Wednesday, September 21, 2016

WhatsApp Perkenal Sistem 'Tag' Rakan Lain Pada Permesejan Berkumpulan


WhatsApp telah mengemaskini sistem mereka dengan menyertakan fungsi 'tagging' kepada para penggunanya, sekaligus memudahkan anda untuk menghantar mesej kepada penerima dalam satu kumpulan.

WhatsApp Tag

Untuk menujukan mesej kepada seseorang dalam group WhatsApp yang sama, pengguna hanya perlu mulakan dengan menekan “@” dan ia akan memperlihatkan pilihan nama.

Sekiranya nama tidak tersimpan, pengguna turut boleh melihat pilihan nombor telefon pada bahagian berkenaan.

Menurut laporan The Next Web, pengguna WhatsApp yang 'mute' di dalam perbualan kumpulan akan tetap menerima notifikasi jika mereka di 'tag' di dalam perbualan.

Pengguna juga boleh menggunakan fungsi tag untuk lebih dari satu pengguna.

Inisiatif terbaru WhatsApp ini dijangka memudahkan lagi pengguna untuk mengikuti perbualan dan perbincangan di WhatsApp.

WhatsApp Tag

Fungsi ini dilihat diperkenalkan secara berperingkat, bermula daripada anda yang menggunakan WhatsApp Beta pada peranti mudah-alih.

Daripada apa yang boleh dilihat, walaupun pada peringkat beta, mesej yang ditujukan ini telah pun dapat dilihat oleh semua pengguna WhatsApp yang lain.

Adakah anda mengemari fungsi terbaharu yang dibawakan oleh WhatsApp ini? Adakah ia akan lebih memudahkan proses komunikasi anda dalam WhatsApp Group?

BACA INI JUGA:

Sumber: Amanz

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon