Monday, February 25, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #9/2013


Watak Valdermort dalam filem-filem Harry Potter telah dimainkan oleh seramai enam orang aktor.


Novel 'Alice in Wonderland' oleh Lewis Caroll pertama kali diterbitkan pada 26 November tahun 1865.


Surat khabar harian tertua yang masih wujud ialah 'Wiener Zeitung' di Austria yang telah mula diterbitkan sejak tahun 1703.


Penulis novel, Barbara Cartland akan menyiapkan novelnya setiap 2 minggu sekali menyebabkan lebih 723 buah novelnya berjaya diterbitkan.


Samual Johnson ialah orang pertama yang bertanggungjawab untuk menulis kamus Bahasa Inggeris pada tahun 1755.


Lebih 4 billion telefon bimbit yang digunakan ketika ini diseluruh dunia dan kira-kira 3 juta terjual setiap hari.


Rambut yang dipindah dan ditanam semula akan mengambil masa selama 3 bulan sebelum mula tumbuh semula.


Lebih 25% daripada hutan dunia terletak di Siberia.


Sejenis instrumen muzik angin iaitu 'ocarina' juga dikenali sebagai 'sweet potato'.


Secara puratanya, manusia boleh menahan nafas selama 1 minit tetapi rekod untuk menahan nafas paling lama telah dilakukan oleh David Merlini selama 21 minti dan 29 saat.


-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon