Friday, April 28, 2017

Sambutan Hari Jazz Antarabangsa, International Jazz Day


Sambutan Hari Jazz Antarabangsa, International Jazz Day disambut pada 30 April setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dunia tentang jazz, sebagai satu pendidikan untuk perdamaian, dialog dan kerjasama di kalangan masyarakat seluruh dunia.

International Jazz Day

Tarikh 30 April dipilih sebagai Sambutan Hari Jazz Antarabangsa ketika persidangan PBB untuk Pendidikan, Ilmu Pengetahuan dan Kebudayaan (UNESCO), di Paris, pada November 2011.

Pengarah UNESCO, Irina Bokova, ketika pelancaran itu, menekankan bahawa Jazz dalam sejarahnya telah menjadi kekuatan untuk perubahan positif dalam masyarakat.

Lagu jazz yang mula popular di New Orleans, membawa suara perjuangan kaum kulit hitam membebaskan diri daripada penindasan.

Selamat menyambut Hari Jazz Antarabangsa.

BACA INI JUGA: 5 Lagu Dangdut Yang Diharamkan Kerana Tidak Bermoral

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon