Wednesday, June 21, 2017

'Bayar €1 Bilion Kalau Hendak Cristiano Ronaldo'

'Bayar €1 Bilion Kalau Hendak Cristiano Ronaldo'

Florentino Perez menegaskan Cristiano Ronaldo hanya akan meninggalkan Real Madrid seandainya ada kelab mampu menebus kontraknya bernilai €1 bilion (RM4.7 bilion).

Cristiano Ronaldo

Dia juga menyelar pihak yang melabelkan bintang Portugal itu sebagai 'penjenayah' selepas dikaitkan dengan permasalahan cukai.

Pihak pendakwa di Madrid baru-baru ini memfailkan aduan ke mahkamah di Pozelo de Alarcon dengan menuduh Ronaldo tidak membayar cukai.

Mereka turut mendakwa pemain berusia 32 tahun itu menubuhkan struktur perniagaan pada 2010 bagi merahsiakan pendapatan hasil daripada hak komersial dari tahun 2011 hingga 2014, sekaligus mengelak daripada membayar sebanyak €14.7 juta (RM70 juta) kepada pihak berkuasa cukai Sepanyol.

Aduan tersebut turut mencetuskan laporan bahawa Ronaldo telah membuat keputusan untuk meninggalkan Madrid susulan permasalahan itu, namun Perez menegaskan penyerang prolifik itu hanya akan berhijrah dengan yuran perpindahan yang tinggi.

"Saya masih belum bercakap dengannya, kami akan melakukannya dalam masa terdekat.

"Tetapi dia memiliki klausa penebusan kontrak bernilai €1 bilion (RM4.7 bilion).

"Jika tiada sesiapa yang mampu membayar, dia akan terus kekal bersama kami," Perez memberitahu Onda Cero.

"Senario yang berlaku ketika ini sangat pelik. Saya akan mempertahankannya sebagai seorang pemain dan sebagai seorang manusia.

"Apa yang kamu tidak boleh lakukan adalah melabelkan Ronaldo sebagai "penjenayah".

"Saya tidak tahu mengenai situasi cukainya. Apa yang saya boleh katakan, setiap daripada kami semua bertanggungjawab melunaskan sebarang cukai. Tetapi saya yakin Ronaldo juga menjalankan tanggungjawabnya.

"Apa yang saya faham, dia menggunakan struktur korporat yang sama seperti di England dan di sana dia tidak berdepan sebarang masalah.

"Cristiano tidak pernah ada masalah dengan siapa yang perlu membayar cukai. Dia sentiasa menurut peraturan.

"Kami telah mengeluarkan kenyataan bagi menyuarakan sokongan. Tiada apa yang Real Madrid boleh lakukan ketika ini. Tetapi segala-galanya boleh diselesaikan."

BACA INI JUGA: Sikap Cristiano Ronaldo Yang Menjadikannya Hebat!

sumber: astroawani

Rahman Dahlan Dedahkan Siapa Isteri MO1

Rahman Dahlan Dedahkan Siapa Isteri MO1

Jika sebelum ini pengarah strategik BN, Abdul Rahman Dahlan adalah menteri yang mengesahkan bahawa MALAYSIAN OFFICIAL 1 (MO1) yang disebut dalam saman pelucut hak 1MDB oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Siapa isteri MO1

Kali ini menteri di Jabatan Perdana Menteri itu jugalah yang mengesahkan bahawa Rosmah adalah isteri MO1 yang menerima "rantai berlian merah jambu 22-karat" daripada Jho Low, hasil penyelewengan dana 1MDB seperti ditulis dalam dokumen DOJ.

Rahman dengan jelas menyebut nama Datin Rosmah dan berliannya disindir dan digambarkan oleh dokumen DOJ sebagai membuat sesuatu yang salah.

Dalam kenyataan itu Rahman mempersoalkan mengapa DOJ tidak memasukkan berlian yang diterima oleh Datin Rosmah ke dalam dokumen sebagai salah satu harta yang hendak dirampas.

"You sindir dan you memberikan gambaran seolah-olah Datin Seri Rosmah dengan diamond nya membuat sesuatu yang salah, tetapi dalam final analysis dalam dokumen yang you serahkan, you tak masukkan pun juga cincin ataupun diamond itu sebagai salah satu harta yang hendak di confiscate (rampas)," katanya dalam satu sidang media.

Dalam erti kata lain tidak ada lagi keraguan bahawa isteri MO1 yang terima berlian dan pelbagai barangan kemas bernilai ratusan juta ringgit hasil penyelewengan dana 1MDB seperti ditulis dalam dokumen pihak berkuasa Amerika Syarikat, tidak lain dan tidak bukan adalah Datin Seri Rosmah binti Mansor isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kalau menteri ni tak dedahkan tentu kita tidak akan tahu sampai hari kiamat siapakah gerangan "Isteri MO1" yang disebut dalam dokumen DOJ itu (pura-pura merasa sangat terkejut).

BACA INI JUGA: 1MDB Melawan Hujah DOJ Dengan Fakta Kosong!

sumber: milosuam

Panduan Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pangkat Secara Online

Panduan Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pangkat Secara Online

Jika anda mahu menyemak sama ada gelaran kebesaran yang digunakan oleh seseorang individu itu adalah sahih dan diiktiraf kerajaan, anda boleh merujuk laman sesawang Bahagian Istiadat di Jabatan Perdana Menteri www.istiadat.gov.my.

Semakan Anugerah

Laman web ini mempunyai senarai lengkap yang dikemaskini mengenai semua penerima anugerah, sama ada yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong ataupun sumber-sumber yang diiktiraf.

Usaha ini diambil untuk menangani masalah penyalahgunaan gelaran kebesaran seperti Datuk dan Datuk Seri yang diragui kesahihan sumbernya.

Mengikut dasar dan peraturan semasa, hanya penganugerahan yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja bagi negeri-negeri bersultan atau beraja serta Yang Dipertua Negeri akan diiktiraf.

Bagi darjah dari negara asing, hanya yang dikurniakan oleh ketua negara ataupun ketua kerajaan sesebuah negara asing yang berdaulat akan diiktiraf.

Anugerah yang diberikan oleh pertubuhan, persatuan atau mana-mana institusi dalam dan luar negara yang tidak mempunyai kekuasaan politik dan wujud hanya sebagai pusat kebudayaan dan pemuliharaan adat budaya dan tradisi sahaja adalah tidak termasuk dalam kategori penganugerahan yang diiktiraf.

Dan bagi memastikan suatu penganugerahan itu dikawal rapi di peringkat Persekutuan, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa di Jabatan Perdana Menteri mempunyai satu rekod lengkap dan kemaskini mengenai semua penerima anugerah Persekutuan.

Tindakan ini adalah bagi memastikan gelaran atau pingat yang dianugerahkan mempunyai daftar rekod yang sahih selain menggelak daripada timbulnya kekeliruan dan keraguan tentang senarai penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan.

Senarai penerima anugerah hanya akan disiarkan sehari selepas majlis penganugerahan.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

8 Perkataan Baru Termasuk Tular (Viral) Dan Swafoto (Selfie) Masih Ramai Tak Tahu

8 Perkataan Baru Termasuk Tular (Viral) Dan Swafoto (Selfie) Masih Ramai Tak Tahu

Tinjauan pendapat mendapati orang ramai lebih selesa menggunakan ‘selfie’ berbanding istilah baru bahasa Melayu swafoto dan ‘viral’ berbanding tular.

Tular atau Viral
Gambar hiasan.

Antara alasan diberikan ialah sudah terbiasa dan lebih mudah difahami berbanding perkataan bahasa Melayu yang baru diperkenalkan itu.

Itu antara hasil tinjauan mengenai lapan istilah bahasa Melayu yang diperkenalkan yang sebelum ini menggunakan bahasa Inggeris, iaitu:
  1. tular (viral)
  2. suri teladan (role model)
  3. jerayawara (road show)
  4. latar pentas (back drop)
  5. gegantung (bunting)
  6. imej tumpu (highlight)
  7. pascanilai (post mortem)
  8. swafoto (selfie)

Istilah bahasa Inggeris itu amat popular di media sosial sehingga pakar rujuk bahasa Melayu, Ismail Dahaman berpendapat sikap malas membuka kamus Bahasa Melayu antara punca sesetengah istillah bahasa Melayu masih janggal digunakan.

Hasil tinjauan menunjukkan 80.9 peratus daripada 157 responden memberi jawapan sedemikian bagi soalan adakah mereka lebih selesa menggunakan perkataan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.

Sebanyak 22 peratus berpendapat bahasa Melayu terlalu banyak mengalami perubahan hasil adaptasi daripada bahasa Inggeris yang menyukarkan untuk diadaptasi dalam kehidupan seharian.

Sebanyak 86.2 peratus responden langsung tidak menggunakan istilah baru bahasa Melayu itu sebelum ini kerana hampir separuh responden baru menyedari kewujudannya.

Selepas mengetahui kewujudan lapan istilah berkenaan, 70 peratus responden mengakui tidak akan menggunakannya dalam perbualan harian dengan alasan ia janggal dan tidak selesa digunakan.

Berdasarkan komen diberikan, 25 peratus responden menyatakan kurang pendedahan terhadap istilah itu,

BACA INI JUGA: Nama Paling Unik Di Malaysia, Viva anak Proton Saga!

sumber: hmetro

Sambutan Hari Muzik Sedunia, World Music Day

Sambutan Hari Muzik Sedunia, World Music Day

Sambutan Hari Muzik Sedunia, World Music Day juga dikenali sebagai 'Fête de la Musique' atau Hari Muzik atau Hari Membuat Muzik, adalah sambutan muzik tahunan yang berlangsung pada 21 Jun setiap tahun.

World Music Day

Konsep sambutan muzik sepanjang hari ini, dimulakan oleh Menteri Kebudayaan Perancis, Jack Lang. Festival ini kemudiannya disambut di lebih daripada 120 negara di seluruh dunia.

Pada bulan Oktober 1981, Maurice Fleuret pengarah muzik dan tarian mendapat permintaan daripada Jack Lang, untuk menerapkan satu evolusi baru berkaitan konsep muzik, "Musik di mana-mana dan juga konsert".

Dalam satu kajian pada 1982, dalam budaya Perancis yang seramai lima juta orang, apabila seseorang mula memainkan alat muzik, ia akan mengajak bersama seramai mungkin orang bersamanya di jalanan.

Kemudian terciptalah festival muzik pertama yang berlangsung pada tahun 1982 di Paris dan dikenali sebagai Fête de la Musique.

Sejak itu, festival itu telah menjadi fenomena diperingkat antarabangsa, dirayakan pada hari yang sama di lebih dari 700 bandaraya di 120 negara.

Fête de la Musique bertujuan untuk mempromosikan muzik dalam dua cara:

Pada hari sambutan, pemuzik amatur dan profesional disarankan untuk melakukan persembahan jalanan dengan slogan "Faites de la musique" atau "membuat muzik".

Selamat menyambut Hari Muzik Sedunia.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Adakah Batal Puasa Jika Berbekam Atau Menderma Darah?

Adakah Batal Puasa Jika Berbekam Atau Menderma Darah?

Apakah hukum puasa seseorang yang ingin menderma darah ataupun mengambil ujian darah atau berbekam ketika dirinya berpuasa?

Hukum Berbekam Ketika Puasa

Jawapan:

Isu mengenai menderma darah serta mengambil ujian darah tidak dibincangkan secara khusus di dalam kitab-kitab fiqh klasik.

Ianya mula dibincangkan oleh para fuqaha’ mu’asirin dan perbincangan asas terhadap permasalahan ini bertitik-tolak dari hukum berbekam ketika berpuasa.

Disebabkan oleh itu, perlulah untuk kita mengetahui dahulu hukum berkenaan dengan berbekam ketika berpuasa kerana dengannya menjadi asal kepada qiyas bagi hukum menderma darah dan mengambil ujian darah.

Bagi permasalahan berbekam ketika puasa, terdapat dua pandangan yang masyhur:

PERTAMA: MEMBATALKAN PUASA

Ulama’ terdahulu yang mengatakan terbatalnya puasa dengan berbekam adalah seperti al-Imam Ahmad, al-Imam Ibn Sirin, al-Imam Ato’, al-Imam al-Auza’ie, al-Imam Ishak, al-Imam Ibn al-Munzir, al-Imam Ibn Khuzaimah dan ini juga adalah ikhtiar pendapat Ibn Taimiyyah Rahimahumullah.

Manakala dari kalangan sahabat pula adalah seperti Saidina Ali, Abu Hurairah dan ‘Aisyah R.Anhum.

Ulama’ dari kalangan salaf dan khalaf yang mengatakan terbatalnya puasa dengan sebab berbekam menggunakan dalil dari sebuah hadith Nabi SAW.

Maksudnya, “Terbatal (puasa) orang yang membekam dan yang di bekam”. Riwayat Abu Daud (2369), Al-Tirmizi (774) & Ibn Majah (1679)

Dikalangan ulama’ kontemporari pula, Syeikh Ibn Baaz, Syeikh Ibn ‘Uthaymeen, Syeikh Soleh al-Munajjid dan juga Syeikh Soleh Fauzan.

Berdasarkan pendapat yang terbatalnya puasa dengan berbekam maka ianya diqiyaskan dengan keadaan seseorang yang mendermakan darah dan disebabkan oleh itu, mereka yang menderma darah, maka terbatallah puasanya.

KEDUA: TIDAK MEMBATALKAN PUASA

Ianya adalah pendapat jumhur iaitu pendapat al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam al-Syafi’ie dan selainnya.

Manakala dari kalangan sahabat yang berpendapat bahawa tidak terbatalnya puasa adalah Ibn Mas’ud, Ibn Umar, Ibn Abbas, Anas bin Malik, Abu Sa’id al-Khudri dan sekumpulan dari kalangan salaf yang lain.

Dalil yang digunakan bagi mengatakan berbekam tidak membatalkan puasa adalah daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma yang mana mengatakan: Maksudnya: "Rasulullah SAW telah berbekam dan Baginda sedang berpuasa." Riwayat Al-Bukhari (1939), Abu Daud (2372) & Al-Tirmizi (776)

Oleh itu, dengan melihat bahawa hukum berbekam tidak membatalkan puasa, maka ianya diqiyaskan dengan hukum menderma darah yang mana ianya juga tidak membatalkan puasa.

Perbahasan Dalil

Zahir perbahasan melihat bahawa terdapat dua hadith sahih yang saling bercanggah. Sebuah hadith mengatakan batalnya puasa kerana berbekam dan sebuah hadith lagi sebaliknya.

Bagi mereka yang berpendapat bahawa tidak terbatalnya puasa dengan berbekam, mereka mengatakan bahawa hadith adalah termansukh.

Ianya termansukh dengan hadith Abi Sa’id al-Khudri RA: Maksudnya: "Nabi SAW memberikan rukhsah bagi orang yang berpuasa untuk berbekam." Riwayat Al-Nasa’ie di dalam al-Kubra (3224), Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya (1967)

Ibn Hazm Rahimahullah menyebutkan bahawa: “Sanad-sanadnya sahih dan wajib berpegang dengannya kerana datangnya rukhsah setelah adanya ‘azimah dan ianya menunjukkan kepada mansukhnya hukum terbatal puasa kerana berbekam bagi yang membekam dan yang di bekam.”

Ini juga adalah pendapat al-Imam al-Syafi’e, al-Baihaqi dan juga Ibn ‘Abd al-Bar yang mana mengatakan hadith telah termansukh.

Difahami juga melalui hadith ini, sebahagiannya dengan takwilan yang mana tegahan berbekam ketika berpuasa itu adalah ditakuti melemahkan badan seterusnya menyebabkan seseorang itu berbuka puasa kerana banyaknya darah yang keluar.

Ini seperti mana riwayat Anas bin Malik RA yang ditanyakan tentang berbekam: Maksudnya, “Adakah kamu membenci berbekam bagi orang yang berpuasa?” Berkata Anas bin Malik RA: “Tidak, kecuali jika ia melemahkan (tubuh badan).” Riwayat Al-Bukhari (1940)

Kesimpulan

Melihat kepada perbahasan ini, kami lebih cenderung kepada pendapat jumhur yang mana mengatakan bahawa berbekam itu tidak membatalkan puasa.

Berdasarkan pendapat di atas juga kami mengatakan bahawa hukum menderma darah ketika berpuasa adalah harus dan juga tidak membatalkan puasa secara umumnya.

Sekiranya dengan menderma darah boleh melemahkan tubuh badan seseorang, maka pada keadaan itu makruh.

Ini juga adalah keputusan yang dikeluarkan oleh Dar al-Ifta Jordan yang mana mengatakan ianya tidak membatalkan puasa kerana menderma darah bukanlah dengan erti memasukkan sesuatu bahkan ianya mengeluarkan sesuatu.

Ianya zahir dari perkataan Ibn ‘Abbas R.Anhuma yang menyebutkan, “Adalah yang membatalkan puasa itu sesuatu yang masuk ke dalam dan bukannya sesuatu yang keluar.”

Adapun mengambil ujian darah, maka ianya juga diharuskan dan tidak membatalkan puasa.

Jika dinisbahkan ujian darah dengan menderma darah, maka kita dapati bahawa jumlah darah yang keluar dengan menderma darah lebih banyak kuantitinya daripada darah yang diambil untuk tujuan ujian.

Wallahu a’lam.

BACA INI JUGA: Benarkah Mengorek Telinga Dan Hidung Membatalkan Puasa?

sumber: muftiwp

Sambutan Hari Yoga Antarabangsa, International Yoga Day

Sambutan Hari Yoga Antarabangsa, International Yoga Day

Sambutan Hari Yoga Antarabangsa, International Yoga Day yang disambut pada 21 Jun setiap tahun diraikan untuk meningkatkan kesedaran mengenai manfaat yang luar biasa berkaitan Yoga.

International Yoga Day

21 Jun telah dipilih untuk Hari Yoga kerana ia adalah hari yang penuh bermakna dan mempunyai kapasiti untuk membawa penyatuan positif di dunia.

Pada hari sambutan, acara yang dianjurkan akan menyaksikan peminat yoga melaksanakan pelbagai 'asanas' (keadaan), bermula dengan 'surya namaskaram' (sapaan matahari), senaman pernafasan dan meditasi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 11 Disember 2014, telah mengisytiharkan 21 Jun sebagai Hari Yoga Antarabangsa.

Idea mewujudkan Hari Yoga Antarabangsa telah dicadangkan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi di UNGA, dengan menyifatkan yoga sebagai 'pendekatan holistik terhadap kesihatan dan kesejahteraan".

Yoga, asalnya dilakukan dalam ritual agama di India, 10,000 tahun yang lalu, telah berkembang menjadi satu bentuk senaman untuk kesihatan tubuh dan minda.

Selamat menyambut Hari Yoga Antarabangsa.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo