Monday, April 01, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #14


Entri Info Fakta Menarik kali ini berkaitan dengan isu alam sekitar. Diakui masyarakat kita masih rendah tahap kesederan terhadap penjagaan alam sekitar. Buang sampah sesuka-hati dimerata-rata tempat.

faedah Kitar semula

Walhal, sampah sebenarnya boleh dikitar semula malah mampu mendatangkan pulangan lumayan dan yang lebih penting mampu menyelamatkan persekitaran bumi kita yang semakin tercemar.

Fakta Menarik Kitar Semula:

1. Dengan hanya mengitar semula satu tan kertas, kita boleh menjimatkan kira-kira 17 batang pokok, 7,000 gelen air, 79 gelen minyak, 587 paun pencemaran udara, 3.3 ela kubik kawasan tanah dan 4.077 watt jam masa tenaga yang digunakan.

2. Sebatang pokok berusia 15 tahun boleh menghasilkan lebih 700 beg membeli belah, namun jumlah beg itu boleh dihabiskan oleh sebuah pasaraya dalam tempoh kurang satu jam!

3. Di Amerika sahaja, secara purata, rakyatnya akan menggunakan 650 paun kertas setiap tahun yang mana jika kertas-kertas itu dikitar semula, dianggarkan sebanyak 100 juta tan kayu dapat diselamatkan setiap tahun.

4. Kos membina kilang kertas yang menggunakan kertas-kertas yang pernah digunakan adalah kurang 50% hingga 80% daripada kos membina kilang kertas yang menggunakan bahan baru untuk membuat kertas.

5. Jumlah kayu dan kertas yang kita buang setiap tahun adalah cukup untuk menghangatkan lebih 50,000,000 kediaman untuk tempoh 20 tahun.

6. Lebih separuh daripada karpet-karpet polyster yang dihasilkan di Amerika Syarikat sebenarnya menggunakan botol-botol air soda yang dikitar semula.

7. Dianggarkan setiap satu isirumah akan membuang sebanyak 13,000 keping kertas berasingan setiap tahun yang mana kebanyakannya adalah daripada kertas pembungkus ataupun surat-surat yang tidak penting.

8. Plastik-plastik yang dikitar semula ada yang dihasilkan semula sebagai pakaian, pot-pot bunga, jaket ski, bumper kereta dan sebagainya.

9. Pelbagai sampah daripada barangan plastik yang dibuang ke laut boleh menyebabkan kematian lebih 1,000,000 hidupan laut setiap tahun.

10. Dengan mengitar semula aluminium, kita akan menjimatkan sehingga 95% tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan aluminium itu daripada bahan asalnya iaitu Bauksit.

11. Sebenarnya, tiada had sebanyak mana aluminium itu boleh dikitar semula.

12. Pada setiap minit dalam setiap hari, dianggarkan kira-kira 113,205 tin-tin aluminium akan dikitar semula.

13. Setiap bulan, kita akan membuang begitu banyak botol-botol kaca ataupun jar sehinggakan jumlah itu boleh mnececah bangunan pencakar langit.

14. Hutan-hutan hujan kita sedang ditebang pada kadar 100 ekar bagi setiap minit untuk pelbagai tujuan.

15. Antara barangan yang boleh dihasilkan menggunakan aluminium yang dikitar semula adalah seperti perabot laman, barangan keperluan yang kecil, periuk pai dan sebagainya.

16. Minyak boleh dikitar semula, ditapis dan digunakan semula dan dengan itu mengurangkan kebergantungan kepada minyak-minyak import.

17. Secara puratanya, setiap seorang daripada kita akan menghasilkan kira-kira 4.4 paun sampah setiap hari yang jika dijumlahkan akan menghasilkan hampir satu tan sampah bagi setiap orang untuk tempoh setahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon