Monday, August 06, 2018

Bangsa Melayu Kedua Tertua Di Dunia?

Bangsa Melayu Kedua Tertua Di Dunia?

Melayu bukan pendatang di negara ini apabila kajian menunjukkan mereka berada di kawasan ini puluhan ribu tahun lalu lagi.

Bangsa Melayu Kedua Tertua Di Dunia?

Etnik Melayu memiliki kumpulan DNA mitokondria (mtDNA) kedua tertua di dunia selepas etnik Afrika, apabila kira-kira 60,000 ke 75,000 tahun lalu, berlaku penghijrahan orang rendah dari Afrika ke pelantar Sunda, kini dikenali Asia Tenggara.

Merujuk kajian Stephen Oppenheimer, profesor Universiti Oxford, beliau menghuraikan perkara itu dalam forum asal-usul Melayu.

Kajian Pertubuhan Genom Manusia (Hugo) yang diterbitkan pada 2013 menunjukkan moyang Melayu, yakni Semang dan Senoi, berhijrah dari Champa yang kini terletak di bahagian Vietnam dan Kemboja.

Nenek moyang mereka asalnya suku kaum Afrika yang pertama berhijrah ke kawasan darat sekitar Arab Saudi dan Timur Tengah.

Suku Semang dan Senoi berkembang menjadi suku-suku kaum lain termasuk orang peribumi seperti Orang Asli, Iban, Dayak dan banyak lagi.

Karya Oppenheimer pada 1998, “Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast Asia ”, menunjukkan Melayu antara kaum terawal di dunia.

Zaharah berkata bukti sains juga menunjukkan Melayu memiliki mtDNA berusia 63,000 tahun, manakala etnik Cina hanya 43,000 tahun.

Namun, beliau menegaskan Cina bukanlah cabang keturunan Melayu. Sesuatu etnik mengambil masa ribuan atau puluhan ribu tahun untuk berubah.

Asal-usul orang Greek juga datang dari Champa tetapi mereka tidaklah menjadi Melayu.

Bahasa Melayu atau Rejang, satu cabang Sanskrit yang berasal dari pelantar Sunda sebelum dibawa ke benua India.

Kerana warga India banyak belajar Sanskrit, ramai terfikir bahasa itu berasal dari sana dan Melayu meminjam banyak kata Sanskrit.

Walhal, perkara sebaliknya yang berlaku. Sanskrit masuk ke pelantar Sunda dulu sebelum ia tersebar ke India.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: projekmm

Thursday, July 12, 2018

Kajian Membuktikan Wanita Lebih Menyukai Lelaki Tidak Kacak

Kajian Membuktikan Wanita Lebih Menyukai Lelaki Tidak Kacak

Pada tahun 2010 dan 2014, Andrea Meltzer dari Florida State University telah melakukan kajian tentang hubungan antara tarikan fizikal dan kebahagian rumah tangga. Meltzer membuat kajian ini terhadap lebih 450 pasangan yang baru berkahwin.

Kajian Membuktikan Wanita Lebih Menyukai Lelaki Tidak Kacak

Persoalan utama dalam kajian ini adalah, apakah paras rupa pasangan mampu memberikan kepuasan dalam rumah-tangga?

Apa yang Meltzer dan ahli kumpulan dia perolehi adalah, paras rupa memang memainkan peranan penting dalam kepuasan rumah-tangga, tapi hanya untuk lelaki saja.

Dalam erti kata lain, lelaki mementingkan paras rupa. Mempunyai isteri yang cantik mampu membuatkan orang lelaki lebih gembira.

Kajian yang sama pernah dibuat pada tahun 2008 dan keputusannya pun sama.

Kemudian, kajian lanjut dibuat pada tahun 2017. Kali ini kajian tentang hubungan antara tarikan fizikal dengan sikap penjagaan tubuh wanita.

Dalam kajian ini, wanita lebih gembira kalau pasangan mereka lebih hodoh daripada mereka. Paling tidak, mereka lebih gembira kalau kekacakan pasangan tidak dapat mengatasi kecantikan mereka.

Wanita yang mendapat pasangan yang lebih kacak daripada kecantikan dirinya akan lebih menjaga rupa dan tubuh badan mereka. Mereka juga akan menjaga makanan dan diet. Juga menjaga berat badan.

Sebabnya? Supaya fizikal mereka lebih baik daripada pasangan mereka.

Kajian ini juga menemui bahawa wanita yang ada pasangan kacak, boleh mengakibatkan kesan negatif juga. Lebih-lebih lagi kalau fizikal perempuan itu biasa-biasa saja.

Perkara ini boleh menyumbang kepada faktor gangguan pemakanan (eating disorder) untuk perempuan.

Kalau mereka mendapat pasangan yang tidak berapa menarik, mereka lebih puas sebab tidak perlu nak jaga itu dan ini.

Makanan itu syurga

Mereka juga menyimpulkan, biasanya wanita yang ada pasangan kurang menarik akan lebih sihat dan tidak mudah rasa tertekan. Memang betullah wanita memang nak cantik untuk diri mereka, bukan untuk orang lain.

Jadi, jangan hairan kalau kita selalu menemui ramai wanita cantik tetapi pasangan lelakinya tak beberapa nak kacak.

Kajian ini cuma bermain dengan tiga dimensi saja iaitu paras rupa, kepuasan dan sikap dalam penjagaan makanan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Wednesday, June 13, 2018

Kajian Membuktikan Sel Barah Payudara Mampu 'Bersembunyi' Sebelum Aktif

Kajian Membuktikan Sel Barah Payudara Mampu 'Bersembunyi' Sebelum Aktif

Saintis telah mengenal pasti mekanisme yang membolehkan sel kanser berada dalam bahagian lain tubuh sebelum muncul semula beberapa tahun kemudian dengan kesan yang membawa maut, menurut sebuah kajian terbaharu yang diterbitkan.

Kajian Membuktikan Sel Barah Payudara Mampu 'Bersembunyi' Sebelum Aktif

Dalam eksperimen menggunakan sel manusia dan tikus hidup, penyelidik mendapati, menghadkan mekanisme itu dengan ubatan atau manipulasi gen berupaya melumpuhkan sel kanser dan menghalang kemampuan penyakit itu daripada merebak.

Kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Nature Communications itu turut menyediakan matlamat untuk pembangunan terapi rawatan kanser payudara.

Kira-kira 90 peratus kematian kanser payudara berlaku akibat metastasis, iaitu apabila penyakit berpindah ke organ atau bahagian lain tubuh.

Saintis sedang berusaha untuk memahami bagaimana sel kanser ini berupaya untuk bersembunyi sehingga berdekad lamanya dan apa sebenarnya yang jadi pencetus kewujudannya.

“Keputusan kami menunjukkan, sel kanser payudara boleh hidup tanpa dikesan, dalam tubuh pesakit untuk tempoh lama, menggunakan proses selular dikenali sebagai autofagi,” kata penulis bersama, juga penyelidik di Institut Kanser Kebangsaan (NCI) di Bethesda, Maryland, Kent Hunter.

Autofagi berlaku apabila mana-mana sel, sama ada sihat atau kanser, merombak komponen dalaman untuk hidup dalam persekitaran lemah tekanan dan kurang nutrisi.

Ia membolehkan sel ditutup secara sebahagiannya, memasuki keadaan sama seperti hibernasi.

Penemuan itu membantu menjelaskan mengapa rawatan terkini sering gagal menghapuskan sel kanser payudara yang kekal selepas pembedahan dan kemoterapi.

“Kebanyakan ubatan antikanser tradisi direka untuk menyasar sel yang membahagi.

"Sel tidak aktif bagaimanapun, tidak aktif atau tidak kerap membahagi, justeru dianggap tahan rintangan terhadap ubatan jenis ini,” kata Hunter.

Hakikat bahawa sel itu bersembunyi dalam tempat lain tubuh juga membantu sel ‘terlepas’ daripada rawatan tempatan seperti radiasi.

Dalam satu kajian, para penyelidik diketuai rakan kerja Hunter, Laura Vera-Ramirez menyuntik sel kanser payudara tidak aktif ke dalam tikus.

Separuh haiwan diberi ubatan yang menghalang autofagi, sementara lain menerima ubat plasebo.

Dalam eksperimen kedua, mereka mengubah gen yang mengawal autofagi.

Kedua-dua pendekatan secara ketara mengurangkan kelangsungan hidup sel kanser dan menghadkan penyebaran, rumus kajian tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Wednesday, May 23, 2018

Kajian Membuktikan Cahaya Matahari Mampu Membakar Lemak Tubuh Dan Menurunkan Berat Badan

Kajian Membuktikan Cahaya Matahari Mampu Membakar Lemak Tubuh Dan Menurunkan Berat Badan

Penulis Amerika Syarikat, Henry Ward Beecher pernah bermadah, matahari tidak bersinar untuk sesetengah pokok dan bunga tetapi untuk seluruh dunia menikmatinya.

Kajian Membuktikan Cahaya Matahari Mampu Membakar Lemak Tubuh Dan Menurunkan Berat Badan

Umum sudah maklum, betapa pentingnya peranan cahaya matahari untuk membantu proses fotosintesis tumbuh-tumbuhan hijau dan bunga-bungaan berkembang mekar.

Lentera alam itu juga membuatkan dunia ini terang-benderang.

Sejak di bangku sekolah, buku-buku teks sains telah mengajar kita tentang manfaat sang suria terhadap kesihatan tubuh badan.

Cahaya matahari menjadi sumber vitamin D yang boleh meningkatkan keupayaan memori dan mencegah nyanyuk atau dementia.

Cahaya mentari juga berupaya membangkitkan mood gembira kerana ia merangsang paras hormon serotonin dalam badan.

Mungkin itu sebabnya apabila anda bersiar-siar di luar rumah walau hanya lima minit pada waktu pagi, tiba-tiba mood bertukar bahagia.

Tapi bukan itu sahaja, kajian terbaharu yang dilakukan oleh pengkaji dari Universiti Alberta di Edmonton, Kanada mungkin menggembirakan ramai.

Seperti matahari yang bersinar, ia mungkin membuat anda tersenyum seindah suria.

Masalah obesiti atau isu berat badan sering menghantui ramai orang.

Jika azam anda tahun ini untuk menurunkan berat badan, mungkin kajian yang diistilahkan sebagai penemuan besar oleh saintis ini boleh dipertimbangkan sebagai salah satu ikhtiar.

Kajian yang disiarkan oleh jurnal Scientific Reports itu mendapati matahari mampu membakar lemak dalam badan.

Pengkaji-pengkaji menemui pada lapisan atas kulit terdapat lemak yang dinamakan sel lemak putih dan sel lemak itu boleh mengecut dengan pancaran matahari.

Ketua pengkaji, Peter Light yang juga merupakan Pengarah Institut Diabetes Alberta berkata, lemak yang dimaksudkan itu merupakan lemak jahat kerana ia bertindak menyimpan kalori.

Light mendakwa sel lemak putih itu merupakan depot lemak utama dalam tubuh manusia dan berperanan sebagai pusat penyelarasan metabolisme badan.

“Apabila cahaya matahari masuk ke dalam kulit dan mencapai sel ini, saiznya akan berkurangan.

"Dalam erti kata lain, sel kita tidak menyimpan lemak yang banyak,” katanya.

Kajian itu turut merungkai misteri mengapa musim sejuk sering mengundang masalah kegemukan.

Light bagaimanapun berkata, masih banyak kajian lanjutan perlu dilakukan sebelum dapat mengesahkan berjemur lama di panas mentari sebagai cara hebat untuk membuang lemak.

Kajian itu dilihat membuka ruang kepada strategi baharu pengurangan berat badan menggunakan terapi cahaya matahari.

Sebenarnya pada tahun 2014 telah ada satu kajian lain di Chicago, Amerika Syarikat yang menunjukkan bahawa mereka yang terdedah kepada sinar mentari awal pagi didapati mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) yang lebih rendah berbanding yang lebih lewat terdedah kepada matahari.

Pakar perubatan dan Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor Islam Malaysia, Dr. Zubaidi Ahmad berpandangan, dapatan kajian terbaharu dari Kanada itu berkebarangkalian ada kebenarannya namun ia mungkin melibatkan pembakaran amaun lemak yang sedikit.

“Kajian ini kemungkinan ada benarnya seperti kepanasan sauna boleh mengeluarkan hormon yang menggalakkan pembakaran lemak.

"Bagaimanapun, pada hemat saya, untuk menurunkan berat badan yang paling penting tetap menjaga pemakanan yang meliputi 80 peratus dan aktiviti fizikal (20 peratus).

Pemakanan

“Tidak guna berjemur pada panas matahari untuk kurus tapi pemakanan tidak dijaga dan malas bersenam.

“Namun kena diingatkan, sinar matahari yang baik pun ada waktunya iaitu sebelum pukul 9 pagi.

"Cahaya matahari selepas itu sehingga ke petang mungkin terlalu terik dan berbahaya.

"Dalam keadaan lapisan ozon yang kian menipis, pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari yang mengandungi sinaran ultraungu boleh memberi kemudaratan seperti kanser kulit.” katanya.

Bukti-bukti saintifik ini mungkin menjawab mengapa umat Islam sering diingatkan waktu pagi itu punca rezeki dan tidur selepas subuh suatu yang amat tidak diperlukan.

Ternyata matahari mempunyai banyak manfaatnya.

Mungkin kerana itu, Allah juga dalam al-Quran bersumpah dengan matahari, iaitu dalam surah Asy-Syamsu yang bermaksud matahari.

Semoga selepas mengetahui mengenai kajian ini penderita-penderita masalah berat badan yang selama ini liat bangun pagi akan hidup berpagi-pagian untuk mendampingi suria pagi.

Siapa tahu, mataharilah antara ‘kunci’ solusi anda.


Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Thursday, May 03, 2018

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

Menurut kajian terbaharu yang diterbitkan di dalam jurnal akademik Frontiers in Psychology, cara anda menyediakan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum menjamu selera memainkan peranan penting terhadap kesihatan mental.

Para penyelidik dari Universiti Otago, New Zealand mendapati bahawa individu yang makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran mentah, kurang mengalami masalah kemurungan, akan sentiasa berada dalam mood yang positif, serta mempunyai kepuasan hidup yang lebih besar.

Kajian terbaharu ini menunjukkan kelebihan mengambil buah-buahan dan sayuran ini secara mentah.

10 makanan mentah yang boleh membantu kesihatan mental adalah:

1. Lobak

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

2. Pisang

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

3. Epal

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

4. Sayuran Berdaun Gelap Seperti Bayam

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

5. Limau Gedang (Grapefruit)

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

6. Daun Salad (Lettuce)

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

7. Buah-Buahan Sitrus

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

8. Beri Segar

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

9. Timun

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

10. Buah Kiwi

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

Kata kuncinya di sini adalah ‘mentah’

Para pengkaji juga mendapati bahawa orang yang lebih suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah diproses (dimasak atau dalam tin), menampilkan mood yang positif, namun tidak mengurangkan kemurungan atau memberikan kepuasan hidup.

Anda pasti tertanya-tanya bagaimana mereka mendapat kesimpulan berkenaan.

Pertama sekali, para penyelidik ini melakukan kaji selidik ke atas 422 orang dewasa yang yang terdiri daripada warga Amerika Syarikat dan New Zealand.

Penyelidik kemudiannya meminta para peserta memberikan maklumat pemakanan mereka yang melibatkan buah dan sayuran mentah, dan juga yang telah diproses.

Para peserta juga diminta untuk mengisi skala yang mengukur positif dan negatif kesihatan mental mereka.

Malah, mereka juga diminta untuk melaporkan gaya hidup serta informasi demografik mereka seperti status sosio-ekonomi, aktiviti sukan, tabiat merokok, indeks jisim badan (BMI) dan penggunaan alkohol kepada penyelidik.

Dengan menggunakan model statistik canggih yang membezakan gaya hidup dan perbezaan demografi antara responden, penyelidik berjaya mengasingkan kesan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran terhadap kesihatan mental.

Menariknya, kajian tersebut mendapati bahawa pengambilan buah dan sayuran yang mentah menyaksikan pengurangan kepada gejala kemurungan, mood yang lebih positif, dan kepuasan hidup.

Manakala, kajian tersebut juga memutuskan bahawa pengambilan buah dan sayuran yang telah diproses hanya menjadikan mood seseorang itu lebih positif.

Bagaimanapun, ini bukan bermaksud pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah diproses akan membawa kemudaratan kepada diri, sebaliknya, ianya tidak memperikan impak yang banyak kepada kesihatan mental seperti yang diberikan buah dan sayuran mentah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Thursday, April 19, 2018

Tidur Lewat Dan Bangun Lambat Berisiko Mati Awal

Tidur Lewat Dan Bangun Lambat Berisiko Mati Awal

Satu kajian terbaharu menyatakan bahawa, individu yang berjaga malam dan bangun lewat keesokan harinya berisiko mati lebih awal.

Tidur Lewat Dan Bangun Lambat Berisiko Mati Awal
Gambar hiasan.

Kajian selama enam tahun melibatkan 430,000 rakyat Britain itu mendapati individu ‘burung hantu’ berisiko untuk mati lebih awal pada kadar 10 peratus lebih tinggi berban­ding individu ‘burung lark’ yang tidur awal dan bangun sebelum matahari muncul.

Burung Lark merupakan burung bersaiz kecil yang dikenali kerana mampu mengeluarkan bunyi merdu.

“Ini adalah isu kesihatan awam yang tidak boleh diabaikan lagi,” ujar penulis bersama kajian itu, Malcolm van Schantz dari Universiti Surrey, Guildford, England.

Penulis bersama, Kristen Knutson dari Universiti Northwestern, Chicago pula menjelaskan, individu burung hantu yang cuba untuk hidup dalam dunia burung lark berisiko mendapat masalah kesihatan.

Pulak. Kesian.

BACA INI JUGA: Kurang Tidur Melemahkan Sistem Imun, Berapa Jam Tidur Sebenarnya Diperlukan Oleh Tubuh Setiap Malam?

sumber: kosmo

Sunday, April 08, 2018

Wanita Berusia 36 Tahun Keatas Lebih Menikmati Seks

Wanita Berusia 36 Tahun Keatas Lebih Menikmati Seks

Jika anda berfikir bahawa usia muda adalah saat terbaik untuk merasakan pengalaman seks yang terbaik, maka anggapan anda itu nampaknya salah besar.

Wanita Berusia 36 Keatas Lebih Menikmati Seks

Menurut satu kajian oleh Natural Cycles yang melakukan kajian keatas 2,600 wanita menggunakan standard metodelogi McCoy Female Sexuality Questionnaire (MFSQ), hasil yang diperolehi sangat mengejutkan.

Dari ribuan wanita yang dibahagi kepada tiga kumpulan, berusia 23 tahum ke bawah, antara 23-36 tahun dan usia di atas 36 tahun, pengkaji mendapati bahawa, usia di atas 36 tahun adalah masa terbaik wanita lebih berkeyakinan dan lebih menikmati seks yang berkualiti.

Mereka yang berusia di atas 36 tahun, memiliki kepercayaan diri yang lebih tinggi terhadap kecantikan kulit mereka.

10 peratus lebih tinggi dari dua kumpulan lain dan mereka mengakui lebih bahagia tentang seks.

Dan dari 58 peratus mereka yang berusia di atas 36 tahun, mengaku orgasme yang lebih nikmat saat seks dengan peratus kemungkinan orgasme yang lebih tinggi.

Jadi, jika anda menyangka memasuki usia 30an sebagai perkara yang menakutkan, tunggu saat itu dan nikmati kehidupan yang lebih menggembirakan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Makanan Yang Membantu Tingkatkan Nafsu Seksual Wanita

sumber: okezone

Saturday, April 07, 2018

Lelaki Kerap Ejakulasi Kurang Risiko Kanser Prostat

Lelaki Kerap Ejakulasi Kurang Risiko Kanser Prostat

Lelaki yang berejakulasi sekurang-kurangnya 21 kali sebulan mempunyai risiko kanser prostat 20 peratus lebih rendah berbanding mereka yang melakukannya hanya tujuh kali sebulan.

Lelaki Kerap Ejakulasi Kurang Risiko Kanser Prostat
Gambar hiasan.

Kajian Fakulti Perubatan Harvard yang membabitkan sejumlah 32,000 responden sepanjang tempoh 18 tahun itu bagaimanapun tidak memberi penjelasan khusus mengenai hubung kait ejakulasi dan risiko kanser tersebut.

Namun begitu, kajian terdahulu memberi gambaran bahawa proses ejakulasi boleh mengeluarkan bahan kimia yang terkumpul di bahagian prostat lelaki.

Sementara itu, portal Daily Mail melaporkan wujud teori yang menyatakan bahawa air mani yang keluar membantu pertumbuhan sel baharu yang dapat mengurangkan risiko menghidap kanser prostat.

Prostat merupakan bahagian kelenjar yang terletak di antara zakar dan pundi kencing.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Petua Lelaki Elakkan Terpancut Awal

sumber: astroawani