Monday, February 24, 2014

Filem Bajet Rendah Yang Mencapai Kejayaan Besar!


Filem-filem yang dihasilkan di negara-negara Barat biasanya adalah berbajet tinggi dan berskala besar. Namun, bajet yang besar sekalipun adakalanya tidak menjamin filem tersebut akan mencapai kutipan pecah panggung malahan kualitinya juga tidak semestinya baik.

Alexis Bledel

Disebalik keghairahan para pembikin filem Hollywood menerbitkan filem-filem berskala besar, ada juga filem-filem berbajet rendah dan berskala kecil yang akhirnya mencapai kejayaan yang menakjubkan.

Senarai dibawah adalah antara filem-filem bajet rendah yang telah mencapai kejayaan yang melampaui jangkaan semua.

Badlands (1973)
Bajet: USD500,000

Badlands (1973)

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh pembuat filem yang agak nakal dan menyendiri iaitu Terrance Malick dan dibintangi oleh Martin Sheen dan Sissy Spacek sebagai pasangan kanak-kanak yang menjelajah seluruh negara untuk membunuh dengan skrip yang berdasarkan kisah hidup Charles Starkweather dan Caril Ann Fugate.

Terrance memulakan kerja-kerja pembikinan filem semasa dia masih menuntut dalam tahun kedua di sekolah perfileman.

Semasa filem itu muncul dalam Festival Filem New York, filem ini dikatakan terus mendapat perhatian dan berjaya mengatasi filem Martin Scorsese iaitu Mean Streets. Pihak Library of Congres juga telah memilih filem ini untuk disimpan.

Sejak filem ini dihasilkan, Terrance terus menghasilkan 3 buah filem lain yang menjadikan beliau antara pengarah pilihan para pengkritik filem.

Napoleon Dynamite (2004)
Bajet: USD400,000

Napoleon Dynamite (2004)

Filem ini telah ditulis dan diarahkan bersama-sama diantara pasangan suami isteri, Jared dan Jerusha Hess.

Filem ini diadaptasikan daripada sebuah filem pendek dan apabila dipasarkan ia terus mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan berjaya mengutip kira-kira USD50 juta untuk pasaran tempatan.

Malahan, kerana filem ini jugalah telah membuka peluang yang lebih besar untuk pelakon utamanya, Jon Heder.

Cube (1997)
Bajet: 365,000 Dolar Kanada

Cube (1997)

Filem arahan Vincenzo Natali yang dikeluarkan di Kanada ini adalah sebuah filem thriller fiksyen tentang sekumpulan orang-orang asing yang terjaga secara bersendirian dalam sebuah kiub yang tidak bertingkap.

Setiap satu kiub akan menghubungkan ke kiub yang lain dan begitulah seterusnya. Walaupun kutipannya tidaklah sebesar kutipan filem lain, namun ia terus menjadi sebuah filem ikutan klasik.

Malah, sambil masa berlalu, filem ini masih terus mampu untuk mencari pasaran serta penontonnya sendiri dalam bentuk dvd.

Halloween (1978)
Bajet: USD320,000

Halloween (1978)

Filem hasil arahan John Carpenter ini seringkali dilabel sebagai 'pemula' filem-filem genre seumpamanya di layar perak. Filem ini adalah antara filem yang paling berjaya secara kewangannya yang pernah dibuat.

Dihasilkan dengan bajet yang cukup rendah, namun segala keperitan itu terbayar kerana selepas ditayangkan, ia berjaya mengutip kutipan sebanyak USD60 juta, kira-kira USD203 juta pada nilai hari ini.

Pada tahun 2006 pula, pihak Film Registry dan Library of Congress di Amerika Syarikat telah memilih filem ini untuk disimpan sebagai sebuah filem yang 'secara budaya, sejarahnya dan astetiknya signifikan'.

The Texas Chainsaw Massacre (1974)
Bajet: USD83,000

The Texas Chainsaw Massacre (1974)

Pada asalnya filem ini bukanlah sebuah filem yang dianggap sebagai filem ikutan klasik, malah pada mulanya para pengkritik membenci filem ini. Filem yang mengisahkan tentang satu keluarga yang memakan manusia (kanibal) dan pernah diharamkan daripada ditayangkan di negara-negara tertentu termasuklah Australia dan United Kingdom.

Dan kerana pengharaman itulah yang telah mencetuskan rasa ingin tahu masyarakat terhadap filem ini. Akhirnya, filem ini berjaya mengutip USD30 juta untuk pasaran tempatan walaupun para pengkritik melabelkannya sebagai filem sampah.

Masa terus berlalu, dan filem ini terus diangkat sebagai filem yang cukup berpengaruh dalam genrenya dan berjaya disambung ke sekuel-sekuel yang lain serta berjaya menangkis segala kritikan yang pernah dilemparkan terhadap filem ini.

Clerks (1994)
Bajet: USD27,000

Clerks (1994)

Walaupun secara rasminya filem ini hanya berjaya mengutip USD3 juta, namun legasinya tidak boleh dinafikan lagi.

Semasa ingin membikin filem ini, Kevin Smith terpaksa menjual kebanyakan daripada koleksi buku-buku komik miliknya dan dicampurkan lagi dengan duit daripada kad kredit, dana-dana kolej dan tidak lupa juga duit insuran yang diperolehinya akibat keretanya hilang dalam sebuah banjir.

Jadi, tidak hairanlah jika filem ini gagal, maka sudah tentulah akan mendatangkan banyak masalah kepada Kevin.

Akhirnya filem ini berjaya menggerakkan pembuatan filem-filem sekuelnya, pembuatan filem animasi dan paling penting, melonjakkan karier Kevin Smith.

The Blair Witch Project (1999)
Bajet: USD22,000

The Blair Witch Project (1999)

Sekitar tahun 1999, filem ini telah mendapat liputan meluas. Pengarah filem ini, Daniel Myrick dan Eduardo Sanchez telah memikirkan idea tentang filem ini pada tahun 1988 namun mereka tidak memulakan penggambaran untuk filem ini kerana tidak mempunyai sumber kewangan dan menangguhkannya sehinggalah 10 tahun kemudiannya.

Namun, apabila akhirnya ianya difilemkan, mereka menggunakan bajet yang seolah-olah hampir tiada, dipersembahkan sebagai sebuah dokumentari tentang lagenda tempatan yang digabungkan dengan futej-futej daripada pihak amatur.

Filem ini sendiri dan mitologinya telah menjadi sensasi di serata dunia dalam sekelip mata.

Apa yang mengejutkan ialah kutipannya yang sangat banyak, USD250 juta!

El Mariachi (1992)
Bajet: USD7,000

El Mariachi (1992)

Sebenarnya memang sejak dahulu lagi sebelum menjadi terkenal, pengarah Robert Rodriguez sentiasa menghasilkan filem-filem berbajet rendah termasuklah filem El Mariachi yang telah menjulang namanya dalam persada perfileman.

Malahan bagi filem ini, Robert dikatakan telah mengumpul wang untuk pembikinan filem ini bersendirian dengan bersetuju untuk menjadi sukarelawan untuk satu ujian experimen dadah di Texas.

Dia hanya menggunakan kelengkapan sedia ada untuk membuat filem ini dan tidak kisah mengupah mana-mana pekerja lain. Filem ini adalah tentang seorang ahli muzik yang telah disalah anggap sebagai seorang gengster yang kejam.

Filem ini sangat berjaya dan disambung ke dua lagi sekuel selain melonjakkan karier Robert sendiri ke tahap yang ada sekarang.

Primer (2004)
Bajet: USD7,000

Primer (2004)

Filem ini memang menggunakan bajet yang cukup rendah malah filem ini telah ditulis, diarah, diterbit dan dilakonkan sebagai pelakon utama oleh orang yang sama iaitu seorang ahli matematik yang juga bekas seorang jurutera bernama Shane Carruth.

Dalam pesta filem Sundance, filem ini telah berjaya memenangi hadiah utama pesta tersebut iaitu Grand Jury dan sejak itu telah menjadi sebuah filem kembara masa paling digemari terutamanya kepada penggemar-penggemar filem di seluruh dunia.

Malah, satu komen yang dikeluarkan oleh The Village Voice telah menggelarkan filem ini sebagai filem paling segar yang pernah dikeluarkan sejak filem Kubrick pada tahun 2001.

Following (1998)
Bajet: USD6,000

Following (1998)

Dengan beredarnya filem-filem seperti The Dark Knight dan Inception, pengarah Christopher Nolan telah menjadi salah satu nama besar dalam dunia perfileman dan filemnya seolah-olah dijamin akan mencapai kutipan pecah panggung.

Namun, lama sebelum menjadi pengarah tersohor, dia telah berjaya menarik ramai pengikutnya yang tersendiri. Dengan duit yang sangat sedikit, peralatan yang terbatas dan para pelakon dan krew yang bekerja sepenuh masa di tempat lain pada hari biasa, akhirnya filem hasilan Christopher Nolan berjaya disiapkan dalam tempoh setahun.

Filem ini mengisahkan tentang seorang penulis yang menghadapi kesukaran telah cuba mendapatkan inspirasi dengan mengekori sesiapa saja ke sana-sini.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon