Wednesday, November 25, 2015

Cara Meletakkan Kata Laluan Pada Aplikasi WhatsApp


Aplikasi WhatsApp tidak mempunyai sistem kata laluan atau ciri-ciri keselamatan seperti itu yang dibina ke dalam aplikasi tersebut.

WhatsApp Lock

Sekiranya perlu untuk meletakkan kunci kata laluan pada mana-mana aplikasi pada sesebuah telefon pintar, terdapat banyak aplikasi berfungsi mengunci apa-apa aplikasi dengan kata laluan di laman web Google Play.

Namun begitu, ada satu aplikasi yang seumpama itu yang boleh digunakan khusus untuk aplikasi WhatsApp iaitu aplikasi WhatsApp Lock.

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma untuk telefon pintar berasaskan sistem Android di laman web Android Store Play.

Oleh kerana tiada pilihan keselamatan di aplikasi WhatsApp, satu-satunya perkara yang perlu dilakukan untuk melindungi perbualan menerusi aplikasi ini adalah bergantung kepada mana-mana aplikasi kunci dengan kata laluan oleh pihak ketiga.

Aplikasi WhatsApp Lock ini menambah satu bentuk perlindungan yang penting bagi mesej dalam aplikasi WhatsApp ini.

Anda boleh menggunakannya untuk melindungi atau mengunci perbualan dalam aplikasi WhatsApp dengan nombor Nombor Pengenalan Persendirian (PIN) empat angka.

Perlu diingatkan, setelah pemasangan aplikasi WhatsApp Lock dibuat, aplikasi ini agak sukar untuk dinyah pasangkan secara biasa.

Apabila memulakan aplikasi WhatsApp Lock buat kali pertama selepas ia telah dipasang, anda akan digesa untuk memilih nombor PIN sebanyak empat angka dan seterusnya perlu mengesahkan nombor PIN tersebut.

Nombor PIN ini berfungsi seperti mana kata laluan untuk melindungi aplikasi WhatsApp daripada dibuka oleh orang lain tanpa kebenaran empunya telefon pintar tersebut.

Apabila seseorang mencuba untuk membuka aplikasi WhatsApp, ia akan memaparkan satu kotak dialog untuk kemasukkan nombor PIN.

Secara lalainya selepas pemasangan aplikasi WhatsApp ini, aplikasi ini terus dikunci sekiranya dibiarkan dalam satu jangka masa.

Walau bagaimana pun, fungsi ini boleh disetkan mengikut masa tertentu yang sesuai.

Antara aplikasi lain yang boleh digunakan adalah seperti aplikasi AppLock, Lock For WhatsApp, Chat Lock dan lain-lain.

BACA INI JUGA: Menjana Dosa Multi Level Marketing Melalui WhatsApp!

Sumber: Utusan.com.my

5 comments

  1. Assalammualaikum... SP,

    wahh.. boleh cuba nanti mselim3 biasanyer tak letak apa password kat whatsapp nie.. boleh cuba lah nanti..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam mSelim. Sangat berguna untuk pemilik telefon yang pentingkan privasi..:)

      Delete
  2. Kena install lagi tulah yang payah..keja instal cik akak malas.haha...

    ReplyDelete
  3. Ada keperluan kata kunci tu, sebab ada ja orang tag sama ada gambar atau kata2 .Cuba pelajar lagi ni SP

    ReplyDelete
  4. Wah baru tahu...boleh cuba nanti

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon