Monday, March 04, 2013

Info Fakta Menarik #Rekod Dunia


Mencipta rekod dunia bukanlah mudah kerana anda terpaksa bersaing dengan ramai orang luar biasa di serata dunia yang sentiasa berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mencipta atau memecahkan rekod sedia ada.

Tahukah anda beberapa fakta menarik tentang golongan ini di seluruh dunia? Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang mereka.

1. Rekod dunia menangkap anak panah


Joe Alexander dari Jerman memegang rekod dunia kerana menangkap 43 anak panah yang dituju kepadanya. Rekod anak panah yang ditangkap dipecahkan oleh beliau sebelum itu adalah sebanyak 36 anak panah.

2. Memecahkan batu konkrit


Joe Alexander juga memecahkan 24 batu konkrit yang disusun berlapis dengan memegang sebiji telur ayam tanpa mmecahkan telur ayam tersebut. Rekod sebelum dalam kategori yang sama adalah sebanyak 14 batu konkrit.

3. Ibu termuda di dunia

Sehingga kini, rekod individu paling muda pernah melahirkan anak dipegang oleh seorang kanak-kanak bernama Lina Marcela Media de Jurado atau lebih dikenali dengan nama Lina Medina.

Dia lahir pada 23 September 1933 dan melahirkan anaknya melalui pembedahan, ketika baru berusia 5 tahun 7 bulan dan 21 hari. Pembedahan terpaksa dilakukan disebabkan saiz pelviknya yang terlalu kecil untuk melakukan prosedur bersalin normal.

4. Arca berbentuk bola ragbi


Alistair Galpin dari New Zealand memegang rekod Guiness World dengan arca berbentuk bola ragbi yang dibuat dengan menggunakan 19,205 tudung botol dan mengambil masa selama 18 bulan untuk membina arca tersebut

5. Ibu tertua di dunia

Walaupun terdapat beberapa percanggahan dalam rekod, ibu tertua di dunia yang melahirkan anak dipegang oleh Daljinder Kaur dari Haryana, India. Berusia 72 tahun semasa melahirkan anaknya yang diberi nama Arman pada 19 April 2016, merupakan anak pertama beliau selepas menunggu sekian lama.

Perkahwinannya dengan suami yang berumur 79 tahun ketika itu tidak memberikan mereka cahaya mata, jadi Daljinder mendapatkan rawatan persenyawaaan benih dengan teknik IVF.

6. Maine Coon bernama Stewie


Kucing jenis Maine Coon yang bernama Stewie, mencatatkan rekod sebagai kucing yang mempunyai badan paling panjang iaitu 48.5 inci dari hujung hidungnya hingga ke hujung ekornya.

7. Labu paling berat di dunia


Labu paling berat di dunia. Labu yang mempunyai berat 1,810.5 paun ini di tanam di Wisconsin oleh Chris Stevens.

8. Hidung paling panjang


Hidung paling panjang yang pernah diukur dan dicatatkan adalah milik Mehmet Ozyurek dari Turki yang berukuran 8.8 cm yang diukur dari dahi aras kening hingga hujung bawah hidung.

9. Daya magnet dari badan


Melekatkan sebanyak 17 sudu-sudu dengan menggunakan daya magnet dari badan telah dilakukan oleh Aaron Caissie dari Kanada.

10. "Straw"


Rekod memasukkan "straw" sebanyak 400 batang dan berjaya menahannya selama 10 saat telah dipegang oleh Simon Elmore dari Jerman

11. Koleksi Patung Smurf


Stephen Parkes dari United kingdom pula berbeza caranya mendapat rekod. Beliau memegang rekod sebagai individu yang banyak menyimpan koleksi patung-patung smurf iaitu sebanyak 1,061 patung smurf. Koleksi ini disimpan sejak kanak-kanak lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon