Sunday, December 18, 2016

20 Aplikasi iPhone Paling Popular 2016

20 Aplikasi iPhone Paling Popular 2016

Tahun 2016 akhirnya bakal melabuhkan tirai. Pelbagai aplikasi telah tercipta dan viral. Tidak dilupakan juga aplikasi yang telah terkubur sepanjang tahun ini.

Aplikasi+Popular+iPhone

Setakat ini lebih 2 juta aplikasi telah tersedia buat di Apple Store. Syarikat tersebut turut mengumumkan 20 aplikasi paling top sepanjang 2016 termasuk 10 aplikasi percuma dan berbayar.

Aplikasi yang paling kerap dimuat turun sepanjang tahun ini adalah Snapchat. Snapchat yang berada pada tangga kelima pada list tahun lepas berjaya menarik lebih ramai pengguna menggantikan aplikasi Trivia Crack. Tidak hairanlah Instagram bersungguh-sungguh cuba implemen perkara yang sama aplikasinya.

Aplikasi yang paling viral pada tahun ini iaitu Pokémon Go tampil sebagai aplikasi percuma ketiga paling popular dimuat-turun manakala Facebook Messenger di tempat kedua.

Berikut merupakan senarai aplikasi berbayar dan percuma iPhone yang paling popular sepanjang 2016:

Top Free iPhone Apps

1. Snapchat
2. Messenger
3. Pokémon GO
4. Instagram
5. Facebook
6. YouTube
7. Google Maps
8. Pandora
9. Netflix
10. Spotify Music

Top Paid iPhone Apps

1.Heads Up!
2. Face Swap Live
3. Minecraft: Pocket Edition
4. Facetune
5. KIMOJI
6. 7 Minute Workout Challenge
7. Geometry Dash
8. Plague Inc.
9. Akinator the Genie
10. Bloons TD 5

Agak mengejutkan melihat aplikasi Heads Up! mengungguli carta. Mungkin kerana aplikasi ini kurang popular di Malaysia berbanding negara luar.

Untuk pengetahuan anda aplikasi ini memerlukan 2 individu bermain guessing game dengan cara yang sangat fun dan interaktif.

Dipopularkan melalui rancangan Ellen, aplikasi ini berjaya menjadi Top Paid iPhone Apps 2016.

Aplikasi lain seperti Minecraft dan Workout Challenge terus selesa berada di dalam carta selepas setahun carta Top Paid iPhone Apps 2015 diumumkan.

BACA INI JUGA: Cara Membezakan iPhone Original Dan iPhone Palsu!

Sumber: Thevocket

Wednesday, December 07, 2016

Aplikasi Google Trusted Contacts Mengesan Kedudukan Secara LIVE!

Aplikasi Google Trusted Contacts Mengesan Kedudukan Secara LIVE!

Google telah melancarkan sebuah lagi aplikasi keselamatan terbaru iaitu Google Trusted Contacts.

Google Trusted Contacts

Aplikasi ini dilancarkan bagi tujuan keselamatan dimana terdapat beberapa kes gagal diselamatkan berikutan ketiadaan bantuan sewaktu kecemasan.

Dengan Google Trusted Contacts, segalanya menjadi lebih mudah.

Ideanya mudah. Anda hanya perlu memilih keluarga atau rakan baik untuk dimasukkan kedalam ‘trusted contacts’.

Dengan memasukkan mereka kedalam circle anda, aplikasi ini akan sentiasa memberi info dimana anda berada secara live untuk pengetahuan circle anda.

Apa yang awesome mengenai aplikasi ini adalah Trusted Contacts dapat ‘menghidu’ sekiranya ada berada di tempat yang sedikit berbahaya atau sunyi di lewat malam.

Aplikasi ini sekaligus akan menyediakan butang akses membolehkan circle anda mengetahui sekiranya anda berada di dalam bahaya.

Secara asasnya, aplikasi ini mirip dengan aplikasi Swarm, cuma kurang dari segi fancy dan pengkongsian location adalah secara live bersama circle anda.

Setakat ini aplikasi ini cuma ditawarkan buat pengguna Android dan bakal dikeluarkan buat pengguna iOS tidak lama lagi.

Buat pasangan yang sentiasa mahu mengetahui di mana kekasih mereka berada, mungkin ini aplikasi terbaik buat anda juga.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Bagaimana Skrin Sentuh Hand Phone Anda Berfungsi?

Sumber: thevocket

Wednesday, September 21, 2016

WhatsApp Perkenal Sistem 'Tag' Rakan Lain Pada Permesejan Berkumpulan

WhatsApp Perkenal Sistem 'Tag' Rakan Lain Pada Permesejan Berkumpulan

WhatsApp telah mengemaskini sistem mereka dengan menyertakan fungsi 'tagging' kepada para penggunanya, sekaligus memudahkan anda untuk menghantar mesej kepada penerima dalam satu kumpulan.

WhatsApp Tag

Untuk menujukan mesej kepada seseorang dalam group WhatsApp yang sama, pengguna hanya perlu mulakan dengan menekan “@” dan ia akan memperlihatkan pilihan nama.

Sekiranya nama tidak tersimpan, pengguna turut boleh melihat pilihan nombor telefon pada bahagian berkenaan.

Menurut laporan The Next Web, pengguna WhatsApp yang 'mute' di dalam perbualan kumpulan akan tetap menerima notifikasi jika mereka di 'tag' di dalam perbualan.

Pengguna juga boleh menggunakan fungsi tag untuk lebih dari satu pengguna.

Inisiatif terbaru WhatsApp ini dijangka memudahkan lagi pengguna untuk mengikuti perbualan dan perbincangan di WhatsApp.

WhatsApp Tag

Fungsi ini dilihat diperkenalkan secara berperingkat, bermula daripada anda yang menggunakan WhatsApp Beta pada peranti mudah-alih.

Daripada apa yang boleh dilihat, walaupun pada peringkat beta, mesej yang ditujukan ini telah pun dapat dilihat oleh semua pengguna WhatsApp yang lain.

Adakah anda mengemari fungsi terbaharu yang dibawakan oleh WhatsApp ini? Adakah ia akan lebih memudahkan proses komunikasi anda dalam WhatsApp Group?

BACA INI JUGA:

Sumber: Amanz

Tuesday, August 09, 2016

Aplikasi Digi Family Safety Terbaik Untuk Keselamatan Keluarga

Aplikasi Digi Family Safety Terbaik Untuk Keselamatan Keluarga

Aplikasi Digi Family Safety dalam membantu memudahkan golongan ibu bapa. Aplikasi ini membenarkan ibu atau bapa mengawal telefon mudah alih atau gajet anak dan ahli keluarga lain (menawarkan sehingga tujuh ahli keluarga) melalui telefon mereka sendiri.

Aplikasi Digi Family Safety

Antara fungsi menarik yang terdapat dalam aplikasi ini adalah:

1. Family Location

Family Location

Mengenal pasti lokasi ahli keluarga.

2. Geo-fencing

Geo-fencing

Anda boleh tetapkan radius lokasi atau zon keselamatan buat ahli keluarga. Sekiranya mereka keluar daripada lokasi yang ditetapkan, satu notifikasi akan diberi. Notifikasi yang sama akan anda dapat sekiranya ahli keluarga kembali ke radius yang ditetapkan.

3. Check–ins

Check–ins

Untuk memberitahu ahli keluarga di mana anda berada.

4. Panic Alert

Panic Alert

Memudahkan penghantaran isyarat kecemasan dengan lokasi kepada semua telefon ahli keluarga.

5. Parental Control

Parental Control

Kawalan ketat ke atas penggunaan telefon oleh ahli keluarga. Anda boleh tetapkan masa dan hari penggunaan telefon Dapat mengawal muat turun aplikasi serta penggunaan aplikasi tersebut.

6. Phone security

Phone security

Membenarkan anda mencari telefon, membuat panggilan, mengunci telefon atau membuka telefon serta memadam data ahli keluarga sekiranya telefon mereka hilang atau dicuri. Semua ini boleh dibuat dari telefon anda ke telefon mereka.

7. Uninstall

Uninstall

Bagaimana jika anak atau ahli keluarga ingin membuang aplikasi ini dari telefon mereka? Setiap perubahan yang mahu dilakukan ke atas aplikasi tersebut memerlukan kata kunci (Family Code).

Kata kunci ini akan ditetapkan oleh pemegang akaun utama iaitu ibu atau bapa. Jadi hanya dengan kata kunci, anak atau ahli keluarga lain boleh menutup fungsi yang ada pada aplikasi ini.

Muat Turun

Aplikasi Digi Family Safety kini boleh dimuat turun di Google Play Store.

Aplikasi ini datang dengan dua pilihan:
  • Freemium, percuma sehingga 2 orang ahli keluarga
  • Premium untuk pelanggan Digi dengan bayaran RM5 sebulan

Selain ciri-ciri asas, pelanggan yang melanggan Premium juga akan dapat menikmati kesemua ciri Parental Control, dan boleh menjemput sehingga tujuh ahli keluarga dengan dan menetapkan sehingga 20 kawasan keselamatan.

Buat masa ini, pelan premium adalah percuma untuk 30 hari pertama untuk pelanggan Digi.

Versi iOS boleh dimuat turun bermula Ogos.

BACA INI JUGA: 5 Perkara Ibu Bapa Wajib Ajar Kepada Setiap Anak Lelaki

Sumber: Astroawani

Tuesday, August 02, 2016

Aplikasi NovelPlus Online Untuk Mereka Yang Suka Membaca Novel

Aplikasi NovelPlus Online Untuk Mereka Yang Suka Membaca Novel

Admin ni dah jarang-jarang baca novel sebab agak sibuk dengan urusan seharian, lama kelamaan teringin pulak nak menjenguk apa yang menarik dalam novel terbaharu keluaran tempatan.

blogpost-01

Novel tempatan pun bukan murah malah berpuluh ringgit tapi kerana minat, beli jugalah. Nasib baik admin terjumpa aplikasi NovelPlus yang membolehkan kita baca novel tanpa had hanya melalui telefon bimbit saja.
Aplikasi NovelPlus boleh didapati secara percuma di Google Store dan Apple AppStore.

Biarpun aplikasi ini menawarkan bacaan secara percuma tapi kualiti novel-novel yang disajikan memang terjamin best belaka.

Koleksi Novel Pilihan

blogpost-02

Sebagai pembaca tentu sekali kita akan ada novel-novel pilihan yang ingin dijadikan koleksi untuk dibaca berulang kali.

Oleh itu, NovelPlus menyediakan kemudahan rak untuk memudahkan pembaca menguruskan koleksi peribadi mereka.

Peluang Menjadi Penulis Novel

blogpost-03

Di samping itu, platform ini menyediakan peluang untuk sesiapa sahaja menerbitkan novel di sini secara percuma.

Hanya hantar manuskrip dan ia akan dibaca oleh ribuan pembaca dari dalam dan luar negara. Malah NovelPlus juga turut menyediakan ‘cover’ hadapan novel untuk korang!

Dengan NovelPlus, peluang untuk penulis berkarya turut menjadi lebih mudah dan bebas.

Jadi, muat turun aplikasi NovelPlus ini dengan segera kerana admin boleh jamin korang akan terpaku dengan novel-novel best di dalam aplikasi ini.

“Kami teruja untuk membantu mereka yang gemar menulis mengasah kemahiran menulis mereka sambil merapatkan jurang di antara karya mereka dan pembaca setia.

"Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga menggalakkan maklum balas dan interaksi di antara pembaca dan penulis melalui perincian ulasan dan perkongsian yang dibangunkan di dalam aplikasi ini,’’ ujar pengasas NovelPlus.

NovelPlus mensasarkan 2 perkara, membantu orang ramai menceritakan kisah mereka dan membolehkan mereka berkongsi karya mereka secara langsung dengan audiens dan menjadikan pembacaaan menjadi lebih mudah berbanding membawa senaskah buku untuk dibaca ketika anda dalam pengangkutan awam, ke kampus atau tempat kerja.

Menariknya lagi, di NovelPlus sesiapun boleh menjadi penulis, tanpa mengira had umur. Hanya dengan menghantar karya anda di NovelPlus, karya anda secara automatik akan disiarkan secara digital dan setakat ini penulis termuda yang menghantar karya kepada kami berusia 12 tahun!

Sambil saya menulis artikel ini, sambil-sambil membelek aplikasi NovelPlus, rasa macam best pulak!

Untuk maklumat lanjut sila layari www.novelplus.co dan Facebook NovelPlus.

Muat turun aplikasi NovelPlus

BACA INI JUGA: Cerpen: Dalam Air Ada Puaka

Saturday, July 16, 2016

Fenomena Pokemon Go, Mengejar Dunia Maya Dan Mengganti Realiti

Fenomena Pokemon Go, Mengejar Dunia Maya Dan Mengganti Realiti

Dalam filem The Matrix, watak Morpheus lakonan Laurence Fishburne mendedahkan kepada Neo bahawa dunia yang dianggap nyata sebenarnya rekaan komputer semata-mata.

Pokemnon Go vs The Matrix [2]

Ketika bertemu buat kali pertama, Morpheus memberi Neo dua pilihan - telan pil biru untuk terus hidup dalam khayalan; atau telan pil merah dan keluar dari ‘The Matrix’ dan kenali dunia nyata.

Lebih 17 tahun selepas filem tersebut ditayangkan, garis pemisah dunia maya dan nyata semakin kabur.

Para pengguna telefon pintar yang sudah sedia taksub dengan media sosial kini disajikan dengan satu lagi ketagihan.

Pokemon Go

Fenomena terbaharu yang melanda dunia, Pokemon Go dan 8 Perkara Tentang Pokemon Go Yang Anda Perlu Tahu, permainan mudah alih augmented reality yang dibangunkan oleh Niantic.

Bersandarkan permainan video terbitan Nintendo lewat 1990-an, Pokemon Go membenarkan pemain mengumpul koleksi ‘makhluk Pokemon’ seperti yang dilakukan oleh watak utama permainan tersebut, Ash Ketchum.

Bezanya, perkembangan teknologi membenarkan pemain memburu makhluk menerusi teknologi GPS dan jam telefon pintar yang mengesan lokasi dan waktu pemain.

Tidak kira di mana anda berada, apabila aplikasi Pokemon Go diakses, anda dapat melihat makhluk seperti Bulbasaur, Pikachu, atau Jigglypuff muncul pada skrin seolah-olah sedang bertenggek di bahu jalan, berehat di dahan pokok, atau tersenyum ke arah anda dari sebuah jendela.

Semua ini menjadikan pemain Pokemon Go terkeliru antara dunia nyata dengan paparan skrin mereka.

Tidak hairanlah sehingga ada yang terlibat dengan kemalangan jalan raya demi memburu makhluk sasaran.

Ada juga perompak yang mengambil kesempatan menggunakan lokasi pemain yang di tempat sunyi untuk diserang hendap.

Mimpi dan teknologi

Kegilaan ini bukanlah sesuatu yang aneh.

Perkembangan teknologi dan media sosial sememangnya berakar umbi dari mimpi dan kenangan zaman dahulu.

Generasi 90-an yang mengimpikan makhluk kecil bertebaran seperti dalam permainan video Pokemon kini sedang menikmati mimpi jadi nyata.

Kita hanya mampu berangan-angan untuk terus berhubung dengan teman sedarjah dan rakan sekuliah dengan mencatatkan ucapan dan melekatkan foto pada buku autograf atau majalah sekolah.

Kini setiap hari kita menekuni Facebook untuk melawat mereka yang kini sudah beranak-pinak.

Mengganti realiti

Pokemnon Go vs The Matrix

Tidak terlalu sukar untuk membongkar rahsia di sebalik kedegilan kita melepaskan telefon pintar dari genggaman.

Realiti kita sudah diganti.

Seperti mana lekanya para pemain Pokemon Go yang penuh komited menganggap setiap makhluk yang muncul di aplikasi sebagai koleksi sebenar yang perlu dijerat, begitu juga kita yang percaya media sosial itu dunia sebenar.

Segala gambar penting dalam kehidupan, tidak kira sama ada akad nikah atau bayi yang masih merah, Facebook atau Instagram akan jadi sasaran pertama untuk berkongsi berita gembira.

Kita diserang sayu saat rakan mula ‘unfollow’ akaun Twitter atau bilangan ‘like’ pada Instagram mula susut.

Kerana kita sudah memindahkan dunia kita ke alam maya dan para pemodal mahu kita terus menganut kepercayaan yang sama.

Sebab itu nilai syarikat Nintendo meningkat lebih RM30 billion dua hari selepas Pokemon Go dilancarkan.

Sekali-sekala, molek juga kita menelan pil merah seperti Neo. Dongak dan urut leher. Tinggalkan telefon pintar seketika dan lihat semula ke angkasa, sementara langit kita masih biru..

BACA INI JUGA: Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Doraemon

Sumber: Astroawani

Wednesday, November 25, 2015

Cara Meletakkan Kata Laluan Pada Aplikasi WhatsApp

Cara Meletakkan Kata Laluan Pada Aplikasi WhatsApp

Aplikasi WhatsApp tidak mempunyai sistem kata laluan atau ciri-ciri keselamatan seperti itu yang dibina ke dalam aplikasi tersebut.

WhatsApp Lock

Sekiranya perlu untuk meletakkan kunci kata laluan pada mana-mana aplikasi pada sesebuah telefon pintar, terdapat banyak aplikasi berfungsi mengunci apa-apa aplikasi dengan kata laluan di laman web Google Play.

Namun begitu, ada satu aplikasi yang seumpama itu yang boleh digunakan khusus untuk aplikasi WhatsApp iaitu aplikasi WhatsApp Lock.

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma untuk telefon pintar berasaskan sistem Android di laman web Android Store Play.

Oleh kerana tiada pilihan keselamatan di aplikasi WhatsApp, satu-satunya perkara yang perlu dilakukan untuk melindungi perbualan menerusi aplikasi ini adalah bergantung kepada mana-mana aplikasi kunci dengan kata laluan oleh pihak ketiga.

Aplikasi WhatsApp Lock ini menambah satu bentuk perlindungan yang penting bagi mesej dalam aplikasi WhatsApp ini.

Anda boleh menggunakannya untuk melindungi atau mengunci perbualan dalam aplikasi WhatsApp dengan nombor Nombor Pengenalan Persendirian (PIN) empat angka.

Perlu diingatkan, setelah pemasangan aplikasi WhatsApp Lock dibuat, aplikasi ini agak sukar untuk dinyah pasangkan secara biasa.

Apabila memulakan aplikasi WhatsApp Lock buat kali pertama selepas ia telah dipasang, anda akan digesa untuk memilih nombor PIN sebanyak empat angka dan seterusnya perlu mengesahkan nombor PIN tersebut.

Nombor PIN ini berfungsi seperti mana kata laluan untuk melindungi aplikasi WhatsApp daripada dibuka oleh orang lain tanpa kebenaran empunya telefon pintar tersebut.

Apabila seseorang mencuba untuk membuka aplikasi WhatsApp, ia akan memaparkan satu kotak dialog untuk kemasukkan nombor PIN.

Secara lalainya selepas pemasangan aplikasi WhatsApp ini, aplikasi ini terus dikunci sekiranya dibiarkan dalam satu jangka masa.

Walau bagaimana pun, fungsi ini boleh disetkan mengikut masa tertentu yang sesuai.

Antara aplikasi lain yang boleh digunakan adalah seperti aplikasi AppLock, Lock For WhatsApp, Chat Lock dan lain-lain.

BACA INI JUGA: Menjana Dosa Multi Level Marketing Melalui WhatsApp!

Sumber: Utusan.com.my

Friday, October 23, 2015

Aplikasi AndroidLost, Mampu Mengesan Smartphone Dicuri

Aplikasi AndroidLost, Mampu Mengesan Smartphone Dicuri

Selepas tertinggal telefon bimbitnya secara tidak sengaja di dalam sebuah troli membeli-belah, Sivagurunathan Chinniah menghubungi telefon bimbitnya itu beberapa kali tetapi tidak berjawab.

AndroidLost apps

“Saya kemudiannya menyedari bahawa sesiapa sahaja yang mengambil telefon bimbit itu tiada niat untuk mengembalikannya,” kata anak jati Perak itu.

Sivagurunathan kini menetap di Iowa, Amerika Syarikat bersama dengan isteri dan dua anaknya.

Beliau melakukan beberapa carian di Internet mengenai cara untuk mengesan telefon bimbit Samsung Galaxy Light Android miliknya itu.

“Pada mulanya, saya mengesan telefon bimbit saya menggunakan Android Device Manager,” kata Sivagurunathan, 53, yang kehilangan telefon bimbitnya pada 4 Oktober lalu.

Namun, ia hanya menunjukkan anggaran lokasi telefon bimbit itu berada.

Oleh itu, Sivagurunathan yang mempunyai Ijazah dalam jurusan Matematik dan Sains Komputer dari Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya, memasang perisian yang dipanggil AndroidLost.

“Ia begitu mudah. Dan terdapat banyak cara anda boleh jejaki telefon bimbit anda,” katanya yang juga Naib Presiden Pembangunan Aplikasi, Newcom Technologies Inc.

Dengan perisian tersebut, Sivagurunathan dapat mendengar dan melihat individu yang mengambil telefon bimbitnya.

Dalam tempoh 12 jam aplikasi itu dipasang, beliau berjaya mengesan telefon bimbitnya di sebuah rumah di Ottumwa, kira-kira 160km dari tempat tinggalnya.

“Saya berjaya mengawal telefon bimbit itu menggunakan Internet dan boleh mengambil gambar sekeliling,” katanya.

Sivagurunathan berkata beliau juga dapat merekodkan bunyi di dalam rumah tersebut selain memprogramkan pop-up palsu yang akan mengambil gambar individu yang memiliki telefon bimbit itu.

“Malangnya gambar tersebut tidak begitu jelas,” kata Sivagurunathan.

Dua pegawai polis dihantar ke lokasi dan sebaik sahaja mereka tiba, Sivagurunathan memasang penggera di dalam telefon bimbitnya, membolehkan pegawai polis mengesan rumah tersebut. –mStar

Aplikasi AndroidLost boleh dimuat turun di Google Play atau dilaman web Android Lost.

BACA INI JUGA: 10 Aplikasi Paling Popular 'Kegilaan' Remaja 2015