Tuesday, August 12, 2014

Ummaland, Laman Sosial Islamik Pengganti Facebook?


Ummaland dilancarkan pada 1 Februari 2013 oleh pengasasnya iaitu Maruf Yusupov, Jamolidding Daliyev dan Mahmudjan Memethaji sebagai platform media sosial eksklusif untuk memberi manfaat buat orang Islam.

Cara Daftar Ummaland

Pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter kini boleh bertukar menggunakan laman sosial berbentuk Islamik iaitu Ummaland.

Setiap hari sekurang-kurangnya seramai 1,000 ahli baharu menyertai laman sosial ini.

Laman sosial Islamik berkenaan juga dikatakan lebih menjurus kepada perbincangan mengenai agama Islam dan kerap mengetengahkan keadaan masyarakat Islam hari ini.

Satu perkongsian menerusi blog The Muslim Brick menyatakan Ummaland menarik umat Islam untuk mengelakkan diri daripada melakukan dan melihat perkara-perkara haram seperti yang terdapat dalam laman sosial Facebook.

Perbincangan berkenaan politik, kebencian, keganasan dan peperangan tidak dibenarkan sama sekali.

Dalam masa yang sama, Ummaland menjadi platform untuk menarik seramai mungkin orang bukan Islam mendekati Islam dengan nilai-nilai murni Islam yang terdapat dalam media sosial tersebut.

Selain itu, Ummaland menawarkan maklumat, interaksi dan iklan yang lebih Islamik dengan tidak mengeksploitasi gambar-gambar berunsur lucah.

Sehingga semalam, seramai 200,592 pengguna telah menyertai Ummaland.

Signup Ummaland.

[Sumber]

4 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon