Friday, February 15, 2019

SBDJ Siri 19: Diresapi Semangat Monyet

SBDJ Siri 19: Diresapi Semangat Monyet

Langit di Batu Enam Belas Jalan Tapah, Cameron Highlands malam itu cukup cerah. Bah Lanjut dan datuk terus berjaga di pangkal pokok Jelutung patah dahan. Saya terus mencampakkan dahan dan ranting kayu ke dalam unggun api di belakang pondok.

Siri SBDJ 15

Bahang dari unggun itu menghilangkan rasa dingin yang menyelimut tubuh saya. Sesekali terdengar bunyi dahan kayu berlaga sesama sendiri, dirempuh angin malam, lalu melahirkan satu nada irama yang memanjang. Embun jantan mula menitik atas kepala saya.

"Sudah dinihari," keluh datuk.

Bah Lanjut angguk kepala. Matanya merenung tajam ke arah hutan tebal di sebelah kanan pondok.

Saya terus mencampakkan puntung-puntung kayu ke dalam unggun, bila puntung kayu berada di dalam anggun api, ia kelihatan marak dan bunga api berterbangan ke udara.

Saya kira sudah pukul dua lebih. Suara binatang buas terdengar sayup-sayup di kaki bukit. Saya lihat datuk tertidur di pangkal pokok Jelutung.

Bah Lanjut terus bergerak ke hulu ke hilir sambil memaut golok di pinggang. Saya tidak memperdulikan mereka.

Tiba-tiba saya terasa kelopak mata cukup berat. Lepas itu, saya tidak tahu apa yang berlaku. Bila saya membuka mata kembali, saya lihat Bah lanjut pula tertidur di pangkal pokok Jelutung dan datuk pula bertindak sebagai pengawal.

Datuk, saya dan Bah Lanjut merasa cukup kecewa. Lembaga hitam yang dinantikan sepanjang malam, tidak juga menjelma.

"Dia bagaikan tahu kita menantinya," kata datuk pada Bah Lanjut sesudah melihat fajar subuh bangun di kaki langit.

"Dia takut agaknya," sahut Bah Lanjut.

"Boleh jadi juga," balas datuk.

Bah Lanjut meminta diri pulang ke rumahnya. Saya dan datuk beredar menuju ke arah sebuah anak sungai. Kami mengambil air sembahyang. Hari mula beransur cerah.

Waktu datuk mahu mendaki anak bukit ke pondok, di terserempak dengan tapak kaki binatang, sebesar tapak kaki gajah, anehnya tapak kaki menyerupai tapak kaki manusia, tetapi mempunyai empat jari.

Jari sebelah kanan berbentuk bulat macam anak lesung batu. Datuk membuat kesimpulan, itulah ibu jari kaki lembaga hitam.

Datuk menandakan kesan tapak kaki binatang itu dengan sebatang pokok kecil yang dipatahkan dua. Sebelum beredar datuk baca sesuatu di situ.

"Supaya jangan hilang bila dicari," datuk memberitahu saya. Dan saya cuma tersenyum sambil angguk kepala dua tiga kali.

Selepas menunaikan sembahyang subuh dan bersarapan pagi, saya dan datuk di halaman pondok. Beberapa minit kemudian Bah Lanjut datang. Wajahnya nampak riang.

"Kita kena bertolak pergi ke sana," katanya.

"Jalan kaki," sahut Bah Lanjut.

"Susah tu," celah saya.

"Tak susah sebelum matahari condong sampailah kita ke sana."

Bah Lanjut memberikan satu keyakinan dalam diri saya. Datuk termenung panjang. Datuk berjalan dua tiga tapak keliling halaman pondok. Berhenti betul-betul di depan kaki tangga pondok.

"Begini tok batin, tok batin pergi dulu, kami ikut kemudian."

"Nanti sesat, susah."

"Tak apa, syarat utamanya bila tok batin sampai ke sana, tandakan kawasan

itu dengan kain merah," datuk mengemukakan cadangan.

"Cara?"

"Ikat kain merah pada buluh dan buluh itu dicacakkan atas tanah lapang."

"Baiklah."

Bah Lanjut pun melangkah ke arah utara. Sebelum hilang ditelan oleh pokok-pokok hutan yang tebal itu, Bah Lanjut sempat melambaikan tangan ke arah saya dan datuk.

Saya lihat cukup tangkas Bah Lanjut bergerak, saya tidak dapat melihat bayang atau tubuhnya kecuali melihat pokok-pokok yang bergerak saja.

Tidak sampai lima minit, saya tidak dapat mendengar suara Bah Lanjut menjawab laungan dari datuk.

Matahari bertambah tinggi, tetapi rasa sejuk masih kuat mencengkam diri. Bibir saya terketar-ketar. Datuk mengambil dua tiga helai daun kayu muda. Digosoknya ke tapak tangan beberapa kali.

"Bila kita bertolak ke Kampung Raja tok?" tanya saya sesudah melihat datuk tidak membuat sebarang persiapan untuk pergi ke tempat tersebut.

Datuk tidak menjawab pertanyaan saya. Dia terus menakuk-nakuk pangkal pokok jelutung dengan golok peraknya.

Datuk menyuruh saya mencari ranting dan dahan kering. Saya patuh dengannya.

Saya sudah pun berjaya mengumpul satu bekas dahan dan ranting kering. Saya tempatkan di bawah pokok.

"Bila kita nak pergi," tanya saya lagi sekali.

Datuk merenung tajam ke arah saya. Dia kerutkan mukanya.

"Itu urusan aku. Bila aku ajak, kau ikut. Kalau tidak kau tunggu di sana," nada suara datuk membayangkan kemarahan.

Datuk terus duduk atas tunggul buruk. Saya terdiam memukul tanah dengan tangan kiri sebanyak tiga kali.

Matahari terus memancar. Bunyi burung terus bersahut-sahutan. Saya duduk termenung di bawah pondok. Tidak berani saya melihat muka datuk yang macam muka harimau itu.

Datuk berubah tempat duduk bersila di bawah pokok jelutung. Kedua belah lengannya diletakkan atas kepala lutut.

Mata datuk merenung ke arah hutan. Tiba-tiba saya lihat beberapa ekor monyet melompat atas dahan sambil menjerit, monyet-monyet itu terus melompat dari dahan ke dahan dengan cepat seperti dikejar sesuatu.

Dada saya berdebar, dari sebelah utara pondok, keluar dua ekor harimau belang berbadan besar. Salah seekor daripada harimau belang badannya besar.

Salah seekor daripada harimau itu ternyata mempunyai kaki yang untut sebelah kiri.

Harimau itu menuju ke arah datuk yang duduk mencangkung Lebih kurang lima minit lamanya, salah seekor daripada harimau itu memusingkan ekornya mengusap dan menyapu wajah datuk dengan ekornya.

Datuk membiarkan harimau itu melakukan apa saja terhadap dirinya. Bila sudah penat, harimau itu beredar dan duduk kembali di depan datuk.

Harimau yang seekor lagi pula, menerpa ke arah datuk dan menjilat wajah datuk dengan lidahnya yang merah. Saya lihat misai harimau yang keras itu berlaga dengan misai datuk yang lembut.

Datuk menepuk-nepuk pangkal leher harimau itu dengan lemah lembut. Harimau itu mengaum kecil. Datuk memeluk leher harimau itu dengan penuh rasa kasih sayang.

"Kau rindukan aku," terdengar suara datuk.

Harimau menggerak-gerakkan ekornya. Manakala harimau yang lagi seekor berguling-guling di atas tanah sambil keempat-empat kakinya menghala ke langit.

"Aku dan cucuku selamat di sini, pulanglah. Berkalih hari kau datang ke sini," selesai saja datuk bercakap, dia bangun.

Harimau segera berdiri di sisinya. Harimau kaki untut sebelah kanan, yang tidak untut di sebelah kiri.

"Pulanglah," tambah datuk lagi sambil menepuk-nepuk belakang harimau.

Kedua ekor harimau itu mengaum serentak dan berjalan tenang masuk ke dalam hutan tebal.

Datuk merapati saya lalu menyuruh saya memasak nasi. Datuk juga memberitahu saya, bahawa dia akan turun ke sungai untuk menangkap ikan.

Datuk terus meninggalkan saya di pondok dan saya terus menghidupkan api. Membasuh beras dan memasak nasi.

Sebaik saja air nasi di dalam periuk kering, datuk kembali dari sungai membawa ikan. Datuk mencari kayu kecil dan ikan itu lalu dipanggang dan diangkatkan pada api.

Semuanya berjalan dengan baik. Bila matahari sudah berada betul-betul di tengah kepala, saya dan datuk terus makan, datuk berdiri di halaman melihat bayangannya di atas bumi.

"Sudah masuk sekarang," pendek saja suara datuk.

Dan fahamlah saya, bahawa datuk menyuruh saya pergi ke sungai mengambil air sembahyang. Saya terus pergi ke sungai.

Setelah selesai sembahyang, datuk terus duduk di pangkal jelutung. Entah apa yang dibuat oleh datuk di situ saya sendiri pun tidak tahu.

"Bah Lanjut sudah sampai ke tempat yang dituju," datuk memberitahu saya.

Datuk terus naik ke pondok. Ambil pakaian dan barang-barang keperluan. Saya juga berbuat begitu. Datuk menutup kedua belah mata saya dengan kain hitam. Dia menyuruh saya berdiri di kaki tangga. Saya akur dengan perintah itu.

Datuk menyuruh saya meluruskan kedua belah tangan saya ke hadapan. Darah saya tersirap. Saya menyentuh badan harimau. Saya terasa lidah harimau menjilat-jilat kedua belah lengan saya.

Datuk memimpin saya ke depan, lalu mendudukkan saya atas badan harimau.

"Kau tunggang dia sendirian," kata Datuk.

"Aku naik belakang si untut, tetapi jangan buka kain penutup mata, kalau kau ingkar, kau tak akan melihat dunia lagi," sambung datuk ada nada mengugut perasaan hati saya.

"Saya faham tok."

"Faham saja tak mahu, tapi mesti taat," tengking datuk.

"Saya taat datuk."

"Hum... bagus."

Saya terasa harimau yang saya tunggang itu bergerak perlahan-lahan, kemudian laju dan terus laju.

Saya terasa kedua belah cuping telinga saya cukup sejuk kerana di sentuh angin.

Saya tidak pasti sama ada harimau yang saya naik itu terbang atau berjalan di atas bumi.

Dalam saya berfikir-fikir itu, harimau yang saya naik berhenti berjalan. Datuk pun membuka kain yang membalut ke dua belah mata saya.

"Bagus, kau dah berani sekarang," serentak dengan ucapan itu datuk terus memukul belakang saya dua tiga kali.

Saya raba bibir saya yang terasa kebas. Saya gigit bibir hingga terasa sakit.

"Kau sudah berani sekarang," ulang datuk sambil mengeluarkan bertih dari uncangnya.

Bertih itu ditaburkannya atas tanah lapang untuk makanan harimau peliharaannya.

Sesudah memakan bertih, harimau itu mengaum kecil sambil menggoyang-goyang ekornya. Datuk tepuk kepala harimau dan ia pun terus masuk ke dalam hutan tebal lalu hilang.

“Di mana kita sekarang ni tok?"

"Kita ikut tepi hutan ni menuju ke arah matahari naik."

Datuk dan saya pun melangkah serentak meredah hutan, melanggar akar dan duri. Sayup-sayup terdengar bunyi kokok ayam hutan, tingkah meningkah dengan salakan anjing.

Saya yakin, bahawa kami memang tidak jauh dari perkampungan orang asli.

Matahari bertambah condong, kabus tebal mula bangkit di sekitar kawasan hutan. Badan saya bertambah sejuk.

Datuk dan saya terus meredah hutan, dari jauh sudah nampak asap berkepul dari puncak sebuah bukit kecil.

"Berhenti," datuk memaut bahu kanan saya.

Kami terdengar bunyi benda bergerak di sebelah kiri, saya lihat pokok-pokok di situ bergerak sendiri. Dada bertambah cemas. Seorang lelaki muncul di situ.

"Bagaimana cepat awak sampai," kata Bah Lanjut kehairanan.

"Kita belum lagi memacak kain," tambahnya sambil meraba dahi. Datuk tidak menjawab pertanyaan itu.

Datuk meminta Bah Lanjut membawanya segera ke perkampungan orang asli di Kampung Raja.

"Mari," ajak Bah Lanjut.

Kami lagi sekali menyelusup di bawah akar dan pokok hutan. Akhimya kami sampai ke sebuah kawasan perkampungan orang asli.

Bah Lanjut membawa kami ke sebuah rumah di tepi pokok meranti, kemudian memperkenalkan datuk pada penghuni rumah itu.

Bah Lanjut juga meminta tuan rumah itu menyediakan sebuah tempat khas untuk datuk dan saya, tempat itu mestilah bersih, tidak boleh anjing masuk ke situ.

Tuan punya rumah itu sanggup menyediakan apa yang diminta oleh Bah Lanjut.

Saya dan datuk ditempatkan di sebuah rumah kosong berhampiran dengan sebuah anak sungai. Datuk gembira, kerana dia mudah mengambil air sembahyang dan mandi.

Sesudah meletakkan barang-barang yang di bawa ke rumah itu, saya dan datuk kembali semula ke rumah yang mula-mula di temui.

Bah Lanjut sudah menanti di situ. Dia sedang bercakap dalam bahasa ibundanya dengan tuan rumah itu.

Kemudian, Bah Lanjut membawa saya dan datuk ke satu ruang di tengah rumah. Seorang gadis orang asli terbaring di situ. Cantik juga raut wajahnya.

Di hujung kaki itu terletak beberapa naskah majalah filem. Di hujung kepalanya pula terletak beberapa batang keladi dan pucuk ubi kayu.

Bah Lanjut memberitahu datuk nama gadis itu ialah Kuntum. Menurut Bah Lanjut, dulu Kuntum tinggal di Jalan Parang, bersekolah di situ.

Gagal untuk menyambung pelajaran ke sekolah menengah di Tapah, dia terpaksa pulang ke kawasan Kampung Raja membantu orang tuanya bercucuk-tanam.

Hinggalah pada suatu hari, Kuntum telah di tangkap oleh satu lembaga hitam, ketika dia menanam padi di lereng bukit.

Tiga hari, tiga malam Kuntum hilang, akhirnya orang bertemu Kuntum duduk menangis di pangkal pokok bertam yang berduri lebat.

Bila bawa pulang ke rumah, Kuntum meraung-raung tidak tentu arah dan terpaksa diikat.

Namun, dengan kepandaian Bah Lanjut, sakit Kuntum beransur baik, anehnya pula, Kuntum tidak dapat bergerak ke mana-mana waktu siang. Dia terkapar di ruang khas.

Bila malam, Kuntum akan sihat seperti orang yang tidak terkena apa-apa. Dia boleh memasak, membaca dan menyanyi.

Kadang-kadang turun ke tengah halaman menari dengan iringan bunyi suara buluh yang dihentakkan ke bumi. Menjelang dinihari, satu lembaga hitam akan datang lalu memangku Kuntum untuk di bawa ke dalam hutan.

Bila fajar subuh bangkit ke kaki langit lembaga hitam akan memulangkan Kuntum.

Kerana hari sudah beransur gelap, datuk minta diri untuk pulang ke rumah yang disediakan untuk kami. Datuk berjanji akan pulang ke rumah Kuntum sesudah waktu Isyak.

Datuk tidak dapat memberikan kata putus samada dia boleh mengubati atau tidak penyakit yang dideritai oleh gadis orang asli itu. Datuk sekadar menyatakannya.

Saya lihat datuk sudah mengenakan baju dan seluar hitam ke badan. Kepalanya dililitkan dengan kain merah selebar dua jari.

Datuk mengikat uncang hitam di pinggang. Dia menyuruh saya memakai baju Melayu putih dan seluar putih dan belitkan kain kuning ke kepala. Hati saya berdebar, belum pernah datuk menyuruh.

"Bermacam usaha telah dilakukan, pernah orang-orang di sini menyerang lembaga hitam itu, tetapi semua tidak berjaya, lembaga hitam itu lebih kuat dari kami," beritahu Bah Lanjut pada datuk. Datuk kelihatan resah. Dia gigit bibir.

"Jadi sekarang bagaimana?" tanya datuk.

"Kedua orang tua Kuntum tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan menyerahkan Kuntum pada lembaga hitam itu, saya pun harap awak akan dapat menolong kami dalam hal ini," secara jujur Bah Lanjut menyuarakan hasrat hatinya.

Dia memberitahu kepada kedua orang tua Kuntum bahawa dia akan menyiasat dan mengkaji punca penyakit itu terlebih dahulu, sebelum memberikan ubat.

Selepas sembahyang Isyak, datuk terus baring. Pusing kiri, pusing kanan. Akhimya dia terlelap.

Bila melihat datuk terlelap, saya pun merebahkan badan dengan harapan datuk akan melupakan janjinya dengan Bah Lanjut.

Saya tahu dan faham benar, kalau datuk pergi ke situ. Sejam dua jam kerjanya tidak akan selesai.

"Bangun," sergah datuk pada saya.

Kelam-kabut saya dibuatnya. Saya memakai pakaian. Mahu bertanya, saya takut datuk naik angin. Jalan paling baik saya ikuti ialah, patuh saja dengan apa yang diperintahnya.

"Bawa damar," ujar datuk.

Saya pun ambil damar dari beg yang terletak dekat dinding rumah. Kemudian, saya ikut datuk turun. Sebaik saja kaki saya memijak bumi, saya terasa badan saya seram sejuk.

Saya melihat cahaya api yang berkelip-kelip dari arah rumah orang tua Kuntum. Datuk terus melangkah sambil menarik tangan saya.

"Datuk," jerit saya sekuat hati bila melihat satu lembaga hitam berdiri di kiri saya.

Datuk pun menoleh ke arah lembaga itu. Cepat-cepat datuk meraba mancis api di dalam saku seluarnya.

Datuk membakar kertas yang baru diambil dari dalam uncang hitam. Cahaya dari kertas yang dibakar, menerangi kawasan dari sekitar. Saya dapat melihat lembaga hitam itu dengan jelas.

Tingginya, lebih kurang tinggi saya, seluruh badannya berbulu. Wajahnya macam wajah beruk.

Datuk menerkam ke arah lembaga hitam itu sambil membuka silat harimau meniti batang.

Lembaga hitam itu menepis setiap buah silat yang datuk lepaskan, saya lihat lembaga hitam itu juga boleh bersilat, mengikut rentak silat datuk. Api yang membakar kertas padam. Datuk terus bersilat.

Suara lembaga hitam itu mengaum sambil mematahkan pokok-pokok kecil di sekelilingnya.

Kerana datuk tidak dapat menahan serangan lembaga hitam itu, datuk berundur hingga sampai ke kaki tangga, saya terus naik ke rumah, lalu membawa pelita minyak tanah kemuka pintu.

Cahaya dari pelita minyak tanah itu, dapat menolong saya melihat gerak lembaga hitam itu bertarung dengan datuk.

Satu tendangan yang kencang membuat lembaga hitam itu terguling.

Lembaga hitam menjerit dengan sekuat hati. Serentak dengan itu beberapa lembaga hitam lain muncul semuanya mahu menyerbu ke arah datuk.

Kali ini saya tidak wajar membiarkan datuk berjuang sendirian. Saya harus bertindak.

Saya ambil golok yang terletak di ruang rumah kemudian melompat ke tanah, lalu membuka silat halilintar.

Saya melompat ke kiri dan ke kanan sambiI menikam bertubi. Salah satu lembaga hitam itu yang terkena tikaman saya menjerit lalu masuk ke dalam hutan, dengan di ikuti oleh lembaga hitam yang lain.

Datuk terduduk atas tanah. Dadanya berombak -ombak menahan penat. Dengan mendadak saja saya lihat Bah Lanjut muncul di hadapan saya dan datuk.

Hati saya segera bertanya sendirian, apakah lembaga hitam itu ada hubungannya dengan Bah Lanjut.

Apakah lembaga hitam itu jelmaan dari Bah Lanjut? Semuanya bersarang dalam kepala saya. Dengan cara berbisik, saya ajukan pertanyaan itu pada datuk.

Tanpa diduga, datuk terus menampar muka saya. Sakitnya bukan kepalang. Bah Lanjut terkejut melihat aksi datuk itu.

Tetapi dia tidak berani bertanya kenapa datuk melakukan hal itu pada saya. Dengan cara penuh diplomasi datuk menyuruh Bah Lanjut menunggu kedatangannya di rumah orang tua Kuntum. Bah Lanjut akur dengan permintaan datuk itu.

Bila Bah Lanjut sudah agak jauh dari kami, barulah datuk dan saya memulakan perjalanan ke rumah orang tua Kuntum.

Datuk memilih jalan belakang. Ada dua sebab kenapa datuk memilih jalan belakang, pertama dia mahu kedatangannya tidak di ketahui oleh Kuntum dan kedua orang tuanya.

Kedua, datuk mahu mengesan dari arah mana lembaga hitam itu masuk ke rumah

Kuntum.

"Kenapa ikut belakang, pintu depan terbuka," suara Bah Lanjut nyaring dalam gelap.

Dia muncul tiba-tiba di hadapan saya dan datuk. Lagi sekali hati saya berdebar. Dan macam-macam sangka yang buruk terhadap Bah Lanjut timbul di hati.

Datuk tidak menjawab dan saya mengikut langkah Bah Lanjut. Kemudian naik ke rumah.

Ayah Kuntum tersenyum menyambut kedatangan kami. Sementara ibunya duduk mencangkung dekat dinding.

Datuk terus bercakap dengan kedua orang tua Kuntum. Datuk membuka uncang kain hitam dan mengeluarkan kain merah, lalu dibakarnya bucu kain merah.

Bila api itu mula mahu marak, datuk memadamkannya. Secara mendadak saja Kuntum bangun lalu menyepak tangan datuk.

Dia bercakap sesuatu yang saya lihat datuk mengerti. Datuk terus memukul tulang kering Kuntum dengan belakang tangan.

Kuntum menjerit lalu rebah. Ayah Kuntum bangun sambil mengeluarkan parang mahu menetak datuk. Perbuatannya itu segera di tahan oleh Bah Lanjut.

Segera Bah Lanjut menerangkan padanya kenapa datuk berbuat demikian. Ayah Kuntum mengerti dan minta maaf pada datuk.

Kuntum segera diangkat ke tempatnya dan dibaringkan di situ. Malam bertambah larut. Di luar rumah terdengar orang berjalan dan bunyi ranting kering patah kena pijak.

Beberapa ekor kelawar liar beterbangan. Tiba-tiba hidung saya tercium bau wangi yang amat sangat. Mata saya terasa berat sekali. Kepala terasa sakit dengan mendadak.

Saya lihat ayah dan ibu Kuntum tersungkur ke lantai, begitu juga dengan Bah Lanjut. Tidak sampai lima minit mereka berdengkur.

"Berikan aku damar," datuk minta damar dari saya.

Saya serahkan damar pada datuk yang segera memecahkan damar itu dengan hati-hati. Separuh diberikan pada saya dan separuh lagi diambilnya.

Datuk suruh saya menekapkan damar itu ke hidung. Bila saya tercium damar, mata saya kembali segar.

Kemudian datuk menyuruh saya pura-pura tidur dan terdengkur. Datuk juga berbuat begitu.

Saya terasa rumah bergegar. Saya membuka mata sedikit tetapi saya terus pura-pura berdengkur.

Kuntum berlari ke tengah rumah. Dia menghulurkan tangannya pada lembaga hitam yang macam beruk di muka pintu.

Lembaga hitam yang berwajah hodoh itu memeluk Kuntum. Hidungnya yang dempak dan keras itu di tekan ke pipi Kuntum yang lembut sambil bersuara, "Heh ... heh heh ... heh ... hum".

Kuntum menjerit manja kerana terasa geli bila bulu lembaga hitam itu menikam kulit badannya. Lembaga hitam itu terus mendukung Kuntum ke tempat tidur.

Saya dan datuk menggolek-golekkan badan sambiI berdengkur hingga sampai ke pintu ruang tempat Kuntum tidur.

Lembaga hitam meletakkan Kuntum ke atas lantai. Dia terus mencium Kuntum bertubi-tubi. Kuntum mengerang kepuasan.

Datuk menarik kaki saya lalu meratakan bibirnya ke telinga saya.

"Kau pergi kesana, jangan lihat," ujar datuk.

Saya menginsutkan badan ke arah lain. Tempat saya segera diganti oleh datuk. Walaupun begitu telinga saya masih dapat menangkap suara Kuntum yang sesekali mengerang bersama bunyi suara lembaga hitam itu.

Saya terkejut bila lembaga hitam itu menjerit. Saya sudah tidak dapat berpura-pura tidur lagi. Saya buka mata.

Saya lihat datuk berdiri di hadapan lembaga hitam. Kuntum terkapar di lantai. Telanjang bulat. Matanya tegak merenung atap rumah.

Datuk menyuruh saya melekapkan damar ke lubang hidung Bah Lanjut dan kedua orang tua Kuntum.

Bila damar dicium, semuanya bangun. Masing-masing terkejut melihat datuk berhadapan dengan lembaga hitam.

Bah Lanjut lalu memasang lampu minyak tanah. Ruang menjadi terang benderang.

Saya nampak cukup jelas, lembaga hitam itu sebenamya ialah sejenis monyet besar dan mempunyai sepasang mata yang cukup tajam.

Datuk terus mempertahankan diri dari serangan lembaga hitam. Bah Lanjut dan kedua orang tua Kuntum mula rapat ke arah Iembaga hitam.

Melihat keadaan yang cemas itu, lembaga hitam itu terus melompat dua tiga kali. Kemudian menghempaskan badannya di dinding rumah yang di perbuat dari kulit kayu.

Dinding rumah pecah. Lembaga hitam itu jatuh ke tanah dan menjerit lalu melarikan diri dalam gelap yang pekat.

Tanpa membuang masa lagi datuk terus rapat kepala kepada Kuntum. Tubuh Kuntum dibalut dengan kain batik. Datuk minta Bah Lanjut mencarikan daun dedap. Bah Lanjut segera mencarinya.

Datuk merimbas daun itu ke tubuh Kuntum sebanyak tujuh kali. Kuntum terkejut dan dia bagaikan tersedar dari mimpi lalu bertanya pada ibunya apa yang sudah terjadi. Ibunya menceritakan peristiwa yang berlaku. Kuntum menangis.

Datuk mengambil damar itu, diramasnya kuat-kuat. Saya lihat dari celah-celah jari datuk keluar asap. Damar yang sudah hancur itu digaulkan dengan daun dedap dalam satu bekas. Datuk melumurkan semuanya ke tubuh Kuntum.

Datuk membiarkan Kuntum berguling atas lantai. Kuntum kelihatan macam ikan kekeringan air. Kuntum terus lemah dan tidak berdaya.

Tubuh Kuntum dilitupi asap dan asap itu membentuk satu lembaga yang menyerupai monyet besar berdiri hingga sampai ke bumbung.

Datuk membaca sesuatu lalu menghembuskan ke arah asap yang berbentuk lembaga itu.

Asap berpecah sekejap, bercantum kembali, berbentuk macam bantal guling, melayang-layang di dalam rumah. Datuk pun menggigit bibir.

Dengan tangkas datuk membuka tapak tangan dan menghalakan ke arah asap berbentuk lembaga.

Datuk menghembus ke arah tapak tangannya. Asap berbentuk lembaga itu menuju ke arah pintu lalu keluar.

"Binatang sial itu sudah meresapkan semangatnya ke dalam Kuntum," kata datuk.

Bah Lanjut terkejut. Datuk menyuruh Bah Lanjut menjaga Kuntum hingga ke siang dan datuk serta saya kembali ke rumah khas.

Pagi esoknya, saya dan datuk menemui kesan dan tapak kaki seperti yang kami temui di Kampung Batu Enam Belas. Datuk segera memanggil Bah Lanjut.

Mereka membuat keputusan untuk mengesan tapak kaki itu ke arah mana lembaga hitam itu lari.

Sebelum pergi, saya dan datuk melihat Kuntum dulu. Saya lihat Kuntum bertambah segar, tetapi mukanya kelihatan pucat.

Setelah berbincang dengan Bah Lanjut lebih kurang sepuluh minit, kami pun mula mengesan tapak kaki lembaga hitam itu. Kerana malam tadi tidak hujan, kesan tapak kaki itu dapat dilihat dengan jelas.

Kami terus berjalan sambil memotong anak-anak pokok hutan sebagai tanda tempat itu sudah kami lalui.

Dua kali saya berhenti kerana perjalanan itu terasa cukup jauh. Matahari yang tadi terang sudah beransur condong. Tempat yang kami tuju masih juga belum sampai.

Bila hari sudah beransur gelap, kesan kaki itu sudah dapat kami kesan. Ia hilang betul-betul di hadapan sebuah gua.

Tamat siri 19/284

BACA: SBDJ Siri 18: Diganggu Lembaga Hitam
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

5 Haiwan Yang Dibenarkan Untuk Umat Islam Membunuhnya

5 Haiwan Yang Dibenarkan Untuk Umat Islam Membunuhnya

Panduan untuk mengetahui 5 jenis yang dibenarkan ini berpandukan kepada hadis berikut, "Daripada Aisyah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda, "Khams fawasiq (haiwan perosak yang lima) yang perlu dibunuh meskipun di dalam keadaan berihram; kala jengking, tikus, burung ‘kite’ (burung pemangsa seakan helang), burung gagak dan anjing ganas."

Haiwan boleh dibunuh

Ada juga pendapat yang mengatakan hukumnya sunat membunuh binatang yang disenaraikan kerana mendatangkan kekotoran, jijik dan mengganggu namun kami tak dapat pastikan kesahihan pendapat ini.

Walaupun begitu, harus diingatkan kaedah kita membunuh binatang-binatang ini ada caranya, berdasarkan hadis, "Allah SWT telah menetapkan ihsan pada setiap perkara. Sekiranya kamu membunuh maka perelokkanlah bunuhan tersebut. Sekiranya kamu menyembelih haiwan maka perelokkanlah sembelihan tersebut dan setiap dari kalian perlu menajamkan pisau dan berikan kerehatan pada sembelihan (bagi mengurangkan kesakitan)." - Riwayat Muslim (1955)

1. Tikus

Satu perkara yang perlu kita sedari, penggunaan perangkap seperti jerat yang mengurung tikus yang kemudiannya dijemur supaya tikus itu mati, merupakan berlawanan dengan hadis di atas.

Cara terbaik untuk membunuh tikus yang telah diperangkap, adalah dengan memukulnya.

2. Kala jengking

Jika terjumpa kala jengking, bunuhlah kala jengking itu dengan segera menggunakan pukulan dengan kayu.

3. Burung gagak

Burung gagak banyak didapati di kawasan-kawasan yang kurang dijaga kebersihannya dan mengerumuni bangkai atau sampah.

Walaupun banyak operasi menembak gagak dilakukan, populasi gagak tetap bergantung dengan tahap kebersihan sesuatu kawasan itu.

4. Burung 'Kite'

Burung hering

Burung kite pula berkemungkinan besar membabitkan burung-burung yang digelar birds of prey seperti burung hering yang makan bangkai haiwan lain.

5. Anjing yang ganas

Berdasarkan hadis yang disebutkan di atas, ternyata cara terbaik untuk mematikan seekor anjing yang tidak mampu dikawal adalah dengan melakukan suntikan pelali yang mematikan sistem tubuh badan anjing tersebut.

Walaupun begitu anjing selalu menjadi isu di negara kita kerana ramai tidak mempedulikan undang-undang sedia ada, sehinggakan mereka menyalahkan pihak berkuasa apabila terdapat kes anjing dibunuh oleh kerana tidak berdaftar atau berlesen.

Kesimpulan

Apa yang penting adalah kita menjaga ihsan kita pada haiwan tersebut dan memastikan tidak berlakunya penyeksaan ketika membunuhnya.

Memukul, menembak dan menggunakan racun yang disuntik merupakan kaedah-kaedah terbaik bagi membunuh haiwan-haiwan ini secara pantas dan cepat.

Teknik-teknik lain seperti membakar, menjemur sampai mati, mengikat, memotong kepada beberapa bahagian seperti yang kerap berlaku pada kala jengking dan lipan atau menyeksanya perlahan-lahan sehingga mati merupakan perbuatan yang ditegah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Kenapa Sukar Nak Solat?

Kenapa Sukar Nak Solat?

Mungkin kita sentiasa nak jadi seorang yang menunaikan solat kerana bagi sesetengah orang, solat nampak begitu mudah. Mereka hanya bangun dan melakukannya, tanpa ada rasa malas. Mungkin juga dulu kita seorang yang rajin solat, tapi sekarang dah lain. Ada sesuatu yang rosak dalam diri kita.

Sukar Nak Solat

Sebenarnya, ia bukan betul-betul rosak. Cuma rasa kosong, gelap dan hilang. Kita tak rasa apa-apa, hanya kebas dan hambar.

Jadi, macam mana hati yang kosong nak menuju ke jalan Tuhan? Apa yang perlu kita lakukan?

Masalah paling biasa bila berkaitan dengan nasihat tentang solat ialah kita selalu melihatnya dari sudut pandangan reaktif, bukan proaktif.

"Kau tak solat? Tak apa, kau mula je dulu."

"Kau tak solat? Jangan risau, cuba kau tunaikan solat dari satu masa ke satu masa. Lepas tu cuba pulak penuhkan solat 5 waktu. Lama-lama nanti mesti jadi konsisten. Percayalah."

Nampak macam nasihat yang baik bukan? Tidak, cara itu salah. Kalau nasihat itu berkesan, bagus.

Tetapi macam mana pula dengan kebanyakan orang Islam lain yang masih tak jumpa jalan untuk "mula dulu"? Mungkin ada cara lain yang kita kena cuba.

Bagi sesetengah orang yang merasakan kekosongan dalam hati, nasihat "mula dulu" itu tidak cukup memberi motivasi kepada mereka untuk tunaikan solat. Ya, memang pun. Sebenarnya ada cara lain yang lebih berkesan.

Macam mana caranya?

Pertama sekali, kita perlu mengisi diri kita dengan ilmu sebelum tindakan seterusnya menyusul. Bila kita rasa seolah-olah tak ada hubungan dengan Allah, inilah masanya untuk kita kuatkan balik iman kita terhadap-Nya.

Dan solat bukanlah caranya untuk permulaan. Kita solat kerana satu sebab mudah: Kita sayang Allah.

Bila kita ada rasa sayang pada Allah, semuanya akan jadi lebih mudah. Bila kita ada rasa sayang pada Allah, tak ada masalah pun nak tunaikan solat walaupun letih.

Sama juga macam jigsaw puzzle, ia tak akan sempurna kalau semua kepingan tak diletakkan sekali. Bila semua kepingan berjaya dicantumkan, barulah ia sempurna.

Kepingan-kepingan kecil inilah sebenarnya yang hilang daripada hati kita dan seluruh jigsaw puzzle itu adalah solat.

Jadi, sebelum solat menjadi sempurna, kepingan-kepingan kecil ini yang perlu kita isi dulu.

Sebab itulah sangat sukar untuk seseorang tunaikan solat tanpa ada pengisian dalam hati. Kayakan hati dulu, baru solat boleh konsisten. Itu sebenarnya cara yang betul.

Bila kita lihat semula kepada umat Islam terdahulu masa Islam mula-mula datang, adakah solat itu ilmu pertama yang diturunkan? Semestinya tidak.

Surah-surah awal dulu penuh dengan pelajaran tentang Tuhan yakni Allah, tentang malaikat-malaikatNya, rasul-rasulNya, dan kitab-kitabNya.

Kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan lain seperti solat, puasa, zakat, Haji dan macam-macam lagi hanya datang kemudian, selepas asas itu dibina.

Kalau nak tergolong dalam kalangan orang-orang yang menunaikan solat, secara tetap, mudah, konsisten dan yang segera solat bila masuk waktu, kita perlu mula pertamanya membina perasaan cinta terhadap Allah.

Dan untuk melakukan ini, kita perlu kenal siapa Dia. Persoalannya, bila kita nilai semula kehidupan kita sendiri, kenapa kita memberi tumpuan kepada kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan tanpa memberi perhatian kepada ilmu asas yang lebih utama?

Dan macam mana nak lebih kenal Allah?

Pertama sekali, mulakan dengan zikir. Contohnya, ucap SubhanAllah 100 kali setiap hari. Kalau nak bagi lebih feel kenalah faham maksud setiap ayat atau perkataan yang dilafazkan. SubhanAllah bermaksud Maha Suci Allah.

Sambil berzikir, nilai kelemahan diri sendiri dan hayati kebesaran dan kekuasaan Allah. Fikirkan bagaimana hanya dengan pertolongan Allah sahaja kita dapat melakukan segalanya.

Bila kita dah mulakan, zikir ini akan jadi tabiat seharian yang akan membuat kita sentiasa berfikir tentang Allah. Kita ingat pada Allah setiap hari.

Dan apa yang berlaku bila kita ingat Allah? Hati kita yang mati tadi akan mula jadi lembut dan tanpa kita sedar, kita akan rasa lebih tenang, lebih damai dan lebih tenteram.

Tapi yang paling penting, bila kita ingat Allah, Allah akan ingat kita.

Ibn al-Qayyim pernah menyatakan, "Dalam hati terdapat kekerasan yang hanya boleh dilembutkan dengan mengingati Allah. Jadi si hamba perlu merawat kekerasan hatinya dengan berzikir kepada Allah."

"Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah, hati kita akan lebih tenang." (Surah Ar-Ra'd ayat 28)

Setiap hari selepas melakukan zikir, fikirkan yang kita sedang menuju dan berjalan kepada Allah. Bila kita dekat dengan Allah, Allah akan makin dekat dengan kita.

Seperti hadis sahih Al-Bukhari yang berbunyi:

Dari Abu Hurairah radhiyAllahu ‘anhu berkata: Nabi Muhammad (SAW) bersabda: "Allah Ta'ala berfirman: "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepadaKu. Jika dia ingat kepadaKu dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diriKu. Jika dia ingat kepadaKu dalam kelompok, maka Aku akan mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik daripada itu (kumpulan malaikat). Jika dia mendekat kepadaKu sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepadaKu sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil". (Hadits ditakhrij oleh At Tarmizi).

Pada masa ini, kita masih belum solat tapi kita sedang semakin hampir. Terima hakikat bahawa kita tak melakukan apa yang sepatutnya (solat) tapi kita sedang ambil langkah demi langkah untuk sampai ke sana.

Pernah dengar kisah seorang lelaki yang membunuh 99 orang?

Dari Abu Said al-Khudri radhiyAllahu ‘anhu berkata: Nabi Muhammad (SAW) bersabda:

“Sebelum zaman kamu ini, pernah ada seorang lelaki yang telah membunuh seramai 99 orang manusia, kemudian dia bertanyakan mengenai perkara itu kepada seorang yang paling alim pada zaman itu. Selepas ditunjukkan kepadanya seorang rahib (pendeta), dia pun berjumpa rahib tersebut.

Dia memberitahu: “Aku telah membunuh seramai 99 orang manusia, adakah taubatku masih diterima?”

Rahib tersebut menjawab: “Tidak!”

Mendengar jawapan itu, dia tidak puas hati, terus naik marah lalu membunuh rahib tersebut dan genaplah jumlah 100 orang manusia yang telah dibunuhnya.

Namun niatnya ingin bertaubat tetap teguh. Tanpa putus asa dia mencari lagi orang yang paling alim pada zaman itu.

Kemudian lalu ditunjukkan kepadanya seorang lagi orang alim, dia terus berjumpa orang alim tersebut dan berkata: “Aku telah membunuh seramai 100 orang manusia. Adakah taubatku masih diterima?”

Orang alim tersebut menjawab: “Ya! Siapakah yang menghalang seseorang dari bertaubat?”

“Sekarang, pergilah kamu ke tempat ini dan ini, kerana di sana terdapat ramai orang yang beribadah kepada Allah. Kamu beribadahlah kepada Allah bersama mereka dan jangan pulang ke tempat kamu kerana tempatmu itu adalah tempat yang teruk.”

Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan, tiba-tiba maut datang menjemputnya dan dia pun meninggal dunia.

Melihat kejadian itu, menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab (malaikat yang ditugaskan menyeksa) bertelingkah mengenainya.

Malaikat Rahmat berkata: “Dia datang dalam keadaan sudah bertaubat dan menghadapkan hatinya secara ikhlas kepada Allah.”

Manakala Malaikat Azab pula berkata: “Benar, namun dia tidak pernah melakukan kebaikan.”

Lalu datanglah malaikat lain yang menjelmakan dirinya dalam bentuk manusia, lalu dia menjadikan dirinya sebagai pemisah antara malaikat-malaikat yang berselisih tadi, iaitu dijadikan hakim pemutusnya untuk mengadili pertengkaran mereka dan untuk menetapkan mana yang betul.

Malaikat itu berkata, “Kalau begitu, ukurlah jarak kamu. Jarak di antara dua tempat, dari sini ke tempat yang ditinggalkan lelaki ini, dan dari sini ke tempat ibadah yang hendak ditujunya; mana yang lebih dekat, bererti dialah yang berhak ke atas orang ini.”

Kedua-dua malaikat tersebut lalu sama-sama mengukur dan setelah di ukur, ternyata mereka dapati kedudukan mayat lelaki tersebut lebih hampir dengan tempat tujuannya untuk melaksanakan taubat iaitu tempat yang dihuni oleh orang-orang soleh, bererti ia termasuk di kalangan mereka. Maka akhirnya, lelaki tersebut berhak diambil oleh Malaikat Rahmat.” (Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Apa pengajaran yang boleh kita dapat dari kisah di atas?

Apa yang hebat tentang kisah ini ialah, lelaki itu tidak menunjukkan banyak perubahan dari segi tindakannya dan sebelum bertaubat dia masih sempat membunuh seorang rahib yang tak bersalah.

Tetapi kerana niatnya untuk bertaubat itu sungguh kuat, walaupun dia hanya berjalan ke arah perubahan, taubatnya tetap diterima. Dan itu sudah cukup bagi Allah.

Ketahuilah, sifat Allah itu Maha Penyayang dan Maha Penyabar. Setiap hari Dia melihat kita menderhaka kepadaNya. Setiap hari Dia melihat kita melakukan laranganNya dan meninggalkan suruhanNya.

Tetapi Allah tetap tunggu; menunggu kita untuk kembali kepadaNya. SubhanAllah.

Jadi, mulakan dengan berjalan perlahan-lahan ke arahNya. Ingat, setiap zikir yang dilafazkan itu menjadi langkah kita setiap hari menuju kepada Allah.

Satu lagi langkah yang baik adalah untuk mula belajar Nama-Nama Allah. Bila kita kenal Dia, betul-betul kenal Dia, hati kita secara automatik akan melekat dan terpaut kepadaNya.

Dari masa ke semasa, keinginan kita untuk mendapat keredhaanNya akan meningkat.

Jadi kawan-kawan, inilah sebenarnya nilai yang akan memenuhkan ruang kosong dalam hati kita. Inilah yang akan buat solat kita jadi mudah.

Kalau langkah-langkah ini diambil, kita tak perlu mengharungi satu perubahan besar - dari seorang tak solat kepada seorang yang solat, secara drastik.

Kesimpulannya, sebelum sempurna solat, kita perlu ambil masa untuk membina asas dalam hati kita, sepertimana orang Islam terdahulu lakukan.

Langkah demi langkah disusun, akhirnya sampai jua ke destinasi yang dituju.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says

Merawat Penyakit Sawan Dengan Perubatan Islam

Merawat Penyakit Sawan Dengan Perubatan Islam

Penyakit ayan atau sawan iaitu kekejangan otot degan tidak sedarkan diri, mungkin binasa menyerang kanak-kanak yang berumur antara enam bulan hingga lima tahun apabila mereka mengalami demam panas yang tinggi suhunya.

Merawat Penyakit Sawan
Gambar hiasan.

Dalam keadaan ini, kanak-kanak biasanya, tidak sedarkan diri, dikuti dengan kekejangan atau tersentak kaki dan tangan. Ini disebut sebagai demam sawan.

Jelas bahawa rawatan dengan doa-doa dan tawajuh kepada Allah Taala itu menghasilkan pengaruh yang pengaruh sangat baik yang tidak dapat dihasilkan oleh pengubatan para doktor biasa.

Sekiranya berlaku pada anak anda, maka ikutilah langkah-langkah berikut iaitu:
  • Pertama: Baringkan anak secara mengiring dan pastikan kepala berada di paras yang sama atau lebih rendah dari badan.
  • Kedua: Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.
  • Ketiga: Jangan sekali-kali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut.
  • Keempat: Jangan cuba sedarkan anak dengan menampar, menggoncang ataupun mengurut badannya.
  • Kelima: Sekiranya sawan itu berterusan, anda boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur (suppository diazepam). Biasanya sawan akan berhenti dalam tempoh 10 minit.
  • Keenam: Bawa anak ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat.

SAWAN EPILEPSI

Sawan juga disebut epilepsi. Kata epilepsi berasal daripada Yunani (epilepsia) yang bererti serangan. Sawan epilepsi ialah sawan tanpa demam dan biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang lebih dewasa atau remaja.

Dalam satu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada ‘Ata’ bin Abi Rabah, beliau berkata, Ibn Abbas r.a. berkata, “Mahukah kamu saya tunjukkan ahli syurga?” Saya menjawab: “Mahu.” Ibn Abbas berkata:

“Itu wanita hitam yang telah menghadap Rasulullah s.a.w. seraya berkata: ‘Saya terkena penyakit ayan dan saya membuka baju (tanpa disedari). Tolong doakan kepada Allah Taala untukku! Maka Nabi s.a.w. menjawab: ‘Jika engkau bersabar, maka bagimu syurga. Tetapi jika engkau mahu, aku akan mendoakanmu sehingga Dia menyembuhkanmu.’

“Wanita itu berkata, ‘Saya akan bersabar, tetapi saya membuka-buka aurat (tanpa saya sedari), maka pohonkan kepada Allah s.w.t. agar saya tidak berbuat demikian!’ Lalu Nabi s.a.w. mendoakan baginya.”

Senjata Paling Ampuh

Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah r.a. dalam kitab beliau al-Tib al-Nabawi berkaitan penyakit sawan (epilepsi), sawan terbahagi kepada dua jenis:

1. Sawan yang berpunca daripada roh jahat.

2. Sawan yang berpunca daripada unsur dalam tubuh yang rosak. Sawan jenis kedua inilah yang dibincangkan oleh pakar-pakar perubatan tentang punca dan cara merawatnya.

Manakala sawan kategori pertama diakui kewujudannya, namun mereka tidak mampu merawat atau menghilangkannya.

Mereka juga menyedari bahawa cara mengatasi kekuatan roh jahat hanyalah melalui kekuatan roh yang baik dan mulia sehingga dapat diatasi pengaruhnya dan tindak balasnya dapat dicegah.

Seorang ahli ilmu Yunani menyebut dalam beberapa kitabnya tentang beberapa cara merawat penyakit sawan.

Beliau berkata, “Ini semua bagi merawat penyakit sawan yang disebabkan oleh unsur-unsur yang rosak dalam tubuh. Adapun yang berpunca dan’pada roh jahat, maka rawatan ini tidak berguna sama sekaIi.”

Terdapat juga ahli perubatan yang jahil dan Iemah iman tidak percaya sama sekali jenis sawan yang berpunca daripada roh jahat walaupun mereka sendiri menyaksikan rawatan mereka tidak memberikan apa-apa kesan.

Ada juga ahli perubatan dahulu kala yang salah dalam memahami hakikat roh sehingga menamakannya dengan sakit ketuhanan (maradIlahi). Orang yang mengenali hakikat roh dan pengaruhnya pasti mentertawakan kejahilan mereka.

Rawatan yang harus dilakukan bagi menghilangkan pengaruh roh jahat ada dua bahagian iaitu daripada pihak pesakit dan daripada pihak orang yang merawatnya.

Adapun perkara pertama yang dituntut kepada pesakit, ia harus memiliki kemahuan dan kekuatan jiwa serta keyakinan yang kuat, menghadapkan diri dengan ikhlas kepada Allah SWT, memohon perlindungan daripadanya.

Ini ibarat peperangan dan ia tidak dapat dimenangi kecuali dengan senjata yang paling ampuh dan pembantu yang kuat. Bagaimana dia hendak mengusir roh jahat sekiranya hatinya kosong daripada tauhid, tawakal dan takwa kerana itu semua senjata baginya.

Manakala yang kedua dituntut daripada orang yang merawat iaitu sebagaimana yang dituntut daripada si pesakit.

Sekiranya perawat memiliki tauhid, tawakal dan takwa yang kuat, memadai ia berkata:

“Keluar!” atau mengucapkan “Bismillah” atau “La hawla wa la quwwata illa biilah!”

Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan lain-lain, Rasulullah s.a.w. pernah mengucapkan yang maksudnya: “Keluarlah hai musuh Allah! Aku utusan Allah.”

Merawat Sawan Rasukan

Ibn Qayyim al-Jawziyyah rhm. bercerita: “Saya pernah menyaksikan syeikh saya mengutus seseorang kepada penderita sawan. Utusan itu berkata: ‘Syeikh berpesan kepada kamu: ‘Keluarlah Jasad ini tidak halal bagimu.” Maka pesakit itu pun terus sedar. Kadang-kadang syeikh sendiri yang berkomunikasi dengan roh syaitan tersebut. Sekiranya syaitan itu degil, maka syeikh akan mengeluarkannya dengan pukulan. Setelah itu barulah penderita itu sedar dan dia tidak berasa sakit sedikit pun. Kami sendiri menyaksikan kejadian tersebut.”

Beliau juga selalu membacakan di telinga penderita surah al-Mu’minun ayat 115 yang bermaksud: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan (daripada tiada kepada ada) dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

Beliau pernah menceritakan bahawa ketika beliau membacakan ayat tersebut di telinga penderita sawan, maka roh yang merasuknya berkata: “Ya!” dengan suara yang panjang. Beliau berkata: “Maka aku mengambil tongkat dan aku pukul pada belakangnya sehingga tanganku lenguh.”

Orang yang menyaksikan peristiwa itu menyangka penderita sawan itu mati kerana pukulan tersebut. Ketika syeikh sedang memukul, tiba-tiba terdengar suara: “Saya mencintaimu!” Maka syeikh itu berkata kepadanya: “Dia tidak mencintaimu!”

Roh itu berkata lagi: “Saya ingin naik haji bersamanya!” Syeikh menjawab: “Dia tidak ingin naik haji bersamamu!”

Roh itu berkata lagi: “Saya akan keluar dari tubuhnya kerana menghormati tuan!” Beliau menjawab: “Tidak, tetapi kerana taat kepada Allah dan Rasulnya!”

Akhirnya keluarlah roh jahat itu dari tubuh pesakit. Kemudian pesakit itu terduduk sambil menoleh ke kiri dan kanan seraya berkata: “Mengapa aku boleh berada di tempat syeikh?”

Orang yang hadir bertanya: “Apakah kamu tidak terasa dipukul?”

Pesakit itu menjawab: “Sebab apa syeikh memukul saya sedangkan saya tidak bersalah?” Sebenamya pesakit itu sedikit pun tidak terasa pukulan-pukulan tadi.

Di samping itu, syeikh juga mengubati orang yang diserang roh jahat dengan membaca ayat al-Kursi. Beliau menyuruh pesakit memperbanyakkan bacaannya. Begitu juga orang yang merawatnya. Beliau juga membaca al-Mu‘awwizatain (iaitu surah al-Falaq dan al-Nas).

Daripada keterangan dan contoh-contoh di atas tadi, jelaslah bahawa rawatan dengan doa-doa dan tawajuh kepada Allah Taala itu menghasilkan pengaruh yang sangat baik yang tidak dapat dihasilkan oleh rawatan para doktor biasa.

Pengaruh atau kesan pengubatan ini Iebih besar daripada pengaruh ubat-ubatan biasa. Rawatan ini telah dicuba berkali-kali dan hasilnya memuaskan.

Rawatan yang harus dilakukan bagi menghilangkan pengaruh roh jahat ada dua bahagian iaitu daripada pihak pesakit dan daripada pihak orang yang merawatnya.

Wallahu a’lam.

BACA INI JUGA:

sumber: hafizamri

Thursday, February 14, 2019

Jangan Lepaskan Si Gadis Yang Ada 7 Sifat Ini

Jangan Lepaskan Si Gadis Yang Ada 7 Sifat Ini

Terbang tinggi burung merpati, hinggap sebentar di sarang kedidi, kalau sudah berkenan di hati, awak nak tunggu apa lagi? Nak cari calon isteri jangan letakkan kriteria utama yang berdahi licin saja, pastikan yang mempunyai asas agama kriteria yang pertama.

Gadis cantik

Tapi zaman dah berubah bro. Adalah penting untuk kita masukkan lagi kriteria tambahan seperti di bawah.

Kalau dalam DNA calon isteri kita ada 7 sifat ini, laju-laju masuk meminang. Ajak kahwin terus lagi bagus.

Antaranya:

1. Minat Menyimpan

Dia jenis yang minat simpan duit. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan.

Kalau kita nak belikan hadiah dia akan terus keluar ayat standard, “Tak payahlah B, membazir je”, “Tak payahla sayang, simpan la duit tu.”

Bukannya jenis yang setiap kali keluar dating, asyik perabis duit kita suruh belanja air Starducks atau MekDonal.

2. Tak Apa Kalau Ajak Makan Kedai Biasa-biasa

Kalau kita ajak dia makan kedai biasa atau dekat warung, dia tak kisah. Asalkan makanan sedap dan boleh masuk perut.

Bukannya jenis makwe yang konon dah penat berhias pakai tudung lilit, tak ada kelas makan kedai murah. Paling kurang pun MekDonal.

3. Naik Kereta Secondhand Kita Pun Dia Tak Segan

Dia jenis tak kisah pun kita pakai kereta apa. Tak malu pun dengan keluarga dan kawan-kawan. Kalau ajak naik MRT pun dia selamba.

Bukannya jenis makwe yang setiap hari pressure kita suruh tukar Honda! Nak nampak ‘class’ kononnya.

4. Tak Minta Hadiah Mahal

Setiap kali hari jadi dia tak minta barang yang ratus-ratu, ribu-ribu harganya. Contohnya tak minta beg tangan LV, jam tangan DKNY, make up SKII atau iPhone.

Kalau dapat jenis yang happy asalkan kita ingat untuk wish hari jadi pun dah dikira tip top.

5. Nak Buat Kenduri Kahwin Biasa-biasa Saja

Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Tak impikan nak buat wedding of the year bagai sampai kena buat pinjaman peribadi.

Kalau boleh nak nikah dengan kenduri buat dekat masjid, lebih jimat dan berkat. Hantaran pun tak letak tinggi.

Jenis ini akan berlapang dada kata Ijazah adalah untuk minta kerja, bukan sebagai justifikasi untuk minta hantaran RM30 ribu serba satu!

6. Tak Minta Nak Bercuti Sana Sini Sebelum Kahwin

Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Amboi. Ciptalah sweet moment tu selepas kahwin.

7. Tak Kisah Gaji Kita Sikit

Dia tak kisah pun kalau gaji kita lebih rendah daripada dia. Dia terima kita seadanya. Janji sumber pendapatan kita tu halalan taiyiban.

Spesis jenis ni memang susah dah nak jumpa di zaman moden ni, jadi kalau terserempak, jangan lepaskan!

Manusia itu tak sempurna. Kalau masa bercinta dan pasangan kita tiada 7 ciri-ciri di atas, janganlah pula tinggalkan dia.

Kita bimbinglah supaya dia lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.

Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Duit bukan segala-galanya, tetapi semua benda nak pakai duit.

Kalau jenis suka membazir benda bukan-bukan, mungkin kedudukan kewangan masa depan kita akan turut terjejas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: majalahlabur

Kenapa Lampu Isyarat Di Jepun Berwarna Biru?

Kenapa Lampu Isyarat Di Jepun Berwarna Biru?

Kebiasaannya, semua negara akan menggunakan tiga warna pada lampu isyarat iaitu merah, kuning dan hijau tetapi di Jepun, lain pula warnanya kerana di negara matahari terbit itu, warna merah bermaksud 'berhenti', kuning bermaksud 'sedia untuk berhenti' dan memilih biru sebagai maksud 'teruskan jalan'.

Lampu Isyarat Biru

Sememangnya, jika berkunjung di negara itu buat pertama kali, mungkin akan keliru dengan perbezaan tersebut.

Tapi, mengapa Jepun menggunakan warna biru pada lampu isyarat dan tidak menggunakan lampu berwarna hijau seperti yang digunakan di negara-negara lain di seluruh dunia?

Adakah warna biru ini mempunyai maksud yang sama dengan warna hijau?

Keunikan bahasa Jepun

Jawapan bagi persoalan ini adalah kerana keunikan bahasa Jepun itu sendiri. Ratusan tahun dahulu, bahasa Jepun hanya mempunyai beberapa perkataan untuk merujuk kepada empat warna asas iaitu hitam, putih, merah dan biru.

Sebagai contoh, sekiranya anda hendak merujuk sesuatu benda yang berwarna hijau, anda akan memanggilnya 'ao', iaitu biru dalam bahasa Jepun.

Walaupun begitu, secara umumnya semua orang akan faham ia sebenarnya merujuk kepada warna hijau.

Tidak lama kemudian, perkataan 'midori' yang bermaksud 'tumbuhan yang bercambah' mula digunakan secara luas dalam penulisan untuk merujuk kepada warna hijau.

Bagaimanapun, warna hijau yang digelar 'midori' ini masih dianggap sebagai salah satu warna derivatif yang berasal daripada biru (atau 'ao').

Perubahan warna hijau kepada biru di lampu isyarat

Ketika lampu isyarat baru diperkenalkan di Jepun, warna hijau telah digunakan sama seperti lampu isyarat di negara-negara lain namun, dalam dokumen rasmi yang digunakan kerajaan, warna hijau ini seringkali dipanggil 'ao'.

Para pejuang bahasa telah membantah keputusan kerajaan meneruskan penggunaan perkataan 'ao' bagi merujuk warna hijau sebaliknya kerajaan haruslah memanggilnya 'midori'.

Oleh itu, kerajaan Jepun akhirnya telah bersetuju untuk berkompromi berkaitan perkara ini dan pada tahun 1973, kerajaan telah mengumumkan tentang kewajipan penggunaan hijau seakan-akan biru pada lampu isyarat.

Secara teknikalnya, ianya berwarna hijau tetapi sekali pandang, anda akan melihatnya seperti warna biru dan ini membolehkan kerajaan memanggilnya 'ao'.

Ia mungkin kedengaran agak pelik tapi bagi kerajaan, penggunaan hijau seakan-akan biru ini membolehkan mereka patuh kepada undang-undang jalan raya antarabangsa yang mewajibkan penggunaan warna hijau tetapi pada masa yang sama memanggilnya 'ao' kerana ia masih seakan-akan biru.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Bagaimana Pedang Samurai Dihasilkan?

Bagaimana Pedang Samurai Dihasilkan?

Bila menyebut pasal peperangan menggunakan pedang ataupun pahlawan Jepun, mesti kita kaitkan dengan perkataan "Samurai" dan selama beratus-ratus tahun lamanya kisah-kisah wira berani Jepun ini telah disampaikan ke seluruh dunia.

Samurai Sword

Pahlawan Jepun pada zaman dahulu sering menggunakan pedang sebagai senjata utama. Mari kita kenali pedang yang digunakan oleh para Samurai ini dengan lebih lanjut.

Jenis Pedang Samurai

Kemahiran bertempur seorang Samurai dilengkapi dengan kekuatan pedang yang mereka pegang.

Sepanjang zaman feudal Jepun, Samurai mempunyai pelbagai jenis pedang yang telah berevolusi dan berubah bentuk tahun demi tahun.

Pedang-pedang seperti chokutu, kodachi, tachi, katana, odachi, wakizashi dan uchigatana ini mempunyai kualiti unik dan karakter tersendiri. Setiap satu daripadanya digunakan dalam medan pertempuran yang berlainan.

Apa yang 'special' sangat dengan pedang Samurai ini?

Keistimewaan pedang Samurai terletak pada perincian pembuatannya yang memerlukan usaha yang gigih dan tahap kesabaran yang tinggi.

Pedang-pedang ini dibuat menggunakan besi berkualiti tinggi yang dipanaskan, diketuk dan dilipat secara berulang kali.

Proses berulang-ulang ini mempunyai beberapa kelebihan:

1. Gelembung Udara

Menyingkirkan gelembung udara yang terbit dalam besi semasa pemanasan. Kewujudan gelembung udara ini boleh melemahkan pedang.

2. Lapisan Baru

Proses berulang-ulang akan menambah lapisan baru ke permukaan pedang yang baik untuk kekuatannya.

3. Karbon

Memastikan sifat karbon yang wujud secara semulajadi untuk menguatkan pedang diagihkan secara sama rata ke seluruh permukaan besi.

Penyejukan

Membentuk samurai

Selepas dipanaskan, diketuk dan dilipat berulang kali sehingga berpuas hati, pedang perlu disejukkan.

Walau bagaimanapun, pedang Samurai tidak boleh disejukkan dengan merendam ke dalam air untuk penyejukan pantas kerana ia akan menyebabkan permukaan pedang menjadi rapuh.

Akan tetapi, pedang Samurai juga tidak boleh dibiarkan sejuk perlahan-lahan kerana ini akan menyebabkan mata pedang menjadi tumpul. Sejuk cepat tak boleh, sejuk pelan-pelan pun tak boleh.

Untuk mencapai tahap penyejukan yang optimum, satu lapisan nipis yang diperbuat daripada campuran menggunakan tanah liat, abu dan air akan disapu pada bucu mata pedang agar ia kekal tajam dan keras.

Manakala bucu yang di sebelah lagi pula akan diletakkan lapisan tanah liat yang sama namun lebih tebal untuk membuatkan 'tulang belakang' pedang menjadi teguh dan tidak mudah berkecai.

Oleh sebab itulah pedang Samurai sering dilihat mempunyai bentuk yang melengkung kerana kedua-dua sisi pedang yang disejukkan pada kadar yang berbeza.

Apabila siap, lapisan tanah liat ini akan meninggalkan satu kesan visual pada pedang yang dipanggil "hamon" yang merupakan petanda betapa bernilainya sesuatu pembuatan pedang itu.

Setelah besi pedang Samurai siap, barulah pemegang dan sarung pedang diukir mengikut bentuk dan saiz pedang. Seni pembuatan sarung ini juga merupakan suatu kerja yang rumit dan memerlukan ketekunan.

Kayu mahal seperti magnolia diukir, digilap dan disapu lakuer sebelum dicuba pasang. Pemegang pedang pula ada kalanya dibuat menggunakan kulit ikan pari ataupun tali pintal daripada sutera tebal.

Pedang Samurai semakin pupus ditelan zaman

Hulu Samurai

Walaupun pedang Samurai ini terkenal dan penuh sejarah, namun proses pembuatannya yang rumit dan permintaan pasaran yang semakin mengecil membuatkan ramai pengusaha pedang Samurai berputus asa.

Semoga tradisi membuat pedang Samurai asli ini mampu kekal turun-temurun untuk generasi-generasi yang akan datang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Punca Penyakit Sawan Dan Epilepsi

Punca Penyakit Sawan Dan Epilepsi

Sawan atau tarik adalah cetusan aktiviti elektrik mendadak yang berlaku di dalam otak yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkahlaku atau aktiviti, merujuk kepada masalah gangguan fungsi otak pada sel saraf atau sel neuron menyebabkan otak tidak berfungsi dengan baik.

Sawan Dan Epilepsi.jpg

Bukan semua sawan adalah epilepsi. Sawan yang disebabkan rangsangan lain seperti demam panas, kurang gula dalam darah dan kuman di dalam otak tidak diklasifikasikan sebagai epilepsi.

Seseorang boleh dikatakan mengalami epilepsi sekiranya dia mengalami sekurang-kurangnya dua kali episod sawan.

Bagi pesakit epilepsi, apabila aktiviti sel neuron terganggu, berlaku gangguan pada deria rasa, emosi dan kelakuan, kejang otot serta tidak sedarkan diri.

Ini dapat dilihat jika:
  • Diam seketika.
  • Tiba-tiba keliru atau hilang kesedaran.
  • Kaki dan tangan menjadi keras/kejang.
  • Kaki dan tangan tersentak-sentak.
  • Tiba-tiba jatuh ke lantai.

Ramai kanak-kanak yang boleh mengalami kejadian yang menyerupai sawan. Pergerakan aneh atau pengsan ini termasuklah:
  • Tersentak.
  • Pergerakan semasa tidur.
  • Tindakan menahan nafas (breath-holding spells).
  • Refleks sawan anoxic (Reflex anoxic seizures).
  • Berangan.
  • Pengsan.

Apa itu epilepsi?

“Epilepsi” berasal daripada perkataan Greek “epilambanien”. Ia bermaksud “serangan”. Perkataan ini digunakan untuk menerangkan keadaan di mana serangan sawan yang berterusan berlaku tanpa sebarang rangsangan luar.

Epilepsi juga dikenali sebagai “sawan babi”, “cho chin” dalam bahasa Mandarin ataupun “kaka valipu” dalam bahasa Tamil.

Nota:

Sawan yang disebabkan oleh rangsangan tertentu adalah bukan epilepsi. Sawan jenis ini boleh disebabkan oleh demam yang tinggi, kadar gula yang rendah di dalam darah, selepas kecederaan kepala, apabila terdapat pendarahan di dalam otak atau pun apabila mendapat jangkitan kuman di otak.

Siapa yang menghidap epilepsi?

Sekurang-kurangnya 1% daripada semua kanak-kanak akan mengalami sawan yang berlaku tanpa rangsangan tertentu, tetapi hanya separuh daripada mereka ini yang akan seterusnya mendapat epilepsi.

Mengapa anak saya menghidap epilepsi?

Penyakit epilepsi disebabkan oleh sel-sel otak yang tidak berfungsi dengan baik. Terdapat arus elektrik kecil yang berlaku semasa sel otak berfungsi. Apabila aliran elektrik ini menjadi tidak stabil, berlaku gangguan seperti “short circuit” dan sawan akan berlaku.

Kanak-kanak yang menghidap epilepsi ada kecenderungan untuk membentuk aliran elektrik otak yang tidak stabil. Ini disebabkan oleh:
  • Faktor keturunan dan kecenderungan semula jadi mendapat sawan.
  • Struktur otak yang abnormal semasa pembentukan janin di dalam kandungan.
  • Kerosakan otak yang disebabkan oleh jangkitan otak, kekurangan oksigen / lemas atau pendarahan di bahagian otak.
  • Penyakit otak yang berlanjutan, contohnya kanser otak atau penyakit yang menyebabkan sel-sel otak semakin susut.

Sawan Demam

Sawan demam berlaku apabila suhu badan menjadi terlalu panas, aktiviti sel otak terganggu yang menyebabkan pesakit hilang kesedaran, badan, tangan dan kaki menjadi kejang, pergerakan mata hitam ke atas, air liur meleleh dan terkencing atau termuntah.

Kadangkala, episod kekejangan badan akan disusuli dengan pergerakan tangan dan kaki yang berulang-ulang. Bagaimanapun, tempoh sawan selalunya singkat dan tidak melebihi lima minit.

Jika sawan berlarutan melebihi dua minit, panggil ambulans atau bawa anak segera ke unit kecemasan hospital.

Dalam tempoh itu juga, jika anak anda kembali normal pemeriksaan doktor di hospital masih diperlukan untuk memastikan anak tidak mempunyai masalah lain yang lebih serius.

Situasi begini semestinya mencemaskan untuk setiap ibu bapa tetapi anda dinasihatkan bertenang supaya dapat membantu anak dengan memastikan mereka berada di tempat selamat dan tiada sebarang bahaya di sekelilingnya.

Kenal pasti waktu bermula sawan dan letakkan mereka dalam posisi mengiring ke sebelah kiri.

Jangan cuba memasukkan sebarang objek seperti sudu atau jari anda ke dalam mulut walaupun anak mengancing gigi.

Penyakit Keturunan

Hubungan antara genetik dan sawan bersifat kompleks. Tidak banyak ujian boleh dilakukan untuk mengenalpasti faktor genetik ini.

Epilepsi boleh diwarisi terutama daripada kategori yang mempunyai kecenderungan genetik. Serangan melangkaui generasi jika corak pewarisan genetik ini tidak kuat.

Namun begitu, jika anda mempunyai epilepsi tidak semestinya anak anda juga mempunyai epilepsi, cuma risiko untuk mendapat epilepsi lebih berbanding keturunan yang tidak mempunyai sejarah serangan.

Tiada had umur khusus bagi penghidap epilepsi dan serangan boleh terjadi kepada bayi seawal kelahiran.

Pesakit yang mempunyai episod epilepsi lebih sekali atau mempunyai keputusan elektroencephalogram (EEG)/MRI/CT) tidak normal akan diberikan ubat antiepilepsi.

Pemberian ini sesuai dengan keadaan epilepsi yang dihidapi namun begitu, bagi segelintir kecil pesakit, peringkat awal dikesan sukar bagi mereka untuk mengawal sawan. Mereka perlu diberi ubat-ubatan yang berbeza mengikut kesesuaian.

Sesetengah keadaan epilepsi sukar dirawat menggunakan ubatan dan mempunyai struktur tidak normal di dalam otak.

Jika keadaan sebegini dikesan, satu pembedahan akan dilakukan. Ini bertujuan untuk membuang bahagian yang merangsang sawan yang tidak terkawal.

Penghidap epilepsi mempunyai harapan untuk sembuh, bergantung kepada keadaan yang dialami dan kebanyakan kanak-kanak yang mendapat epilepsi jenis menyeluruh boleh dikawal dengan ubat-ubatan.

Pesakit kanak-kanak berkemungkinan tidak mendapat sawan apabila mereka membesar. Mengikut statistik, tiga dalam 10 pesakit epilepsi diserang sawan yang sukar sembuh.

Namun begitu, kebarangkalian mereka sembuh lebih tinggi jika memberikan tindakan positif apabila diberikan ubat.

Gejala epilepsi

Serangan epilepsi berbeza-beza antara penghidap dengan penghidap yang lain. Mereka mungkin mengalami perasaan kabur dan luar biasa hingga sukar untuk dijelaskan.

Antaranya termasuklah:
  • Rasa tidak sedap perut.
  • Denyutan jantung menjadi cepat.
  • Sukar bernafas.
  • Rasa bukan realiti, seolah-olah seperti mimpi.
  • Perasaan gelisah, panik, bersemangat, takut, sedih dan gembira.
  • Seolah-olah pernah pergi sesuatu tempat atau melihat sesuatu benda seperti berkhayal.
  • Benda biasa dilihat ganjil, tidak dikenali.
  • Masa berlalu cepat atau lambat.
  • Persekitaran dirasai besar, terlalu kecil dan berada dalam persekitaran aneh.
  • Benda yang biasa menukar rupa yang menakutkan.
  • Mengalami halusinasi.

Selain itu, terdapat petunjuk tertentu yang membolehkan orang lain mengetahui seseorang itu mengalami epilepsi.

Semasa serangan, penghidapnya tidak dapat berinteraksi secara normal dengan orang lain, tidak dapat mengawal pergerakan, percakapan. Pesakit tidak menyedari apa yang sedang dilakukan.

Antara tanda lain termasuklah:
  • Penghidapnya merenung jauh.
  • Memberi maklum balas kurang sesuai ketika interaksi.
  • Pesakit mudah marah, menjerit dan berlari.
  • Pergerakan tangan seperti memukul atau kaki seolah-olah mengayuh basikal.
  • Muka merah padam, pucat dan berpeluh.

BAYI ATAU KANAK-KANAK

Struktur otak tidak normal. Ini berlaku kepada bayi yang kurang oksigen ketika dilahirkan. Bayi yang mengalami kekurangan gula, kalsium, magnesium, garam serta menghidap masalah masalah metabolisma sejak lahir.

Kanak-kanak atau dewasa, masalah kongenital seperti Tuberous sclerosis/Neurofibromatosis; berlaku kecederaan pada otak, masalah saraf progresif dan serangan strok.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Wednesday, February 13, 2019

Mati Pucuk Angkara Sihir?

Mati Pucuk Angkara Sihir?

Allah SWT telah berfirman dalam surah Al Baqarah, ayat 102, ”...dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua (Harut dan Marut) ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka...”

Sihir mati pucuk

Berdasarkan ayat di atas, antara perkara-perkara yang sering dilakukan oleh syaitan dan iblis ialah meretakkan hubungan suami isteri melalui pelbagai cara.

Selain mengapi-apikan perasaan dan menimbulkan rasa cemburu atau curiga dalam hati pasangan, syaitan juga menjadi dalang dalam penggunaan ilmu sihir yang bertujuan untuk mengganggu hubungan kelamin antara suami dan isteri.

Antara bentuk gangguan tersebut ialah hilang tenaga kelakian, mati pucuk dan lemah syahwat.

Penyakit mati pucuk atau impotens ditakrifkan sebagai kegagalan zakar mencapai ketegangan atau keadaan ereksi yang secukupnya untuk perhubungan seks yang memuaskan.

Penyakit ini merupakan satu igauan buruk dan amat ditakuti oleh kaum lelaki, dan bagi mereka yang mengidapi masalah ini, usaha akan dilakukan bagi mencari penawarnya tanpa mengira berapa harga yang perlu dibayar.

Perubatan moden menjelaskan bahawa, punca berlakunya mati pucuk atau anaphrodisiacs banyak dipengaruhi oleh faktor usia, tekanan emosi, corak pemakanan dan gaya hidup yang diamalkan.

Namun, kita juga tidak boleh menolak adanya unsur-unsur penggunaan ilmu sihir dan ilmu hitam untuk menghalang berlakunya persetubuhan.

Menurut Dato Dr. Amran Kasimin dalam bukunya Tanda Sihir & Kekuatan Roh Untuk mengatasinya, jenis sihir yang biasa digunakan untuk tujuan ini ialah sihir santau dan sihir jerutan.

Penggunaan ilmu sihir untuk menyebabkan mati pucuk bukanlah satu perkara yang baru dikenali di zaman ini kerana ianya sudah berlaku ribuan tahun dahulu.

Menurut Walter Farber dalam bukunya Witchcraft, magic and divination in Ancient Mesopotamia, gejala ini telah pun wujud sejak zaman tamadun Mesopotamia (zaman Nabi Ibrahim a.s) atau lebih awal lagi.

Kaum lelaki pada zaman itu yang mengalami masalah tersebut akan mengamalkan jampi tertentu yang dikenali sebagai Šaziga (potency) bagi menaikkan kembali alat kelamin yang tiba-tiba tidak berfungsi.

Antaranya ialah:
Let the wind blow, let the palm grove away,
Let the clouds mass together, and a rainstorm pour down!
Let my potency flow like river water!
Let my penis be (as taut as) a harp string, So that it will not slip out of her.

Di dalam sejarah Islam, Rasulullah SAW juga pernah disihir sehingga Baginda SAW merasakan seolah-olah telah mendatangi isterinya walhal hakikatnya ianya tidak berlaku.

Peristiwa ini diceritakan oleh Syaidatina Aisyah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhāri dalam Ṣahīhnya, “Dari Aisyah r.a. berkata: Rasulullah SAW telah disihir sehingga baginda merasa seolah-olah telah mendatangi isteri-isterinya, padahal baginda tidak mendatangi mereka, dan hal ini adalah akibat dari sihir yang kuat.”

Di Eropah, Ivo of Chartres adalah antara ahli teologi yang menegaskan kemungkinan wujudnya unsur sihir bagi kes-kes mati pucuk.

Beliau menyatakan, ”The Catholic faith teaches that there are demons and that by their doings they can inflict injury to men and prevent carnal copulation.”

Richard Keickhefer dalam bukunya, Magic in the Middle Ages, turut menyentuh persoalan ini dengan menyatakan, ”Could they cause sexual impotence? Yes, Thomas Aquinas and other authorities concluded. As a lawyer in the late fifteenth century, Ulrich Molitoris encountered many cases in which women charged their husbands with impotence, but physicians testified that there was no natural cause, and thus they must be bewitched.”

Gajala mati pucuk akibat terkena sihir kelihatan seolah-olah tidak masuk akal dan sukar untuk dipercayai.

Sebenarnya, kerjasama syaitan dan penyihir memang berlaku dan ianya merupakan syarat utama keberhasilan amalan sihir.

Menurut Syeikh Wahid Abdussalam Baly dalam bukunya Ilmu Sihir dan Penangkalnya: Tinjauan Al Quran, Hadith dan Ulama, khadam sihir (yang terdiri dari jin dan syaitan) akan bersarang di otak atau lebih tepatnya di pusat pembangkit nafsu seks yang mengirimkan isyarat kepada organ seks.

Kemudian ia membiarkan organ seks itu berfungsi secara biasa dan apabila seorang suami mendekati isterinya dan ingin melakukan hubungan seks, maka khadam sihir tersebut menghentikan aktiviti pusat pembangkit nafsu seks yang ada di otak, sehingga isyarat-isyarat yang diberikannya tidak sampai kepada organ seks yang mengalirkan darah ke zakar.

Dengan demikian, darah akan kembali dengan cepat dari zakar sehingga membuatnya mengendur dan mengkerut.

Biasanya tanda terkena sihir ialah apabila keupayaan lelakinya hilang apabila hendak melakukan hubungan seks dengan orang lain selain isterinya, atau mengalami masalah mati pucuk apabila dia hendak bersama-sama dengan isterinya tetapi tidak pula apabila bersama isteri-isterinya yang lain atau pelacur ataupun perempuan simpanan.

Dalam perubatan moden, ini dinamakan sebagai impotens situational.

Peter Bankart dalam bukunya Talking cures: A history of Western & Eastern psychotherapies, turut memuatkan panduan untuk mengenali antara gejala mati pucuk yang disebabkan oleh sihir dan mati pucuk yang disebabkan oleh oleh faktor semulajadi dengan berkata:

”When the member is in no way stirred and can ever perform the act of coition, this is a sign of frigidity of nature; but when it stirred and becomes erect, yet cannot perform, it is a sign of witchcraft.”

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: mahyuddin09