Sunday, November 19, 2017

Sihir Pemisah Dan Pembenci Suami Isteri

Sihir Pemisah Dan Pembenci Suami Isteri

Sihir pemisah dan pembenci dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya.

Sihir Pemisah Dan Pembenci Suami Isteri

Perpisahakan suami dan isteri merupakan tumpuan iblis dan syaitan dan di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102, Allah SWT ada mengatakan ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya.

Ini membuktikan bahawa sihir jenis ini berlaku dari zaman dahulu dan bukanlah suatu perkara baru.

Sihir Jerutan

Kadangkala pesakit akan dikenakan Sihir Jerutan dan ini lebih dahsyat akibatnya sehingga pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan.

Tanda-tanda terkena Sihir Pemisah, Pembenci

Antara simptom-simptom yang sering diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:

1. Benci

Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.

2. Perselisihan faham

Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

3. Was-was

Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menganiayai isteri atau sebaliknya.

4. Cemburu

Timbul rasa cemburu bersangatan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran ataupun enggan tidur sebilik.

5. Tidak tenang

Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.

6. Berubah rupa

Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang hodoh. Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena.

7. Meminta cerai

Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang suami telah melafazkan cerai, padahal tiada hasrat langsung berbuat demikian.

Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal.

Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri.

Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal diantara suami dan isteri.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Misteri Kitab Kuno 'Grand Grimoire' Untuk Memanggil Syaita

sumber: quranhealing

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 November)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 November)

Tanggal 19 November merupakan hari ke 323 (hari ke 324 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 42 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 November)
Gol ke 1,000 Pele.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Pembebasan di Mali dan Hari Lelaki Antarabangsa.

Peristiwa Penting

1493 - Christopher Columbus menjadi orang Eropah pertama mendarat di Puerto Rico, sebuah pulau yang dinamakannya San Juan Bautista.

1794 - Amerika Syarikat dan Kerajaan Great Britain menyetujui Perjanjian Jay.

1863 - Perang Saudara Amerika: Presiden A.S. Abraham Lincoln menyampaikan Ucapan Gettysburg.

1941 - Perang Dunia Kedua: Penjajap ringan Australia HMAS Sydney dan penjajap auksiliari Jerman HSK Kormoran memusnahkan sesama sendiri di persisiran Australia Barat di Lautan Hindi.

1942 - Tentera Soviet di bawah Jeneral Georgy Zhukov melancarkan Operasi Uranus semasa Pertempuran Stalingrad, menukar arus pertempuran menyebelahi Kesatuan Soviet.

1969 - Bermain untuk Santos FC menentang CR Vasco da Gama, pemain bola sepak Brazil Edson Arantes do Nascimento, lebih dikenali sebagai Pelé, menjaringkan gol ke-1000nya, melalui satu sepakan penalti.

1985 - Peristiwa Memali berlaku di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia.

1999 - Penerbangan ujian tanpa manusia pertama China bagi kapal angkasa lepas Shenzhou, Shenzhou 1 dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, Mongolia Dalam.

2009 - Perdana Menteri Belgium Herman Van Rompuy dipiilih sebagai Presiden Majlis Eropah tetap pertama.

Kelahiran

1600 - Charles I, seorang raja England, Scotland dan Ireland.

1831 - James Garfield, Presiden Amerika Syarikat ke-20.

1917 - Indira Gandhi, Perdana Menteri India ke-3.

Kematian

1985 - Ustaz Ibrahim Mahmud, tokoh agama Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 November)

sumber: wikipedia

Saturday, November 18, 2017

Apa Itu Meningitis Dan Bahayanya Kepada Bayi

Apa Itu Meningitis Dan Bahayanya Kepada Bayi

Meningitis ialah radang membran yang meliputi otak yang cenderung merebak dengan cepat. Terdapat banyak jenis meningitis. Dua yang utama ialah meningitis jenis virus dan bakteria.

Apa Itu Meningitis

Meningitis virus adalah jenis yang sering dijumpai dan agak ringan (sesetengah pesakit tidak sedar pun bahawa mereka telah dijangkiti). Jenis jangkitan bakteria jarang berlaku namun, mengancam nyawa dan oleh itu, perlu dirawat segera.

Meningitis bakteria juga datang dalam pelbagai bentuk (meningokokus dan pneumokokus adalah dua yang utama).

Ia memang satu penyakit yang serius dan teruk, apatah lagi, apabila komplikasi juga berlaku dengan cepat, boleh menjadikannya lebih berbahaya.

Bergantung kepada jenis, didapati bahawa meningitis bakteria mengakibatkan maut dalam 10 ke 20 peratus kes, dan boleh menyebabkan ketidakupayaan yang serius seperti pekak atau kerosakan otak, jadi rawatan segera adalah penting.

Septisemia (keracunan darah) adalah komplikasi serius yang disebabkan kemasukan bakteria ke dalam aliran darah serta pembiakan yang cepat. Meningitis jenis septisemia adalah yang paling berbahaya.

Apakah simptom meningitis?

Tidak terdapat satu pola tetap untuk penyakit ini yang boleh dijadikan panduan jitu. Tempoh inkubasinya ialah antara dua hari dan tiga minggu, bergantung kepada jenis meningitis.

Simptom-simptom boleh berlaku mengikut turutan tertentu ataupun sebaliknya.

Dalam banyak kes, ia seakan-akan influenza iaitu terdiri daripada suhu badan yang tinggi atau demam, sakit kepala yang teruk, loya dan muntah, tidak suka pada cahaya serta leher yang tegang.

Tidak semua simptom boleh diramalkan; sesetengah bayi akan menjadi lesu dan tidak bermaya, sementara bayi lain akan menjadi kejang disertai dengan pergerakan tersentak-sentak.

Kadangkala terdapat ruam yang disebabkan oleh septisemia, yang akan timbul di bawah kulit seperti satu kelompok titik-titik kecil. Ia kelihatan seperti tanda-tanda pin halus dan boleh timbul di mana-mana bahagian badan anda.

Jika tidak dirawat, ia akan mula kelihatan seakan-akan lebam diikuti dengan kerosakan kulit dan perubahan warna menjadi ungu.

Anda boleh gunakan "ujian kaca" untuk memeriksa ruam yang disyakki. Tekankan sisi sebuah gelas yang lutsinar ke atas ruam tersebut.

Jika ia bukan ruam meningitis, ia akan pudar; tetapi jika ia ruam meningitis, ia akan kekal kemerahan.

Jika terdapat sebarang keraguan, dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Ruam adalah salah satu tanda akhir sepsis yang mana selepas itu, keadaan anak anda akan menjadi kritikal dengan begitu pantas; tetapi, nasib baik ada tanda-tanda awal untuk anda perhatikan.

Pada bulan Januari 2005, pakar-pakar dari Universiti Oxford di UK menarik perhatian ramai kepada simptom-simptom awal septisemia yang boleh dikenal pasti beberapa jam sebelum penyakit mencapai peringkat kritikal.

Tanda-tanda awal sepstisima merangkumi:
  • tangan dan kaki yang sejuk dan suhu yang tinggi.
  • warna kulit yang luar biasa pucat seperti kelihatan amat putih pudar, kebiruan atau gelap di sekitar bibir.
  • sakit kaki yang meruncing yang menyukarkan pesakit itu berjalan atau berdiri.

Jika bayi anda belum lagi boleh berdiri atau bercakap, sakit otot atau sakit anggota atau sendi akan menyebabkan bayi anda meragam.

Bayi-bayi yang sihat selalu juga mempunyai tangan dan kaki yang sejuk, sebab itu perhatikanlah pola pernafasan yang pantas dan luar biasa termasuk badan mengigil, yang merupakan simptom-simptom lain bagi penyakit tersebut.

Adalah baik sekiranya ibu bapa boleh mendapatkan rawatan perubatan apabila mereka mengenal pasti simptom-simptom awal ini, supaya lebih banyak nyawa dapat diselamatkan.

Sentiasalah memeriksa bayi anda jika anda mempunyai sebarang rasa syak mengenai penyakitnya yang semakin teruk. Jika tiada ruam yang timbul tetapi keadaan anak anda merosot dengan cepat, bawalah dia ke hospital dengan segera.

Bolehkan bayi baru lahir menghidap meningitis?

Meningitis neonatal selalunya disebabkan oleh E.coli, streptokokus kumpulan B atau listeria. Risiko adalah lebih tinggi di kalangan bayi-bayi pramatang dan mereka yang mempunyai berat badan kurang daripada 2kg (kira-kira 4 paun dan 6 aun).

Bayi-bayi lain juga mudah mendapat meningitis, malangnya, ia adalah lebih sukar untuk didiagnosis.

Baby Watch, dirasmikan oleh Victoria Beckham dan Dr Hilary Jones untuk Yayasan Pengkajian Meningitis di UK, menasihatkan para ibu bapa supaya berpandu kepada gerak hati mereka dan mempunyai sikap berwaspada terhadap tanda-tanda tertentu seperti tompok lembut di kepala bayi (fontanel) membonjol serta kulit yang pucat, bertompok-tompok atau bertukar biru.

Bayi-bayi yang dijangkiti meningitis selalunya demam, sukar untuk bangun dari tidur, tidak mahu menyusu langsung dan memperlihatkan ekspresi yang kosong dan termenung.

Kadang-kala ibu bapa juga akan menyedari raungan atau tangisan yang nyaring serta menyedari bahawa bayi mereka masih meragam apabila diangkat.

Bilakah patutnya saya mendapatkan bantuan?

Jika anda syakkan meningitis, dapatkan rawatan dengan segera di Jabatan Kemalangan & Kecemasan di hospital terdekat.

Jika ia berkaitan bakteria, rawatan awal dengan antibiotik adalah penting untuk mengelakkan kesan sampingan yang memudaratkan atau mungkin menyebabkan kehilangan nyawa. Letaklah kepercayaan sepenuhnya kepada gerak hati anda.

Bagaimanakah meningitis didiagnosis?

Diagnosis dilakukan dengan tebukan lumbar – ahli profesional kesihatan akan memasukkan jarum yang berlubang ke bahagian bawah tulang belakang, terus mengeluarkan sampel cecair, dan memeriksanya.

Prosedur mengambil kurang daripada 20 minit dan mungkin menyebabkan sakit kepala selepas itu.

Apakah rawatan yang diberikan untuk meningitis?

Meningitis virus tidak bertindak balas dengan antibiotik, jadi rawatannya berasaskan rehat dan penjagaan rapi.

Jangkitan ini akan hilang dengan cepat, walaupun sakit kepala dan rasa letih akan berlanjutan bagi masa yang agak panjang.

Kadangkala, walaupun jarang, meningitis virus boleh menjejaskan otak dan menyebabkan ensefalitis (radang otak).

Dalam kes-kes ini, rawatan antivirus diperlukan manakala meningitis bakteria memerlukan rawatan antibiotik dengan segera.

Adakah meningitis berjangkit?

Kebanyakan kes meningitis bakteria menyerang secara individu tetapi kadang-kala meningitis meningokokus berlaku secara berkelompok.

Mereka yang mempunyai kontak yang dekat (selalunya didefinisikan sebagai berkongsi rumah) dengan seseorang yang mempunyai meningitis bakteria atau septisemia meningokokus akan diberikan antibiotik untuk mengelakkan risiko jangkitan.

Jangkitan akan merebak dengan bersin atau, bagi orang dewasa, dengan ciuman. Bakteria yang menyebabkan masalah tersebut adalah jenis yang sangat biasa, yang secara semula jadinya, hidup di belakang hidung dan tekak kita dan ramai orang mempunyainya tanpa jatuh sakit.

Mujurlah, jangkitan meningokokus jarang berlaku di Malaysia.

Meningitis virus direbakkan, sama seperti virus yang lain, dari individu ke individu lain, sesetengahnya melalui batuk dan bersin, dan yang lain disebabkan tahap kebersihan yang rendah, contohnya, tidak mencuci tangan selepas ke tandas.

Meningitis virus dahulunya juga datang dari komplikasi penyakit seperti demam campak dan beguk tetapi pemvaksinan MMR telah menghapuskan ancaman ini.

Bagaimanakah meningitis boleh dicegah?

Bayi-bayi sekarang akan menerima vaksin Hib (Haemophilus influenzae jenis B) pada usia dua, tiga dan lima bulan dengan suntikan penggalak pada 18 bulan.

Pemvaksinan Hib juga memberikan perlindungan terhadap jangkitan bakteria seperti artritis septik dan selulitis.

Vaksin pneumokokus boleh didapati tetapi buat masa ini ianya hanya merupakan vaksin pilihan, bukan wajib. Bakteria pneumokokal ialah penyebab bagi satu dalam 10 kes meningitis.

Masih tidak terdapat vaksin lagi terhadap meningokokus kumpulan B, iaitu kumpulan yang biasanya menyebabkan meningitis meningokokus.

Kajian menunjukkan bahawa merokok dalam rumah boleh meningkatkan kebarangkalian anak mendapat meningitis, jadi berhentilah merokok untuk mengurangkan risikonya.

Di Malaysia, vaksin terhadap meningokokus kumpulan A,C,W,Y boleh didapati untuk kanak-kanak yang berusia lebih daripada dua tahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 14 Suntikan Pelalian Yang Wajib Untuk Anak Anda

sumber: babycenter

Petua Menghilangkan Rasa Ngilu Kepala Zakar

Petua Menghilangkan Rasa Ngilu Kepala Zakar

Petua ini hanyalah bertujuan untuk mengurangkan rasa sensitiviti pada kepala zakar dan memberikan latihan kepada saraf-saraf yang berhubung dengannya agar biasa dengan rasa kengiluan yang tinggi ketika melakukan hubungan seks.

Ngilu Zakar
Gambar hiasan.

Mohon maaf jika petua ini agak menyinggung ketenteraman sesetengah pihak. Tujuannya hanyalah sekadar untuk berkongsi maklumat demi kebaikan kaum lelaki, terutamanya kepada bakal suami ataupun mereka yang telah berumahtangga.

Rasa ngilu adalah antara sebab mengapa mani terpancut lebih awal. Kepala zakar yang lebih kesat juga akan menambahkan kelazatan kepada isteri.

Caranya ialah, mulakan dengan duduk seperti mahu bersila tetapi kedua tapak kaki ditemukan.

Tangan kiri memegang kaki kiri dan tangan kanan memegang batang zakar (paling baik ialah bila zakar tegang di waktu pagi).

Tarik nafas, kemutkan otot zakar, dekatkan kaki kiri ke kepala zakar dan geselkan telapak kaki ke kepala zakar ke arah lubang kencing, satu hala saja.

Ulangilah hingga 3 kali geselan. Boleh juga diulangi hingga terasa ngilu, barulah berhenti.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: facebook

Fakta Tentang Potassium (Kalium)

Fakta Tentang Potassium (Kalium)

‘Kalium’ adalah nama lain kepada ‘Potassium’ sejenis bahan kimia dalam jadual berkala, yang mempunyai unsur-unsur atau bahan yang terdapat padanya dan telah sedia disusun dalam bentuk jadual.

Fakta Tentang Potassium

Simbolnya ialah ‘K’ iaitu ‘Kalium’ dari bahasa Latin yang di ambil dari bahasa Arab ‘Al Qaliah’ yang bermaksud ‘Abu tumbuh-tumbuhan’.

Pernahkah anda mendengar tentang ‘NPK’, terutamanya jika anda terlibat dalam sektor pertanian atau terlibat secara langsung dalam dunia agrikultur, pasti anda mengetahui.

‘NPK’ adalah singkatan kepada tiga bahan penting untuk keperluan tumbuhan, iaitu ‘Nitrogen’, ‘Phosphorous’ dan ‘Kalium’.

Potassium sebenarnya adalah sejenis logam alkali berwarna putih keperakan, sejenis logam yang sangat lembut dan ringan.

Potassium adalah bahan logam yang sensitif, teroksida dengan cepat di dalam udara, sangat reaktif terutamanya di dalam air.

Apabila Potassium terdedah kepada udara atau air, ia akan bertindakbalas dan mengeluarkan haba yang sangat panas yang mana udara atau air yang mengandungi Hydrogen dan oxigen akan memberikan reaksi disebabkan haba yang terlalu panas, lalu gas Hydrogen terbakar dan mengeluarkan api bewarna unggu pudar.

Potassium wujud hanya sebagai ion di dalam garam, seperti mana ia ditemui dalam laut.

Terdapat 0.04% Potassium dianggarkan dalam kadar berat terdapat didalam air laut, menjadi sebahagian dari bahan yang membentuk menjadi mineral.

Potassium boleh ditemui secara semulajadi di dalam makanan, buah buahan, sayur sayuran, daging dan di dalam batang pokok.

Potassium adalah bahan yang sangat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan dan hidupan termasuk tubuh badan manusia.

Ditemui oleh ‘Sir Humphrey Davy’ pada tahun 1807, beliau adalah peneroka kaedah ‘electrolysis’ menggunakan ‘voltaic pile’ iaitu kaedah dimana batang besi yang dialirkan elektrik. Beliau mempraktikan kaedah ini keatas bahan mineral yang dipanggil ‘potash’.

Bahan yang terhasil dari kaedah itu dipanggil ‘Potassium’ mengikut nama bahan asalnya ‘Potash’ ataupun mungkin juga dari gabungan perkataan Arab moden ‘Butasyum’.

‘Potassium’ kemudianyan diklasifikasikan sebagai bahan logam (metal) dan merupakan logam pertama yang dihasilkan melalui proses electrolysis.

Dalam dunia perindustrian, Potassium digunakan sebagai bahan ‘solution’ atau bahan boleh larut tahap tinggi dan digunakan dalam keadaan yang khusus sahaja kerana ia sangat merbahaya.

Dengan itu, kebanyakan fungsinya telah digantikan dengan bahan lain dan antara bahan yang khusus sebagai pengganti adalah ‘Sodium Metal’.

Kegunaan Potassium yang paling utama adalah dalam industri agricultural, yang mana 95% pengeluaran Potassium diseluruh dunia adalah untuk sektor pertanian ini.

Potassium digunakan sebagai baja, bahan yang sangat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan.

Apabila tanah untuk tanaman tiada lagi kandungan Potassium, ia akan digantikan oleh petani dengan baja Potassium.

Disinilah Potassium amat diperlukan kerana ia tidak boleh digantikan dengan bahan lain atau digantikan dengan bahan ‘sodium’, kerana tumbuhan menolak sodium.

Sodium hanya diperlukan oleh tumbih-tumbuhan dalam kadar yang sangat sedikit kecuali tumbuhan yang tumbuh di kawasan yang berair masin seperti rumpai laut.

Potassium adalah bahan yang sangat diperlukan oleh kebanyakan makhuk dibumi ini dan belum ada bahan lain yang mampu menggantikan ia setakat ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu Potassium Dan Kepentingannya Kepada Tubuh?

sumber: pokehbusu

5 Salah Sangka Tentang Pulau Labuan

5 Salah Sangka Tentang Pulau Labuan

Pulau Labuan yang terletak kira kira 10 kilometer (km) dari pantai barat Sabah kurang mendapat pendedahan di media dan kebanyakan pelancong dari luar negara yang tidak pernah ke Labuan menganggap ia sekadar pusat perdagangan luar pesisir dan bandar pelabuhan.

Dari sudut pelancongan, ia tidak sepopular pulau-pulau lain di Malaysia seperti Pulau Sipadan, Pulau Pinang, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Redang atau Pulau Perhentian.

Namun, pulau Labuan sebenarnya menawarkan pelbagai keistimewaan yang pasti menarik untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan anda yang seterusnya.

Mari kita kenali lima salah sangka orang ramai tentang labuan.

1. Tiada apa yang menarik

5 Salah Sangka Tentang Pulau Labuan

Sebenarnya, pantai di sepanjang Pantai Batu Manikar hingga ke Pantai Sungai Pagar/Miri yang terletak di Labuan pernah dianugerahkan ‘United Nation COBSEA Clean Beach Award’ pada tahun 2008 dan diisytiharkan sebagai ‘101 The Most Beautiful Beaches In South East Asia’ pada tahun 2015.

Kepulauan Labuan juga terkenal sebagai destinasi aktiviti menyelam ‘scuba’ dan ‘snorkeling’.

Terdapat beberapa buah pusat menyelam bertaraf antarabangsa yang ditadbir oleh Jabatan Taman Laut Labuan.

Selain itu, terdapat tapak selaman kapal karam yang terbaik di Asia seperti ‘Australian Wreck’, ‘American Wreck’, ‘Cement Wreck’ dan ‘Blue Water Wreck’.

Pelancong juga boleh melawat Muzium Marin Labuan yang mempamerkan replika dan rangka hidupan laut selain dari akuarium yang menyimpan pelbagai khazanah hidupan laut.

2. Hanya ada bangunan moden

5 Salah Sangka Tentang Pulau Labuan

Sebenarnya, Labuan memiliki pelbagai khazanah lama seperti Muzium ‘Chimney’ yang mempamerkan sejarah zaman perlombongan Labuan di Tanjung Kubong.

Menara ‘Chimney’ yang menjadi identitinya dibina dengan 23,000 biji batu bata merah yang diimport dari England.

Selain itu, taman peringatan tentang Perang Dunia Kedua boleh dilihat di ‘Surrender Point’ dan Taman Damai atau ‘Peace Park’ berhampiran Pantai Layang-Layangan.

Manakala, ‘War Memorial’ pula terletak di Tanjung Batu di bawah seliaan ‘Commonwealth War Grave Commission’ (CWGC) untuk memperingati 3,908 orang tentera yang telah terkorban.

3. Tiada tarikan flora fauna

5 Salah Sangka Tentang Pulau Labuan

Sebenarnya, di Labuan terdapat Taman Burung dengan kubah sangkar gergasi kembar tiga terletak berhampiran Tanjung Kubong.

Taman tersebut menyimpan hampir 580 spesis burung sama ada di dalam kurungan atau bebas berterbangan di dalam sangkar gergasi tersebut.

Selain itu, Taman Botanikal Labuan yang dibina pada 1852 pula pernah dijadikan kediaman rasmi Gabenor Labuan dan menjadi kunjungan kerabat diraja British seperti King Edward VII (Prince of Wales) pada tahun 1922.

4. Orang Labuan bertutur dialek Sabah

Sebenarnya, majoriti penduduk Labuan adalah bangsa Melayu berketurunan Kadayan Brunei. Mereka beragama Islam dan bertutur Bahasa Melayu dialek Kadayan Brunei.

5. Sukar untuk dikunjungi

5 Salah Sangka Tentang Pulau Labuan

Sebenarnya, penerbangan ke Lapangan Terbang Labuan adalah sekerap empat kali sehari iaitu dari Kuala Lumpur, Miri dan Kota Kinabalu.

Selain itu, perkhidmatan feri ekspres sebanyak tiga kali sehari disediakan dari Terminal Feri Serasa di Muara, Brunei Darussalam ke Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan atau perkhidmatan bot ekspres dua kali sehari dari Sabah melalui Kota Kinabalu, Lawas, Sipitang dan Limbang di Sarawak serta bot ekspres dari Menumbok, Sabah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 9 Tempat Menarik Pulau Labuan Untuk Dikunjungi

sumber: mstar

Peristiwa Operasi Lalang, Apa Sebenarnya Yang Terjadi?

Peristiwa Operasi Lalang, Apa Sebenarnya Yang Terjadi?

Operasi Lalang atau Weeding Operation atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh pihak Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987.

Peristiwa Operasi Lalang, Apa Sebenarnya Yang Terjadi?

Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Permulaan Kontroversi

Kontroversi Operasi Lalang bermula daripada tindakan kerajaan menghantar guru besar dan guru penolong kanan yang tidak mempunyai kelayakan bahasa Cina ke sekolah-sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC).

Masyarakat Cina meragui keberkesanan golongan tersebut menguruskan pentadbiran sekolah kerana dianggap tidak dapat berkomunikasi secara berkesan dengan staf sekolah.

Pada September 1987, satu rombongan Dong Jiao Zong telah menemui Timbalan Menteri Pendidikan Encik Woon See Chin untuk menyampaikan hasrat mereka agar pelantikan berkenaan ditarik balik.

Pada 1 Oktober, Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa guru besar dan penolong kanan yang dilantik akan diberi tempoh percubaan selama enam bulan.

Keputusan ini tidak dipersetujui oleh ibu bapa dan pergerakan pendidikan Cina yang diwakili oleh Don Zong, Jiao Zong dan pertubuhan masyarakat Cina yang lain.

Pada masa yang sama, parti MCA turut menyeru kementerian pendidikan mengkaji semula keputusan sebelumnya dan mahu ciri sekolah Cina dikekalkan.

Pada 4 Oktober, Menteri Pendidikan mengumumkan Kementerian Pendidikan akan berpegang pada keputusan awal dan tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan politik.

Pada hari yang sama, Dong Jiao Zong dan beberapa buah pertubuhan lain mengadakan pertemuan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan memutuskan untuk mengemukakan satu bantahan, yang dianggotai ibu bapa dan guru sekiranya isu itu tidak diselesaikan dalam masa dua minggu.

Pada masa yang sama, Memorendum Mengenai Kakitangan Pentadbir yang Tidak Berkelayakan Bahasa Cina ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina diutuskan oleh Dong Jiao Zong kepada Kementerian Pendidikan. Memorendum ini mengecam kelalaian kementerian menangani masalah SRJKC.

Pada 8 Oktober, Jawatankuasa Bertindak Bersama, merangkumi 15 buah pertubuhan utama masyarakat Cina, parti MCA, Gerakan, dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) ditubuhkan dalam satu perjumpaan tergempar di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Pada 11 Oktober, satu perjumpaan besar-besaran diadakan di Tokong Thean Hou untuk membantah keputusan kerajaan berkenaan isu tersebut.

Perjumpaan ini dihadiri oleh wakil persatuan-persatuan sekolah Cina, parti MCA, Gerakan dan DAP.

Perjumpaan itu mencapai resolusi bahawa sekiranya guru berkenaan tidak dikeluarkan menjelang Rabu minggu berikutnya, mereka akan melancarkan mogok kelas selama tiga hari.

Pada pihak Pemuda UMNO, satu rapat umum telah diadakan dan pada 19 Oktober, Anwar Ibrahim mengumumkan kementeriannya tidak akan berganjak daripada keputusan awalnya dan memberi amaran keras bahawa tindakan keras akan diambil ke atas guru besar yang merestui mogok kelas.

Kontroversi ini berakhir apabila Perdana Menteri melancarkan penangkapan secara mengejut, dikenali sebagai Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987.

Tahanan ISA

Antara mereka yang ditahan ialah:

  • Lim Kit Siang - Ketua pembangkang dan Setiausaha Agung DAP.
  • Chandra Muzaffar- Presiden Aliran.
  • Karpal Singh- Timbalan Pengerusi DAP.
  • Chan Kit Chee - Naib Presiden MCA dan Perak.
  • Kua Kia Soong- Ketua Publisiti Jawatankuasa Hak Awam.
  • Lim Fong Seng - Pengerusi Dong Jiao Zhong (Persatuan Pendidikan Cina).
  • Halim Arshat - Ketua Pemuda PAS.
  • Ibrahim Ali - Ahli Parlimen Pasir Mas, UMNO.
  • Mohamed Fahmi Ibrahim - Exco Biro Pendidikan Pemuda UMNO.


Walaupun kebanyakan tahanan telah dibebaskan sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, 40 orang telah dikeluarkan perintah tahanan dua tahun.

Ini termasuklah Lim Kit Siang dan Karpal Singh, 5 pemimpin parti DAP, beberapa pemimpin PAS dan ramai aktivis sosial.

Pada mulanya bilangan yang ditahan ialah 97 orang, yang boleh dikategorikan kepada: parti politik 37 orang; gerakan sosial 23 orang; individu 37 orang.

Pendidikan Cina

Isu-isu sensitif diperkatakan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar berbahasa Melayu. Isu-isu yang mencetuskan Peritiwa 13 Mei berulang semula seperti:

  • Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.
  • Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiao Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain. Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat mempertahankan gaya pendidikan sekolah Cina.
  • Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiao Zong telah berhimpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mencadangkan murid-murid memboikot sekolah selama tiga(3) hari.


Stadium TPCA

Para pemimpin muda UMNO seperti Dato Muhammad Mohamad Taib - Menteri Besar Selangor, Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim, Rais Yatim, Anwar Ibrahim mahu UMNO menunjukkan rasa prihatin mereka. Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Ketua Pemuda UMNO.

Stadium TPCA di Jalan Abdul Aziz, di Kampung Baru menghimpunkan 10,000 ahli pemuda UMNO. Di sininya bermulanya Peristiwa 13 Mei iaitu di hujung Jalan Abdul Aziz, kediaman Dato Harun Idris.

Dato Muhamad Muhamad Taib dalam temubual radio RTM waktu tengah hari menggesa 'bawalah pisau - senang nak kupas limau'.

Nasib baiklah perhimpunan panas yang bermula jam 2.00 petang (hari Sabtu) disirami hujan lebat kira-kira 5.00 petang.

Di simpang-simpang jalan utama ke Kuala Lumpur, polis dan tentera telah mendirikan khemah dan sekatan jalan raya. Contohnya di Jalan Cheras-Kajang.

Perhimpunan pemuda UMNO di Stadium TPCA ini mendesak Lee Kim Sai selaku Timbalan Presiden MCA dan Menteri Buruh mestilah meletakkan jawatan. Gelaran Dato telah ditarik balik oleh Sultan Selangor. Lee Kim Sai telah 'dibenarkan melarikan diri' ke Australia.

Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimpunan raksasa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UMNO ke-41.

Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan perhimpunan yang dirancang oleh UMNO itu.

Semasa siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan mengumumkan di radio akan kejadian 'huru-hara' di Jalan Chow Kit di mana Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuh dua orang Cina dengan senjata raifal M16.

Berikutan itu, perhimpunan raksasa telah dibatalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri.

Sebagai tindakan seimbang, pemimpin UMNO, DAP, PAS, Dong Jiao Zong dan pemimpin lain yang tiada kena mengena telah ditangkap. Lee Kim Sai yang sepatutnya diambil tindakan tegas, telah berlepas ke Australia.

Kontroversi

Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas. Sebaliknya pemimpin pembangkang dan kerajaan yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting, Taiping, selama 2 tahun atau lebih.

Tahanan politik ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara, sama ada orang itu bersalah atau tidak. Malaysia telah mendapat kritikan di peringkat antarabangsa pada ketika itu.

Ironinya, Amerika Syarikat juga telah mencipta Akta Patriot yang menyerupai ISA dan menahan tahanan di Kem tahanan Teluk Guantanamo, Cuba.

April 1987 adalah persaingan sengit antara kem Dr Mahathir Mohamad - Tengku Razaleigh Hamzah di mana Mahathir muncul sebagai pemenang.

Pembangkang Karpal Singh mendakwa bahawa Operasi Lalang dikatakan sebagai helah mengalihkan isu sebenar.

Tindakan susulan

Peristiwa ini dijadikan alasan oleh kerajaan untuk mengetat dan menyekat kebebasan berpolitik dan bersuara.

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan diperkenalkan di mana pencetak dan penerbit perlu memperbaharui lesen setiap tahun. Jika mana-mana lesen dibatalkan, ia tidak boleh dicabar di mahkamah. Penerbit boleh dipenjara sehingga 3 tahun jika menyiarkan 'berita palsu'.

Pindaan Akta Polis iaitu perkumpulan politik termasuk mesyuarat agung parti mestilah mendapat permit polis dan jika menyalahi Akta Polis, boleh didenda RM10,000 dan penjara satu tahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Demokrasi Hanya Untuk Golongan Kaya Dan Berkuasa

sumber: wikipedia

10 Hukuman Mati Paling Sadis Dalam Sejarah Dunia

10 Hukuman Mati Paling Sadis Dalam Sejarah Dunia

Selama berabad-abad lamanya dunia telah menyaksikan banyak bentuk hukuman dimana beberapa dianataranya berbentuk kejam dibandingkan dengan hukuman lain.

Beberapa bentuk hukuman yang sadis dan tidak bertamadun ini mungkin sudah tidak ada lagi dan hanya dapat kita baca dari catatan sejarah.

1. Ditanam Hidup-Hidup

Ditanam Hidup-Hidup

Di antara jenis hukuman mati yang popular sejak zaman dahulu lagi adalah, mangsa yang dijatuhui hukuman akan ditanam ke dalam tanah dalam keadaan masih hidup. Mangsa akan mati kerana sesak nafas.

2. Sarang Ular

Sarang Ular

Kebiasaannya, mangsa akan dimasukkan ke dalam lubang yang dipenuhi ular berbisa. Mangsa akan mati disebabkan kegagalan jantung kerana bisa daripada ular-ular tersebut.

3. The Spanish Tickler

The Spanish Tickler

Sejenis penyeksaan yang sangat popular di Eropah pada zaman pertengahan. Mangsa akan diseksa dengan menggunakan sejenis peralatan yang berbentuk seperti cakar yang akan menyiat kulit pada tubuh sehingga koyak. Mangsa akan mati akibat kehilangan darah yang banyak.

4. Menghiris

Menghiris

Mangsa akan dihiris dengan menggunakan objek tajam seperti pisau ataupun pedang sehingga mangsa mati akibat kehilangan darah yang banyak.

5. Unggun Api

Unggun Api

Kebiasaannya, hukuman jenis ini akan dijatuhkan kepada pengkhianat negara ataupun ahli sihir dan popular di Eropah pada abad ke-18.

6. Necklacing

Necklacing

Sejenis hukuman mati yang popular di Afrika Selatan. Mangsa akan disarungkan getah ataupun tayar kenderaan pada leher mangsa dan kemudiannya disimbah petrol sebelum api dinyalakan.

7. Dipijak gajah

Dipijak gajah

Hukuman mati yang popular di kawasan seperti India dan Indochina. Mangsa akan diletakkan di sebuah kawasan lapang dan kemudiannya dipijak oleh gajah-gajah yang terlatih untuk membunuh mangsa.

8. The Five Pains

The Five Pains

Hukuman mati yang mengerikan ini popular di China pada sekitar abad ke 19 dan awal abad ke 20. Mangsa akan dikurung atau diiikat sebelum anggota-anggota penting dipotong secara perlahan-lahan.

9. Colombian Necktie

Colombian Necktie

Walaupun bunyinya tidaklah mengerikan seperti hukuman mati yang lain, namun realitinya hukuman yang dijalankan menggunakan kaedah ini sangatlah mengerikan.

Mangsa akan dikelar di bahagian leher, lidah mangsa ditarik keluar dan kelihatan seperti sepasang tali leher.

10. Gantung Dan Sembelih

Gantung Dan Sembelih

Merupakan sebuah hukuman mati yang paling sadis sekali di Britain yang biasanya dijatuhkan kepada mereka yang didapati bersalah kerana jenayah pengkhianatan kepada negara. Hukuman ini dimansuhkan oleh parlimen Britain pada tahun 1814.

Sadis kan?

BACA INI JUGA: 10 Pembunuh Bersiri Paling Kejam

sumber: taikotai

Apa itu Cacar Ular, Gejala, Punca Dan Rawatannya

Apa itu Cacar Ular, Gejala, Punca Dan Rawatannya

Cacar ular adalah penyakit cacar yang disebabkan oleh virus varicella zoster dan disebut Shingles dalam istilah perubatan dikenali sebagai herpes zoster.

Apa itu Cacar Ular

Cacar ular (Herpes zoster) adalah ruam yang ditemui di kawasan terbatas kulit. Selepas menjangkiti kanak-kanak dengan virus varicella zoster, virus kemudiannya bersembunyi dan pergerakan virus ini akan aktif semula selepas beberapa tahun setelah jangkitan awal menyebabkan terjadinya cacar ular (herpes zoster).

Dalam kebanyakan kes, cacar ular akan hilang dengan sendiri, biasanya setelah 2-3 minggu. Cacar ular lebih kerap menyerang pada kelompok usia yang lebih tua, dipercayai kerana penurunan sistem kekebalan tubuh.

Dijangkakan 1 juta orang menderita penyakit cacar ular di Amerika Syarikat setiap tahun, namun cacar ular boleh disembuhkan meskipun jarang berlaku dan biasanya hanya terjadi sekali sahaja seumur hidup.

Penyebab Cacar Ular

Punca cacar ular adalah jangkitan virus varicella zoster yang berulang. Cacar ular hanya akan muncul pada pesakit yang telah dijangkiti virus ini pada masa lalu.

Virus varicella zoster adalah virus yang menyebabkan cacar ular pada kanak-kanak. Cacar ular akan sembuh apabila tubuh pesakit sudah mampu melawan jangkitan virus dari tubuh.

Namun, virus tidak dapat dihilangkan sepenuhnya dan akan menjadi aktif di bahagian tertentu dalam tubuh, iaitu di bahagian sumsum tulang belakang.

Ketika virus menjadi aktif, cacar ular muncul semula. Virus akan bergerak ke bahagian kulit, menyebabkan radang dan ruam khusus. Virus ini juga mempengaruhi saraf, mengakibatkan rasa ngilu.

Pada kebanyakan orang, sistem kekebalan tubuh dapat melawan virus varicella zoster. Manakala pesakit yang mengalami gangguan sistem kekebalan tubuh akan berrisiko mendapat jangkitan herpes zoster.

Kelompok-kelompok berisiko ini termasuklah orang tua, pesakit kanser, penerima organ, selalu stres, dan mereka yang kekebalan tubuhnya terganggu (immunocompromised).

Gejala utama

Cacar ular muncul dengan gejala umum seperti demam dan sakit kepala. Kemudian diikuti dengan rasa sakit atau rasa sensitif berlebihan.

Rasa sakit cacar ular dijelaskan dalam pelbagai cara, seperti terbakar, kesemutan, menyengat, menusuk dan gatal-gatal.

Pada beberapa pesakit, rasa tersebut dapat digambarkan sebagai paresthesia atau mati rasa dengan hentakan yang menjalar.

Beberapa hari setelah rasa sakit terjadi, ruam mula berkembang namun terbatas pada bentuk tertentu, atau kawasan yang memiliki saraf sensitif pada tubuh.

Ruam tampak seperti melingkar yang terletak hanya pada satu sisi tubuh dan biasanya muncul di badan, tetapi juga terjadi pada wajah dan kawasan lain ditubuh.

Setelah beberapa hari, ruam berkembang menjadi lepuh berisi cairan. Luka berair tersebut akhirnya terkupas dan jatuh sendiri setelah seminggu atau lebih, sebelum sembuh sepenuhnya.

Jika tompokan cacar yang terlibat melibatkan saraf trigeminal cabang oftalmik, mata mungkin terpengaruh.

Pesakit boleh mengalami radang selaput mata (konjungtivitis), radang lapisan pembuluh darah pada bola mata atau uvea (uveitis), malah boleh kehilangan penglihatan.

Keadaan ini dikenali sebagai cacar ular mata atau herpes zoster oftalmikus dan terjadi kepada 25 peratus pesakit.

Sementara itu, jika tompokan cacar terkena telinga, pesakit akan merasa pening dan kehilangan pendengaran. Keadaan ini dikenali sebagai cacar ular telinga (herpes zoster oticus).

Rawatan Cacar Ular

Diagnosis cacar ular adalah melalui pemantauan dan rawatan namun, dalam keadaan tertentu, doktor mungkin meminta sampel kulit untuk diagnosa cacar ular.

Jika anda mengalami rasa sakit atau melihat ruam di kawasan kulit penuh saraf sensor dengan penyebaran melingkar, anda perlu segera mendapatkan rawatan kerana ubat antivirus hanya berkesan jika diberikan pada peringkat awal.

Jika tidak diubati, gejala cacar ular umumnya akan sembuh antara dua sehingga empat minggu. Rawatan adalah untuk meredakan rasa sakit dan mencegah kemungkinan komplikasi.

Analgesik (ubat tahan sakit) adalah rawatan utama yang digunakan dalam merawat cacar ular. Untuk pesakit yang parah, blok saraf atau opioid boleh dicuba.

Sementara itu, krim yang mengandungi calamine atau jeli minyak (petroleum jelly) dapat membantu meredakan rasa sakit.

Penggunaan antihistamin juga dapat membantu meringankan rasa gatal yang dialami. Steroid yang disapukan juga boleh digunakan untuk mengurangkan radang.

Ubat antivirus, seperti acyclovir dan famciclovir, juga boleh diberikan untuk menurunkan keparahan herpes zoster. Durasi rasa sakit dan ruam dapat dikurangi.

Pada pesakit dengan fungsi kekebalan tubuh yang lemah, antivirus mungkin diberikan melalui pembuluh darah. Ubat-ubatan antivirus hanya bermanfaat jika diberikan dalam tempoh 72 jam dari waktu terjadinya ruam.

Meskipun penyakit cacar ular dapat hilang dengan sendiri, dalam keadaan tertentu, cacar ular boleh menyebabkan komplikasi serius, termasuklah kelumpuhan wajah sementara, kerosakan mata dan telinga.

Jadi, dalam keadaan tertentu dimana ruam atau sakit berkembang di wajah pesakit, terutamanya jika ia menyebar ke kawasan mata, sebaik-baiknya adalah berjumpa secepat mungkin dengan doktor

Cacar ular perlu dirawat jika ruam mula berjangkit, yang hadir dengan pembengkakan, kulit berwarna kemerahan (eritema) dan nanah. Dalam keadaan ini, antibiotik boleh digunakan untuk merawat dan mencegah penyebaran bakteria.

Sekitar 15-20 peratus pesakit cacar ular, keadaan yang dikenali sebagai postherpetic neuralgia (PHN) terjadi. Pesakit dengan PHN akan terus mengalami rasa ngilu malah ketika ruam tidak lagi ada.

Beberapa ubat boleh digunakan untuk menangani keadaan ini, termasuk blok saraf (opioid) seperti morfin atau oxycodone, amitriptyline dan gabapentin. Jika rasa ngilu semakin parah, anda mungkin perlu mengunjungi doktor pakar untuk menangani penyakit cacar ular ini.

Vaksin mencegah cacar ular

Vaksin Zostavax telah terbukti mampu mengurangkan risiko cacar ular hingga 50 peratus. Kajian juga menunjukkan bahawa vaksin Zostavax dapat menurunkan postherpetic neuralgia sekitar 66 peratus pada pesakit yang mengalami cacar ular.

Namun, ada sedikit kesan sampingan yang sebahagian besar terjadi di tempat suntikan. Vaksin ini dianjurkan untuk orang dewasa berusia 60 tahun ke atas sebagai bentuk pencegahan.

Pesakit yang dijangkiti cacar ular juga boleh menjadi pembawa selama masa penyakit.

Pada ketika ini, penting untuk menghindari sentuhan dengan orang tua, yang kekebalan tubuhnya terganggu (immunocompromised) dan mereka yang belum pernah dijangkiti cacar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Cacar Air Di Namakan 'Chicken Pox'?

sumber: docdoc

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 November)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 November)

Tarikh 18 November merupakan hari ke 322 (hari ke 323 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 43 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 November)
William Tell.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Latvia (1918) dan Hari Kebangsaan di Oman (1940).

Peristiwa Penting

326 - Gereja St. Peter lama ditakdiskan.

1307 - Penembak legenda Switzerland, William Tell dikatakan berjaya menembak sebiji epal di atas kepala anaknya menggunakan busur silang dengan satu percubaan.

1421 - Benteng daik Zuiderzee pecah, menyebabkan 72 perkampungan dibanjiri air dan lebih kurang 10,000 orang terkorban di Belanda.

1493 - Christopher Columbus menemui pulau yang kini dikenali sebagai Puerto Rico.

1626 - Basilika St. Peter di Kota Vatikan ditahbiskan.

1820 - Kapten Nathaniel Palmer menjadi warga Amerika pertama yang menemui benua Antartika.

1865 - Cereka The Celebrated Jumping Frog of Calaveras County karya Mark Twain disiarkan dalam akhbar New York Saturday Press.

1883 - Perkhidmatan kereta api Amerika Syarikat dan Kanada menetapkan lima zon waktu piawai di seluruh benua, agar menyelesaikan kekeliruan yang timbul dari ribuan waktu tempatan.

1904 - Jeneral Esteban Huertas meletak jawatan setelah kerajaan Panama khuatir beliau hendak merampas kuasa.

1905 - Putera Carl dari Denmark menjadi Haakon VII, Raja Norway pertama selepas penyatuan Sweden-Norway dibubarkan.

1918 - Latvia mengisytiharkan kemerdekaan daripada Rusia.

1926 - George Bernard Shaw enggan menerima habuan wang Hadiah Nobelnya, dengan alasan "Saya memaafkan Alfred Nobel atas ciptaan dinamitnya, tetapi hanya iblis berwajah manusia yang terdaya untuk mencipta Hadiah Nobel."

1928 - Filem animasi pendek Steamboat Willie dikeluarkan, selaku kartun berbunyi segerak pasca penerbitan sepenuhnya yang pertama, arahan Walt Disney dan Ub Iwerks, dibintangi watak Mickey Mouse dan Minnie Mouse buat kali ketiga sahaja. Hari ini dianggap sebagai "hari jadi" Mickey oleh syarikat Disney.

1930 - Sōka Kyōiku Gakkai, sebuah persatuan agama Buddha yang kini dikenali sebagai Soka Gakkai, diasaskan oleh dua orang guru Jepun bernama Tsunesaburo Makiguchi dan Josei Toda.

1940 - Perang Dunia Kedua: Pemimpin Jerman Adolf Hitler dan Menteri Luar Itali Galeazzo Ciano berjumpa untuk membincangkan kegagalan Benito Mussolini menyerang Greece.

1963 - Telefon tekan punat pertama diperkenalkan, kepada pelanggan AT&T di A.S.

1978 - Peristiwa Jonestown: Di negara Guyana, Jim Jones memimpin kultus Peoples Temple dalam upacara saling berbunuhan yang meragut 918 nyawa kesemuanya, 909 di perkampungan Jonestown sahaja, termasuk 270 kanak-kanak. Leo J. Ryan dibunuh oleh ahli-ahli Peoples Temple sebelum ini.

1985 - Lerang komik Calvin and Hobbes karya Bill Watterson disiarkan buat pertama kali.

1987 - 31 orang maut dalam kebakaran di stesen tersibuk London Underground King's Cross St Pancras.

1988 - Perang Dadah: Presiden A.S. Ronald Reagan meluluskan undang-undang yang membenarkan hukuman mati bagi kesalahan membunuh oleh pengedar dadah.

1991 - Militan Syiah di Lubnan membebaskan orang utusan Gereja Anglikan bernama Terry Waite dan Thomas Sutherland.

1991 - Perang Kemerdekaan Croatia: Angkatan Tentera Rakyat Yugoslav menawan bandar Vukovar, mengakhiri pengepungan 87-hari.

1993 - 21 parti politik mempersetujui perlembagaan sementara baharu di Afrika Selatan.

2002 - Krisis pelucutan senjata Iraq: Sekumpulan pegawai pemeriksaan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pimpinan Hans Blix tiba di Iraq.

2004 - Rusia secara rasminya meratifikasi Protokol Kyoto.

Kelahiran

1945 - Mahinda Rajapaksa, Perdana Menteri Sri Lanka ke-18.

Kematian

1886 - Chester A. Arthur, Presiden Amerika Syarikat ke-21.

1941 - Chris Watson, Perdana Menteri Australia ke-3.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 November)

sumber: wikipedia