Sunday, December 01, 2019

Bahaya Lif Dan Eskalator Yang Anda Wajib Tahu

Bahaya Lif Dan Eskalator Yang Anda Wajib Tahu

Perkhidmatan lif dan eskalator boleh menjadi sangat berbahaya sekiranya anda tidak menggunakannya dengan cara yang betul kerana dua jentera ini bukan tempat untuk bermain mahupun membawang kerana silap haribulan, ia boleh meragut nyawa anda.

Bahaya Lif dan Eskalator

Seorang pengguna Twitter pernah berkongsi mengenai akibat dan bahaya jika lif dan eskalator disalahgunakan.

***

SEKADAR peringatan kepada pengguna elevator. Tolong, tolong, tolong dan tolong jangan berdiri di tengah pintu elevator. Kalau sensor system fails, the door will try to close and the elevator does move. This part of the elevator will typically cut off anything in it's path.

Jangan tahan guna kaki! Biasanya sensor hanya berada di tengah-tengah. Kalau sistem sensor tak detect kaki pengguna, ucapkan selamat tinggal pada kaki anda. Gunakan button yang telah disediakan. Safety first!

Satu lagi aku nak ingatkan tentang penggunaan eskalator. Jaga langkah korang bila naik eskalator.

Elevator dengan eskalator adalah benda yang paling berbahaya dalam bangunan.

Ini aku kongsi tips tentang eskalator:

Penutup Eskalator

Hati-hati kalau nampak platform lebih daripada 2. Kalau nampak ada tiga platform, janganlah berdiri lama-lama di situ.

Sebelum naik dan selepas naik, perhatikan comb plate. Kalau banyak patah belah kanan, stay belah kiri. Kalau belah kiri, stay belah kanan. Yang gambar pertama sebab add-on structure.

Ada satu kes di China, eskalator telan seorang budak perempuan add on structure failed to support load sehingga terbunuh! Hmmm!

Bahaya Eskalator

Yang gambar kedua banyak kes jadi di seluruh dunia di mana kasut pengguna ditelan. Jadi berhati-hatilah.

Kalau korang nampak apa-apa berlaku di eskalator, jerit pada sesiapa yang dekat dengan cut off switch, suruh tekan switch itu secepat mungkin.

Seperkara lagi, bulu-bulu hitam di side rails itu bukan tempat untuk gilap kasut. Itu sebagai limit kaki jangan melebihi bulu itu sebelum kaki korang kena telan.

Eskalator Skirt Brush

Fungsi brush itu ialah untuk memberi amaran yang kaki korang terlalu dekat dengan skirt guard.

Bimbang kalau kasut atau tali kasut korang masuk dalam steps ini dan telan kaki korang sekali jalan.

Kepada golongan perempuan, kalau korang pakai maxi skirt, jubah, long skirt, tolong jaga kain korang bila naik eskalator kerana ia boleh tersepit antara step eskalator.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thereporter

Misteri 'Api Yunani' Senjata Pemusnah Terhebat Byzantine

Misteri 'Api Yunani' Senjata Pemusnah Terhebat Byzantine

Api Yunani merupakan senjata pembakar pertama digunakan oleh Kerajaan Rom Timur (Byzantine) pada pertengahan abad ketujuh Masihi. Ianya buat kali pertama digunakan untuk menangkis cubaan kempen ketenteraan Kerajaan Bani Umayyah yang mahu menawan Constantinople dan merealisasikan ramalan Rasulullah SAW semasa Perang Khandak.

Misteri Api Yunani

Dianggap sebagai bom napalm pada zamannya, cecair yang mudah terbakar ini menjadi senjata Byzantine bukan saja dalam mempertahankan ibu kota mereka. Bahkan ia menjadi senjata berkesan semasa kempen ketenteraan mereka. Tetapi, apa itu Api Yunani?

Api Yunani merupakan hasil ciptaan seorang arkitek Yunani beragama Kristian bernama Kalinikos (Callinicus) yang berasal dari Heliopolis (Baalbek moden, Lubnan), berdasarkan dakwaan seorang penulis Yunani bernama Theophanes, berkenaan Api Yunani dan kesannya kepada pihak musuh.

Bagaimanapun, ramai meragui dakwaan beliau yang menyatakan ia ciptaan seorang lelaki. Sebaliknya, para sejarawan berpandangan ia sebenarnya dihasilkan oleh sekumpulan pakar yang diupah kerajaan Byzantine sebagai sebahagian daripada projek persenjataan rahsia mereka.

Tidak diketahui apa komponen tepat atau bahan diperlukan untuk menghasilkannya memandangkan Api Yunani dianggap satu rahsia negara yang hanya diketahui oleh maharaja-maharaja Byzantine. Para saintis moden hari ini masih berdebat berkenaan formula Api Yunani.

Antara bahan yang dikemukakan sebagai sebahagian daripada komponen api tersebut ialah potasium nitrat, sulfur, nafta, resin, kapur tohor, bahan letupan dan niter. Apapun, proses pembuatannya amat berbahaya berikutan keadaannya yang mudah terbakar.

3 Rahsia Negara

Disebabkan rahsia Api Yunani inilah, ia membantu kerajaan Byzantine mengekalkan Constantinople selama tujuh abad. Maharaja Romanos II (959-963 Masihi) tahu nilainya tidak boleh dibeli dengan harta dan dianggap sebahagian daripada tiga perkara yang tidak patut dibenarkan jatuh ke tangan kuasa asing.

Selain Api Yunani, dua lagi perkara ialah puteri raja Byzantine dan kapal laut mereka.

Justeru tidak hairanlah pada sesetengah masa, kerajaan Byzantine membenarkan pemerintah asing berkahwin dengan kaum kerabat wanita mereka atau menghadiahkan kapal laut kepada rakan sekutu tetapi tidak pernah mendedahkan rahsia Api Yunani kepada sesiapa.

Ciri utama Api Yunani ialah ia boleh membakar pada semua keadaan sama ada di darat atau pada permukaan air dan ia merupakan senjata terbaik yang boleh diaplikasikan untuk pertempuran laut.

Pihak tentera boleh saja menyembur cecair mudah terbakar ini pada kapal-kapal musuh dengan menggunakan sejenis kapal dipanggil dromon, sebuah kapal laju yang boleh digerakkan dengan ramai pendayung.

Rekaan mekanisme alat menembak ini tidak diketahui tetapi tiubnya dibuat daripada gangsa dan mengandungi komponen seperti pam siphon dan muncung berpusing.

Senjata Api Yunani

Alat tersebut dilihat amat rumit kerana ia pernah dirampas dan cuba digunakan oleh angkatan tentera Bulgar tetapi gagal berikutan tidak tahu bagaimana menggunakannya.

Satu ilustrasi alat ini boleh dilihat pada lukisan kapal Maharaja Michael II (820-829 Masihi) yang menembak Api Yunani pada kapal-kapal Thomas Si Slavik yang menyerang dan mengepung Constantinople pada 821-822 Masihi.

Kesan dramatik Api Yunani dan cara penggunaannya sudah cukup membuatkan musuh Byzantine gerun dan berfikir banyak kali sebelum melancarkan kempen ke atas mereka.

Mana-mana barang atau individu yang terkena api ini akan terbakar sampai hangus dan lebih buruk, tiada cara untuk memadamkan api ini termasuk terjun dalam air.

Ini kerana ia masih boleh terbakar dengan baik pada permukaan air dan itulah apa yang dirasai ekspedisi tentera Bani Umayyah semasa kempen 678 Masihi di mana ramai askar terbunuh dan kapal-kapal mereka terbakar kerana diserang Api Yunani.

Selepas kempen tersebut, Api Yunani digunakan secara meluas bukan saja untuk kempen pertahanan tetapi juga sebagai alat serangan terutama semasa era Romanos I (919-944 Masihi) dan Constantine IX (1042-1055 Masihi).

Persamaan kedua-dua maharaja ini ialah kedua-duanya menggunakan Api Yunani ke atas ekspedisi tentera Rusia yang mahu menawan Constantinople. John I Tzimisces (969-976 Masihi) turut menggunakan senjata sama untuk mara ke ibu kota kerajaan Bulgar, Preslav dan mengilhak Bulgaria sebagai sebahagian daripada wilayah jajahan Byzantine.

Pengganti baginda, Basil II (976-1025 Masihi) pula menggunakan Api Yunani dan tentera upahan Rus yang dihantar oleh abang iparnya, Vladimir I dari Kiev untuk menghancurkan pemberontakan jeneral Byzantine, Bardas Phokas Yang Muda di Abydos.

Kejayaan-kejayaan ini memberi impak bukan sedikit kepada kerajaan tersebut dan terus bertahan untuk beberapa abad berikutnya.

Namun, senjata ini ada hadnya. Ia hanya boleh disembur dalam jarak terhad dan mana-mana tentera boleh mengelak selagi berada di luar lingkungan jarak Api Yunani dan bagi tentera-tentera Arab, mereka mendapati bahawa cuka merupakan bahan terbaik untuk menangani senjata itu.

Justeru, sebelum keluar berperang, mereka akan mencelup kulit binatang dengan cuka sebagai pelindung pada pakaian dan memandangkan ia hanya boleh digunakan pada cuaca baik berikutan keadaannya yang mudah terbakar, dalam sesetengah kempen, mereka cuba menyerang Constantinople semasa cuaca buruk.

Semua taktik ini bagaimanapun tidak menghalang pihak Byzantine mengadaptasi senjata tersebut untuk kempen darat. Mereka mencipta pam yang boleh diheret untuk disembur pada kubu pertahanan atau disembur dari kubu.

Serangan Api Yunani

Selain itu, mereka turut menggunakan bekas tanah liat yang pada bahagian dalamnya ialah kain yang direndam dengan cecair Api Yunani.

Bekas itu akan dibaling sama ada dengan tangan atau dengan manjenik ke arah kumpulan tentera musuh.

Bekas yang mengandungi Api Yunani ini sebenarnya merupakan versi awal bom tangan yang digunakan dalam perang moden hari ini. Bagaimanapun, ia masih lagi berkesan untuk kempen tentera laut di mana ia disembur dari kapal tanpa pemandu ke atas kumpulan kapal musuh semasa kempen pengepungan Constantinople 1204 Masihi.

Tidak diketahui mengapa Api Yunani tidak lagi direkodkan selepas kempen pengepungan Constantinople 1204 Masihi.

Ada yang membuat teori individu-individu yang memegang rahsia penghasilan senjata tersebut menjadi mangsa amukan tentera-tentera Salib semasa menjarah Constantinople.

Walau apapun teori tentang senjata Api Yunani ini, proses penawanan dan penjarahan yang dilakukan bukan saja menyebabkan rahsia Api Yunani hilang selama-lamanya, ia juga menandakan proses kemerosotan Byzantine dan akhirnya membawa kepada penaklukan Constantinople oleh Mehmed II pada 1453 Masihi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Friday, November 29, 2019

Aplikasi Fingo: Cara Buat Duit Mudah Hanya Dengan Membeli-belah Online

Aplikasi Fingo: Cara Buat Duit Mudah Hanya Dengan Membeli-belah Online

Fingo adalah aplikasi eHyper Mart iaitu laman web membeli-belah secara online yang sama konsepnya seperti Shopee, Lazada dan lain-lain, telah dilancarkan pada peringkat permulaan di Singapura dan Malaysia sebelum ke Vietnam, menyediakan produk keperluan harian yang murah untuk kegunaan sendiri atau untuk tujuan perniagaan.

Aplikasi Fingo

Namun, sedikit membezakan Fingo dengan marketplace lain adalah penjual (seller). Misalnya, penjual di Shopee, Lazada, Corousell, Mudah dan lain-lain adalah datang dari user (pengguna) itu sendiri, manakala Aplikasi Fingo ini penjualnya adalah kilang-kilang besar di China, Malaysia dan juga seluruh dunia.

Harga Kilang Serendah $1?

Pelanggan yang mencari produk di Fingo akan mendapati terdapat beribu-ribu produk disenaraikan dalam aplikasi Fingo ini dengan harga yang sangat murah (harga kilang), walaupun anda membeli dengan 1 unit sahaja. Menarik bukan?

Affiliate Marketing

Model perniagaan bisnes Aplikasi Fingo juga adalah berasaskan kepada Affiliate Marketing, dengan apps marketplace yang sangat lengkap, user friendly dan lengkap dengan web replika untuk mereka yang ingin menjalankan perniagaan menggunakan Aplikasi Fingo.

Semua barang terus dari kilang di China, Malaysia dan juga seluruh dunia ada didalam bisnes Aplikasi Fingo ini.

Menjelang tahun 2020 nanti, Fingo menjangkakan akan dapat menjual sehingga 60 ribu produk dan menjadikannya sebagai platform marketplace sosial e-commerce (e-dagang) yang mampu bersaing dengan Shopee, Lazada, Mudah, Carousell dan lain-lain.

Cara Jana Pendapatan Lumayan Dengan Fingo
  • Sistem cash back yang menarik untuk mengekalkan kesetiaan Shopper (SH).
  • Pelan pemasaran perkongsian keuntungan yang sangat menarik untuk memberikan pulangan yang lumayan kepada Preferred Shopper (PS) yang giat melakukan bisnes Fingo ini.
  • Sistem affiliate yang lengkap kepada semua Preferred Shopper (PS) – anda dapat link sendiri, untuk menjalankan perniagaan secara online mahupun offline.
  • Peluang menerima 10%, 14% atau 15.6% komisyen dari pembelian seluruh Shopper (SH) yang diperkenalkan – bergantung kepada pencapaian semasa ANDA.
  • Peluang menerima RM50, RM100 atau RM135 kepada program member get member untuk meramaikan Preferred Shopper dalam Fingo ini – bergantung kepada pencapaian semasa ANDA.

MAKSUD SHOPPER (SH) & PREFERRED SHOPPER (PS)

SHOPPER (SH)
  • Pendaftaran PERCUMA.
  • Muat turun Aplikasi Fingo PERCUMA.
  • Boleh membeli belah di E-Hypermarket Fingo.
  • Dapat Voucher RM5 semasa mendaftar.
  • Boleh Share kepada rakan-rakan untuk mendaftar dan membeli belah juga.
  • Terima Voucher RM5 setiap kali pembeli baru membuat pembelian kali pertama SAHAJA.
  • Shopper TIDAK LAYAK untuk dapat komisyen 10%, 14% atau 15.6% dari pembelian Shopper lain yang diperkenalkan olehnya.
  • Shopper TIDAK LAYAK untuk dapat bonus (Referral Fee, Referral Incentive, Training Fee, Training Incentive dalam program member get member) bernilai RM50, RM100 atau RM135.

PREFERRED SHOPPER (PS) – Upgrade Akaun ANDA – dapat link sendiri
  • Sebagai Shopper (SH), ANDA diberi pilihan untuk naik taraf sendiri (self upgrade) sebagai Preferred Shopper (PS) dengan membeli Pek Hadiah berharga RM199.
  • Dengan pembelian Pek Hadiah ini SEKALI SAHAJA – Sistem automatik akan tukarkan ANDA dari Shopper (SH) kepada Preferred Shopper (PS).
  • Terdapat 12 jenis barang yang boleh ANDA pilih untuk dibeli dalam Pek Hadiah ini. Penghantaran PERCUMA – (ada jam lelaki, jam wanita, set pisau, set kosmetik, baju rampingkan badan, set kamera kereta, set pewangi rumah, beg travel, mesin cek tekanan darah dan lain-lain produk yang berkualiti).
  • Preferred Shopper melayakkan ANDA menjadi usahawan Fingo yang sah.
  • ANDA dapat 16 keping Voucher Diskaun yang boleh anda guna untuk membeli belah bernilai RM204 – tarikh luput 180 hari (atau RM398, RM498 – bergantung kepada promosi semasa Fingo).
  • Dapat fungsi-fungsi bisnes yang lengkap di dalam sistem Fingo.
  • Menjana pendapatan melalui program cash back 10%, 14% atau 15.6% dari jumlah pembelian SH & PS (bergantung kepada kedudukan semasa ANDA).
  • Menjana pendapatan melalui program member get member dengan bayaran bonus sebanyak RM50, RM100 atau RM135 (bergantung kedudukan semasa ANDA).
  • Menikmati harga VIP ketika membeli belah.
  • Berpeluang melakukan kerjaya dalam Fingo untuk mencapai kedudukan Affiliate Marketer (AM) & Affiliate Trainer (AT) – untuk bayaran komisyen dan bonus yang lebih tinggi.
  • Panduan dan latihan dalam bentuk Video disediakan.
  • Group bantuan Whatsapp & Telegram disediakan. Bantuan ayat copy & paste disediakan beserta skrip yang mudah untuk anda ikuti.
  • Ebook panduan untuk ANDA berjaya dalam Fingo ini disediakan untuk anda baca, faham, ikut dan buat sahaja.
  • Peluang untuk ANDA jana RM1,000 sehari atau RM30,000 sebulan!

Muat turun Fingo

Anda boleh muat turun aplikasi Fingo di Google Play atau Apple Store.

Jadi, samada anda menyertai Fingo sebagai pengguna (shopper) sahaja atau mahu menjadi sebahagian pemilik platform ini (BO), ianya tetap menguntungkan kerana rangkaian puluhan ribu poduk di Fingo ternyata lebih murah.

PANDUAN BUAT DUIT ONLINE

Tunggu dulu! Selain dengan aplikasi Fingo diatas, ada banyak lagi cara untuk anda mendapatkan wang melalui online dan kami kongsikan dibawah ini:

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Kenapa Dunia Sengaja Melupakan Pencapaian Hebat Tamadun Islam?

Kenapa Dunia Sengaja Melupakan Pencapaian Hebat Tamadun Islam?

Dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Craig Considine, beliau telah menyebutkan tentang bagaimana berlakunya ‘amnesia sejarah’ yang ekstrim berlaku terhadap pencapaian dan sumbangan terhebat tamadun Islam dalam pendidikan, falsafah, penjagaan kesihatan dan sains.

Kegemilangan Tamadun Islam

Walhal, Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia.

Malah, pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai pemangkin kepada Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun gemilang di sana.

Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah.

Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia dan algebra.

Lahirnya Universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islamlah sebenarnya yang telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

SUMBANGAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Mungkin, sebilangan masyarakat akan berasa terkejut apabila mengetahui bahawa universiti paling tua di dunia ditubuhkan oleh dua orang wanita Muslim, iaitu Fatima dan Miriram al-Firhi.

Mereka berdua menubuhkan al-Qarawiyyin di Fez, Maghribi pada tahun 859M. Pelajar-pelajar yang mendapatkan pendidikan di sini kebanyakannya mengambil subjek sekular dan agama.

Di penghujung tempoh pembelajaran, pihak guru akan membuat penilaian ke atas para pelajar dan menganugerahkan ijazah kepada mereka berdasarkan prestasi yang memberangsangkan.

Konsep penganugerahan ijazah seperti ini kemudiannya tersebar ke Andalusia, Sepanyol dan kemudian memasuki Universities of Bologna di Itali dan Oxford di England.

Muslim-Muslim Sepanyol di Andalusia merupakan ejen penggalak pendidikan yang amat berpengaruh dan pada kurun ke-8 hingga kurun ke-15 Masehi.

Ia menjadi salah satu pusat pendidikan dan keilmuan utama dunia. Pelajar-pelajar yang datang daripada kumpulan keagamaan lain mempelajari sains daripada ilmuwan Islam dalam sebuah suasana keilmuan yang menitikberatkan kepentingan bertoleransi.

SUMBANGAN DALAM BIDANG FALSAFAH

Salah satu sumbangan terbesar umat Islam kepada tamadun manusia dilakukan pada kurun ke-8 Masehi apabila ilmuwan-ilmuwan Islam menterjemahkan mutiara-mutiara hikmah yang terkandung di dalam teks-teks falsafah Yunani purba, sekaligus membawa kepada salah satu proses pemindahan ilmu terbesar dalam sejarah manusia.

Ilmuwan-ilmuwan Islam membawa idea penulis-penulis Yunani ulung seperti Socrates, Aristotle dan Plato ke Eropah, di mana falsafah mereka kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa di sana.

Umat Islam menghidupkan semula falsafah Yunani dan meniupkan nyawa baru kepada benua Eropah yang sebelum itu telah pun diruntuhkan oleh dogma keagamaan dan konflik dalaman yang berpanjangan.

Pada tahun 872 Masehi di Kaherah, Mesir, hospital Ahmad ibn Tulun dibangunkan dan dilengkapi dengan sebuah institusi yang menghadirkan kepelbagaian fungsi: sebagai sebuah pusat rawatan kesihatan, sebuah rumah pemulihan bagi mereka yang sedang menjalani pemulihan dari penyakit atau kemalangan, dan rumah penjagaan yang menyediakan keperluan hidup asas kepada golongan berusia dan lemah yang tidak mempunyai keluarga untuk menjaga mereka.

Hospital ini juga adalah yang pertama memberikan rawatan kepada pesakit mental. Sama seperti hospital-hospital Islam yang lain, Hospital Ahmad ibn Tulun merupakan sebuah institusi sekular yang meletakkan keutamaan moral dalam merawat mana-mana insan tanpa mengira sama ada lelaki mahupun wanita, dewasa mahupun kanak-kanak, dan Muslim mahupun bukan-Muslim.

Seratus tahun sesudah tertubuhnya hospital berkenaan, seorang pakar bedah bernama Al-Zahrawi mengarang sebuah ensiklopedia bergambar yang mutakhirnya digunakan sebagai kitab rujukan bagi pakar-pakar bedah di Eropah sepanjang lima kurun lamanya.

Peralatan bedah yang digunakannya, seperti pisau bedah, pemotong tulang, dan forsep masih lagi digunakan oleh pakar-pakar bedah moden pada hari ini. Beliau juga dicatatkan sebagai pakar bedah pertama yang melakukan pembedahan caesarean.

SUMBANGAN DALAM BIDANG SAINS

Umat Islam juga memberikan sumbangan yang signifikan dalam bidang sains. Kurun ke-7 hingga kurun ke-16 Masehi dijuluki sebagai Zaman Emas Islam. Tamadun berkenaan mengamal dan memajukan sains pada skala yang belum pernah dilakukan oleh manusia dalam sejarah-sejarah lampau.

Saintis-saintis Islam mencipta banyak proses dan peralatan asas yang digunakan oleh ahli-ahli kimia moden. Mereka turut dikreditkan dengan perubahan alkemis kepada ilmu kimia menerusi penyulingan pada kurun ke-8 dan kurun ke-9 Masehi.

Di zaman pertengahan, tamadun Islam memandang sains secara holistik. Disiplin-disiplin sains didekati secara saling berkait antara satu disiplin dengan satu disiplin yang lain, di samping pendekatan secara menyeluruh – seakan-akan ia adalah dahan-dahan bagi sebatang pokok.

Saintis-saintis Islam yan terkemuka lazimnya mahir dalam ilmu perubatan, astronomi dan matematik. Ilmuwan-ilmuwan yang memiliki bakat yang pelbagai ini memerincikan dan mencirikan kesatuan sains.

Mereka mengadunkan pembangunan sains dengan kedalaman pandangan yang mereka miliki, dan berjaya dalam penerokaan atau ujikaji yang dilakukan.

Umat Islam sesungguhnya telah memberikan sumbangan yang cukup besar buat tamadun manusia.

Menurut Consodine, manusia di seluruh dunia seharusnya diajar tentang sumbangan-sumbangan tersebut supaya dapat menghindarkan tercetusnya persepsi yang salah di samping agar budaya atau peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah dunia seperti ini tidak lagi dilupakan atau dipandang enteng.

Perbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat

Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir Eropah.

Secara kasar, tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa, namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Wednesday, November 27, 2019

Chin Peng: Ketua Komunis Malaya Pengkhianat Negara

Chin Peng: Ketua Komunis Malaya Pengkhianat Negara

Chin Peng dilahirkan pada 21 Oktober 1924, dengan nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya, dan beliau sebenarnya bukan berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai, tetapi dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletak 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak.

Chin Peng Komunis
Chin Peng.

Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.

Sejak kematian Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua pada 16 September 2013 pada usia 89 tahun, wujud perdebatan berkenaan peranannya dalam sejarah, kerana bagi ramai bekas pegawai kerajaan British dan Malaysia, bekas polis dan tentera, mereka menganggap tokoh kontroversi Parti Komunis Malaya (PKM) itu sebagai pengkhianat dan merupakan punca kepada kematian lebih 11,000 orang semasa tempoh Darurat.

Namun, ada pula menganggap tanpa anak jati Sitiawan, Perak itu, Malaysia tidak akan mendapat kemerdekaan yang dijanjikan pihak British pada 31 Ogos 1957. Makanya menurut mereka, dia seharusnya diangkat setaraf dengan Mao Zedong dan Ho Chi Minh.

Untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak, ramai mengakui Chin Peng sebenarnya seorang yang bijak dan ini sudah ditunjukkan semasa penyertaan awalnya dalam parti. Dia menyertai parti semasa usia remaja dan mula mendaki hierarki PKM dengan pantas lebih-lebih selepas 1943.

Pada pertengahan tahun berkenaan, selepas parti mengalami kehilangan besar akibat ramai pemimpin tertinggi ditahan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Chin Peng terpaksa memegang dua peranan iaitu setiausaha parti di Perak dan komander Rejimen Kelima Tentera Rakyat Anti-Jepun Malaya (MPAJA).

Selepas tamat perang, dia mengambil alih peranan sebagai Setiausaha Agung PKM menggantikan Lai Teck pada usia 23 tahun. Ini kerana Lai Teck didedahkan sebagai ejen British dan turut menyeleweng dana parti berkenaan.

Dan ini membawa kepada pembunuhan bekas Setiausaha Agung PKM itu di tangan anggota komunis Thailand pada tahun 1947. Walaupun Chin Peng menafikan penglibatannya dalam pembunuhan berkenaan, ramai mengesyaki pembabitannya dalam pembunuhan Lai Teck.

Dan kerana usianya yang dianggap masih hijau dan tidak berpengalaman dalam kepimpinan, dia melakukan banyak kesilapan serius yang memberi kesan kepada perjuangan PKM itu sendiri.

Kesilapan Chin Peng

Kesilapan pertama anak kelahiran Sitiawan itu ialah membuat anggapan populasi luar bandar Cina memberi sokongan penuh kepada parti semasa tempoh Darurat, dia menyangka sokongan tersebut akan berkekalan.

Hakikatnya sejak tahun 1948, semasa bermulanya tempoh Darurat, proses pemulihan ekonomi sedang berjalan dan tiada sesiapapun yang berfikiran waras mahu terlibat dalam satu lagi konflik bersenjata yang akan merugikan mereka untuk jangka masa panjang.

Kesilapan kedua Chin Peng ialah tidak menekankan soal pendidikan politik kepada populasi luar bandar Cina. Ini kerana dia menyangka melalui taktik paksaan dan ugutan sudah mencukupi untuk mendapatkan ketaatan kepada PKM.

Memandangkan populasi itu dianggap deposit tetap PKM, makanya sebarang bentuk rungutan atau cacian terhadap parti berkenaan bukan dianggap pemikiran yang menyeleweng tetapi dianggap pengkhianatan yang layak dihukum sekeras-kerasnya.

Menurut penulis buku Communism in South East Asia iaitu JH Brimmell, komunis mempunyai definisi yang bersifat elastik berkenaan pengkhianatan dan ini bermakna sesiapa saja tidak terlepas dari dianggap suspek dan duri dalam daging terhadap parti berkenaan.

Atas sebab itulah, PKM tidak teragak-agak menggunakan taktik keganasan yang bukan saja bersifat tidak berperikemanusiaan tetapi juga tidak mengenal siapa mangsa sama ada orang awam, anggota pasukan keselamatan atau pegawai kerajaan.

Ada satu insiden di Johor di mana mereka menembak mati seorang penduduk setinggan Cina, menetak sampai mati isterinya dengan parang, membakar pondok kediaman mereka dan mencampakkan anak pasangan berkenaan dalam pondok yang terbakar itu. Di Perak pula, mereka mengetuk paku pada kepala seorang wanita Cina.

Sesiapa saja yang melihat seksaan sebegini pasti akan merasa kecut perut dan ini diakui sendiri gerila komunis yang ditahan atau menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Malah, berdasarkan satu laporan pada tahun 1952 mendapati, modus operandi kekejaman sebegini merupakan satu norma bagi ratusan insiden yang dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Rundingan Baling

Kesilapan sebegini yang akhirnya merosakkan terus sokongan rakyat kepada PKM dan ini juga memaksa parti membuat rancangan sandaran iaitu menyediakan parti ke arah penyertaan arena politik untuk mendapatkan kemerdekaan dan melupakan terus impian membina sebuah negara republik. Dan ini membawa kepada Rundingan Baling pada tahun 1955.

Untuk rundingan berkenaan, PKM memilih Chin Peng, Chen Tian dan Rashid Maidin sebagai wakil sementara pihak kerajaan memilih Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David Marshall.

Kita semua tahu rundingan tersebut berakhir tanpa sebarang konsensus dicapai tapi ada satu perkara tidak diketahui umum antara Marshall dengan dia. Bila Ketua Menteri Singapura itu bertanya apa sebab perjuangan Chin Peng, dia hanya menjawab demi maruah manusia.

Ini menyebabkan Marshall memberi komen pedas, keganasan untuk meraih sokongan rakyat untuk mengikut ideologi yang tidak dimahukan mereka sama sekali tidak sesuai dengan alasan demi maruah yang dinyatakan orang kuat PKM itu.

Menyedari dirinya sudah terperangkap dengan alasan sebegitu, Chin Peng memberi komen, mereka mempunyai pandangan berbeza dan dia tidak mahu berbalah berkenaan itu.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, Chin Peng masih tidak mahu melupakan impian membina sebuah negara republik dan ini mendorong kepada pemberontakan kedua komunis hasil pengaruh rakan-rakan parti dari Vietnam dan China pada tahun 1968. Ini kerana pada mereka, Malaysia dianggap tempat sesuai untuk satu lagi revolusi bersenjata dilaksanakan.

Jika dahulu, perang mereka ialah memerangi penjajahan British tetapi untuk fasa kedua pemberontakan, mereka memerangi kelompok yang dianggap menyokong cita-cita imperialis British dan kapitalis.

Dan ini termasuklah orang Cina termasuk anggota polis dari bangsa berkenaan yang dianggap pengkhianat oleh PKM. Ini kerana mereka bergadai nyawa dengan menyusup masuk ke dalam kumpulan gerila dan menyamar sebagai anggota komunis.

Sesetengah operasi ini turut dilakukan oleh bekas gerila komunis yang berjaya dipulihkan, sukarela menyertai Cawangan Khas dan kembali menyusup ke hutan untuk memujuk rakan-rakan mereka keluar dan meletakkan senjata.

Ganas

Dan ini menyebabkan PKM melakukan pelbagai operasi ganas seperti serangan hendap, serangan bom dan pembunuhan. Apa yang dilakukan mereka ini seolah-olah mengulangi semula kesilapan Chin Peng semasa pemberontakan pertama era Darurat.

Antara tahun 1974 hingga 1978 misalnya, sekurang-kurangnya 23 pegawai Cawangan Khas (SB) berbangsa Cina mati ditembak anggota PKM dan pada satu ketika, seorang kerani Cina yang ditempatkan di SB Kuala Lumpur ditembak mati semasa dalam perjalanan pulang ke rumah kerana disangka anggota SB.

PKM bukan saja mensasarkan anggota keselamatan, malah tidak teragak-agak mensasarkan pemberi maklumat dan orang awam terutama orang Cina.

Malah, ada satu insiden menyayat hati di mana isteri kepada seorang pegawai SB yang sarat mengandung mati ditembak anggota PKM semasa bersama suaminya keluar dari sebuah restoran di Jalan Imbi.

Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan pembunuh bergerak PKM dan mereka juga bertanggungjawab dalam beberapa siri pembunuhan berprofil tinggi.

Perak misalnya menyaksikan Ketua Polis Perak, Tan Sri Koo Chong Kong mati dibunuh dua anggota komunis yang menyamar sebagai pelajar sekolah berhampiran Sekolah Anderson.

Kumpulan ini juga cuba membunuh Pesuruhjaya Polis Singapura, Tan Sri Tan Teik Khim sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada tahun 1976 tetapi cubaan tersebut gagal dan anggotanya ditahan polis.

Perang Psikologi

Kesilapan Chin Peng ini diambil kesempatan oleh pihak kerajaan melalui pendekatan psikologi yang dibawa dua tokoh iaitu mendiang Tan Sri Too Chee Chew dan mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng.

Pendekatan psikologi yang digunakan kedua-duanya mendorong ramai anggota komunis keluar dari hutan dan meletakkan senjata, di mana mereka menyalahkan keadaan dalam hutan dan layanan buruk yand diterima sebagai punca mereka keluar dan bagi PKM, ini satu perkembangan yang berbahaya.

Maka tidak hairanlah mengapa PKM yang berang dengan taktik ini cuba menculik anak perempuan Tan Sri Yuen hingga memaksa beliau menghantarnya ke Britain demi menjaga keselamatannya.

Kehebatan Tan Sri Too atau lebih dikenali sebagai C.C. Too dalam perang psikologi terhadap PKM mendorong rakan baiknya, Lim Cheng Leng yang menulis buku biografinya berkata, “C.C. Too boleh membaca fikiran komunis seperti seorang komunis.”

PKM juga tidak teragak-agak meneruskan polisi menyerang dan membunuh sasaran berprofil tinggi. Selain Tan Sri Yuen di mana beliau hampir dibunuh pada tahun 1951 semasa era Darurat dan pembunuhan Tan Sri Koo, PKM juga turut bertanggungjawab membunuh Ketua Polis Negara, Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim dan tiga kali melancarkan cubaan bunuh ke atas Allahyarham Jeneral Tan Sri Ibrahim Ismail.

Malah, ramai tidak tahu pada tahun 1975, PKM juga melancarkan serangan ke atas Tugu Negara dengan mengebom kawasan berkenaan.

Tetapi semua itu gagal memberi sebarang makna kepada perjuangan Chin Peng. Akhirnya, PKM mengakhiri pemberontakan dengan memeterai perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna api revolusi yang tertanam dalam bekas Setiausaha Agung PKM itu sudah berakhir. Buktinya ialah pertemuan antara Profesor Madya Kumar Ramakrishnan dengan dia di London pada tahun 1998.

Profesor Kumar ketika itu sedang membuat satu tesis berkenaan zaman Darurat. Beliau bersama tiga orang profesor sejarah dan seorang penerbit British Broadcasting Council (BBC) bertemu dengan Chin Peng untuk satu dokumentari khas berkenaan zaman itu.

Dalam pertemuan selama tiga jam itu, Profesor Kumar menyifatkan dia masih lagi seorang fanatik yang enggan berputus asa memenuhi agendanya.

Beliau masih ingat bagaimana Chin Peng memberitahu krisis kewangan yang melanda Asia terutama Asia Tenggara sebenarnya memberi peluang kepada PKM untuk kembali berkumpul dan membina semula kekuatan.

Maka tidak hairanlah mengapa Profesor Kumar teringat ejekan yang dikeluarkan mendiang C.C. Too kepada kelompok komunis. Beliau berkata, “Mereka merupakan sekumpulan manusia yang mendapat pendidikan rendah, besar kepala dan gila kuasa yang cuba mengambil alih negara ini.”

Dan ini juga mendorong kepada beberapa kesimpulan iaitu; PKM gagal dalam perjuangan mereka semasa Darurat dan tempoh kedua pemberontakan kerana gagal mendapat sokongan majoriti Melayu, tiada sokongan Parti Komunis China (CCP) tidak seperti Vietcong, tiada peralatan wayarles dan gagal menguruskan organisasi mereka dengan baik.

Selain itu, kecekapan pihak berkuasa terutama semasa era Darurat dari segi perisikan dan perang psikologi yang menyebabkan organisasi itu lumpuh dan gagal memberi tekanan kepada pihak berkuasa pada akhirnya.

'Abu Chin Peng telah ditabur di Lumut, banjaran Titiwangsa'

Selepas enam tahun berada di “perantauan”, abu mayat mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dilaporkan telah dibawa masuk ke Perak pada 16 September 2019 lalu.

Sebelum ini, Chin Peng meninggal dunia pada usia 90 tahun di sebuah hospital di Bangkok akibat sakit tua.

Menurut penyelaras kumpulan yang menguruskan kepulangan abu mayat berkenaan, Chan Kan Fook, 81, abu mayat Chin Peng dibawa pulang dari Thailand ke Malaysia dan sebahagiannya ditabur ke laut berhampiran Lumut, Perak, serta sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.

Chin Peng pernah diburu pihak berkuasa Malaysia susulan pemberontakan PKM yang menyebabkan ramai rakyat negara ini terbunuh.

Beliau juga pernah memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia bagi dirinya sendiri dan PKM, menuntut kerugian serta menghalang kerajaan Malaysia atau ejen-ejen daripada mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenai mereka.

Namun, selepas kematian Chin Peng, kerajaan Malaysia menegaskan untuk tidak akan membenarkan abu mayat Setiausaha Agung PKM itu dibawa balik ke negara ini.

Bukan Pejuang Kemerdekaan

Chin Peng Pengkhianat
Chin Peng.

Jika benarlah dakwaan Chin Peng bahawa perjuangan PKM itu sebenarnya mempercepatkan lagi proses kemerdekaan, maka itu merupakan satu dakwaan yang bersifat dangkal.

Ini kerana pencapaian yang dicapai parti-parti politik Tanah Melayu terutama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) melebihi apa yang cuba dicapai PKM melalui perang gerila mereka.

Selain itu, pendekatan ganas mereka dan pendedahan wujud diskriminasi terhadap orang Melayu terutama dalam PKM sendiri makin membuatkan mereka tawar hati dengan PKM, sekaligus mendorong mereka menyokong perjuangan meraih kemerdekaan melalui jalan rundingan dan bukan konflik bersenjata.

Bagi Profesor Kumar sendiri, dakwaan Chin Peng berkenaan peranan PKM untuk kemerdekaan sudah rosak sejak dari awal lagi. Ini kerana ia dipengaruhi pertama, strategi Britain yang bergabung dengan negara-negara blok Barat diketuai Amerika Syarikat dalam Perang Dingin.

Walaupun Perang Dingin sedang berlangsung, itu tidak menghalang para penjajah terutama Britain meneruskan dasar dekolonisasi termasuk memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahan mereka termasuk Tanah Melayu.

Kedua, hujah David Marshall seperti dinyatakan di atas.

Jika benarlah dakwaan Chin Peng bahawa dia berlawan demi maruah manusia, maka matlamatnya itu mestilah bersesuaian dengan kaedah yang digunakan. Rekod sejarah jelas menunjukkan apa yang berlaku sebaliknya.

Profesor Kumar turut menambah, walaupun Chin Peng memang seorang pemimpin berkaliber dan bijak tetapi dia juga seorang fanatik dengan agendanya itu.

Kepercayaan sebegini yang akhirnya membawa kepada pelbagai serangan pengganas yang berlaku di seluruh dunia tanpa mengira agama, bangsa atau negara.

Maka, adalah elok untuk dinyatakan di sini Chin Peng memang seorang fanatik, tetapi dirinya dan PKM diangkat sebagai wira negara sehingga dicadangkan patut diabadikan dalam buku teks sejarah negara? Tidak patut sama sekali.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Tuesday, November 26, 2019

Video Bendera Malaysia Bintang 5

Video Bendera Malaysia Bintang 5

Selepas tular sebelum ini Jalur Gemilang digantung terbalik, satu video ketika majlis perasmian kejohanan bola keranjang anjuran MABA, sekali lagi memperlekeh dan menghina Jalur Gemilang Malaysia.

Bendera Malaysia 5 Bintang
Bintang lima bendera China.

Indiden berlaku sewaktu perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28, di Kuala Lumpur, apabila bendera Malaysia dengan lima bintang dipaparkan menerusi skrin besar ketika lagu Negaraku berkumandang.

Walau bagaimanapun, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) telah memohon maaf atas paparan bendera Malaysia 5 bintang tersebut dan dalam catatan di Facebook berkata, pasukan siaran langsungnya tersilap memaparkan bendera salah pada skrin digital.

Gambar dan klip video paparan bendera 5 bintang itu jelas terpapar ketika majlis perasmian Piala MABA Milo Lum Mun Chak ke-28, telah tersebar di media sosial dengan sesetengah mendakwa, persatuan itu rasis dan mempromosikan komunisme.

Sejarah Bendera Malaysia
Sejarah Bendera Malaysia.

Setiap elemen dan aspek yang terdapat pada bendera Jalur Gemilang mempunyai huraian tersendiri yang melambangkan agama Persekutuan, Raja-Raja, perpaduan, keberanian dan kesucian serta keluhuran.

Bulan dan bintang juga membawa makna agama Islam sebagai agama Persekutuan, sementara pecahan bintang itu juga memberi makna perpaduan 13 negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, ada pihak berpendapat, kes ini mungkin berpunca daripada kejahilan berbanding perkauman dan komunisme.

Kejahilan kerana tidak peduli atau tidak benar-benar sayangkan negara ini. Tidak menghargai kemakmuran yang telah di capai sejak berdekad lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:


-Sentiasapanas.com

Monday, November 25, 2019

Kisah Runtuhnya Tembok Berlin Angkara Kesilapan Kecil

Kisah Runtuhnya Tembok Berlin Angkara Kesilapan Kecil

9 November, merupakan tarikh hari ulangtahun runtuhnya Tembok Berlin, yang menjadi punca kejatuhan rejim Jerman Timur dan penyatuan semula Jerman pada tahun 1990 dan semuanya bermula hanya dengan satu kesilapan kecil.

Runtuhnya Tembok Berlin

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, Jerman ditakluk Kuasa Berikat dan dibahagi kepada empat. Bahagian UK, AS dan Perancis membentuk Jerman Barat dan Timur dikuasai oleh Soviet, membentuk Jerman Timur.

Begitu juga dengan ibu negara Jerman – Berlin, dibahagi kepada empat juga. Ketiga bahagian kuasa Berikat membentuk Berlin Barat, sementara di Timur menjadi Berlin Timur.

Selepas pembahagian tersebut, pihak Soviet melakukan “blockade” ke atas Berlin Barat, menyebabkan seluruh kawasan tersebut terkepung dari 24 Jun 1948 hingga 12 Mei 1949.

Tentera Berikat mengambil risiko melalui wilayah yang dikuasai Soviet untuk menghantar bantuan penting seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan membaiki bangunan serta petroleum untuk tenaga.

Ia kerana pengumuman tentera Berikat untuk menggunakan matawang Deutchmark sebagai matawang baru di seluruh Jerman Barat yang disokong oleh Amerika.

Selepas pembentukan dua negara Jerman serta Soviet membenarkan tiga laluan koridor dari Berlin Barat ke Jerman Barat, sempadan dua negara ini mula dibentuk pada 1949.

Pun begitu, orang dari Berlin Timur berhijrah ke Berlin Barat tanpa halangan, menyebabkan ramai warga Jerman Timur melarikan diri ke Barat.

Salah seorangnya ialah Conrad Schumann, seorang tentera Jerman Timur yang berpaling tadah dengan melarikan diri ke Barat.

Tembok Berlin mula dibina pada 13 Ogos 1961 dan memisahkan keluarga, sahabat, serta banyak hubungan terputus akibat pembinaan tembok ini.

Tembok ini dalam jargon rejim Jerman Timur sebagai Antifaschistischer Schutzwall, atau Tembok Perlindungan Anti Fasis, berdiri di tengah bandaraya Berlin selama 28 tahun.

Glasnost dan Perestroika

Segalanya bermula dari dasar glasnost dan perestroika yang dilaksanakan oleh pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev.

Glasnost bermaksud ‘keterbukaan’, sementara perestroika bermaksud ‘perubahan’.

Gorbachev mahu mengubah ekonomi Soviet yang selama ini tidak berkembang dengan melakukan perubahan terutamanya dalam ekonomi dengan membenarkan pasaran bebas dengan kawalan kerajaan komunis (sesuatu yang kemudiannya ditiru Republik Rakyat China dan berjaya melakukannya).

Pada tahun 1988, Presiden AS, Ronald Reagan melawat Berlin Barat. Dalam ucapannya, beliau mencabar Gorbachev untuk “runtuhkan tembok” jika benar mahukan glasnost dan perestroika berjaya.

Pada April 1989, Czechoslovakia dan Hungary mencabut pagar elektrik yang bersempadan dengan Austria, seterusnya menyebabkan orang dari blok komunis memasuki blok Barat melalui Austria.

Melihat keadaan itu, ramai warga Jerman Timur membanjiri kedutaan Jerman Barat di Prague, sehingga Menteri Luar Jerman Barat Hans Genscher mendesak Timur melonggarkan sempadan.

Masalah utama Jerman Barat dan Timur sebenarnya ialah berkenaan isu hutang Timur kepada Barat.

Sementara Czechoslovakia berjaya melunaskan hutang kepada Jerman Barat, Jerman Timur gagal, menyebabkan ahli politik di Barat menggunakan ini sebagai peluang populis untuk kempen pilihan raya.

Canselor Jerman Barat Helmut Kohl telah memujuk semua kuasa besar Eropah untuk menyelesaikan isu tentang Jerman Timur ini.

Selepas demonstrasi besar-besaran yang bermula di Leipzig, seminggu sebelum peristiwa ini, kerajaan Jerman Timur didesak kuasa besar untuk melonggarkan sempadan seperti Czechoslovakia, atau Jerman Barat menekan lagi berkenaan isu hutang.

Kesilapan 'Kecil'

Runtuhnya tembok berlin
Günter Schabowski.

Akhirnya, pada 9 November 1989, jurucakap kerajaan Jerman Timur, Günter Schabowski, mengeluarkan kenyataan yang beliau tersilap baca.

Kesilapan beliau mengakibatkan Tembok Berlin sudah tiada maknanya, dan bermulalah keruntuhan kerajaan Jerman Timur.

Seorang pegawai bernama Gerhard Lauter diarahkan untuk mendraf ucapan Schabowski.

Lauter telahpun menulis bahawa undang-undang baru akan berkuatkuasa pada hari esok, dimana warga Jerman Timur boleh memohon passport baru itu di pejabat imigresen mulai 10 November 1989.

Tetapi, apabila wartawan bertanya kembali tentang bila undang-undang baru ini bermula, Schabowski yang tidak membaca draf yang ditulis Lauter dengan betul, mengumumkannya, “serta-merta”.

Laporan itu disiarkan secara langsung di kaca TV Jerman Timur, menyebabkan ribuan rakyat terus berjalan menuju ke sempadan di Checkpoint Charlie.

Tentera Jerman Timur keliru kerana mereka mendapat arahan surat pekeliling menurut apa yang di draf Lautner, tetapi apabila sudah ratusan ribu warga Berlin Timur mula mengasak pos kawalan tersebut mengakibatkan tentera Jerman Timur hilang kawalan dan akhirnya hanya membiarkan sahaja rakyat Jerman Timur ke Berlin Barat.

Pada 3 Oktober 1990, kedua Jerman disatukan dan kerajaan Jerman Timur sudah tidak wujud lagi.

Tembok Berlin, yang menjadi mercu tanda Perang Dingin antara dua blok kuasa besar dunia telah diruntuhkan.

Dan lagu dari kumpulan Scorpions, Wind of Change, menceritakan sejarah tembok ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Sunday, November 17, 2019

Panduan Membuang Asid Urik Berlebihan Dalam Badan Secara Semulajadi

Panduan Membuang Asid Urik Berlebihan Dalam Badan Secara Semulajadi

Asid urik adalah sisa buangan bertoksik yang terhasil dari penguraian purin, iaitu sebatian semulajadi yang terkandung dalam makanan tertentu dan juga tisu badan. Kebanyakan asid urik yang dalam badan larut dalam darah, melalui buah pinggang dan disingkirkan melalui air kencing.

Asid Urik Punca Gout

Jika badan kita menghasilkan terlalu banyak asid urik atau mengeluarkan asid urik, keadaan ini dikenali sebagai hyperuricemia.

Individu yang terlebih berat badan boleh mengalami lebih banyak asid urik yang sering terkurung di bahagian bawah badan.

Tahap asid urik yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan. Ia boleh membawa kepada pembentukan kristal pepejal dalam sendi yang menyebabkan kesakitan yang dipanggil gout.

Ia juga boleh menyebabkan batu karang dan kegagalan buah pinggang dalam kes-kes yang teruk.

Jumlah asid urik dalam badan kita boleh dikesan melalui ujian darah dan oleh itu, adalah penting untuk melakukan pemeriksaan rutin.

Cara mudah dan selamat untuk mengurangkan asid urik dalam badan adalah dengan mengubah pemakanan dan juga gaya hidup.

9 petua semulajadi berikut boleh membantu dalam mengurangkan asid urik dalam badan seterusnya merendahkan risiko masalah kesihatan yang tidak diingini.

Untuk mengawal kadar asid urik dalam badan, elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan purin.

Antara makanan yang tinggi purin termasuk daging, makanan laut, organ dalaman dan kekacang.

1. MINUM BANYAK AIR

Air diperlukan untuk menyingkirkan asid urik yang terhasil di dalam badan kerana apabila badan terhidrat dengan baik, kristal pepejal sukar terbentuk.

Disarankan minum sekurang-kurangnya 3-4 liter air sehari untuk mengeluarkan asid urik dari badan.

Kita boleh masukkan air kelapa, air lemon, teh hijau dan sebagainya untuk meningkatkan pengambilan air keseluruhan.

2. MAKANAN TINGGI SERAT

Kajian dari University of Maryland mencadangkan agar kita menambah lebih banyak makanan tinggi serat dalam diet harian untuk mengawal tahap asid urik dalam darah.

Serat pemakanan menyerap asid urik yang berlebihan dalam darah dan membantu ia untuk disingkirkan dari badan kita.

Sumber serat yang baik adalah buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin.

3. PENGAMBILAN MAKANAN TINGGI ANTIOKSIDAN

Satu kajian yang dijalankan oleh University of Maryland menunjukkan pengambilan lebih banyak antioksidan seperti ceri, blueberries dan strawberi boleh mengurangkan kepekatan asid urik.

Beri berwarna gelap mengandung flavonoid yang dipanggil antocyanins yang membantu dalam mengurangkan keradangan dan kekakuan.

Makanan beralkali seperti tomato dan lada juga membantu mengimbangi tahap asid di dalam badan kita.

4. VITAMIN

Vitamin C membantu dalam penyingkiran asid urik. Sumber Vitamin C dalam buah-buahan sitrus, lada paprika, kubis, amla (gooseberry India) dan jambu akan membantu mengurangkan asid urik.

5. JUS LIMAU

Disyorkan juga sekurang-kurangnya minum jus limau dua kali sehari untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.

Limau mengandungi asid sitrik yang membantu melarutkan asid urik.

6. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA

Gula mengganggu proses penyingkiran asid urik dari badan dan dalam satu kajian menyebut bahawa, pengambilan harian 300 ml minuman manis meningkatkan risiko gout sebanyak 13%.

7. KURANGKAN KAFEIN

Kafein dan produk-produk yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan alkohol menghalang perkumuhan asid urik dari aliran darah.

Ia juga boleh menyebabkan badan mengalami dihidrasi.

8. CUKA EPAL

Campurkan satu sudu teh cuka epal organik dalam segelas air dan minum setiap hari.

Cuka epal mengandungi asid asetik yang bertukar menjadi alkali dalam badan, bertindak seperti pembersih semulajadi dan penyahtoksik.

Cuka epal juga mengandungi asid malic yang membantu dalam memecahkan dan mengeluarkan asid urik dari badan.

Selain itu, ia mengurangkan keradangan dan bengkak pada sendi yang membolehkan fleksibiliti sendi yang lebih baik.

9. SADERI

Biji saderi kaya dengan asid lemak Omega-6 dan minyak diuretik lain dan sebagai diurektik yang kuat, ia membantu dalam membersihkan cecair berlebihan dengan merangsang buah pinggang untuk menyingkirkan asid urik.

Ia menjadikan darah beralkali dan juga merendahkan keradangan dalam badan.

Disyorkan mengambil setengah sudu teh biji saderi kering sekali sehari disertai dengan pengambilan air yang banyak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

5 Tanda Anda Dan Pasangan Tidak Bahagia

5 Tanda Anda Dan Pasangan Tidak Bahagia

Dalam sesebuah hubungan, perbuatan itu adalah lebih penting daripada kata-kata manis dalam memastikan ikatan yang terjalin sentiasa mewangi, kerana sesiapa sahaja boleh mengucapkan kata-kata seperti 'saya sayang awak' tetapi berapa ramai yang sanggup berkorban untuk anda dan melakukan perkara yang adakalanya tidak masuk akal untuk anda bagi membuktikan cinta mereka?

Tidak Bahagia

Jika anda tertanya-tanya sama ada hubungan yang terjalin benar-benar bahagia atau pun sebaliknya, ada beberapa hal yang boleh menggambarkan situasi ikatan yang terjalin.

Menurut ahli terapis pasangan, Dr Gary Brown, walaupun sesuatu perkara itu nampak remeh namun sebenarnya ia jelas menunjukkan perasaan sebenar kedua-dua belah pihak terhadap satu sama lain dan keadaan hubungan seseorang itu.

Pun begitu, kekurangan itu bukan bererti hubungan anda sudah tidak boleh diselamatkan sebaliknya ia adalah indikasi untuk mengenal pasti dan melakukan perubahan agar ikatan yang terjalin kekal utuh dan bahagia.

Ada kalanya perkara remeh boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga.

Berikut adalah 5 situasi yang boleh menjadi petunjuk sama ada anda atau pasangan berada dalam keadaan tidak bahagia.

1. Terima Kasih

Perkataan terima kasih itu nampak remeh tetapi ia sebenarnya penunjuk jelas tahap hubungan anda.

Menurut Dr Brown jika dahulu anda saling berterima kasih atas hal kecil seperti membancuh kopi, mengemas rumah dan kini tidak lagi berupaya menzahirkan penghargaan buat pasangan ia petanda hubungan anda menjurus ke arah kehancuran.

Ini kerana anda tidak bahagia sehingga tidak lagi memberi perhatian terhadap hal-hal remeh dilakukan pasangan dan mungkin anda tidak menyedari tentang pentingnya 'terima kasih'.

2. Tiada lagi luahan isi hati

Sebagai pasangan suami isteri - komunikasi adalah sangat penting termasuk berbicara tentang hal-hal penting sehinggalah apa yang berlaku kepada anda setiap hari.

Perbualan dari hati ke hati itu sebenarnya menunjukkan anda peduli terhadap pasangan dan merasakan mereka insan paling penting untuk mengetahui segala yang terbuku di hati.

Kata Dr Brown, apabila anda atau pasangan mula mengelak daripada bercakap tentang hal-hal penting keadaan ini perlu diberi perhatian.

Ini kerana ia memberi petanda bahawa anda tidak lagi berminat dalam hubungan itu malah dalam situasi lebih buruk ia boleh menimbulkan perasaan benci sehingga akhirnya rasa tidak bahagia itu muncul.

3. Tidur pada waktu yang berbeza

Mungkin nampak remeh tapi kata Dr Brown ia memberi kesan cukup besar apabila pasangan akan mula merasakan mereka tidak lagi penting.

Bayangkan sebelum ini, masuk tidur bersama, bangun bersama - melakukan aktiviti berkualiti bersama namun kerana waktu tidur berbeza ia menunjukkan bukan sahaja anda tidak berminat dengan pasangan. Adakah itu bahagia?

4. Tiada lagi panggilan sayang

Panggilan nama seperti sayang, baby, honey dan sebagainya mungkin kedengaran biasa tetapi ia juga penting dalam mengeratkan ikatan suami isteri.

Ini kerana panggilan manja itu menunjukkan perasaan anda terhadap pasangan dan ia antara cara meluahkan rasa kasih di antara suami isteri.

5. Tiada lagi kiriman mesej atau ciuman selamat malam

Kadang-kadang perkara paling kecil dan remeh boleh menunjukkan betapa sayangnya anda terhadap pasangan.

Kiriman mesej ringkas bertanya tentang khabarnya di tempat kerja atau memberi ciuman di malam hari menunjukkan mereka adalah insan yang sentiasa dalam fikiran anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar