Friday, November 03, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (3 November)

Loading...

Tarikh 3 November merupakan hari ke 307 (hari ke 308 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 58 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (3 November)
Laika Sputnik 2.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Panama (1903), Dominika (1978) dan Persekutuan Mikronesia (1986) dan Hari Kebudayaan di Jepun.

Peristiwa

644 - Khalifah kedua umat Islam, Umar Al-Khattab dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah, di Masjid al-Nabawi, Madinah.

1838 - Akhbar terbitan lebar sehelai harian bahasa Inggeris dengan edaran terbanyak di dunia The Times of India diasaskan.

1848 - Perlembagaan baharu yang disediakan Johan Rudolf Thorbecke diisytiharkan, membataskan kuasa raja Belanda dengan banyak.

1918 - Revolusi Jerman bermula apabila empat puluh ribu kelasi merampas pelabuhan Kiel.

1957 - Kapal angkasa lepas Sputnik 2 dilancarkan, membawa Laika, seekor anjing angkasa Rusia sebagai makhluk hidup pertama mengorbit Bumi.

1971 - Manual Pengaturcara UNIX diterbitkan buat pertama kali.

1982 - Kebakaran Terowong Salang di Wilayah Parwan, Afghanistan mengorbankan kira-kira 2,000 orang, menjadikannya kemalangan jalan raya paling teruk di dunia.

2007 - Presiden dan Ketua Turus Tentera Darat Pervez Musharraf mengisytiharkan darurat di Pakistan, lalu menggantung perlembagaan negara.

2009 - Republik Czech mengesahkan Perjanjian Lisbon, memuaskan langkah terakhir dalam penguatkuasaanya di Kesatuan Eropah.

2011 - Sidang kemuncak G-20 keenam bermula di Cannes, Perancis.

2012 - Dalam bola sepak, Piala AFC 2012 tamat dengan kemenangan kelab Al-Kuwait.

Kelahiran

1923 - Elly Yunara, pelakon filem Hindia Timur Belanda.

1926 - Valdas Adamkus, Presiden Lithuania ke-10.

1988 - Reen Rahim, pelakon wanita Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 November)

sumber: wikipedia

1 comments so far

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon