Thursday, July 12, 2018

Kajian Membuktikan Wanita Lebih Menyukai Lelaki Tidak Kacak


Pada tahun 2010 dan 2014, Andrea Meltzer dari Florida State University telah melakukan kajian tentang hubungan antara tarikan fizikal dan kebahagian rumah tangga. Meltzer membuat kajian ini terhadap lebih 450 pasangan yang baru berkahwin.

Kajian Membuktikan Wanita Lebih Menyukai Lelaki Tidak Kacak

Persoalan utama dalam kajian ini adalah, apakah paras rupa pasangan mampu memberikan kepuasan dalam rumah-tangga?

Apa yang Meltzer dan ahli kumpulan dia perolehi adalah, paras rupa memang memainkan peranan penting dalam kepuasan rumah-tangga, tapi hanya untuk lelaki saja.

Dalam erti kata lain, lelaki mementingkan paras rupa. Mempunyai isteri yang cantik mampu membuatkan orang lelaki lebih gembira.

Kajian yang sama pernah dibuat pada tahun 2008 dan keputusannya pun sama.

Kemudian, kajian lanjut dibuat pada tahun 2017. Kali ini kajian tentang hubungan antara tarikan fizikal dengan sikap penjagaan tubuh wanita.

Dalam kajian ini, wanita lebih gembira kalau pasangan mereka lebih hodoh daripada mereka. Paling tidak, mereka lebih gembira kalau kekacakan pasangan tidak dapat mengatasi kecantikan mereka.

Wanita yang mendapat pasangan yang lebih kacak daripada kecantikan dirinya akan lebih menjaga rupa dan tubuh badan mereka. Mereka juga akan menjaga makanan dan diet. Juga menjaga berat badan.

Sebabnya? Supaya fizikal mereka lebih baik daripada pasangan mereka.

Kajian ini juga menemui bahawa wanita yang ada pasangan kacak, boleh mengakibatkan kesan negatif juga. Lebih-lebih lagi kalau fizikal perempuan itu biasa-biasa saja.

Perkara ini boleh menyumbang kepada faktor gangguan pemakanan (eating disorder) untuk perempuan.

Kalau mereka mendapat pasangan yang tidak berapa menarik, mereka lebih puas sebab tidak perlu nak jaga itu dan ini.

Makanan itu syurga

Mereka juga menyimpulkan, biasanya wanita yang ada pasangan kurang menarik akan lebih sihat dan tidak mudah rasa tertekan. Memang betullah wanita memang nak cantik untuk diri mereka, bukan untuk orang lain.

Jadi, jangan hairan kalau kita selalu menemui ramai wanita cantik tetapi pasangan lelakinya tak beberapa nak kacak.

Kajian ini cuma bermain dengan tiga dimensi saja iaitu paras rupa, kepuasan dan sikap dalam penjagaan makanan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon