Monday, June 22, 2020

Wanita 'Moody' Lebih Sesuai Dengan Lelaki Pencinta Kucing?

Wanita 'Moody' Lebih Sesuai Dengan Lelaki Pencinta Kucing?

Mengapa anda masih single? Tiada yang sudi menerima kekurangan diri atau anda yang terlalu memilih? Jangan jadikan alasan anda seorang yang cepat moody menyebabkan tiada lelaki yang sudi jadikan anda sebagai teman wanita atau pun melamar anda sebagai seorang isteri.

Lelaki pencinta kucing

Teman hidup terbaik kepada wanita yang sering bertukar-tukar mood adalah seorang lelaki pencinta kucing. Lelaki tersebut bukan sahaja cat lover malah bakal menjadi long lasting love anda!

Mari semak mengapa lelaki yang sayangkan kucing sesuai untuk wanita moody!

Memahami

Bukan kucing sahaja mempunyai pelbagai ragam, perempuan pun sama dan mungkin lebih! Jadi, lelaki perlu memahami perempuan yang sering bertukar-tukar mood.

Kucing dan wanita mempunyai perwatakan yang sama iaitu manja dan mahukan perhatian sepanjang masa. Untuk cat lover perkara ini tidak menjadi masalah kerana sudah biasa dengan situasi sebegini.

Mereka juga seorang yang penyabar. Bertuah siapa yang mempunyai pasangan yang sayangkan kucing.

Bertanggungjawab

Kos perbelanjaan menjaga kucing agak tinggi. Lelaki kalau sudah sayangkan kucing sanggup buat apa sahaja demi keselesaan kucing kesayangan mereka. Kalau kucing pun dia sanggup berhabis duit, mengapa tidak kepada anda?

Sudah tentu dia akan menjalankan tanggungjawab dengan baik untuk anda. Ciri seperti inilah wanita mahukan daripada seorang ketua keluarga.

Bahasa Tubuh

Lelaki yang sudah terlalu biasa dengan kucing akan memahami kehendak kucing dengan melihat tingkah-laku dan bahasa tubuh kucing seperti kucing tengah marah, mahukan makanan atau ingin bermanja.

Jadi mudah bagi anda, gunakan sahaja bahasa tubuh pasti pasangan anda faham apa yang anda mahukan.

Setia dan Penyayang

Bukan mudah ya memiliki dan menjaga kucing. Pelbagai kerenah kucing yang perlu diambil berat.

Tapi jika seorang lelaki mampu menjaga kucing dengan sempurna dalam jangka masa yang sangat lama, tidak pelik jika dia mampu setia dan menyayangi anda sampai bila-bila.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: verst

Thursday, April 11, 2019

Putus Tunang Akibat Jahil Solat Istikharah

Putus Tunang Akibat Jahil Solat Istikharah

"Gadis putus tunang nampak wanita lain dalam mimpi istikharah." Aku baca tajuk berita dalam group whatsapp. Kebetulan kawanku di sebelah terdengarnya. Dia lantas berkata, "Itulah akibatnya bila orang jahil kononnya tiba-tiba jadi bijaksana setelah istikharah. Dia rasa itulah petunjuk dari Allah. Sedangkan dia terbelit hasutan syaitan."

Ujian Bertunang

Dia mengeluh. "Apa maksud kau? Macam buku sastera SPM pula ayat kau." Aku tanya sambil membalas mesej-mesej di whatsappku.

"Boleh tak kau berhenti whatsapp sekejap?" Kawan suruh. "Okay. Okay." Aku berhenti balas.

"Tengok. Kau boleh saja berhenti balas mesej para gadis di whatsapp tanpa perlu lakukan istikharah. Sebab kau tahu tiada manfaatnya kau balas ataupun tidak. Tiada beza. Tiada apa yang berubah.

"Para gadis tu takkan jadi isteri kau selagi kau tak lamar dan meminang mereka dari wali mereka pun. Betul tak?

"Ayat manis, ayat janji, ayat nak nikah semuanya kosong tanpa kesungguhan dan tekad serta keizinan dari Allah." Kawan beranalogi.

Aku terpanah petir sekejap. "Ya, engkau bagus. Aku tak bagus." Aku buat muka merajuk.

Kawan menyambung. "Baiklah, aku nak kau tahu, ada athar yang berbunyi, 'Tidak akan kecewa orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat dengan orang lain...'

Maksudnya, tidak ada masalah nak buat istikharah. Buatlah kalau nak. Solatnya pun mudah. Solat sunat dua rakaat dengan niat solat sunat istikharah kerana Allah Ta'ala. Afdhal dilakukan di sebelah malam sebab Allah 'turun' ke langit dunia di sepertiga malam.

Namun, boleh juga dilakukan di masa-masa yang lain ikut kesesuaian. Istikharah tu bagus. Tapi, orang yang beristikharah itu yang kurang bagus etikanya.

Kau tahu tak kesilapan yang mereka lakukan bila beristikharah?" Aku geleng kepala. "Dengar ni, antara kesilapannya adalah;

1. Istikharah nak pilih pasangan misalnya, dalam keadaan kau dah rasa sayang kepada pasangannya tu. Kalau dah sayang, masuk meminang saja.

Yakin dan jangan was-was lagi. Kalau ada dua pilihan, hati dah tahu sayang lebih pada siapa. Pilih yang kau sayang lebih tu lah. Tapi yang terbaik pilih ikut anjuran agama.

Kadangkala apa yang kita suka tu tak semestinya baik pada kita. Rujuk surah Al-Baqarah ayat 216. Terus terang saja pada calon-calon segala keputusan tanpa simpati.

2. Istikharah dan tidur. Malam tu mimpi, keluar muka orang lain. Terus buat keputusan terburu-buru. Contoh macam kes dah tunang, nak putus tunang. Eh, mana lagi utama? Mimpi atau rasional.

Rasionalnya kau akan malukan kedua-dua keluarga terutama keluarga perempuan. Kau nak pilih yang kabur atau yang jelas?

Tunang kau jelas di mata, sedangkan bayangan dalam mimpi tu kabur, tiada ikatan dengan kau pun. Jangan tertipu. Itu mainan syaitan.

Lainlah kalau kau dah istikharah 3-4 bulan lamanya, jawapan tetap sama. Ni kau istikharah sehari dua. Orang lain waras, kau yang gila.

3. Istikharah dalam masa pendek, kemudian hati berubah. Kau anggap itulah petunjuk dari Allah. Ini salah. Sebab hati sifatnya berbolak-balik ikut mood. Itu namanya ikut hati. Bukan ikut jawapan Allah.

4. Istikharah kemudian tidak bawa berbincang dengan orang lain. Contohnya, kau istikharah sekian-sekian lepas tu dapat keputusan kau terus buat keputusan.

Nanti dulu. Tanyalah pendapat ibu-bapa. Tanya pendapat alim ulama. Tanya pendapat kawan boleh percaya.

Apakah alasan kukuh untuk tolak dan terima? Adakah tolak sebab orang itu tak baik? Atau terima sebab orang itu cantik dan kacak semata? Atau kerana agamanya?

Ibnu Hajj Al-Maaliki sebut dalam kitab Al-Madkhal, Nabi SAW menyuruh kita beristikharah, berbincang minta pendapat orang lain dan bukan bergantung pada mimpi.

5. Istikharah tapi solat fardhu kau abaikan. Sah-sah istikharah kau tu tak berhasil. Sebab kau pentingkan yang sunat dari yang wajib. Allah marah tau tak? Kalau Dia murka, mana Dia nak beri petunjuk pada kau?

6. Istikharah dalam keadaan kau buat maksiat. Puasalah maksiat kalau nak Allah reda. Ikhtiar, usaha dan berfikir dengan waras adalah lebih utama. Allah bagi kita pilihan berusaha sungguh-sungguh.

Istikharah ibarat penyedap dalam makanan saja. Nasi dah ada lauk ayam masak berempah, tambah daging bakar dan budu jadi makin sedap. Faham tak?

Aku siap meniarap dengar kawanku bagi huraian. Sambil komen, "Panjangnya."

Oh. Pendek kata, yang wajib adalah usaha sungguh-sungguh dan yakin. Jangan banyak sangat pilih orang itu dan ini. Tetapkan pada satu hati. Yakinkan ibubapa dengan satu pilihan itu.

Istikharah cuma sunat. Doa berterusan Allah permudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat itu lebih utama.

Baca Al-Quran sentiasa supaya hati tak was-was diganggu syaitan. Jangan jadikan yang sunat itu wajib.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: votalist

Thursday, February 14, 2019

Jangan Lepaskan Si Gadis Yang Ada 7 Sifat Ini

Jangan Lepaskan Si Gadis Yang Ada 7 Sifat Ini

Terbang tinggi burung merpati, hinggap sebentar di sarang kedidi, kalau sudah berkenan di hati, awak nak tunggu apa lagi? Nak cari calon isteri jangan letakkan kriteria utama yang berdahi licin saja, pastikan yang mempunyai asas agama kriteria yang pertama.

Gadis cantik

Tapi zaman dah berubah bro. Adalah penting untuk kita masukkan lagi kriteria tambahan seperti di bawah.

Kalau dalam DNA calon isteri kita ada 7 sifat ini, laju-laju masuk meminang. Ajak kahwin terus lagi bagus.

Antaranya:

1. Minat Menyimpan

Dia jenis yang minat simpan duit. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan.

Kalau kita nak belikan hadiah dia akan terus keluar ayat standard, “Tak payahlah B, membazir je”, “Tak payahla sayang, simpan la duit tu.”

Bukannya jenis yang setiap kali keluar dating, asyik perabis duit kita suruh belanja air Starducks atau MekDonal.

2. Tak Apa Kalau Ajak Makan Kedai Biasa-biasa

Kalau kita ajak dia makan kedai biasa atau dekat warung, dia tak kisah. Asalkan makanan sedap dan boleh masuk perut.

Bukannya jenis makwe yang konon dah penat berhias pakai tudung lilit, tak ada kelas makan kedai murah. Paling kurang pun MekDonal.

3. Naik Kereta Secondhand Kita Pun Dia Tak Segan

Dia jenis tak kisah pun kita pakai kereta apa. Tak malu pun dengan keluarga dan kawan-kawan. Kalau ajak naik MRT pun dia selamba.

Bukannya jenis makwe yang setiap hari pressure kita suruh tukar Honda! Nak nampak ‘class’ kononnya.

4. Tak Minta Hadiah Mahal

Setiap kali hari jadi dia tak minta barang yang ratus-ratu, ribu-ribu harganya. Contohnya tak minta beg tangan LV, jam tangan DKNY, make up SKII atau iPhone.

Kalau dapat jenis yang happy asalkan kita ingat untuk wish hari jadi pun dah dikira tip top.

5. Nak Buat Kenduri Kahwin Biasa-biasa Saja

Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Tak impikan nak buat wedding of the year bagai sampai kena buat pinjaman peribadi.

Kalau boleh nak nikah dengan kenduri buat dekat masjid, lebih jimat dan berkat. Hantaran pun tak letak tinggi.

Jenis ini akan berlapang dada kata Ijazah adalah untuk minta kerja, bukan sebagai justifikasi untuk minta hantaran RM30 ribu serba satu!

6. Tak Minta Nak Bercuti Sana Sini Sebelum Kahwin

Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Amboi. Ciptalah sweet moment tu selepas kahwin.

7. Tak Kisah Gaji Kita Sikit

Dia tak kisah pun kalau gaji kita lebih rendah daripada dia. Dia terima kita seadanya. Janji sumber pendapatan kita tu halalan taiyiban.

Spesis jenis ni memang susah dah nak jumpa di zaman moden ni, jadi kalau terserempak, jangan lepaskan!

Manusia itu tak sempurna. Kalau masa bercinta dan pasangan kita tiada 7 ciri-ciri di atas, janganlah pula tinggalkan dia.

Kita bimbinglah supaya dia lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.

Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Duit bukan segala-galanya, tetapi semua benda nak pakai duit.

Kalau jenis suka membazir benda bukan-bukan, mungkin kedudukan kewangan masa depan kita akan turut terjejas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: majalahlabur

Tuesday, December 04, 2018

10 Laman Cari Jodoh Paling Pelik Di Dunia

10 Laman Cari Jodoh Paling Pelik Di Dunia

Ada sesetengah laman web mencari jodoh telah mengkhususkan pencarian ahli mereka mengikut minat dan hobi bagi memudahkan carian jodoh dilakukan.

Laman Cari Jodoh Paling Pelik

Akan tetapi ada di antaranya yang dianggap pelik dan kami ingin kongsikan bersama anda dalam senarai di bawah.

1. Diaper Mates

Laman Cari Jodoh Paling Pelik

Laman web ini adalah laman temu janji untuk mereka yang mempunyai kecenderungan kepada pemakaian lampin dewasa berbanding seluar dalam biasa.

Di dalam laman web ini terdapat pelbagai video, gambar, live chat dan kisah mengenai perkara yang berkaitan dengan lampin dewasa.

Ramai di antara peserta mempunyai kecenderungan fantasi menjadi bayi dewasa. Pelik, tapi benar.

2. Equestrian Cupid

Laman Cari Jodoh Paling Pelik

Bagi mereka yang bujang dan juga pencinta haiwan terutamanya kuda, laman web ini sememangnya untuk anda.

Anda boleh mencari pasangan yang mempunyai hobi sama yang gemar menunggang kuda di kawasan pedalaman yang jauh dari kesibukan kota.

Pada laman web ini, ia menyatakan bahawa tempat mencari jodoh ini adalah untuk mereka yang benar-benar minat penunggangan kuda dan menjalani kehidupan desa.

Sudah pastinya jika anda mempunyai kuda sendiri adalah lebih baik.

3. Sea Captain Date

Laman Cari Jodoh Paling Pelik

Jika anda berminat untuk bertemu janji dengan kapten kapal laut atau meminati pelayaran maka laman web ini adalah tempatnya.

Di sini anda boleh berhubung, berkawan, menjadi sahabat pena mahupun belayar bersama-sama.

Servis yang ditawarkan laman web ini telah banyak membantu kapten kapal yang kesunyian apabila terpaksa berada di lautan selama berbulan-bulan lamanya.

4. Gothic Match

Laman Cari Jodoh Paling Pelik

Adakah anda seorang peminat fesyen ghotic dan sukar mencari pasangan yang mempunyai hobi yang sama?

Jangan risau kerana di laman web ini anda boleh bertemu dengan ramai lagi wanita atau lelaki bujang yang juga mempunyai minat gaya hidup gothic.

GothicMarch ini merupakan laman web mencari jodoh seumpamanya yang pertama dan terbesar di internet.

Laman web ini telah banyak membantu gadis dan lelaki gothic dan emo untuk bertemu jodoh atau pasangan mereka.

Sama seperti laman web lain, ia mengandungi forum untuk perbincangan, idea fesyen gothic, berbual dengan ahli yang lain dan banyak lagi.

5. Farmers Only

Laman Cari Jodoh Paling Pelik

Temu janji atas talian biasanya popular di kalangan penduduk bandar sahaja kerana mempunyai potensi tinggi bagi mereka yang sibuk dengan kerja untuk menggunakan perkhidmatan seumpamanya.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memilih untuk tidak bekerja dari 9 pagi - 5 petang dan tidak gemar tinggal di hutan batu, ini adalah laman web mencari jodoh yang sesuai.

Ini kerana di zaman moden ini para petani juga telah menggunakan internet tetapi tidak berminat untuk tinggal di bandar.

Slogan yang digunakan di laman web ini ialah "Orang bandar tidak akan memahaminya."

6. Gluten Free Singles

Laman Cari Jodoh Paling Pelik

Terdapat sesetengah orang yang mengamalkan diet bebas gluten, samada mempunyai alahan terhadap gluten atau mereka berhenti memakannya untuk sebab lain.

Sememangnya sedikit sukar untuk mempunyai pasangan yang berlainan diet dengan mereka.

Jadi, laman web Gluten Free Singles ini memberikan kemudahan untuk mereka yang mempunyai diet yang sama untuk mencari pasangan.

Bukan sahaja bertemu janji, malah anda boleh menyertai komuniti bebas gluten ini untuk berkongsi resepi, berbincang dan juga mendapat sokongan mereka.

Jadi, tiada masalah lagi untuk memilih makanan jika keluar makan bersama.

7. Meet an Inmate

Laman Cari Jodoh Paling Pelik

Apabila seseorang penjenayah itu disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara, maka hampir semua harapannya akan hancur.

Namun, terdapat laman web yang boleh membantu banduan di dalam penjara untuk mencari pasangan hidup.

Meet an Inmate menawarkan perkhidmatan khusus kepada mereka yang menjalani hukuman penjara untuk bercinta dan dicintai.

Bukan itu sahaja malah anda di luar juga boleh menjadi sahabat pena mereka bagi membantu para banduan menghilangkan bosan, tambahan pula jika dijatuhkan hukuman penjara buat jangka waktu yang lama.

8. Positive Singles

Laman Cari Jodoh Paling Pelik

Walaupun laman web ini kedengaran seperti tempat mencari jodoh bagi orang yang mempunyai sikap positif, namun bukan itu kisahnya.

Positive Singles sebenarnya laman web mencari jodoh bagi mereka yang telah disahkan positif menghidap penyakit berbahaya atau berjangkit seperti HIV, Herpes dan sebagainya.

Kebiasannya, bagi mereka yang disahkan positif bagi penyakit seperti ini, mereka selalunya akan berasa terasing.

Jadi, tujuan utama laman web ini adalah untuk menemukan mereka dengan orang lain yang senasib dengan mereka.

Di laman ini mereka tidak akan merasa ditolak seperti mana dunia memulaukan mereka.

9. Vampire Passions

Laman Cari Jodoh Paling Pelik

Laman web mencari jodoh ini mungkin kurang sesuai untuk manusia biasa seperti kita. Ini kerana laman web ini dikhususkan bagi mereka yang merasakan diri mereka pontianak atau vampire.

Mereka boleh mencari pasangan melalui jenis vampire atau jenis golongan darah yang mereka minat.

Laman web ini bukan sahaja menarik minat vampire sahaja untuk menyertainya, malah kepada mereka yang meminati vampire ataupun pemburu pontianak juga mendaftar mencari pasangan di sini.

10. Clown Dating

Laman Cari Jodoh Paling Pelik

Bagi anda yang takutkan badut, laman web mencari jodoh ini mungkin tidak sesuai dengan anda. Akan tetapi bagi mereka yang minat atau bekerja sebagai badut, maka inilah tempatnya.

Sejak kebelakangan ini, badut dilihat sebagai sesuatu yang agak menakutkan berbanding kelakar.

Di sebalik mekap yang tebal dan hidung berwarna merah badut, mereka sebenarnya hanyalah manusia biasa yang memerlukan kasih sayang.

Di dalam laman web ini mereka boleh mencari jodoh dengan pasangan yang mempunyai minat yang sama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Thursday, November 01, 2018

4 Keburukan Berkahwin Pada Usia Muda

4 Keburukan Berkahwin Pada Usia Muda

Benarkah kahwin muda boleh membuatkan hidup terasa lebih bahagia atau sebaliknya? Adakah molek kita membenarkan anak muda kita untuk segera mendirikan rumah tangga walaupun mereka baru saja selesai belajar di sekolah menengah atau masih menuntut di universiti? Sudah pasti, setiap orang akan ada pendapat mereka yang tersendiri.

4 Keburukan Berkahwin Pada Usia Muda

Walaupun ada ramai pasangan bahagia di luar sana yang telah memilih untuk bernikah pada usia muda, namun ia tentu bukan gaya hidup yang sesuai untuk semua orang.

Ada beberapa kesan negatif yang harus difahami oleh anak muda sebelum mereka memutuskan menikah awal.

Keburukan kahwin muda atau kahwin awal;

1. Tiada Pengalaman

Pasangan yang baru berusia belasan tahun secara umumnya belum memiliki pengalaman untuk menghadapi tanggungjawab besar seperti bernikah dan berumah tangga.

Kadar kematangan perlu diambil kira oleh mereka yang berusia muda sebelum terburu-buru ke jinjang pelamin.

2. Ekonomi Belum Stabil

Tidak semua mereka yang berusia muda sudah memiliki pekerjaan yang tetap dan kedudukan ekonomi yang belum stabil dikhuatiri boleh menjadi antara penyebab kepada keruntuhan rumah tangga kelak.

3. Keinginan Berseronok

Pemberian waktu me-time. Sudah menjadi lumrah untuk orang-orang di usia muda untuk melakukan aktiviti menyeronokkan.

Mereka mahu menonton filem, pergi ke mall atau berkumpul bersama teman-teman secara bebas mengikut kemahuan sendiri, walaupun kadangkala pilihan waktu mereka itu tidak sesuai.

Apabila sudah menikah, terutamanya apabila terus ada anak, kegiatan ini tentunya tidak akan mudah untuk dilakukan dengan kerap atau secara bebas.

4. Komitmen

Masalah komitmen. Ini adalah penyebab utama dalam keruntuhan rumah tangga pasangan muda. Kebebasan menjadi hal yang dipentingkan oleh sebahagian besar daripada mereka yang masih berada di usia muda.

Tetapi situasi sebenar untuk memastikan perkahwinan terus kekal bahagia adalah pasangan perlu sentiasa saling mengalah dan bertoleransi serta menyingkirkan ego mereka.

Mereka tidak boleh lagi melakukan apa pun sesuka hati mereka.

Tanpa kematangan diri dan kemampuan untuk bertolak ansur, rumah tangga yang dibina amat mudah untuk runtuh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

Saturday, October 13, 2018

7 Rahsia Mencari Jodoh Dari Kaca Mata Dan Pengalaman Seorang Lelaki Kacak

7 Rahsia Mencari Jodoh Dari Kaca Mata Dan Pengalaman Seorang Lelaki Kacak

Walaupun manusia ditakdirkan untuk hidup berpasangan, namun jodoh tak semestinya datang bergolek. Ada yang mudah bertemu jodoh, tak kurang juga yang ada hasrat untuk berkahwin tapi sukar bertemu kekasih hati, ternyata bukan mudah sebenarnya nak memilih pasangan hidup.

7 Rahsia Mencari Jodoh Dari Kaca Mata Dan Pengalaman Seorang Lelaki Kacak
Gambar hiasan.

Lelaki ini berkongsi rahsia, panduan dan tip mencari jodoh berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pemerhatiannya bersama lelaki-lelaki di sekelilingnya.

Semoga perkongsian dari kaca matanya ini dimanfaatkan bukan sahaja untuk anak-anak dara, anak-anak teruna bahkan bakal-bakal mertua. Silakanlah ambil teladan.

KAGUM DENGAN DIDIKAN ORANG TUA

Saya tertarik hati dengan tulisan Kak J yang disiarkan pada 18/10/2017, bertajuk PERSIAPAN KE ARAH PERKAHWINAN BUAT ANAK DARA.

Anak-anak dara mudah-mudahan “alert” dengan tips yang Kak J serta para pengomen yang lain berikan.

Keseluruhannya saya bersetuju dengan apa yang Kak J luahkan. Selebihnya saya berpendapat segala bentuk cara hidup anak-anak dara bertitik tolak daripada ajaran yang diterima daripada ibubapanya di rumah.

Melainkan, yang diajarkan oleh ibubapa sudah berbagai yang elok-elok tetapi yang tuan empunya diri memang tidak makan diajar, maka kita gelarkan sahajalah perangai sebegitu (pemalas) terhasil daripada sikap degil.

Namun percayalah, pepatah Melayu yang berbunyi “bagaimana acuan begitulah kuihnya” atau “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi” sangat tepat bagi menggambarkan bagaimana peribadi seseorang mengikut sepertimana sifat-sifat yang ada pada ibubapanya.

Memperkenalkan diri saya: Aizat, seorang suami yang sedang menantikan kelahiran anak pertama dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Saya merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik, yang memiliki seorang kakak (sudah berumah tangga dan memiliki dua orang cahaya mata), seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Hidup secara asasnya, hampir lengkap, cuma perlu mengekalkan mana yang baik dan memperbaiki mana yang kurang.

Bapa saya seorang kakitangan kerajaan, sementara ibu pula seorang surirumah yang mencari pendapatan sampingan dengan menjahit pakaian serta langsir selepas meninggalkan pekerjaan beliau di sebuah jabatan.

Ibu saya sangat menitikberatkan soal kebersihan dan kekemasan, malah beliau amat teliti di dalam setiap kerja yang dilakukan.

Sedikit sebanyak saya berempat beradik mewarisi sikap pembersih ibu. Bapa pula, tentulah tiada masalah kerana setiap keperluan bapa terjaga elok oleh ibu.

Seingat saya, sedari saya kecil sehinggalah sekarang, bapa lebih suka menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Saya yakin, hati bapa tenang apabila berada di rumah sendiri.

Ibu saya mengajarkan kami bahawa ruang tamu adalah tempat khas untuk tetamu, bukan tempat untuk tidur baring (melainkan sekejap), tanpa akhbar/majalah dan tidak diletakkan set televisyen.

Kau mahu baring-baring sambil menonton TV, silakan ke ruangan lain dan ketika kecil pun kami adik beradik tidak bermain di ruang tamu.

Rumah kami bukanlah besar, tetapi cara ibu menyusun atur membuatkannya selesa dan menjadi bahagian-bahagian khusus (khusus untuk belajar/membaca, khusus untuk kanak-kanak bermain, khusus untuk menyimpan pakaian dan sebagainya).

Bayangkan bagaimana ibu “menyorokkan” bahan-bahan jahitannya kerana kami tidak melihat pun tempat ibu bekerja bersepah-sepah.

Tahu-tahu, ibu selesai menyiapkan baju kurung kakak atau adik serta baju ibu sendiri.

Ibu juga suka melakukan kerja “dua dalam satu”, contohnya sambil berbual di telefon (biasalah bila makcik-makcik bersembang, lama bebenor), sebelah tangan ibu memegang telefon manakala sebelah lagi mengelap meja/cermin atau mengemop lantai!

Semasa bersekolah, guru-guru selalu bertanya ibu bagaimana ibu mendidik kami adik beradik kerana selalu cemerlang dalam pelajaran?

Jawapan ibu; cikgulah yang mengajar sehingga kami pandai. Sebenarnya kami fokus pada pembelajaran apabila di rumah justeru keadaan di rumah yang kemas bersih itulah.

Pesanan ibu; jika menghidangkan minuman kepada tetamu jangan sesekali kau gunakan cawan tanpa dilapik piring.

Untuk makan-makan, pinggan mangkuk harus sedondon. Sediakan pengelap tangan (sapu tangan atau tuala kecil).

Kadangkala ibu mengarah kami menghidang seperti di hotel layaknya, siap dengan adab-adab meletakkan sudu garfu.

Kedengarannya seperti remeh, namun mungkin kerana terbiasa perkara ini menjadi amalan seisi keluarga kami.

Saya adik beradik, termasuk bapa tidak pernah tidak membasuh pinggan/cawan yang kami gunakan (kecuali ada orang lain tolong basuhkan hehe…).

Bahkan, di dapur rumah kami tidak akan terlihat ada pinggan mangkuk tidak bercuci di dalam sinki ataupun yang telah dicuci tidak disusun terus ke raknya.

Ibu mewajibkan kain baju yang sudah kering dilipat setiap hari dan disimpan ke dalam almari sebelum tidur.

Biasanya ibu yang melipatkan baju-baju kami pada waktu petang. Kau akan kagum melihat hasil lipatan ibu, tanpa pengukur tetapi sama kesemua bucunya.

Ibu juga “pantang” andai terdapat pakaian (terutamanya pakaian dalam) sama ada yang sudah dicuci ataupun belum ditinggalkan di dalam bilik mandi, wajib kau sidai di ampaian yang tersorok.

Memang tidak berani ingkar larangan ini alasan ibu, simple sahaja, apakata tiba-tiba rumah kau dikunjungi tetamu dan tetamu ini masuk ke bilik air lalu melihat baju kecil atau seluar kecil kau. Malu oii.

Lagi-lagi pula tetamu itu rupanya orang yang sengaja datang hendak merisik hal keluarga kau.

Ibu bukanlah seorang wanita yang terlalu berfesyen, namun dia sentiasa anggun dengan baju kurung, kemeja labuh, skirt labuh ataupun jubah.

Saya tidak pernah melihat ibu memakai seluar jeans walaupun semasa ibu muda-muda dahulu.

Ibu tidak akan memakai t-shirt (walaupun berlengan panjang) jika pergi ke mana-mana, apatah lagi berseluar track.

Saya selalu merasa bangga apabila berjalan dengan ibu sebab penampilannya itu.

Ibu nampak muda beberapa tahun daripada usianya. Ibu tidak perlu bersenam di gim atau berjogging kerana badan ibu “maintain” langsing.

Kata ibu, cukuplah bersenam dengan cara melakukan kerja-kerja rumah. Peluh keluar, rumah pun bersih!

Ok, berbalik kepada tajuk artikel saya, CARI JODOH DARI KACA MATA LELAKI.

Kalau seorang gadis (anak dara mengikut istilah Kak J) pemalas tahap gaban, bangun lewat dan cuma tahu berjalan sana sini serta melawa (dah melawa tu, sibuk selfie untuk Facebook dan Instagram), kemudian bagi alasan nanti hendak kahwin belajarlah buat kerja rumah, kau rasa mereka ini hidup berangan sahajakah?

Mereka tidak pandai membantu meringankan beban tugas ibu, tiba-tiba mereka mendapat “magik” untuk menjadi penjaga makan pakai suami?

Tiba-tiba mereka boleh bertukar menjadi seorang perempuan yang super power apabila menjadi menantu kepada seseorang mertua?

Mereka tidak tahukah, selain suami idaman dan mertua, mereka akan berhadapan dengan ipar duai, biras, sepupu sepapat serta anak-anak saudara sebelah pihak sana?

Tak, saya tak kata, kaum wanita sahaja kena mempersiapkan diri. Kaum lelaki pun W.A.J.I.B.

Tetapi disebabkan confession saya ini berjudul “mencari jodoh dari kaca mata seorang lelaki”, maka sebenarnya saya ingin menceritakan rahsia (kalaulah sesuai dipanggil rahsia) berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pemerhatian saya bersama lelaki-lelaki di sekeliling saya.

Manfaatnya bukan setakat untuk anak-anak dara, anak-anak teruna bahkan bakal-bakal mertua, silakanlah ambil teladan.

Sebagai seorang lelaki, apabila mencari jodoh saya turut terpengaruh dengan apa yang diajarkan oleh ibu.

Saya pun terfikir tentulah ibu mahukan menantu yang rajin, pembersih dan anggun seperti ibu jadi, saya mengusahakan mencari isteri yang memiliki ciri-ciri yang boleh menyenangkan hati ibu.

Semasa di universiti, biasalah ada perasaan terpesona pada rakan sekelas/sekuliah tetapi saya tahankan, sebab saya tidak mampu menyiasat bagaimana mereka ini di rumah.

Masa dan kewangan tidak mengizinkan, mungkin juga belum begitu gatal untuk menjalinkan percintaan.

PERKARA PERTAMA: CARI CALON YANG MENYENANGKAN HATI IBU

Saya akhirnya bekerja di sebuah organisasi dan tidak lama kemudian timbul hasrat menamatkan zaman bujang. Saya berkenan pada seorang gadis yang bekerja di sebuah pejabat berhampiran tempat kerja saya.

Kami bertegur sapa secara sepatutnya sebagai “jiran” pejabat. Penampilannya sesuai dengan jiwa saya. Beberapa bulan saya perhatikan dia dan ambil tahu serba sedikit mengenai latar belakangnya secara curi-curi.

Apabila ada acara-acara yang melibatkan penyertaan kakitangan pejabat-pejabat persekitaran kami seperti sambutan Hari Kebangsaan, Hari Sukan atau majlis sosial lain, si dia (saya namakannya di sini sebagai Anna) tidak kelihatan turut serta.

Saya anggap Anna tidak berminat atau mungkin malas berjemur panas kerana menjaga kulit. Hahaha.

Maklumlah selalu ke pejabat dengan baju kurungnya lengkap bertudung.

Suatu hari kebetulan kami bertembung di sebuah cafe yang ramai orang menyebabkan terpaksa berkongsi meja. Peluanglah tu kan.

Sambil makan, sambil berbual kosong (kosong tapi ada isi tau!), saya meminta nombor telefon Anna dan aplikasi Facebook serta Instagramnya.

Sebelum itu ada saya mencuba mencari-cari dengan memeriksa nama sebenar dan nama-nama yang saya rasa berkaitan. Tetapi hampa, tiada.

Macam tak percaya, gadis moden tidak memiliki akaun media sosial. Rupa-rupanya Anna menggunakan profil yang langsung saya tidak terfikirkan.

Dah sudah mendapat nama akaun, apalagi mengintailah jawabnya, hmmm posting adalah sedikit, gambar pula berukuran pasport tidakpun foto beramai-ramai yang Anna berada jauh di belakang orang lain.

Jadi, saya main whatsapp sahajalah. Tak ada gelojoh-gelojoh, hubungi sekali sekala sahaja sebab tak mahu terkantoi yang saya telah terpikat kepadanya.

Teringat pesanan ibu, selidiklah mengenai gadis yang kau berkenan, jangan cepat-cepat mencurahkan perasaan.

PERKARA KEDUA: SELIDIK SEBELUM MENCURAHKAN PERASAAN

Okay guys, long short story, suatu hari tu saya hadir sebuah majlis perkahwinan kawan lama.

Sebenarnya saya bukanlah rajin bab-bab makan kenduri ni, tetapi tempat majlis tersebut diadakan tidak jauh dari kampung Anna.

Waktu itu cuti beberapa hari dan saya tahu Anna balik kampung. Saya pun sengaja masuk jarum, saya mesej Anna tanya-tanya tentang tempat itu.

Saya katakan teringin nak singgah rumah Anna, nak lihat sawah padi. Anna kata, singgahlah. Yahoo… seronok tidak terhingga.

Memanglah saya singgah rumah Anna, lebih tepat lagi rumah ibu bapa Anna. Seorang diri pula tu!

Ibu bapa Anna menerima kedatangan saya dengan baik. Saya menjadi tidak sabar hendak balik ke rumah keluarga saya keesokan harinya. Sebab apa tau?

Nak mengadap ibu. Nak ceritakan tentang Anna. Perasaan ingin beristeri membuak-buak je rasanya pasal saya telah berjaya melalui perkara pertama dan perkara kedua.

Tolong baca semula ayat saya yang berhuruf besar ye. Anna yang saya lihat sopan berbaju kurung ke pejabat, begitulah pakaiannya di luar pejabat dan ketika saya pergi ke rumahnya.

Layanan yang saya terima daripada ahli keluarga Anna, elok sebagaimana ahli keluarga saya biasa berikan kepada tetamu kami. Keadaan rumah (luar dan dalam) menyedapkan mata memandang.

Semasa ke bilik air, saya melalui kawasan dapur, confirm, ibu saya tak komplin tentang keadaan dua tempat strategik ini.

Lagi sekali, long short story, kau dah berkenan, ciri-ciri idaman kau pun dia miliki, keluarga kau pun tidak membantah, kau nak tunggu apa lagi?

Mula-mula kau tanyalah si dia, dah ada orang ke? Bila katanya tak ada, jangan kau melompat sampai pecah lantai pula.

Kau “cool” sudahlah bro. Cakap elok-elok kau nak jadikan dia teman hidup dengan restu daripada ibu bapa. Hahaha…

Aizatlah yang mengambil langkah seperti ini.

PERKARA KETIGA: BUATLAH LAMARAN SECARA TIDAK RASMI DAN RASMI

Akhirnya bernikahlah saya dengan Anna setahun yang lalu. Doakan kami berbahagia sehingga ke Jannah.

Senang hati dan tenang hidup bro sebab kau tidak mendengar keluarga kau merungut isteri kau tidak pandai memasak atau mengemas rumah. Bukan saya nak puji Anna sempurna. Biasalah mana ada manusia yang sempurna segalanya.

Tetapi di sini, saya hanya menceritakan perkara yang elok-elok sahaja. Jika ada yang buruk-buruk itu masalah peribadi yang kena diselesaikan sendiri.

Paling penting, kau kena faham apa aku ceritakan ini menggambarkan bagaimana untuk membina sebuah keluarga, kita dipengaruhi ajaran yang baik daripada ibu bapa kita.

Kita mahu membina kehidupan masa hadapan yang penuh barakah dan rahmat agar generasi berikutnya berjaya dunia akhirat.

Tutup cerita saya dan Anna.

Mengenai lelaki-lelaki di sekeliling saya, kami pun sama seperti kaum perempuan, ada naluri ingin mencintai dan dicintai, terpesona kepada kecantikan lahiriah dan dalam masa yang sama mengharapkan pasangan yang solehah.

Makna solehah ini berbeza-beza di antara seseorang dengan seseorang yang lain.

Kawan saya kata, solehah pun ada tingkatannya (darjat) seperti syurga yang mempunyai tujuh darjatnya. Terpulang pada pandangan masing-masing.

Bagi saya, cukuplah dia menjaga pergaulan, auratnya ditutup sempurna, mengerjakan amalan wajib sepenuhnya, pandai membaca Quran, mempunyai pekerjaan yang bersumberkan yang halal dan menghormati orang lain. Cantik dan rajin pula merupakan satu bonus.

PERKARA KEEMPAT: SOLEHAHNYA DI MANA?

Kawan seuniversiti saya dahulu, Zamri (bukan nama sebenar) seorang yang digilai ramai pelajar perempuan kerana pakej pelajar cemerlang berserta wajahnya yang tampan.

Sebelum hatinya dimiliki seseorang, kami yang tukang sibuk mulalah dok “matching” kan Zamri dengan sis itu sis ini dan yang paling secocoklah kononnya ialah si Mira.

Kami andaikan secocok kerana Mira pun tergolong dalam kategori gadis cantik jelita, malahan memang sah-sah minatkan Zamri.

Tetapi Zamri tidak memilih Mira. Alasan Zamri ialah, Mira dengan alat solek tidak dapat dipisahkan. Pakaian up-to-date.

“Maintenance” tinggi, tak mampu kata Zamri dan lagi haru, emak Zamri pandai menyelongkar Facebook, Twitter dan Instagram.

Dengan siapa Zamri berkawan rapat dan bagaimana kawan rapat Zamri punya perangai semua dalam poket emaknya. Hahaha…

Bagus makcik-makcik ni bergiat dalam media sosial.

Emak Zamri mempersoalkan tentang kawan-kawan perempuan Zamri (kawan-kawan sayalah juga), yang namanya A itu setiap hari hantar gambar dalam IG tak ada kerjakah?

Bersolek bukan main, entah-entah rumah pun bersepah tak sempat dikemas.

Ada masakah untuk mengaji Quran kalau asyik melawa? B itu pula asyik-asyik siarkan foto apa yang dia masak.

Alahhh setakat buat cucur jagung pun bagitahu orang ke? Masak kicap ayam pun snap gambar khas untuk IG.

Dari situ Zamri pun dapat menangkap maksud emaknya yang spesies-spesies seperti Mira bukanlah menantu pilihan.

PERKARA KELIMA: LELAKI TAKUT PADA PEREMPUAN YANG POPULAR DI MEDIA SOSIAL

Saya dengan kawan-kawan lelaki seuniversiti, samalah juga dengan kaum perempuan bila bersama-sama perempuan iaitu SUKA BERGOSIP.

Tahu apa yang kami gosipkan? Pasal perempuanlah. Selain yang di hadapan mata, kat media sosiallah perempuan-perempuan ini menjadi punca gosip. Kawan yang ini kata, dia takut pada “girl” yang itu pasal mak oiii seksi.

Seorang kawan pula kata, yang bertudung litup pun asyik keluar dalam Facebook dan Instagram, ustaz yang tengok pun terliur apatah lagi sang buaya.

Seorang lagi mencebikkan bibir, katanya si anu tu selalu sangat update status seperti orang putus cinta kecewa menonggeng.

Si anu tu macam gatal nak berlaki dengan ayat-ayat “bergetar tulang rusuk kiri”, “halalkan ikatan” dan sebagainya. Dari gosip-gosip tersebut, saya jadikan contoh teladan kepada adik perempuan saya.

Saya bagi amaran/nasihat, kau tak payah tunjuk sangat diri kau dalam media sosial.

Bukan bakal suami sahaja tengok, bakal mertua, bakal ipar, bakal biras, bakal sepupu dan segala bagai bakal lagi tumpang lihat/baca kau punya status.

Bentengkan diri dengan perasaan malu, barulah kau boleh berdoa, “Ya Allah, kurniakan aku pasangan yang beriman”.

Saya pun dahulu, bila keluarga diberitahu mengenai Anna, masing-masing minta nak lihat akaun Facebook dan Instagram Anna.

Saya bagikan aje. Akaun yang hidup segan mati tak mahu tu korang koreklah puas-puas.

PERKARA KEENAM: KAMI MENYIASAT

Untunglah kita boleh siasat perihal bakal pasangan kita melalui internet. Kau rajin, macam-macam kau jumpa.

Ada kawan ini, cerewetnya tahap dewa. Kerjanya menyiasat tentang gadis yang cuba merapati atau dirapati. Sudahlah maklumat di internet dikumpulnya, cara manual pun dibuatnya.

Sampai ke saat ini, asyik “reject” lah gegirls yang terlibat. Itu tak kena, ini tak betul. Ok bro, siasat-siasat tu kira patut-patut dahlah ye.

PERKARA KETUJUH: KAU RASA “SWEET” TAK MACAM KISAH INI?

Kakak saya sudah mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu. Pasal aurat dan kerajinan menguruskan rumah alhamdulillah saya nampak ada dia mewarisinya daripada ibu kami.

Ibu mentua kakak setakat ini sangat ngam dengan kakak, malah dengan ibu saya pun rapat hubungan mereka (sesama besan) (ibu mentua saya pun sama, hehehe).

Para besan ini kalau berkunjung ke rumah ibu bapa saya memang mereka akan memuji kerajinan ibu saya. Puji pi lah, benda betul.

Suatu hari, mentua kakak (saya panggil pakcik dan makcik M) datang ke rumah dengan sahabat baik mereka (saya panggil pakcik dan makcik S).

Bersama mereka, seorang anak lelaki kepada pakcik dan makcik S bernama Khairul.

Seperti biasa, tetamu dilayan sebaik mungkin – dihidangkan makan minum, disediakan tempat solat dan keperluan lain.

Makcik-makcik ni pula rutinlah mereka suka meronda dalam rumah; belek langsir, tengok dapur dan mencari pokok bunga. Pakcik-pakcik dah keluar ke tempat jual ikan.

Geng muda-muda (saya, Anna, kakak, abang ipar, Khairul dan adik-adik saya) meneruskan kerja masing-masing.

Kakak, Anna dan Hanisah (adik perempuan saya) sibuk mengemaskan meja dan dapur serta pinggan mangkuk, abang ipar mengawasi anak-anaknya bermain sementara saya dan adik lelaki berbual-bual dengan Khairul.

Saya perasan mata si Khairul ni asyik mencuri-curi pandang pada Hanisah. Cantik adik saya ni, sebab saya pun hensem. Please, jangan kecam saya, jangan kata saya perasan atau riak.

Long short story (lagi sekali istilah mat saleh ini muncul), sebulan selepas itu makcik S menghubungi ibu saya.

Katanya, dia dan pakcik S datang tempoh hari memang saja-saja hendak melihat Hanisah kerana mereka sebelumnya bertanya kepada pakcik dan makcik M sama ada kakak mempunyai adik.

Sebabnya mereka perhatikan kakak sebagai menantu yang baik kepada pakcik dan makcik M, maka teringin pula mereka memiliki menantu seperti kakak.

Setelah berjumpa keluarga kami dan mengenali Hanisah, mereka terus berkenan. Khairul pun suka. Jatuh cinta pandang pertama barangkali.

Jika Hanisah setuju dan kami sebagai ahli keluarga yang lain sudi menerima, mereka ingin melamar Hanisah untuk dijadikan suri hati Mr Khairul.

Hanisah baru sahaja tamat pengajian peringkat ijazah dan belum bekerja pun.

Semua orang mengucapkan syukur dan menganggap betapa bertuahnya Hanisah, tanpa susah payah melalui liku-liku percintaan yang belum tentu menjadi jodoh, tanpa mempromosikan dirinya di laman sosial, Tuhan hadirkan seorang lelaki baik, berpendidikan, bekerjaya bagus dan kacak (mengalahkan kehenseman saya pulak tu!) sebagai pemimpin dalam rumah tangganya kelak.

Kau ingat Hanisah nak menolak ke? Tak adanya. Kau tahu, semasa saya perasan Khairul dok mencuri pandang pada Hanisah, kakak dan Anna pula sedar Hanisah pun berbuat perkara yang sama.

Saya tanya ibu, apa sudah jadi ni, adik tak nak kerja ke, sudah mahu kahwin?

Jawab ibu, dia selalu berdoa agar anak-anak ibu dijodohkan dengan pasangan yang beriman. Apa lagi yang hendak dicari, calon yang sesuai telah menyerah diri.

AKHIR KALAM, DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN

Wahai anak-anak dara, anak-anak teruna dan ibubapa sekalian, berdoalah semoga usaha dan persiapan yang kalian buat tidak sia-sia.

– Aizat, abang hensem –

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: pesonapengantin

Wednesday, July 11, 2018

6 Sebab Jodoh 'Berat' Dan Lambat Sampai

6 Sebab Jodoh 'Berat' Dan Lambat Sampai

Rezeki, ajal maut dan jodoh semuanya di tangan Tuhan. Tidak ada satu pun yang kita boleh nafikan tentang ketentuan ini.

6 Sebab Jodoh 'Berat' Dan Lambat Sampai

Tapi bila jodoh lambat sampai, semua dah kelam kabut tak tentu arah fikir yang bukan-bukan. Kenapa orang tak nak dekat aku? Buruk sangat ke aku ni?

Walaupun tidak semua, namun ada segelintir individu yang masih single berfikiran seperti ini dan sebenarnya, terdapat beberapa faktor mengapa jodoh seseorang itu ‘berat’ dan lambat sampai.

Jom kita semak sebab-sebab apa yang membuatkan jodoh kita ‘berat’.

1. Usaha belum sempurna

Walaupun dah cuba berusaha, tapi usaha yang dilakukan itu belum cukup sempurna.

Contohnya, kita telah berusaha mencari jodoh, tetapi berhenti pada usaha yang ke 99.

Sedangkan mungkin Allah hendak memberikan kita jodoh dalam usaha yang ke 100.

Maksudnya, kita perlu terus berusaha dan yakin dengan perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya.

2. Terlalu memilih

Nak yang cantik, handsome, kulit putih atau paling kurang pun tinggi lampai. Taste tak mau kalah. Macam mana jodoh nak lekat kalau memilih sangat?

Dah kalau si hitam manis yang suka korang, nak tunggu juga ke si putih gebu masuk meminang? Fikir-fikir sendiri ya sis. Hiks!

3. Tidak berdoa

Bila dah usaha, jangan lupa untuk berdoa juga. Kalau solat pun malas, apa lagi nak berdoa.

Dekatkan diri kepada agama dan ikut segala suruhanNya. Dengan berdoa, In Sha' Allah semua masalah dapat diselesaikan.

4. Tiada daya penarik

Diri kita ibarat magnet kepada pasangan mahupun orang lain.

Cara untuk meningkatkan “power” magnet ini ialah dengan mengisi cas-cas positif iaitu tidak mempunyai perasaan hasad dengki atau marah kepada orang lain, sabar dan amalkan perkara-perkara mahmudah.

Banyakkan beristighfar, kerana dengan mengamalkan istighfar, ia dapat mencuci segala karat dalam hati.

5. Tidak dapat restu ibu bapa

Mungkin mak ayah belum bersedia untuk melepaskan anak mereka.

Emak mana yang tidak mahu melihat anaknya berkahwin, tetapi dalam hati masih tidak benar-benar mahu melepaskan anaknya.

Ia merupakan salah satu masalah besar juga.

Namun, jangan kerana sebab ini korang hilang kehormatan pada orang tua sendiri!

6. Yang baik selalunya datang lambat

Pernah dengar statement ni? Orang-orang tua selalu cakap, jodoh yang baik datang lambat sebab seseorang yang memetingkan kesempurnaan akan mencari dan terus mencari.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Thursday, July 05, 2018

5 Tanda Kekasih Anda Muak Dengan Percintaan

5 Tanda Kekasih Anda Muak Dengan Percintaan

Saat bercinta, baik atau buruk perangai terimalah dengan hati terbuka sebab dialah insan yang kamu sayang, tetapi setiap perangai buruk pun ada had juga untuk diterima ya!

5 Tanda Kekasih Anda Muak Dengan Percintaan

Semakin kamu peka semakin kamu dapat menjangkakan apakah respon daripada si dia, namun tahukah kamu bahawa lelaki juga memiliki sensitiviti tersendiri?

Adakah dia sudah lama muak dengan sesetengah perangai kamu tapi dipendamkan sahaja di dalam hati? Tak mahu perkara seperti ini berlaku?

Sebelum terlambat jom sama-sama kita ikuti 5 petanda adakah dia muak dengan kamu!

1. Kamu tidak lagi mampu membuatkan dia tersenyum

Dulu katanya melihat wajah kamu sahaja sudah cukup buat dia senyum bahagia. Tak perlu effort apa pun, cukup hanya kamu senyum dia akan cair.

Tapi, lama-kelamaan bila bertemu mata pun muka masam semacam, itu merupakan tanda tidak elok.

Lelaki sebenarnya sangat sukar menyembuyikan perasaanya.

Jika seorang lelaki tidak lagi menghargai kamu dan muak atau bosan dengan kamu atas alasan yang tidak munasabah, biarkan saja dia.

Jangan meletakkan dia sebagai fokus utama hidup kamu dan buat apa terus stay dengan orang yang tak boleh hargai diri kamu.

2. Semakin lama semakin tidak kisah

Kalau di awal perhubungan dulu apa sahaja yang keluar dari mulut kamu umpama intan berlian yang disambut dengan senyuman melebar ke pipi oleh si dia.

Namun, jika dia semakin lama seakan semakin tidak endah dengan apa yang kamu katakan, itu sebenarnya tanda awal dia sudah muak.

3. Sikap kelakarnya lesap begitu saja

Antara sifat lelaki yang sering menjadi bonus point di kalangan wanita ialah keupayaannya membuatkan kamu ketawa.

Jika tiba-tiba dia dingin, itu tanda dia sebenarnya naik bosan dengan kamu. Sudahlah tidak buat lawak, dia buat pula muka sepuluh sen!

4. Selalu lambat bila nak jumpa

Berbeza betul dengan masa dia nak mengorat dulu. 2 jam menunggu di luar kelas kamu pun dia sanggup semata-mata ingin bertemu mata.

Tapi kini bila ajak jumpa mesti dia lambat. Datang pun dengan muka macam kena paksa.

5. Tidak lagi kerap call atau mesej

Hubungan yang dingin biasanya akan terasa jika kamu berdua seakan kekeringan idea untuk berborak terutamanya menerusi panggilan telefon atau mesej pesanan ringkas.

Jika dulu, mesej dialah yang pertama menyambut kamu bangun tidur. Tapi sejak kebelakangan ini nak cakap ‘hai’ pun payah.

Haaa, itu salah satu tanda dia muak!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Tuesday, May 08, 2018

7 Tanda Seorang Lelaki Sudah Bosan Dengan Kamu!

7 Tanda Seorang Lelaki Sudah Bosan Dengan Kamu!

Hubungan cinta memerlukan rasa kasih yang jujur dari kedua belah pihak dan pasti gagal jika hanya salah seorang sahaja yang beriya-iya untuk menjayakannya.

7 Tanda Seorang Lelaki Sudah Bosan Dengan Kamu!

Jika perkara seperti ini berlaku ia pastinya sangat memedihkan dan demi memastikan korang tidak menjadi mangsa keadaan begini, jom ikuti perkongsian kali ini bagaimana mengetahui petanda bahawa kekasih anda sudah tidak lagi sayang pada korang.

1. Tidak lagi menjadikan kamu sebagai salah satu keutamaan

Perkara pertama yang boleh korang perasan ialah jika merasakan yang dia tidak lagi menjadikan kamu sebagai keutamaannya dalam hidup.

Mungkin keadaan sudah berubah dengan pelbagai faktor seperti komitmen kerja atau keluarga.

Tetapi jika terlalu obvious dia sudah mengabaikan kamu dan sering cari alasan untuk tidak berjumpa, usahlah bertahan lagi.

Keutamaan itu flesksibel dan boleh di atur tapi kalau sudah sama sekali menolak, itulah tanda dia sudah tidak seperti dulu.

2. Sepi tanpa khabar

Saat awal bercinta dia memang tidak dapat berenggang dengan telefon.

Setiap masa akan ada sahaja perkara yang ingin dia bualkan tidak kiralah menerusi panggilan telefon atau hanya teks ringkas.

Namun sekarang boleh berlarutan selama beberapa hari tanpa khabar berita.

3. Memarahi kamu di depan orang

Orang yang menyayangi kita adalah orang yang paling bersifat melindung.

Itulah lumrah bagi seorang lelaki yang mencintai seorang wanita.

Jika dia memilih untuk memarahi korang di tempat terbuka dan depan orang, itu bermakna dia sudah tidak memikirkan perasaan, maruah dan hubungan lagi.

Di sini korang patut mula bertanya kepada diri sendiri, ‘adakah dia masih sayang?’

4. Buat kamu rasa bersalah

Jika pasangan korang benar-benar ambil peduli, dia tidak akan lakukan hal seperti ini.

Walaupun kesalahan korang sangat kecil tetapi dia akan mempersoal dan memperbesar-besarkan seakan-akan ia merupakan satu kesalahan besar.

Ini sebenarnya membuktikan dia sengaja cari alasan untuk memarahi kamu tanpa sebab.

5. Lakukan perkara yang kamu tak suka

Kalau benar-benar peduli, dia tidak akan lakukan perkara yang korang benci dan tak suka.

Tapi jika dia sudah mula tunjuk petanda dan banyak kali buat begitu, ini bermakna dia sudah tidak ambil kisah pandangan korang padanya.

Dan mungkin juga dia lakukan sebab ingin sakitkan hati korang sahaja.

6. Sudah hilang minat

Orang kalau sudah tidak sayang apa yang kita buat pun dia tak ambil peduli.

Jika dulu dia suka berbual dan berkongsi apa jua perkara tapi kini sudah berubah dan tidak berikan perhatian.

Bila diajak berbual ada sahaja yang dia buat contohnya bermain telefon ketika bercakap.

7. Lebih minat perkara lain berbanding kamu

Dulu, waktu bertemu korang adalah saat yang paling dinantikan oleh si dia.

Dan bila bertemu ada sahaja aktiviti menarik yang korang lakukan bersama.

Pendek cerita, korang adalah insan yang paling utama dalam hidup dia.

Tapi sejak kebelakangan ini korang perasan dia mula alihkan perhatian kepada perkara lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Tuesday, April 24, 2018

5 Tempat Paling Mudah Mencari Jodoh

5 Tempat Paling Mudah Mencari Jodoh

Jodoh adalah antara topik perbualan hangat yang sentiasa diperkatakan terutamanya jika seseorang itu sudah meningkat usia.

5 Tempat Paling Mudah Mencari Jodoh
Gambar hiasan.

Walau bagaimana pun, mereka yang masih belum bertemu jodoh hendaklah sentiasa berfikiran positif dan tidak tertekan kerana setiap orang pasti ada jodohnya.

Dimana tempat terbaik untuk anda berpeluang ketemu jodoh? Kami kongsikan untuk anda.

1. Majlis Ilmu

Majlis ilmu adalah sebahagian daripada taman-taman syurga.

Perbanyakkanlah menghadiri majlis-majlis ilmu kerana di sana berkumpulnya orang yang baik-baik.

Ini juga dapat meningkatkan pergaulan anda dengan masyarakat dan seterusnya memudahkan anda untuk mencari jodoh.

Selain itu juga, doa orang yang menghadiri majlis ilmu juga adalah lebih baik.

Majlis ilmu juga dapat mendidik peribadi seseorang kepada yang lebih baik.

Orang yang baik akan lebih mudah menarik jodoh yang baik.

2. Kenduri kahwin

Salah satu tempat yang mengumpulkan ramai orang dan kenalan adalah semasa kenduri kahwin kawan atau saudara mara.

Di sinilah biasanya kawan-kawan sekolah atau saudara mara berkumpul dan berkenalan antara satu sama lain.

Saudara yang dekat dan saudara yang jauh datang untuk memenuhi jemputan.

Lelaki bujang dan perempuan bujang boleh menggunakan peluang ini bagi mencari jodoh mereka.

Sekiranya ingin mengenali seseorang dengan lebih dekat, boleh bertanya dengan saudara terdekat atau kawan dan anda boleh bermula untuk berkenal-kenalan. Tidak perlu malu.

3. Media Sosial

Zaman sekarang adalah zaman teknologi. Dunia kini hampir tiada sempadan.

Menggunakan teknologi untuk tujuan yang baik akan mendatangkan kebaikan, tetapi jika teknologi disalahguna, ianya boleh mendatangkan kemudaratan.

Salah satu teknologi yang boleh dimanfaatkan untuk mencari jodoh adalah media sosial seperti facebook dan lain-lain.

Menggunakan media sosial membolehkan kita mengenali seseorang yang jauh walaupun kita langsung tidak pernah berkenalan.

Mengenali lebih ramai orang akan meningkatkan lagi kebarangkalian anda untuk menemui jodoh anda.

Tetapi, perlu diingatkan bahawa batas pergaulan dalam media sosial adalah sangat penting.

Adalah penting untuk tidak memberikan maklumat diri anda terlalu terdedah untuk mengelakkan maklumat tersebut jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.

4. Persatuan atau sukarelawan

Mungkin ada yang terlibat dengan persatuan ataupun sukarelawan.

Apabila anda terlibat dalam persatuan atau sukarelawan sama ada di tempat belajar atau bekerja, anda pasti akan banyak bergaul dengan pelbagai jenis orang.

Berbanding dengan tempat kerja yang selalunya lebih formal, persatuan biasanya lebih santai dan lebih mudah untuk berkenalan dengan orang lain.

Tambahan lagi, jika inginkan pasangan yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama dengan anda, pilihlah orang yang sama-sama dalam persatuan.

5. Portal Jodoh Online

Satu lagi tempat yang sesuai untuk mencari jodoh adalah di laman web mencari jodoh.

Ia adalah tempat di mana berkumpulnya individu yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencari jodoh.

Salah satu laman web yang baik untuk mencari jodoh adalah di Baituljannah.

Ia adalah laman web mencari jodoh yang patuh syariah dan juga mementingkan privasi dan juga perlindungan maklumat peserta di laman web tersebut.

Jika anda sukar untuk mencari jodoh kerana kekangan masa, menggunakan laman web mencari jodoh adalah alternatif terbaik untuk anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cari Jodoh Anda Sendiri, Tidak Salah Perigi Mencari Timba

sumber: ikatansah

Saturday, April 21, 2018

10 Alasan Kenapa Perlu Mencari Jodoh Di Usia Muda

10 Alasan Kenapa Perlu Mencari Jodoh Di Usia Muda

Fenomena berkahwin awal bukanlah sesuatu yang janggal di negara kita kerana ia berlaku sejak zaman nenek moyang kita lagi, mereka berkahwin pada usia muda dan kekal bahagian sehingga ke akhir hayat.

10 Alasan Kenapa Perlu Mencari Jodoh Di Usia Muda
Gambar hiasan.

Pasti ada hikmah dan kebaikan bagi mereka untuk berkahwin pada usia muda dan berikut kami kongsikan 10 alasan kenapa perlu mencari jodoh dan berkahwin di usia muda.

1. Mengikut sunah Nabi Saw (berkahwin pada usia 25 tahun dan berkeluarga)

Nabi Muhammad SAW telah berkahwin pada usia 25 tahun bersama Ummu Mukminin Siti Khadijah.

Semoga kita mendapat keberkatan dengan mencontohi apa yang telah dibuat oleh Nabi Muhammad.

2. Dapat menikmati hidup dengan memenuhi fitrah manusia (berpasang-pasangan, bermanja-manja dan belaian kasih sayang)

Antara tujuan berkahwin adalah untuk memenuhi fitrah manusia yang berakal dan bernafsu.

Mereka yang berkahwin awal akan dapat bermanja-manja, bermesra-mesra dan berkasih sayang sesama suami isteri menyebabkan jiwa akan jadi lebih tenang dan bahagia.

Bagi yang belum berkahwin, mungkin ahli keluarga dan rakan-rakan menjadi peneman.

Tapi ingat, ahli keluarga dan rakan-rakan itu juga akan berkahwin kelak!

3. Lebih cepat melahirkan zuriat penyambung keturunan

Untuk melahirkan zuriat yang sah, seseorang itu perlulah berkahwin.

Jika berkahwin lewat, maka lewatlah untuk mendapat zuriat.

Mungkin bila kita sudah berusia (kita dah tua, pencen) tapi anak masih kecil dan bersekolah.

Masa tu perlu gigih mencari wang untuk pastikan persekolahan serta pendidikan anak lancar.

Sebaliknya, jika berkahwin di usia muda, kita tidak perlu terlalu gigih untuk bekerja di lewat usia kerana anak-anak sudah bekerja.

Sebaliknya, pada masa tu kita sudah boleh berbulan madu semula!

4. Elak dosa, zina, maksiat mata dan lain-lain

Bagi mereka yang berkahwin lambat, mereka lebih terdedah kepada dosa zina terutamanya zina mata dan hati.

Mereka mungkin lebih cenderung untuk melihat sesuatu yang boleh merangsang nafsu tetapi tidak dapat melunaskannya di tempat yang betul.

Jadi, Islam menyarankan mereka yang masih belum berkahwin agar berpuasa bagi menahan nafsu.

Maklum sahajalah, syaitankan telah berjanji untuk mengganggu anak Adam dari kiri, kanan, depan dan belakang.

Bagi yang berkahwin awal, nafsu dapat disalurkan ditempat yang paling betul!

Apa pun, sentiasalah tundukkan pandangan dan menjaga semua pancaindera kita kerana semuanya akan dipersoalkan kelak di akhirat.

5. Emosi lebih stabil

Bagi mereka yang berkahwin awal, emosi mungkin lebih stabil berbanding mereka yang belum berkahwin.

Hal ini kerana mereka yang berkahwin lewat tidak mendapat belaian kasih sayang dan perhatian seperti mereka yang sudah berkahwin yang boleh bermanja-manja dan berkasih sayang dengan cara halal.

Selain itu, suami atau isteri akan sentiasa menjadi peneman setia, penyejuk mata, penawar di hati dan perawat emosi.

Ya, masalah di antara suami isteri pasti akan timbul.

Tapi dengan ilmu dan tolak ansur, semuanya akan dapat diatasi dengan jayanya.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

6. Pemikiran lebih matang

Bagi mereka yang berkahwin di usia muda, fikiran mereka menjadi lebih matang kerana wujudnya rasa tanggungjawab untuk menjaga dan memastikan pasangan serta anak-anak sentiasa mendapat keperluan yang sempurna.

Mereka yang berkahwin lebih berhati-hati dalam merancang dan membuat keputusan.

7. Hidup lebih berwawasan dan teratur

Berkahwin awal dapat membuatkan seseorang lebih berwawasan seperti ingin memajukan institusi kekeluargaan.

Mereka akan menjadi lebih bijak dalam menyusun ekonomi keluarga, pendidikan anak-anak, kesihatan ahli keluarga dan pelbagai lagi.

Aktiviti yang ingin dilakukan akan dibincangkan terlebih dahulu dengan pasangan.

8. Hubungan seks yang lebih berkualiti

Anda pasti tahu dan yakin tenaga di usia muda lebih kuat berbanding di usia yang lewat.

Di usia mudalah ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Mengikut kajian perubatan juga, antara faktor kemandulan adalah lewat berkahwin.

Bagi wanita pula, selepas usia 40 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung atas faktor kesihatan serta komplikasi semasa hamil dan bersalin.

9. Titik perubahan dalam menambahbaik diri

Semasa bujang dulu, mungkin disaluti sifat malas dalam segala hal, bangun lewat dan panas baran.

Tetapi, selepas berkahwin, sikap negatif itu dapat dikikis sedikit demi sedikit.

Mungkin dulu kita malas nak mengemas rumah dan memasak, selepas berkahwin segalanya mungkin berubah.

Kalau tak percaya, cuba tanya mereka yang sudah berkahwin.

10. Dapat menjadi anak yang soleh

Mereka yang berkahwin awal biasanya akan menjadi lebih bersifat lembut hatinya. Mengapa jadi begitu?

Sebenarnya, bila dah berkahwin dan mempunyai anak, hati kita akan jadi lebih sensitif tentang isu kekeluargaan.

Kita akan rasa ibu, ayah dan adik-beradik tu penting sebab kita pun dah jadi suami, isteri.

Jadi, sebagaimana kita nak anak kita berlemah-lembut dan sentiasa mendoakan kita, seperti itulah kita akan berdoa yang terbaik untuk ibu ayah kita.

Kita akan melihat dan merasai sendiri betapa besarnya pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anaknya.

Semua ini akan memberikan keinsafan dan “wake up call” untuk kita menjadi anak yang baik kepada ibu bapa tercinta.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ikatansah

Thursday, April 19, 2018

10 Perkara Jangan Lakukan Bila Bermesej Dengan Lelaki

10 Perkara Jangan Lakukan Bila Bermesej Dengan Lelaki

Dalam konsep cinta dan perhubungan, bermesej atau texting adalah medium yang lazim diguna pakai oleh mana-mana pasangan masa kini agar kita boleh terus berhubung secara ringkas dengan pasangan terutamanya ketika sedang berjauhan.

10 Perkara Jangan Lakukan Bila Bermesej Dengan Lelaki

Ini bertentangan dengan cara orang-orang dahulu di mana pasangan hanya akan saling mengirim dan membalas surat untuk berhubung dan ternyata cara itu jarang sekali membuatkan hubungan menjadi retak.

Keadaan itu dilihat beza dengan pasangan masa kini kerana meskipun teknologi membuatkan segalanya lebih mudah, tanpa sedar sebenarnya apabila mudah berhubung dan sering bertukar mesej malahan akan menjadi punca kepada pergaduhan dan salah faham. Adakah perkara ini normal?

Dalam situasi sesebuah perhubungan, perempuan akan dilihat sebagai individu yang sering memperbesar masalah manakala lelaki pula menjadi mangsa untuk dipersalahkan hampir dalam setiap perkara. Jadi adalah tugas dan tanggungjawab seorang wanita bagi memahami apa lelaki suka dan tidak suka.

Bunyi macam berat sebelah kan? Namun itulah yang sering berlaku dalam kehidupan seharian.

Kali ini kami ingin berkongsi tips bagaimana anda boleh menjaga bahasa dan memperbaiki cara anda saat bermesej dengan pasangan.

1. Berhenti Bagi Alasan

Kebanyakan perempuan suka buat hal bila tak dapat perhatian yang secukupnya daripada lelaki.

Bila lelaki tanya, kenapa anda bertindak agresif sebegitu nanti mulalah menggunakan alasan:

“Saya tak ada mood, tengah datang bulan dan awak sebagai lelaki harus tahu bagaimana untuk memujuk saya dan melayan saya”.

Stop it. Asyik awak je datang bulan, ingat lelaki tak ada ‘hanginnya’ ke? Lelaki sangat meluat bila perempuan banyak beri alasan dan suka memaksa begitu.

Apa yang harus anda lakukan adalah bersabar dan sentiasa memahami masanya. Dia juga manusia dan mempunyai banyak kerja lain yang harus diberikan perhatian.

Jika dia tidak bermesej sekalipun, tidak semestinya dia sudah tidak menyayangi anda. Biasakan diri untuk bersabar, dan jangan cepat melenting okay?

2. Janganlah Terlalu Manja

Kita faham anda sayangkannya tetapi dalam umur anda yang sudah dewasa ini, keadaan sudah banyak berubah dan anda harus membiasakan diri dengan perubahan itu.

Dia juga bekerja, dia juga punya banyak tanggungjawab jadi tak perlulah mengharap secara berlebihan.

Don’t be too clingy sebab itu adalah punca mengapa ramai lelaki takut untuk mendekati anda. Ini kadang-kadang sampai 10 kali anda mesej tanyakannya macam-macam, kata yang anda rindu dan cintanya. Buat apa? Cukuplah sekali hingga dua kali dalam sehari.

Percayalah, apabila lelaki cakap yang dia sayangkan kita… they really mean it.

3. Elak Salah Faham

Perempuan memang seorang yang teliti. Bila dapat mesej daripada teman lelaki atau suami kadang-kala kita mudah untuk terus menilai secara melulu.

Tulisan mesej seperti:

“Sayang…” dianggap lembut manakala “Sayang!” akan mudah dianggap kasar kerana menyangka tanda seru yang diggunakan itu adalah marah.

Sebenarnya anda sudah salah faham kerana mungkin apabila teman anda memanggil “Sayang!” yang ditaip berserta tanda seru adalah membayangkan perasaannya yang sedang girang dan teruja. Jadi, sila hati-hati dalam menilai isi mesejnya.

4. Jangan Balas Mesej Dengan ‘Okay’ Saja

Lebih parah bila seseorang hanya membalas dengan “K”. Seperti kita, lelaki juga butuhkan perhatian daripada perempuan. Mereka juga teringin di manja. Jika mereka mengadu apa-apa pada anda, sila LAYAN.

Lelaki: “Sayang, I sakit… penatlah banyak kerja di pejabat tadi.”

Perempuan: “Okay”.

Please, don’t do that! Jawablah bersungguh sikit untuk tunjuk yang anda mengambil berat tentangnya.

5. Jangan Luahkan Perasaan Melalui Mesej

Jika anda berdua sedang bertengkar, hati anda akan banyak berkata-kata, seolah terbakar lalu tangan lantas menaip mengikut hati tanpa sempat berfikir dahulu.

Ramai yang akan menulis perkataan mencarut, cacian dan maki hamun tanpa sedar ketika sedang bergaduh. Oleh itu, adalah lebih baik membuat penggilan atau bersemuka ketika bergaduh. Bermesej untuk selesaikan masalah cuma akan mengeruhkan keadaan.

6. Jangan Serabutkan Mesej Dengan Emoji

Jika teman lelaki atau suami anda boleh terima baguslah, tapi tak semua lelaki suka bermain dengan emoji tau?

Apa yang penting adalah kata-kata dan tulisan mesej anda itu… jadi untuk selamat, sila hadkan penggunaan emoji.

7. Tahu Jadualnya

Lain kali, sebelum anda menghantar mesej, ambil tahu tentang jadualnya. Bila masa yang dia lapang dan bila masa yang dia sibuk. Untuk itu, pergaduhan dan salah faham boleh dikurangkan.

Nanti kalau anda mesej dan dia lambat balas atau tidak membalas langsung, anda juga yang mengamuk kan?

8. Jangan Biar Dia Tertunggu-Tunggu

Sepertimana anda mengambil berat tentang jadual dan kesibukannya, anda juga harus peka dengan waktu kesibukan anda. Jika anda mahu keluar atau melakukan sesuatu, sila beritahu pasangan supaya nanti dia tidak tertunggu-tunggu andainya anda lambat atau tidak membalas mesej-mesejnya.

9. Berjenaka Secara Keterlaluan

Bergurau memang seronok tapi haruslah menjaga batasan seperti tidak menyebut perihal yang membangkitkan sensitivitinya.

10. Nak Tidur, Bagitahu

Anda dan si dia memang suka bermesej sampai larut malam dan sampai satu masa nanti anda tidur meninggalkan mesej tergantung dan membuatkan dia berasa kesal serta fikir yang bukan-bukan.

Berhenti buat dia rasa kecewa dan jika anda sudah mengantuk, ada baiknya anda memberitahunya dan mengajak dia tidur.

Kalau anda rasa perangai perempuan adalah ‘mengecewakan’ kerana sering mengada-ngada dan mahu menang, lelaki akan jadi lebih ‘mengecewakan’ bila mereka mula meluat dengan kita yang perempuan ni dan nekad mahu memutuskan hubungan kerana sudah bosan.

Takut kan?

Fikir-fikirkanlah. Lelaki dan perempuan harus sama-sama bertolak ansur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wanista

Monday, April 16, 2018

39 Tanda Anda Jatuh Cinta

39 Tanda Anda Jatuh Cinta

Hanya yang pernah mengalamani atau sedang mengalami sahaja tahu bagaimanakah indahnya dan terseksanya apabila jatuh cinta. Jatuh cinta adalah sesuatu perasaan yang amat indah dan sukar untuk digambarkan.

Tanda Anda Jatuh Cinta

Kadang-kadang kita jatuh cinta tanpa kita sedari. Kita jatuh cinta kepada si dia tapi kita menafikannya. Jika anda mengalami mana-mana simptom seperti di bawah, ini bermakna anda memang sedang jatuh cinta!

40 Tanda-tanda Anda Jatuh Cinta kepada seseorang.

1. Sukar melelapkan mata. Setiap malam sebelum tidur pasti anda teringatkan si dia. Anda teringatkan peristiwa yang berlaku antara anda dengan si dia pada siang tadi. Atau mungkin anda terbayangkan saat-saat romantis antara anda dengan dia. Kemudian, anda tertidur dengan hati yang berbunga-bunga.

2. Hati anda sentiasa berdebar bila sahaja ternampak kelibat beliau lalu dihadapan anda. Kalau si dia muncul muncul betul-betul dihadapan anda, anda boleh terkena renjatan elektrik 1 badan.

3. Kebelakangan ini, anda sering membaca tips-tips cinta di majalah mahupun internet untuk mempraktikkan ke atas si dia.

4. Tiba-tiba anda berasa cemburu melihatkan si dia mesra dengan orang lain yang sama jantina dengan anda. Siap bergurau dan menepuk-nepuk bahu antara satu sama lain. Anda curi-curi menjeling terhadap aksi si dia.

5. Perasaan rindu yang membuak-buak di dalam hati anda. Kalau boleh anda mahu si dia berada di depan mata anda 24 jam.

6. Tiba-tiba anda banyak menghabiskan masa anda dengan handphone anda. Walaupun sesibuk mane, anda masih sempat menghantar mesej ataupun meninggalkan tweet anda kepada si dia walaupun dengan hanya berkata ‘Hai’.

7. Anda sentiasa bersemangat untuk memulakan hari anda berbanding sebelum ini. Anda mahu menjadi orang pertama yang datang ke kelas/tempat kerja untuk melihat si dia. Si dialah sumber semangat anda setiap hari.

8. Jika sehari anda tidak dapat melihat si dia walaupun hanya bayang-bayangnya, anda merasa gelisah umpama cacing kepanasan. Ditambah pula, semua mesej anda di hp, facebook dan twitter tidak dibalas oleh si dia.

9. Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.

10. Anda semakin menjaga penampilan anda. Anda sentiasa mahu memakai pakaian yang kemas dan cantik. Dan mungkin juga memakai perfume yang boleh menarik perhatian si dia!

11. Tiba-tiba anda berubah menjadi defensif terhadap si dia. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia.

12. Ada saja alasan untuk berjumpa atau secara terang menawarkan keluar bersama. Mungkin mengajak si dia keluar makan bersama atau mengajak si dia berbincang tentang assigment/projek walaupun anda boleh mebuatnya seorang diri.

13. Ketika rakan-rakan membicarakan tentang jodoh terus tiba-tiba kamu teringatkan akan si dia. Dan tiba-tiba juga anda berangan-angan dapat berkahwin dengan si dia.

14. Anda mempunyai hobi baru iaitu mengelamun. Kejap-kejap si dia datang dalam fikiran anda. Kemudian, mulalah anda tersenyum seorang diri. Kadang-kadang sambil memandu pun boleh termengelamunkan tentang si dia.

15. Hati anda terus berbunga-bunga bila ditegur/disapa oleh si dia walaupun si dia hanya bertanya tentang assigment yang diberikan oleh lecturer tadi. Bagaikan dunia ini anda yang punya.

16. Anda memberikan si dia sedikit hadiah sebagai tanda ingatan agar si dia berasa terharu dan sentiasa mengingati anda. Mungkin boleh diberikan kad ucapan selamat berjaya dalam minggu peperiksaan.

17. Anda cuba lari daripada terserempak dengannya. Takut si dia perasan yang anda menaruh hati dengannya. Dan anda takut cinta anda tidak berbalas.

18. Citarasa anda berubah. Anda mahukan persamaan dengan si dia. Anda cuba mendengar lagu yang si dia dengar. Anda cuba menonton rancangan tv kegemarannya.

19. Anda melihat bayangan wajahnya di mana saja anda pergi dan pada sesiapa sahaja yang kamu terpandang. Sehingga anda mesti menoleh 2 kali untuk memastikannya.

20. Anda sanggup berkorban apa sahaja demi si dia. Anda sanggup berkorban wang ringgit dan memerah kudrat tenaga hanya untuk menarik perhatian si dia terhadap diri anda. Dan anda mengharapkan ianya akan berhasil.

21. Anda cuba menguji si dia adakah si dia juga menyimpan perasaan terhadap anda. Anda berpakat dengan rakan anda untuk membuatkan si dia cemburu.

22. Sebelum tidur, anda akan mendengar lagu-lagu cinta yang mendayu-dayu. Sambil-sambil itu anda membaca kembali mesej-mesej anda dengan si dia petang tadi seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan anda.

23. Bila bersama dengan si dia, anda berjalan/memandu dengan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat yang hendak dituju. Kalau boleh, ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.

24. Prestasi anda dalam kerja/belajar tiba-tiba naik mendadak kerana anda cuba untuk memberitahu kepada si dia bahawa anda pun boleh lakukan apa sahaja.

25. Anda berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam melalui telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula merinduinya. Kemudian, anda menghantar pula mesej kepada si dia.

26. Anda berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam melalui telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula merinduinya. Kemudian, anda menghantar pula mesej kepada si dia.

27. Ke mana sahaja anda pergi anda pasti akan teringat haruman badan si dia. Ketika berjalan-jalan, anda tercium bau yang sama macam si dia dan terus anda tersenyum teringat akan si dia.

28. Anda tidak pernah menolak mahupun berkata “TIDAK” bagi semua permintaan yang datang dari si dia. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

29. Anda mengajak rakan-rakan anda untuk melepak di tempat laluan yang sering digunakan oleh si dia selepas habis kelas hanya semata-semata melepaskan rindu untuk melihat kelibat si dia.

30. Anda berniat di dalam hati untuk bertekad memiliki si dia. Anda mahukan si dia terus berada di samping anda. Anda mengguna pelbagai cara untuk cuba menarik perhatian si dia tentang kewujudan diri anda.

31. Anda menyimpan apa sahaja pemberian dari si dia. Kad raya, surat, resit dan apa sahaja di dalam kotak. Dan juga semua sms dari si dia bermula daripada anda berjaya mendapatkan nombornya. Tidak sanggup anda delete kesemua sms dalam hp anda yang dihantar oleh si dia.

32. Apabila rakan-rakan anda cuba ‘melaga-lagakan’ anda dengan si dia, anda tidak akan marah sebaliknya anda tersipu-sipu malu. Dan pipi anda mula kemerah-merahan.

33. Si dia kerap menemani anda di dalam mimpi sejak akhir-akhir ini. Bila bangun pagi esoknya, anda cuba mengingati mimpi-mimpi indah antara anda dengan si dia semalam.

34. Tiba-tiba anda berubah perwatakan apabila bersama si dia. Anda cuba menjadi lelaki/perempuan idaman mereka. Segala tindak-tanduk anda dikawal agak tidak over seperti bersama rakan-rakan.

35. Anda sering tertanya-tanya apakah yang sedang dilakukan oleh si dia. Adakah si dia sudah makan, mandi, pergi kelas/kerja?

36. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan mempeduli orang lain mahupun keadaan di sekeliling anda pada waktu itu. Anda cuma melihat dia seorang sahaja.

37. Kebelakangan ini anda sering berdoa kepada si Dia agar dibukakan hati si dia untuk anda dan diperjodohkan dengan anda.

38. Anda berniat di dalam hati untuk bertekad memiliki si dia. Anda mahukan si dia terus berada di samping anda. Anda mengguna pelbagai cara untuk cuba menarik perhatian si dia tentang kewujudan diri anda.

39. Ketika anda membaca post ini, hanya wajah si dia saja yang bermain di benak fikiran anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: zoncinta

Saturday, March 24, 2018

Jangan Lakukan 10 Perkara Ini Ketika Bercinta

Jangan Lakukan 10 Perkara Ini Ketika Bercinta

Kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja dan kerana cinta jugalah, manusia mudah hanyut dibuai perasaan dan tidak menyedari rupanya ia mengundang padah.

Jangan lakukan ini Ketika Bercinta

Berhati-hati dengan setiap perkara yang anda lakukan terutamanya 10 perkara dibawah;

1. Bercinta kerana simpati dan kasihan

Kamu tidak akan menjadi dewi, dewa penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia! Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri andai ia menjadi penyebab mengapa kamu sudi bertaut cinta bersamanya.

2. Melirik kepada jejaka, gadis lain

Cinta bukanlah penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan, namun harus ada batasan tertentu.

Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata dengan melirik pandangan pada jejaka atau gadis lain, ia boleh membawa kepada kecurangan.

3. Pura-pura tertarik pada bicara si gadis

Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berbicara tentang perkara yang tidak kamu suka.

Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah ke otak kamu. Hipokrit namanya tu!

4. Tidak ingin kalahkan dia

Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata mahu menjaga hatinya. Tak salah bersaing tetapi mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu.

5. Harus sentiasa bersama

Ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta.

Sebaliknya, masukkan si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar dia boleh membiasakan dirinya.

Asyik berdua saja boleh menimbulkan rasa bosan kan?

6. Rapat dengan sahabat karib

Tak salah mengenali sahabat karibnya tetapi hati-hati supaya tidak terlalau akrab. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk kalau temannya jatuh cinta padamu.

Sebaliknya kamu harus lebih mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu bapa si dia.

7. Berpura-pura tidak cemburu

Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka, gadis lain.

Andai keterlaluan, tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar dia tahu perasaan kamu ketika itu.

8. Terlalu menerima sikap

Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Jangan kerana terlalu menyangi dirinya, kamu menerima segala keburukannya walaupun hati kamu sakit. Fikirkan insiatif untuk mengubah keburukannya.

9. Memafkan sikapnya yang keterlaluan

Jangan diam sahaja andai dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Tak salah kalau kamu menegur perbuatanya yang "kurang" itu supaya dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan.

10. Biarkan dia membayar

Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Lagipun ia mencerminkan tolak ansur dalam perhubungan tersebut.

Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar kalau kekasih mahu belanja kamu!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lyssasecret