Friday, November 16, 2018

Kisah Seorang Wanita Belajar Ilmu Dukun Sehingga Dicabut Imannya

Kisah Seorang Wanita Belajar Ilmu Dukun Sehingga Dicabut Imannya

Larangan mempercayai pawang, dukun atau bomoh dan mempelajari ilmu daripada mereka disebabkan terselitnya unsur-unsur penipuan dan kebatilan.

Belajar Ilmu Dukun
Gambar hiasan.

Kebanyakan perkhabaran berita, syarat dan bentuk amalan yang ditetapkan oleh mereka merupakan ilham dan bisikan oleh syaitan.

Firman Allah dalam surah as-Syu’ara ayat 221-223:

”Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.”

Antara sebab utama ilmu perbomohan dianggap sebagai perbuatan kufur ialah kerana ilmu tersebut berasal dari syaitan.

Ilmu perbomohan menetapkan syarat-syarat yang pelik-pelik, tidak logik dan tiada kaitan dengan sebab dan musabbab.

Syarat-syarat tersebut merupakan helah iblis dan syaitan untuk melihat sejauh mana kepatuhan anak Adam kepada mereka.

Satu kisah yang paling jelas untuk kita hayati ialah sebuah athar yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam kitab Sunan beliau bahawa Saidatina Aisyah r.a. berkata:

“Telah datang kepadaku seorang wanita dari penduduk Daumah Al-Jandal mencari Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda untuk bertanya tentang satu perkara berkaitan mempelajari sihir tetapi tidak beramal dengannya.

Kata wanita ini, “Suamiku telah hilang dariku. Kemudian datang seorang wanita tua lalu aku mengadu hal ini kepadanya. Lalu wanita tua itu berkata: “Sekiranya engkau melakukan apa yang aku suruh, nescaya suamimu akan kembali kepadamu”.

Apabila tiba waktu malam, wanita tua itu datang bersama dua ekor anjing hitam. Maka aku menaiki salah satu anjing itu dan dia menaiki yang seekor lagi. Dalam masa yang sekejap, kami sudah sampai di Babilon. Aku dapati ada dua orang lelaki yang tergantung dengan kakinya.

Lalu lelaki itu berkata, “Apa yang kamu mahu?” Maka aku berkata, “Aku ingin belajar sihir”. Mereka berkata, “Sesungguhnya kami ini fitnah, jangan kamu kufur. Oleh itu, pulanglah”.

Aku tidak mempedulikan nasihat mereka lalu berkata, “Aku tidak akan pulang!” Mereka berdua berkata, “Pergilah engkau kepada bekas nyalaan api itu dan kencinglah padanya. Selepas itu, datanglah kembali”.

Maka aku pun pergi dan aku rasa menggeletar serta takut. Kemudian aku kembali mendapatkan mereka berdua dan aku berkata, “Aku telah lakukan apa yang kamu suruh tadi”.

Mereka bertanya, “Apa yang kamu nampak?”. Aku menjawab, “Aku tidak nampak apa-apa”. Maka mereka berkata, “Engkau berbohong. Engkau belum kencing di situ. Pulanglah ke negeri engkau dan jangan kamu jadi orang yang kufur. Sesungguhnya engkau bertanggungan atas urusan kamu”.

Aku enggan pulang, lalu mereka berkata, “Pergilah engkau kepada bekas nyalaan api itu dan kencinglah padanya”. Lalu aku pun pergi dan kencing padanya. Maka aku melihat seorang pahlawan berkuda yang memakai baju besi keluar dari tubuhku dan naik ke langit sehingga dia hilang dari pandanganku.

Dan aku datang bertemu dengan kedua-duanya lalu aku berkata, “Aku telah lakukan apa yang kamu suruh tadi”. Mereka bertanya, “Apa yang kamu nampak?” Aku menjawab, “Aku melihat seorang pahlawan berkuda yang memakai baju besi keluar dari tubuhku dan naik ke langit sehingga dia hilang dari pandanganku”.

Kedua-duanya berkata, “Engkau benar. Itulah iman telah keluar dari engkau. Sekarang pergilah engkau”.

Maka aku berkata kepada wanita tua itu, “Demi Allah! Aku tidak tahu sesuatu tentang ini dan tiadalah kedua-dua orang itu memberitahu aku sesuatu apa pun”. Maka perempuan tua itu berkata, “Bukan begitu. Tiadalah sesuatu yang engkau inginkan kecuali ia akan menjadi. Ambil biji gandum ini dan semai”.

Maka aku semaikan dan aku berkata, “Tumbuhlah!”Maka tumbuhlah gandum itu. Dan aku berkata lagi, “Membiaklah!” Maka gandum itu berkembang biak. Dan aku berkata, “Tuailah!” Maka iapun tertuai. Dan aku berkata, “Kisarlah!” Maka ia pun terkisar. Dan aku berkata, “Jadilah roti!” Maka ia menjadi roti.

Dan apabila dapati setiap sesuatu yang aku inginkan segera berada ditanganku, maka aku rasa amat menyesal. Dan demi Allah wahai Ummu Mukminin, tiadalah aku melakukan sesuatu dan aku tidak akan melakukannya selama-lamanya.”

Berdasarkan athar di atas, kita akan dapati betapa mudahnya untuk mempelajari sihir. Hanya dengan kencing di bara api, maka wanita itu sudah mempunyai kebolehan yang luar biasa.

***

Perbuatan belajar dari bomoh dan pawang dengan tujuan untuk beramal dengan ilmu tersebut secara jelas mengingkari perintah Nabi SAW.

Secara tidak langsung, ia menunjukkan bahawa kita berasa tidak cukup dengan apa yang telah dibekalkan oleh Rasulullah SAW sehingga terpaksa mendapatkan dari sumber yang lain.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: mahyuddin09

Saturday, July 28, 2018

Geliga Lipan Menjadi Buruan Kaki Judi Dan 'Penarik Harta'

Geliga Lipan Menjadi Buruan Kaki Judi Dan 'Penarik Harta'

Menurut cerita yang didengar daripada golongan yang taksub memiliki batu geliga lipan, kelebihan butiran berwarna merah coklat ini sangat menakjubkan. Mempunyai keupayaan tembus pandang, sesetengah pemiliknya dikatakan berupaya mengetahui dan melihat sesuatu yang terselindung, contohnya angka yang tersembunyi di belakang daun terup.

Geliga Lipan Menjadi Buruan Kaki Judi Dan 'Penarik Harta'
Gambar hiasan.

Kebanyakan pemburu geliga ini sanggup mengeluarkan jutaan ringgit hanya kerana mahu berjudi. Malah ramai juga percaya mereka bakal mendapat keuntungan berlipat kali ganda jika ia dibawa ke kasino di Genting Highlands.

Menurut telahan saya, geliga ini bukan tembus pandang tetapi pemiliknya dapat mengetahui perkara tersembunyi itu melalui 'khadam' yang menjaga geliga lipan tersebut.

Pemilik dikatakan dapat mendengar bisikan di telinga yang memberitahu perkara yang tersembunyi walaupun tidak melihatnya secara terus.

Namun, tidak dinafikan ada yang terlalu taksub dengan geliga ini hingga sanggup mengadakan ritual yang tidak sepatutnya hanya kerana mahu cepat kaya.

Penawar bisa

Bahkan ada yang menjadikan makhluk ghaib sebagai khadam kepada geliga ini, yang didakwa terhasil daripada pengerasan air liur seekor raja lipan itu dipercayai boleh menarik duit dan harta jika mengamalkan ritual khusus untuk tujuan tersebut.

Wujud juga teori yang mengatakan geliga lipan bukan sekadar untuk perubatan atau tembus pandang bahkan ia juga membawa tuah seperti murah rezeki

Sesetengah orang mengatakan pemakaian geliga tersebut boleh membuat seseorang itu kebal dan halimunan.

Cara ini digunakan individu untuk menarik duit atau harta namun, geliga untuk tujuan ini sangat jarang ditemui dan sukar mendapatkannya.

Dari sudut perubatan, geliga ini dipercayai berguna sebagai penawar bisa dan geliga yang diambil daripada mulut lipan adalah yang paling berharga.

Dengan khasiatnya yang boleh menyerap bisa tidak kira bisa binatang mahupun bisul, geliga ini hanya perlu diletakkan pada bahagian yang sakit, In Sha' Allah bisa akan menyurut dan hilang.

Tergolong sebagai sejenis serangga berbisa yang mempunyai banyak kaki, ada cerita rakyat menyebut 'sehingga naga pun turut takut akan serangga kecil' ini kerana kepantasan dan bisanya.

Jenis-jenis Geliga Lipan

Ada empat jenis geliga lipan, iaitu yang terdapat di kepala lipan dan dinamakan mahkota, di dalam perut, terdapat di antara sengatnya dan yang terakhir dan dikira paling berharga ialah yang terdapat di dalam mulutnya. Ia dikatakan dapat memancarkan cahaya di dalam gelap.

Geliga yang berada di dalam mulut lipan biasanya ditemui pada lipan yang mati beragan atau mati tua.

Mistiknya, walaupun haiwan tersebut mati dan kering, geliga ini sangat sukar untuk diambil daripada mulutnya.

Jika pengambilan secara paksa, geliga tersebut tidak akan memiliki kelebihan, tak ubah seperti butiran manik sahaja.

Untuk mengambilnya pula, satu ritual khas perlu dilakukan di mana ia disertai dengan zikir dan sehelai kain merah ditadah untuk menyambut geliga tersebut.

Ritual ini dikatakan mampu menyerap khasiat raja lipan ke dalam geliga.

Dijual mahal

Keaslian geliga yang mampu mencecah harga RM10 juta sebutir ini dapat diuji dengan cara memegangnya.

Untuk mengetahui keasliannya sama ada ia hidup atau mati, cara memegang yang betul dapat menentukannya.

Jika merasai getaran atau gigitan, itu jelas menunjukkan ia geliga asli namun, ujian ketepatan yang paling baik ialah apabila terasa lipan merayap di tangan dan warna paling lazim geliga lipan ialah merah. Selain itu ada juga yang berwarna biru, hijau dan kuning.

Menurut beliau lagi, harga geliga ini sepatutnya tidak mencecah jutaan ringgit, malah jauh lebih rendah.

Namun, apabila wujud broker atau orang tengah, harga yang dikenakan kadang-kadang tidak masuk akal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Wednesday, May 16, 2018

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan sepenuhnya pergantungan kita kepada Allah SWT. Tidak ada suatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah dan tiada apa pun yang boleh membawa mudarat melainkan dengan izin Allah jua.

Pemakaian dan penggunaan batu ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-benar difahami dan yakin akan hakikat penggunaan, pemakaiannya.

Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya tidak sia-sia penciptaannya.

Berikut adalah 13 jenis batu diseluruh dunia yang sangat popular dikalangan peminat dan juga di dalam dunia mistik.

1. BATU HAKIKAT

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Batu Hakikat asalnya ialah batu bukit dan gunung, ada juga orang menggelar batu ini sebagai batu badar lumut.

Ini kerana ia mempunyai sejumlah tumbuhan lumut didalamnya dan ia adalah batu hidup bersifat sejuk.

Dikatakan batu ini mempunyai khasiat seperti berikut:
  • Menundukkan musuh.
  • Menghilangkan sakit dan meyembuhkan penyakit.
  • Menghindarkan ganguan makhluk halus.
  • Menghilangkan darah gemuruh.
  • Untuk keselamatan diri.

2. BATU PANCA NUR

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Batu Panca Nur atau Pancha Warna adalah sejenis batu akik bercirikan lebih dari dua ke lima warna.

Kelebihan dimata umum ialah pada lima warna ini iaitu merah, hijau, kuning, hitam, putih kerana mempengaruhi kekuatan lima pancaindera manusia.

Batu Panca Nur yang asli ialah apabila dipegang terasa berat dan getarannya.

Batu Panca Nur ini kekuatannya dikatakan mempunyai khasiat seperti berikut:
  • Memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada sipemakainya.
  • Memancarkan seri kewibawaan lalu akan dihormati oleh orang sekeliling.
  • Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai.
  • Menjadikan musuh tidak berupaya untuk membuat sesuatu yang jahat pada kita.
  • Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.

3. BATU LAFADH

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

BATU LAFADH adalah berbentuk, bergambar, bertulis secara semulajadi padanya kalimah Allah atau huruf-huruf kalimah.

Amat jarang ditemui di dunia.

Jika ditemui batu jenis ini, anda perlu berhati-hati dan meneliti sepenuhnya kerana terdapat banyak batu-batu campuran yang dibentuk seakan batu-batu yang asli yang mana disebut batu sintesis.

4. BATU SERAI

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Batu Serai hanya diperolehi daripada pokok serai kampung yang berbunga atau pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga seakan bunga padi.

Untuk makluman semua, pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga amat sukar dan jarang-jarang untuk ditemui.

Jika ditemui pokok serai berbunga, untuk mengambil batu-batu yang terdapat dibahagian bawah perdu pokok serai tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara tertentu dan hanya orang-orang yang arif dengannya saja yang berjaya mendapatkan batu serai.

Terdapat pelbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna merah, kuning, warna jernih, biru,hijau dan unggu.

Kelebihan dan keistimewaan batu serai dimata umum ialah untuk pemanis dan pelaris.

5. BATU ZAMRUD

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Emrald atau Zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang sentiasa dikagumi ramai sejak dahulu lagi.

Peminat batu cincin kebanyakannya mengakui batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari segi spiritual.

Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah diantara bacaan 7 hingga 9.

Sememangnya batu zamrud adalah sangat berharga dan tidak ramai yang dapat memilikinya kerana faktor harganya yang agak tinggi.

Zamrud jarang dijumpai didalam saiz yang besar dan batu zamrud yang paling bernilai, paling tinggi kualitinya berasal dari negara Colombia yang harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.

Emrald atau zamrud merupakan batu permata atau birthstone untuk mereka yang lahir dalam bulan Mei.

Walau bagaimanapun, batu ini tetap sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bulan kelahiran.

Pada masa dahulu, zamrud hanya dipakai oleh golongan bangsawan, raja-raja dan pembesar negara sebagai simbol keagungan dan kekuasaan.

Para pemakai batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan dan keyakinan yang tinggi.

6. BATU BADAR BESI

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Batu Badar Besi juga biasa disebut sebagai batu pati ayam atau istilah sainsnya ialah magnetsteen kerana apabila diajukan besi magnet padanya, batu tersebut akan bergerak berputar-putar.

Masyarakat umum mengenali batu badar besi dalam golongan pusaka mistik yang diyakini memberi khasiat dan kelebihan yang banyak.

Batu badar besi mengandungi unsur ferum dengan kandungan oksigen yang tinggi sehingga memiliki warna abu kehitaman dan memiliki kekerasan 5-6 skala Mohs.

Sebenarnya batu badar besi banyak dijumpai di daerah Brazil, Mexico, Australia dan Amerika yang dekat dengan kawasan pergunungan dan sering terjadi banjir lahar ratusan tahun dahulu.

Cerita mahsyur yang diketahui mengenai khasiat batu badar besi adalah banyak sekali.

Yang paling popular ialah, ia anti senjata tajam atau kebal bahkan kebal kepada peluru.

Selain itu ialah, sebagai pagar diri, mampu melindungi pemiliknya dari bahaya sihir dan menghindarkan aura jahat.

7. BATU KECUBUNG (Amethyst)

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Amethyst yang juga dikenali sebagai Kecubung merupakan batu yang berwarna ungu.

Kecubung berasal dari perkataan Greek yang bermaksud penawar, dimana wujud kepercayaan lama menunjukkan arak yang diminum di dalam gelas Amethyst tidak akan menyebabkan peminumnya menjadi mabuk.

Amethyst mempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs dan dipercayai telah mula digunakan sejak zaman awal Mesir kuno.

Kecubung yang berkualiti hanya boleh didapati di negara-negara seperti Brazil, Uruguay, Siberia, Russia dan India.

Batu Kecubung merupakan batu permata yang popular sebagai bahan perhiasan raja-raja dan pembesar-pembesar negara zaman lampau.

Selain warna ungu, ia juga mempunyai beberapa warna yang menarik, contohnya bewarna merah jambu tetapi kecubung yang paling berharga semestinya bewarna ungu kebiru-biruan.

Batu Kecubung merupakan birthstone untuk mereka yang lahir pada bulan Februari.

Dimata masyarakat, kelebihan dan keistimewaan Kecubung ialah untuk pengasih dan mampu mewujudkan aura menawan kepada pemakainya.

8. DELIMA MERAH

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Ruby atau Batu Delima Merah dikenali kerana warna merahnya yang menggambarkan perasaan cinta, kuasa dan kemegahan.

Inilah raja segala batu permata atau dikenali sebagai "king of germstone" yang begitu popular diseluruh nusantara bahkan seantero dunia.

Delima merah amat sinonim dan mahsyur dalam masyarakat melayu kerana kecantikan fizikal batu ini dan khasianya.

Batu ini juga sebenarnya terdapat dalam warna merah jambu (pink) dan merah hati (merah tua).

Delima adalah batu permata yang sangat keras dengan ukuran 9 pada bacaan skala Mohs.

Delima yang paling popular tentunya berasal dari negara Burma (sekarang Myammar) kerana kualiti dan kecantikan batunya.

Walau bagaimanapun, terdapat juga bekalan Batu delima berkualiti yang dilombong dari negara lain seperti negara Afrika selatan, Pakistan, Afghanistan, Tanzania dan India.

Ruby merupakan birthstone untuk mereka yang lahir pada bulan Julai.

Di dalam masyarakat Melayu nusantara, Delima merah berada dalam mitos yang paling tinggi iaitu untuk pelindung diri dari ancaman jahat termasuk sihir.

Bagi pembesar atau pemerintah, Ruby dikatakan dapat membuka aura keagungan yang menjadikan orang ramai patuh kepadanya.

Kelebihan Delima merah yang paling mahsyur dalam masyarakat Melayu ialah kebal dan bagi golongan peniaga pula dikatakan untuk kekayaan.

Ruby atau batu delima terbaik adalah dari negara Burma.

9. CHRYSOBERYL CAT'S EYE (MATA KUCING)

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Batu Mata Kucing atau 'cats eye' diberi nama kerana apabila didalam kegelapan dan ada sedikit cahaya, maka akan muncullah segaris sinar pada batu ini mirip mata kucing.

Inilah uniknya batu ini sehingga ramai yang tergila-gila mencarinya.

Batu cats eye ini banyak terdapat dalam warna coklat kehitaman, kuning madu dan warna hijau muda.

Cats eye mempunyai ketahan yang kuat kerana batu ini mempunyai kekerasan pada ukuran 8-9 pada skala Mohs.

Chrysoberyl merupakan batu permata yang mempunyai nilai tinggi di pasaran dengan kualiti yang sangat baik.

Negara pengeluar utama batu mata kucing ini termasuklah Rusia, Tanzania, Sri Lanka, India, Brazil dan Timur Afrika.

Cats eye @ Chrysoberyl menjadi batu yang digemari oleh ramai peminat dan pengumpul profesional kerana batu permata ini sangat sukar untuk di perolehi dan harganya yang mahal.

Cat's eye yang baik mempunyai cahaya jaluran di bahagian tengah dan apabila membeli batu asli, pastikan "mata kucing" pada batu tersebut berada di bahagian tengah dan "mata" tersebut boleh "terbuka" dan "tertutup" apabila batu itu dicondongkan.

Kelebihannya dimata umum dikatakan banyak sekali seperti memberikan keyakinan dan menjadikan lawan, musuh gerun dan takut pada kita serta memberi aura penarik kepada pemakainya.

Juga dikaitkan dengan kesihatan (menghindar penyakit fizikal dan mengelak sihir).

10. BATU TIGER EYE (MATA HARIMAU)

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Batu Tiger Eye juga dikenali sebagai batu Mata Harimau, tergolong dalam keluarga Quartz.

Batu ini diberi nama kerana warna dan jaluran cahaya yang meliputinya apabila dipandang seolah-olah seperti mata harimau yang sedang merenung tajam.

Warna dominan bagi batu ini ialah kuning yang bercampur dengan hitam dan campuran coklat serta oren.

Kekerasan skala mohs bagi batu tiger eye ialah pada bacaan 7 yang banyak ditemui di negara Afrika Selatan, Rusia, Australia barat, negara Jerman dan China.

Tiger's eye sesuai dipakai oleh semua golongan.

Khasiat dan kekuatannya dipercayai menjadikan pemakainya akan digeruni lawan dan dihormati kawan, segala perintah dan kata-kata akan mudah diterima dan dipatuhi orang.

Batu ini juga dipercayai menjadi senjata menangkis pebuatan sihir dan jahat.

11. BATU JARUM MAS

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Batu Jarum Mas termasuk dalam kumpulan batu-batu jenis Quartz iaitu jenis Rutilated Quartz.

Terdapat banyak warna batu dalam kumpulan quartz ini seperti warna merah jambu, kuning, biru dan hijau serta hitam dan putih.

Jarum Mas biasanya mempunyai warna dominan jernih keputihan dengan di dalamnya terdapat hablur warna kuning yang terbentuk memanjang seolah-olah seperti bentuk jarum.

Batu Jarum Mas mempunyai paling banyak jenis dan nama kerana quartz ialah salah satu unsur mineral yang paling banyak didapati dibahagian kerak bumi.

Kekerasan batu jenis ini berada pada ukuran 7 skala Mohs.

Terdapat catatan menyatakan quartz adalah bahan yang biasa digunakan sebagai bahan mistik dalam mitologi orang asli Australia yang menunjukkan batu ini mempunyai khasiat dan kelebihan yang besar dalam dunia mistik.

Di dalam masyarakat melayu nusantara, Batu Jarum Mas dipercayai menjadi alat pertahanan diri dan untuk keselamatan pemakainya.

12. BATU NILAM (SHAPHIRE)

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Nilam juga biasa disebut sebagai Sapphire atau Safir, amat dikenali di dunia sebagai batu yang digemari ramai pencinta batu permata dan sukar untuk diperolehi.

Struktur mineralnya adalah berbentuk kristal tunggal aluminium oksida yang mana menyebabkan nilam memiliki kekerasan yang cukup tinggi iaitu bacaan 9 pada skala Mohs.

Nilam dipasaran ketika ini banyak berasal dari negara Burma, Sri Lanka, Thailand, Rusia, Kalimantan Indonesia dan juga Afrika.

Batu permata Nilam yang terkenal didunia adalah Blue Shaphire yang mana struktur mineral dan seratnya memiliki keunikan pancaran cahaya yang berbeza-beza menjadikannya kelihatan amat mempersonakan.

Terdapat juga nilam berwarna hitam, kuning dan putih tetapi harganya tidak setanding dengan nilam berwarna biru.

Kelebihan dan mitos pada batu nilam ini diyakini dapat menjernihkan fikiran, meningkatkan kekuatan fizikal dan menenangkan hati, membawa kebahagiaan, meningkatkan keyakinan dan tujuan hidup.

Raja-raja dan para pemerintah negara memakai nilam untuk menampilkan wibawa dan sebagai pertahanan yang kuat terhadap bahaya.

Keistimewaan dimata umum yang paling utama bagi batu nilam ini ialah menyerlahkan aura penarik bagi pemakainya.

Batu yang istimewa ini ialah birthstone atau batu yang sesuai untuk mereka yang lahir pada bulan September.

13. BATU PIRUS (TURQUOISE)

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Batu Pirus juga dipanggil sebagai "turqouise" dikenali ramai pecinta batu permata sebagai batu berwarna biru dan hijau dengan jaluran urat yang menarik dan unik terbentuk padanya.

Batu pirus mempunyai campuran mineral tembaga, aluminium dan ferum (besi) yang memberikan peranan terhadap pembentukan warnanya.

Semakin biru warnanya menunjukkan kandungan tembaga didalamnya adalah tinggi dan jika warna hijaunya yang menonjol, menunjukkan kandungan ferum (besi) pula tinggi.

Batu pirus direkodkan mempunyai kekerasan pada bacaan 5-6 pada skala Mohs.

Ia banyak di temui di negara Iran, Afghanistan, Israel, Amerika dan negara Mexico.

Biasanya batu ini banyak dipakai oleh mereka yang berumur 40 tahun keatas.

Peminat batu ini begitu teruja dengan pirus kerana keindahan dan keunikan urat-urat batunya yang terbentuk dengan menarik dan cantik.

Batu pirus yang paling terkenal dan tinggi harganya dipasaran ialah pirus berwarna biru atau hijau dari negara Iran yang tidak memiliki jaluran atau corak diatasnya.

Khasiat yang menjalari batu istimewa ini dipercayai membantu dalam proses penyembuhan penyakit, memberikan ketenangan minda dan membuka aura kekuatan diri khususnya kekuatan dalaman atau rohani.

FAHAMI HAKIKAT PEMAKAIAN BATU CINCIN DAN PERMATA

Seperti garam yang bersifat masin, begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang sedia wujud padanya.

Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil manfaat daripadanya.

Fahami bahawa batu-batu tersebut tidak mempunyai kuasa.

Batu-batu tersebut mempunyai kelebihan, keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah.

Jadi, janganlah lari daripada pergantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua.

Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah SWT.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mnidotcom

Friday, April 06, 2018

Ketahui Tempat Tinggal Disukai Jin

Ketahui Tempat Tinggal Disukai Jin

Para ulama Islam dalam banyak riyawat berpendapat tentang tempat tinggal atau lokasi yang paling di sukai oleh bangsa jin seperti padang pasir, pergunungan, pasar dan atap rumah.

Ketahui Tempat Tinggal Disukai Jin

Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa tempat yang paling disukai para jin adalah laut, bilik mandi, tempat yang kotor atau sampah dan sebagainya. Tandas adalah salah satu tempat di muka bumi ini yang paling digemari oleh jin, oleh sebab itu Rasulullah SAW memerintahkan umatnya supaya memohon perlindungan kepada Allah dari jin, dengan membaca, “Allahumma inni a’udzu bika minal khubutsi wal khaba’its.” (Ya, Allah,aku memohon perlindungan dari gangguan jin lelaki dan jin wanita).

Rasullullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah dia mengucapkan doa, ”Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan.” (Hadith Riwayat Abu Dawud)

Menurut Syekh Abdul Mu’nim Ibrahim, tempat tinggal jin adalah tempat yang sepi, tetapi ada pula beberapa jin yang hidup di pulau-pulau tengah laut, padang pasir, tempat sampah atau tempat yang rosak dan di antara mereka ada juga yang hidup bersama manusia.

Dari ibnu jabir r.a mengatakan, Rasulullah SAW pernah bersabda, “pada awal malam atau pada awal kalian memasuki waktu petang, lindungi anak-anak kalian kerana syaitan masuk pada waktu itu. Apabila awal malam telah berlalu, biarkan mereka dan tutuplah pintu serta sebutlah nama Allah, kerana syaitan tidak mampu terhadap pintu yang tertutup (jika di sebut dengan nama Allah ketika di tutup).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bangsa jin itu memang suka tinggal di dalam gua, laut, bukit, gunung dan hutan, atau tempat-tempat terpencil lainnya. Namun jangan terkejut, mereka juga boleh tinggal serumah dengan anda.

Berikut adalah beberapa riwayat yang menjelaskan mengenai tempat tinggal jin. Tentu saja agar kita tidak mengganggu mereka dan mereka pun tidak mengganggu kita.

1. Abu Muhammad di dalam kitabnya Al-Uzmah menceritakan satu bab khusus tentang jin dan kejadiannya. Beliau meriwayatkan satu hadis yang bersumber dari Bilal bin Al-Haris.

Demikian Bilal meriwayatkan:

“Kami pernah pergi bersama Rasulullah SAW dan beristirehat di suatu tempat untuk buang air. Lalu aku (Bilal bin Al-Haris) membawakan satu baldi air dan aku letakkan berdekatannya. Tiba-tiba aku mendengar suara gemuruh, iaitu suara pertempuran yang belum pernah ku dengar sebelumnya. Demikian pula bahasa yang mereka gunakan. Setelah Rasulullah SAW mengetahui aku pun mendengar apa yang baginda dengar, maka sabdanya, “Jin Muslim dan Jin Musyrik sedang bertempur. Mereka bermohon kepadaku untuk mendamaikan mereka. Maka jin yang Muslim saya tempatkan di kawasan yang bernama Jalis dan jin yang Musyrik saya tempatkan di kawasan yang bernama Ghour.”

Apakah Jalis dan Ghour itu?

Ibnu Katsir menjelaskan bahawa Jalis adalah suatu tempat yang terletak di kawasan pergunungan, sedangkan Ghour adalah tempat antara gunung dan lautan. Ibnu Katsir seterusnya berkata, orang yang diganggu jin di Jalis kebanyakannya selamat, sedangkan yang diganggu jin di Ghour jarang sekali yang selamat.

2. Imam Za Maksyari di dalam kitabnya Rabiul Abrar menjelaskan, bahawa masyarakat di sebuah dusun bercerita kepadanya, “Kami pernah singgah di suatu kawasan di mana terdapat ramai orang dan ada beberapa khemah. Tetapi tiba-tiba orang ramai dan khemah-khemah tersebut hilang dari pandangan kami. Kami merasa yakin bahawa orang-orang itu adalah jin, sedangkan khemah-khemah itu adalah tempat tinggal mereka.”

Beliau kemudian menegaskan, “Tidak ada satu keluarga Muslim, kecuali pada atap rumahnya terdapat jin yang Muslim pula. Bila keluarga Muslim itu telah menyiapkan makanan pagi, jin itu pun turun dan ikut makan bersama, dan bila mereka makan petang, jin itu turun dan makan petang bersama mereka. Dengan jin itu Allah Ta’ala menjaga keluarga yang Allah berkenan kepadanya.”

Dengan demikian jelas bahawa adakalanya jin itu dapat dilihat oleh manusia. Ini terjadi kerana seseorang memiliki ilmu ghaib, atau kerana jin-jin itu yang memang menyamar sebagai manusia.

3. Imam Malik dalam kitab Al-Muwattha’ meriwayatkan, bahawa ada sebuah berita yang sampai kepadanya, iaitu ketika Umar bin Khattab r.a hendak pergi ke Iraq.

Ketika itu Ka’bul Akhbar berseru kepada Umar, “Wahai Amirul Mukminin, janganlah engkau pergi ke sana, sebab di Iraq terdapat banyak sihir dan banyak jin-jin yang jahat dan fasik, serta penyakit yang sukar diubati.”

Kerajaan-kerajaan jin di atas air dan lautan

Kita tinggal di atas Bumi yang merupakan 71% adalah permukaan air manakala hanya 28% daratan. Secara terangnya kita hanya menghuni hanya 1/3 dari kawasan Bumi (walaupun kita tidak menghuni secara padat).

Iblis dan jin pula telah Allah ciptakan beribu-ribu tahun terlebih dahulu dari Allah mencipta Nabi Adam a.s. sebagai khalifah di muka bumi ini. Menunjukkan betapa mereka sudah tersangat maju dalam sains dan teknologi sehinggakan tempat tinggal mereka berada di mana-mana termasuk di atas air.

Maka tidak hairanlah apabila kita melihat sekarang ada manusia pun yang dapat berjalan atas air, walaupun dia bukannya seorang Islam yang warak. Tidak lain dan tidak bukan semua itu adalah dengan bantuan para jin.

Dalam hadis Jabir r.a. berkata, Bersabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan (dalam riwayat lain di atar air) dan kemudian dia pun mengutus pasukannya.” (Hadith Riwayat Muslim (2813))

Perkuburan

Para jin juga ada yang suka tinggal di perkuburan. Ketahuilah, kebiasaan hantu-hantu yang dijumpai di kawasan kubur adalah jin-jin yang menyamar, bukannya roh ahli-ahli kubur tersebut.

Mungkin jin-jin yang menyamar itu mahu memberi kepercayaan karut kepada manusia bahawa roh manusia berkeliaran di kubur.

Telah datang dari hadis Abu Said Al Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Permukaan bumi itu semuanya masjid (boleh dijadikan tempat untuk bersolat) kecuali perkuburan dan bilik mandi.” (Hadith Riwayat Ahmad (3/83), Abu Daud (492), Tirmidzi (317), Ibnu Hibban (1699), Al Hakim (1/251))

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah r.a. sebagaimana yang disebutkan di dalam “Majmu Fatawa” (19/41) ketika berbicara tentang tempat-tempat jin, “Pada perkuburan itu terdapat saranan menuju kesyirikan. Para syaitan menuntut orang yang hendak menjadi tukang sihir untuk selalu tinggal di perkuburan. Dan di sanalah para syaitan turun mendatanginya dan tukang sihir itu berulang-alik ke tempat ini. Para syaitan menuntutnya untuk memakan sebahagian orang-orang mati.”

Tempat istirehat unta

Dari Abdullah bin Mughaffal r.a. berkata, bersabda Rasulullah SAW, “Solatlah kalian di tempat peristirehatan (kandang) kambing dan janganlah kalian solat di tempat peristirehatan (kandang) unta kerana sesungguhnya unta itu diciptakan dari syaitan.” [Hadith Riwayat Ahmad (4/85), Ibnu Majah (769) dan Ibnu Hibban (5657) dan selainnya)]

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah sebagaimana yang disebutkan di dalam “Majmu Fatawa” (19/41) ketika menjelaskan tentang penyebab dilarangnya solat di tempat peristirehatan unta. Penyebab (dilarangnya solat) di bilik mandi, tempat peristirehatan unta dan yang seumpamanya adalah kerana itu adalah tempat para syaitan.

Tempat pembuangan sampah dan kotoran

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah dalam “Majmu Fatawa” (19/41), “(Para syaitan) ditemukan di tempat-tempat bernajis seperti kamar mandi dan tandas, tempat sampah, kotoran serta perkuburan.”

Tempat yang telah rosak dan diabaikan

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam “Al Adab Al Mufrad” (579) dari Tsauban r.a. berkata, Rasulullah SAW berkata kepadaku, “Janganlah kamu tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman kerana tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman itu seperti tinggal di perkuburan.” (Hadis ini hasan)

Berkata lebih dari satu ulama bahawa Al Kufuur adalah tempat yang jauh dari pemukiman manusia dan hampir tidak ada seorang pun yang lalu di situ.

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah sebagaimana yang disebutkan dalam “Majmu Fatawa” (19/40-41) ketika berbicara tentang jin, “Oleh kerana itu, (para syaitan) banyak ditemui di tempat yang telah rosak dan kosong.”

Di dalam lubang-lubang

Telah datang hadis Ibnu Sarjis r.a. dia berkata, Bersabda Rasulullah SAW, “Janganlah salah seorang di antara kalian kencing di lubang...”

Mereka berkata kepada Qatadah, “Apa yang menyebabkan dilarang kencing di lubang?” Dia berkata, “Disebutkan bahawa itu adalah tempat tinggal jin”.

Hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad (5/82), Abu Daud (29), An-Nasai (34), Al-Hakim (1/186) dan Al-Baihaqi (1/99). Lebih dari satu ulama yang membenarkan bahawa Qatadah mendengar dari Abdullah bin Sarjis r.a. (Lihat kitab “Jami’ At Tahshiil.)

Tempat-tempat berlaku syirik, bid’ah dan maksiat

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.” [Hadith Riwayat Bukhari (3226) dan Muslim (2106) dari hadis Abu Thalhah dan Aisyah r.a. dan datang pula dari para sahabat yang lain].

Jika malaikat tidak masuk ke dalam rumah, maka syaitanlah yang masuk kerana malaikat adalah tentera-tentera Allah SWT yang diutus untuk menjaga kaum mukminin dan menolak kemudharatan dari mereka.

Termasuk kebodohan adalah jika seorang muslim mengusir malaikat dari rumahnya yang menyebabkan masuknya jin dan syaitan ke dalamnya. Maka makmurkanlah rumah itu dengan zikir kepada Allah SWT, ibadah serta membaca Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian sebagai perkuburan kerana sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah.” (Hadith Riwayat Muslim (780), Ahmad (2/337), Tirmidzi (2877) dan selainnya).

Pasar-pasar

Telah datang dari Salman r.a., berkata, “Janganlah engkau menjadi orang pertama yang masuk ke pasar jika engkau mampu dan jangan pula menjadi orang paling terakhir yang keluar darinya kerana pasar itu adalah tempat peperangan para syaitan dan di sanalah ditancapkan benderanya.” (Hadith Riwayat Muslim (2451))

Di pasar atau bandarlah tempat syaitan cuba menghasut dan mengadu-domba manusia agar berbuat kejahatan dan segala macam maksiat.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Tempat yang paling disukai oleh Allah adalah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar.” (Hadith Riwayat Muslim (671))

Maka untuk lebih disukai Allah, hendaklah kita lebih gemar pergi ke masjid daripada berkunjung ke pasar ataupun bandar.

Jika terpaksa untuk membeli-belah pun, sebaik-baiknya cuba larikan diri seberapa segera yang mungkin dan tidak terus duduk lepak-lepak di bandar kerana ianya sangat disukai oleh Syaitan.

Apa kesukaan jin dan kesukaan manusia?

Dan makhluk-makhluk halus yang terdiri dari unsur-unsur api, zarah-zarah mereka terdiri dari caj-caj elektrik, amat suka kepada tempat pertemuan antara panas dan sejuk.

Dan tidak lupa jin-jin juga suka makan asap, kerana asap juga berasal dari unsur api.

Seperti mana kita manusia yang sukakan minuman segar, makanan yang hangat, buah-buahan segar dan menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur iaitu air, api, tanah dan angin. Air pasangannya api manakala tanah pasangannya angin.

Wallahu a’lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Orang Bunian, Benarkah Dari Keturunan Nabi Adam?

sumber: madinatulasrar

Saturday, February 10, 2018

Tanda-tanda Anda Diganggu Saka

Tanda-tanda Anda Diganggu Saka

Jika anda merasakan ada tanda-tanda saka di dalam badan, cepat-cepatlah berikhtiar dan berubat. Buanglah ego dan ketepikan kata-kata bahawa mempercayai saka adalah kolot dan tidak boleh dipercayai.

Tanda-tanda Anda Diganggu Saka

Saka telah wujud sejak dahulu lagi dan akan ada sampai bila-bila tetapi, bagaimana pula jika anda sendiri tidak tahu ada saka di dalam badan atau telah mendampingi dalam tubuh?

Bagaimana anda ada saka sedangkan tiada pun mengamalkan apa-apa ilmu atau mengambil saka keturunan?

Untuk pengetahuan anda, saka ada beberapa jenis dan kami akan memberi sedikit penjelasan ringkas bagaimana untuk mengetahuinya.

1. Saka Keturunan

Saka ini mendampingi seseorang dengan persetujuan tuannya untuk diserahkan kepada waris baru dan waris baru ini perlu bersetuju untuk menerima saka tersebut.

Biasanya saka keturunan adalah seperti membela hantu raya, toyol atau sebagainya.

Kemudian, yang mengambil saka akan membuat upacara jamu seperti menghidang pulut kuning, telur atau ayam panggang dan sebagainya.

2. Saka Tanpa Sedar

Saka yang datang kepada waris adalah saka yang turun kepada seseorang atau waris tanpa pengetahuan. Saka itu datang sendiri dan memilih tuannya.

Kebiasaannya, saka ini akan memilih anak sulung, anak tengah atau anak bongsu dari warisnya.

Individu itu mungkin mempunyai ciri-ciri seperti tuannya yang dahulu iaitu nenek moyang kita, dari segi perangai, perwatakan atau wajah.

3. Saka Harta Pusaka

Selain itu, saka juga boleh datang apabila kita menerima sesuatu barang seperti cincin, gelang, pinggan dan sebagainya.

Mungkin kita menganggap barang-barang ini seperti harta pusaka saja atau kita ambil sebagai kenangan, tetapi tanpa sedar sesetengahnya ada saka.

Macam mana nak tahu kita ada saka?

Ada beberapa ciri yang kita boleh tengok tada seseorang itu mempunyai saka.

Mimpi

Pertama, kalau perempuan dia akan mengalami mimpi. Kebiasaannya mimpi mendukung seorang bayi comel.

Perempuan ini akan mendukung dan menyusukan bayi tersebut, walhal bukan anaknya. Mimpi ini akan berulang-kali.

Pada lelaki pula, dia akan bermimpi menerima atau diberi sesuatu barang.

Lebam

Selain itu, tidak kira lelaki atau perempuan, akan selalu mendapat lebam-lebam pada tubuh badan. Lebam ini tidak menyakitkan.

Tiada zuriat

Seseorang itu sihat dari segi fizikal atau jasmani tapi walaupun sudah lama berkahwin, mereka tidak dikurniakan zuriat.

Sukar mati

Saka tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit. Seseorang itu akan hidup sihat, boleh bekerja seperti biasa, cuma apabila sampai usia tua, barulah datang masalah terutamanya ketika hampir ajal.

Biasanya seseorang itu sukar hendak meninggal dunia. Sakit terlantar lama diatas katil walaupun doktor kata harapan untuk hidup sangat tipis.

Nyawa akan jadi liat selagi saka tidak mendapat waris baru.

Perubatan Islam

Jika anda merasakan kehadiran saka, berubatlah dengan pengamal perubatan Islam yang ikhlas memberikan bantuan.

Jangan tunggu lama kerana kehadiran saka biasanya akan memberikan masalah kepada anda dan keluarga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bagaimana Mengetahui Jin Dan Syaitan Sedang Mengganggu

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, November 29, 2017

Sihir Jerutan Menghalang Hubungan Seksual Suami Isteri

Sihir Jerutan Menghalang Hubungan Seksual Suami Isteri

Sihir jerutan ditujukan kepada pasangan suami isteri supaya tidak dapat melakukan persetubuhan tanpa sebab-sebab tertentu, disebabkan oleh lemahnya alat kelamin suami apabila hendak melakukan persetubuhan atau kedinginan dan rasa kesakitan oleh pihak isteri.

Sihir Jerutan Menghalang Hubungan Seksual Suami Isteri

Rangsangan seks yang dialami oleh kaum lelaki berlaku apabila hormon-hormon yang dikeluarkan oleh pundi-pundi jantina bersatu dan mengalir di seluruh badan.

Apabila hormon tersebut tiba pada otak, ia akan diterjemahkan pada bahagian pusat ransangan otak menyebabkan berlakunya keinginan seks.

Maklumat ini dihantar melalui tulang belakan (spinal cord) ke bahagian alat kelamin dan ini menyebabkan alat kelamin lelaki menegang.

Sihir Jerutan

Jin, iblis atau syaitan apabila mereka berjaya memasuki tubuh pesakit, mereka akan bertindak dengan menuju ke pusat ransangan utama iaitu otak.

Dari sini mereka bertindak mengacau bahagian utama yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai pusat ransangan seks, kerana dari bahagian pusat inilah semua isyarat dan maklumat akan sampai ke bahagian anggota kelamin lelaki.

Keadaan alat kelamin yang menegang mampu bertindak balas sebagai lazimnya namun sebaik-baik sahaja suami hendak menyetubuhi isteri, jin atau iblis tadi akan mematikan atau mengganggu ransangan seks dengan serta merta.

Apabila ia berlaku, segala isyarat dan maklumat yang sedang bertindak balas akan terganggu ataupun terputus hubungannya dengan alat kelamin lelaki yang boleh menyebabkannya ia mengecut dan menjadi lemah.

Simptom Pesakit yang mengalami sihir jerutan ini mungkin akan mengalami Simptom-simptom berikut:

1. Alat sulit layu

Suami tidak berupaya bersetubuh dengan isteri biarpun pada awalnya mempunyai ketegangan alat kelamin suami.

Kemaluan suami akan menjadi lemah atau layu sebaik-baik sahaja hendak bersatu.

Ada pesakit yang mempunyai dua isteri yang hanya boleh bersatu dengan seorang isteri, tetapi tidak dapat bersetubuh dengan isteri yang lagi satu.

2. Peha isteri terkapit

Kedua-dua belah peha isteri terkapit erat bukan atas kehendaknya menyebabkan suami gagal bersetubuh.

3. Nafsu dingin

Isteri terasa dingin dan dalam kebingungan, tidak merasa apa-apa nikmat daripada persetubuhan yang dilakukan.

4. Keluar darah dari kemaluan

Keluar darah setiap kali suami hendak bersetubuh dengan isterinya.

5. Sakit apabila bersetubuh

Isteri merasa sakit ketika disentuh oleh suami, biarpun dengan sentuhan yang sedikit, apatah lagi ketika bersetubuh.

Darah terus keluar setelah bersetubuh untuk jangka masa yang tidak dapat dipastikan.

6. Ketulan daging dalam faraj

Suami rasa macam ada penghalang atau adanya ketulan daging dalam faraj menyebabkannya gagal untuk menyetubuhi isteri seperti biasa.

Ada pasangan suami isteri yang telah bernikah bertahun-tahun tetapi isterinya masih lagi dara dan belum pernah disetubuhi.

Apabila sihir itu dikeluarkan dengan keizinan Allah s.w.t maka pasangan itu dapat hidup sebagai suami-isteri seperti biasa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: quranhealing

Sunday, November 26, 2017

Apa Itu Saka?

Apa Itu Saka?

SAKA adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut dan berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya.

Apa Itu Saka

Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.

Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu.

Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

Amalan kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu penggerun, ataupun amalan yang lebih bersifat peribadi seperti ilmu seri muka, ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional.

Pemilik saka yang melibatkan ilmu perbomohan ataupun dukun yang diwarisi oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan untuk melakukan rawatan dan sebagainya yang berkaitan dengan ilmu kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun biarpun dia tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan yang khusus.

Dari sinilah lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri, menurun lalu melakukan rawatan, berupaya menilik sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sebagainya.

Hal demikian berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan, menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakkan lalu menggunakan jasad manusia untuk bertindak.

Keadaan seperti ini dikenali sebagai ‘menurun’ dimana makhluk halus tadi telah menurun atau meresap dalam tubuh manusia lalu bertindak melakukan sesuatu menurut tujuan asal makhluk ini meresap dalam tubuh manusia.

Pelbagai natijah luar biasa (nadir) mencarik kebiasaan adat dan tidak dapat difikiri oleh akal punca dan sebab musabab berlaku seperti yang dijelaskan.

Iaitu boleh melakukan rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.

Saka telah meninggalkan impak yang sangat besar dan meluas dalam kehidupan manusia kerana ia merangkumi dalam semua aspek jenis kehidupan sama ada dari segi fizikal, spritual, keagamaan, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Walaupun saka lebih dilihat ilmu atau amalan yang melibatkan makhluk halus seperti jin dan syaitan tetapi kesan penglibatan saka ini merebak ke segenap aspek kehidupan manusia.

Dengan sebab saka, manusia boleh mendapat penyakit fizikal, menyebabkan pergaduhan suami isteri, menyebabkan manusia tidak bekerja, melakukan aktiviti yang bercanggah dengan Islam dan sebagainya.

Saka ini pula hidup semakin kuat dan angkuh hasil daripada kerjasama manusia dengan jin dan syaitan sepertimana yang diterangkan oleh Allah s.w.t dalam Surah al-An’am, ayat 128 yang bermaksud:-

“Dan ingatlah hari kiamat padanya Allah himpunkan mereka semua (lalu Allah berfirman) “Wahai sekelian jin dan syaitan sesungguhnya kamu telah menyesatkan ramai manusia. Maka berkata manusia yang menjadi penolong-penolong jin dan syaitan itu; “Wahai Tuhan kami, sebahagian kami telah dapat kesenangan dengan sebahagian yang lain tapi dalam keadaan itu ajal kami yang Engkau tetapkan sampai (kami mati tanpa sempat bertaubat). Maka Allah berfirman “nerakalah tempat kamu, kamu kekal didalamnya kecuali apa yang Allah kehendaki”. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: darulkahfi

Sunday, November 19, 2017

Apa Sebenarnya Santau?

Apa Sebenarnya Santau?

Pastinya anda sendiri tertanya-tanya, apa itu santau? Apa sebenarnya ilmu yang sangat menakutkan ini? Untuk makluman pembaca, santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin.

Apa Sebenarnya Racun Santau?

Mangsa yang terkena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakir dengan kematian, atau pun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.

Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau dan bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.

1. Bahan Bisa

Boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang, Gatal

Antaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup.

Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan)

Santau ini akan menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Ada juga pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.

Santau Angin

Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai 'santau angin' atau 'santau seru', akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan perhidmatan syaitan atau jin.

Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.

Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Ada 2 jenis santau

1. Santai yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan.

Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.

2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin.

Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu.

Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.

Tanda-tanda terkena Santau

Simptom tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk dan merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau.

Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak.

Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa.

Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.

Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya.

Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.

Sintom atau kesan yang lain termasuk:
  • Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
  • Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
  • Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
  • Kurang daya ingatan.
  • Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
  • Sakit di bahagian tengkuk.
  • Kesan lelah atau asthma.

Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan.

Sekiranya kuku seseorang itu berwarna hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.

Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis.

Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain.

Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Akodessewa Market' Pasar Ilmu Hitam Terbesar Di Dunia

sumber: quranhealing

Sihir Pemisah Dan Pembenci Suami Isteri

Sihir Pemisah Dan Pembenci Suami Isteri

Sihir pemisah dan pembenci dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya.

Sihir Pemisah Dan Pembenci Suami Isteri

Perpisahakan suami dan isteri merupakan tumpuan iblis dan syaitan dan di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102, Allah SWT ada mengatakan ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya.

Ini membuktikan bahawa sihir jenis ini berlaku dari zaman dahulu dan bukanlah suatu perkara baru.

Sihir Jerutan

Kadangkala pesakit akan dikenakan Sihir Jerutan dan ini lebih dahsyat akibatnya sehingga pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan.

Tanda-tanda terkena Sihir Pemisah, Pembenci

Antara simptom-simptom yang sering diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:

1. Benci

Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.

2. Perselisihan faham

Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

3. Was-was

Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menganiayai isteri atau sebaliknya.

4. Cemburu

Timbul rasa cemburu bersangatan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran ataupun enggan tidur sebilik.

5. Tidak tenang

Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.

6. Berubah rupa

Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang hodoh. Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena.

7. Meminta cerai

Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang suami telah melafazkan cerai, padahal tiada hasrat langsung berbuat demikian.

Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal.

Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri.

Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal diantara suami dan isteri.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Misteri Kitab Kuno 'Grand Grimoire' Untuk Memanggil Syaita

sumber: quranhealing

Friday, November 17, 2017

Santau Busung Paling Digeruni

Santau Busung Paling Digeruni

Penyakit busung ialah suatu keadaan di mana perut seseorang itu menjadi besar secara tiba-tiba dan pada kebiasaanya, mereka yang terkena santau atau sihir jenis busung akan merasa sakit di bahagian perut.

Santau Busung

Sihir busung merupakan salah satu cabang sihir kategori santau bisa di gunakan oleh pengamal tukang sihir yang paling di geruni dan boleh membawa maut. Bomoh-bomoh sakai asli selalu mengunakan sihir busung melalui pelbagai kaedah.

Santau Busung terbahagi kepada dua jenis iaitu;
  1. Busung Air
  2. Busung Angin

1. Busung Air

Busung air ialah sejenis santau tuju di mana barang santau seperti gambar mangsa akan dipuja oleh bomoh, pawang, dukun dan kemudiannya direndam di dalam air

2. Busung Angin

Busung angin ialah sejenis santau tuju yang dihantar melalui udara, angin dan selalunya barang santau mangsa digantung

Membawa Maut

Salah satu contoh santau busung menggunakan katak yang baru mati dibunuh lalu diletakkan bisa ke dalam perut katak dan darah atau angin lalu di puja untuk mengenakan mangsa.

Tanda gangguan boleh dikenal pasti apabila menjelang lepas asar hingga ke malam perut pesakit tiba-tiba buncit mengeras dan berasa benda bergerak serta mencucuk-cucuk.

Ia boleh menjadi sesak nafas tersekat-sekat. Ada masa perut pesakit akan seperti sediakala dan bersilih ganti busungnya seolah-olah seperti permainan.

Pesakit juga akan mengalami mimpi kubur, tempat kotor, mimpi ular hitam atau anjing hitam dan binatang berbisa.

Ada juga bermimpi makhluk hodoh dan sering nampak kelibat atau lintasan banyangan lembaga hitam.

Malah, ada juga pesakit yang lemah semangat bila terkena busung, mereka akan meracau seperti kerasukan tambah-tambah lagi bila maghrib menjelang.

Sakit tidak terperi seperti kejang urat di sekitar perut dan mengeras seperti batu, berguling-guling tidak tentu arah dan biasanya akan beransur kurang sakit selepas waktu Isyak.

Menjelang tengah malam, pesakit akan mula merasai sakit berulang kali seperti tadi. Kadang-kadang terdengar suara sayup-sayup memanggil nama mereka.

Masalah busung ini mestilah dirawat dengan segera kerana ia dikhuatiri akan menyebabkan kanser usus dan sebagainya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Ilmu Bitas Bisaya Mampu Menghilangkan Kemaluan Lelaki

sumber: walinursyifa

Sunday, October 29, 2017

Ilmu Bitas Bisaya Mampu Menghilangkan Kemaluan Lelaki

Ilmu Bitas Bisaya Mampu Menghilangkan Kemaluan Lelaki

Perkataan Bitas mungkin sudah popular dalam kalan kaum Bisaya di Daerah Beaufort, yang merupakan satu ilmu yang sangat ditakuti dan mangsa adalah kaum lelaki.

Bisaya
Gadis Bisaya (Gambar hiasan).

Sesiapa yang terkena ilmu ini akan merasakan kemaluannya tiada atau hilang kemudian mangsa akan merasa kemaluannya tumbuh di dahi. Ilmu Bitas sangat popular pada zaman dahulu dan kemungkinan besar masih lagi diamalkan pada zaman ini, cuma agak kurang.

Suku kaum Bisaya ini bukanlah kejam atau tidak beragama dan sebagainya tapi, semua itu biasanya terjadi berpunca daripada mangsa itu sendiri.

Sebagai contoh, jika mangsa itu bermulut celupar, sombong dan lain-lain, kemudian ada yang tidak senang dengan perangai itu, maka mangsa itu akan ‘diajar’ untuk beradap sopan ketika berada di tempat orang.

Selain itu, ilmu Bitas juga digunakan untuk member pengajaran kepada lelaki agar jangan mempermain-mainkan anak gadis mereka.

Pernah berlaku satu kes dahulu, yang mana seorang pemuda (tentera) yang berasal dari Semenanjung telah bercinta dengan seorang gadis dari kaum ini, kemudian lelaki tersebut berjanji akan mengahwini gadis itu.

Tetapi akhirnya, gadis itu hanya dipermain-mainkan oleh si lelaki tadi setelah beliau dapat apa yang beliau nak.

Dikhabarkan setelah lelaki itu balik ke semenanjung, beliau telah menderita kerana merasakan bahawa kemaluan beliau telah menghilang dan tumbuh di dahi. Kalau pun tidak membawa maut, mungkin lelaki itu telah menjadi gila.

Kenapa kemaluan boleh jadi begitu? Sebenarnya, orang yang terkena bitas ini sahaja yang merasakan kemaluan beliau telah menghilang. Tetapi sebenarnya kemaluan tu masih berada di tempat yang sama.

Hal ini, terjadi sebab mata beliau telah ditutup oleh bomoh yang mengenakan beliau. Tapi, terpulang pada bomoh itu juga, kadang-kadang mereka akan membuatkan kemaluan lelaki terutama zakar akan masuk ke dalam perut hingga meninggal kepala zakar sahaja kelihatan. Hal ini yang boleh membawa maut.

Tak pun, mungkin bomoh tersebut hanya mahu membuatkan mangsa menjadi gila dan tidak berkahwin dengan mana-mana perempuan selepas itu.

Cara mengubatinya pula, hanya bomoh yang membuat sahaja boleh mengubatinya. Mungkin ada petua-petua yang digunakan untuk mengubati ilmu ini seperti menggunakan bekas pinang dan lain-lain. Tapi ada jampi-jampi yang perlu di baca.

Jadi, kalau tahu jampi tu tak kisah la. Kalau tak tahu, mati la jawapannya.

Sesiapa yang terkena ilmu ini mesti mencari bomoh yang mengenakannya itu dalam masa-masa tertentu. Ada yang dalam masa 24 jam, 3 hari, 5 hari dan seminggu, bergantung kepada masa yang bomoh tu nak.

Tapi mangsa sendiri tidak akan tahu berapa lama tempoh yang dia ada.

Walau bagaimanapun, orang bisaya akan menjadi sangat baik kalau korang tidak sombong dan berkawan dengan mereka.

Apa yang penitng jaga perangai dan tingkah laku. Jangan sesekali cuba untuk bersikap buruk apatah lagi merosakkan anak dara  suku kaum bisaya di Sabah kalau tak mahu kemaluan melekat di dahi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 9 Petanda Rumahtangga Terkena Sihir

sumber: writetoboy

Tuesday, April 30, 2013

Benarkah Syiling Yasin Mampu Tarik Duit Dari Alam Ghaib?

Benarkah Syiling Yasin Mampu Tarik Duit Dari Alam Ghaib?

Syiling lama sering dikaitkan dengan nilai pasaran yang tinggi lebih-lebih lagi jika usia mata wang tersebut sudah mencecah ratusan tahun dan semakin sukar ditemui.

Duit lama Jawa kuno
Duit lama dari kerajaan Jawa kuno mudah dikenali 
kerana ia mempunyai lubang di tengahnya.

Begitupun, tidak semua syiling lama bernilai tinggi. Ada juga beberapa jenis syiling, biasanya yang tidak dapat dipastikan asal usul dan tahun pengeluaran, nilainya lebih rendah walaupun sesetengah pihak mendakwa ia sudah berusia ratusan tahun.

Antara syiling lama yang masih kabur nilainya ialah syiling Yasin. Jika ditanya kepada komuniti pengumpul syiling lama, kajian untuk mengesan kewujudan syiling jenis ini dari sudut numismatik masih tidak jelas.

Malah, ramai yang mengaitkan syiling ini lebih banyak digunakan dalam beberapa amalan mistik seperti dijadikan tangkal azimat dalam upacara 'menarik duit' selain dijadikan pendinding diri berbanding digunakan sebagai mata wang.

Menurut pengumpul barangan antik, Mohd. Sukor Abdul Rahman, 48, ada peminat syiling Yasin sanggup mengeluarkan belanja puluhan ribu ringgit untuk memiliki sekeping syiling Yasin bagi tujuan menarik duit.

"Segelintir pengumpul dan penjual syiling Yasin mendakwa mereka memperoleh syiling tersebut semasa bertapa, selepas berzikir mahupun melalui mimpi. Dek kerana unsur mistik itu, ada yang sanggup membelinya walaupun harga yang diletakkan kadang-kadang tidak masuk akal iaitu sehingga mencecah jutaan ringgit.

"Berlainan pula jika syiling itu warisan turun-temurun yang bukan diperoleh dengan cara pertapaan dan pemujaan, harganya lebih murah," ujarnya yang mengumpul lebih 200 keping syiling Yasin sejak dua tahun lalu.

Jenis dan corak syiling Yasin juga berbagai-bagai. Ada gambar Kaabah, gambar orang tua mengandar buntil, gambar perahu dan juga gambar lelaki dipercayai para wali.

Selain itu, ada juga syiling yang mencatatkan ukiran kalimah suci seperti bismillah, kalimah syahadah, nama Allah dan Muhammad, kalimah Yasin, nama empat sahabat nabi dan bermacam lagi.

Jelas Mohd. Sukor, permintaan tinggi peminat syiling lama terhadap syiling Yasin jenis Wali Tujuh menyebabkan harga syiling tulen dari jenis tersebut mahal.

"Tidak dinafikan ada peminat syiling lama yang begitu takjub dengan cerita mistik yang mendakwa syiling yang jarang ditemui ini boleh menarik duit.

"Pernah juga saya menjualnya dengan harga RM1,000 kepada seorang pembeli.

"Pesan tok guru pembeli itu, syarat utama menarik duit ialah dengan menggunakan syiling Yasin Wali Tujuh yang dibeli dengan mahar sebanyak RM1,000.

"Bila ada orang hendak membeli dengan harga yang munasabah, saya tidak menolak untuk menjualnya. Saya hormati pendiriannya dan enggan mempersendakan tujuannya membeli syiling tersebut walaupun saya sendiri tidak percaya tentang kebolehan sekeping syiling menarik duit," ujar Mohd. Sukor.

Disimpan dalam bungkusan kain kuning, lelaki ini memberitahu, sudah menjadi rutin hariannya membelek setiap keping syiling Yasin miliknya.

Selain memiliki koleksi pelbagai jenis syiling Yasin, dia turut mengumpul syiling semah, iaitu syiling yang pernah dikeluarkan kerajaan Jawa kuno ratusan tahun dahulu.

"Pada pendapat saya, syiling-syiling ini bukan diperbuat di Malaysia kerana ratusan tahun dahulu, masyarakat di negara ini belum memiliki teknologi melebur tembaga.

"Ia juga dicetak tanpa menggunakan acuan besi sebaliknya dihasilkan daripada acuan tanah liat.

"Kepingan tembaga juga tidak ditempa seperti barangan logam lain. Kerana itu, biarpun ia memempunyai imej dan ukiran timbul di permukaan syiling, hasil buatannya cukup halus," kata Mohd. Sukor yang mempunyai syiling Yasin diperbuat daripada tembaga kuning, timah hitam dan nikel.

Jelasnya, kepingan syiling yang diperbuat daripada tembaga kuning dianggap lebih lama dan bernilai jika dibandingkan dengan syiling yang diperbuat daripada timah hitam ataupun nikel.

"Syiling Yasin yang diperbuat daripada nikel lebih baharu buatannya. Ia agak kasar dan hujungnya lebih tajam berbanding syiling tembaga," kata Mohd. Sukor.

Menarik tentang syiling ini, corak ukiran yang terdapat pada sejenis syiling tidak sama antara satu sama lain.

"Cuba lihat syiling Yasin Empat Sahabat ini. Walaupun saya memiliki hampir 10 keping, namun ia diperbuat daripada bahan berlainan dan coraknya berbeza antara satu sama lain.

"Begitu juga dengan syiling Yasin Rama-Rama. Terdapat perbezaan dalam setiap ukiran rama-rama ini," katanya.

Bagi pengamal perubatan tradisional, Yahya Abdul Manaf, 51, dia mengakui pernah melihat ritual menarik duit menggunakan duit syiling Yasin.

"Dalam upacara itu, pengamal akan duduk berzikir untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Malah, ada sanggup pergi bertapa di Pulau Besar, Melaka dan tempat-tempat terpencil untuk melakukan upacara tersebut.

"Apa yang saya tahu, wang yang berjaya 'ditarik' bukanlah jatuh dari langit atau keluar dari tanah, sebaliknya ada yang dijumpai di bawah alas duduk pengamal. Ada juga yang ditemui di dalam buntil berhampiran tempat pengamal berzikir.

"Ramai percaya upacara ini disertai oleh khadam, terdiri daripada jin yang bertindak sebagai pihak tengah dalam proses menarik duit.

"Duit yang diperoleh itu pula dikatakan diambil daripada bank dari dunia bunian, yang mana apa yang ada di alam nyata, turut ada di sana.

"Jika Bank Negara keluarkan not wang baharu, bank di alam ghaib juga akan mengeluarkan not wang baharu," ujarnya yang pernah melihat rakannya memegang beberapa keping not RM50 hasil upacara tersebut.

Yahya turut mengakui, kejayaan sesetengah pihak mendapat wang secara percuma ini secara tidak langsung telah menarik ramai peminat duit syiling lama yang taksub untuk menyertai ritual misteri tersebut.

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com