Sep 30, 2016

Kisah Sebenar Dr Azizan Osman, Pakar Motivasi Yang Guna Gelaran PHD Palsu!

Isu mengenai keraguan gelaran Doktor Falsafah (PHD) Azizan Osman sebenarnya adalah isu lama sejak tahun 2013 lagi.

Azizan Osman

Pada tahun itu, Azizan Osman menyatakan bahawa dia memegang sebuah PHD disalah sebuah Universiti Gordon, Florida dalam bidang Metafizik dalam biodata miliknya pada tahun itu.

Menjelang populariti Azizan Osman selaku pakar motivasi pada tahun tersebut, ramai cuba menjatuhkannya dengan mencari kesalahan Azizan Osman.

Antara kesalahan yang dititik beratkan adalah isu gelaran doktor falsafah palsu Azizan Osman.

Azizan juga gagal menunjukkan bukti thesis yang dilakukannya untuk mendapatkan PHD, dan isu doktor palsu ini dibangkitkan semula pada hari ini menerusi penafian rasmi Universiti Malaya.

Penafian Universiti Malaya Azizan Osman Pegang Gelaran PHD

Sebuah blog perniagaan bahasa Inggeris pernah menyatakan kejayaan usahawan dan pakar motivasi Azizan Osman sehingga beliau mendapat PHD di Universiti Malaya dalam bidang pengurusan dan keusahawanan.

Sebuah portal rasmi Azizan Osman iaiti iRichWork turut menyatakan Azizan merupakan pemegang PHD dalam jurusan keusahawanan menerusi ruangan biodata di portal terbabit.

Namun, facebook rasmi Universiti Malaya pada 29 September 2016 mendafikan dakwaan tersebut.

Tambah kenyataan UM, Universiti Malaya (UM) ingin menarik perhatian umum berhubung status Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan yang didakwa dianugerahkan oleh pihak UM kepada Encik Azizan Osman sepertimana yang dibangkitkan di laman-laman media sosial.

Azizan Osman

"Pihak Universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman. Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut."

Kenapa Ramai Menipu Untuk Dapatkan Gelaran PHD?

Tahukah anda, bahawa ahli perniagaan kebiasaanya mendapatkan gelaran doktor falsafah hanya untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan.

Lagipun, nama lebih gah dan komersial serta disanjung tinggi jika ada gelaran Dr terpampang didepan nama.

Menurut pelajar dan pemegang PHD dinegara ini, penipuan ambil PHD adalah kesalahan besar. Tambah mereka, bukan mudah nak ambil PHD tapi Azizan Osman senang lenang petik gelaran Dr dan letakkan pada namanya.

Ini jelas adalah kesalahan besar. Azizan Osman adalah seorang pakar motivasi dan usahawan yang kaya dan berjaya namun isu tipu PHD tidak boleh diterima akal.

Ini bukan kes pertama Azizan Osman menipu PHD untuk mendapatkan gelaran Doktor. Terdahulu, Azizan Osman pernah mendakwa beliau mempunyai PHD di Kuala Lumpur Infrastucture Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM).

Namun sehingga sekarang tiada sebarang bukti pun mendedahkan bahawa beliau memegang mana-mana gelaran PHD pada ketika ini.

Penyalahgunaan Gelaran Dr Falsafah Oleh Azizan Osman

Azizan Osman

Azizan Osman juga telah salah gunakan gelaran Doktor Falsafah (Dr) dengan menjadi penceramah akademik di Melaka baru-baru ini.

Foto diatas menunjukkan Azizan Osman menggunakan gelaran Dr Falsafah secara terbuka walaupun dia tidak memiliki sebarang PHD. -melvister

Siapa Azizan Osman?

Azizan Osman

Berikut merupakan penjelasan mengenai biodata siapa Dr Azizan Osman yang kami petik terus dari laman web beliau.

Azizan merupakan penulis buku terlaris Magnet Kekayaan & Kejayaan, Kuasai Pemasaran Rahsia Menarik Pelanggan, 21 Formula Hidup Luar Biasa, Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya dan bekerjasama menulis buku Beat The Curve dengan perunding motivasi bertaraf dunia, Brian Tracy yang dilancarkan di Amerika Syarikat pada Januari 2016.

Pengalaman luas beliau di dalam perniagaan, pemasaran, pengiklanan serta keusahawanan bukan sekadar terbukti berjaya membangunkan organisasi beliau sahaja, malah pengalaman itu dijadikan ilmu untuk dikongsikan bersama orang ramai di dalam bidang kejurulatihan dan pembangunan usahawan di Malaysia sejak 2008.

Sebagai pencetus fenomena baru keusahawanan terutamanya dalam kalangan bumiputera, seminar beliau yang dihadiri lebih 650,000 peserta dalam tempoh 7 tahun terbukti berjaya melahirkan ribuan usahawan dan ramai kini mencapai tahap jutawan.

Fenomena ini kian membesar selepas semakin ramai yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan, pelaburan dan mempelajari ilmu membina kejayaan di dalam kehidupan serta meningkatkan tahap kewangan.

Seminar anjuran beliau di bawah syarikat Richworks International pernah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai penganjur seminar motivasi terbesar di Malaysia.

Azizan juga adalah Pengasas, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan untuk Kumpulan Syarikat Richworks.

Beliau berpengalaman di dalam industri pengiklanan dan perunding strategi pemasaran sejak 2001 serta mengetuai pengurusan portfolio kempen pemasaran bagi organisasi gergasi termasuk TM, DiGi, Celcom, HSBC, Standard Chartered dan WWF.

Beliau turut terlibat di dalam program pembangunan dan latihan ramai usahawan di dalam organisasi beliau sebelum membuat keputusan untuk membina agensi pengiklanan berakreditasi 4A iaitu ABC Mediaworks Sdn Bhd (sebuah syarikat kumpulan Richworks) bermula tahun 2008.

Selain industri pengiklanan dan pemasaran, Richworks juga terlibat di dalam bidang pelaburan hartanah, perundingan perkhidmatan korporat, pendidikan dan latihan keusahawanan serta mewujudkan sebuah kolej pendidikan dan latihan keusahawanan bertaraf diploma dan ijazah untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang beroperasi di Shah Alam, Selangor.

Beliau tidak percaya terhadap persepsi membina perniagaan yang berjaya memerlukan kelulusan tinggi kerana baginya yang bermula dari bawah, ia belum menjamin mampu membina perniagaan yang berjaya.

Beliau sendiri bermula dari bawah dan kini berjaya membina perniagaan sehingga mencapai status jutawan pada 2006.

Namun beliau sangat percaya dengan pembelajaran sepanjang hayat dan sangat menggalakkan semua anak didiknya untuk menuntut ilmu kerana beliau yakin semakin tinggi ilmu yang kita ada, semakin tinggi tahap kejayaan yang boleh dicapai. -Azizanosman

Memiliki sijil palsu bukanlah satu jenayah!

Fake PHD

Pada tahun 2013, MP Serdang, Ong Kian Ming bertanyakan akan usaha yang dibuat kerajaan kepada pemegang sijil palsu.

Dan ini jawapan daripada menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Kalau dia nak gantung ijazah tu kat rumah dan tayang, buat kegunaan peribadi, apa boleh kita buat? Kalau kita nak ambil tindakan kita kena tulis undang-undang baru.” – Datuk Seri Shahidan Kassim, dipetik oleh The Malay Mail Online.

Setakat ni, mana-mana penjawat am yang ditangkap memiliki sijil palsu akan dipecat serta-merta. Tapi selain daripada itu, kita TIADA sebarang undang-undang berkenaan pemegang sijil palsu.

Setakat ini, komuniti akademik di Malaysia masih tiada sebarang cara untuk menentukan samada satu-satu sijil itu sah atau tidak.
“Dalam kes ini, komuniti akademik bergantung kepada prinsip ‘mempercayai’ tentang ketulenan ijazah seseorang dan apa yang mereka nyatakan dalam resume masing-masing.” – Concerned Civil Servant, lapor MalaysiaKini.

AsiaOne mencadangkan dua cara paling selamat iaitu dengan menelefon universiti dan tanya dua benda:
  • Samada dia betul-betul belajar di universiti tersebut atau tidak.
  • Samada dia berjaya graduate atau tidak.

Tambah The Guardian, sijil palsu boleh menghancurkan kerjaya dan hidup peribadi pemegang sijil itu sendiri:
“Kesemua pakar industri bersetuju yang memalsukan pencapaian akademik ni bagaikan bom yang sedang berdetik, tak tahu bila ia akan meletup. Ia mungkin berlaku bila anda mula-mula mengaku akan kelayakan tersebut, atau ia mungkin memakan masa bertahun-tahun sebelum ianya meletup di muka – musnah bersama kekayaan dan reputasi anda.” –Kolumnis David Williams, The Guardian.

Akhir kata, guna sijil palsu mungkin boleh mendapatkan anda kerja bila terdesak. Tapi untuk jangka masa panjang, adakah berbaloi?

Pilihan di tangan sendiri.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

6 comments

patutlah gemuk, kerja menipu satu, makan duit haram dari hasil menipu lagila

Kalau betul dia menipu biarlah dia terima balasannya tak perlulah nak viralkan isu tu.
Satu sahaja kesalahan dia habis semua kebaikkan dia orang tak nampak.
Sesetengah manusia suka ke arah negatif daripada positif.

Rasanya AO tak terkesan pun. Malah publisiti percuma untuk dia walaupun dituduh menipu gelaran DR ;)

Wlu apa pun alasannya tipu tetap tipu,semua yg diperolehi dgn cara menipu utk menarik perhatian org ramai, kalu benar2 hebat dan jujur kenapa perlu menipu, hasil yg dprolhi dr penipuan apa hukumnya? Agama x prnah mghalalkn cara yg demikian.

Bukan sahaja kelayakannya palsu. Operasi yang dijalankan juga patut dipersoalkan. Kursus singkat ditawarkan dalam pelbagai tajuk dan sijil 'graduan' dikeluarkan dibawah nama institusi yang digelar "University of Life". Syarikatnya, beroperasi sebagai pemberi pengajian tinggi tahap universiti siap dengan konvokesyen di mana graduan dianggap lulusan sebuah pusat pengajian tinggi. Selain dari kesalahan bawah s415, s416 & s420 Kanun Keseksaan, beliau juga boleh disabit dengan kesalahan dibawah s23 & s24 Akta Universiti & Kolej Universiti 1971.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon