Wednesday, February 22, 2017

Misteri Batu Terbelah Al-Naslaa


Jika dilihat sekali imbas, ramai akan menganggap batu terbelah Al-Naslaa ini hanyalah sebuah bongkah batu besar biasa.

Al-Naslaa

Malah, jika dilihat kedudukan batu ini yang terletak ditengah padang pasir, mengukuhkan lagi hujah bahawa ia tidak mempunyai sebarang nilai istimewa untuk diketahui.

Hakikatnya, ramai yang tidak tahu mengenai misteri kewujudan batu Al-Naslaa ini yang sebenarnya adalah salah satu bongkah batu unik yang tidak ada pada batu lain.

Jika diperhatikan pada gambar diatas, ciri luarbiasa yang boleh dilihat ialah pada bahagian tengah bongkah batu Al-Naslaa ini.

Bahagian tengah batu Al-Naslaa seolah-olah telah dibelah dengan pedang yang sangat tajam. Bagaimana ia boleh berlaku? Sangat misteri!

Belahan pada batu Al-Naslaa dianggap sangat sempurna seperti buah tembikai yang dibelah dengan pisau.

Pada bahagian bawah batu Al-Naslaa juga, ada bonggolan kaki yang menyokong batu Al-Naslaa ini daripada rebah.

Secara logiknya, bagaimana batu ini mampu bertahan selepas terbelah dua sejak dari zaman kuno lagi?

Pada batu Al-Naslaa juga, terdapat sebuah lukisan purba yang memaparkan seorang manusia dan seekor haiwan menyerupai kuda.

Kemunculan lukisan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya yang tiada siapa mampu menjawabnya.

Batu misteri ini kini dikunjungi ramai pelancong dari luar semata-mata mahu menyaksikan sendiri fenomena misteri batu terbelah Al-Naslaa.

BACA INI JUGA: Misteri Tulisan Batu Nisan Berubah Di Kampung Banggol Dogol

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon