Friday, November 03, 2017

10 Perkara Paling Hangat Budget 2018 Yang Anda Patut Tahu

Loading...

Bajet 2018 akan memperuntukkan RM280.25 bilion, menyaksikan pertambahan peruntukan RM20 bilion berbanding RM260.8 bilion peruntukan Bajet 2017.

10 perkara hangat Bajet 2018

Di sini kami memilih isu yang menjadi perbincangan hangat oleh netizen dalam pembentangan Budget 2018.

1. Pulau Pangkor kini diiktiraf pulau bebas cukai

Selepas Labuan,Tioman dan Langkawi, Pulau Pangkor juga kini bergelar pulau bebas cukai namun, ianya tidak termasuk untuk produk seperti minuman keras,rokok, dan kenderaan bermotor.

Barangan yang selain daripada ini sahaja dikecualikan daripada cukai seperti barangan keperluan asas.

2. Tabung ADAM50

Setiap anak yang lahir bermula dari tahun 1 Januari 2018 akan mempunyai akaun Amanah Dana Anak Malaysia 2050 di mana nilai RM200 akan dimasukkan terus dalam bentuk Amanah Saham.

3. Bantuan Baucar Buku dikembalikan

Kad debit KADS1M menggantikan Baucar Buku 1Malaysia atau Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) dan nampaknya Bantuan Baucar Buku akan kembali untuk tahun hadapan.

Satu langkah kerajaan untuk meningkatkan lagi minat membaca kepada siswa dan siswi.

4. Diskaun Bayaran Balik PTPTN Sehingga 2018

Ianya satu berita baik buat peminjam PTPTN untuk melangsaikan pinjaman mereka pada kadar segera.

Tempoh grace period pembayaran balik pinjaman PTPTN juga dilanjutkan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian berbanding 6 bulan ketika ini.

5. Tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari

Buat para ibu yang bakal bersalin yang bekerja di sektor swasta. Jika sebelum ini hanya 60 hari, selepas ini cuti bersalin akan selari dengan para ibu yang bekerja di sektor awam iaitu 90 hari.

6. Pemansuhan kutipan tol di 4 lokasi

Ini berita paling mengembirakan terutamanya buat penduduk di sekitar Shah Alam dan Klang. Namun, adakah pemansuhan kutipan tol ini bersifat sementara atau pun kekal?

7. Flesibiliti waktu bekerja untuk pekerja kerajaan

Penambahan satu lagi waktu kerja berperingkat-peringkat, iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

8. Ibu mengandung lebih 5 bulan boleh pulang awal sejam

Kalau suami juga bekerja di sektor awam, suami juga boleh pulang awal sejam seperti isteri.

9. ‘Bonus’ buat penjawat awam bernilai RM1,500 dan RM750 buat pesara

Bayaran akan disalurkan dua kali, iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri.

Kepada pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750, iaitu RM500 ringgit dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri.

10. Pengambilan pembantu rumah secara terus tanpa melalui agen

Tiada lagi kes ditipu agen pembantu rumah kerana selepas ini, anda boleh berurusan secara terus daripada 9 negara sumber.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Salahkah Rakyat Terima BR1M Untuk Bayar GST?

sumber: thevocket

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon