Sunday, February 18, 2018

Misteri Kejadian Pelik Bilik 307

Misteri Kejadian Pelik Bilik 307

Semasa menyertai rombongan perniagaan pada akhir tahun 1950an, George D. Bryson mendaftar di Brown Hotel, Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat, hotel yang dikhaskan untuk delegasi tersebut.

Misteri Kejadian Pelik Bilik 307

Dia diberikan kunci bernombor 307 dan sebelum masuk ke bilik, George berhenti di kaunter surat dan melihat kalau-kalau ada warkah dikirimkan kepadanya.

Memang ada! Terdapat sepucuk surat yang dialamatkan untuk George D. Bryson, bilik 307.

Bagaimanapun, surat itu bukan untuknya, sebaliknya untuk lelaki lain yang menetap di bilik 307 tetapi mempunyai nama yang sama!

Misteri kan!

BACA INI JUGA: Misteri Batu Terbelah Al-Naslaa

-SENTIASAPANAS.COM

10 Tanda Tubuh Kekurangan Air

10 Tanda Tubuh Kekurangan Air

Air merupakan suatu elemen yang sangat penting untuk tubuh manusia tapi sayangnya ramai yang endah tak endah tentang keperluan air yang cukup untuk manusia. Bila di tanya, berapa banyak sudah minum hari ini? Jawapan mereka, banyak. Walhal baru 2-3 gelas.

Tanda Tubuh Kekurangan Air

Tahukah anda 70% daripada badan kita adalah dipenuhi dengan air? Jadi, dengan hanya 2-3 gelas tidaklah mencukupi. Paling kurang ialah 8 gelas sehari.

Ada juga kajian menunjukkan mestilah mengikut berat badan contohnya, setiap 20 kg berat anda memerlukan 2 liter air, bermakna jika berat 80kg memerlukan 4 liter air!

Air diperlukan tubuh untuk mengawal suhu badan, melindungi organ dalaman dan membantu peredaran oksigen dalam sel tubuh.

Kekurangan air dalam tubuh akan menyebabkan pelbagai masalah tubuh berlaku dan bagi mereka yang sedang berusaha nak turunkan badan pula, pasti tak akan berjaya kalau air yang diambil seharian tidak mencukupi.

Badan manusia ini cukup kreatif. Apabila ia kekurangan sesuatu, tubuh akan cepat-cepat memberi signal untuk kita tahu dan ambil langkah awal.

Berikut antara 10 tanda badan kita akan tunjukkan kalau kekurangan air:

1. Mulut kering dan lidah bengkak

Anda lihat di cermin. Bibir anda merekah dan mengulas, itu tandanya kurang air. Begitu juga kalau lidah nampak bengkak lebih daripada biasa. Biasanya akan berlaku ketika anda dalam keadaan yang sangat haus.

2. Kulit menjadi kurang kenyal

Cuba cubit bahagian lengan anda, kemudian perhatikan. Kalau nampak kurang kenyal atau lambat kembali kepada bentuk asal, itu bermakna anda mengalami dehidrasi, iaitu kurang air dalam badan. Segera dapatkan air dan minum!

3. Panas dalam badan

Pernah anda rasa tiba-tiba panas semacam, tapi badan tak berpeluh pun? Jika pernah, itu petanda badan anda kurang air.

Apabila badan kurang air, suhu badan anda akan meningkat. Bahayanya, takut sistem organ terjejas.

4. Air mata kering

Aduh! Asal bahang sangat kat mata ni? Pernah rasa tak? Itu bermakna mata anda tidak lagi mengeluarkan air mata yang bertujuan mencuci dan melembabkan mata, disebabkan kurang air.

Mata akan jadi kemerah-merahan dan kering.

5. Jantung berdebar-debar

Aliran darah boleh berkurangan disebabkan oleh dehidrasi. Ini akan menyebabkan akan berdebar-debar secara tiba-tiba disebabkan oleh perjalanan sistem badan yang tidak baik.

6. Pening

Dehidarsi boleh menyebabkan anda pening atau pengsan. Biasanya terjadi ketika anda bangun dengan cepat daripada posisi duduk atau tidur.

7. Mudah penat

Baru berjalan sedikit dah mengah. Dah tua ke aku nieh? Bukan dah tua, tapi anda tu yang malas nak minum air.

Apabila air kurang, aliran darah akan berkurangan dan tekanan darah turut menurun.

Oksigen dalam darah juga akan berkurangan. Ini akan menyebabkan otot dan saraf bekerja dengan lambat dan menyebabkan anda senang penat.

8. Kejang otot

Biasanya berlaku kepada altet atau orang yang aktif bersukan. Apabila melakukan aktivit, badan akan berpeluh dan mengeluarkan air yang sangat banyak.

Justeru, anda akan senang terkena kekejangan otot terutamanya yang banyka digunakan seperti betis kalau tidak minum air semula.

9. Air kencing berwarna kuning pekat

Bila badan anda kurang air, buah pinggang akan automatik cuba menjimatkan air dalam badan dengan mengurangkan pengeluaran air kencing.

Tapi badan tetap juga perlu buang air kecil dan akibatnya, air kencing akan nampak gelap dan berwarna kuning pekat.

10. Susah buang air besar

Seksanya rasa kalau terpaksa meneran berjam-jam dalam bilik airkan? Antara faktornya badan kurang air dalam usus, menyebabkan tahi menjadi keras dan kering. Sebab itu susah nak keluar dan menyakitkan!

Minum jangan tak minum!

BACA INI JUGA: Dehidrasi, Bahaya Kekurangan Air Dalam Tubuh

sumber: lelakisihat

Bolehkah Kapal Komersial Terbang Sampai Ke Angkasa Lepas?

Bolehkah Kapal Komersial Terbang Sampai Ke Angkasa Lepas?

Semasa dalam penerbangan, adakalanya kapten akan buat pengumuman bahawa kapal sedang terbang pada berapa ketinggian altitud dan ada juga syarikat penerbangan yang menyiarkan maklumat ini di skrin tempat duduk hadapan.

Bolehkah Kapal Komersial Terbang Sampai Ke Angkasa Lepas?

Bila anda pandang luar tingkap, anda hanya nampak kepulan awan. Dah tak nampak langsung bumi.

Ketika dalam situasi begitu, pernah tak anda terfikir ia boleh pergi sejauh mana? Kalau kapten terbuat silap, bolehkah kapal terbang itu naik lebih tinggi menuju ke angkasa lepas?

Tapi sebenarnya, bolehkah kapal terbang naik tinggi-tinggi?

Kapal terbang komersial kebiasaannya terbang pada altitud antara 28,000 hingga 35,000 kaki walau bagaimanapun, ini bukanlah jarak maksimum yang kapal terbang boleh pergi.

Kapal penumpang sebenarnya boleh naik lebih tinggi sedikit, namun majoriti kapal terbang penumpang tidak direka untuk naik melebihi 40,000 kaki.

Cuma ada satu saja pengecualian iaitu jet komersial supersonik Concorde yang boleh naik sehingga 60,000 kaki.

Kemudian ada lagi sebuah kapal terbang dipanggil Helios yang boleh naik sehingga 97,000 kaki. Tapi kapal terbang ini bukanlah kapal terbang calang-calang kerana ia direka oleh NASA.

Berapa jauh kena terbang baru boleh sampai ke angkasa lepas?

Bolehkah Kapal Komersial Terbang Sampai Ke Angkasa Lepas?
Helios.

Jarak 'pintu masuk' angkasa lepas yang paling dekat dari permukaan bumi adalah sekitar 100km.

Manakala kapal terbang hanya pergi sejauh lebih kurang 10km sahaja iaitu di lapisan kedua atmosfera yang dipanggil stratosfera.

Jauh lagi? Ingatkan dah dekat dengan angkasa lepas.

Benar, kapal terbang tidak akan boleh naik sehingga ke angkasa lepas kerana dua sebab iaitu rekabentuk kapal terbang menghadkan pergerakannya serta jumlah bahan api yang tidak mencukupi untuk naik lebih tinggi.

Sesebuah kapal terbang boleh terbang hanya kerana mempunyai sayap yang besar dan mampu mengangkatnya untuk berada di udara.

Proses 'mengangkat' ini terjadi disebabkan peredaran angin di bahagian atas dan bawah permukaan sayap.

Pada dasarnya, udaralah merupakan komponen yang membolehkan kapal terbang naik tinggi manakala enjin cuma memberikannya kuasa untuk terus bergerak menentang seretan aerodinamik.

Disebabkan rekaannya yang bergantung kepada udara, cara kapal terbang beroperasi juga dipengaruhi oleh 'kualiti' udara.

Apabila altitud semakin tinggi, kepadatan udara semakin berkurang dalam erti kata lain, udara menjadi semakin nipis apabila semakin tinggi sehingga sampai satu tahap di mana persekitaran terus menjadi vakum dan tidak mempunyai udara langsung.

Pengangkutan udara seperti kapal terbang dan helikopter memerlukan udara untuk kekal terbang. Jika tiada udara, bagaimanakah kapal terbang itu boleh diangkat supaya naik lebih tinggi?

Ini juga merupakan salah satu faktor kenapa pasukan penyelamat yang menaiki helikopter sering mengalami masalah jika mereka ingin menyelamatkan orang yang terkandas di kawasan beraltitud tinggi.

Sebab itulah kapal terbang tidak akan boleh naik sehingga ke angkasa lepas. Tak kisahlah kapten dia bercita-cita tinggi macam mana sekalipun, memang sains membuktikan ia suatu perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia Kenapa Tingkap Kapal Terbang Bentuk Bujur

sumber: iluminasi

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

Kebanyakan bintang sememangnya sangat comel kerana itulah ramai dikalangan kita suka memeliharanya dirumah walaupun ada diantaranya memiliki harga yang sangat mahal.

Namun, tahukah pembaca sekalian bintang yang dianggap sebagai sangat pemalas di dunia?

Berikut kami senaraikan 5 haiwan paling pemalas yang akan tidur hampir sepanjang hari.

1. Koala (22 jam)

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

Memang sekali tengok muka comel, tetapi tahukah anda Koala habiskan hampir 22 jam sehari semata-mata untuk tidur!

2. Sloth (20 jam)

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

Sloth adalah binatang mamalia paling lambat. Sloth mengisi hidupnya dengan tidur selama 15-18 jam sehari.

Selain tidur, aktiviti lain sloth adalah makan.

3. Armadillo (19 jam)

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

Armadillo hampir sama macam Tenggiling dan anak cengkerang akan menjadi pelindung bahagian dalam. Walaupun berkaki pendek, Armadillo boleh berlari dengan laju.

4. Opposum (19 jam)

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

Opposum hampir serupa dengan hamster, akan tidur hampir sepanjang hari dan hanya bangun untuk mencari makanan.

5. Lemur (16 jam)

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

Lemur ni kalau nak tahu berasal dari Madagaskar, binatang dalam kartun Madagascar tu la.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sajakongsi

Saturday, February 17, 2018

Sejarah Penggunaan Poskod Di Malaysia

Sejarah Penggunaan Poskod Di Malaysia

Apabila anda hendak menghantar surat atau barangan ke mana-mana lokasi di Malaysia, dalam alamat penerima yang disertakan, poskod merupakan maklumat wajib yang perlu ditulis.

Sejarah Poskod Di Malaysia

Di Malaysia, poskod adalah nombor 5 angka yang merujuk kepada sesuatu tempat yang bertujuan untuk memudahkan pengasingan surat atau barangan yang dihantar.

Di Malaysia, penggunaan poskod ini tertakluk dalam Undang-Undang Malaysia Akta 71: Akta Perkhidmatan Pos 2012.

Pengenalan Sistem Poskod

Mengikut sejarah, Kesatuan Republik Sosialis Soviet adalah negara pertama yang menggunakan sistem poskod ini pada tahun 1932 tetapi kemudiannya dibatalkan penggunaanya pada tahun 1939.

Ia kemudiannya digunapakai oleh negara-negara lain di seluruh dunia seperti Jerman, Argentina, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kini, terdapat kira-kira 117 negara di seluruh dunia sudah menggunakan sistem poskod. Di Amerika Syarikat, poskod ini dipanggil sebagai zip code.

Di Malaysia, penggunaan poskod pada awalnya adalah hasil cadangan M. Rajasingam yang pada ketika itu merupakan Pengarah Pos Malaysia pada tahun 1976 sehingga 1986.

Pada awalnya iaitu pada tahun 1976, hanya alamat di Kuala Lumpur sahaja yang mempunyai poskod.

Hasil baktinya pada sistem pos di Malaysia, pada tahun 2014 M. Rajasingam telah dikurniakan darjah kebesaran Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran “Datuk”.

Menentukan Nombor Poskod

Sejarah Poskod Di Malaysia

Sistem poskod di Malaysia terdiri daripada susunan 5 angka, dimana 2 digit yang pertama merujuk kepada negeri.

Sebagai contoh (hanya menyebut beberapa negeri):
  • Kedah – 02xxx dan 05xxx hingga 09xxx
  • Perlis – 01xxx
  • Selangor – 40xxx hingga 48xxx dan 62xxx hingga 64xxx

Selain itu, terdapat sistem nombor khas dalam sistem poskod ini. Kediaman Menteri Besar atau Ketua Menteri akan menggunakan poskod xx502 sementara kediaman Sultan pula akan menggunakan poskod xx500.

Sebagai contoh (sekadar menyatakan beberapa contoh):
  • YAB Menteri Besar Selangor – 40502
  • YAB Ketua Menteri Sarawak – 93502
  • DYMM Sultan Kedah – 05500
  • DYMM Sultan Selangor – 40500

Mencari Nombor Poskod

Apabila anda hendak menghantar atau menerima surat/barang, pastikan anda menyertakan sekali nombor poskod.

Sekiranya anda tidak tahu nombor poskod, anda boleh melakukan pencarian di laman web poskod.com.

Penggunaannya sangat mudah. Hanya masukkan alamat atau nama kawasan anda dalam ruang carian dan kemudian ianyakan akan memaparkan nombor poskod anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

China Negara Pertama Bina Bandar Dalam Hutan

China Negara Pertama Bina Bandar Dalam Hutan

Kerajaan China sedang membangunkan bandar dalam hutan pertama di dunia dengan bangunan dilitupi tumbuh-tumbuhan dan pokok bagi mengatasi masalah pemanasan global dan pencemaran udara.

China Negara Pertama Bina Bandar Dalam Hutan

Dikenali sebagai Forest City Lizhou, bandar ini akan dihuni oleh 30,000 penduduk sebaik pembinaannya disiapkan dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Semua bangunan pejabat, rumah, hotel, hospital dan sekolah akan dilindungi oleh 40,000 batang pokok dan satu juta tumbuh-tumbuhan daripada 100 spesies.

Pokok berkenaan akan menyerap hampir 100 tan karbon dioksida dan 57 tan pencemaran setahun selain menghasilkan kira-kira 900 tan oksigen.

China Negara Pertama Bina Bandar Dalam Hutan

Bandar di Liuzhou yang terletak di kawasan pergunungan wilayah Guangxi, selatan China itu meliputi kawasan seluas 175 hektar di sepanjang sungai Liujiang.

Bandar berkenaan akan turut dihubungkan dengan landasan kereta api laju dan jalan raya bagi kenderaan elektrik.

China Negara Pertama Bina Bandar Dalam Hutan

Projek kendalian Majlis Perancangan Perbandaran Liuzhou itu direka oleh firma arkitek Stefano Boeri Architetti dan akan mula dibina pada tahun 2020.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tembok Besar Kumbhalgarh Kedua Terbesar Selepas The Great Wall of China

sumber: kosmo

Asal-usul Saka Harimau Jadian

Asal-usul Saka Harimau Jadian

Sehingga ke hari ini, masyarakat yang terbelenggu dengan amalan-amalan seperti ilmu melibatkan semangat harimau termasuk saka, harimau keramat dan harimau jadian yang merupakan amalan yang melibatkan alam ghaib.

Asal-usul Saka Harimau Jadian

Namun menurut pengamal perubatan Islam, hanya kejadian saka harimau sahaja yang lebih banyak didengari dalam masyarakat pada hari ini.

Mengikut, harimau jadian memang pernah menjadi satu amalan bagi masyarakat di Kerinchi, Sumatera suatu masa dahulu.

Apabila sebahagian masyarakat ini berhijrah ke Tanah Melayu, mereka membawa bersama ilmu dan amalan tersebut, sebahagian besarnya bertujuan sebagai perlindungan dan keselamatan.

Namun, harimau jadian sudah jarang didengari dalam masyarakat. Hanya saka harimau seringkali menjadi masalah pada hari ini.

Mengikut kajian, ada segelintir masyarakat Kerinchi di zaman dahulu menuntut ilmu harimau dengan bertapa di kawasan pergunungan di daerah itu selama 40 hari.

Dalam proses itu, seseorang itu perlu melakukan ritual seperti merenung bayangan bulan di dalam kolam di atas gunung itu selama tempoh itu.

Sesiapa yang melihat manusia yang memiliki ilmu harimau ini akan seolah-olah ternampak seekor harimau. Ini sudah tentu akan menakutkan orang ramai. Selain itu, binatang buas termasuk harimau betul juga tidak berani mengganggu pengamal ilmu harimau ini.

Amalan ilmu harimau jadian sudah jarang didengari pada hari ini dan mereka yang memiliki ilmu itu dianggap hebat dan ditakuti masyarakat.

Dalam kes saka harimau, jin yang membelenggu pesakit sebenarnya merupakan saka yang diwariskan oleh nenek moyang mereka sama ada dalam keadaan sedar atau tidak.

Apabila mereka enggan mewarisi saka itu, maka ia mengganggu kehidupan seharian mereka. Badan mereka jadi sakit-sakit dan pergerakan seharian menjadi tidak selesa.

Gangguan saka berkenaan bukan tertumpu kepada kejadian seseorang meracau, mengamuk dirasuk seperti yang sering dilihat, tetapi gangguan itu juga ada yang menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan fizikal seperti sakit kaki, sakit kepala, dada, sukar tidur, lenguh badan dan sendi.

Selain itu, seseorang itu juga boleh diserang rasa malas, cepat melenting, pemarah dan putus asa.

Saka harimau akan menjadikan tubuh badan seseorang mempunyai ruang yang akan dimasuki jin sebagai perumahnya. Ada kes terdapat banyak saka harimau yang telah beranak-pinak di dalam badan seorang pesakit.

Soalan biasa ketika merawat pesakit adalah seperti masalah kesihatan, makanan, mimpi, emosi dan cara tidur akan ditanya kepada pesakit. Daripada jawapan itu, perawat akan dapat mengenal pasti jenis jin saka yang mengganggu pesakit.

Biasanya, semasa rawatan, jin saka harimau akan disuruh keluar dari badan pesakit. Jika ia berdegil, proses ‘menyembelih’ saka harimau akan dilakukan.

Kemudian, pesakit akan diminta mengamalkan mandi ais batu selama tujuh hari berturut-turut dan kemudian seminggu sekali. Ia merupakan rawatan yang paling mujarab untuk melawan jin yang mengganggu manusia.

Ini kerana, api perlu dilawan dengan ais yang sejuk. Ia bagi memastikan jin-jin ini tidak memasuki lagi ruang-ruang yang terdapat di dalam badan. Ini akan berlaku sekiranya terdapat banyak jin saka harimau yang beranak-pinak itu.

Gangguan saka harimau akan memudaratkan kehidupan seseorang itu kerana ia mengganggu aktiviti harian apabila ada ketika dan waktu, seseorang yang mempunyai saka harimau akan bertindak dalam keadaan tidak sedarkan diri seperti gelisah, menjadi marah, membaling barangan atau memukul.

Kehadiran saka harimau juga akan mempengaruhi sikap seseorang seperti menjadi pemalas, degil, malas solat dan pelbagai lagi masalah kehidupan yang jika tidak dibendung atau dirawat, akan menjadi lebih parah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Orang Bunian, Benarkah Dari Keturunan Nabi Adam?

sumber: utusan

12 Haiwan Zodiak Dalam Kalendar Lunar Cina

12 Haiwan Zodiak Dalam Kalendar Lunar Cina

Dalam astrologi zodiak Cina, terdapat satu kitaran 12 tahun yang terdiri daripada dua belas ekor haiwan yang melambangkan dua belas jenis personaliti berbeza dan secara tradisi, zodiak ini sentiasa bermula dengan bintang Tikus.

12 zodiak cina

Terdapat juga banyak cerita mengenai asal-usul zodiak ini yang menerangkan sebab tikus menerajui zodiak.

Berikut ialah kesemua 12 haiwan zodiak dalam urutan betul serta sifat-sifatnya.

Asal-usul Zodiak Cina

Terdapat banyak legenda yang menerangkan permulaan zodiak, antaranya cerita yang diringkaskan seperti berikut:

Sang tikus ditugaskan menjemput para haiwan untuk melapor diri menghadap Maharaja Jed untuk satu jamuan dan juga pemilihan bintang zodiak. Mula-mula, sang kucing dan sang tikus berkawan baik, tetapi sang tikus memperdaya sang kucing dengan berkata bahawa jamuan diadakan pada hari kemudian. Maka sang kucing terus tidur dan terlepas majlis jamuan kerana menyangka jamuan itu diadakan pada hari kemudian. Setelah menyedari cerita sebenar, sang kucing bersumpah untuk menjadi musuh semulajadi tikus untuk selamanya.

Bagaimanapun, kucing ada mengambil tempat di zodiak Vietnam, menggantikan tempat arnab.

1. Zodiak Tikus

Unsur: Air
Tahun: 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008, 2020, 2032

Sifat baik

Terus terang, berdisiplin, sistematik, cermat, berkarisma, rajin, menawan, petah, suka bergaul dan pintar.

Sifat buruk

Memanipulasi, kejam, suka memerintah, tegar, mementingkan diri, degil, kritis, bercita-cita terlalu tinggi, tidak berhati perut, tidak bertoleransi dan licik.

Pasangan

Paling serasi: Naga, Monyet, Lembu
Sederhana serasi: Ular, Babi, Tikus, Anjing, Harimau
Tidak serasi: Arnab, Kambing, Ayam, Kuda

2. Zodiak Lembu

Unsur: Tanah
Tahun: 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009, 2021, 2033

Sifat baik

Boleh diharapkan, tenteram, berperaturan, sabar, rajin, bercita-cita, konvensional, tenang, sopan, lojik, tegas dan kuat.

Sifat buruk

Degil, berfikiran sempit, materialistik, tegar dan suka mendesak.

Pasangan

Paling serasi: Tikus, Ular, Ayam, Kuda
Sederhana serasi: Babi, Anjing, Naga, Harimau
Tidak serasi: Lembu, Monyet, Kambing, Ayam

3. Zodiak Harimau

Unsur: Kayu
Tahun: 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010, 2022, 2034

Sifat baik

Sukar diduga, suka melawan, berwarna-warni, sangat berkuasa, berkobar-kobar, berani, mengikut gerak hati, penuh bersemangat, merangsang, ikhlas, pengasih, berperikemanusiaan dan murah hati.

Sifat buruk

Mudah gelisah, semberono, tidak sabar, cepat berang, degil dan mementingkan diri.

Pasangan

Paling serasi: Kuda, Anjing
Sederhana serasi: Naga, Arnab, Harimau, Tikus, Kambing
Tidak serasi: Lembu, Ular, Ayam, Monyet, Babi

4. Zodiak Arnab

Unsur: Kayu
Tahun: 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011, 2023, 2035

Sifat baik

Baik budi, baik hati, peka, lemah lembut, ramah, berbudi bahasa, berat mulut, berwaspada, berjiwa seni, teliti, manis, yakin pada diri sendiri, panjang akal, belas kasihan dan fleksibel.

Sifat buruk

Ada angin, menyendiri, cetek pemikiran, suka mengurut nafsu, oportunis dan pemalas.

Pasangan

Paling serasi: Babi, Kambing
Sederhana serasi: Anjing, Arnab, Ular, Kuda
Tidak serasi: Naga, Tikus, Ayam, Lembu, Monyet, Harimau

5. Zodiak Naga

Unsur: Tanah
Tahun: 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000, 2012, 2024, 2036

Sifat baik

Baik hati, penuh bersemangat, kuat, yakin pada diri sendiri, megah, terus terang, penuh hasrat, bersemangat, berapi-api, berkobar-kobar, tegas, perintis, bercita-cita, murah hati dan setia.

Sifat buruk

Sombong, zalim, suka mendesak, eksentrik, dogmatik, suka menguasai orang lain, terburu-buru dan kasar.

Pasangan

Paling serasi: Tikus, Monyet, Ular, Ayam
Sederhana serasi: Naga, Babi, Lembu
Tidak serasi: Kuda, Harimau, Kambing, Arnab, Anjing

6. Zodiak Ular

Unsur: Api
Tahun: 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001, 2013, 2025, 2037

Sifat baik

Berfikir panjang, bijaksana, mistik, lemah lembut, lemah lembut, sensual, kreatif, cermat, pintar, bercita-cita, berbudi bahasa, berwaspada, bertanggungjawab, tenteram, kuat, setia dan tekad.

Sifat buruk

Penyendiri, komunikasi teruk, cemburu, hedonis, ragu diri, sentiasa menaruh kesangsian terhadap orang lain dan pendusta.

Pasangan

Paling serasi: Lembu, Ayam, Naga
Sederhana serasi: Tikus, Anjing, Kambing, ular
Tidak serasi: Arnab, Kuda, Monyet, Harimau, Babi

7. Zodiak Kuda

Unsur: Api
Tahun: 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002, 204, 2026, 2038

Sifat baik

Periang, popular, tajam akal, bertukar-tukar, biasa dan berterus terang, perseptif, suka bercakap, lincah, cerdas, kuat daya penariknya, cerdik, panjang akal, fleksibel dan berfikiran terbuka.

Sifat buruk

Tidak tetap hati, cemas, biadab, mudah terpedaya, degil, kurang stabil dan kurang tabah.

Pasangan

Paling serasi: Anjing, Harimau, Kuda, Kambing
Sederhana serasi: Ayam, Monyet, Babi, Arnab
Tidak serasi: Tikus, Lembu, Naga, Ular

8. Zodiak Kambing

Unsur: Tanah
Tahun: 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015, 2027, 2039

Sifat baik

Soleh, ikhlas, bersimpati, lemah lembut, pemalu, berjiwa seni, kreatif, lembut, belas kasihan, bertimbang rasa, keibuan, tekad, mencintai kedamaian, murah hati dan mencari perlindungan.

Sifat buruk

Ada angin, tidak tegas, terlalu pasif, perisau, pesimis, mudah tersinggung dan suka merungut.

9. Zodiak Monyet

Unsur: Logam
Tahun: 1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004, 2016, 2028, 2040

Sifat baik

Pencipta, pendorong, suka mengimprovisasi, tajam akal, suka ingin tahu, fleksibel, inovatif, penyelesai masalah, yakin pada diri sendiri, suka bergaul, sopan, menimbulkan rasa hormat, suka bersaing, objektif, faktual dan intelektual.

Sifat buruk

Egoistik, angkuh, mementingkan diri, licik, iri hati dan mudah sangsi.

10. Zodiak Ayam

Unsur: Logam
Tahun: 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017, 2029, 2041

Sifat baik

Tajam, kemas, cermat, terurus, yakin pada diri sendiri, tegas, konservatif, kritis, mementingkan kesempurnaan, berjaga-jaga, bersemangat, praktis, saintifik dan bertanggungjawab.

Sifat buruk

Terlalu fanatik dan kritis, bagaikan pendakwah, egoistik, kasar dan terlalu yakin akan pendapatnya.

11. Zodiak Anjing

Unsur: Tanah
Tahun: 1946, 1958, 1972, 1982, 1994, 2006, 2018, 2030, 2042

Sifat baik

Jujur, cerdik, terus-terang, setia, penegak keadilan, menarik, ramah, tidak menunjuk-nunjuk, suka bergaul, berfikiran terbuka, idealistik, moralistik, praktis, pengasih dan gigih.

Sifat buruk

Sinis, pemalas, dingin, judgmental, pesimis, perisau, degil dan suka bergaduh.

12. Zodiak Khinzir

Unsur: Air
Tahun: 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007, 2019, 2031, 2043

Sifat baik

Jujur, sederhana, gagah berani, tegap, suka bergaul, mencintai kedamaian, sabar, setia, rajin, mudah percaya, ikhlas, tenteram, bertimbang rasa, prihatin, berkobar-kobar dan cerdik.

Sifat buruk

Naif, terlalu bergantung kepada orang lain, suka mengikut nafsu, mudah terpedaya, fatalistik dan materialistik.

ZODIAK DI NEGARA LAIN

Zodiak Cina juga digunakan di beberapa negara Asia lain yang pernah dipengaruhi budaya Cina, namun adanya haiwan zodiak yang berbeza antara negara.

Asia Timur

Zodiak Vietnam hampir seiras dengan zodiak Cina kecuali bahawa bintang kedua ialah kerbau dan bukannya lembu, dan bintang keempat ialah kucing di tempat arnab.Zodiak Jepun menempatkan babi hutan di tempat khinzir, sementara zodiak Thai pula menempatkan sejenis ular besar legenda (yang juga dipanggil "naga") di tempat naga Cina.

Orang Turki

Orang Hun Eropah memakai zodiak Cina lengkap dengan "naga", "khinzir" dan lain-lain.

Zodiak bersama Cina-Turki ini pernah digunakan di Bulgaria Balkan sebelum orang Bulgar menggunakan bahasa Slavia dan memeluk agama Kristian ortodoks.

Kazakhstan

Di Kazakhstan, satu kitaran haiwan yang serupa dengan zodiak Cina juga digunakan, tetapi naga diganti oleh siput babi dan harimau pula merupakan harimau bintang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia | sirnacintaku