Belgium, Michel Collon, menggunakan bukunya, ‘Israel, let’s talk about it’ (Israel, mari kita berbicara mengenainya) untuk mendedahkan bagaimana laporan media Eropah melakukan penipuan berdekad-dekad dalam usaha mereka menyokong kewujudan negara haram Israel.

Yahudi

Dalam buku itu, Collon menyenaraikan 10 penipuan besar disebarkan media Barat bagi menjustifikasi penubuhan negara Israel serta menghalalkan tindakan negara Zionis itu.

Penipuan itu adalah:

1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi ketika Perang Dunia Kedua

Hakikatnya, kata Collon, projek mewujudkan Israel itu diluluskan Kongres Zionis Pertama di Basel, Switzerland, pada 1897.

Dalam persidangan itu, pemimpin Zionis memutuskan untuk menakluk Palestin bagi menyediakan ruang untuk mereka membangunkan Israel.

Untuk makluman, Perang Dunia Kedua berlaku di antara 1939 hingga 1945.

2. Untuk menghalalkan penghijrahan besar-besaran ke Palestin, Yahudi mendakwa wilayah itu adalah warisan mereka selepas diusir pada tahun 70 Masihi

Kata Collon, data itu hanyalah rekaan semata-mata.

“Saya bercakap dengan beberapa sejarawan terkenal Israel, termasuk Shlomo Sand, yang percaya peristiwa penghijrahan beberapa abad silam tidak pernah berlaku.

“Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan mereka pada zaman purba.

“Justeru, kedatangan mereka ke Palestin kononnya untuk menduduki tanah warisan tidak berasas sama sekali,” katanya.

Menurut Collon, Yahudi yang mendesak mahu pulang ke ‘tanah asal’ mereka di Palestin sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Memetik pendapat Sand, Collon berkata, sebenarnya isu negara Yahudi tidak wujud sama sekali kerana bangsa itu yang berada di pelbagai negara tidak memiliki persamaan sejarah, bahasa atau budaya.

“Satu-satunya persamaan mereka adalah agama, tetapi agama bukan asas membina negara,” katanya.

3. Penipuan ketiga ialah dakwaan kononnya Palestin tidak didiami sesiapa ketika Yahudi mula-mula mendudukinya

Kata Collon, ada beberapa dokumen dan bukti menunjukkan produk pertanian Palestin dieksport ke luar negara pada abad ke-19.

Katanya, Perancis adalah antara negara yang mendapat manfaat daripada produk pertanian Palestin pada abad itu.

4. Ada pihak mendakwa warga Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela

“Ini satu lagi penipuan,” kata Collon.

Menurut wartawan itu, memang ramai pihak percaya kepada dakwaan palsu berkenaan.

Malah, katanya, pada peringkat awal dia sendiri yakin terhadap tuduhan itu, sehinggalah dia bertemu sejarawan Israel, seperti Benny Morris dan Ilan Pappe.

“Kata Morris dan Pappe, warga Palestin dihalau dan dilarang kembali melalui kekerasan dan keganasan,” katanya.

5. Israel didakwa satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan wajib dipertahankan

Kata Collon, Israel sebenarnya bukan saja negara melanggar undang-undang, malah satu-satunya negara yang tidak dibatasi mana-mana peraturan bagi menjelaskan sempadannya.

“Semua negara di dunia ini memiliki perlembagaan yang menyatakan had batasan masing-masing tetapi tidak bagi Israel.

“Negara itu wujud hasil projek perluasan wilayah yang tidak mengenal batasan dan undang-undangnya amat rasis,” katanya.

Melalui peraturan diguna pakai Israel, kata Collon, negara itu khusus untuk Yahudi dan individu bukan daripada bangsa itu dilihat sebagai ‘bukan manusia’.

“Ia amat bercanggah daripada demokrasi,” katanya.

6. AS didakwa cuba melindungi demokrasi di Timur Tengah melalui Israel

Pada masa sama, kata Collon, semua pihak tahu AS menyalurkan dana ke Israel sehingga RM9.7 bilion setahun.

“Wang itu digunakan untuk menyerang negara jiran Israel,” katanya.

AS, kata Collon, sebenarnya hanya berminat memastikan aliran petroleum di rantau itu tidak terganggu.

7. AS kononnya berusaha mencapai persetujuan di antara Israel dan Palestin

“Ia bohong sama sekali,” kata Collon.

Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana, pernah memberitahu Israel bahawa negara itu adalah anggota ke-21 EU.

Industri senjata Eropah juga bekerjasama dengan Israel dan menyokong mereka secara kewangan.

Bagaimanapun, kata Collon, apabila warga Palestin memilih kerajaan mereka secara demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi lampu hijau kepada Israel menyerang Gaza.

8. Menganggap mana-mana pihak yang mempertikaikan sejarah Israel sebagai anti-Semit

Sebenarnya, kata Collon, hujah itu digunakan bagi menutup mulut pihak yang cuba mendedahkan pembohongan Israel.

“Apabila kita mengkritik Israel, ia bukan semangat anti-Semit, tetapi mengecam dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan hak dan taraf di antara Yahudi, Kristian dan Islam.

“Ia juga memusnahkan keamanan di antara pengikut pelbagai agama,” katanya.

9. Media massa mendakwa Palestin punca keganasan

Sebaliknya, kata Collon, penjajahan Israel itulah keganasan sebenar kerana mereka merampas tanah dan kediaman penduduk yang berhak.

10. Isu sering dibangkitkan kononnya tiada jalan penyelesaian di antara Israel dan Palestin

Hakikatnya, kata Collon, penyelesaian boleh dicapai.

“Kita cuma perlu memberi tekanan ke atas sekutu Israel di AS dan Eropah serta rantau lain di seluruh dunia,” katanya.

Bagi Collon, tekanan umum terhadap media massa yang enggan melaporkan kebenaran juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di Timur Tengah.

“Menggunakan Internet atau media lain, marilah kita sama-sama melaporkan berita sebenar mengenai Palestin,” katanya. –Agensi

BACA INI JUGA: Kehebatan Yahudi Memanipulasi Media

Tuesday, September 09, 2014

Yahudi Menang Pertempuran Tapi Kalah Peperangan

Yahudi Menang Pertempuran Tapi Kalah Peperangan

Konflik yang berlarutan sejak Mei 1948 di bumi Palestin dan benua Arab ini boleh dianggap sebagai ‘Medan Amali Ketamadunan Manusia’. Bumi sempit ini telah menyaksikan beratus siri rundingan diselangi dengan beribu bedilan serangan, di samping usaha diplomasi antarabangsa dan keprihatinan NGO menabur jasa bagi mewujudkan keamanan di bumi penuh keberkatan ini.

Say no to Jews

Terkini, setelah lebih 50 hari serangan bermula 8 Julai yang mengakibatkan kehilangan lebih 2,100 nyawa tidak berdosa dan kemusnahan lebih 4,000 rumah, masjid, dan prasarana utama di Gaza, gencatan senjata yang dimeterai pada 26 Ogos lalu memberi ruang untuk warga Gaza yang diselebungi kesedihan kembali bernafas, sedang warga Israel diselubungi ketakutan.

Pertemuan di meja rundingan tersebut telah menatijahkan persetujuan bersama untuk Hamas menghentikan serangan roket manakala Israel bersetuju menghentikan pengeboman dan menarik balik sekatan yang dikenakan kepada Gaza, di samping rundingan tetap diteruskan bagi menyelesaikan beberapa syarat berbangkit di antara Gaza dan Israel.

Laporan majalah The Economist edisi Ogos dan September 2014 berkaitan isu Gaza memberi dimensi menarik tentang konflik di bumi Gaza.

Hamas digambarkan sebagai kumpulan Islamis eksterimis yang menolak toleransi, melancarkan roket dan membina terowong untuk membunuh dan menculik tentera Israel.

Manakala Israel pula ditonjolkan sebagai simbol demokrasi tulen yang menjuarai hak asasi, perdagangan dan inovasi.

Namun, serangan roket dan misil dalam Operation Protective Edge yang dilancarkan oleh Israel Defense Forces (IDF) sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini telah membentuk pola pendapat dunia (world opinion) yang baharu tentang krisis kemanusian di bumi Palestin, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Fenomena baru ini sangat membimbangkan pihak Israel yang khuatir mereka hanya menang dalam pertempuran (winning the battle) tetapi kalah dalam peperangan (losing the war).

Dimensi baru konflik Palestin - Israel

Simpati dunia kepada Gaza kian memuncak. Dalam satu tinjauan pendapat yang dibuat oleh agensi berita BBC pada bulan Jun 2014, beberapa ribu responden daripada 23 buah negara ditanya, ‘Adakah Israel memberi kesan baik atau buruk kepada dunia?’ – 26 peratus menyatakan Baik manakala 48 peratus menyatakan Buruk.

Malah di negara Amerika, sekutu kuat Israel, turut menyaksikan peratusan penduduknya yang tidak bersetuju dengan kekerasan terhadap Gaza meningkat 5 peratus daripada tahun 2002 kepada 39 peratus, dan sokongan golongan berumur 18-29 tahun kian menguncup kepada 25 peratus.

Di benua Eropah, semakin ramai yang menggelar Israel sebagai ‘racist’ setaraf dasar ‘apartheid’. Ini kerana, tiada demokrasi moden yang boleh mengiktiraf peperangan di antara dua negara yang mengakibatkan kehilangan nyawa orang awam dan kanak-kanak tidak berdosa.

Sentimen sama turut dikongsi oleh belia Islam di Malaysia dan Indonesia. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Friedrich Naumann Foundation dan Merdeka Center berkaitan ‘Muslim Youth in Southeast Asia - Surveys in Malaysia and Indonesia’ pada tahun 2011, responden di Malaysia diminta menyenaraikan nama negara yang paling digemari dan tidak digemari dalm konteks hubungan antarabangsa – dapatannya sangat mengejutkan – Palestin diletakkan di kedudukan paling tinggi diikuti Jepun dan Singapura, manakala Israel diletakkan di kedudukan paling corot, di belakang Amerika dan Britain.

Ditanya ‘Adakah Amerika patut menghentikan sokongan kepada Israel?’ – 80 peratus menyatakan Ya dan 20 peratus menyatakan Tidak.

Malah, Malaysia tidak ketinggalan dalam menyaksikan lautan peserta pelbagai kaum yang hadir dalam penganjuran himpunan - himpunan solidariti Gaza di samping jumlah kutipan derma mencecah jutaan ringgit.

Ternyata pertembungan Palestin - Israel pasca 2014 telah memasuki fasa baru yang bukan lagi bergantung kepada aspek fizikal ketenteraan dan hubungan kerajaan (G2G), tetapi bergantung kepada aspek gerakan massa (civil society) yang melibatkan kuasa-beli (purchasing power) dan persepsi umum (public opinion).

Israel kian tersepit dalam ketakutan. Dalam pertempuran sempadan, mereka berhadapan dengan kekuatan ketenteraan Hamas yang sukar untuk dipatahkan oleh Israel Defense Forces yang memiliki kelengkapan senjata tercanggih di dunia.

Dalam persaingan pasaran, Israel bersendirian dalam menghadapi gerakan BDS (Boycott, Divestment, and Sanction) – yang kian mendapat sokongan bank dan syarikat ternama dunia – untuk memboikot dan menghentikan pelaburan kepada Israel sebagai tekanan untuk Israel menghentikan pembinaan di Tebing Barat dan memulangkan hak tanah air kepada penduduk asal Palestin.

Dalam pertembungan pemikiran, Israel yang berpaksikan kebebasan dan kedaulatan (liberty and sovereignty) makin gerun dengan kewujudan pola pemikiran baru – ‘delegitimising’ - yang mempersoalkan ‘legitimasi’ atau status negara haram Israel.

Istilah ini sangat ditakuti regim Zionis Israel, sehingga ia secara rasmi digelar sebagai ancaman strategik (strategic threat) kepada mereka.

Konsep ‘delegitimising’ terhadap Israel bukanlah perkara baru. Ia dikatakan bermula pada Sidang Sedunia Menentang Rasisma di Durban pada 2001, yang menghimpunkan 1500 delegasi kerajaan dan perniagaan di bawah naungan PBB.

Di dalam salah satu resolusi sidang tersebut, regim Zionis Israel digolongkan sebagai gerakan rasis, yang seterusnya mencetuskan idea yang membentuk pola pemikiran ‘delegitimising’ ke seluruh dunia.

Sentimen ini, walaupun kurang mendapat tempat di kalangan generasi tua, mudah untuk meresap ke dalam minda generasi muda yang hanya mengetahui peperangan melalui pembacaan buku sejarah dan aplikasi permainan komputer, tetapi tidak dapat menerima realiti berlakunya peperangan sebenar dalam dunia serba moden ini.

Palestin kini tidak berseorangan dalam menghadapi Israel dan sekutunya. Walaupun tidak dibantu jiran sebangsa dan seagama seperti Mesir, Jordan dan Arab Saudi, warga Palestin kini mampu menguntum senyuman kerana mendapat simpati dan sokongan dari seluruh dunia yang cintakan keamanan.

Sejauh mana dimensi baru ini mampu pergi bergantung kepada dinamika pola pemikiran generasi muda dunia.

Namun dunia menyaksikan bahawa ketakutan di pihak Israel bermakna, kemenangan bagi kemanusiaan dan keamanan.

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Al-Isra’: 1)

–HARAKAHDAILY 5/9/2014

*Syahir Sulaiman ialah Pengarah Kajian Polisi DPPM

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, August 25, 2014

Bukti Persediaan Perang Dunia Ketiga!?

Bukti Persediaan Perang Dunia Ketiga!?

Komputer mula diperkenalkan dan dijual secara meluas selepas Perang Dunia Kedua tamat. Adakah ini kebetulan? Atau komputer sememangnya diperkenalkan kepada dunia sesudah matlamat ciptaan dan penggunaan mesin ajaib ini tercapai?

IBM Technology in World war 2

Jika dilihat secara kasar, Perang Dunia Pertama dicetuskan dengan sengaja oleh satu kuasa yang begitu tamak dan dahagakan darah tanpa sebab yang masuk akal.

Manakala kejayaan yahudi mencipta watak utama dalam Perang Dunia Kedua iaitu Adolf Hitler memang disedari. Mereka sebenarnya telah merancang kebangkitan seorang rakyat Jerman bagi menentang dunia disebabkan dahsyatnya hukuman yang dijatuhkan ke atas Jerman selepas kalah dalam Perang Dunia Pertama.

Kemampuan Hitler membangunkan tentera Nazi hanya dalam tempoh 5 tahun selepas Perang Dunia Pertama adalah melalui pembiayaan besar-besaran beberapa buah bank di Amerika Syarikat bagi membolehkan Jerman membayar hutang perang.

Apa yang paling mengejutkan, sebuah syarikat yang bertanggungjawab membantu pertumbuhan pesat Jerman adalah IBM.
Syarikat ini berhubung secara langsung dengan Jerman bagi membekalkan teknologi reka cipta menggunakan komputer dan mesin pengesan terawal.

Pembekalan ini disertai dengan perjanjian yang tidak membenarkan IBM membekalkan komputer dan alat pengesan seperti itu kepada mana-mana negara termasuk Amerika Syarikat.

Berasaskan teknologi canggih ini, Jerman telah memiliki teknologi yang mendahului zaman. Fakta ini tercatat dalam dokumen mengenai Holocaust dan di Muzium Holocaust di Washington D.C. yang secara spesifik menyebut Jerman didorong oleh ciptaan baru penuh keajaiban yang dibekalkan oleh IBM. Tiada yang dapat kita fikirkan selain komputer kerana IBM adalah pengeluar komputer terulung dunia.

IBM in China Military

Yang lebih menarik dan membimbangkan berkaitan isu ini adalah, IBM telah menjual atau lebih tepat lagi 'memberi' teknologi Super Komputer yang sangat canggih kepada musuh Amerika Syarikat iaitu China.

IBM menjual teknologi itu kepada China dari tahun 1990an hingga beberapa tahun lalu malah isu ini pernah dibincangkan dalam rancangan bual bicara di Rense Radio Show antara Charles R. Smith dan Jeff Rense pada 7 NOvember 2004.

Dengan bekalan super komputer itu, keupayaan teknologi China dikatakan berada beberapa dekad ke hadapan.

Jika China termakan umpan yang disuap oleh Amerika Syarikat sebagaimana yang terjadi kepada Jerman dalam Perang Dunia Kedua dahulu, sejarah mungkin akan berulang.

Hakikat ini sangat menakutkan kerana kemungkinan tercetusnya Perang Dunia Ketiga!

Keadaannya sama seperti Perang Dunia Kedua yang mana pembiaya yahudi cuba mendapatkan balik pinjaman yang diberi kepada negara-negara yang berperang, lalu mengenal pasti dan mengatur kambing hitam yang sesuai digunakan sebagai pencetus perang dunia.

Malah, keadaan sekarang sebenarnya lebih teruk berbanding keadaan sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua.

Selain terjerumus ke dalam kekusutan ekonomi terburuk sejak Great Depression selepas Perang Dunia Pertama, Amerika Syarikat sedang mencari jalan bagi membatalkan semua hutang luar yang tidak mungkin mampu dibayar melebihi US$16 trilion!

Jumlah tersebut dipercayai bertambah berikutan krisis kewangan dan kredit terbaru. Ini bermakna Amerika Syarikat sebenarnya sebuah negara yang sudah bangkrap dan boleh dicairkan segala asetnya bagi melunaskan hutang.

United State need wars

Jika ini berlaku, mereka terpaksa mencari jalan keluar daripada keadaan itu. Cara yang paling berkesan adalah melalui peperangan, kerana apabila perang meletus, tiada siapa yang dapat menuntut apa-apa lagi. Segala-galanya hangus!

Keadaan menjadi lebih buruk apabila syarikat-syarikat gergasi milik yahudi di Amerika memindahkan operasi mereka ke China atas alasan kos buruh yang lebih murah dan menjimatkan.

Jika lebih banyak syarikat gergasi berbuat demikian, keadaan ini akan menjerumuskan ekonomi Amerika ke tahap yang lebih teruk kerana tiada hasil atau pendapatan dijana sehingga mengakibatkan pengangguran meluas.

Rakyatnya bergantung kepada kredit yang mereka tidak fahami dan lambat-laun pasti meruntuhkan ekonomi negara.

Media milik yahudi yang dapat diikuti oleh seluruh dunia melalui siaran TV satelit (seperti saluran National Geography dan Discovery Channel) juga begitu galak memalu gendang perang.

Hampir saban hari dan minggu penonton dihidangkan dengan dokumentari mengenai kekuatan tentera Amerika semasa Perang Dunia Kedua, Perang Korea dan perang ke atas Iraq serta Afghanistan.

Turut dihidangkan adalah kecanggihan persenjataan dan teknologi ketenteraan terkini.

Perkara ini seolah-olah memberi isyarat kepada dunia yang panggilan perang semakin hampir ataupun sebagai amaran kepada dunia mengenai kekuasaan mereka yang tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun.

Dalam kebanyakan dokumentari yang disiarkan, Hitler dan Jepun (dan sesekali Komunis) menjadi watak antagonis yang dipersalahkan sepenuhnya atas tercetusnya Perang Dunia Kedua.

US Debt 2012

Tidak ada sebarang analisis dibuat tentang kewujudan kumpulan yang disebut oleh sumber maklumat alternatif iaitu kumpulan pembiaya yahudi yang menjadi pencetus sebenar Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Pembohongan demi pembohongan tidak pernah berhenti disebarkan oleh sumber maklumat dan media milik mereka.

Adakah kita sudah bersedia?

Yahudi Punca Segala Peperangan

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, August 21, 2014

Yahudi Perancang Perang Dunia Kedua Di Eropah!

Yahudi Perancang Perang Dunia Kedua Di Eropah!

Selepas Perang Dunia Pertama, Jerman telah mengalami kemusnahan ekonomi yang teruk akibat sekatan yang dikenakan ke atasnya. Kira-kira tiga suku juta rakyatnya mati kebuluran.

German - Soldier

Negara Jerman yang benar-benar menderita kerana perlu membayar balik ganti rugi peperangan, mendapati hutang pampasan perang yang perlu dibayar adalah sebanyak 132 bilion mark emas (US$32 bilion), jauh lebih tinggi daripada simpanan emas negara itu.

Kesempitan itu telah menjadi faktor utama kebangkitan kuasa Nazi yang dipimpin oleh Adolf Hitler bagi menjatuhkan kerajaan republik pimpinan Weimer yang sebelum itu menghapuskan sistem beraja di Jerman.

Malah, baki hutang Jerman hanya akan habis dibayar pada tahun 2020!

Adolf Hitler yang disifatkan sebagai pemimpin gila kuasa yang mempunyai kebolehan berpidato dan bercita-cita menakluk Eropah dan dunia bersama-sama sekutunya, Jepun di Asia dan Itali di Eropah bagi membentuk kerajaan dunia, berjaya mengukuhkan kekuatan tentera Jerman sehingga sukar dibendung hanya dalam tempoh lima tahun sahaja!

Persoalannya, siapa yang menghulurkan bantuan sehingga Jerman melalui Hitler mampu bangkit dalam masa yang begitu singkat dan memulakan Perang Dunia Kedua!?

Menariknya, bukti-bukti yang diperolehi tidaklah mengejutkan, malah sudah dijangka. Pembiayaan besar-besaran pada awalnya disalurkan kepada Jerman oleh beberapa buah bank di Amerika Syarikat bagi membolehkan Jerman membayar hutang perang.

Salah seorang pembiaya yang dikenal pasti adalah Prescott Bush, datuk kepada Bush Sr. dan moyang kepada Bush Jr.

Paling menghairankan, pinjaman masih disalurkan kepada Jerman walaupun bayaran hutang perang kepada negara-negara 'pemenang' Perang Dunia Pertama telah dihentikan oleh Hitler.

Wang yang secara 'tidak sengaja' disalurkan kepada Jerman itulah yang digunakan oleh Hitler bagi membangunkan kekuatan angkatan bersenjata Jerman dalam tempoh yang sangat singkat.

Wira Jerman

Adolf Hitler

Kelahiran seorang wira yang membangkitkan semangat nasionalis dan seterusnya memimpin rakyat Jerman bangkit memang sudah diduga oleh pemimpin-pemimpin Negara Bersekutu. Cuma mereka tidak tahu waktu kemunculan pemimpin itu.

Apabila Hitler merampas kuasa dan membatalkan kuasa parlimen pada tahun 1931, wang yahudi yang disalurkan melalui agen mereka mencurah-curah masuk ke Jerman bagi membiayai pembelian bahan mentah bagi mempersiapkan angkatan bersenjata negara itu.

Ada juga yang berpendapat mengatakan penasihat Hitler yang paling kanan bernama Freidreich mempunyai hubungan erat dengan keluarga Rothschild di Perancis, dan dari situlah segala-galanya menjadi mudah bagi Hitler.

Maka bermulalah Perang Dunia Kedua seperti yang diinginkan yahudi laknat..

Yahudi Punca Segala Peperangan

-Sentiasapanas.com

Tuesday, August 19, 2014

Kehebatan Yahudi Memanipulasi Media

Kehebatan Yahudi Memanipulasi Media

Walaupun jumlah populasi penduduk berbangsa Yahudi di Amerika Syarikat adalah tersangat kecil jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penduduk, namun mereka bukanlah bangsa yang lemah dan ketinggalan di belakang.

The Zionist Jewish Mafia

Selain penguasaan senjata berat yang canggih hasil sumbangan Amerika Syarikat, cengkaman politik terhadap negara-negara kuasa besar dunia melalui lobi kumpulan-kumpulan berpengaruh seperti American Israel Public Affairs (AIPAC), dana kewangan yang besar hasil daripada sumbangan korporat dan jutawan Yahudi yang kaya dari serata dunia, rejim pengganas Zionis memastikan cengkaman penindasan mereka terhadap rakyat Palestin terus kukuh dan tidak boleh dipertikaikan oleh masyarakat dunia melalui cengkaman dan manipulasi media massa besar dunia.

Jika dilihat dari krisis yang berlaku di Gaza, yang mengorbankan banyak nyawa, mengakibatkan puluhan ribu mangsa tercedera, dan hampir ratusan ribu kehilangan tempat tinggal setakat, media-media Barat seperti Cable News Network (CNN ) dan British Broadcasting Corporation (BBC) walaupun kelihatan seperti simpati dengan Gaza, tetapi terus memainkan propaganda dan melakukan manipulasi bagi membina legitimasi masyarakat dunia terhadap serangan terbaru rejim pengganas Zionis kali ini.

Dendangan Israel berhak mempertahankan dirinya sendiri dari serangan roket Hamas terus diulang-ulang setiap hari, begitu juga dengan kempen melabelkan Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Walaupun terbukti melakukan banyak jenayah perang dengan menggunakan senjata terlarang, membunuh kanak-kanak, membedil masjid, kubur, bank, sekolah, hospital dan ambulans, tetapi media-media ini terus menggambarkan rejim pengganas Zionis sebagai pihak yang berada di kedudukan mangsa dan tindakan mereka hanyalah untuk mempertahankan diri.

Walaupun menggunakan hujah-hujah yang rapuh, tetapi ramai juga yang percaya dan termakan propaganda dendangan media massa yang pro rejim pengganas Zionis.

Jika diteliti, secara asasnya, terdapat tiga cara bagaimana media massa ini menjalankan propagandanya untuk membela rejim pengganas Zionis.

Pertama, manipulasi pemilihan terma dalam setiap laporan berita. Bila merujuk kepada Hamas, terma pengganas, pelampau atau militan akan digunakan, akan tetapi, bila merujuk kepada rejim Zionis, terma tentera, komando dan sebagainya akan diguna.

Manipulasi terma ini adalah untuk mencipta persepsi bahawa Hamas adalah kumpulan pengganas yang wajar dihapuskan dengan apa jua cara.

Hakikat sebenar yang perlu kita ketahui dan sebar-sebarkan adalah pertubuhan Hamas yang ditubuhkan pada 1987 sempena intifada pertama merupakan pemerintah yang sah di Gaza sejak 2006, dan Briged Izzuddin Al Qassam adalah ketumbukan tentera yang ditubuhkan oleh Hamas untuk menentang penjajahan rejim pengganas Zionis.

Hamas adalah sebahagian daripada perjuangan panjang rakyat Palestin untuk mencapai kemerdekaan dari rejim pengganas Zionis sejak 1948.

Sementara itu, rejim pengganas Zionis, walaupun memakai pakaian seragam tentera, mempunyai kelengkapan-kelengkapan tentera, dan bergerak seperti tentera, disokong pula oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika dan Perancis, tapi hakikatnya, mereka adalah penjajah, pembuli dan sekumpulan pengganas yang berselindung di sebalik seragam tentera.

Penduduk Palestin tidak akan melupakan sejarah kekejaman mereka, bermula dari tragedi pembunuhan yang amat ngeri di Deir Yassin pada 1948.

Kaedah kedua yang diamalkan oleh media massa yang dicengkam oleh rejim Zionis ini adalah menggunakan teknik pengulangan dalam laporan-laporannya.

Setiap hari dendangan alasan kewajaran serangan demi serangan, pembunuhan demi pembunuhan, walaupun tidak masuk akal akan dilakukan. Ini kerana, penipuan dan pembohongan, jika diulang-ulang, akhirnya akan diterima oleh sebahagian manusia sebagai kebenaran.

Kaedah pengulangan ini adalah antara salah satu prinsip propaganda ciptaan Dr. Joseph Goebbles, pakar propaganda rejim Hitler ketika perang dunia kedua, dan mereka sedang mengaplikasikannya dengan hebat.

Antara contoh pengulangan yang dilakukan oleh rejim Zionis adalah label pertubuhan Hamas sebagai pengganas dan alasan bahawa Israel hanya mempertahankan diri dalam serangannya ke atas Gaza.

Semua media yang dicengkam oleh mereka, boleh dikatakan setiap hari, selama bertahun-tahun, dalam setiap laporan berita dan analisis yang disiarkan akan menggunakan terma pengganas bagi Hamas dan mempertahanan diri sebagai kewajaran serangan.

Terbaru, mereka sedang mengulang-ulang pembohongan bahawa Hamas menggunakan perisai manusia dan lebih lucu, Hamas lah yang bersalah dalam kematian kejam ramai wanita dan kanak-kanak.

Facebook milik Yahudi

Penguasaan media oleh yahudi [2]

Laman media sosial Israel Defense Forces adalah antara yang terkehadapan dalam kempen ini, walaupun mendapat banyak 'serangan' dari pejuang papan kekunci yang banyak datangnya dari Malaysia!

Kaedah ketiga adalah kaedah manipulasi gambar. Biasanya, bila merujuk kepada kumpulan-kumpulan yang dimusuhi seperti Hamas atau Ikhwan Muslimin, maka gambar yang digunakan biasanya adalah gambar lelaki-lelaki yang berwajah bengis untuk mencipta persepsi bahawa kumpulan-kumpulan ini dianggotai oleh lelaki-lelaki ganas umpama penjahat dalam filem-filem Hollywood.

Sementara itu, bila merujuk kepada ketumbukan pengganas rejim pengganas Zionis atau tentera-tentera penjajah yang sedang berkhidmat di Afghanistan atau Iraq maka imej yang dipaparkan adalah imej lelaki-lelaki tampan, bersih, penyayang, family man dan tidak ganas untuk membina persepsi bahawa mereka ini adalah hero atau penyelamat manusia seperti Superman.

Hakikat yang sebenar adalah sebaliknya kerana mereka adalah penjajah dan pengganas yang amat kejam dalam sejarah kemanusiaan walau apa jua imej yang digunakan.

Tiga kaedah ini hanyalah sebahagian daripada rantaian kaedah yang digunakan dalam propaganda media tajaan rejim pengganas Zionis dalam memporak perandakan dunia.

Namun, tembelang kejahatan mereka semakin lama semakin terdedah, tambahan dalam zaman kebangkitan media sosial di mana maklumat yang sampai lebih telus, tanpa sempat di spin oleh editor-editor media mereka.

Lambat laun, dunia pasti akan mengetahui tembelang mereka dan penjenayah-penjenayah perang ini tidak akan selamanya selamat kerana Allah sedang menghitung kejahatan mereka satu persatu dan menanti masa untuk menimpakan azab yang pedih ke atas mereka yang zalim ini.

Penulis ialah Aktivis
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Australia.

BACA INI JUGA: Facebook dan Yahudi

Sumber: Utusan.com.my

Monday, August 11, 2014

Yahudi Perancang Perang Dunia Kedua Di Asia!

Yahudi Perancang Perang Dunia Kedua Di Asia!

Percayakah anda jika dikatakan bahawa pentas Perang Dunia Kedua telah dirancang lama sebelum ianya bermula?

World War 2 in Asia

Di Asia, China telah memberikan lesen mencari gali minyak kepada Standard Oil milik jutawan yahudi, John D. Rockefeller. Namun Rockefeller menyalahgunakan peluang itu dengan menjual minyak pada harga yang sangat tinggi kepada China.

Bagi mengimbangi keadaan itu, China telah memberikan lesen baru kepada Jepun bagi menggerudi minyak di beberapa medan di negara itu.

Standard Oil yang mempunyai kontrak dengan kerajaan China tidak membenarkan pihak lain cuba memecahkan monopoli mereka.

Pada penghujung tahun 1920an, Jepun telah menemui satu medan minyak yang besar. Jumlah minyak yang ada disitu berpotensi menurunkan harga minyak di China.

Namun, Standard Oil telah mengarahkan kerajaan China menghalau Jepun, menggunakan kuasa yang diberi kepada mereka bagi memonopoli pengeluaran dan perdagangan minyak di China.

Jepun yang berasa tertipu dengan tindakan itu telah bersumpah akan kembali ke China bagi mendapatkan semula setiap sen wang yang dilaburkan bagi menjayakan usaha cari gali tersebut, walaupun terpaksa menawan seluruh China.

Jepun berpendapat China sengaja mengkhianati mereka dan berpakat dengan Standard Oil bagi merampas medan minyak yang ditemui.

Jepun langsung tidak tahu dan tidak mempercayai bahawa China sebenarnya tersepit dengan kontrak yang ditandatangani dengan syarikat minyak yahudi itu.

Inilah sebenarnya antara sebab utama yang telah menyalakan api kemarahan Jepun terhadap China.

Malah, langkah penting yang diambil sebaik Jepun melancarkan perang ke atas China pada tahun 1939 adalah memusnahkan segala harta yang dimiliki oleh Standard Oil sebagai tindakan membalas dendam.

Persengketaan yang telah berakar umbi sejak sekian lama telah sampai ke puncaknya. Penduduk awam China yang tidak bersalah dijadikan tempat melampiaskan kemarahan tentera Jepun lalu terjadilah peristiwa yang disifatkan sebagai 'Pembunuhan beramai-ramai paling mengerikan dalam sejarah manusia'. Peristiwa ini juga dikenali sebagai Penyembelihan Nanking (The Nanking Massacre).

Pada tahun 1931, Henry L. Stimson iaitu peguam dan agen Rockefeller telah bertemu dengan Presiden Herbert Hoover bagi pihak Illuminati. Ahli bank yahudi berjanji akan menamatkan kemelesetan ekonomi yang melanda Amerika sekiranya Herbert bersetuju mengisytiharkan perang ke atas Jepun dan menghantar tentera bagi melindungi Standard Oil namun tidak diendahkan.

Walau bagaimanapun, seperti yang kita tahu, semua usaha diplomasi dan rundingan tidak berjaya menundukkan nafsu Amerika dan yahudi yang begitu ghairah hendak berperang.

The infamous attack on Pearl Harbor

Perang ke atas Jepun diisytiharkan selepas Pearl Harbour diserang oleh skuadron 350 buah pesawat pengebom tentera udara Jepun pada waktu pagi 7 Disember 1941.

Terdapat banyak bukti jelas yang menunjukkan serangan itu diketahui lebih awal (sekurang-kurangnya dua hari sebelum itu) oleh perisikan Amerika Syarikat.

Malangnya, Rumah Putih dikatakan sengaja tidak mempedulikan maklumat penting itu bagi membolehkan mereka mengisytiharkan perang terhadap Jepun tanpa perlu menunggu lebih lama lagi.

Lalu tercapailah impian yahudi untuk melihat jutaan nyawa terkorban sekali lagi.

Yahudi Punca Segala Peperangan

-Sentiasapanas.com

Tuesday, August 05, 2014

Yahudi Perancang Perang Dunia Pertama!

Yahudi Perancang Perang Dunia Pertama!

Perang Dunia Pertama tercetus berikutan pembunuhan waris takhta kerajaan Austria-Hungry bernama Archduke Franz Ferdinand dan isterinya semasa mereka melawat Bosnia-Herzegovina pada 28 Jun 1914.

Archduke Franz Ferdinand
Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand.

Pembunuhan itu dirancang oleh zionis yang berpangkalan di Austria-Hungry menggunakan menteri luarnya bernama Leopold Von Berchtold.

Konspirasi itu dilaksanakan oleh enam orang pembunuh upahan berbangsa Serbia yang didatangkan khas dari Belgrade, diketuai oleh Gavrilo Princip.

Insiden ini menyemarakkan api peperangan di wilayah Balkan dan turut membabitkan Rusia, Jerman, Yugoslavia, Bulgaria, Belanda, Great Britain, Perancis dan Belgium.

Leopold Von Berchtold mula melakonkan wataknya dengan menggerakkan segenap jentera propoganda dan media bagi meniup semangat orang awam supaya menyokong kerajaan Austria-Hungry memerangi Serbia.

Tindakan ke atas Serbia kononnya berasaskan kepada kebimbangan akan membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Serbia yang dikatakan mampu mengancam negaranya.

Tindakan itu juga didakwa bertujuan membataskan peluasan pengaruh Rusia ke wilayah-wilayah lain di rantau Balkan kerana Rusia mempunyai pengaruh yang besar terhadap Serbia.

Kerajaan Austria-Hungry yang mendapat sokongan Jerman melalui perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1879 menjangka Rusia berasa gentar dan tidak mahu turut serta dalam peperangan yang dijangka hanya berlangsung selama enam bulan sahaja.

Malangnya, jangkaan itu meleset sama sekali. Sebaik sahaja Austria-Hungry mengisytiharkan perang terhadap Serbia, Rusia mengambil langkah menggerakkan bala tenteranya ke sempadan Serbia.

Tindakan itu dilakukan kerana Rusia tidak mahu peperangan merebak ke wilayahnya selain mendakwa Serbia sekutunya.

Perang meletus

Perang Dunia Pertama

Jerman yang memantau perkembangan itu dengan penuh minat memberi amaran supaya Rusia menarik balik tenteranya dari sempadan, namun amaran itu tidak diendahkan oleh Rusia.

Situasi itu menjadi petanda awal penglibatan ketiga-tiga kerajaan ini dalam kancah peperangan.

Bagaikan retak menant belah, perang bermula apabila Jerman tidak dapat menahan gelojak amarahnya yang meluap-luap. Jerman mula menyerang Belgium, Luxembourg dan Perancis hampir serentak, sementara Austria-Hungary menyerang Serbia. Rusia memulakan kempen dengan menyerang Prussia.

Api peperangan merebak ke negara-negara lain dan menjadi berita gembira kepada pencinta peperangan di kalangan Yahudi yang sememangnya ternanti-nanti bilakah akan tercetusnya perang di benua Eropah.

Menariknya, Lord Rothschild, seorang tokoh Yahudi yang kaya-raya, turut terlibat secara langsung dalam perang ini apabila Canselor Jerman menulis surat kepadanya meminta kebenaran mengisytiharkan perang.

Rothschild memberi lampu hijau kepada Jerman bagi melancarkan perang kerana baginya ini adalah waktu yang sesuai berperang memandangkan banyak negara yang terlibat. Ini bererti lebih banyak wang akan dibelanjakan dan semuanya diperolehi daripada bank dan pemodal yahudi.

Perang ini turut melibatkan Empayar Uthmaniyah yang berpusat di Turki adalah yang paling dinanti-nantikan oleh zionis. Apabila Turki menyertai perang ini, empayar itu pasti runtuh dan usaha merampas Palestin menjadi lebih mudah.

Namun, sejarah sudah tertulis dan tidak lagi pernah berubah. Perang Dunia Pertama menjadi medan terakhir kewujudan sebuah kerajaan Islam. Selepas itu berakhirlah pemerintahan Islam di Eropah, Timur Tengah dan Afrika Utara.

Konspirasi penyertaan Amerika Syarikat

US Conspiracy in World War 1

Pada mulanya, Amerika Syarikat tidak berminat turut serta dalam peperangan ini. Tetapi yahudi sudah menyusun beberapa perancangan rapi bagi melibatkan kuasa besar ini.

Wakil yahudi dengan angkuh memberitahu:

Perang akan terus berlangsung selama mana yang kami ingini. Bagi yahudi, perang tidak ada erti dan tidak mencapai matlamat sebenar selagi tidak disertai oleh Amerika Syarikat bagi memberi pukulan terakhir kepada Jerman dan kemenangan kepada Perikatan.

Pada tahun 1915, Amerika Syarikat telah meminjamkan wang berjumlah $500 juta kepada Perancis dan Great Britain.

Pinjaman yang disalurkan oleh bank-bank Amerika milik yahudi mencecah $750 juta untuk Perancis sahaja menjelang 1916.

Secara keseluruhan, pinjaman yang diambil oleh negara-negara bersekutu berjumlah $3 bilion, campur $6 bilion lagi untuk hutang eksport yang masih belum berbayar.

Sekiranya Jerman memenangi perang, bon-bon yang disandarkan kepada hutang itu yang dipegang oleh pembiaya yahudi tidak lagi bernilai dan akan menjadi sampah sama sekali.

Para pembiaya yahudi terkemuka seperti J.P. Morgan (yang menjadi broker Rothschild bagi memberi pinjaman kepada Britain dan Perancis), John D. Rockefeller (yang mendapat keuntungan berjumlah $200 juta daripada perang ini) dan Warburg (tokoh kewangan penting di AS) menjadi pendukung watak utama yang menyuntik semangat Amerika menyertai perang bagi melindungi pinjaman mereka kepada Eropah.

Amerika Syarikat akhirnya menyertai peperangan ini selepas kapal Lusitania yang kononnya membawa 1,201 penumpang dan anak kapal warga Amerika ditenggelamkan oleh tembakan torpedo U-Boat Jerman pada 7 Mei 1915.

Namun, selepas perang tamat, didapati sebenarnya kapal Lusitania telah diubahsuai bagi membawa enam juta paun peluru dan bahan peledak, dilengkapi senjata berat yang dijual kepada Britain dan Perancis bagi menentang Jerman.

Strategi licik Edward House

World War 1 - Edward House

Mengambil kesempatan daripada 'tragedi' Lusitania, penasihat presiden Amerika yang berbangsa yahudi, Edward House yang berada di Eropah ketika itu telah mengutuskan sepucuk surat kepada presiden yang antara lainnya berbunyi:

Saya tidak perlu memaklumkan kepada tuan sekiranya Negara Bersekutu tewas dalam peperangan ini, bererti kita perlu melakukan perubahan menyeluruh ke atas dasar kita.

Saya fikir kita akan terjerumus ke dalam kancah peperangan dengan Jerman. Walaupun perkara ini tidak kita ingini, tetapi ada kebaikan yang akan kita perolehi.

Perang ini akan ditamatkan dengan segera dan kita akan berada pada kedudukan terbaik bagi membantu negara-negara demokrasi lain merintis jalan yang betul bagi dunia ini.

Begitulah bagaimana liciknya Edward House memujuk presiden Amerika supaya menyegerakan penglibatan dalam perang.

Walhal, Edward House sedar sekiranya dia gagal meyakinkan Presiden dan Kongres, pinjaman berjumlah $3 bilion dari pemodal yahudi akan hangus begitu sahaja bersama runtuhan perang.

Amerika Syarikat akhirnya mengerah askar-askarnya ke Eropah dn membantu kemenangan Tentera Bersekutu mengalahkan Jerman.

Menyerah kalah

Germany Surrender

Selepas mengalami kekalahan teruk dan angka korban yang tinggi, Raja Jerman, Kaiser Wilhem II segera meminta gencatan senjata diadakan bagi memberi laluan kepada perbincangan perdamaian.

Akibatnya, Jerman telah dipaksa membayar pampasan perang melalui Perjanjian Versailles berjumlah $32 bilion yang sebenarnya telah dirancang dengan sangat licik oleh zionis malah punca utama kepada tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Penubuhan negara haram yahudi

Perisytihar Balfour

Jelas sekali Perang Dunia Pertama menjadi peristiwa penampan yang mengaburi pandangan dunia khususnya negara-negara Arab di bawah kekuasaan empayar Islam Uthmaniyah bagi memudahkan zionis membentangkan Perisytihar Balfour yang membolehkan mereka mencapai cita-cita memiliki tanah air sendiri.

Seandainya perang dapat dielakkan, Palestin pasti tidak semudah itu terlepas ke tangan yahudi.

Kezaliman di Gaza

Kezaliman di Gaza

Sehingga kini saudara-saudara kita di Palestin terus menderita dan berhadapan dengan pelbagai bentuk kezaliman zionis.

Musuh memang sentiasa kelihatan baik dan manis ketika ingin mendapatkan sesuatu, namun apabila berjaya mendapatkan perkara dihajati, kita dianggap orang asing.

Malah, kita mungkin menjadi kumpulan pertama yang dihukum bagi memastikan rahsia mereka tidak terbongkar.

Benarkah Perang Dunia Kedua juga dicetus dan dirancang puak yahudi? Jangan lupa ikuti untuk pendedahan yang lebih menggemparkan!

Yahudi Punca Segala Peperangan

-SENTIASAPANAS.COM