Monday, June 24, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #18

Info Fakta Menarik Dunia #18

Bertemu lagi dalam ruangan info fakta menarik dunia. Kali ini SentiasaPanas akan membawakan kepada anda beberapa lagi info fakta menarik yang berlaku disekeliling kita dan diserata dunia. Selamat membaca..

1. Cap Jari


Sebelum tahun 1941, kesan cap jari tidak boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah.

2. Bayi Lelaki


Dikatakan ibu-ibu mengandung yang mengandungkan bayi lelaki akan kurang menghadapi masalah lupa berbanding ibu-ibu yang mengandungkan bayi perempuan.

3. Masalah Gusi


Orang-orang yang menghadapi masalah gusi dikatakan akan berhadapan dua kali ganda kemungkinan untuk diserang strok atau serangan jantung berbanding orang yang tidak menghadapinya.

4. Rusa musim sejuk


Susu rusa musim sejuk dikatakan mempunyai lebih lemak berbanding susu lembu.

5. Hidung Manusia


Setiap satu lubang hidung manusia akan mengenal pasti bau yang berbeza dalam pelbagai cara dan dikatakan bau yang dihidu disebelah lubang hidung kanan adalah lebih menyenangkan berbanding lubang hidung sebelah kiri. Namun bau yang lebih tepat datangnya daripada lubang hidung sebelah kiri.

6. Bahaya Nyamuk


Nyamuk adalah haiwan yang menyumbang kepada kematian manusia paling tinggi berbanding mana-mana haiwan lain di dunia.

7. Panas Petir


Jika kita dipanah petir, itu bermakna yang kulit kita akan dihangatkan sehingga ke 28,000 darjah celsius yang bermaksud ianya lebih panas daripada permukaan matahari.

8. Taxi


Perkataan 'Taxi' dieja menggunakan huruf-huruf yang sama dalam beberapa bahasa iaitu Inggeris, Perancis, Jerman, Portugis dan juga Belanda.

9. Menangis


Ketika menangis, degupan jantung akan meningkat. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.

10. Mamalia


Mamalia serta buaya air masin menghasilkan air mata refleks untuk melindungi dan melicinkan air mata emosi.

11. Ulat Bulu tercantik


Serangga daripada jenis The Saddleback Caterpillar merupakan ulat bulu yang paling cantik dan comel kerana warna serta bentuknya.

Tetapi awas, jika terkena racunnya, ia boleh menyebabkan bengkak, rasa mual dan ruam dalam beberapa hari.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, May 13, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #17

Info Fakta Menarik Dunia #17

Selamat bertemu lagi buat para pembaca yang kami sayangi sekalian. Semoga maklumat yang dikongsi ini mampu menambahkan lagi ilmu yang bermanfaat buat kita. Kepada sesiapa yang dah tahu, tidak mengapa baca sekali lagi bagi menguatkan ingatan anda tentang fakta-fakta menarik ini.

1. Wanita berkelip


Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

2. Burung unta


Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.

3. Bunyi itik


Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).

4. Kuasa Taufan


Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.

5. Lembu


Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.

6. Takut Labah-labah


Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.

7. Umur


Satu dari dua bilion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.

8. Gajah


Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat.

9. Rama-rama


Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

10. Siput


Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.

11. Saiz mata manusia


Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.

12. TYPEWRITER


TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

13. Beruang kutub


Semua beruang kutub adalah kidal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, April 22, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #16

Info Fakta Menarik Dunia #16

Selamat bertemu lagi, kali ini admin sekali lagi akan menyajikan kepada para pembaca budiman info fakta menarik dari seluruh dunia untuk pengetahuan bersama, selamat membaca..

1. 'Sloth'


Seekor 'Sloth' bergerak pada kadar yang sangat perlahan sehinggakan alga hijau dapat tumbuh pada bulunya tanpa apa-apa gangguan.

2. Cinta pertama


Dua daripada lima orang di dunia ini akan berkahwin dengan cinta pertama mereka.

3. Hon Kereta


4. Lintah bulan


Lintah bulan mempunyai empat hidung.

5. Buah tomato


Pada awalnya, buah tomato dianggap sebagai bahan yang beracun.

6. Deria rasa


Menjelang usia 60 tahun, kebanyakan daripada kita akan kehilangan lebih separuh daripada deria rasa.

7. Cincin berlian


Sebelum tahun 1930-an, cincin bertatahkan berlian jarang-jarang sekali digunakan sebagai cincin pertunangan.

8. Rumpai laut


Sejenis ekstrak dari rumpai laut juga digunakan sebagai bahan untuk memekatkan aiskrim.

9. Tikus


Tikus yang jatuh dari bangunan lima tingkat akan jatuh tanpa sebarang kecederaan.

10. Pokok Oak


Pokok Oak ialah pokok yang paling sering disambar kilat berbanding mana-mana pokok lain di dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, April 08, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #15

Info Fakta Menarik Dunia #15

Banyak info menarik di dunia ini yang biasanya akan mengagumkan kita kerana ciptaan Allah yang begitu unik dan mempesona. Adakalanya ia diluar kotak pmikiran manusia. Begitu indah sekali ciptaan Tuhan kepada alam ini.

Berikut adalah antaranya.

1. Buaya


Seekor buaya boleh 'berlari' pada kadar kelajuan 11 batu sejam.

2. Kelip-kelip


Walaupun jangka hayat bagi seekor kelip-kelip hanyalah dalam tempoh 7 hari, namun masa yang ada tersebut akan sibuk digunakannya untuk mencari pasangannya.

3. Banjir molasses


Pada 15 januari 1919, berlaku satu kejadian banjir molasses (sejenis sirap) yang telah mengorbankan seramai 21 orang dan mencederakan 150 orang yang lain.

4. Manusia Dan Susu


Seorang manusia biasa akan mengambil sebanyak 26 gelen susu setiap tahun, termasuklah 28 paun daripadanya adalah unsur keju.

5. 7 eleven


Rangkaian kedai runcit yang paling besar di dunia ialah 7 eleven.

6. Burung merpati


Burung merpati sebenarnya dapat melihat cahaya ultra ungu.

7. Penanaman padi


Terdapat lebih satu bilion manusia yang terlibat dalam aktiviti penanaman padi.

8. Pokok-pokok Di Bandar


Pokok-pokok yang berada berhampiran dengan lampu-lampu jalan tidak akan menggugurkan daunnya sekerap pokok-pokok yang berada dikawasan pedalaman.

9. Labah-labah


Adalah dikatakan labah-labah yang digoreng mempunyai rasa menyamai kacang.

10. Jambatan Golden Gate


Jambatan Golden Gate pertama kali dibuka pada tahun 1937.

11. Presiden Amerika Syarikat


Tiada seorang pun daripada Presiden Amerika Syarikat yang dilahirkan sebagai anak tunggal.

12. Model di Amerika Syarikat


Majoriti model-model yang terdapat di Amerika Syarikat ialah lebih kurus daripada 98% wanita Amerika yang lain.

13. Pembakar roti


Tenaga dikatakan akan terbuang begitu sahaja jika pembakar roti dibiarkan tidak ditanggalkan daripada wayar suisnya selepas digunakan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, April 01, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #14

Info Fakta Menarik Dunia #14

Entri Info Fakta Menarik kali ini berkaitan dengan isu alam sekitar. Diakui masyarakat kita masih rendah tahap kesederan terhadap penjagaan alam sekitar. Buang sampah sesuka-hati dimerata-rata tempat.

faedah Kitar semula

Walhal, sampah sebenarnya boleh dikitar semula malah mampu mendatangkan pulangan lumayan dan yang lebih penting mampu menyelamatkan persekitaran bumi kita yang semakin tercemar.

Fakta Menarik Kitar Semula:

1. Dengan hanya mengitar semula satu tan kertas, kita boleh menjimatkan kira-kira 17 batang pokok, 7,000 gelen air, 79 gelen minyak, 587 paun pencemaran udara, 3.3 ela kubik kawasan tanah dan 4.077 watt jam masa tenaga yang digunakan.

2. Sebatang pokok berusia 15 tahun boleh menghasilkan lebih 700 beg membeli belah, namun jumlah beg itu boleh dihabiskan oleh sebuah pasaraya dalam tempoh kurang satu jam!

3. Di Amerika sahaja, secara purata, rakyatnya akan menggunakan 650 paun kertas setiap tahun yang mana jika kertas-kertas itu dikitar semula, dianggarkan sebanyak 100 juta tan kayu dapat diselamatkan setiap tahun.

4. Kos membina kilang kertas yang menggunakan kertas-kertas yang pernah digunakan adalah kurang 50% hingga 80% daripada kos membina kilang kertas yang menggunakan bahan baru untuk membuat kertas.

5. Jumlah kayu dan kertas yang kita buang setiap tahun adalah cukup untuk menghangatkan lebih 50,000,000 kediaman untuk tempoh 20 tahun.

6. Lebih separuh daripada karpet-karpet polyster yang dihasilkan di Amerika Syarikat sebenarnya menggunakan botol-botol air soda yang dikitar semula.

7. Dianggarkan setiap satu isirumah akan membuang sebanyak 13,000 keping kertas berasingan setiap tahun yang mana kebanyakannya adalah daripada kertas pembungkus ataupun surat-surat yang tidak penting.

8. Plastik-plastik yang dikitar semula ada yang dihasilkan semula sebagai pakaian, pot-pot bunga, jaket ski, bumper kereta dan sebagainya.

9. Pelbagai sampah daripada barangan plastik yang dibuang ke laut boleh menyebabkan kematian lebih 1,000,000 hidupan laut setiap tahun.

10. Dengan mengitar semula aluminium, kita akan menjimatkan sehingga 95% tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan aluminium itu daripada bahan asalnya iaitu Bauksit.

11. Sebenarnya, tiada had sebanyak mana aluminium itu boleh dikitar semula.

12. Pada setiap minit dalam setiap hari, dianggarkan kira-kira 113,205 tin-tin aluminium akan dikitar semula.

13. Setiap bulan, kita akan membuang begitu banyak botol-botol kaca ataupun jar sehinggakan jumlah itu boleh mnececah bangunan pencakar langit.

14. Hutan-hutan hujan kita sedang ditebang pada kadar 100 ekar bagi setiap minit untuk pelbagai tujuan.

15. Antara barangan yang boleh dihasilkan menggunakan aluminium yang dikitar semula adalah seperti perabot laman, barangan keperluan yang kecil, periuk pai dan sebagainya.

16. Minyak boleh dikitar semula, ditapis dan digunakan semula dan dengan itu mengurangkan kebergantungan kepada minyak-minyak import.

17. Secara puratanya, setiap seorang daripada kita akan menghasilkan kira-kira 4.4 paun sampah setiap hari yang jika dijumlahkan akan menghasilkan hampir satu tan sampah bagi setiap orang untuk tempoh setahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, March 25, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #13

Info Fakta Menarik Dunia #13

Banyak fakta menarik di dunia yang sebenarnya tidak pernah pun kita terfikir. Maklumlah, ilmu manusia ini sebenarnya sangat terhad berbanding begitu banyaknya fakta yang telah Allah turunkan kepada ciptaannya.

Berikut adalah antara fakta menarik yang mungkin masih ramai tidak mengetahuinya.

1. Pembakar roti


Sebuah pembakar roti menggunakan sehingga separuh daripada tenaga yang digunakan oleh sebuah oven bersaiz biasa.

2. Lipas


Kanak-kanak adalah lebih alah kepada lipas berbanding kucing.

3. Abu gunung berapi


Abu gunung berapi yang halus boleh didapati dalam sesetengah kandungan ubat gigi.

4. Duri landak


Orang-orang awal Roman dulu menggunakan duri landak sebagai pencungkil gigi.

5. Digigit oleh manusia


Dibandaraya New York, kira-kira 1,600 orang akan digigit oleh manusia lain pada setiap tahun.

6. Berkebun


Untuk mengekalkan tulang yang sihat, salah satu senaman yang paling sesuai diamalkan ialah dengan berkebun.

7. Pencemaran dalaman


Pencemaran dalaman adalah lebih 10 kali lebih bertoksik berbanding pencemaran luaran.

8. Bayi bermimpi


Bayi akan menghabiskan banyak masa mereka untuk bermimpi berbanding orang-orang dewasa.

9. Nilon


Nilon diperbuat daripada arang batu dan petroleum.

10. Minyak motor


Kira-kira satu gelen minyak motor yang telah digunakan boleh merosakkan kira-kira satu juta gelen air jernih.

11. Lampin pakai buang


Secara puratanya, satu-satu lampin pakai buang boleh menampung sehingga 7 paun berat cecair.

12. Asteroid


Sesetengah asteroid mempunyai asteroid yang lain yang mengelilinginya.

13. Udara paling bersih


Jika kita perlukan udara yang bersih, maka bolehlah berkunjung ke Tasmania kerana disana dikatakan adalah yempat yang mempunyai udara paling bersih didunia.

14. Lautan Atlantik


Lautan Atlantik dikatakan lebih masin berbanding Lautan Pasifik.

15. Meja pejabat


Secara puratanya sesebuah meja di pejabat mempunyai 400 kali lebih bakteria jika dibandingkan dengan sesebuah tandas.

16. Teflon


Bahan yang paling licin di dunia ialah teflon.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com