Monday, March 18, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #12

Info Fakta Menarik Dunia #12

Dunia adalah tempat yang sangat luar biasa kerana ada banyak perkara yang terjadi selama lebih dari jutaan tahun usia Bumi, dari yang sebesar-besar kejadian sehingga hal-hal kecil dalam hidup manusia dan tak semua fakta itu kita diketahui.

Berikut adalah sebahagian kecil darinya.

1. Lidah


Lidah adalah otot yang terkuat dalam badan kita.

2. Jantung


Jantung akan berhenti selama 1mili-saat ketika kita bersin.

3. Bahaya Bersin


Patah tulang rusuk, pembuluh darah di kepala dan leher terputus, dan kematian boleh terjadi jika anda bersin dengan terlalu kuat.

4. Darah


Darah dapat dipam sejauh 30 kaki oleh jantung manusia.

5. Headphone


Headphone yang dipakai selama satu jam dapat menstimulasikan perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda.

6. Jari


Selain jari, lidah juga mempunyai ruas yang berlainan.

7. Payu Dara


"Seseorang wanita yang ingin memperbesarkan ukuran bahagian dada haruslah menyanyi dengan suara lantang." - Hippocrates.

8. Sedu


Wanita kurang tersedu berbanding lelaki.

9. Rokok


Jika rokok direndam dalam air dan dibiarkan selama beberapa minit, ia akan membunuh seseorang itu dengan serta merta jika air rendaman rokok itu diletakkan dalam pembuluh darah seseorang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, March 11, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #11

Info Fakta Menarik Dunia #11

Mungkin anda ingin mengenali diri dengan lebih dekat dan menyenaraikan kelebihan yang ada pada diri, terutamanya dalam soal kasih sayang dan cinta. Bayangkan selama ini anda tidak menggunakan kebolehan dalam diri anda dengan baik untuk kesejahteraan ramai terutamanya kepada orang yang anda sayangi? Ada apa pada diri seorang lelaki sebenarnya?


Fakta-fakta menarik yang perlu anda tahu mengenai lelaki:

1. Jumlah air mani lelaki tidak lebih daripada 2 sudu teh ketika ejakulasi berlaku.

2. Lelaki ingin membuatkan seorang disayangi sentiasa gembira. Dia akan mudah merasa senang apabila sumbangannya dihargai.

3. Seseorang lelaki berejakulasi sebanyak 7200 kali sepanjang hayat secara puratanya.

4. Lelaki tidak semestinya akan terpikat kepada wanita disebabkan oleh kecantikan mereka sahaja, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan yang ada pada seorang wanita.

5. Seseorang lelaki melancap/masturbasi sebanyak 2000 kali secara puratanya sepanjang hayat mereka.

6. 60% daripada jumlah lelaki di dunia ini pernah melancap, masturbasi.

7. 14 gelen air mani lelaki akan terhasil jika air mani tersebut dikumpulkan sepanjang hayatnya.

8. Kelajuan pancutan air mani ketika ejakulasi adalah 55 km/jam.

9. Jumlah kalori bagi satu sudu air mani adalah 7 kalori.

10. Apabila seorang lelaki berhadapan dengan wanita yang mereka sukai, mereka akan mula merasa gugup.

11. Lelaki juga sangat benci apabila dikhianati walaupun luaran mereka yang terlalu ego, keras dan kuat, hakikatnya mereka juga adalah makhluk yang lemah.

12. Waktu menghairahkan bagi seseorang lelaki untuk bersetubuh adalah pagi hari.

13. Untuk menguatkan kemampuan alat seksual anda adalah berhenti merokok, bersenam dan jaga pemakanan.

14. Makanan untuk menguatkan kemampuan alat seksual anda adalah kerang, daging tanpa lemak, roti gandum dan seafood.

15. Walaupun seharian mereka sibuk menjalani aktiviti bersama rakan-rakannya, mereka tidak akan melupakan anda dan mereka akan senyum sebelum tidur membayangkan betapa bahagianya dia bersama orang yang disayanginya, bukan sahaja kepada wanita, tetapi anak atau yang rapat denganya.

16. Secara umumnya bau air mani bergantung pada apa yang dimakan. Jika terlalu banyak makan makanan berlemak baunya adalah hanyir dan jika pemakanan anda seimbang baunya sedikit hamis. Dan jika makan asparagus bau air mani akan menjadi sangat kuat.

17. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai seorang wanita, mereka akan menerima anda seadanya tanpa mengira ketrampilan anda. Walaupun anda gemuk, gelap dan tidak seberapa cantik. Pada mereka, anda adalah puteri yang mereka mahukan.

18. Rekod dunia zakar terpanjang adalah sepanjang 13.5 inchi lebih kurang 34.29 cm.

19. Lelaki sangat sukakan wanita yang sentiasa senyum dihadapan mereka. Ianya membuatkan mereka berasa tenang.

20. Wanita hanya memerlukan zakar sepanjang 6 cm sahaja untuk memuaskan mereka. Jadi, jangan la rasa rendah diri jika ‘benda’ anda pendek ye.

21. Lelaki tidak suka apabila anda menceritakan tentang bekas kekasih anda kerana mereka akan mula bersikap cemburu jika menndengar kisah tersebut.

22. Lelaki juga akan menangis dalam situasi yang tertentu. Ketika mereka kecewa dan sedih, mereka juga akan menangis seperti seorang wanita. Berikan pelukan atau kata-kata semangat kerana bagi mereka, anda sahaja sudah cukup untuk membantu.

23. Lelaki lebih sensitif terhadap nada suara yang anda keluarkan kepada mereka. Mereka akan rasa seperti mereka sedang dipersalahkan hanya daripada cara anda bercakap kepada mereka.

24. Jangan cuba untuk buat lelaki marah kerana mereka akan mudah marah.

25. Lelaki kebanyakannya mempunyai pemikiran yang logikal dan akan mengambil masa untuk membuat pilihan. Berikan mereka masa sebanyak mana yang mungkin. Inilah cara yang perlu dibuat.

26. Saat anda buat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah dapat melupakannya. Boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah untuk melupakan berbanding wanita.

27. Lelaki selalu ingin berkongsi semua hal dengan anda tetapi ada masa mereka tidak boleh perkatakan semua hal. Jangan paksa mereka untuk menceritakannya jika mereka belum bersedia.

28. Lelaki akan mendapat semangat yang kuat untuk berubah jika mereka mendapat sokongan yang kuat daripada teman wanita mereka.

29. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka, tetapi bukan bermaksud lelaki itu menyukai wanita itu.

30. Kebanyakan lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman mereka, tidak seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka suka baca.

31. Lelaki akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian daripada wanita yang mereka sukai.

32. Lelaki paling tidak suka jika kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua-duaan walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

33. Apabila lelaki benar-benar ingin berjumpa dengan ibu bapa wanita itu, ini bermakna mereka serius untuk menjadi pasangan anda.

34. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas berbanding wanita yang hanya tahu berfesyen.

35. Lelaki akan menyimpan sebahagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kepada orang yang disayangi, termasuk wanita, anak dan ibunya.

36. Ketika lelaki inginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Mereka cenderung memendam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah untuk direalisasikan.

37. Anda juga tidak akan dapat memahami lelaki, kecuali jika anda mencari waktu yang sesuai untuk mendengar keluhan daripada mereka dan bukan sahaja menceritakan tentang diri anda.

38. Jika lelaki mula bersikap serius terhadap hubungannya, jangan merasa terkejut jika mereka ingin menjemput dan menghantar anda ke mana sahaja anda ingin pergi.

39. Wanita adalah kelemahan bagi setiap lelaki. Apabila anda menitiskan air mata, mereka akan mula berasa bersalah. Mereka sangat tidak suka melihat anda bersedih.

40. Jika ada seorang lelaki yang ingin menceritakan masalahnya, anda hanya perlu mendengar sahaja tanpa perlu memberik nasihat atau menyalahi dirinya.

41. Imaginasi lelaki tiada had dan mereka boleh membayangkan apa sahaja.

42. Lelaki akan memaafkan kesalahan pertama yang dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan seterusnya.

43. Kebanyakan lelaki tidak mengendahkan tentang ketinggian wanita, akan tetapi mereka lebih pentingkan berat seorang wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, March 04, 2013

Info Fakta Menarik #Rekod Dunia

Info Fakta Menarik #Rekod Dunia

Mencipta rekod dunia bukanlah mudah kerana anda terpaksa bersaing dengan ramai orang luar biasa di serata dunia yang sentiasa berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mencipta atau memecahkan rekod sedia ada.

Tahukah anda beberapa fakta menarik tentang golongan ini di seluruh dunia? Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang mereka.

1. Rekod dunia menangkap anak panah


Joe Alexander dari Jerman memegang rekod dunia kerana menangkap 43 anak panah yang dituju kepadanya. Rekod anak panah yang ditangkap dipecahkan oleh beliau sebelum itu adalah sebanyak 36 anak panah.

2. Memecahkan batu konkrit


Joe Alexander juga memecahkan 24 batu konkrit yang disusun berlapis dengan memegang sebiji telur ayam tanpa mmecahkan telur ayam tersebut. Rekod sebelum dalam kategori yang sama adalah sebanyak 14 batu konkrit.

3. Ibu termuda di dunia

Sehingga kini, rekod individu paling muda pernah melahirkan anak dipegang oleh seorang kanak-kanak bernama Lina Marcela Media de Jurado atau lebih dikenali dengan nama Lina Medina.

Dia lahir pada 23 September 1933 dan melahirkan anaknya melalui pembedahan, ketika baru berusia 5 tahun 7 bulan dan 21 hari. Pembedahan terpaksa dilakukan disebabkan saiz pelviknya yang terlalu kecil untuk melakukan prosedur bersalin normal.

4. Arca berbentuk bola ragbi


Alistair Galpin dari New Zealand memegang rekod Guiness World dengan arca berbentuk bola ragbi yang dibuat dengan menggunakan 19,205 tudung botol dan mengambil masa selama 18 bulan untuk membina arca tersebut

5. Ibu tertua di dunia

Walaupun terdapat beberapa percanggahan dalam rekod, ibu tertua di dunia yang melahirkan anak dipegang oleh Daljinder Kaur dari Haryana, India. Berusia 72 tahun semasa melahirkan anaknya yang diberi nama Arman pada 19 April 2016, merupakan anak pertama beliau selepas menunggu sekian lama.

Perkahwinannya dengan suami yang berumur 79 tahun ketika itu tidak memberikan mereka cahaya mata, jadi Daljinder mendapatkan rawatan persenyawaaan benih dengan teknik IVF.

6. Maine Coon bernama Stewie


Kucing jenis Maine Coon yang bernama Stewie, mencatatkan rekod sebagai kucing yang mempunyai badan paling panjang iaitu 48.5 inci dari hujung hidungnya hingga ke hujung ekornya.

7. Labu paling berat di dunia


Labu paling berat di dunia. Labu yang mempunyai berat 1,810.5 paun ini di tanam di Wisconsin oleh Chris Stevens.

8. Hidung paling panjang


Hidung paling panjang yang pernah diukur dan dicatatkan adalah milik Mehmet Ozyurek dari Turki yang berukuran 8.8 cm yang diukur dari dahi aras kening hingga hujung bawah hidung.

9. Daya magnet dari badan


Melekatkan sebanyak 17 sudu-sudu dengan menggunakan daya magnet dari badan telah dilakukan oleh Aaron Caissie dari Kanada.

10. "Straw"


Rekod memasukkan "straw" sebanyak 400 batang dan berjaya menahannya selama 10 saat telah dipegang oleh Simon Elmore dari Jerman

11. Koleksi Patung Smurf


Stephen Parkes dari United kingdom pula berbeza caranya mendapat rekod. Beliau memegang rekod sebagai individu yang banyak menyimpan koleksi patung-patung smurf iaitu sebanyak 1,061 patung smurf. Koleksi ini disimpan sejak kanak-kanak lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, February 25, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #9/2013

Info Fakta Menarik Dunia #9/2013

Watak Valdermort dalam filem-filem Harry Potter telah dimainkan oleh seramai enam orang aktor.


Novel 'Alice in Wonderland' oleh Lewis Caroll pertama kali diterbitkan pada 26 November tahun 1865.


Surat khabar harian tertua yang masih wujud ialah 'Wiener Zeitung' di Austria yang telah mula diterbitkan sejak tahun 1703.


Penulis novel, Barbara Cartland akan menyiapkan novelnya setiap 2 minggu sekali menyebabkan lebih 723 buah novelnya berjaya diterbitkan.


Samual Johnson ialah orang pertama yang bertanggungjawab untuk menulis kamus Bahasa Inggeris pada tahun 1755.


Lebih 4 billion telefon bimbit yang digunakan ketika ini diseluruh dunia dan kira-kira 3 juta terjual setiap hari.


Rambut yang dipindah dan ditanam semula akan mengambil masa selama 3 bulan sebelum mula tumbuh semula.


Lebih 25% daripada hutan dunia terletak di Siberia.


Sejenis instrumen muzik angin iaitu 'ocarina' juga dikenali sebagai 'sweet potato'.


Secara puratanya, manusia boleh menahan nafas selama 1 minit tetapi rekod untuk menahan nafas paling lama telah dilakukan oleh David Merlini selama 21 minti dan 29 saat.


-SP

Monday, February 18, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #8/2013

Info Fakta Menarik Dunia #8/2013

Epal-epal yang berlainan akan ditanam untuk tujuan berlainan misalnya untuk dimakan terus, dijadikan cuka ataupun untuk masakan.

Negara China ialah pengeluar epal terbesar di dunia diikuti oleh negara Amerika Syarikat.


Seekor helang mampu membunuh seekor rusa dan menerbangkannya.


Perbelanjaan global untuk kesihatan dan nutrisi mencecah sehingga 2.1 trilion.


Mengikut fakta sebenar, terdapat 92 kes yang melaporkan bahawa bom nuklear hilang dilautan.


Satu gelen gasolin akan menghasilkan 8.8 kilogram karbon dioksida.


Terjunan payung terjun pertama di dunia telah dilakukan oleh Kapten Berry di St. Louis, Missouri pada tahun 1912.


Ikan yang paling lambat bergerak ialah kuda laut jenis 'dwarf' yang bergerak pada kadar 0.01 batu sejam.


Burung belatuk tidak akan mendapat sakit kepala walaupun asyik mematuk pokok kerana tengkoraknya mempunyai poket udara untuk memberi keselesaan kepada otaknya.


Ketam yang paling kecil di dunia ialah dari jenis 'pea'.


-SP

Monday, February 11, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #7/2013

Info Fakta Menarik Dunia #7/2013

Dikatakan di kepulauan Carribean terdapat tiram-tiram yang mampu untuk memanjat pokok.


Tulang rusuk kita akan bergerak lebih lima juta kali setahun.


Kajian menunjukkan yang warna merah boleh mempengaruhi seseorang itu tidak cemerlang dalam peperiksaan.


Filem pertama hasil karya Tim Burton bertajuk 'Vincent', sebuah filem hitam putih berdurasi hanya enam minit.


Angsa putih boleh terbang pada kelajuan sehingga 60 batu sejam.


Flamingo liar dikatakan berwarna merah jambu kerana ia banyak makan bahan seperti serangga dan alga.


Keju 'gorgonzola' dikatakan berasal dari tahun 879 lagi.


Ketakutan kepada sayur-sayuran digelar 'lachanophobia'.


Karamel dikatakan telah dicipta oleh orang-orang Arab.


Lebih 600 bentuk pasta yang dihasilkan dan boleh ditemui di seluruh dunia.


-SP

Monday, February 04, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #6/2013

Info Fakta Menarik Dunia #6/2013

Pernah ke negara Jepun? Mungkin ada yang sudah pernah tapi mungkin ramai lagi yang tak pernah kan. Kali ini ada beberapa fakta menarik yang dapat dikumpulkan tentang negara Jepun sebagai menambah ilmu pengetahuan kita.


Jangan letakkan 'chopstick' secara menegak didalam mangkuk nasi anda kerana ia adalah satu budaya lama Jepun untuk memberikan nasi tersebut kepada orang mati. Kalaupun tidak, ia tetap dianggap satu perbuatan yang tidak baik.

Jepun mengalami lebih kurang 1500 gempa bumi setiap tahun.

Terdapat lebih 200 buah gunung berapi di Jepun.

Walaupun mengorek hidung atau kencing ditepi jalan diterima dalam masyarakat disana tapi menghembus hidung dikhalayak awam adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Kebolehan menggubah bunga dianggap sebagai seni di Jepun.

Penduduk Jepun kebanyakkannya mengambil nasi untuk dimakan semasa sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam.

Untuk menunggu pesanan pizza anda dihantar, akan memakan masa selama 1 hingga 2 jam. Penduduk Jepun gemar pizza mereka diletakkan dengan mayonis, jagung dan juga biji bijan.

Jika mendapat hadiah, tidak boleh mengoyak kertas pembalutnya kerana dianggap satu perbuatan yang tidak sopan.

Di stesen-stesen keretapi, wanita-wanita muda akan memberikan anda kertas tisu tandas.

Hampir tidak terdapat vandalism di Jepun!

Pam atendan distesen minyak akan tunduk hormat kepada kereta yang keluar dari stesen minyak.

Sebiji epal di Jepun berharga USD$2 dolar!

Jika menghadiri upacara perkahwinan ataupun kematian, membawa bersama wang ataupun hadiah adalah menjadi perkara yang wajib.

Penduduk Jepun mandi air panas setiap malam walaupun kemudahan itu tidak terdapat dirumah mereka.

Mengatakan 'tidak' secara langsung adalah satu perbuatan yang dianggap tidak bermaruah.

Lampu trafik hijau disana dipanggil 'biru'.

Tidak ada mesin ATM yang beroperasi 24 jam disana malahan ia ditutup pada hari cuti dan kebanyakkannya beroperasi pada waktu bekerja sahaja.

Menjadi kebiasaan, seseorang yang berpindah kerumah baru, patut memberikan antara 1000 dolar ke 2,000 dolar kepada pemilik rumah tersebut.

Kebanyakan orang Jepun tidak boleh memandu dengan baik.

-SP