Saturday, November 04, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 November)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 November)

Tarikh 4 November merupakan hari ke 308 (hari ke 309 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 57 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 November)
Luís Figo.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Bendera di Panama dan Hari Perpaduan di Rusia.

Peristiwa

1791 - Perang Indian Barat Laut: Di Ohio, Gabungan Barat orang Indian menang besar ke atas Amerika Syarikat dalam Pertempuran Wabash.

1852 - Count Cavour menjadi Perdana Menteri Kerajaan Piedmont-Sardinia, yang kemudian berkembang menjadi Kerajaan Itali.

1869 - Nature, salah satu jurnal sains umum yang tertua dan bereputasi, diterbitkan buat pertama kali.

1918 - Perang Dunia Pertama: Austria-Hungary menyerah kepada Itali.

1979 - Ratusan pelajar Iran yang menyokong Revolusi Iran menawan kedutaan Amerika Syarikat di Teheran, memulakan krisis tebusan 444 hari.

1995 - Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin dibunuh oleh Yigal Amir di Tel Aviv.

2007 - Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan darurat di Pakistan, lalu menggantung perlembagaan negara.

2008 - Barack Obama menjadi orang Amerika Afrika pertama memenangi pilihan raya presiden A.S.

2009 - Kerajaan Persekutuan Malaysia mengumumkan akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan.

2011 - Paul Biya mengangkat sumpah untuk penggal keenam sebagai Presiden Cameroon.

Kelahiran

1896 - Carlos P. Garcia, Presiden Filipina ke-8.

1915 - Wee Kim Wee, Presiden Singapura ke-4.

1930 - Harris Salleh, Ketua Menteri Sabah ke-6.

1955 - Matti Vanhanen, seorang Perdana Menteri Finland.

1972 - Luís Figo, pemain bola sepak F.C. Internazionale Milano.

Kematian

1995 - Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel ke-5.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (3 November)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Kanak-Kanak, Children's Day

Sambutan Hari Kanak-Kanak, Children's Day

Sambutan Hari Kanak-Kanak, Children's Day disambut pada bulan November setiap tahun bagi memberi penghormatan dan pengiktirafan bagi memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di seluruh dunia.

Hari Kanak-Kanak

Di Malaysia, sambutan Hari Kanak-Kanak mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur, sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Pada awalnya, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini bermula pada tahun 1960 sehinggalah tahun 1994.

Tugas ini kemudiannya diambil-alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sejak tahun 1995.

Satu lagi sambutan iaitu Hari Kanak-kanak Antarabangsa juga diraikan di banyak negara pada 1 Jun setiap tahun.

Sambutan Hari Kanak-Kanak sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia dan seluruh dunia.

Selamat menyambut Hari Kanak-Kanak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sambutan Hari Kehilangan Kanak-Kanak Antarabangsa, International Missing Children's Day

sumber: cikgushamsudin

Friday, November 03, 2017

Rolex ‘Paul Newman’ Daytona Jam Tangan Paling Mahal Di Dunia!

Rolex ‘Paul Newman’ Daytona Jam Tangan Paling Mahal Di Dunia!

Dalam acara lelongan yang berlangsung pada 26 October, sebuah jam tangan milik pelakon Hollywood, Paul Newman telah dibida pada harga USD17.8 juta (lebih kurang RM75.5 juta) menjadikannya jam tangan paling mahal di dunia setakat tahun 2017.

Rolex Paul Newman Daytona

Jam Rolex ‘Paul Newman’ Daytona ini menewaskan rekod yang dipegang jam tangan Patek Philippe 1518 yang dijual pada tahun 2016 pada harga 11 juta.

Jam tangan Rolex ini cuma mengambil masa 12 minit untuk terjual.

Harganya dibuka pada harga USD1 juta sebelum pembida melalui telefon membuat bidaan terus sebanyak USD10 juta membuatkan dewan bidaan senyap dengan bidaan berkenaan.

Dengan harga jam tangan rolex ini, ia sememangnya mampu membeli beberapa sports car namun ternyata sangat bernilai buat collector Rolex yang menang bidaan untuk jam tangan paling mahal ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Jam Tangan Swiss Berusia 400 Tahun!

sumber: thevocket

Islamofobia Pencetus Perang Akhir Zaman?

Islamofobia Pencetus Perang Akhir Zaman?

Islam dibenci, dimusuhi dan dijadikan sasaran semua tuduhan buruk dan negatif dengan label pengganas, pelampau, jakun, mundur dan dihalang berpolitik kalau tujuannya melaksanakan syariat.

Islam Di Benci

Dihalang kalau berjaya dan maju dalam lapangan apa sahaja. Dinar tidak layak menggantikan dollar atau euro.

Kalau Islam mampu membangunkan teknologi nuklear walaupun tujuannya damai seperti perubatan dan tenaga eletrik, meskipun ditegaskan dalam hukum Islam bahawa haram bersikap melampau dalam peperangan dan berdosa kalau melampau biarpun terhadap musuh bukan Islam, apatah lagi yang tidak menceroboh, namun kalau jenamanya Islam tetap dicop sebagai melampau juga.

Adapun semua pihak bukan Islam diizinkan semuanya. Parti Yahudi di Israel, Parti Kristian di Jerman, Parti Hindu di India dan pelampau Buddha di Myanmar dibenarkan memerintah negara dan melakukan apa sahaja terhadap penganut Islam di atas nama agamanya.

Semua negara bukan Islam, khususnya negara haram Israel dibolehkan memiliki apa sahaja senjata pemusnah manusia, binatang dan alam sekitar.

Kalau dibantah dipejamkan mata. Apabila melakukan ujiannya, tidak mempedulikan terhadap penduduk tempatan dan alam sekitar di Lautan Pasifik, Hindi dan lain-

Alasannya kerana kemajuan sains dan teknologi.

Halal bagi Presiden Bush menyebut Perang Salib kerana Peristiwa 11 September yang dituding jari terhadap Islam secara melulu sebelum disiasat dengan adil dan telus. Terus menyerang Afghanistan dan Iraq, rakyat awam lebih banyak menjadi mangsa tanpa dipedulikan.

Semua yang ada bayangan Islam atau asal usulnya Islam, apa lagi yang mengisytiharkan Islamnya, semuanya disenarai hitamkan dalam satu bakul sampah yang wajib dibakar hangus.

Bukan sahaja Saddam Husain dan Qazzafi yang diumumkan zalim dalam senarainya, termasuk mana-mana dan sesiapa yang berjenama Islam semuanya dilabel ganas, tanpa mengira Mazhab Sunni, Syiah, Salafi, Wahabi, Khalafi dan sebagainya.

Hanya kelibat berita tentang senjata yang boleh membahayakan Israel, maka terus diserangnya kilang susu di Sudan, Libya, Syria dan diganyangnya Iraq, tetapi tidak Korea Utara, walaupun sudah melancarkan ujian senjatanya ke laut dan mengancam USA. Barangkali kerana bezanya di antara Islam dan bukan Islam.

Mereka juga membaling batu sembunyi tangan, kerana terdedahnya penglibatan mereka dalam kemunculan Taliban, ISIS, pembekalan senjata termasuk senjata kimia yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa tetapi halal bagi mereka.

Kalau terdedah, beritanya diletakkan di bawah karpet yang nipis kelihatan, mereka sengaja memejamkan mata dan mahu menutup mata orang lain.

Islamofobia bukan sahaja diwabakkan terhadap negara seperti Iran yang mencabarnya dengan nama Republik Islam Iran dan kemajuan teknologinya yang mencabar secara terangan, termasuk Arab Saudi sahabatnya yang akrab, walaupun benderanya mengucap Dua Kalimah Syahadah diminta supaya nyatakan sekular dan liberalnya, tidak cukup dijadikan lembu susuan yang hanya diberikan rumput kering, disuruh berlaga dengan Iran, jangan menanduk Israel.

Israel dimartabatkan

Bahkan Israel dimartabatkan laksana polis yang dibiayai oleh mafia, menjaga keselamatan di rantau itu dan boleh bertindak apa-apa sahaja.

Adapun mereka yang mempertahankan Islam dan tanah sucinya dan gagah berani menentang keganasan negara haram itu, seperti Hamas, Jihad Islami dan Hizbullah pula disenaraikan sebagai pengganas.

Kalau ada parti yang berdasarkan Islam dan melaksanakan syariat, jangan diberi kemenangan walaupun mereka memilih pendekatan demokrasi. Kalau menang juga dibatalkan seperti Masyumi di Indonesia, FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Termasuk juga individu bernama Islam, walaupun menang hujahnya, bukannya dengan senjata, seperti Dr. Zakir Naik yang dikira pengganas kerana hujahnya tidak boleh dilawan.

Mereka bertindak seperti Raja Babilon bernama Namrud yang kalah berhujah dengan Nabi Ibrahim A.S, lalu Nabi yang mulia ini dikira salah dan dihukum bakar ke dalam api yang besar.

Demokrasi, kebebasan, hak asasi bukan untuk umat Islam, kerana dianggap spesis makhluk bukan manusia yang layak berhak menerimanya.

Maka pencabulan terhadapnya dibiarkan atau ditangguhkan tindakannya kalau didesak atau divetokan segala keputusan yang berpihak kepada Islam.

Perkara diharamkan Allah

Hukum merekalah yang paling adil, walaupun membunuh dengan melaksanakan cara yang mengerikan, seperti menjerut tali ke leher atau kejutan eletrik kepada orang yang dihukum, kesalahannya boleh dibuktikan oleh saksi yang mabuk arak dan kaki maksiat yang tidak dijamin benarnya kerana tidak ada maruah.

Adapun hukum Islam yang bernama Qisas, Hudud dan Takzir, walaupun disabitkan dengan saksi yang adil dan bermaruah tinggi atau pengakuan secara rela hati, cara menjatuhkan hukumannya paling beradab sopan dengan syarat-syarat yang ketat, namun dikira hukum yang zalim dan kejam.

Mereka mahukan Islam yang membuka pintu kepada perkara yang diharamkan oleh Allah seperti judi, arak dan sebagainya kepada penganut Islam, walaupun tidak disekat penganut agama lain yang melakukannya, kerana mereka mahukan orang Muslim menerima konsep bahawa urusan negara adalah kepunyaan kita, agama sahaja kepunyaan Allah.

Wanita Islam yang menutup aurat dianggap mengongkong diri dan tidak tahu bersosial. Adapun yang bebas memakai pakaian mendedahkan sebahagian besar badannya tanpa rasa malu, sehingga ada yang bertelanjang dikira hak kebebasan yang dihormati.

Mereka yang menjalankan kewajipan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dikira bahaya mengancam ketenteraman masyarakat. Adapun yang melakukan kemungkaran dan melindunginya dikira hak kebebasan dan penambah hasil negara.

Islam tanpa hidayah

Mereka mahukan Islam tanpa hidayah mengikut bahasa Al-Quran yang dianggap jelik. Jenama yang mereka mahu ialah Islam liberal atau Islam sekular yang meninggalkan akidah, syariat dan akhlak, yang dikira sealiran dengan zaman kini, walaupun kembali ke zaman jakun dan sudah nyata parah tanda kemusnahannya.

Demikianlah hukuman dan anggapannya terhadap Islam. Media massa yang dikuasai digunakan habis-habisan untuk menyebarkan maklumat tersebut dalam dunia tanpa sempadan dan langit terbuka.

Mereka lupakan pepatah mereka sendiri bahawa semua manusia tidak boleh ditipu dalam semua masa. Apabila Islam dicemuhkan, maka tetap ada kalangan manusia yang ingin tahu hakikat yang sebenar, lalu membaca dan mengkaji Islam.

Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh manusia yang berakal. Percayalah! Makin banyak Islam dikelirukan, makin nyata lagi bersuluh kebenarannya.

Sepatutnya mereka mendengar firman Allah:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaran-Ku). Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); dia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).” (Surah Saba’: 46)

Akhirnya ketahuilah bahawa tidak ada sesiapa yang dapat memadamkan cahaya matahari dan bulan ciptaan Allah, begitulah juga tidak boleh memadamkan cahaya Islam, kerana juga daripada Allah:

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut-mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah As-Saff: 8)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Sejarah Islamofobia Sejak Zaman Awal Islam Dan Siapa Disebalik Kebencian Ini?

sumber: mk

Kenapa TVET Pilihan Terbaik Pelajar?

Kenapa TVET Pilihan Terbaik Pelajar?

Tidak ada ibu atau ayah yang tidak mahu melihat anaknya berjaya dalam bidang pelajaran, mempunyai pekerjaan yang stabil, mampu membeli rumah dan mempunyai keluarga sendiri.

TVET

Begitulah juga dengan seorang 'pakcik' yang penulis temui di sebuah bengkel membaiki peralatan elektrik di Jalan Reko Mutiara baru-baru ini.

Beliau yang kemudiannya memberitahu namanya Zainudin Abu Hassan berusia dalam lingkungan awal 50-an adalah ayah kepada empat orang anak. Anak yang sulung dan anak keduanya perempuan, masing-masing sudah habis belajar di sebuah institusi pengajian tempatan.

Manakala, ada dua lagi masih belajar di sekolah rendah. Kalau difikirkan, bekas kakitangan swasta ini boleh menarik nafas lega kerana dua tanggungannya sudah selesai belajar dan kini hanya tertumpu kepada anak yang masih kecil.

Sebaliknya beliau masih bimbang dengan masa depan kedua-dua anak perempuannya itu semasa bersembang dengan penulis.

"Shamila anak sulung pakcik berusia 25 tahun, graduan UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dalam jurusan Pengurusan Sumber Manusia. Manakala adiknya Najwa, 22, lepasan diploma Pendidikan Prasekolah sebuah kolej tempatan.

"Ingatkan apabila habis belajar, sijil yang mereka perolehi ini mudahlah dapat kerja. Rupanya susah juga kerana sudah terlalu ramai graduan dalam jurusan itu dan kakaknya ambil masa berbulan baru dapat kerja.

"Itu pun gaji tidak setinggi mana berbanding anak muda yang pakcik kenali ada kemahiran vokasional, dapat gaji lumayan. Takpalah, yang penting mereka bekerja daripada langsung tak buat apa-apa," kata Zainudin.

Apa itu Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET)?

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) menawarkan latihan amali serta praktikal, Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET), bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk terus menyertai kerjaya terpilih setelah tamat pengajian.

Tanggapan negatif

Seperti segelintir ibu bapa, Zainudin juga sebelum ini tidak terkecuali untuk turut sama mempunyai tanggapan yang negatif terhadap sektor pendidikan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET).

Baginya, bidang kemahiran vokasional yang sering kali dilabel sebagai tidak ada nilai 'prestij' hanyalah sesuai kepada golongan yang kurang berjaya dalam bidang akademik. Dalam erti kata mudah, anak yang sudah tidak ada harapan lagi untuk digilap atau tidak ada masa depan cerah buat mereka.

Bagaimanapun, kesukaran anaknya mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian telah banyak menyedarkan lelaki ini bahawa kecemerlangan akademik tidak lagi menjadi faktor mutlak kejayaan pada masa kini.

Apatah lagi, negara sudah mempunyai terlalu ramai lulusan universiti, kolej dari institusi pengajian awam mahupun swasta sehingga mencetuskan masalah lambakan graduan dan persaingan sengit dalam mendapat sesuatu pekerjaan.

Persaingan global

"Melihat nasib yang menimpa anak perempuan saya, saya mula memikirkan masa depan dua lagi anak yang masih bersekolah.

"Saya bukan kata akademik tidak penting, tetapi kemahiran juga perlu ada dalam menghadapi persaingan global.

"Saya mula menyedari latihan kemahiran yang dimiliki seseorang individu adalah satu kelebihan.

"Oleh itu, ibu bapa harus ubah minda, persepsi negatif bidang kemahiran yang sering kali dilabelkan sesuai untuk anak kurang cemerlang dalam pelajaran," katanya.

Apa yang diluahkan oleh Zainudin kepada penulis memang ada kebenarannya. Memang sudah tiba masanya agar lebih ramai lagi ibu bapa berpendirian seperti beliau.

Jangan lagi bidang TVET dianggap kerjaya pilihan terakhir atau laluan yang dianggap penuh gerhana bagi sesiapa sahaja menceburinya dengan anggapan ia tidak menjanjikan masa hadapan yang sempurna.

Walhal, rekod kejayaan mahupun kisah positif anak bangsa yang memilih sektor latihan ini sudah terlalu banyak dipaparkan sama ada melalui medium elektronik mahupun akhbar.

Individu berjaya

Tambahan lagi, mereka yang berjaya dalam bidang TVET ini boleh dijadikan teladan seperti Muhammad Sayuti Rameli.

Penulis bertemu dengan Muhammad Sayuti pada tahun 2015 ketika membuat liputan program kemahiran vokasional yang diadakan di sebuah sekolah di kawasan Cheras.

Ketika itu, anak muda ini berusia 20 tahun dan sedang menjalani latihan Skil Jurukimpal dengan sebuah institusi kemahiran tempatan.

Ceritanya dengan jujur yang dia seorang suka ponteng sekolah, tidur di bawah meja ketika guru mengajar disebabkan langsung tidak minat belajar dan pernah digantung sekolah selama dua minggu.

Ramai menganggapnya tidak mempunyai masa hadapan kerana keputusan peperiksaannya teruk namun semuanya berubah apabila dia terlihat iklan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk mengikuti program Skil Jurukimpal.

Seolah mendapat peluang kedua, dia juga tidak perlu bimbang mengenai pekerjaan kerana selepas tamat menjalani latihan selama tiga bulan, Muhammad Sayuti terus dapat bekerja dengan Sapura Kencana Petroleum Bhd dengan gaji RM3,800 sebulan!

Sudah semestinya pencapaian anak muda ini amat membanggakan ibu dan ayahnya. Penulis juga terkenangkan gaji yang penulis terima ketika mula-mula bekerja dahulu tidaklah sebanyak yang diperolehinya.

Benarlah, jangan kita pandang rendah kepada pekerja yang hanya bersandarkan kepada kemahiran. Mungkin gaya penampilan mereka tidak sehebat orang yang bekerja di pejabat tetapi kemahiran yang dimiliki menjamin pendapatan lumayan.

Malah, kerajaan sendiri turut sama memberi fokus yang tinggi terhadap pengeluaran tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Pelbagai langkah dan anjakan pradigma dilakukan bagi mengarusperdanakan bidang kemahiran termasuk menjenamakan semula sistem pendidikan ini sebagai TVET Malaysia pada September lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan beberapa inisiatif termasuk membangunkan satu pelan induk yang komprehensif (TVET Masterplan) semasa melancarkan TVET Malaysia di Pusat Latihan Teknologi Tinggi, September lepas.

Beliau dipetik sebagai berkata modal insan yang berkemahiran tinggi sangat penting untuk mentransformasi ekonomi negara dan berfungsi menutup jurang kemahiran yang dihadapi khususnya oleh industri.

Negara memerlukan sekurang-kurangnya 35 peratus pekerja mahir daripada pelbagai bidang dalam kalangan warga kerja tempatan selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi mejelang 2020.

Berdasarkan peratusan tidak rasmi yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2016, tenaga kerja itu dilihat sudah berada pada kadar 31 peratus dan ia perlu dipertingkatkan lagi untuk mencapai sasaran.

Sudah tentunya langkah utama ialah memperkasakan TVET yang secara tidak langsung satu perkembangan positif ke arah mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja kemahiran tinggi dan separa mahir di kalangan warga asing pada masa hadapan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Tanpa Sijil SPM 7A, Abang Juga Boleh Berjaya'

sumber: astroawani

10 Perkara Paling Hangat Budget 2018 Yang Anda Patut Tahu

10 Perkara Paling Hangat Budget 2018 Yang Anda Patut Tahu

Bajet 2018 akan memperuntukkan RM280.25 bilion, menyaksikan pertambahan peruntukan RM20 bilion berbanding RM260.8 bilion peruntukan Bajet 2017.

10 perkara hangat Bajet 2018

Di sini kami memilih isu yang menjadi perbincangan hangat oleh netizen dalam pembentangan Budget 2018.

1. Pulau Pangkor kini diiktiraf pulau bebas cukai

Selepas Labuan,Tioman dan Langkawi, Pulau Pangkor juga kini bergelar pulau bebas cukai namun, ianya tidak termasuk untuk produk seperti minuman keras,rokok, dan kenderaan bermotor.

Barangan yang selain daripada ini sahaja dikecualikan daripada cukai seperti barangan keperluan asas.

2. Tabung ADAM50

Setiap anak yang lahir bermula dari tahun 1 Januari 2018 akan mempunyai akaun Amanah Dana Anak Malaysia 2050 di mana nilai RM200 akan dimasukkan terus dalam bentuk Amanah Saham.

3. Bantuan Baucar Buku dikembalikan

Kad debit KADS1M menggantikan Baucar Buku 1Malaysia atau Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) dan nampaknya Bantuan Baucar Buku akan kembali untuk tahun hadapan.

Satu langkah kerajaan untuk meningkatkan lagi minat membaca kepada siswa dan siswi.

4. Diskaun Bayaran Balik PTPTN Sehingga 2018

Ianya satu berita baik buat peminjam PTPTN untuk melangsaikan pinjaman mereka pada kadar segera.

Tempoh grace period pembayaran balik pinjaman PTPTN juga dilanjutkan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian berbanding 6 bulan ketika ini.

5. Tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari

Buat para ibu yang bakal bersalin yang bekerja di sektor swasta. Jika sebelum ini hanya 60 hari, selepas ini cuti bersalin akan selari dengan para ibu yang bekerja di sektor awam iaitu 90 hari.

6. Pemansuhan kutipan tol di 4 lokasi

Ini berita paling mengembirakan terutamanya buat penduduk di sekitar Shah Alam dan Klang. Namun, adakah pemansuhan kutipan tol ini bersifat sementara atau pun kekal?

7. Flesibiliti waktu bekerja untuk pekerja kerajaan

Penambahan satu lagi waktu kerja berperingkat-peringkat, iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

8. Ibu mengandung lebih 5 bulan boleh pulang awal sejam

Kalau suami juga bekerja di sektor awam, suami juga boleh pulang awal sejam seperti isteri.

9. ‘Bonus’ buat penjawat awam bernilai RM1,500 dan RM750 buat pesara

Bayaran akan disalurkan dua kali, iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri.

Kepada pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750, iaitu RM500 ringgit dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri.

10. Pengambilan pembantu rumah secara terus tanpa melalui agen

Tiada lagi kes ditipu agen pembantu rumah kerana selepas ini, anda boleh berurusan secara terus daripada 9 negara sumber.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Salahkah Rakyat Terima BR1M Untuk Bayar GST?

sumber: thevocket

Sindiran Pedas TMJ Untuk Ahli Politik Isu Final Piala Malaysia

Sindiran Pedas TMJ Untuk Ahli Politik Isu Final Piala Malaysia

Saya akan menghubungi Datuk Hamidin Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ataupun Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP untuk bertanyakan sekiranya mempunyai lebihan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia agar diberikan kepada penyokong Kedah yang tidak mendapat tiket.

TMJ sindir ahli politik umno

Perhubungan antara penyokong Kedah dan penyokong Johor sekarang ini agak tegang jika dibandingkan dengan sebelum ini. Ia pelik apabila perkara ini tidak terjadi ketika kepimpinan sebelum ini.

Inilah terjadi apabila ada Menteri Besar yang kurang tegas dan terdapat orang bawahan yang buat kerja bukan-bukan termasuklah sengaja ingin menegangkan hubungan kedua pihak demi politik masing-masing.

Agenda politik tidak boleh ada di dalam bola sepak. Penyokong Kedah dan penyokong Johor tidak perlu bergaduh antara satu sama lain. Jika kita bergaduh, inilah yang mereka mahukan. Inilah agenda dan strategi yang digunakan dari dahulu lagi oleh parti politik iaitu 'divide and conquer'.

Kita semua harus terus bersatu untuk terus menyingkirkan elemen politik dalam sukan bola sepak. Mereka banyak duit dan bukan sahaja berkawan dengan wartawan, tetapi mereka juga menggunakan saluran 'cybertroopers' dalam media sosial untuk memecahbelahkan rakyat.

Orang-orang sengaja menulis sesuatu isu hangat antara dua pihak ini supaya wujud pergaduhan. Apabila kita begaduh dan saling berpecah-belah, mereka yang untung. Nasihat saya kepada anda semua adalah jangan termakan umpan mereka.

Baru-baru ini, ada seorang exco persatuan dan orang dalam persatuan yang menjaga satu 'group chat' di mana dalam kumpulan tersebut terdapat beberapa orang dalam media, personaliti sukan termasuk beberapa exco FAM sekali.

Mereka ini bercakap mengenai bola sepak macam pandai sangat, macam dah bertahun-tahun menguruskan persatuan atau kelab yang maju. Sedangkan semua tiada pencapaian dan hanya pandai bercakap dan setiap hari mengumpat.

Orang seperti ini hanya mengutamakan kepentingan peribadi. Kalau mereka pandai sangat, saya ingin menjemput orang-orang ini semua untuk menguruskan bola sepak tanah air.

Sesetengah individu-individu ini pernah berjalan bersebelahan saya. Dia fikir apabila dia bernafas udara yang sama dengan saya, dia adalah segala-galanya. Sedih ia sebenarnya tidak sama sekali. Saya akan dedahkan nama-nama ini ketika sesi perjumpaan Presiden FAM bersama penyokong di Kuala Lumpur nanti.

Baru-baru ini, pihak FMLLP mencadangkan untuk menjemput saudara Radhi Mat Din, seorang lagenda dan bekas ketua pasukan bola sepak Kedah yang juga pemenang Piala Malaysia sebelum ini untuk majlis pembukaan tirai Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada sabtu ini.

Bagaimanapun, FMLLP telah menerima ugutan daripada exco Kedah yang tidak akan menghadiri perlawanan tersebut jikalau saudara Radhi hadir pada malam itu. Ini disebabkan kerana saudara Radhi adalah seorang ahli parti Pas.

Saya tidak kisah anda sokong Pas atau Umno, kerana yang penting bola sepak atau sukan tiada kena mengena dengan politik.

Saudara Radhi berhak untuk bersama dengan penyokong Kedah ketika majlis pembukaan tersebut di atas pencapaian beliau membantu Kedah menjuarai Piala Malaysia.

Individu-individu ini juga adalah dalang yang menyuruh FAM menanggung sendiri kos jika mahu mengadakan mesyuarat exco FAM di Kedah.

Ia seolah-olah tidak bersetuju untuk FAM ke Kedah dan memberi peluang kepada saya untuk bertemu dengan penyokong bola sepak di Kedah yang saya hormati.

Sedangkan sebelum ini, mesyuarat exco yang diadakan di Sabah dan Terengganu, Sabah membayar semua kos dan begitu juga dengan Terengganu turut menanggung kos tersebut kerana ini adalah satu kerjasama di mana bola sepak adalah hak milik rakyat dan kami bersama semua negeri bergabung untuk membangunkan bola sepak tanah air.

Orang yang ada sikap kepentingan peribadi atau agenda politik tidak patut berada dalam bola sepak.

Yang terakhir, saya tahu ramai individu yang berada dalam FAM kurang senang dengan saya kerana saya yang menandatangani cek dan membuat keputusan berkenaan penaja-penaja.

Saya tiada niat nak menyekat rezeki orang cuma saya hanya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada saya untuk menjaga duit persatuan.

Sekarang ini minta maaflah tiada lagi sikap 'cronism'. Ada juga orang di dalam FAM yang menunggu pasukan kebangsaan kalah, lantas menggesa sesetengah media dan portal media sosial untuk menghukum Presiden FAM.

Ia bertujuan kononnya ingin memberi tekanan kepada saya dan berharap saya meletak jawatan untuk mereka dapat melakukan aktiviti-aktiviti tertentu di dalam FAM.

Saya juga ingin menasihatkan kepada pemuda Umno Kedah, jaga sikit mulut anda semua. Di dalam sukan bola sepak kita sepatutnya bermusuh hanya di dalam padang sahaja bukan di luar padang.

Jangan lupa parti politik awak dilahirkan dimana, dan belajar hormati Institusi. Apabila menjadi ahli politik, tugas anda adalah berkhidmat dan menjadi hamba kepada rakyat, bukan menjadi ahli politik semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 8 Sindiran Pedas TMJ, #No2 Nak Beli Perdana Menteri!

sumber: sinarharian

Punca Sakit Pangkal Perut Ketika Hubungan Seks

Punca Sakit Pangkal Perut Ketika Hubungan Seks

Saya menghadapi kesakitan ketika melakukan perhubungan seks. Adakah kesakitan yang dirasakan pada pangkal tepi perut kerana menahan mengeluarkan air mani boleh mendatangkan kesan kepada alat kelamin? REMY, Kuala Lumpur

Sakit pangkal perut
Gambar hiasan.

Apabila lelaki terangsang, perjalanan darah kepada zakar meningkat dan anggota berkenaan menegang. Otot badan terutama sekali otot pinggang, perut, paha dan punggung dalam keadaan tegang ketika klimaks.

Ketika seseorang itu dalam keadaan terangsang, otot badannya dalam keadaan separa mencengkam apatah lagi jika mengawal daripada klimaks.

Dia terpaksa menahan otot perut dan mungkin mengemut supaya proses permulaan ejakulasi terencat.

Dengan menggunakan daya yang tinggi untuk mengawal ejakulasi, sudah tentu otot terasa tidak selesa dan mungkin sakit atau lenguh. Perkara ini akan dialami setiap kali berkelakuan sedemikian.

Jika mampu menerima keadaan tidak selesa itu, perkara tadi bukan masalah tetapi sekiranya berasa tidak selesa apa yang harus dilakukan ialah menghentikannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: drismail

Sejarah Asal-usul Memakai Pakaian Hitam Ketika Majlis Kematian

Sejarah Asal-usul Memakai Pakaian Hitam Ketika Majlis Kematian

Seringkali kita melihat apabila ada kematian, budaya memakai pakaian berwarna hitam pasti berlaku, seolah-olaj mengenakan pakaian hitam ketika menziarah atau berlaku kematian bagaikan perkara WAJIB dalam kebanyakan masyarakat hari ini.

Pakaian hitam

Tanda penghormatan? Berkabung? Namun, tahukah anda asal-usul dan apa hukumnya dalam Islam memakai pakaian hitam ketika majlis kematian?

Asal-usul pakaian hitam

Berpakaian hitam kerana berlaku kematian sudah mahsyur dan menjadi kebiasaan diamalkan oleh masyarakat kristian eropah sejak abad pada 19.

Ketika Raja Albert meninggal dunia pada tahun 1861, balunya Ratu Victoria telah mengamalkan tradisi berpakaian hitam ini dan diberitakan Ratu memakainya selama 40 tahun.

Menurut pakar sejarah eropah, berpakaian hitam ketika kematian bermula lebih awal lagi iaitu di abad yang ke 17.

Ketika Inggeris diperintah oleh Sir Oliver Cromwelll pada tahun 1653-1658, beliau melarang rakyatnya hidup mewah, termasuk dalam soal berpakaian. Kaum wanita dikehendaki memakai gaun labuh yang berwarna hitam.

Ane Holander menyebutkan tiga mazhab kristian katolik yang memakai pakaian hitam ketika kematian samada hitam keseluruhan seperti mazhab Benedictine. Manakala mazhab Augustine dan Dominican memakai hitam dan putih.

Menurut Franco Piponnier dan Perrine Manne dalam buku bertajuk Dress in the Middle Ages, bahawasanya berpakaian hitam ketika berlaku kematian asalnya dari Sepanyol pada abad pertengahan yang kemudian ditiru oleh masyarakat Inggeris dan Perancis.

Al-Hafiz Al-Imam As-Suyuthi berkata pada kitabnya, “Al-Awa’il” bahawa orang-orang kristian koptik Mesir memakai pakaian berwarna hitam untuk menunjukkan kesedihan dalam masa berkabung bila berlaku kematian dikalangan mereka.

Hukum

Memakai pakaian berwarna hitam bukan sebab berlaku kematian adalah harus kerana Nabi SAW pernah memakai pakaian berwarna hitam.

Memakai pakaian hitam kerana meniru budaya orang kafir adalah haram kerana hadis yang ertinya, “Sesiapa yang meniru/menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka.“

Berkata Imam ‘Izzuddin bin Abdussalam, adalah harus memakai pakaian hitam sebab ia dibolehkan oleh syarak, melainkan jika dalam memakainya adalah kerana meniru/menyerupai orang-orang kafir, maka hukumnya diharamkan.

Imam Ghazali menyebut didalam Ihya 'Ulumuddin bahawa hukum memakai pakaian hitam ketika kematian adalah haram kerana termasuk tasyabbuh (menyerupai) dengan cara hidup dan pakaian agama lain

Oleh itu jika kebetulan kita sedang memakai pakaian berwarna hitam lalu mendengar berita kematian, harus hukumnya terus memakai pakaian tersebut dan harus pula pergi ke tempat berlaku kematian samada kerana mengucapkan takziah atau sembahyang atau mengikut jenazah ke kubur.

Tetapi, jika tidak berpakaian hitam lalu menukar pakaian hitam kerana mendengar berita kematian atau kerana hendak ziarah kematian maka hukumnya adalah haram.

Begitu juga haram membuat peraturan kemestian memakai warna hitam bila berlaku kematian atau menyuruh atau berpesan kepada orang lain supaya memakai warna hitam sebab ada berlaku kematian.

Wallahu a'lam

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Hukum Membawa Kanak-kanak Ke Masjid?

sumber: facebook