Saturday, November 04, 2017

Majlis Pelancaran MyCensus 2020 Banci Penduduk Jabatan Perangkaan

Loading...

#MyCensus2020. Majlis Pelancaran MyCensus 2020, sebagai pesediaan kepada Banci Penduduk di Malaysia, telah berjaya dilaksanakan pada 29 Oktober 2017 bertempat di Dewan Serbaguna, Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, di mana Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Ketua Perangkawan Malaysia YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd. Uzir Mahidin.

Majlis Pelancaran MyCensus 2020
Majlis pelancaran #MyCencus2020.

Objektif utama Majlis Pelancaran Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, yang akan dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) adalah seperti berikut:
  • Memberi pemakluman awal kepada semua agensi kerajaan, pihak swasta, media, institusi pendidikan dan orang awam berkaitan pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2020.
  • Berkongsi maklumat berkaitan sejarah dan statistik penting yang diperoleh daripada Banci Penduduk dan Perumahan di Malaysia serta menyampaikan statistik terkini yang dikeluarkan oleh DOSM kepada pengguna dalam bidang kependudukan dan demografi.
  • Memberi ruang dan medium interaksi antara anggota DOSM dengan Agensi/Kementerian/Jabatan/Institusi Pendidikan/pihak media serta orang awam dalam mendapatkan maklum balas berkaitan pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan di Malaysia.

Manakala, objektif utama program MyCensus 2020 ini adalah:
  • Menjalankan program publisiti untuk meningkatkan kesedaran awal berhubung pelaksanaan Banci 2020 kepada agensi di peringkat negeri.
  • Menjalankan program pemantauan, semakan kualiti dan standard bagi aktiviti pengemaskinian rangka dan pemetaan digital.
  • Menjalankan pengujian soal selidik dan operasi banci di lapangan.

Apa Itu Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia?

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia adalah satu projek pembancian (banci) yang dijalankan di semua rumah kediaman dan penduduk di seluruh negara Malaysia.

Ia adalah projek banci yang dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci dijalankan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (Disemak 1969).

Akta Banci telah mewajibkan orang awam menjawab semua soalan banci dan akta ini menjamin bahawa maklumat individu adalah sulit dan tidak akan dihebahkan.

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991, 2000 dan 2010.

Banci yang dibuat setiap 10 tahun adalah penting kerana ia bagi membolehkan kerajaan Malaysia mengumpulkan data dan maklumat untuk menjadikan Malaysia negara maju.

Dapatan dan pengumpulan data semasa Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia akan membekalkan maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk di Malaysia.

Segala maklumat yang diperolehi dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan Malaysia dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain untuk tujuan pembangunan negara demi kemaslihatan rakyat dan penduk Malaysia pada masa hadapan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Negara Penduduk Paling Ramai Tinggi Dan Rendah Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

1 comments so far

sensus penduduk ya semoga berhasil bang

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon