Monday, March 11, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #11


Mungkin anda ingin mengenali diri dengan lebih dekat dan menyenaraikan kelebihan yang ada pada diri, terutamanya dalam soal kasih sayang dan cinta. Bayangkan selama ini anda tidak menggunakan kebolehan dalam diri anda dengan baik untuk kesejahteraan ramai terutamanya kepada orang yang anda sayangi? Ada apa pada diri seorang lelaki sebenarnya?


Fakta-fakta menarik yang perlu anda tahu mengenai lelaki:

1. Jumlah air mani lelaki tidak lebih daripada 2 sudu teh ketika ejakulasi berlaku.

2. Lelaki ingin membuatkan seorang disayangi sentiasa gembira. Dia akan mudah merasa senang apabila sumbangannya dihargai.

3. Seseorang lelaki berejakulasi sebanyak 7200 kali sepanjang hayat secara puratanya.

4. Lelaki tidak semestinya akan terpikat kepada wanita disebabkan oleh kecantikan mereka sahaja, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan yang ada pada seorang wanita.

5. Seseorang lelaki melancap/masturbasi sebanyak 2000 kali secara puratanya sepanjang hayat mereka.

6. 60% daripada jumlah lelaki di dunia ini pernah melancap, masturbasi.

7. 14 gelen air mani lelaki akan terhasil jika air mani tersebut dikumpulkan sepanjang hayatnya.

8. Kelajuan pancutan air mani ketika ejakulasi adalah 55 km/jam.

9. Jumlah kalori bagi satu sudu air mani adalah 7 kalori.

10. Apabila seorang lelaki berhadapan dengan wanita yang mereka sukai, mereka akan mula merasa gugup.

11. Lelaki juga sangat benci apabila dikhianati walaupun luaran mereka yang terlalu ego, keras dan kuat, hakikatnya mereka juga adalah makhluk yang lemah.

12. Waktu menghairahkan bagi seseorang lelaki untuk bersetubuh adalah pagi hari.

13. Untuk menguatkan kemampuan alat seksual anda adalah berhenti merokok, bersenam dan jaga pemakanan.

14. Makanan untuk menguatkan kemampuan alat seksual anda adalah kerang, daging tanpa lemak, roti gandum dan seafood.

15. Walaupun seharian mereka sibuk menjalani aktiviti bersama rakan-rakannya, mereka tidak akan melupakan anda dan mereka akan senyum sebelum tidur membayangkan betapa bahagianya dia bersama orang yang disayanginya, bukan sahaja kepada wanita, tetapi anak atau yang rapat denganya.

16. Secara umumnya bau air mani bergantung pada apa yang dimakan. Jika terlalu banyak makan makanan berlemak baunya adalah hanyir dan jika pemakanan anda seimbang baunya sedikit hamis. Dan jika makan asparagus bau air mani akan menjadi sangat kuat.

17. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai seorang wanita, mereka akan menerima anda seadanya tanpa mengira ketrampilan anda. Walaupun anda gemuk, gelap dan tidak seberapa cantik. Pada mereka, anda adalah puteri yang mereka mahukan.

18. Rekod dunia zakar terpanjang adalah sepanjang 13.5 inchi lebih kurang 34.29 cm.

19. Lelaki sangat sukakan wanita yang sentiasa senyum dihadapan mereka. Ianya membuatkan mereka berasa tenang.

20. Wanita hanya memerlukan zakar sepanjang 6 cm sahaja untuk memuaskan mereka. Jadi, jangan la rasa rendah diri jika ‘benda’ anda pendek ye.

21. Lelaki tidak suka apabila anda menceritakan tentang bekas kekasih anda kerana mereka akan mula bersikap cemburu jika menndengar kisah tersebut.

22. Lelaki juga akan menangis dalam situasi yang tertentu. Ketika mereka kecewa dan sedih, mereka juga akan menangis seperti seorang wanita. Berikan pelukan atau kata-kata semangat kerana bagi mereka, anda sahaja sudah cukup untuk membantu.

23. Lelaki lebih sensitif terhadap nada suara yang anda keluarkan kepada mereka. Mereka akan rasa seperti mereka sedang dipersalahkan hanya daripada cara anda bercakap kepada mereka.

24. Jangan cuba untuk buat lelaki marah kerana mereka akan mudah marah.

25. Lelaki kebanyakannya mempunyai pemikiran yang logikal dan akan mengambil masa untuk membuat pilihan. Berikan mereka masa sebanyak mana yang mungkin. Inilah cara yang perlu dibuat.

26. Saat anda buat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah dapat melupakannya. Boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah untuk melupakan berbanding wanita.

27. Lelaki selalu ingin berkongsi semua hal dengan anda tetapi ada masa mereka tidak boleh perkatakan semua hal. Jangan paksa mereka untuk menceritakannya jika mereka belum bersedia.

28. Lelaki akan mendapat semangat yang kuat untuk berubah jika mereka mendapat sokongan yang kuat daripada teman wanita mereka.

29. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka, tetapi bukan bermaksud lelaki itu menyukai wanita itu.

30. Kebanyakan lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman mereka, tidak seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka suka baca.

31. Lelaki akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian daripada wanita yang mereka sukai.

32. Lelaki paling tidak suka jika kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua-duaan walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

33. Apabila lelaki benar-benar ingin berjumpa dengan ibu bapa wanita itu, ini bermakna mereka serius untuk menjadi pasangan anda.

34. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas berbanding wanita yang hanya tahu berfesyen.

35. Lelaki akan menyimpan sebahagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kepada orang yang disayangi, termasuk wanita, anak dan ibunya.

36. Ketika lelaki inginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Mereka cenderung memendam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah untuk direalisasikan.

37. Anda juga tidak akan dapat memahami lelaki, kecuali jika anda mencari waktu yang sesuai untuk mendengar keluhan daripada mereka dan bukan sahaja menceritakan tentang diri anda.

38. Jika lelaki mula bersikap serius terhadap hubungannya, jangan merasa terkejut jika mereka ingin menjemput dan menghantar anda ke mana sahaja anda ingin pergi.

39. Wanita adalah kelemahan bagi setiap lelaki. Apabila anda menitiskan air mata, mereka akan mula berasa bersalah. Mereka sangat tidak suka melihat anda bersedih.

40. Jika ada seorang lelaki yang ingin menceritakan masalahnya, anda hanya perlu mendengar sahaja tanpa perlu memberik nasihat atau menyalahi dirinya.

41. Imaginasi lelaki tiada had dan mereka boleh membayangkan apa sahaja.

42. Lelaki akan memaafkan kesalahan pertama yang dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan seterusnya.

43. Kebanyakan lelaki tidak mengendahkan tentang ketinggian wanita, akan tetapi mereka lebih pentingkan berat seorang wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon