Thursday, June 14, 2018

Badam Makanan Kesihatan Tinggi Antibodi Menyembuhkan Penyakit

Badam Makanan Kesihatan Tinggi Antibodi Menyembuhkan Penyakit

Badam sangat penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai, boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran makanan seperti kuih dan mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain.

Badam Makanan Kesihatan Tinggi Antibodi Menyembuhkan Penyakit

Kandungan lemak dan karbohidrat Badam adalah tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain.

Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin dalam telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum.

Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju.

Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu tumbuh besaran mereka, selain membina tulang dan gigi.

Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.

Tahukah anda, badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu yang badan anda perlukan.

Kandungan lemak mono taktepu (monounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana terdapat di dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi penawar bagi memerangi kolesterol LDL di dalam badan.

Di bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama.

Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.

Badam Beri Tenaga Tambahan

Badam merupakan kacang istimewa yang menjadi makanan sampingan yang biasanya dimasukkan ke dalam coklat bagi meningkatkan kesedapan dan nilainya.

Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan dan India, beribu tahun dahulu bagi tujuan merangsang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Qur'an, hadis dan pelbagai ilmu.

Sebagai contoh penyelidikan yang telah dibuat, hampir semua kanak-kanak, remaja, orang dewasa serta warga emas yang menghafal al-Quran, Hadis dan pelbagai ilmu di sekitar Pakistan dan India, mereka telah mengambilnya sebagai salah satu sumber makanan tambahan bagi tujuan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan hafalan dan menjaga ingatan.

Penyelidikan ini termasuk juga ahli akedemik dan golongan profesional di sana, kerana mereka sudah menjadikan pengambilan tersebut sebagai amalan harian.

Pakistan dan India telah banyak melahirkan para saintis, pakar perubatan dan para alim ulama yang pakar di dalam ilmu al-Quran dan hadis yang layak diberi gelaran Sheikul Hadith sehingga diberi kemuliaan oleh ALLAH untuk mereka mengajar di Mekah dan Medinah.

Sudah menjadi kebiasaan di Pakistan dan India sekiranya kita terjumpa pakar-pakar perubatan, saintis, pakar teknologi maklumat, pakar jurutera serta golongan professional yang menghafal al-Quran dan hadis.

Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis.

30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu.

Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis.

Badam Anti-Oksidan

Memakan badam dapat menurunkan paras dua bio penanda bagi kesan tekanan oksidatif dalam sekumpulan sukarelawan 27 lelaki dan wanita yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi.

Kajian yang dijalankan oleh saintis yang dibiayai oleh Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian (ARS), Amerika Syarikat (AS), Lembaga Badam California dan Badan Pembiayaan Penyelidikan Kanada.

Pengarah Makmal Penyelidikan Anti Oksidan, Jeffrey Blumberg di Pusat Penyelidikan Nutrisi Manusia bagi Penuaan Jean Mayer Jabatan Pertanjan Amerika Syarikat (USDA) di Universiti Tufts, Boston, Mass melaporkan penemuan kajiannya dalam Journal Of Nutrition.

Kajian berkenaan dilihat dapat membantu kesan antioksidan apabila memakan badam dan kajian seterusnya menunjukkan kesan Vitamin E dan terbitan polipenolik seperti flavonoid yang ditemui dalam badam dan pokok kekacang lain.

Ramai orang takut untuk mengambil badam atau almond, begitu juga dengan jenis-jenis kekacang yang lain kerana kandungan lemaknya yang tinggi.

Tahukah anda Badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang?

Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi.

Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese.

Badam Mengurangkan Paras Kolesterol, Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung

Satu kajian yang dijalankan di University of Toronto ke atas 27 pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi menunjukkan pengambilan purata 74gm (2 genggam) badam setiap hari selama sebulan telah berjaya menurunkan 9.4% daripada paras kolesterol di dalam badan mereka.

Nisbah LDL (kolesterol jahat)/HDL (kolesterol baik) didapati menurun sebanyak 12%.

Penurunan nisbah ini menunjukkan menurunnya risiko serangan jantung (cardiovascular).

Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.

34.5gm badam (segenggam) mengandungi 99mg magnesium (24.7% dari keperluan harian)serta 257mg kalium (potassium).

Magnesium berperanan melembutkan saluran darah dan dengan itu pengaliran darah, oksigen serta nutrient di dalam badan berjalan dengan elok.

Kajian menunjukkan kekurangan magnesium bukan sahaja boleh menyebabkan serangan jantung, tetapi kekurangan magnesium selepas serangan jantung boleh menyebabkan kecederaan (radikal bebas) pada jantung.

Kalium adalah penting untuk sistem transmisi saraf dan otot.

Ia amat penting di dalam mengawal tekanan darah serta perjalanan jantung.

Pengawalan tekanan darah serta jantung menjadi lebih berkesan dengan badam kerana kandungan sodium yang rendah (hanya 0.3mg bagi setiap suku cawan badam).

Badam Menghalang Obesiti (Kegemukan)

Di dalam satu kajian yang pernah disiarkan di dalam International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders, dilaporkan bahawa diet yang diperkaya dengan badam telah berjaya mengatasi masalah obesiti jauh lebih berkesan dibandingkan dengan diet berkalori rendah dari kabohidrat kompleks.

Kajian tersebut melibatkan 65 orang dewasa obes yang dibahagi kepada 2 kumpulan.

Kedua-dua kumpulan dibekalkan dengan diet yang sama jumlah kalori serta proteinnya.

Kumpulan pertama diberi diet berkalori rendah terdiri dari karbohaidrat kompleks.

Kumpulan kedua juga diberi diet berkalori rendah yang di perkayakan dengan badam (2 genggam sehari).

Selepas 6 bulan di dapati kumpulan yang dietnya diperkaya dengan badam mengatasi kumpulan berdiet karbohaidrat dengan 64% dalam pengurangan berat badan, 56% dalam lilitan pinggang, 50% dalam pengurangan lemak.

Badam Meredakan Diabetes

Di dalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The Journal of Nutrition, badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap diabetes tahap ke-2.

Keputusan ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic response dan insulin response.

Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini telah menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan.

Ini bermakna dengan mengambil badam, masalah diabetes dapat dikurangkan.

Badam Membantu Menghalang Batu Karang

Kajian dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’ menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25% risiko batu karang.

Badam untuk Wanita Hamil

Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil.

Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

Badam Mengurangkan Risiko Pelbagai Penyakit

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam, dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyok (Alzheimer’s disease) dan beberapa penyakit kronik yang lain.

Dalam satu kajian yang telah disiarkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’, dilaporkan bahawa badam berupaya menurunkan tahap kolesterol setanding dengan kesan dari penggunaan dadah ’statin’.

Kajian seterusnya pula mendedahkan bahawa badam setanding dengan dadah ’statin’ dalam mengurangkan tahap protein ‘C-reactive’ yang merosakkan ateri.

Terdapat pelbagai lagi khasiat badam yang tidak dapat disiarkan di sini.

Selain tinggi khasiat, badam juga mempunyai rasa yang sedap. Berbagai cara orang menggunakan badam dalam masakan; daripada snek sehinggalah kepada makanan berat. Oleh itu jadikanlah badam sebahagian daripada diet anda. Semoga anda bertambah sihat, ceria serta berbahagia.

KEGUNAAN BADAM DALAM PEMAKANAN DAN MASAKAN

Herbst (2001) mengatakan "badam adalah rumahkuasa pemakanan."

Badam kaya dengan sumber protein, vitamin B2 (riboflavin), vitamin E, copper, niacin, calcium, fiber, folic acid, magnesium, dan potassium dan sumber terbaik untuk besi (iron) dan zinc (Bender and Bender 2005; Herbst 2001).

Badam juga adalah sumber vitamin B1, kaya dengan lemak monounsaturated, satu dari dua lemak “Terbaik” bertanggungjawab untuk merendahkan LDL kolestrol.

Badam ada dua jenis yang pahit dan yang manis.

Badan manis dimakan secara mentah atau dipanggang, selain itu digunakan dalam masakan dan perhiasan pemakanan. Ada juga dijadikan sebagai butter badam, dimakan dengan roti.

Badam manis tidak menggandungi karbohedrat boleh dijadikan tepung untuk kek dan biskut diet rendah karbohederat untuk pesakit yang mengalami diabetes mellitus atau apa saja jenis dari glycosuria.

Peyediaan biasa tepung badam, 1 cawan menggandungi 20 gram karbohederat yang mana 10gram adalah serat pemakanan bagi jumlah berseh 10 gram karbohederat Ia menjadikan tepung badam amat digemari untuk dibuat resepi kek dan roti bagi pesakit dilarang pengambilan diet karbohederat.

Badam boleh diproses dijadikan gentian susu. Kulit selaput biji yang lembut, biji yang empuk, rasa yang enak dan warna yang lembut bila diperah menjadikan ia sesuatu yang baik untuk mereka yang ala lactose, vegans dan sebagainya

Kegunaan dalam Perubatan

Dikatakan bahawa kebaikan dari segi perubatan badam adalah termasuk meyerikan wajah, memperbaiki pegerakan makanan dalam usus dan mencegah kanser (Davis and Iwahashi 2001).

Penyelidikan terkini mensabitkan memakan badam dalam pemakanan menghakiskan tahap kandungan kepekatan lipoprotein dalam darah dan memastikan tahap kerendahan kepekatan lipoprotein. (Novelli 2002; Spiller et al. 1998).

Dalam sistem perubatan Yunani dan Ayurveda, badam diterima sebagai pemakanan untuk otak dan sisitem saraf. Ia dikatakan dapat meningkat tahap kebijakasanaan dan memanjangkan hayat.

Minyak badam dipanggil sebagai Roghan Badam dalam kedua dua Tibb Unani dan Ayurveda.

Perahan minyak badam secara tekanan sejuk dikira sebagai merangsangkan untuk urutan dan kegunaan dalaman.

Kajian terkini dari herba ayurveda melaporkan kandungan badam mempunyai anti inflammatory, membantu peningkatan ketahanan (immunity boosting), dan kesan anti keracunan hati (anti-hepatotoxicity) (Puri 2003) Edgar Cayce, seorang psychic American yang setengah tengahnya menggangap beliau sebagai bapa perubatan holistic American amat menggemar badam.

Dalam tulisan beliau, badan dicadangkan untuk penggambilan dalam setiap pemakanan.

DIANTARA KEBAIKAN BADAM ADALAH SEPERTI BERIKUT:

Bagus untuk Minda

Badam adalah sumber nutrients yang membantu perkembangan minda. Badam meningkatkan tahap intellectual yang tinggi dan dianggak sebagai makanan penting untuk tumbuhbesaran kanak kanak.

Ramai ibu memberi badam, direndam didalam air kepada anak anak mereka setiap pagi (2-3 biji, anda juga boleh membuang kulit badam jika ia mendatangkan alahan).

Mengitar kolestrol

Penggambilan badam yang berterusan membantu meningkat tahap ketinggian kepekatan lipoproteins (HDL) dan menurunkan tahap rendah kepekatan lipoprotein (LDL), dengan itu amat sesuai menggawal tahap LDL kolestrol atau digelar kolestrol jahat.

Bagus untuk Jantung

Kandungan lemak Mono-saturated, protein, dan potassium dalam badam adalah amat bagus kepada jantung. Vitamin E sebagai anti-oksida mengurangkan rasiko penyakit jantung.

Kehadhiran magnesium dalam badam membantu daripada serangan jantung. Badam membantu mengurangkan tindak balas C protein (C-reactive protein)yang meyebabkan kerosakan radang artery (artery-damaging inflammation).

Badam juga adalah sumber asid folic, maka ia membantu mengurangkan tahap homocystein, yang meyebabkan pembentukkan lemak plaque (fatty plaque buildup) dalam saluran arteries.

Penjaga Kulit

Kebaikan badam dalam penjagaan kulit telah dikenali lama, dengan itu berurut dengan minyak badam amat digalakkan untuk bayi baru lahir.

Susu badam dijadikan sabun bagi menambah kecantikan kulit. Untuk kulit kelihatan sehat dan segar, gunakan jumlah yang sama banyak kelopak bunga ros dan pest badam berserta krim susu disapukan kemuka setiap hari.

Terapi sedemikian bukan sahaja meyuburkan kulit, tapi juga membuat kulit kelihatan berseri, lembut, dan menawan dan dapat menghilangkan kekedutan, jeragat, bintik bintik, kulit kering dan mengendur pada muka.

Menggawal tekanan darah

Kehadhiran Potasium dalam badam membantu menggawal tekanan darah tinggi. Badam amat rendah dalam Sodium yang mana turut membantu mengimbangkan tekanan darah,

Menghalang Kanser

Badam memperbaiki pergerakan makanan melalui usus, dengan itu menghalang penyakit usus (kolon).

Melindungi dari diabetes

Badam membantu mengurangkan kenaikan paras gula dan paras insulin selepas makan, maka terhalang dari diabetes.

Bagus semasa hamil

Badam mengandungi asid folic. Asid folic membantu mengurang kecacatan kehamil pada bayi (incidence of birth defects in newborn babies). Rendam badam dalam susu dan masukkan secubit saffron, diambil setiap hari

Menggurangkan berat badan

Lemak mono-saturate yang terkandung dalam badam memuaskan selera and menghalang merasa lapar.

Kajian telah membuktikan badam kaya dengan kalori rendah dan amat baik bagi mereka yang terlebeh berat dan membantu dalam menggurangkan berat badan.

Mengelak Sembelit

Badam amat kaya dengan sarat. Seperti sarat pada makanan lain, badam membantu mengelak dari sembelit.

Pastikan anda minum berlebihan air selepas memakan badam atau meminum air mawar setelah memakan badam bagi melegakan sembelit.

Jika perut merasa padat, campurkan sesudu teh besar minyak badam dalam secawan susu panas dan minum.

Menambah tenaga

Kehadiran manganese, kopper dan riboflavin membantu dalam pembentukan tenaga.

Rambut

Untuk botak kerana kurang menggambil berat tentang penjagaan rambut atau kerana kekurang nutrisi, sediakan ramuan dengan sesudu minyak badam, Jus buah Ebalica Officinalis dan urut pada kepala.

Ramuan ini akan mengatasi keguguran rambut, menguatkan rambut, menghapus kelemumur dan rambut cepat beruban.

Kurang darah Merah (anemia)

Badam mengandungi kopper dalam bentuk organic pada kadar 1.15 mg. bagi setiap 100 gram, besi dan vitamin bertindak sebagai anasir pencepat pertumbuhan hemoglobin darah.

Sediakan jumlah sama rata kismis (raisins), badam dan kacang panggang (kacang kuda) (roasted black grams) bersama susu. Campuran ini baik untuk kesihatan.

Badam sebagai minuman tonik

Bagi tumbuhbesaran kanak kanak; 3-6 biji badam derendam dalam air, setelah berpisah kulit kisar menjadi pekat, campur dengan susu, campur sesudu penuh madu dan diberi makan.

Penyediaan ini menguatkan tulang kanak kanak berumur dua bulan jika diberi selalu.

Badam sebagai tonik kesihatan: Penyediaan dengan mengisar badam tanpa kulit dengan susu, tambah gula atau madu dan minum.

Baligh

Biji badam dihancur, dicampur dengan kuning telur, campurkan serbuk biji bijan dan sesudu teh besar madu, dan diberi minum dengan susu.

Mati pucuk dan Pancutan awal (premature ejaculation)

Mengunyah sejumlah isi badam (almond kernels) dan kacang panggang memulihkan kakuatan shawat dan mengatasi masalah psychological

Sakit otot

Sejumlah badam minyak badam dan minyak bawang putih dicampur dan disapukan pada tempat yang sakit akan melegakan kesakitan.

NOTA: Mereka yang bermasalah buah pinggan dan ginjal dinasihat supaya mengelak dari memakan badam.

Nilai Perubatan BADAM
  • Penggambilan bebrapa biji badam dapat melegakan pedih hulu hati, sebab kandungan minyak yang tinggi dalam badam.
  • Memakan badam boleh mengurangkan resiko kanser dan kolestrol.
  • Kandungan tinggi kalsium dalam badam boleh menggurangkan risiko kanser usus (kolon dan rectal). Kandungan tinggi anti-oksida flavonoids dalam kulit badam membantu mengurangkan kepekatan rendah oxidasi lipoprotein, dengan itu sekali gus menggurangkan kesumbatan salur arteri.
  • Minyak makan perisa kacang ekstrak boleh digunakan membersih titik pada kulit.

Minyak Badam Penjagaan Kulit
  • Diguna dalam Penjagaan Kulit dan Urut bagi menggembalikan kesihatan dan awet muda.
  • Minyak badam mempunyai banyak kegunaan kosmatik dan perubatan dan juga sebagai minyak urut. Minyak badam membentuk asas kepada kebanyakan lotion, cream dan sebagainya dalam penjagaan kulit dan adalah minyak yang amat baik digunakan sebagai minyak rawatan aroma kerana kelembutannya dan mudah serap kerongga rongga kulit.

Tiada rasa lemak (Non greasy feeling)
  • Disebabkan tekstur minyak badam ini terlalu halus, maka kulit tidak akan merasa melekit atau berminyak.
  • Ia dapat membantu melegakan sakit dan lenguh otot, melembutkan kulit dan membuat kulit lebeh cerah dan keremajaan.
  • Dalam rawatan tarapi pewangian (aromatherapy) minyak badam memainkan peranan sebagai perlindung kepada kulit dari terbakar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: herbadantumbuhan

Virginia Hall, Perisik Paling Licik Dan Berbahaya Sewaktu Perang Dunia Kedua

Virginia Hall, Perisik Paling Licik Dan Berbahaya Sewaktu Perang Dunia Kedua

Kegiatan perisikan semasa Perang Dunia Kedua (WWII) merupakan sesuatu yang cukup merbahaya bagi mana-mana perisik, kerana pergerakan mereka sentiasa diperhatikan oleh pihak musuh sama ada Kempeitai (Jepun) atau Gestapo (Nazi Jerman).

Virginia Hall, Perisik Paling Licik Dan Berbahaya Sewaktu Perang Dunia 2

Jika tersalah langkah, bukan saja operasi mereka terjejas tetapi kematian menanti di ruang seksaan atau pada muncung senapang.

Bagi perisik wanita Bersekutu, Virginia Hall, kegiatan perisikannya bukan saja gagal dikesan Gestapo tetapi menjadikannya wira yang tak didendang semasa perang.

Anak kelahiran Baltimore, Maryland ini dilahirkan pada 6 April 1906 dalam sebuah keluarga berada.

Beliau memulakan pembelajaran di Roland Park Country School sebelum menyambung pendidikan di Radcliffe College dan Barnard College (kini Universiti Columbia).

Semasa di dua institusi berkenaan, Hall mempelajari Bahasa Jerman, Itali dan Perancis.

Selepas mendapat restu kedua-dua ibu bapanya untuk menamatkan pelajaran di benua Eropah, beliau mengembara ke sana dan belajar di Jerman, Perancis dan Austria sebelum diambil sebagai kerani di Kedutaan Amerika di Warsaw, Poland pada tahun 1931 sebelum bekerja di Konsulat Amerika di Smyrna, Turki.

Bagaimanapun, pada tahun 1932, hasratnya untuk menyertai Perkhidmatan Luar (Foreign Service) tidak kesampaian selepas tertembak kaki kirinya semasa ekspedisi memburu di Turki.

Ini menyebabkan kaki kirinya dipotong dan Hall terpaksa menggunakan kaki palsu yang diperbuat daripada kayu.

Jadi, bagaimana wanita secekal Hall ini boleh terjerumus dalam dunia perisikan?

Ia berbalik semula kepada cubaannya menyertai Perkhidmatan Luar.

Penyertaannya pada kali pertama ditolak atas alasan Hall seorang wanita, satu komen yang dianggap mengejutkan menurut Judith Pearson, penulis buku biografinya yang bertajuk The Wolves at the Door: The True Story of America’s Greatest Female Spy.

Permohonan Hall buat kali kedua turut ditolak kali ini bukan atas sebab gender tetapi atas faktor kecacatan kaki yang dialaminya.

Kecewa dengan kerenah Perkhidmatan Luar, beliau meletak jawatan dari Jabatan Negara Amerika Syarikat dan mengembara ke Paris sebagai orang awam semasa negara itu diancam serangan tentera Nazi Jerman.

Di sini, Hall menjadi pemandu ambulans untuk tentera Perancis tetapi terpaksa melarikan diri ke Britain selepas Perancis jatuh ke tangan rejim pimpinan Adolf Hitler.

Dalam sebuah parti koktel, beliau meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap Hitler dengan para tetamu lain.

Ketika inilah menurut Pearson, seorang wanita tidak dikenali menyerahkan kad bisnesnya kepada Hall dan memberitahu, “Jika anda berminat untuk menghalang Hitler, datang dan jumpa saya.”

Wanita tersebut merupakan inspirasi kepada salah seorang watak pembantu siri James Bond, Miss Moneypenny yang bernama Vera Atkins.

Vera Atkins diberi amanah oleh Perdana Menteri Winston Churchill untuk merekrut individu yang berkelayakan sebagai ejen untuk Operasi Khas Eksekutif (Special Operations Executive (SOE)).

Vera Atkins tertarik dengan keupayaan Hall bertutur dalam pelbagai bahasa, mempunyai pengetahuan berkenaan lokasi-lokasi perkampungan Perancis dan kemampuannya untuk berfikir pantas.

Selepas mendapat latihan sebagai operator radio, Hall merupakan ejen wanita pertama SOE di Perancis.

Untuk mengelakkan kehadirannya dihidu Gestapo atau ejen yang berkhidmat dengan rejim Vichy Perancis, beliau diberi pengenalan dan dokumen palsu sebagai seorang wartawan Amerika untuk akhbar New York Post.

Dalam masa singkat, Hall menunjukkan kebijaksanaannya bukan saja dalam mengesan pergerakan tentera dan pos kawalan tentera Nazi malah membentuk rangkaian perisik anti-Nazi di Perancis.

Ini berdasarkan objektif SOE yang mahu menjejaskan keupayaan rejim Nazi Jerman dengan taktik ‘Eropah terbakar’.

SOE mungkin tiada peralatan perisikan canggih tetapi itu tidak menghalang mereka menjadi kreatif dalam menyampaikan pesanan.

Hall akan menghantar berita mengandungi mesej rahsia kepada editor di New York untuk pengetahuan penyelia-penyelianya di London.

Dan sekiranya ada penghantaran maklumat, beliau meletakkan pasu bunga geranium pada tingkap semasa menetap di Lyon.

Maklumat tersebut tersembunyi di sebalik bata atau arahan pergi ke sebuah kafe di mana pelayan akan menghantar gelas dengan ada sesuatu melekat di bawahnya.

Kerana kecerdikannya itu juga meletakkan Hall dalam radar pihak Nazi Jerman.

Ketua Gestapo, Klaus Barbie yang turut dikenali sebagai Penyembelih Lyon menggelarnya perisik pihak Bersekutu paling berbahaya.

Selepas Gestapo mengedarkan poster gambaran dirinya kepada orang ramai, Hall terpaksa melarikan diri dengan berjalan sejauh 50 batu merentasi Pergunungan Pyrennes untuk sampai ke Sepanyol.

Perjalanan tersebut dianggap mencabar kerana berlaku pada musim sejuk, kesulitan menggunakan kaki palsu dan keengganan pemandunya dari Sepanyol untuk memandunya keluar atas alasan beliau seorang wanita dan menggunakan kaki palsu.

Selepas tiba di rumah selamat SOE, Hall berhubung dengan penyelianya di London bahawa beliau selamat tetapi memberitahu kaki palsunya yang diberi nama Cuthbert menyusahkannya.

SOE yang menyangka Cuthbert seorang pemberi maklumat membalas, “Sekiranya Cuthbert menyusahkan anda, hapuskan dia.”

Memandangkan situasi merbahaya yang dihadapi Hall sebelum itu, tidaklah mengejutkan mengapa SOE enggan menghantar beliau kembali ke England.

Ini memaksa beliau menyertai agensi yang merintis kepada penubuhan Agensi Perisikan Pusat (CIA), Pejabat Perkhidmatan Strategik (OSS).

Pada tahun 1944, Hall dihantar kembali ke Perancis bukan menggunakan kaedah payung terjun tetapi menggunakan kapal torpedo British.

Untuk mengelak dikesan anak buah Barbie, beliau menyamar sebagai seorang penjual susu wanita berumur 60 tahun.

Kakinya sengaja dialihkan untuk menyembunyikan ketempangannya itu dan beliau turut memakai skirt panjang untuk menambah berat.

Dan untuk mengelak isyarat radio dikesan pihak Gestapo, Hall bersembunyi di ruang loteng dan bangsal.

Antara tugasnya beberapa bulan sebelum kempen D-Day ialah mengatur kedudukan senjata api dan bekalan dijatuhkan untuk kumpulan penentang dan melaporkan pergerakan tentera Nazi ke London.

Semasa D-Day, Hall bersedia menggerakkan tiga batalion pejuang anti-Nazi Perancis untuk melancarkan misi sabotaj ke atas tentera Jerman yang berundur.

Menerusi laporan terakhirnya kepada markas operasi di London, pasukan beliau berjaya memusnahkan empat jambatan, mengganggu pergerakan keretapi barang, memotong talian telefon dan memusnahkan landasan-landasan keretapi utama.

Mereka juga bertanggungjawab membunuh 150 tentera Nazi dan menawan 500 lagi tentera.

Selepas tamat perang, Hall dianugerahkan pingat Distinguished Service Cross, anugerah kedua tertinggi tentera Amerika Syarikat untuk keberanian.

Beliau juga mencipta sejarah sebagai satu-satunya wanita yang mendapat pingat berkenaan semasa WWII.

Hall bagaimanapun mahu menerimanya dalam satu upacara kecil di pejabatnya yang disaksikan oleh ibunya dan pengasas OSS, Mejar Jeneral William J. Donovan.

Sepupu Hall bernama Lorna Catling berkata, “Beliau sentiasa mengelak publisiti.

Beliau sentiasa berkata, ‘Itu cuma enam tahun daripada kehidupan saya.’

Hall juga jarang berbicara berkenaan kerjanya sebagai perisik termasuk dengan keluarganya sendiri.

Catling menceritakan dia ada menerima surat Hall yang dihantar semasa perang.

Dalam surat itu, beliau menulis, “Orang Jerman sudah menangkap beberapa orang dan menggantung mereka dengan cangkuk pemotong daging.”

Surat tersebut dianggap mengerikan bagi Catling.

Malah, Pearson menceritakan pada tahun 1950-an, OSS mengeluarkan satu memo yang membenarkan Hall bercerita pengalamannya sebagai perisik semasa WWII.

Tetapi beliau tetap tidak menceritakan pengalaman tersebut kepada sesiapa kerana itulah cara hidupnya sebagai perisik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Wednesday, June 13, 2018

10 Jenis Gelagat Penumpang Paling Di Benci Dalam Pesawat

10 Jenis Gelagat Penumpang Paling Di Benci Dalam Pesawat

Musim panas menjelma lagi dan dijangka 246 juta warga Amerika Syarikat akan keluar mengembara ke seluruh dunia, lapangan terbang dan pesawat akan dipenuhi orang ramai.

10 Jenis Gelagat Penumpang Paling Di Benci Dalam Pesawat

Jadi, AirlineRatings.com membuat tinjauan mengenai jenis-jenis penumpang pesawat yang paling menjengkelkan.

Tinjauan itu melibatkan 5,300 individu.

Berikut merupakan senarai 10 jenis penumpang pesawat yang paling dibenci:

1. Penumpang yang suka duduk di tepi tingkap (39% undian).

2. Penumpang yang mementingkan diri sendiri (42% undian).

3. Penumpang yang suka bersenam di dalam pesawat (45% undian).

4. Penumpang yang banyak cakap (48% undian).

5. Penumpang yang kerap ke tandas (50% undian).

6. Penumpang yang membawa terlalu banyak barang ke dalam pesawat (55% undian).

7. Penumpang yang meletakkan lengan sehingga terkeluar dari tempat duduk (60% undian).

8. Penumpang yang merebahkan kerusi ke belakang (65% undian).

9.Kanak-kanak buas (69% undian).

10. Penumpang dengan bau tidak menyenangkan (78% undian).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

'Fan BingBing Palsu' Pembedahan Plastik Paling Berjaya Di Dunia!

'Fan BingBing Palsu' Pembedahan Plastik Paling Berjaya Di Dunia!

Ramai melakukan pembedahan plastik untuk menyerupai wajah atau penampilan idola masing-masing, tetapi tak ramai yang betul-betul berjaya.

'Fan BingBing Palsu' Pembedahan Plastik Paling Berjaya Di Dunia!

Salah satu kes melibatkan He Chengxi, seorang gadis yang berusaha keras menyerupai wajah aktres terkenal, Fan Bingbing dan akhirnya berjaya membuatkan orang ramai keliru.

Walaupun kini sedang dalam siasatan kerana mengelak cukai, Fan Bingbing kekal sebagai salah seorang selebriti terkenal di China.

Dia adalah seorang pelakon, produser, penyanyi dan ikon fesyen yang berjaya.

Penampilannya yang menarik telah menarik perhatian jutaan peminatnya di China dan luar negara, jadi tidak hairanlah ramai wanita ingin menjadi seperti dirinya.

Ramai yang telah mencuba, tetapi Chengxi, 23, adalah satu-satunya individu yang berjaya dan kini dia adalah bintang media sosial.

Dia dilaporkan membelanjakan ribuan ringgit untuk melakukan pembedahan kosmetik dalam tempoh lapan tahun dalam usaha menjadikan dirinya kelihatan seperti Bingbing.

Chengxi mula menjadi tajuk utama antarabangsa kerana persamaannya dengan Bingbing beberapa tahun lalu, selepas membuat persembahan di pertandingan nyanyian popular di China 'Super Girl'.

Ketika itu, juri dan penonton terpegun dan terkejut melihat wajahnya.

Walaupun tersingkir pada pusingan pertama, penganjur memberikannya 'wildcard' supaya dia dapat berada dalam program itu lebih lama lagi.

'Fan BingBing Palsu' Pembedahan Plastik Paling Berjaya Di Dunia!

Tindakan itu dianggap kontroversi pada masa itu, tetapi gadis berkenaan menjadi selebriti tidak lama kemudian.

Media di China mula melakukan penyelidikan mengenai Chengxi dan melaporkan bahawa dia telah menjalani pembedahan plastik selama lapan tahun untuk mengubah wajahnya menyerupai BingBing.

Sina menulis bahawa teman lelakinya bahkan membuka klinik pembedahan plastik sendiri untuk membantu Chengxi, walaupun maklumat tersebut belum disahkan.

Ia bagaimanapun bukan perkara besar kerana apa yang lebih penting klinik itu dilaporkan menjadi sangat popular selepas kejayaan Chengxi yang kini dianggap pakar dalam mengubah pelanggannya menjadi selebriti pujaan mereka.

Digelar 'Fan BingBing Palsu' oleh netizen di China, Chengxi benar-benar mengelirukan orang ramai.

Sukar untuk membezakan dirinya dengan Fan BingBing sebenar, termasuklah jurugambar AFP yang baru-baru ini menyiarkan gambar Chengxi dan melabelnya sebagai BingBing.

Foto itu diambil di festival filem Cannes di mana kedua-dua mereka hadir dan lelaki itu tidak dapat membezakan mereka.

Dengan lebih daripada 1.2 juta pengikut di Weibo, Chengxi adalah selebriti media sosial utama di China.

'Fan BingBing Palsu' Pembedahan Plastik Paling Berjaya Di Dunia!

Walaupun mendapat populariti kerana persamaan dengan BingBing, dia kini mahu diiktiraf kerana dirinya sendiri.

"Saya selalu beritahu mereka saya suka Fan Bingbing dan saya kelihatan seperti dia, tetapi saya bukan Fan Bingbing," katanya kepada Inkstone News.

"Di peringkat antarabangsa, saya harap orang melihat saya sebagai individu bebas."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Apa Sebenarnya Tugas Yang di-Pertuan Agong?

Apa Sebenarnya Tugas Yang di-Pertuan Agong?

Agong, atau Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah merupakan ketua negara Malaysia. Memandangkan Malaysia mengamalkan sistem raja berpelembagaan, peranan YDPA adalah sangat luas, namun tertakluk kepada perlembagaan.

Tidak ramai yang mengetahui tentang peranan sebenar YDPA, dan artikel ini bertujuan untuk memberikan pencerahan kepada umum secara ringkas tentang tugas sebenar seorang Agong.

Sejarah Takhta Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Apa Sebenarnya Tugas Yang di-Pertuan Agong?

Pada Ogos 1957, selepas menolak cadangan gelaran Yang di-Pertuan Besar berbanding YDPA, Persidangan Majlis Raja-Raja akhirnya melantik pemegang takhta yang pertama.

Mengikut senioriti, Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim yang memerintah negeri itu sejak 1895 diberikan keutamaan untuk peranan tersebut, namun baginda terpaksa menolak kerana kekangan umur yang sudah tua.

Sultan Abu Bakar dari Pahang yang memerintah negeri itu sejak tahun 1932 adalah individu yang berhak (dari segi senioriti) untuk takhta tersebut, namun telah ditolak oleh sultan-sultan dari negeri lain melalui undian.

Memerintah Negeri Sembilan sejak 1933, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad akhirnya dilantik menjadi YDPA yang pertama selepas 8 daripada 9 undian sultan-sultan negeri menyebelahi baginda.

Apa Sebenarnya Tugas Yang di-Pertuan Agong?

Persidangan Raja-Raja yang pertama terdiri daripada:
  1. Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Pahang)
  2. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Negeri Sembilan)
  3. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Selangor)
  4. Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Kedah)
  5. Sultan Ibrahim Petra ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (Kelantan)
  6. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Perlis)
  7. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III (Terengganu)
  8. Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Shah (Perak)
  9. Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (Johor)

Turutan Giliran YDPA Dari Segi Senioriti

Apa Sebenarnya Tugas Yang di-Pertuan Agong?

Sejak kitaran pertama 9 YDPA (1957-1994), turutan bagi takhta YDPA antara sultan negeri masing-masing dikekalkan seperti berikut:
  • Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan
  • Sultan Selangor
  • Sultan Perlis
  • Sultan Terengganu
  • Sultan Kedah
  • Sultan Kelantan
  • Sultan Pahang
  • Sultan Johor
  • Sultan Perak

Peranan Umum Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Peranan YDPA adalah berdasarkan konsep raja berpelembagaan. Perkara 181 (1) di dalam Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan bahawa kedaulatan dan kuasa raja-raja akan terus berkekalan.

Perlembagaan ini memberi definisi tentang peruntukkan bidang kuasa YDPA.

Antaranya termasuklah memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak serta menjaga kepentingan sah kaum-kaum lain.

Selain itu, baginda juga memainkan peranan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, serta beberapa negeri lain yang tidak beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-Wilayah persekutuan.

Selain itu, YDPA juga berperanan sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda juga mempunyai kuasa untuk mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Secara terperincinya, bidang kuasa YDPA terbahagi kepada 3, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Peranan Eksekutif Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Apa Sebenarnya Tugas Yang di-Pertuan Agong?

Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada YDPA. Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri.

Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain Kabinet), YDPA boleh bertindak mengikut budi bicara dalam 3 fungsi Perlembagaan iaitu:
  1. Melantik seorang Perdana Menteri.
  2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen.
  3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.

Peranan Perundangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Apa Sebenarnya Tugas Yang di-Pertuan Agong?

Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi YDPA dan 2 majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

YDPA sebagai sebahagian komponen Parlimen mempunyai kuasa berikut:
  1. Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa.
  2. Memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
  3. Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen.
  4. Memperkenankan Rang Undang-Undang. 

YDPA juga mempunyai kuasa melantik 2 orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 40 orang senator lain.

Peranan Kehakiman Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

YDPA mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman. Antara tanggungjawab baginda adalah:

1. Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja.

2. Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).

3. Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun. Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun.

4. Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, mengemukakan presentasi kepada YDPA untuk menyingkirkan seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan tertentu.

Selepas menerima representasi itu, YDPA akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan dan mungkin atas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari jawatannya. YDPA boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima atau menolak cadangan tribunal untuk menyingkirkan atau mengekalkan hakim.

5. YDPA mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan boleh mengeluarkan Perisytiharan darurat apabila berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau negeri dalam keadaan terancam.

6. Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat peruntukan yang menetapkan YDPA sebagai Ketua Agama Islam negeri berkenaan.

Kesimpulan

Apa Sebenarnya Tugas Yang di-Pertuan Agong?

Sebenarnya tugas seorang YDPA tidak tertakluk kepada yang dinyatakan di atas sahaja, terdapat banyak lagi peranan lain yang dimainkan oleh baginda.

Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang peranan YDPA dan sultan-sultan di Malaysia, rujuk laman sesawang ini, istananegara.gov.my dan majlisraja-raja.gov.my.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

4 Fakta Menarik Baju 'Mao Suit' Kim Jong Un

4 Fakta Menarik Baju 'Mao Suit' Kim Jong Un

Sosok pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang dilihat berpenampilan rambut tegak, berwajah datar dan berkaca mata menjadi tumpuan sebaik sahaja bersemuka buat kali pertama dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Singapura.

4 Fakta Menarik Baju 'Mao Suit' Kim Jong Un

Semasa pertemuan itu Kim Jong Un mengenakan busana yang tidak asing baginya iaitu jaket labuh bewarna hitam dengan garisan kelabu.

Ia dicirikan lagi dengan poket di bahagian hadapan baju dan seluar yang berwarna serupa.

Tidak ada yang luar biasa pada pakaian pemimpin yang digelar Mao Suit itu, malah ada yang berpendapat pakaian Kim Jong Un itu dilihat lapuk dan ketinggalan zaman.

Namun, ada yang menarik mengenai busana Kim Jong Un dan berikut adalah antara empat perkara menarik yang anda perlu tahu mengenai baju Mao Suit ini seperti yang ditulis oleh BBC Indonesia.

1. Baju Mao Suit direka oleh Sun Yat Sen pada tahun 1900an

Ia menjadi pilihan Mao Zedong semasa beliau pertama kali menaiki tampuk kekuasaan komunisme di China sekali gus menjadikan pakaian itu begitu dekat dengan komunisme.

2. Penghasilan Mou Suit menentukan tingkat kasta seseorang

Apabila seseorang itu lebih berkuasa maka bahan pembuatan pakaiannya akan lebih bagus. Begitu juga warna yang dilipilih oleh si pemakai.

Warna yang dekat dengan tentera menggambarkan kekuasaan dan kekuatan sang pemimpin.

3. Pakaian Pemimpin Komunis

Jong Un bukan satu-satunya pemimpin yang memakai busana Mou Suit ini, ia juga pernah dipakai oleh Presiden China Xi Jinping dan pemimpin komunis seperti Josef Stalin.

4. Mou Suit menjadi identiti khas Kim Jong Un dan sebuah gaya yang tak boleh dipisahkan lagi

Secara tidak langsung Kim telah menetapkan sebuah identiti masyarakat Korea Utara kepada dunia.

Ia juga sebagai petanda bahawa Kim Jong Un sebagai seorang yang berpendirian dan dilihat tidak terpengaruh dengan busana barat seperti memakai kot dan tali leher.

4 Fakta Menarik Baju 'Mao Suit' Kim Jong Un

Kim Jong Un berada di negara 'kota singa' itu bagi menghadiri pertemuan dengan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sempena Sidang Kemuncak kedua-dua negara itu, yang akan diadakan di Hotel Capella, Pulau Sentosa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Kajian Membuktikan Sel Barah Payudara Mampu 'Bersembunyi' Sebelum Aktif

Kajian Membuktikan Sel Barah Payudara Mampu 'Bersembunyi' Sebelum Aktif

Saintis telah mengenal pasti mekanisme yang membolehkan sel kanser berada dalam bahagian lain tubuh sebelum muncul semula beberapa tahun kemudian dengan kesan yang membawa maut, menurut sebuah kajian terbaharu yang diterbitkan.

Kajian Membuktikan Sel Barah Payudara Mampu 'Bersembunyi' Sebelum Aktif

Dalam eksperimen menggunakan sel manusia dan tikus hidup, penyelidik mendapati, menghadkan mekanisme itu dengan ubatan atau manipulasi gen berupaya melumpuhkan sel kanser dan menghalang kemampuan penyakit itu daripada merebak.

Kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Nature Communications itu turut menyediakan matlamat untuk pembangunan terapi rawatan kanser payudara.

Kira-kira 90 peratus kematian kanser payudara berlaku akibat metastasis, iaitu apabila penyakit berpindah ke organ atau bahagian lain tubuh.

Saintis sedang berusaha untuk memahami bagaimana sel kanser ini berupaya untuk bersembunyi sehingga berdekad lamanya dan apa sebenarnya yang jadi pencetus kewujudannya.

“Keputusan kami menunjukkan, sel kanser payudara boleh hidup tanpa dikesan, dalam tubuh pesakit untuk tempoh lama, menggunakan proses selular dikenali sebagai autofagi,” kata penulis bersama, juga penyelidik di Institut Kanser Kebangsaan (NCI) di Bethesda, Maryland, Kent Hunter.

Autofagi berlaku apabila mana-mana sel, sama ada sihat atau kanser, merombak komponen dalaman untuk hidup dalam persekitaran lemah tekanan dan kurang nutrisi.

Ia membolehkan sel ditutup secara sebahagiannya, memasuki keadaan sama seperti hibernasi.

Penemuan itu membantu menjelaskan mengapa rawatan terkini sering gagal menghapuskan sel kanser payudara yang kekal selepas pembedahan dan kemoterapi.

“Kebanyakan ubatan antikanser tradisi direka untuk menyasar sel yang membahagi.

"Sel tidak aktif bagaimanapun, tidak aktif atau tidak kerap membahagi, justeru dianggap tahan rintangan terhadap ubatan jenis ini,” kata Hunter.

Hakikat bahawa sel itu bersembunyi dalam tempat lain tubuh juga membantu sel ‘terlepas’ daripada rawatan tempatan seperti radiasi.

Dalam satu kajian, para penyelidik diketuai rakan kerja Hunter, Laura Vera-Ramirez menyuntik sel kanser payudara tidak aktif ke dalam tikus.

Separuh haiwan diberi ubatan yang menghalang autofagi, sementara lain menerima ubat plasebo.

Dalam eksperimen kedua, mereka mengubah gen yang mengawal autofagi.

Kedua-dua pendekatan secara ketara mengurangkan kelangsungan hidup sel kanser dan menghadkan penyebaran, rumus kajian tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Tuesday, June 12, 2018

Merungkai Misteri Kota Berhantu Kayakoy Di Turki

Merungkai Misteri Kota Berhantu Kayakoy Di Turki

Sudah menjadi gelaran bagi sesuatu tempat yang ditinggalkan dilabel sebagai ‘berhantu’ lebih-lebih lagi jika telah ditinggalkan dalam tempoh masa yang lama. Mungkin kerana kita seringkali membayangkan hantu berada di tempat-tempat yang sepi, gelap dan tidak berpenghuni. Begitu juga alasan mengapa tempat ini digelar sebagai kota berhantu.

Merungkai Misteri Kota Berhantu Kayakoy Di Turki

Terletak kira-kira 8 kilometer ke selatan dari Bandar Fethiye di barat daya Turki, Kayakoy atau Rock Village ini dahulunya menjadi kediaman masyarakat Livissi yang mana mereka merupakan penganut Kristian Ortodoks yang berasal dari Yunani (Greece).

Kota ini dibangunkan pada abad ke-18 dengan jumlah populasi penduduk seramai 10,000 hingga 20,000 orang.

Pada asalnya, kota ini adalah tempat bagi penduduk di Pulau Bizantium Gemiler untuk melarikan diri daripada lanun yang merompak mereka ketika itu.

Sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama, ramai penduduk Yunani di seluruh Turki Barat hidup dengan aman tetapi selepas berlakunya perang, orang Yunani tiba-tiba menjadi musuh terutama kepada kejayaan Uthmaniyah.

Ketika itu, ratusan ribu orang-orang Yunani dibantai semasa perang sebagai sebahagian daripada pembersihan etnik yang dilakukan oleh Turki. Ada yang melarikan diri semula ke Greece dan ada yang dihantar pulang secara paksa.

Merungkai Misteri Kota Berhantu Kayakoy Di Turki

Sementara itu, penduduk Livissi dihalau dari rumah mereka dan terpaksa berjalan kaki ke lokasi lain sejauh 220 kilometer.

Sepanjang proses penghijrahan, ramai yang mati akibat kelaparan dan keletihan yang teruk dan perjalanan ini dicatat sebagai perarakan maut dalam sejarah.

Namun, selepas runtuhnya empayar kerajaan Uthmaniyah, orang-orang Yunani nekad untuk kembali ke tanah mereka dan menyerang Turki.

Perang yang terjadi selama 3 tahun ini tidak lain tidak bukan hanyalah menjadi medan kekejaman, penyembelihan, pembakaran kota dan lain-lain.

Hingga akhirnya, pada tahun 1923 satu perjanjian damai ditandatangani dan kedua-dua negara sepakat untuk melakukan pertukaran populasi.

Lebih dari satu juta penganut Kristian Ortodoks yang tinggal di Turki harus pulang semula ke Greece dan sekitar 500,000 muslim yang tinggal di wilayah Yunani harus kembali ke Turki.

Sebaik peperangan berakhir, Livissi atau Kayakoy ini mula ditinggalkan. Kota bukit berbatu ini tidak lagi menjadi tempat tinggal.

Merungkai Misteri Kota Berhantu Kayakoy Di Turki

Ditambah pula pada tahun 1957 gempa bumi yang melanda kota ini membuatkan ia semakin ditinggalkan.

Kini, Livissi dikenali dengan nama baru digelar sebagai Kayako atau Rock Village, banyak bangunan yang masih dikekalkan untuk dijadikan sebagai monumen bersejarah.

Pada tahun 2014, The Thrillist melaporkan bahawa runtuhan Kota Kuno ini ditawarkan untuk disewa dalam jangka masa selama 49 tahun.

Bermaksud, sesiapa yang mampu menyewa Kayako bakal memilikinya selama setengah abad!

Soalannya, anda rasa dekat sini ada hantu betul-betul tak?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Ketahui Berapa Gaji Agong Dan Elaun Raja-raja Melayu

Ketahui Berapa Gaji Agong Dan Elaun Raja-raja Melayu

Malaysia adalah sebuah negara di dunia yang memiliki paling ramai sultan dan dikebanyakan negara disebelah Asia Pasifik seperti Thailand yang masih ada lagi kekal dengan raja namun, hanya ada satu Raja bagi sesebuah negara.

Ketahui Berapa Gaji Agong Dan Elaun Raja-raja Melayu

Di Indonesia dahulu ada sultan tetapi rakyat memberontak dan jadilah sebuah republik Indonesia dan kebanyakan sultan-sultan di Malaysia adalah berasal dari Indonesia.

Hanya Sultan Kedah yang berasal dari sebelah utara Asia Tenggara iaitu daripada keturunan Raja Suran. Maaf jika tersilap kenyataan ini.

Walaupun kita masih mengekalkan institusi raja sebagai payung kepada rakyat, adakah institusi ini akan terus bertahan dan berkekalan pada masa akan datang? Mungkin.

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan.

Pada tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.

Jumlah sebulan gaji Agong ialah RM87,880.
  1. Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan).
  2. Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan).
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan).

Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM16 339.
  1. Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan).
  2. Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan).
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan).

Selain itu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana.

Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut:
  1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100.
  2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880.
  3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000.

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong.

Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ini, elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.

Pencen khas untuk balu pemaisuri Agong

Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Pemaisuri Agong. Contohnya, jikalau Agong itu mangkat semasa baginda sedang memegang tugas sebagai Agong, pemaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

Jumlah bayaran pencen balu Agong:
  1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
  2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk pemandu dan penyelenggaran kenderaan.
  3. Rumah Kerajaan yang akan diselenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan Sultan sudah pernah menjadi Agong.

Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu:
  1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan.
  2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan.

Elaun Sultan dan kerabat Diraja

Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing.

Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja.

Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan:
  1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan.
  2. Elaun keraian Sultan = RM15,480.

Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebanyak RM14,600 sebulan.
  1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan.
  2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan.

Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut:
  • Raja Muda – RM13,000
  • Raja Puan Muda – RM5,200
  • Tunku Bendahara – RM4,000
  • Isteri Tunku Bendahara – RM1,250
  • Tunku Temenggung – RM3,500
  • Isteri Tunku Temenggung – RM900
  • Tunku Laksamana – RM3,000
  • Isteri Tunku Laksamana – RM600
  • Anak-anak Sultan – RM1,000

nota: sila betulkan jika fakta diatas ada berlaku kesilapan.

Belanja Mengurus Agong RM13.5 Juta Setahun

PERBELANJAAN rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sepanjang tahun 2017 lalu dan awal tahun 2018 ini adalah berjumlah RM13.5 juta.

Lapor blog The Third Force, jumlah RM13.5 juta merupakan jumlah anggaran perbelanjaan peruntukan untuk Agong dan bukanlah berjumlah suku juta seperti yang disebarkan oleh Datuk A. Kadir Jasin menerusi catatan dalam blog peribadinya.

Sehubungan itu, The Third Force turut memuat naik jumlah peruntukan sebenar Agong bagi tahun 2017 dan 2018 seperti yang tertera dibawah.

Daripada senarai perbelanjaan rasmi ini, dapat dilihat bahawa emolumen atau bayaran gaji yang diterima oleh Agong sepanjang tempoh berkenaan adalah sekitar RM7.6 juta.

Manakala, perkhidmatan dan bekalan am pula berjumlah sekitar RM5.6 juta selain Aset serta Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap masing-masing berjumlah RM170,000 dan RM150,000.

Ia kemudian membawa kepada jumlah penuh sekitar RM13.5 juta sahaja setahun sekaligus menolak spekulasi yang bertebaran bahawa Tuanku telah membelanjakan RM257 juta sepanjang 16 bulan berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: jamilzna | mynewshub

Maksud Waktu AM Dan PM Yang Ramai Tak Tahu

Maksud Waktu AM Dan PM Yang Ramai Tak Tahu

Bagi memudahkan hidup tulisan dan sebutan, banyak unit bilangan telah disingkatkan, sebagai contoh sentimeter kepada cm, kilogram kepada kg, meter kepada m dan macam-macam lagi.

Maksud Waktu AM Dan PM

Hampirseluruh populasi didunia ini menggunakan singkatan am dan pm bagi memberitahu atau menulis waktu, namun tidak tahu apakah maksud bagi kedua-dua singakatan ini.

Jika ditanya, anda pasti akan terkejut hampir kesemua tak tahu apa maksudnya.

Ada yang akan menjawab "after midnight" atau "pastmidday".

Jawapan-jawapan ini adalah salah.

Bukan singkatan dari bahasa Inggeris malah, singkatan am dan pm bukanlah singkatan dari bahasa Inggeris, tetapi merupakan frasa kata Latin.

Ia digunakan bagi memberitahu waktu menggunakan sistem 12 jam.

Menurut Huffington Pos, am merupakan singkatan kepada "ante meridiem" yang membawa maksud sebelum tengah hari, manakala pm pula singkatan kepada "post merediem" bermaksud selepas tengah hari.

Walaupun tidak ada banyak maklumat mengenai bilakah penggunaan am dan pm mula terkenal dalam memberitahu masa, namun ia adalah sistem 12 jam berasal dari Mesir dan Mesopotamia kuno.

Ketika zaman Renaissance, jam mekanikal dengan analog 12 jam muncul di gereja dan istana di seluruh Eropah.

Dan pada hari ini, kebanyakan di antara kita di seluruh dunia menggunakan sistem 24 jam dan sistem 12 jam masih dikekalkan.

Bagi tempat-tempat yang menggunakan standard 12 jam, terdapat pertikaian mengenai apa yang patut digunakan untuk tengah hari dan tengah malam.

Pertikaian dan kekeliruan

Biasanya, orang akan memberitahu 12 pm sebagai rujukan kepada tengah hari dan 12 am untuk tengah malam.

Namun, ada yang percaya bahawa pertukaran dari 11 pm kepada 12 am dan dari 11 am kepada 12 pm adalah sangat mengelirukan.

Ada juga yang mempertikaikan bahawa tengah hari dan tengah malam bukan am dan juga bukan pm kerana kedua-duanya menunjukkan waktu yang tepat pukul 12, jadi secara teknikalnya am dan pm harus digunakan bermula dari 12.01 minit.

Juga, tengah malam adalah kedua-duanya iaitu 12 jam sebelum tengah hari dan 12 jam selepas tengah hari, jadi sangat mengelirukan untuk memilih sama ada am atau pm.

Untuk mengelakkan kekeliruan ini, ramai yang lebih suka menggunakan "12 tengah malam" atau "12 tengah hari".

Tetapi, ia agak pelik menerangkan sebanyak dua kali kerana istilah tengah hari dan tengah malam kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu jam pada pukul 12.

Mungkin ramai yang tahu bahawa terdapat pilihan yang kurang popular untuk menandakan tengah hari dengan "m", sebagai contoh 12 m, namun anda mungkin mengelirukan orang lain yang mungkin beranggapan "12 midnight".

Disebabkan pertikaian yang berterusan ini, mungkin lebih baik jika kita menggunakan sistem masa tentera iaitu sistem 24 jam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia Yang Hanya Mampu Di Nikmati Golongan Kaya

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia Yang Hanya Mampu Di Nikmati Golongan Kaya

Tahukah anda ada sesetengah makanan yang harganya lebih mahal daripada sebuah kereta dan kadang-kala mencecah nilai sebuah rumah? Ya! Macam tidak percaya, kan?

Namun, ada segelintir masyarakat yang sanggup menghabiskan banyak wang hanya untuk menikmati makanan yang mewah itu.

Perkara ini menimbulkan persoalan, apa sebenarnya terkandung dalam makanan tesebut sehingga dijual begitu mahal kepada pembeli?

Berikut adalah lima makanan termahal di dunia:

1. Daging Wagyu - AS$2,800

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia

Menurut sumber, daging ini merupakan sajian golongan atasan di Jepun dan kelompok elit di seluruh dunia.

Malah, rasa daging ini juga jauh lebih enak serta lembut berbanding daging lembu biasa.

2. Pizza Royale 007’ - AS$4,200

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia

Piza termahal ini dihasilkan daripada ramuan yang mahal seperti ikan salmon Scotland, kaviar, udang, champagne dan daging rusa.

Bukan itu sahaja, lapisan atas piza bersaiz 12 inci ini dibuat daripada kepingan emas 24 karat yang boleh dimakan.

3. Tembikai Yubari – AS$22,872

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia

Tembikai yang digelar sebagai 'raja buah' ini dijual pada harga yang tinggi kerana rasanya yang manis dan sempurna.

Buah ini merupakan hasil kacukan dua jenis tembikai eksotik dari daerah Yubari, Jepun.

4. Almas beluga caviar - AS$28,000

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia

Kaviar dihasilkan daripada telur sturgeon albino yang hanya boleh ditemui di Laut Kaspia.

Bungkusan hidangan mewah yang diimport dari Iran ini diperbuat daripada emas 24 karat.

5. Trufel Putih (trifola d’Alba) – AS$160,406

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia

Trufel, sejenis cendawan mewah yang berasal dari Itali ini merupakan trufel terbesar dan termahal di pasaran.

Menurut sumber, cendawan ini dijual pada harga yang tinggi kerana masa yang diambil untuk tumbuh agak lama, menyebabkan harga sekilo trufel mencecah ribuan dolar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani