Saturday, November 04, 2017

Adakah Jangkitan Cacar Air Bahaya?

Adakah Jangkitan Cacar Air Bahaya?

Cacar air ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap dan merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan boleh merebak. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Bahaya Cacar Air

Cara cacar air merebak melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.

Cacar air juga berjangkit melalui sentuhan atau dengan pernafasan oleh “partikel virus” yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh (blister) .

Apakah tanda dan gejala cacar air?

Anak anda akan mendapat cacar air 10-21 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air.

Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering.

Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius, namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa,remaja serta anak kecil kurang dari setahun boleh menjadi lebih serius.

Gejala cacar air:
  • Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
  • Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari).
  • Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.

Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kala kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasi cacar air?

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih.

Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:
  • Jangkitan kuman pada kulit.
  • Jangkitan pada darah (blood stream infection).
  • Radang paru-paru.
  • Keradangan otak (“encephalitis,cerebellar ataxia”).

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

Amnya:
  • Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawannya akan turut dijangkiti. Elakkan dari naik kapal terbang pada masa ini.
  • Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
  • Minum banyak air masak.
  • Ambil makanan yang seimbang.
  • Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:
  • Sapu losen kalamine di tempat ruam.
  • Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
  • Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.

Ubat antivirus untuk cacar air (dalam bentuk makan) boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:
  • Berumur 12 tahun ke atas.
  • Mengidap penyakit paru-paru/kulit yang kronik.
  • Mereka yang menjalani terapi lama dengan mengambil ubat “salicylate” seperti aspirin.
  • Mereka yang menjalani terapi steroid sama ada jangka pendek atau berkala (dalam bentuk sedut).
  • Segolongan ibu-ibu mengandung.

Bagaimana cacar air boleh dicegah?
  • Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Vaksin “varicella” ini tiada di dapati dalam program immunisasi sekarang akan tetapi terdapat pada sektor swasta. Minta nasihat doktor.
  • Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
  • Vaksin juga boleh diberi kepada anak anda yang belum pernah dijangkiti penyakit ini jika terdedah kepada individu yang menghidap cacar air untuk mengelakkan anak anda daripada mendapat penyakit ini. Sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
  • Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: myhealth

6 Jenis Pugai Balabak, Ilmu Pengasih Dari Kepulauan Bangi

6 Jenis Pugai Balabak, Ilmu Pengasih Dari Kepulauan Bangi

Terdapat paranormal yang mengkelaskan Pugai Balabak kepada beberapa jenis, iaitu Pugai Balabak Api, Pugai Balabak Air, Pugai Balabak Angin dan Pugai Balabak Tanah.

Pugai Tujuh 7 Serangkai
Pugai Tujuh 7 Serangkai.

Sebenarnya, pengkelasan ini adalah satu pembaharuan dalam meramu dan mencipta Pugai Balabak.

Berikut merupakan 6 Jenis Pugai Balabak.

1. Pugai Balabak Asli Silampituk

Pugai Balabak ini adalah Pugai Balabak terkuat dan yang paling asli. Sebenarnya Silampituk tidak pernah mencipta Pugai Balabak berjenis-jenis sama ada air, angin, tanah atau api.

Ini disebabkan Pugai Balabak Asli Silampituk telah pun menggabungkan unsur air, angin, tanah dan api.

Justeru itu, Pugai Balabak inilah yang kekuatannya melebihi 7 kali ganda kekuatan Kebal Umum dari segi hirarki khadam.

Pugai Balabak Asli tidak dapat dibawa melintas lautan dari Pulau Balabak atau Pulau Banggi ke Tanah Besar Sabah kerana jika ia dibawa melintasi lautan, ombak besar akan menyerang pembawa pugai ini.

Apa puncanya?

Sebab pugai ini ada penjaga atau Kadam Air bersamanya. Kenapa pula Pugai Balabak akan dikejar angin ribut taufan jika dibawa melintas lautan? Sebab Khadam Angin ada bersamanya.

Kenapa pula Pugai Balabak amat berat untuk dibawa sehingga kapal yang membawanya boleh karam atau kereta yang membawa orang yang membawa Pugai Balabak tidak dapat bergerak, enjin rosak atau tayar pancit? Sebab Pugai Balabak dijaga oleh Khadam Tanah yang tentunya berat.

Kenapa pula kenderaan atau bot yang membawa Pugai Balabak akan cepat panas enjinnya sehingga boleh rosak, terbakar atau meletup? Sebab Khadam Api ada bersamanya.

Terdapat lagi Khadam-khadam lain yang turut menjaga Pugai Balabak Asli termasuklah Khadam Pokok Balabak (bukan seorang) dan terdapat beberapa Ramuan Rahsia Pugai Balabak Asli yang sukar ditemui.

Tujuan Ramuan Rahsia ini adalah untuk menyatukan 4 Khadam 4 anasir dalam satu ramuan sahaja.

Cara mengambil dan mengenal bahan-bahan yang dijaga atau menjadi ikutan Khadam 4 anasir ini ada petua, masa mengambil dan bacaannya.

Setelah semua ramuan ini diperolehi barulah Pugai Balabak diproses dengan dibacakan jampi seruan Pembangkit Pugai Balabak. Jampi dalam bahasa Balabak Kuno dan tidak semua waris balabak mengetahui jampi ini.

Justeru itulah ramai yang mencari Pugai Balabak Asli yang power kononnya untuk Proses Menarik Wang tetapi gagal menemuinya walaupun sampai ke Pulau Balabak.

2. Pugai Balabak Api

Warnanya merah dan dibuat daripada campuran getah Kayu Balabak. Dijaga oleh Khadam Api dan lain-lain Khadam Pengiring.

3. Pugai Balabak Tanah

Diramu dari campuran tanah tempat rahsia di Pulau Balabak dan akar Kayu Balabak (Jenis akarnya adalah yang terpilih dan bukan sebarang akar).

Dijaga oleh Khadam Tanah dan lain-lain Khadam terpilih. Warnanya seakan-akan tanah kecoklatan bergantung jenis campuran ramuannya.

4. Pugai Balabak Air

Diramu dari Air Embun bersama Bunga Pokok Balabak. Amat sukar dicari dan hanya terdapat pada waris asli Silampituk sahaja.

Selalunya tidak akan ditukar milik atau diberikan kepada sebarang orang, kecuali orang-orang yang bernasib baik dan Ketua pemimpin politik.

Dicampur dengan air mata terpilih. Dijaga oleh Khadam Air dan beberapa Khadam terpilih.

5. Pugai Balabak Angin

Berupa jampi seruan Khadam Angin Pugai Balabak. Jampi ini dalam bahasa Balabak Kuno dan ada nama-nama angin dan nama khadam dalam bahasa Balabak Kuno.

Jampi inilah yang amat mujarab dan jika diseru melalui angin, mangsa akan mabuk kepayang walaupun di tanah seberang, sanggup berenang biarpun ditelan ikan jerung.

6. Pugai Balabak Kayu

Kayu Balabak sahaja. Ada caranya menjinakkan mangsa hanya dengan menggunakan kayu Balabak tanpa apa-apa bacaan atau ramuan lain.

Mangsa akan sanggup sehidup semati, tidur berbantalkan lengan, bagai belangkas sepasang atau bagai romeo dan juliet.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Minyak Kayu Balabak Ilmu Pengasih Paling Ampuh

sumber: geligakinabalu

Apa Sebenarnya Maksud Dan Perbezaan 1G, 2G, 3G, 4G Dan 5G?

Apa Sebenarnya Maksud Dan Perbezaan 1G, 2G, 3G, 4G Dan 5G?

Teknologi komunikasi yang wujud pada hari ini menjadi satu anjakan paradigma kepada banyak industri yang merentas segenap bidang, kini menjadi satu keperluan dan tidak dapat dipisahkan dengan pengaliran data dari satu lokasi ke satu lokasi lain.

Beza 1G, 2G, 3G dan 4G

Sebab itu munculnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mana data dan infrastruktur tersebut, kedua-duanya merupakan satu analogi mudah antara lebuh raya dan kenderaan yang melaluinya.

Medium komunikasi memang pelbagai antaranya gelombang radio, Internet wayarles atau tanpa wayar yang akhirnya membentuk satu jaringan saling berkepentingan dan berkait rapat antara satu sama lain.

Perkembangan teknologi komunikasi boleh dianggap sangat signifikan dengan perkembangan industri lain tetapi pengguna hari ini memerlukan lebih daripada sekadar penyediaan infrastruktur komunikasi canggih dan luar jangka.

ICT telah berevolusi sejajar dengan perkembangan semasa mengikut keperluan dan sebab itu permintaan pengguna lebih daripada sekadar penghantaran data dan maklumat dengan platform utamanya ialah gajet pintar.

Jika dilihat pada masa dahulu, komunikasi adalah terhad di rumah dimana talian tetap digunakan tetapi pada masa kini, komunikasi boleh dilakukan di mana sahaja dengan menggunakan teknologi selular seperti selular GSM (Sistem Global Untuk Telekomunikasi Mudah Alih) , HSDPA dan yang terbaru adalah LTE.

Teknologi- teknologi tersebut berkembang sejajar dengan penggunaan gajet canggih khususnya atau telefon pintar dengan pelbagai aplikasi.

Teknologi ini juga membolehkan pengguna untuk mengakses Internet pada kadar kelajuan sehingga 100 megabitsesaat (Mbps) bergantung kepada teknologi yang digunakan.

Apa itu teknologi LTE?

Apakah yang dimaksudkan dengan LTE yang diperkatakan kini apabila kita membincangkan mengenai aplikasi telefon pintar dan komunikasi.

Perkembangan telefon pintar yang menggunakan teknologi selular khususnya 3G dan 4G menjadi seakan satu keperluan ketika ini.

Teknologi tersebut juga merupakan sebahagian daripada segmen komunikasi yang penting dan berevolusi daripada satu generasi (1G) kepada 4G ketika ini.

Sebahagian besar pengguna mungkin agak ketinggalan apakah latar belakang dan elemen yang terkandung dalam komunikasi selular tersebut bermula 1G hingga 4G.

Teknologi 1G

Komunikasi 1G merujuk kepada teknologi selular generasi pertama yang diperkenalkan pada 1980an

Teknologi 1G menggunakan sistem analog yang mana pengguna boleh menerima dan membuat panggilan telefon di mana sahaja selagi mempunyai liputan dari pemancar radio selular.

Sebelum telefon selular diperkenalkan, panggilan telefon hanya boleh dibuat di rumah atau di pejabat.

Contoh sistem tersebut yang digunakan di negara ini adalah ATUR 450, ART 900 dan Mobifon 800 dan penggunaan sistem ini terhad kepada suara sahaja,’’ ujarnya.

Teknologi 2G

Seterusnya ialah teknologi 2G iaitu teknologi selular generasi kedua yang diperkenalkan dalam dekad 1990an.

Teknologi 2G menggunakan sistem digital yang mana prestasinya lebih baik berbanding 1G.

Contoh sistem tersebut yang digunakan di Malaysia adalah GSM. Tetapi penggunaannya adalah untuk suara sahaja.

Bagaimanapun, GSM telah ditambah baik kepada sistem yang dinamakan General Packet Radio Services (GPRS) bagi membolehkan penghantaran data di buat melalui sistem selular.

Dengan penggunaan GPRS, penghantaran dan penerimaan data boleh dibuat melalui sistem selular dengan kelajuan sehingga 100 kilobit sesaat (kbps) dan dinamakan sebagai 2.5G.

Daripada GPRS, sistem tersebut telah ditambahbaik lagi ke EDGE atau Enhanced Data for GSM Evolution dan dinamakan sebagai 2.75G dan boleh menghantar dan menerima data sehingga 384 kbps.

Sistem 2G menggunakan teknologi TDMA (Time Division Multiple Access)

Teknologi 3G

3G pula merupakan teknologi selular generasi ketiga yang diperkenalkan pada tahun 2000.

Kelebihan 3G ialah ia boleh digunakan untuk suara dan data sehingga kelajuan 2Mbps.

Teknologi 3G juga membolehkan kita membuat panggilan video selain suara dan data dan merupakan piawaian yang global berbanding dengan 1G atau 2G.

Sebagai contoh jika kita ke Jepun atau Korea, panggilan telefon tidak boleh dibuat dengan menggunakan teknologi 2G, sebaliknya teknologi 3G membolehkan kita membuat panggilan telefon ke seluruh dunia.

Perkembangan seterusnya ialah Sistem 3G juga yang dipanggil WCDMA atau Wideband Code Division Multiple Access.

Sistem tersebut telah ditambah baik kepada High Speed Downlink Packet Access (HSDPA) dan High Speed Uplink Packet Access (HSUPA).

HSDPA boleh mencapai kelajuan sehingga 14 Mbps dan HSUPA boleh mencapai kelajuan sehingga 5Mbps.

Seterusnya, penambahbaikan telah dibuat yang mana kelajuan telah mencapai sehingga 28Mbps yang dinamakan sebagai HSPA + (High Speed Packet Access).

3G mengunakan teknologi yang dinamakan CDMA (Code Division Multiple Acces).

Teknologi 4G

4G merupakan teknologi selular generasi keempat yang menggunakan teknologi Evolusi Jangka Panjang (LTE).

Kelajuan teknologi LTE boleh mencapai sehingga 100Mbps. Teknologi yang digunakan oleh LTE adalah OFDMA (Orthogonal Frequency Division Multiple Access).

LTE merupakan evolusi dari HSPA+.

Selain kelajuan yang tinggi, teknologi tersebut dapat menampung lebih ramai pengguna berbanding dengan 3G iaitu lebih kurang tiga kali ganda.

Selain itu, kos penggunaan data adalah lebih murah dengan kelajuan yang lebih tinggi.

Kesimpulannya, perbezaan antara 1G, 2G, 3G dan 4G adalah kelajuan capaian data atau capaian Internet adalah jauh lebih tinggi.

Sebagai contoh kelajuan capaian internet bagi 3G adalah tiga kali ganda lebih laju dari 2G. Kelajuan capaian data bagi 4G adalah tiga kali ganda dari 3G.

Kini, syarikat pengeluar telefon pintar sedang berlumba-lumba mengeluarkan produk yang menyokong LTE sejak beberapa tahun lepas.

Teknologi 5G

5G adalah teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima yang merupakan lanjutan daripada generasi sebelumnya daripada 1G ke 4G.

Akan tetapi, teknologi 5G mempunyai keupayaan yang nyata berbeza berbanding teknologi sebelumnya.

Pada zaman teknologi 1G dan 2G, sambungan dibuat bagi tujuan menyampaikan perkhidmatan suara, diikuti dengan 3G untuk sambungan data mudah alih manakala teknologi 4G dibangunkan untuk internet mudah alih, manakala teknologi 5G pula mempunyai keupayaan untuk mengubah fungsi teknologi mudah alih kepada masyarakat.

Tiga sifat utama 5G iaitu; kelajuan yang tinggi, kadar lengahan yang rendah (1milisaat) dan mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 km persegi.

Kelajuan 5G yang mencecah 1.5GB sesaat ini bukan sahaja mampu memberikan pengalaman internet berkelajuan tinggi pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding teknologi 4G, ia juga datang dengan sambungan yang lebih berkualiti.

Ini bermakna anda hanya perlu beberapa saat untuk menyiapkan muat turun filem kegemaran pada kualiti HD.

Kalau sebelum ini, kadar lengahan (atau lebih dikenali sebagai latency) pada sekitar 20 milisaat, melalui teknologi 5G, kadar lengahan ini menjadi sangat minimum iaitu sekitar 1 milisaat.

Kadar lengahan ini membolehkan kawalan peranti pada jarak jauh menjadi lebih cekap dan jitu.

Selain itu, teknologi 5G juga mampu menghubungkan sejuta peranti pada keluasan satu kilometer persegi berbanding teknologi LTE yang hanya mampu menghubungkan 1,000 peranti dalam keluasan sama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Internet Paling Laju

sumber: mcmc

Bisnes AirBnb Diharamkan Beroperasi Di Sabah!

Bisnes AirBnb Diharamkan Beroperasi Di Sabah!

Nampaknya bisnes yang mula menjadi perhatian ramai selain daripada Uber dan Grab iaitu Airbnb kini diharamkan beroperasi di Negeri Sabah.

Airbnb Diharamkan Di Sabah

Bisnes dimana pengusaha rumah berpeluang untuk menyewa rumah atau bilik di platform Airbnb ini dikatakan diharamkan setelah mendapat arahan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Menurut laporan daripada Kementerian Pelancongan Sabah, platform Airbnb ini dikatkaan seolah-olah mengambil kesempatan daripada kemasukan pelancong ke Negeri Sabah.

Hal ini juga dikatakan tidak berlaku di Hotel dan Motel sekitar Sabah dimana keterangan pelancong diambil berat disertakan dengan cukai yang tersedia.

Masalah melibatkan keselamatan pelancong antara yang dititikberatkan memandangkan terdapat beberapa premis yang menjalankan Airbnb tidak mengikuti langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan.

Insiden yang berlaku ini bukan sahaja terjadi di Sabah, malah difahamkan terdapat beberapa kondominium sekitar Kuala Lumpur yang turut mengharamkan penghuni rumah menyewa untuk tujuan Airbnb.

Oleh yang demikian, pastikan anda mendapat pengesahan daripada pemaju rumah sekiranya anda berminat untuk mendapatkan hartanah sebelum menjalankan bisnes Airbnb.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Boleh Atau Tidak Beli Hartanah Pada Zaman Gawat?

sumber: thevocket

WhatsApp Kini Boleh Padam Mesej Tersalah Hantar

WhatsApp Kini Boleh Padam Mesej Tersalah Hantar

WhatsApp telah menambah satu lagi fungsi terbaharu yang sangat dinanti-nantikan penggunanya, padam mesej yang tersalah hantar!

WhatsApp Boleh Padam Mesej Silap

Menerusi fungsi berkenaan, apabila satu-satu mesej tersilap hantar, anda boleh memadamkan mesej tersebut sebelum sempat dibaca oleh penerima dan mesej yang dipadam itu akan digantikan dengan “Mesej Ini Telah Dipadam”.

Menurut WhatsApp, anda dibolehkan memadam mesej yang dihantar dalam tempoh 7 minit sahaja.

Sekiranya teks itu melebihi masa berkenaan, ia tidak boleh dipadam lagi.

WhatsApp Boleh Padam Mesej Silap

Untuk memadam mesej yang tersalah hantar itu, sentuh lama pada teks, tetingkap akan terpapar, pilih Delete For Everyone.

Fungsi padam mesej tersalah hantar ini sudah mula ditawarkan secara berperingkat dan anda perlu mengemaskini kepada versi WhatsApp yang terkini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 6 Aplikasi Hebat Setanding Whatsapp

sumber: wiser

Majlis Pelancaran MyCensus 2020 Banci Penduduk Jabatan Perangkaan

Majlis Pelancaran MyCensus 2020 Banci Penduduk Jabatan Perangkaan

#MyCensus2020. Majlis Pelancaran MyCensus 2020, sebagai pesediaan kepada Banci Penduduk di Malaysia, telah berjaya dilaksanakan pada 29 Oktober 2017 bertempat di Dewan Serbaguna, Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, di mana Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Ketua Perangkawan Malaysia YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd. Uzir Mahidin.

Majlis Pelancaran MyCensus 2020
Majlis pelancaran #MyCencus2020.

Objektif utama Majlis Pelancaran Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, yang akan dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) adalah seperti berikut:
  • Memberi pemakluman awal kepada semua agensi kerajaan, pihak swasta, media, institusi pendidikan dan orang awam berkaitan pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2020.
  • Berkongsi maklumat berkaitan sejarah dan statistik penting yang diperoleh daripada Banci Penduduk dan Perumahan di Malaysia serta menyampaikan statistik terkini yang dikeluarkan oleh DOSM kepada pengguna dalam bidang kependudukan dan demografi.
  • Memberi ruang dan medium interaksi antara anggota DOSM dengan Agensi/Kementerian/Jabatan/Institusi Pendidikan/pihak media serta orang awam dalam mendapatkan maklum balas berkaitan pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan di Malaysia.

Manakala, objektif utama program MyCensus 2020 ini adalah:
  • Menjalankan program publisiti untuk meningkatkan kesedaran awal berhubung pelaksanaan Banci 2020 kepada agensi di peringkat negeri.
  • Menjalankan program pemantauan, semakan kualiti dan standard bagi aktiviti pengemaskinian rangka dan pemetaan digital.
  • Menjalankan pengujian soal selidik dan operasi banci di lapangan.

Apa Itu Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia?

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia adalah satu projek pembancian (banci) yang dijalankan di semua rumah kediaman dan penduduk di seluruh negara Malaysia.

Ia adalah projek banci yang dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci dijalankan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (Disemak 1969).

Akta Banci telah mewajibkan orang awam menjawab semua soalan banci dan akta ini menjamin bahawa maklumat individu adalah sulit dan tidak akan dihebahkan.

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991, 2000 dan 2010.

Banci yang dibuat setiap 10 tahun adalah penting kerana ia bagi membolehkan kerajaan Malaysia mengumpulkan data dan maklumat untuk menjadikan Malaysia negara maju.

Dapatan dan pengumpulan data semasa Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia akan membekalkan maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk di Malaysia.

Segala maklumat yang diperolehi dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan Malaysia dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain untuk tujuan pembangunan negara demi kemaslihatan rakyat dan penduk Malaysia pada masa hadapan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Negara Penduduk Paling Ramai Tinggi Dan Rendah Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 November)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 November)

Tarikh 4 November merupakan hari ke 308 (hari ke 309 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 57 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 November)
Luís Figo.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Bendera di Panama dan Hari Perpaduan di Rusia.

Peristiwa

1791 - Perang Indian Barat Laut: Di Ohio, Gabungan Barat orang Indian menang besar ke atas Amerika Syarikat dalam Pertempuran Wabash.

1852 - Count Cavour menjadi Perdana Menteri Kerajaan Piedmont-Sardinia, yang kemudian berkembang menjadi Kerajaan Itali.

1869 - Nature, salah satu jurnal sains umum yang tertua dan bereputasi, diterbitkan buat pertama kali.

1918 - Perang Dunia Pertama: Austria-Hungary menyerah kepada Itali.

1979 - Ratusan pelajar Iran yang menyokong Revolusi Iran menawan kedutaan Amerika Syarikat di Teheran, memulakan krisis tebusan 444 hari.

1995 - Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin dibunuh oleh Yigal Amir di Tel Aviv.

2007 - Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan darurat di Pakistan, lalu menggantung perlembagaan negara.

2008 - Barack Obama menjadi orang Amerika Afrika pertama memenangi pilihan raya presiden A.S.

2009 - Kerajaan Persekutuan Malaysia mengumumkan akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan.

2011 - Paul Biya mengangkat sumpah untuk penggal keenam sebagai Presiden Cameroon.

Kelahiran

1896 - Carlos P. Garcia, Presiden Filipina ke-8.

1915 - Wee Kim Wee, Presiden Singapura ke-4.

1930 - Harris Salleh, Ketua Menteri Sabah ke-6.

1955 - Matti Vanhanen, seorang Perdana Menteri Finland.

1972 - Luís Figo, pemain bola sepak F.C. Internazionale Milano.

Kematian

1995 - Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel ke-5.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (3 November)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Kanak-Kanak, Children's Day

Sambutan Hari Kanak-Kanak, Children's Day

Sambutan Hari Kanak-Kanak, Children's Day disambut pada bulan November setiap tahun bagi memberi penghormatan dan pengiktirafan bagi memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di seluruh dunia.

Hari Kanak-Kanak

Di Malaysia, sambutan Hari Kanak-Kanak mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur, sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Pada awalnya, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini bermula pada tahun 1960 sehinggalah tahun 1994.

Tugas ini kemudiannya diambil-alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sejak tahun 1995.

Satu lagi sambutan iaitu Hari Kanak-kanak Antarabangsa juga diraikan di banyak negara pada 1 Jun setiap tahun.

Sambutan Hari Kanak-Kanak sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia dan seluruh dunia.

Selamat menyambut Hari Kanak-Kanak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sambutan Hari Kehilangan Kanak-Kanak Antarabangsa, International Missing Children's Day

sumber: cikgushamsudin

Friday, November 03, 2017

Rolex ‘Paul Newman’ Daytona Jam Tangan Paling Mahal Di Dunia!

Rolex ‘Paul Newman’ Daytona Jam Tangan Paling Mahal Di Dunia!

Dalam acara lelongan yang berlangsung pada 26 October, sebuah jam tangan milik pelakon Hollywood, Paul Newman telah dibida pada harga USD17.8 juta (lebih kurang RM75.5 juta) menjadikannya jam tangan paling mahal di dunia setakat tahun 2017.

Rolex Paul Newman Daytona

Jam Rolex ‘Paul Newman’ Daytona ini menewaskan rekod yang dipegang jam tangan Patek Philippe 1518 yang dijual pada tahun 2016 pada harga 11 juta.

Jam tangan Rolex ini cuma mengambil masa 12 minit untuk terjual.

Harganya dibuka pada harga USD1 juta sebelum pembida melalui telefon membuat bidaan terus sebanyak USD10 juta membuatkan dewan bidaan senyap dengan bidaan berkenaan.

Dengan harga jam tangan rolex ini, ia sememangnya mampu membeli beberapa sports car namun ternyata sangat bernilai buat collector Rolex yang menang bidaan untuk jam tangan paling mahal ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Jam Tangan Swiss Berusia 400 Tahun!

sumber: thevocket

Islamofobia Pencetus Perang Akhir Zaman?

Islamofobia Pencetus Perang Akhir Zaman?

Islam dibenci, dimusuhi dan dijadikan sasaran semua tuduhan buruk dan negatif dengan label pengganas, pelampau, jakun, mundur dan dihalang berpolitik kalau tujuannya melaksanakan syariat.

Islam Di Benci

Dihalang kalau berjaya dan maju dalam lapangan apa sahaja. Dinar tidak layak menggantikan dollar atau euro.

Kalau Islam mampu membangunkan teknologi nuklear walaupun tujuannya damai seperti perubatan dan tenaga eletrik, meskipun ditegaskan dalam hukum Islam bahawa haram bersikap melampau dalam peperangan dan berdosa kalau melampau biarpun terhadap musuh bukan Islam, apatah lagi yang tidak menceroboh, namun kalau jenamanya Islam tetap dicop sebagai melampau juga.

Adapun semua pihak bukan Islam diizinkan semuanya. Parti Yahudi di Israel, Parti Kristian di Jerman, Parti Hindu di India dan pelampau Buddha di Myanmar dibenarkan memerintah negara dan melakukan apa sahaja terhadap penganut Islam di atas nama agamanya.

Semua negara bukan Islam, khususnya negara haram Israel dibolehkan memiliki apa sahaja senjata pemusnah manusia, binatang dan alam sekitar.

Kalau dibantah dipejamkan mata. Apabila melakukan ujiannya, tidak mempedulikan terhadap penduduk tempatan dan alam sekitar di Lautan Pasifik, Hindi dan lain-

Alasannya kerana kemajuan sains dan teknologi.

Halal bagi Presiden Bush menyebut Perang Salib kerana Peristiwa 11 September yang dituding jari terhadap Islam secara melulu sebelum disiasat dengan adil dan telus. Terus menyerang Afghanistan dan Iraq, rakyat awam lebih banyak menjadi mangsa tanpa dipedulikan.

Semua yang ada bayangan Islam atau asal usulnya Islam, apa lagi yang mengisytiharkan Islamnya, semuanya disenarai hitamkan dalam satu bakul sampah yang wajib dibakar hangus.

Bukan sahaja Saddam Husain dan Qazzafi yang diumumkan zalim dalam senarainya, termasuk mana-mana dan sesiapa yang berjenama Islam semuanya dilabel ganas, tanpa mengira Mazhab Sunni, Syiah, Salafi, Wahabi, Khalafi dan sebagainya.

Hanya kelibat berita tentang senjata yang boleh membahayakan Israel, maka terus diserangnya kilang susu di Sudan, Libya, Syria dan diganyangnya Iraq, tetapi tidak Korea Utara, walaupun sudah melancarkan ujian senjatanya ke laut dan mengancam USA. Barangkali kerana bezanya di antara Islam dan bukan Islam.

Mereka juga membaling batu sembunyi tangan, kerana terdedahnya penglibatan mereka dalam kemunculan Taliban, ISIS, pembekalan senjata termasuk senjata kimia yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa tetapi halal bagi mereka.

Kalau terdedah, beritanya diletakkan di bawah karpet yang nipis kelihatan, mereka sengaja memejamkan mata dan mahu menutup mata orang lain.

Islamofobia bukan sahaja diwabakkan terhadap negara seperti Iran yang mencabarnya dengan nama Republik Islam Iran dan kemajuan teknologinya yang mencabar secara terangan, termasuk Arab Saudi sahabatnya yang akrab, walaupun benderanya mengucap Dua Kalimah Syahadah diminta supaya nyatakan sekular dan liberalnya, tidak cukup dijadikan lembu susuan yang hanya diberikan rumput kering, disuruh berlaga dengan Iran, jangan menanduk Israel.

Israel dimartabatkan

Bahkan Israel dimartabatkan laksana polis yang dibiayai oleh mafia, menjaga keselamatan di rantau itu dan boleh bertindak apa-apa sahaja.

Adapun mereka yang mempertahankan Islam dan tanah sucinya dan gagah berani menentang keganasan negara haram itu, seperti Hamas, Jihad Islami dan Hizbullah pula disenaraikan sebagai pengganas.

Kalau ada parti yang berdasarkan Islam dan melaksanakan syariat, jangan diberi kemenangan walaupun mereka memilih pendekatan demokrasi. Kalau menang juga dibatalkan seperti Masyumi di Indonesia, FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Termasuk juga individu bernama Islam, walaupun menang hujahnya, bukannya dengan senjata, seperti Dr. Zakir Naik yang dikira pengganas kerana hujahnya tidak boleh dilawan.

Mereka bertindak seperti Raja Babilon bernama Namrud yang kalah berhujah dengan Nabi Ibrahim A.S, lalu Nabi yang mulia ini dikira salah dan dihukum bakar ke dalam api yang besar.

Demokrasi, kebebasan, hak asasi bukan untuk umat Islam, kerana dianggap spesis makhluk bukan manusia yang layak berhak menerimanya.

Maka pencabulan terhadapnya dibiarkan atau ditangguhkan tindakannya kalau didesak atau divetokan segala keputusan yang berpihak kepada Islam.

Perkara diharamkan Allah

Hukum merekalah yang paling adil, walaupun membunuh dengan melaksanakan cara yang mengerikan, seperti menjerut tali ke leher atau kejutan eletrik kepada orang yang dihukum, kesalahannya boleh dibuktikan oleh saksi yang mabuk arak dan kaki maksiat yang tidak dijamin benarnya kerana tidak ada maruah.

Adapun hukum Islam yang bernama Qisas, Hudud dan Takzir, walaupun disabitkan dengan saksi yang adil dan bermaruah tinggi atau pengakuan secara rela hati, cara menjatuhkan hukumannya paling beradab sopan dengan syarat-syarat yang ketat, namun dikira hukum yang zalim dan kejam.

Mereka mahukan Islam yang membuka pintu kepada perkara yang diharamkan oleh Allah seperti judi, arak dan sebagainya kepada penganut Islam, walaupun tidak disekat penganut agama lain yang melakukannya, kerana mereka mahukan orang Muslim menerima konsep bahawa urusan negara adalah kepunyaan kita, agama sahaja kepunyaan Allah.

Wanita Islam yang menutup aurat dianggap mengongkong diri dan tidak tahu bersosial. Adapun yang bebas memakai pakaian mendedahkan sebahagian besar badannya tanpa rasa malu, sehingga ada yang bertelanjang dikira hak kebebasan yang dihormati.

Mereka yang menjalankan kewajipan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dikira bahaya mengancam ketenteraman masyarakat. Adapun yang melakukan kemungkaran dan melindunginya dikira hak kebebasan dan penambah hasil negara.

Islam tanpa hidayah

Mereka mahukan Islam tanpa hidayah mengikut bahasa Al-Quran yang dianggap jelik. Jenama yang mereka mahu ialah Islam liberal atau Islam sekular yang meninggalkan akidah, syariat dan akhlak, yang dikira sealiran dengan zaman kini, walaupun kembali ke zaman jakun dan sudah nyata parah tanda kemusnahannya.

Demikianlah hukuman dan anggapannya terhadap Islam. Media massa yang dikuasai digunakan habis-habisan untuk menyebarkan maklumat tersebut dalam dunia tanpa sempadan dan langit terbuka.

Mereka lupakan pepatah mereka sendiri bahawa semua manusia tidak boleh ditipu dalam semua masa. Apabila Islam dicemuhkan, maka tetap ada kalangan manusia yang ingin tahu hakikat yang sebenar, lalu membaca dan mengkaji Islam.

Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh manusia yang berakal. Percayalah! Makin banyak Islam dikelirukan, makin nyata lagi bersuluh kebenarannya.

Sepatutnya mereka mendengar firman Allah:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaran-Ku). Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); dia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).” (Surah Saba’: 46)

Akhirnya ketahuilah bahawa tidak ada sesiapa yang dapat memadamkan cahaya matahari dan bulan ciptaan Allah, begitulah juga tidak boleh memadamkan cahaya Islam, kerana juga daripada Allah:

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut-mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah As-Saff: 8)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Sejarah Islamofobia Sejak Zaman Awal Islam Dan Siapa Disebalik Kebencian Ini?

sumber: mk

Kenapa TVET Pilihan Terbaik Pelajar?

Kenapa TVET Pilihan Terbaik Pelajar?

Tidak ada ibu atau ayah yang tidak mahu melihat anaknya berjaya dalam bidang pelajaran, mempunyai pekerjaan yang stabil, mampu membeli rumah dan mempunyai keluarga sendiri.

TVET

Begitulah juga dengan seorang 'pakcik' yang penulis temui di sebuah bengkel membaiki peralatan elektrik di Jalan Reko Mutiara baru-baru ini.

Beliau yang kemudiannya memberitahu namanya Zainudin Abu Hassan berusia dalam lingkungan awal 50-an adalah ayah kepada empat orang anak. Anak yang sulung dan anak keduanya perempuan, masing-masing sudah habis belajar di sebuah institusi pengajian tempatan.

Manakala, ada dua lagi masih belajar di sekolah rendah. Kalau difikirkan, bekas kakitangan swasta ini boleh menarik nafas lega kerana dua tanggungannya sudah selesai belajar dan kini hanya tertumpu kepada anak yang masih kecil.

Sebaliknya beliau masih bimbang dengan masa depan kedua-dua anak perempuannya itu semasa bersembang dengan penulis.

"Shamila anak sulung pakcik berusia 25 tahun, graduan UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dalam jurusan Pengurusan Sumber Manusia. Manakala adiknya Najwa, 22, lepasan diploma Pendidikan Prasekolah sebuah kolej tempatan.

"Ingatkan apabila habis belajar, sijil yang mereka perolehi ini mudahlah dapat kerja. Rupanya susah juga kerana sudah terlalu ramai graduan dalam jurusan itu dan kakaknya ambil masa berbulan baru dapat kerja.

"Itu pun gaji tidak setinggi mana berbanding anak muda yang pakcik kenali ada kemahiran vokasional, dapat gaji lumayan. Takpalah, yang penting mereka bekerja daripada langsung tak buat apa-apa," kata Zainudin.

Apa itu Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET)?

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) menawarkan latihan amali serta praktikal, Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET), bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk terus menyertai kerjaya terpilih setelah tamat pengajian.

Tanggapan negatif

Seperti segelintir ibu bapa, Zainudin juga sebelum ini tidak terkecuali untuk turut sama mempunyai tanggapan yang negatif terhadap sektor pendidikan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET).

Baginya, bidang kemahiran vokasional yang sering kali dilabel sebagai tidak ada nilai 'prestij' hanyalah sesuai kepada golongan yang kurang berjaya dalam bidang akademik. Dalam erti kata mudah, anak yang sudah tidak ada harapan lagi untuk digilap atau tidak ada masa depan cerah buat mereka.

Bagaimanapun, kesukaran anaknya mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian telah banyak menyedarkan lelaki ini bahawa kecemerlangan akademik tidak lagi menjadi faktor mutlak kejayaan pada masa kini.

Apatah lagi, negara sudah mempunyai terlalu ramai lulusan universiti, kolej dari institusi pengajian awam mahupun swasta sehingga mencetuskan masalah lambakan graduan dan persaingan sengit dalam mendapat sesuatu pekerjaan.

Persaingan global

"Melihat nasib yang menimpa anak perempuan saya, saya mula memikirkan masa depan dua lagi anak yang masih bersekolah.

"Saya bukan kata akademik tidak penting, tetapi kemahiran juga perlu ada dalam menghadapi persaingan global.

"Saya mula menyedari latihan kemahiran yang dimiliki seseorang individu adalah satu kelebihan.

"Oleh itu, ibu bapa harus ubah minda, persepsi negatif bidang kemahiran yang sering kali dilabelkan sesuai untuk anak kurang cemerlang dalam pelajaran," katanya.

Apa yang diluahkan oleh Zainudin kepada penulis memang ada kebenarannya. Memang sudah tiba masanya agar lebih ramai lagi ibu bapa berpendirian seperti beliau.

Jangan lagi bidang TVET dianggap kerjaya pilihan terakhir atau laluan yang dianggap penuh gerhana bagi sesiapa sahaja menceburinya dengan anggapan ia tidak menjanjikan masa hadapan yang sempurna.

Walhal, rekod kejayaan mahupun kisah positif anak bangsa yang memilih sektor latihan ini sudah terlalu banyak dipaparkan sama ada melalui medium elektronik mahupun akhbar.

Individu berjaya

Tambahan lagi, mereka yang berjaya dalam bidang TVET ini boleh dijadikan teladan seperti Muhammad Sayuti Rameli.

Penulis bertemu dengan Muhammad Sayuti pada tahun 2015 ketika membuat liputan program kemahiran vokasional yang diadakan di sebuah sekolah di kawasan Cheras.

Ketika itu, anak muda ini berusia 20 tahun dan sedang menjalani latihan Skil Jurukimpal dengan sebuah institusi kemahiran tempatan.

Ceritanya dengan jujur yang dia seorang suka ponteng sekolah, tidur di bawah meja ketika guru mengajar disebabkan langsung tidak minat belajar dan pernah digantung sekolah selama dua minggu.

Ramai menganggapnya tidak mempunyai masa hadapan kerana keputusan peperiksaannya teruk namun semuanya berubah apabila dia terlihat iklan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk mengikuti program Skil Jurukimpal.

Seolah mendapat peluang kedua, dia juga tidak perlu bimbang mengenai pekerjaan kerana selepas tamat menjalani latihan selama tiga bulan, Muhammad Sayuti terus dapat bekerja dengan Sapura Kencana Petroleum Bhd dengan gaji RM3,800 sebulan!

Sudah semestinya pencapaian anak muda ini amat membanggakan ibu dan ayahnya. Penulis juga terkenangkan gaji yang penulis terima ketika mula-mula bekerja dahulu tidaklah sebanyak yang diperolehinya.

Benarlah, jangan kita pandang rendah kepada pekerja yang hanya bersandarkan kepada kemahiran. Mungkin gaya penampilan mereka tidak sehebat orang yang bekerja di pejabat tetapi kemahiran yang dimiliki menjamin pendapatan lumayan.

Malah, kerajaan sendiri turut sama memberi fokus yang tinggi terhadap pengeluaran tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Pelbagai langkah dan anjakan pradigma dilakukan bagi mengarusperdanakan bidang kemahiran termasuk menjenamakan semula sistem pendidikan ini sebagai TVET Malaysia pada September lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan beberapa inisiatif termasuk membangunkan satu pelan induk yang komprehensif (TVET Masterplan) semasa melancarkan TVET Malaysia di Pusat Latihan Teknologi Tinggi, September lepas.

Beliau dipetik sebagai berkata modal insan yang berkemahiran tinggi sangat penting untuk mentransformasi ekonomi negara dan berfungsi menutup jurang kemahiran yang dihadapi khususnya oleh industri.

Negara memerlukan sekurang-kurangnya 35 peratus pekerja mahir daripada pelbagai bidang dalam kalangan warga kerja tempatan selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi mejelang 2020.

Berdasarkan peratusan tidak rasmi yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2016, tenaga kerja itu dilihat sudah berada pada kadar 31 peratus dan ia perlu dipertingkatkan lagi untuk mencapai sasaran.

Sudah tentunya langkah utama ialah memperkasakan TVET yang secara tidak langsung satu perkembangan positif ke arah mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja kemahiran tinggi dan separa mahir di kalangan warga asing pada masa hadapan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Tanpa Sijil SPM 7A, Abang Juga Boleh Berjaya'

sumber: astroawani