Oct 24, 2016

Propoganda Freemason Mencetus Sengketa Sesama Manusia

Apa yang anda tahu tentang Perang Dingin? Begini, Perang Dingin tercetus apabila Soviet Union mengasaskan 'Blok Sosialis' dengan corak politik, ekonomi dan sosial yang bersifat tertutup.

Perang Dingin

Fahaman yang dibawa Soviet Union mempunyai banyak perbezaan berbanding dengan corak negara seperti Amerika, Britain dan Perancis.

Amerika pula menerajui 'Blok Kapitalis' yang dianggotai Britain, Perancis dan negara-negara Eropah yang lain.

Negara China pula diterajui fahaman sosialis selepas tamatnya Perang Dunia Kedua melalui parti komunis pimpinan Mao Zedong.

China menyertai Blok Sosialis sebagai pendukung kuat fahaman ini kerana Soviet Union telah membantu mereka menewaskan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Perang Dingin merupakan persaingan antara Blok Kapitalis dan Blok Sosialis yang tidak melibatkan pertempuran senjata.

Blok Kapitalis menubuhkan pakatan NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) bagi menjaga kepentingan politik, ekonomi dan sosial negara anggotanya.

Blok Sosialis pula menandatangani pakatan WARSAW (Perjanjian Persahabatan, Kerjasama dan Bantuan Mutual) untuk tujuan yang sama.

Setelah penyatuan Jerman Barat dan Jerman Timur, Jerman menyertai pakatan NATO kerana pertumbuhan ekonomi Blok Kapitalis lebih maju.

Kesan dari Perang Dingin, Blok Kapitalis dan Blok Sosialis berlumba-lumba menunjukkan kehebatan masing-masing.

Kedua-dua blok ini melebarkan pengaruh mereka kepada negara-negara yang baru merdeka.

Maka, negara Islam yang sebelum ini bernaung di bawah pimpinan khalifah akhirnya berpecah kepada Blok Kapitalis dan Blok Sosialis setelah melalui zaman perang dunia.

Antara contoh seperti Perang Iran-Iraq, sama ada Iran atau Iraq, mereka memilih sekutu masing-masing setelah tumbangnya sistem khalifah.

Iraq bersekutu dengan Amerika manakala Iran bersekutu dengan Soviet Union.

Perang Iran-Iraq berlaku pada tahun 1980 sehingga tahun 1988 yang kononnya dilancarkan atas dasar keagamaan, sedangkan hakikatnya Islam adalah agama rahmat dan berperang sesama sendiri bukanlah tuntutan syariat.

Iraq menuduh Iran bersekongkol dengan Blok Sosialis yang berfahaman ateis, sedangkan Iraq sendiri turut bersekongkol dengan Blok Kapitalis yang berfahaman sekular.

Disebabkan itu, umat Islam terus terlibat dalam peperangan sedangkan negara Barat terus menikmati kemajuan.

Imej Islam terus tercemar apabila berperang sesama sendiri sehingga digelar sebagai 'agama pengganas'.

Umat Islam masing-masing mengaku sebagai pihak yang benar lalu berperang dengan saudara seagama atas sokongan sekutu masing-masing tanpa menyedari bahawa sekutu mereka itu merupakan golongan yang langsung tidak beriman kepada Allah.

Malah, sekutu yang mereka pilih itu juga merupakan antara pemimpin tertinggi Freemason yang menguasai Blok Kapitalis dan juga Blok Sosialis.

Siapa Pengasas Sebenar Blok Kapitalis dan Blok Sosialis?

Walaupun empayar Soviet Union tumbang pada tahun 1991 dan berpecah melahirkan serpihan negara-negara kecil yang digelar 'bekas tanah jajahan Soviet Union', namun roh Soviet Union terus wujud dan boleh dilihat daripada kerajaan Rusia yang seolah-olah mewarisi keagungan empayar tersebut.

Peranan Soviet Union sebagai kuasa besar dunia diambil alih oleh Rusia yang merupakan induk kepada bekas tanah jajahan Soviet Union.

Rusia sentiasa berusaha agar bangkit semula untuk membina empayar semegah Soviet Union.

Apa yang wajib kita ketahui, bahawa Blok Sosialis diasaskan oleh pemimpin Freemason dan Blok Kapitalis juga diasaskan oleh pemimpin Freemason.

Hakikatnya, kedua-dua blok ini adalah ciptaan kumpulan rahsia dajjal iaitu Freemason!

Mencetus Peperangan Besar

Freemason sebenarnya merancang permusuhan antara manusia dengan menubuhkan kedua-dua blok tersebut agar manusia terus saling berperang berlandaskan perbezaan fahaman politik.

Sudah terbukti bahawa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua adalah peperangan ciptaan Rothchild (Freemason-Illuminati) yang berfahaman Judaism-Zohar (Zionis).

Wallahu a'lam.

*Petikan daripada Kitab Tamadun Islam (Ibnu Jawi, Thepatriots)

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon