May 21, 2016

Makan Sotong Kering Lebih Bahaya Dari Asap Rokok?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

Bahaya+sotong+kering

Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang.

Selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

Para penggemar sotong pasti kecewa apabila mengetahui makanan laut itu sebenarnya mengandungi logam sejenis kadmium yang boleh didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat.

Kandungan kadmium tersebut juga dikatakan mampu menyebabkan peminatnya berisiko menghidapi kanser payu dara dan prostat serta berupaya mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

Pendedahan mengejutkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu turut mendedahkan bahawa makanan laut kering lain seperti tiram dan udang juga mengandungi kadmium.

Mengikut Peraturan Makanan 1985, jumlah kadmium yang terkandung dalam makanan tidak seharusnya melebihi 1.00 bahagian persejuta.
Kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran dalam bateri, konduktor elektrik pembuatan aloi, pigmen dan plastik selain memantapkan baja fosfat.

Selain menjadi bahan kimia pengganggu endrokrin (EDC), kadmium juga mempunyai kesan buruk ke atas organ tertentu dalam tubuh kerana kadar serapan bertambah jika kekurangan kalsium dan zat besi.

Katanya, kadmium dibawa menerusi aliran darah oleh sel-sel darah merah dan molekul protein yang besar.

Kebanyakan beban kadmium dalam tubuh terkumpul dalam hati dan buah pinggang. Walaupun buah pinggang menjadi organ sasaran kadmium kesan-kesan lain mungkin berlaku dalam tulang dan perut.

Mazhab Hanafi Haramkan Makan Sotong

Sebenarnya banyak perkara yang berbeza dalam mazhab Hanafi berbanding mazhab Syafie dan majoriti, contohnya kaki tidak menjadi aurat bagi wanita, cara azan dan iqamah, solat jamak, cara solat, najis dan macam-macam lagi.

Sebenarnya dalam banyak-banyak mazhab, aliran Hanafi sahaja yang agak berbeza dari aspek makanan kerana mereka mengharamkan memakan makanan selain daripada ikan.

Paling ringan pun dalam mazhab Hanafi, makan udang ada yang mengatakan makruh dan kebanyakannya haram. Sotong, ketam dan lain-lain lagi sudah tentulah.

Oleh kerana itu, mereka juga menganggap industri makanan laut haram bagi mereka dan kita janganlah pula pelik dengan pandangan ini.

Kalau dikaji asas hukum ini bukan sembarangan dalil yang mereka gunakan.

Malah, tafsiran mereka dalam konteks ini dikatakan lebih konsisten berbanding mazhab Syafie.

Wallahu A'lam.

BACA INI JUGA:

Sumber: Kosmo

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Ishh bahaya tu... baru tahu ni. Thanks sharing SP

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon