Monday, March 25, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #13


Banyak fakta menarik di dunia yang sebenarnya tidak pernah pun kita terfikir. Maklumlah, ilmu manusia ini sebenarnya sangat terhad berbanding begitu banyaknya fakta yang telah Allah turunkan kepada ciptaannya.

Berikut adalah antara fakta menarik yang mungkin masih ramai tidak mengetahuinya.

1. Pembakar roti


Sebuah pembakar roti menggunakan sehingga separuh daripada tenaga yang digunakan oleh sebuah oven bersaiz biasa.

2. Lipas


Kanak-kanak adalah lebih alah kepada lipas berbanding kucing.

3. Abu gunung berapi


Abu gunung berapi yang halus boleh didapati dalam sesetengah kandungan ubat gigi.

4. Duri landak


Orang-orang awal Roman dulu menggunakan duri landak sebagai pencungkil gigi.

5. Digigit oleh manusia


Dibandaraya New York, kira-kira 1,600 orang akan digigit oleh manusia lain pada setiap tahun.

6. Berkebun


Untuk mengekalkan tulang yang sihat, salah satu senaman yang paling sesuai diamalkan ialah dengan berkebun.

7. Pencemaran dalaman


Pencemaran dalaman adalah lebih 10 kali lebih bertoksik berbanding pencemaran luaran.

8. Bayi bermimpi


Bayi akan menghabiskan banyak masa mereka untuk bermimpi berbanding orang-orang dewasa.

9. Nilon


Nilon diperbuat daripada arang batu dan petroleum.

10. Minyak motor


Kira-kira satu gelen minyak motor yang telah digunakan boleh merosakkan kira-kira satu juta gelen air jernih.

11. Lampin pakai buang


Secara puratanya, satu-satu lampin pakai buang boleh menampung sehingga 7 paun berat cecair.

12. Asteroid


Sesetengah asteroid mempunyai asteroid yang lain yang mengelilinginya.

13. Udara paling bersih


Jika kita perlukan udara yang bersih, maka bolehlah berkunjung ke Tasmania kerana disana dikatakan adalah yempat yang mempunyai udara paling bersih didunia.

14. Lautan Atlantik


Lautan Atlantik dikatakan lebih masin berbanding Lautan Pasifik.

15. Meja pejabat


Secara puratanya sesebuah meja di pejabat mempunyai 400 kali lebih bakteria jika dibandingkan dengan sesebuah tandas.

16. Teflon


Bahan yang paling licin di dunia ialah teflon.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

2 comments

  1. fakta mengenai artis tak ada ke

    ReplyDelete
  2. Untuk info srtis, sila lawat kategori, Cerita Panas dan hiburan.. ;)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon