Saturday, February 27, 2016

Facebook Perkenal Lima Butang Baru, ‘Love’, ‘Haha’, ‘Wow’, ‘Sad‘, ‘Angry‘

Facebook Perkenal Lima Butang Baru, ‘Love’, ‘Haha’, ‘Wow’, ‘Sad‘, ‘Angry‘

Anda mungkin berasa marah, geli hati, atau tersentuh dengan sesuatu yang anda lihat atau baca menerusi laman media sosial popular Facebook (FB)? Namun tidak tahu pula menyatakan perasaan itu?

Facebook+new+buttons

Jangan bimbang kini, anda boleh meluahkan perasaan sedemikian di laman tersebut. Selain butang ‘like‘ atau tanda suka, pengguna juga boleh menekan lima lagi butang pilihan – ‘love’, ‘haha’, ‘wow’, ‘sad‘ atau ‘angry‘.

FB melancarkan ciri-ciri baharu itu kepada pengguna seluruh dunia mulai 24 Februari dan diperkenalkan untuk membolehkan pengguna meluahkan pelbagai emosi unik terhadap catatan, gambar atau video yang dimuat naik.

Namun, anehnya butang ‘dislike‘ (tidak suka) tiada pula diperkenalkan – sesuatu yang diminta para pengguna FB sejak bertahun-tahun lamanya, malah pernah dibuat tinjauan pendapat oleh pihak pengurusan laman itu sendiri.

Pihak pentadbiran FB menyatakan bahawa mereka buat masa ini tidak akan menyediakan butang ‘dislike’ untuk mengelakkan pengguna daripada meluahkan perasaan kebencian atau menyalahgunakannya bagi maksud jahat.

“Saya sudah lama memikirkan cara betul untuk buat perkara ini dengan pasukan kami. Salah satu matlamat saya ialah untuk menjadikannya seringkas mungkin, seperti tekan butang ‘like‘,” kata pengasas FB, Mark Zuckerberg.

Facebook+unlike

Catatannya beliau itu mendapat ribuan ‘like’, ‘love’ dan reaksi lain. “Tidak semua detik kehidupan yang anda ingin kongsi adalah detik bahagia. Kadangkala anda mahu kongsi sesuatu yang sedih atau yang membuat anda marah.

“Sudah bertahun-tahun para pengguna di seluruh dunia mahukan butang ‘dislike‘, tapi bukan kerana mereka mahu beritahu rakan-rakan bahawa mereka tidak suka apa yang dicatatkan menerusi akaun mereka.

“Orang ramai perlu meluahkan rasa empati dan mahu meluahkan lebih banyak emosi dengan selesa di Facebook,” ujar Zuckerberg lagi sebagai menjelaskan rasional ketiadaan butang ‘dislike’ yang mencetuskan kontroversi itu.

FB sejak beberapa lama menjalankan ujian tentang cara beri lebih banyak pilihan kepada pengguna selain butang ‘like’, setelah ramai mengadu bahawa butang itu kadang kala tidak sesuai digunakan, terutama kejadian tragik.

“Kami pertimbang saranan ramai dan tahu patut sedia lebih banyak cara untuk mudah dan pantas luah apa yang anda rasa kepada sesuatu yang anda lihat di News Feed anda,” kata pengurus produk, Sammi Krug dalam blognya.

“Oleh itu, hari ini kami mula melancarkan ciri ‘Reactions’, lanjutan daripada butang ‘like‘, untuk memberikan anda lebih banyak cara untuk mengongsi reaksi anda dengan cara yang mudah dan pantas,” kata beliau lagi.

“Butang ‘like’ dengan imej tanda jempul masih kekal lagi di FB, namun disertakan dengan emotikon baharu. Kami faham ini satu perubahan besar, dan mahu melancarkannya setelah pertimbang dengan teliti,” kata Krug.

“Selama lebih setahun, kami menjalankan kajian secara global, termasuk kumpulan-kumpulan fokus dan tinjauan awam untuk mengenal pasti jenis reaksi apakah yang pengguna universal mahu gunakan,” tambah wanita itu lagi.

Ciri reaksi diperluaskan itu sudah diuji di beberapa pasaran dunia dan kini dilancarkan secara global. Butang reaksi baharu itu didedahkan Oktober tahun lalu sebagai projek percubaan pengguna FB di Sepanyol dan Ireland.

Lima ciri baharu tersebut malah menjadi topik trend perbualan hangat menerusi FB dan lelaman media sosial lain, dengan para pengguna di seluruh dunia menggunakan hashtag #dislikebutton sebagai tanda sokongan mereka.

Facebook+new+buttons [2]

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama samaran menulis komen: “Terima kasih @facebook atas ciri-ciri reaksi baharu ini, kecuali satu-satunya ciri yang saya mahukan sejak sekian lama iaitu #dislikebutton.”

Pengguna Diane Bjorling pula mengalu-alukan ciri itu: “Meskipun selama ini saya ingin butang ‘dislike’, selepas lihat bagaimana butang sedemikian boleh cetus konflik, saya gembira dengan butang-butang reaksi baharu ini.”

Pengguna FB, Greg Kreiger pula berkata butang ‘angry’ (marah) sudah cukup baginya: “Bagi mereka yang masih minta butang ‘dislike‘, tekan sahaja butang ‘angry.’ Ia lebih berkesan secara visual daripada butang ‘dislike’.” –Agensi/Mynewshub.cc/HAA

BACA INI JUGA: Kajian Menunjukkan Anda Lebih Gembira Jika Tiada Facebook!

Tuesday, April 14, 2015

Google Malaysia Kena Godam #Bangladeshi HackeR

Google Malaysia Kena Godam #Bangladeshi HackeR

Nampaknya laman web Google Malaysia kena godam lagi. Kali ini sekumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka #Bangladeshi HackeR.

Google Malaysia Hacked

Namun, tiada sebarang alasan diberikan kenapa mereka menggodam laman web Google Malaysia. Saja nak test power agaknya.

Dengan tagline, Greetz : w4l3xzy3 ; Ne0-h4ck3r ; W7sH.SyRiA ; c0de-X-1337 ; kinG oF coNTroL ; F0RTYS3V3N ; aBu.HaliL501 ; HolaKo ; surg4bij4k ; l0c@lh0st ; h311 c0d3 ; - nampaknya Google Malaysia tidak boleh dilayari buat masa sekarang.

Menerusi carian di internet, #Bangladeshi HackeR merupakan top 5 hackers dibelakang Kevin Mitnick, Captain Zap dan Robert Morris (Morris Worm).

Tiger-Mate

Malah dinobat sebagai Top hackers pada tahun 2011. Hebat ke?

Jadi, sementara tak boleh nak akses Google Malaysia tu anda boleh cuba http://www.google.com/ncr atau http://www.google.com

BACA INI JUGA: 10 Software Yang Sering Digunakan Oleh Hacker

Tuesday, August 12, 2014

Ummaland, Laman Sosial Islamik Pengganti Facebook?

Ummaland, Laman Sosial Islamik Pengganti Facebook?

Ummaland dilancarkan pada 1 Februari 2013 oleh pengasasnya iaitu Maruf Yusupov, Jamolidding Daliyev dan Mahmudjan Memethaji sebagai platform media sosial eksklusif untuk memberi manfaat buat orang Islam.

Cara Daftar Ummaland

Pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter kini boleh bertukar menggunakan laman sosial berbentuk Islamik iaitu Ummaland.

Setiap hari sekurang-kurangnya seramai 1,000 ahli baharu menyertai laman sosial ini.

Laman sosial Islamik berkenaan juga dikatakan lebih menjurus kepada perbincangan mengenai agama Islam dan kerap mengetengahkan keadaan masyarakat Islam hari ini.

Satu perkongsian menerusi blog The Muslim Brick menyatakan Ummaland menarik umat Islam untuk mengelakkan diri daripada melakukan dan melihat perkara-perkara haram seperti yang terdapat dalam laman sosial Facebook.

Perbincangan berkenaan politik, kebencian, keganasan dan peperangan tidak dibenarkan sama sekali.

Dalam masa yang sama, Ummaland menjadi platform untuk menarik seramai mungkin orang bukan Islam mendekati Islam dengan nilai-nilai murni Islam yang terdapat dalam media sosial tersebut.

Selain itu, Ummaland menawarkan maklumat, interaksi dan iklan yang lebih Islamik dengan tidak mengeksploitasi gambar-gambar berunsur lucah.

Sehingga semalam, seramai 200,592 pengguna telah menyertai Ummaland.

Signup Ummaland.

[Sumber]

Monday, June 30, 2014

Akibat Ketagihan Media Sosial

Akibat Ketagihan Media Sosial

Apabila kegilaan kepada media sosial semakin meruncing, maka akan terjadilah pelbagai kisah-kisah yang tidak sepatutnya berlaku. Malah, ada sesetengahnya melibatkan nyawa manusia.

Mari kita ikuti antara kisah ketagihan media ini dan ambillah iktibar agar kita dapat mengelakkan diri daripada menjadi seperti mereka.

Masuk hospital kerana WhatsApp

WhatsAppitis

Seorang wanita yang terlalu banyak menggunakan aplikasi WhatsApp pada musim krismas yang lalu akhirnya terpaksa dimasukkan ke dalam hospital. Menurut laporan seorang kakitangan perubatan di hospital, mereka telah merawat seorang wanita berusia 34 tahun yang sedang mengandung 27 minggu akibat kesakitan yang teruk di pergelangan tangannya.

Sebelum itu, dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana insiden malah tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti fizikal yang lasak. Pada hari tersebut, dia menghabiskan lebih 6 jam dengan telefon bimbitnya untuk menghantar pelbagai mesej.

Penyakitnya telah didiagnos dan didapati ada kena mengena dengan ibu jari yang kemudiannya mereka gelarkan sebagai 'WhatsAppitis'.

Cuba bunuh diri gara-gara 'Selfie'

Danny Bowman

Seorang remaja British yang ketagih 'selfie' cuba membunuh diri kerana tidak puas hati dengan gambar selfienya. Danny Bowman yang berusia 19 tahun menghabiskan masa sehingga 10 jam sehari untuk berselfie menggunakan iPhone miliknya dan dalam masa sehari sekurang-kurangnya 200 keping gambar berjaya dihasilkan.

Danny cuba membunuh diri dengan mengambil pil berlebihan namun ibunya sempat menyelamatkan nyawanya. Walaupun kes sebegini dianggap ekstrim, pakar psikologi mula menganggap bahawa mengambil gambar secara 'selfie' merupakan satu isu kesihatan mental yang serius.

Remaja meninggal di kem pemulihan internet

Deng Senshan

Kerajaan China telah menjalankan siasatan mengenai seorang remaja yang didakwa telah dipukul sehingga mati di kem yang mengendalikan kes-kes ketagihan internet. Deng Senshan yang baru berusia 15 tahun telah meninggal dunia kurang sehari selepas ibu bapanya menghantar dia ke kem yang terletak di selatan Guangxi.

Kes itu telah mendorong pakar dalam bidang perubatan untuk menggesa undang-undang digunakan terhadap kem-kem seperti ini yang semakin berkembang di China sehinggakan ada yang mengiklankannya di tv.

Deng ditemui dalam keadaan muntah-muntah namun meninggal dunia semasa dihantar ke klinik. Menurut seorang pengarah klinik pemulihan ketagihan internet, perkara begitu akan sentiasa berlaku kerana kem-kem ini tidak menekankan pengendalian secara saintifik sebaliknya lebih kepada sistem ketenteraan.

Ketagihan internet di China adalah masalah yang teruk kerana lebih 200 juta penggunanya berusia diantara 15-35 tahun.

Bunuh diri selepas dituduh ketagih Facebook

Sushma Goswami

Pada bulan Februari yang lalu, seorang wanita India berusia 24 tahun telah bertindak menggantung dirinya di kipas siling setelah dituduh obses dengan Facebook oleh ibu bapanya. Sushma Goswami hanya mengenali Facebook beberapa bulan sebelum kejadian dan terus tertarik dan menghabiskan masa berjam-jam melayari laman sosial itu.

Adik lelakinya turut mengikut langkahnya dan keadaan itu menimbulkan kemarahan ibu bapa mereka. Kedua-dua adik beradik itu mempunyai beribu-ribu kawan dalam Facebook walaupun kehidupan seharian mereka lebih terfokus untuk pembelajaran.

Berang dituduh ketagih Facebook oleh kedua orang tuanya, Sushma telah mengurung dirinya di dalam bilik dan hanya ditemui keesokannya dalam keadaan tidak lagi bernyawa.

Adakah Facebbok sangat teruk?

Bunuh diri makan pil tidur

Pada Oktober 2013, seorang gadis berusia 17 tahun telah membunuh dirinya selepas bergaduh dengan ibu bapanya tentang ketagihannya terhadap Facebook. Dalam nota yang ditinggalkannya, dia menulis, "Adakah Facebook sangat teruk? Saya tak boleh tinggal dalam rumah yang mempunyai halangan sebegitu kerana saya tidak boleh hidup tanpa Facebook".

Jatuh dalam laut kerana Facebook

Port Phillip Bay

Seorang pelancong wanita yang melawat Australia begitu leka dengan aplikasi Facebook di telefon bimbitnya ketika berada di jeti Teluk Port Philip sehinggakan tidak sedar dia terjatuh dari jeti tersebut dan termasuk ke dalam air yang sangat sejuk.

Dia bernasib baik kerana ada pengunjung lain yang segera memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa. Wanita itu bukan saja tidak perasan dengan sekelilingnya, malah dia juga sebenarnya tidak tahu berenang.

Mujurlah lokasi Port Philip agak cetek di kebanyakan tempat dan dia hanya berada 60 kaki dari jeti yang memudahkan kerja-kerja menyelamat. Apa yang menariknya ialah, semasa dia terjatuh dan berada di dalam air, dia tidak kehilangan telefon bimbitnya dan masih menggenggam erat telefon tersebut walaupun dalam cuaca sejuk dan air yang dingin.

Hilang kerja dan isteri kerana Twitter

Larry Carlat

Seorang lelaki, Larry Carlat pernah menjadi editor sebuah majalah lelaki yang terkenal. Namun, selepas dia mengenali dan ketagih Twitter, Larry kehilangan kerja, diceraikan dan dipulaukan oleh orang-orang kesayangannya.

Dia akan menggunakan Twitter hampir sepanjang masa setiap hari. Masalahnya, tabiat menggunakan Twitter adalah salah dari segi polisi media sosial syarikat tempatnya bekerja. Dia telah diberi pilihan sama ada untuk menutup akaunnya di Twitter atau dibuang kerja.

Malangnya, dia memilih Twitter namun selepas sebulan, dia kehilangan isteri yang menceraikannya. Dia mendakwa berada ditahap paling teruk apabila anak lelakinya sendiri mengugut untuk tidak mahu 'follow' ayahnya di Twitter.

Namun, selepas lebih 3 tahun ketagih, Larry akhirnya meninggalkan dunia Twitternya.

Video Khas Buat Yang Ketagih Selfie!


-Sentiasapanas.com

Saturday, May 31, 2014

Yahoo! Bakal Saingi YouTube!

Yahoo! Bakal Saingi YouTube!

Yahoo! sebelum ini telah dikatakan beberapa kali cuba memfokuskan kepada kandungan berbentuk video.

Yahoo New Video

Yahoo! juga telah cuba untuk membida DailyMotion dan Hulu, tetapi gagal untuk membelinya dan sebagai alternatif kini Yahoo! dilihat membangunkan platform mereka tersendiri.

Yahoo! sebenarnya mempunyai laman web video mereka sendiri, namun ia tidak membolehkan pengguna memuat-naik kandungan mereka tersendiri, sekaligus menjadikan platform mereka kurang menarik minat pengguna untuk menonton kandungan.

(Baca: Filem Bajet Rendah Yang Mencapai Kejayaan Besar!)

Apa pun, ia dijangka akan berubah tidak lama lagi. Yahoo! dikatakan akan menarik para penerbit kandungan dengan menawarkan perkongsian wang daripada iklan pada kadar yang lebih tinggi berbanding YouTube, disamping akan turut memperlihatkan kandungan video pengguna di halaman utama Yahoo!.

Make Money With Yahoo Video

Mengikut laporan AdAge, setiap penerbit kandungan dikatakan akan mendapat saluran mereka sendiri – menyerupai YouTube dan pada masa yang sama bagi mereka yang menandatangani perjanjian dengan Yahoo! akan menerima kelebihan untuk memperlihatkan kandungan mereka di pelbagai halaman milik Yahoo! termasuk di Tumblr.

Seperti biasa, pihak Yahoo! tidak mengeluarkan komen rasmi buat masa ini dan strategi Yahoo! yang kini meningkat naik kembali dengan platform video mereka ini kelak dijangka akan menarik perhatian ramai pihak seluruh dunia.

[Sumber]

Wednesday, May 28, 2014

Tawaran Pembelian Website Dan Apps Popular Yang Gagal

Tawaran Pembelian Website Dan Apps Popular Yang Gagal

Suatu ketika dahulu, Facebook menggemparkan dunia dengan berita pengambil alihan aplikasi permesejan popular; Whatsapp dengan harga $19 bilion dalam bentuk tunai dan saham. Pengambil alihan sebegini dianggap perkara biasa dalam dunia perniagaan dan teknologi, namun tidak semua pengasas bersetuju untuk menjual syarikat mereka walaupun ditawarkan harga yang tinggi.

Failed Web Purchase Deals

Ada syarikat yang berjaya meningkatkan nilai mereka selepas menolak pengambil alihan, namun tidak semuanya bernasib baik.

Berikut adalah beberapa tawaran pengambil alihan popular yang pernah ditolak.

1. Snapchat

Snapchat

Snapchat ialah sebuah aplikasi sosial yang popular kerana semua mesej yang dihantar melaluinya akan terpadam daripada pelayar selepas 24 jam.

Pada penghujung 2013, ia ditawarkan 3 bilion oleh gergasi media sosial, Facebook. Pengasas Snapchat, Evan Spiegel dan Bobby Murphy dikatakan menolak kerana menanti tawaran yang lebih baik.

2. Friendster

Friendster

Diasaskan pada tahun 2002, Friendster merupakan pelopor kepada laman sosial. Pada tahun 2003, Friendster menolak tawaran $30 juta daripada Google atas saranan banyak pihak yang mencadangkan supaya mereka menunggu kemahsyuran internet.

Namun, laman-laman sosial baru seperti MySpace dan Facebook mula membanjiri pasaran dan meninggalkan Friendster jauh dibelakang.

Akhirnya, MOL Global membeli Friendster dengan nilai $$26.4 juta. Sekiranya Friendster menerima tawaran Google pada masa itu, sahamnya kini mungkin bernilai sekurang-kurangnya $180 juta.

3. Facebook

Facebook

Diasaskan oleh Mark Zuckerberg, ia merupakan laman sosial terbesar buat masa ini. Selain menolak tawaran pembelian bernilai $1 bilion daripada Yahoo!, Zuckerberg juga pernah menolak tawaran daripada MySpace dan Viacom sebelumnya.

Nampaknya, Zuckerberg mengambil tindakan yang wajar kerana Facebook berkembang pesat dan berjaya menjadi jenama media sosial yang berpengaruh dalam masa beberapa tahun sahaja.

4. Yahoo!

Yahoo!

Ia merupakan antara enjin carian internet terawal yang menyumbang kepada landskap internet hari ini. Namun, Google mula menampakkan dominasinya pada tahun 2008.

Microsoft cuba menghalang monopoli Google dengan menawarkan untuk membeli Yahoo! dengan nilai $44.6 bilion namun tawaran itu ditolak oleh salah seorang pengasas Yahoo! yang merasakan nilai tersebut terlalu rendah.

Malangnya, saham Yahoo! jatuh menjunam selepas itu dan Microsoft hilang minat terhadapnya.

5. Twitter

Twitter

Pada tahun 2008, populariti Twitter yang sedang meningkat menimbulkan minat Facebook untuk membelinya dengan harga $500 juta.

Twitter menolak kerana tawaran Facebook ialah dalam bentuk saham, sedangkan Twitter mahukan tunai.

Tawaran Facebook juga dikatakan terlalu rendah dan pada hari ini, Twitter dianggarkan bernilai lebih $24 bilion.

6. Groupon

Groupon

Ketika Google menawarkan untuk membeli Groupon pada 2010, laman kupon sosial tersebut memperoleh pendapatan $1 bilion setahun. Tawaran pembelian Google bernilai $6 bilion namun ditolak oleh CEO Andrew Mason.

Malangnya, selepas penolakan tersebut, populariti Groupon menjadi pudar dan keuntungannya merudum.

7. Rovio

Rovio

Syarikat Finland yang mencipta fenomena permainan mobil Angry Birds ini pernah ditawarkan $2 bilion oleh Zynga. Rovio menolak pembelian tersebut dan kini masih teguh dalam arena permainan mobil.

8. Foursquare

Foursquare

Pernah menjadi kegilaan diawal kemunculannya dalam arena media sosial, Foursquare menarik minat Facebook dan Yahoo! Tawaran Yahoo! pada 2010 dilaporkan bernilai $200 juta namun CEO Foursquare mahukan nilai yang lebih tinggi.

Kemunculan aplikasi geotagging lain seperti Gowalla dan Spindle yang kemudiannya terjual pada harga lebih rendah memberikan petanda tidak baik untuk Foursquare. Ia kini diramalkan bernilai kurang daripada $50 juta.

9. Qwiki

Qwiki

Aplikasi video ini memenangi anugerah pilihan editor di TechCrunch Disrupt, lantas Google menawarkan pembelian bernilai $150 juta.

Qwiki membuat keputusan untuk menunggu namun malangnya, aplikasi Vine dilancarkan dan Qwiki terus menjunam. Yahoo! akhirnya membeli Qwiki dengan nilai $50 juta.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, November 14, 2013

Awas! Sistem Operasi Android Paling Mudah Di Serang Virus!

Awas! Sistem Operasi Android Paling Mudah Di Serang Virus!

Kajian syarikat keselamatan online, Trend Micro menunjukkan sistem operasi Android adalah platform paling mudah diserang virus jenis Malware berbanding platform utama yang lain di pasaran.

Android Virus

Menurut Pengurus Pemasaran Produk Asia Pasifiknya, Andrew Tan, kajian Trend Micro juga menunjukkan peningkatan serangan terhadap platform terbabit meningkat tahun ini berbanding dua tahun sebelumnya.

“Ia diburukkan lagi dengan sikap pengguna peranti berasaskan Android yang mana hanya 19 peratus daripada mereka memuat turun perisian keselamatan ditawarkan vendor,” katanya kepada IT@Metro selepas melancarkan produk baru, Trend Micro Titanium Maximum Security 2014.

Katanya, pengguna telefon pintar sendiri boleh menyaksikan banyak serangan Malware dalam tempoh setahun yang dipercayai didalangi skim tertentu menyasarkan sistem operasi Android.

Terdapat laporan pada April lalu menunjukkan peningkatan 614 peratus serangan Malware dalam tempoh 12 bulan sehingga Mac 2013 dengan serangan ke atas Android merangkumi 92 peratus.

Bagaimanapun, ia dilihat bukan perkara mengejutkan kerana Android mendominasi pasaran telefon pintar iaitu sekitar 75 peratus selain ia menggunakan platform terbuka.

Sementara itu, Trend Micro memaklumkan apa jua anda lakukan di dunia ‘online’ pasti meninggalkan kesan yang memungkinkan penjenayah siber mengesan pergerakan anda.

Menurut Pengarah Kanan Perniagaan Pengguna Pusat Jualan dan Pemasaran APACnya, Terrence Tang, kajian lain yang dikeluarkan jelas menunjukkan 69 peratus rakyat Malaysia mendedahkan tarikh lahir mereka dalam laman sosial.

“Sejumlah 47 peratus daripada angka itu pula juga melakukan ‘check in’ ketika berada lokasi mereka.

“Ia sekali gus mengundang bahaya kepada diri mereka sendiri,” katanya.

Dengan lebih separuh daripada angka terbabit menunjukkan mereka mengemaskini sekurang-kurangnya satu status setiap hari, tahap keselamatan kehidupan rakyat Malaysia juga boleh dikatakan membimbangkan apabila pergerakan yang mudah dikesan setiap hari di Internet.

Menyedari hakikat sosial media terbabit, Trend Micro mula melancarkan rumusan Trend Micro Titanium Maximum Security 2014 iaitu teknologi perlindungan rangkaian sosial unik yang memelihara tetapan peribadi anda dengan melindungi maklumat sepatutnya menjadi rahsia.

Trend Micro Titanium Maximum Security 2014 adalah satu perisian lengkap dengan melindungi ancaman siber serta menghalang pautan dalam laman web yang berbahaya selain melindungi lamansosial, emel dan mesej pantas.

Ia memelihara tetapan biasa dalam Twitter, Google+ dan Facebook untuk mana-mana PC dan Mac selain boleh dipindahkan secara mudah alih dengan versi mudah alih.

Sumber: Harian Metro

Tuesday, October 22, 2013

Google Perkenal uProxy Khusus Untuk Lepasi Firewall

Google Perkenal uProxy Khusus Untuk Lepasi Firewall

Google memperkenalkan alat baru dalam portfolio mereka yang dipanggil uProxy, adalah extension yang membolehkan pengguna dari negara-negara di mana akses kepada Internet adalah terhad atau di belakang firewall ketat untuk mengakses Internet terbuka.

uProxy lepasi firewall

Menurut laporan Mashable, Google mengumumkan uProxy pada Google Ideas Summit di New York.

Tambahan pula, syarikat itu tidak mahu membuat spekulasi mengenai bila pengguna akan dapat menggunakannya, berkata sebaliknya mereka mahu cuba melalui beberapa penguji yang dipercayai untuk meningkatkan dan membina keselamatan.

"Ia adalah sumber tertutup buat masa sekarang, sebabnya kita tidak mahu orang ramai mula menggunakannya sebelum tiba masanya, tapi sebenarnya ia adalah selamat dan terjamin," kata ketua jurutera Google Idea.

uProxy ditetapkan untuk berfungsi sebagai extension pelayar web untuk Chrome dan Firefox, dua daripada pelayar yang paling banyak digunakan di dunia, dan ia akan berfungsi sebagai VPN peribadi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: techosocial.com

Wednesday, July 03, 2013

Wanita Malaysia Paling Mudah Ditipu

Wanita Malaysia Paling Mudah Ditipu

Kegiatan penipuan Internet sering menghantui pengguna ‘online’ apatah lagi pelbagai laporan penipuan boleh anda baca di dada akhbar setiap hari yang membuka persoalan sejauh mana pengetahuan kita sebagai pengguna.

Gambar hiasan

Jelas sekali era siber me­nguasai kehidupan masyarakat dunia. Dalam situasi masa kini, di mana-mana jua, Internet dijadikan medium untuk berinteraksi tidak kira apa jua golongan umur atau status kehidupan, mahupun organisasi.

Pada masa sama, kegiatan penipuan Internet seperti ‘scam’, jualan barang palsu dan sebagainya yang dikategorikan sebagai ‘fraud’ menjadi sebahagian perjalanan online di kalangan pengguna.

Internet dijadikan tempat berinteraksi, menyampaikan maklumat dan propaganda, ruangan iklan, mencari rakan lama, interaksi keluarga, bertukar pendapat serta sebagai wadah pembelajaran interaktif dan kreatif.

Ciri-ciri yang ada pada Internet seperti mudah, cepat dan mampu menyampaikan maklumat secara terus melonjakkan popularitinya sebagai platform paling mudah untuk berurusan berbanding platform lain.

Justeru, dalam keghairahan masyarakat menggunakan Internet sebagai keperluan hidup, amatlah penting adanya rasa tanggungjawab sosial dan kejujuran dalam jiwa pengguna yang menyedarkan mereka untuk tidak menyalah gunakan media sosial untuk merosakkan dan menjatuh­kan individu lain serta melakukan jenayah siber.

Satu laporan penyelidik pasaran AC Nielsen sebelum ini mendapati kebanyakan penduduk Britain memilih Internet sebagai medium untuk berbelanja bagi pelancongan, membeli pemain MP3, telefon bimbit atau memohon pinjaman bank, sekali gus menjadi trend terbaru membeli-belah mereka.

Bagaimanapun, laporan itu menyebut sekurang-kurangnya 50 peratus peng­guna masih suka ke kedai untuk membeli pakaian, barang kemas dan jam ­tangan.

Tidak dinafikan, peranan Internet dalam membentuk pilihan pengguna bersama iklan, mulut ke mulut, ‘window shopping’, pengalaman lalu dan jenama memberi impak kuat dalam menentukan kuasa pembeli.

Manakala laporan agensi pembayaran online, PayPal dengan kerjasama penyelidik Nielsen Company mendedahkan pada 2010 saja kira-kira 1.1 juta rakyat Malaysia sanggup berbelanja dengan nilai purata RM2,461 untuk pembelian produk online.

Kira-kira tiga tahun lalu, perbelanjaan online di seluruh Malaysia mencapai angka RM1.8 bilion bagi pembelian produk dan perkhidmatan dengan perbelanjaan terbesar dihabiskan untuk percutian seperti bayaran tiket penerbangan, pakej percutian dan pengangkutan yang berjumlah RM435 juta atau 24 peratus.

Sementara itu, perbelanjaan besar lain yang dihabiskan rakyat negara ini termasuk bayaran bil RM329 juta atau 18 peratus; hiburan dan gaya hidup (RM255 juta, 14 peratus); peralatan elektronik dan teknologi maklumat (RM218 juta, 12 peratus), insurans (RM205 juta, 11 peratus), fesyen dan kecantikan (RM181 juta, 10 peratus) dan hadiah dan koleksi (RM68 juta atau empat peratus).

Angka terbabit dijangka jauh lebih besar tiga tahun kemudian meskipun tiada statistik rasmi memandang­kan laporan masih belum diperoleh yang menunjukkan keghairahan pengguna membeli-belah.

Pada masa sama, ia membuka peluang kepada penjenayah mencium peluang untuk menipu dengan pelbagai taktik termasuk:
  1. Menjual barang tipu di laman e-dagang.
  2. Barang yang dijual tidak menyamai spesifikasi dipaparkan di Internet.
  3. Tidak menghantar barang yang dibeli meskipun bayaran dibuat.
  4. Menghantar e-mel menawarkan produk pada harga murah.
  5. Menghantar e-mel memaklumkan tawaran peng­guna memenangi hadiah tertentu.

Walaupun secara umumnya Internet sebagai lokasi beli-belah online banyak menjurus ke arah kebaikan, tidak dinafikan ada segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab dan terlalu mementing­kan diri sendiri menggunakannya untuk tujuan negatif menjadikannya medan untuk menipu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam artikel sebelum ini memaklumkan Internet yang digunakan masyarakat untuk mencari, berkongsi maklumat dan berkomunikasi ­disalahgunakan untuk ­aktiviti jenayah seperti penipuan ­Internet.

“Ia untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

“Jika dilihat daripada statistik kes penipuan penghantaran bungkusan di negara ini, wanita adalah golongan paling ramai menjadi mangsa. Malah sindiket ini bukan sahaja menyasarkan warga tempatan malah warga asing,” kata­nya.

Bagi tahun 2011, PDRM menerima 876 kes penipuan penghantaran bungkusan yang membabitkan kerugian RM18.9 juta. Pada 2012 pula, jumlah kerugian meningkat kepada RM34.6 juta walaupun jumlah kes yang dilaporkan menurun kepada 814 kes.

Bagi tempoh Januari-Mei 2013, sebanyak 381 kes telah dilaporkan dengan kerugian RM14.1 juta.

Masih ramai yang tidak tampil untuk membuat laporan polis mungkin kerana malu atau sebab-sebab lain dan lebih menghairankan ialah terdapat mangsa yang berkelulusan tinggi, seperti golongan profesional atau pensyarah.

Bagi mengatasi dan membendung peningkatan kes penipuan penghantaran bungkusan ini, selain daripada menjalankan pembanterasan, PDRM juga mengadakan kempen pencegahan jenayah siber melalui forum terbuka, di samping me­nyampaikan mesej kesedaran tentang trend jenayah siber melalui ceramah di agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).


Kerjasama juga diwujud­kan dengan agensi lain bagi membantu PDRM menangkap penjenayah membabit­kan kes penipuan penghantaran bungkusan ini seperti Unit Keselamatan Siber, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Bank Negara dan syarikat telekomunikasi.

Manakala pengguna pula sebagai manusia biasa kadang-kadang tewas dengan sifat tamak dan cepat teruja dengan tawaran lumayan dalam Internet seperti skim cepat kaya yang dikenal pasti menjadi punca utama menyebabkan jenayah siber semakin bermaharajalela.

Malah, sesiapa saja boleh menjadi mangsa dan me­ngalami kerugian dalam sekelip mata.

Penyelidikan agensi keselamatan online negara, CyberSecurity Malaysia, mendapati sifat tamak sesetengah individu menjadi penyumbang besar kepada kes jenayah siber.

Individu yang mudah teruja, ditambah dengan sifat ingin cepat senang dan kaya dalam tempoh singkat tanpa usaha sewajarnya boleh menyebabkan semakin tinggi peluangnya untuk menjadi mangsa kepada penipuan di alam siber.

Ia menjadi punca utama kita dieksploitasi dan membuka peluang kepada penjenayah siber untuk menipu, lebih-lebih lagi bagi individu yang gagal mendisiplinkan dirinya.

CyberSecurity ialah sebuah agensi bawah kementerian berkenaan yang memberikan tumpuan kepada keselamatan dan bantuan dalam sektor teknologi maklumat, termasuk penelitian kes jenayah siber yang dirujukkan kepadanya secara serius.

Lebih-lebih lagi, ­dengan pertambahan bilangan peng­guna Internet, bermakna semakin tinggi juga kadar peningkatan jenayah siber.

Meskipun pelbagai taktik digunakan penjenayah, cara tradisiona iaitu penipuan online iaitu sebaran e-mel masih menjadi taktik paling popular digunakan.

Seperti biasa, sebilangan pelanggan bank di Malaysia menerima e- mel meminta mereka memberikan butiran akaun mereka. Menurut e-mel itu, jika mereka gagal berbuat demikian bagi tujuan mengemaskini data peribadi, akaun mereka akan ditutup.


E-mel itu yang konon dihantar bank berkenaan kelihatan amat tulen, tetapi hakikatnya ia palsu. Apabila menyedari perkara itu, bank berkenaan segera mengeluarkan amaran pihaknya tidak bertanggungjawab menghantar e- mel terbabit dan meminta pelanggannya berhati-hati.

Walaupun kebanyakan bank turut mengingatkan pelanggannya berwaspada terhadap e-mel yang dikirim pihak tertentu bertujuan mendapatkan kata laluan, peliknya masih ramai tertipu dan memberikan perincian akaun buta-buta kepada penjenayah.

Ketua Perniagaan Pelanggan dan Keselamatan Internet Norton Asia, Symantec, Effendy Ibrahim, berkata kecanggihan teknologi maklumat kini banyak disalah guna untuk pelbagai tujuan tidak baik.

“Golongan paling terdedah terhadap ancaman menerusi dunia siber ialah wanita,” katanya.

Beliau berkata, wanita yang melayari Internet perlu lebih berhati-hati dan pastikan menggunakan perisian keselamatan terbaik bagi melindungi diri daripada ancaman yang tidak diingini.

“Wanita yang menggunakan Internet untuk membeli-belah jangan mudah memberi maklumat kewangan terutama kad kredit kepada syarikat atau individu yang tidak dikenali.

“Amalkan penggunaan Internet yang selamat, lindungi kata laluan dan ­jangan lupa menambah ilmu pengetahuan mengenai Internet,” katanya.

Bagi mengelak menjadi mangsa penipuan Internet, anda dinasihatkan:
  1. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai keselamatan membeli-belah dalam talian, ‘chatting’, e-emel dan mesej remeh (spam), dan penipuan dalam talian.
  2. Hadkan pembelian dalam talian dan pastikan laman web yang dilawati menggunakan piawaian keselamatan seperti SSL (Secure Socket Layer), iVEST dan tandatangan digital.
  3. Selain itu, pengguna dinasihatkan supaya membaca penyata penafian (disclaimer) sebelum mengisi sebarang borang dalam talian kerana sebarang urusan atas talian yang sah mesti disertakan penyertaan ini.

BACA INI JUGA: Video Blind Date Yang Melucukan

[Sumber]

Saturday, May 25, 2013

Bagaimana Menyekat Follower Yang Menggunakan Gambar Profile Lucah?

Bagaimana Menyekat Follower Yang Menggunakan Gambar Profile Lucah?

How to block follower on blogger | Biasanya sebagai blogger, kita suka bila ada seseorang menjadi pengikut blog.

Bagaimana Menyekat Follower Yang Menggunakan Gambar Profile Lucah?

Tetapi apabila ada situasi di mana pengikut blog menggunakan gambar profile lucah atau apa-apa yang kurang kita senangi, adakah anda suka ia terpapar dalam blog?.

Tentunya tidak bukan. Jadi, jika keadaan demikian terjadi, bagaimana untuk menyekat atau membuang profile pengikut blog seperti ini?. Ikuti langkah berikut:

  • Login ke blogger Dashboard
  • Klik pada pautan perkataan Follower (rujuk gambar di bawah)
Bagaimana Menyekat Follower Yang Menggunakan Gambar Profile Lucah? [2]


  • Ianya akan menunjukkan senarai pengikut blog anda.
  • Kemudian klik pada gambar profile pengikut yang anda ingin sekat (block) - seperti gambar di bawah ini.
Bagaimana Menyekat Follower Yang Menggunakan Gambar Profile Lucah? [3]

  • Kemudian Klik pada pautan Block this user. Profile pengikut tersebut akan disekat (blocked) dari mengikuti blog anda.
Bagaimana Menyekat Follower Yang Menggunakan Gambar Profile Lucah? [4]

Jika anda tidak mahu sekat, tetapi ingin tambah sebagai kawan, klik pada pautan Add as friend.

[Sumber]

Monday, May 20, 2013

Bagaimana Hendak Menonton Video YouTube Tanpa Perlu Login?

Bagaimana Hendak Menonton Video YouTube Tanpa Perlu Login?

Kali ini saya ingin berkongsi panduan "Cara Menonton Video YouTube Tanpa Perlu Login". Pasti anda pernah mahu menonton video tapi YouTube meminta kita untuk login kan.


Contoh video: http://www.youtube.com/watch?v=LqWIvFeEhiI

Cuba anda klik link di atas, pasti anda diminta untuk login. Itulah maksudnya. Jadi bagaimana caranya?

Berikut adalah tips yang paling mudah.

1. Sebagai contoh, saya menggunakan link tadi.

http://www.youtube.com/watch?v=LqWIvFeEhiI <-- Perlu login.

2. Yang perlu anda lakukan adalah mengganti /watch?v=LqWIvFeEhiI menjadi /v/LqWIvFeEhiI?fs=1

3. Hasilnya akan menjadi http://www.youtube.com/v/LqWIvFeEhiI?fs=1 <-- Tidak perlu login.

Semoga bermanfaat bagi anda. Enjoy!

BACA INI JUGA: Aplikasi Percuma Dan Popular Android

[Sumber] Edited by SP

Thursday, May 02, 2013

"Could not detect a feed for this URL" Solution

"Could not detect a feed for this URL" Solution

"Could not detect a feed for this URL. Blog posts and update time will not be shown. Add URL anyway?"


The message above is what friends keep seeing lately, whenever they want to add my blog URL to their Blogroll via the Blogger's "Blog List" gadget. I have now fixed the problem, and decided to share the solution with you.

So, what is the solution?

Login to your blog, go to "Design" , "Edit html"

Use "CTRL F" to find </head>

Directly ABOVE the </head> , add the code below:

<link href='http://sentiasapanas.com/feeds/posts/default' rel='alternate' title='RSS Feed for SentiasaPanas' type='application/atom+xml'/>

Edit the code above by changing the "href" and "link" with your blog parameter.

Save your template.

If you have another blog, just try and use the "BLOG LIST" gadget to add this blog you just fixed to it, for you to confirm that the error has been fixed.

I hope this info help..

If you want me to add your blog to my Blogroll, drop your link via the TUKAR LINK form and be ready to add mine to your blogroll too.

Cheers!

[Source]

Saturday, April 13, 2013

Best Popular Post Widget for Blogger

Best Popular Post Widget for Blogger

Popular post widget is something that is present in almost all the blogger blogs. It is a default widget offered by blogger and it can be added from the layouts tab by clicking on the 'Add a gadget link'.

Popular Widget

However, this will display the popular post widget in a default way. Few CSS may be applied to the template of the blog to customize the look of this widget.

I browsed a little over 30 kinds of popular post widget to filter the best 6 out of the list. Kindly do share your comments about these widgets.

There are lot of CSS available for this widget from many skilled bloggers and yet I have picked those which are widely used and loved by many bloggers.

Simple Hover Effect Popular Post Widget
Coding for this Widget


This widget is simple and all the posts are covered with a capsule like border on the bottom and when a particular post is hovered, the background color of the widget changes.

Another Hover effect Widget
Coding for this Widget


This is another type of popular post widget with a different type of hover effect

MBT styled popular post widget
Coding for this Widget


This widget may be seen in many blogs as this widget was devised my the famous myBloggerTricks and they use this personally on their template.

Since they have changed the template, the color that appears on their blog may now vary.

Multi Colored Popular Post Widget
Coding for this Widget (no link)


This is yet another eye catchy popular post widget for blogger. If you think that widget on your sidebar goes unnoticed, maybe you should use this one to reduce your bounce rate

Rotating Slides Of Popular Posts Widget
Coding for this Widget


Don't like a static widget for popular post? How about this one? This is a dynamic rotating popular post widget for blogs yet again designed by MBT.

This was coded for their template and then they gave away the coding to be used on other blogs

Attractive Blogger Popular Post Widget With Different Style
Coding for this Widget


This was my personal favorite out of all the widgets that I browsed. In this, when you hover over the widget, the description of that post will fade in and then it will fade out.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, March 24, 2013

Twitter Sambut Harijadi Ke 7 Tahun Ini

Twitter Sambut Harijadi Ke 7 Tahun Ini

Mula diperkenalkan pada 2006 dengan nama asal twttr, Jack Dorsey mesti tak pernah menyangkakan bahawa cara beliau untuk berkomunikasi kini akan menjadi ikutan lebih 200 juta pengguna di seluruh dunia, dengan 400 juta kicauan atau ‘tweet’ dijanakan oleh pengguna-pengguna tersebut.


Untuk meraikan ulang tahun mereka, pihak Twitter telah membuat video di bawah ini untuk tatapan semua. Selamat hari jadi Twitter!



[Sumber]

Adakah Anda Tahu Apa Yang Berlaku Setiap Minit Di Internet?

Adakah Anda Tahu Apa Yang Berlaku Setiap Minit Di Internet?

Intel telah memberi beberapa data yang menarik mengenai penggunaan internet baru-baru ini. Lebih banyak peranti yang kini menggunakan internet untuk mengakses data, yang juga bermaksud lebih banyak data sedang bertukar tangan sekian hari.

Tak banyak orang tahu data yang mereka akses setiap hari itu adalah sebahagian daripada jumlah data yang besar, yang merentasi rangkaian-rangkaian yang dinamakan Internet. Dari mendengar musik, menonton video, memuat-turun gambar, main game dalam talian – semua ini menggunakan data yang besar. Lebih 640 ribu Gigabyte data bertukar tangan dalam masa satu minit di internet!

Grafik di bawah ini menunjukkan sebahagian dari data yang dikongsi bersama:


Hari ini, jumlah peranti yang bersambung ke internet bersamaan dengan jumlah populasi dunia. Bayangkan – 7 bilion peranti sedang menggunakan internet sekarang. Dalam masa dua tahun – 2015 – jumlah ini akan berganda dua kali.

Di tahun yang sama, anda perlu mengambil masa lima tahun untuk menonton video-video yang merentasi rangkaian internet setiap saat. Lima tahun video bertukar tangan setiap saat. Soalan cepu emas – rangkaian kita sekarang boleh sokong ke?

[Sumber]

Thursday, March 14, 2013

Top 10 Software Yang Sering Digunakan Oleh Hacker

Top 10 Software Yang Sering Digunakan Oleh Hacker

Penggodam (hacker) dalam konteks keselamatan komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer.

Top Hacker Tools

Mereka berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci. Di sini disenaraikan 10 software yang sering digunakan hacker ni.

NMAP

Hacker - NMAP

Software pengimbasan keselamatan yang terbaik dan alat hacking terbaik yang pernah dibuat. Perisian ini mendahului setiap senarai perisian untuk hacking atas dua sebab.

Pertama, mudah digunakan dan kedua, penggunaan yang meluas.

Super-Scan

Super-Scan

TCP port yang hebat untuk mengimbas scanner, pinger, resolver.

NESSUS vulnerability scanner

Hacker - NESSUS

Software yang hebat tetapi terbatas dalam sesetengah operasi.

John The Riper

HACKER - John The Ripper

Alat password cracker. Hanya beroperasi sesetengah versi UNIX dan window.

Wireshark and Kismet

HACKER -  Wireshark and Kismet

Penceroboh Wifi. Software ini mebolehkan jiran anda berkongsi wifi dengan tanpa pengetahuan anda.

PANGOLIN SQL injection scanner

HACKER -  PANGOLIN SQL injection scanner

Pengimbas website. Hati-hati jika website tidak mahu digodam dengan benda ni.

Nikto 2

HACKER -  NIKITO 2

OPEN SOURCE untuk mengimbas web server. Menyemak keseluruhan web server termasuk file2 bahaya dan lain2 lagi

Low orbit Ion Cannon

HACKER -  Low orbit Ion Cannon

Alat serangan DOS yang berkesan. Dibangunkan oleh kumpulan hacker yang popular dengan nama “Anonymous”.Alat ini akan menyebabkan web server menjadi sesak dan menjadi down@ tidak dapat diakses

Cain and Abel

HACKER -  Cain and Abel

Password cracker yang digemari. Tetapi kurang update.

Hide IP

HACKER -  Hide IP

Alat untuk melayari internet tanpa diketahui.

Rasanya ada banyak lagi seperti Backtrack, Beini, Metasploit, Putty, Hashcat dan lain2.. Tapi ini antara yang selalu digunakan, ramai tak antara korang yang biasa guna software-software seperti ini.

BACA INI JUGA: The Deep Web Dunia Internet Bawah Tanah

sumber: nizarazu