Thursday, May 19, 2016

3 Biji Telur Mentah Sehari, Rahsia Umur Panjang 116 Tahun!


Memiliki umur yang panjang dan tubuh badan yang sihat merupakan impian setiap orang, namun tidak semua orang mampu mencapai umur sehingga ratusan tahun dan hanya segelintir sahaja yang mampu mengatasi kenormalan itu.

Emma Morano

Inilah rahsia wanita tertua di dunia iaitu Emma Morano yang tidak diketahui ramai.

Menurut sebuah portal antarabangsa, Emma Morano, 116 tahun; telah dinobatkan sebagai wanita tertua di dunia oleh Rekod Dunia Guinness pada 16 Mei lalu selepas kematian penyandangnya iaitu Susannah Mushatt Jones.

Jones meninggal dunia pada Khamis lalu juga pada usia 116 tahun di New York, Amerika Syarikat.

Morano yang berasal dari Verbania, Itali telah berkongsi rahsia di sebalik umurnya yang panjang itu.

Menurut Morano, rahsianya ialah dengan mengamalkan makan tiga biji telur mentah setiap hari dan menjauhkan diri daripada lelaki.

Tambah portal itu lagi, Morano pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai pada tahun 1938 selepas kematian anaknya.

“Saya tidak mahu didominasi oleh sesiapa,” kata Morano.

Susannah Mushatt Jones
Susannah Mushatt Jones.

Tambah Morano lagi, petua mengamalkan telur mentah sebagai diet harian itu disaran oleh doktornya setelah didignosis menghidap penyakit anemia.

Selain petua itu, dia turut mengamalkan memakan daging cincang dan meminum susu pada sebelah malam.

Semasa Morano dimaklumkan tentang pengiktirafan yang diberikan kepadanya oleh Rekod Guinness, dia memberitahu laman Telegraph menerusi penjaganya, “Saya seusia dengan gunung ganang.”

Kata penjaga Morano iaitu Rosi Santoni, walaupun dia telah lanjut usia, namun kesihatan Morano berada pada tahap yang memberangsangkan.

BACA INI JUGA: Rahsia Puak Hunza Hidup 140 Tahun

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon