Thursday, May 25, 2017

'Akodessewa Market' Pasar Ilmu Hitam Terbesar Di Dunia

'Akodessewa Market' Pasar Ilmu Hitam Terbesar Di Dunia

Tahukah anda sebenarnya memang terdapat pasar khas yang menjual pelbagai alat-alat untuk ritual black magic? Ilmu hitam.

Akodessewa Market

Namun, dalam dunia serba canggih hari ini, masih relevan lagikah percaya kepada bomoh? Contohnya, seperti santau-menyantau.

Jawapannya bergantung kepada kepercayaan masing-masing.

Pasar yang dimaksudkan ini ialah Akodessewa Fetish Market, terletak di ibu negara togo iaitu lome, Afrika Barat. Pasar ini dikenali sebagai pasar yang menjual alatan sihir terbesar di dunia.

Menurut ranting kepercayaan mereka, amalan sihir atau ilmu hitam ini bermula di Afrika Barat terlebih dahulu sebelum tersebar ke negara-negara lain seperti Togo, Ghana dan Nigeria.

Mereka mempercayai ritual-ritual pelik yang menggunakan bahagian haiwan ini dapat menyelesaikan banyak masalah termasuklah menyembuhkan penyakit, masalah hubungan atau kewangan.

Di Afrika barat, bomoh atau pengamal sihir ini dipanggil Voodoo. Dalam kepercayaan Voodoo pula, terdapat dua jenis ritual iaitu Rado dan Petro.

Rado lebih kepada ritual kedamaian berbanding Petro yang kearah kejahatan atau juga boleh disebut ilmu hitam.

Ok baik, sebenarnya saya bukanlah mahu berkongsi cerita tentang perkara mistik atau kepercayaan terhadap bomoh ini.

Pelancong dialu-alukan

Akodessewa Market

Walaupun kedengaran agak menyeramkan, sebenarnya pelancong luar juga sangat dialu-alukan untuk datang ke Akodessewa Fetish Market untuk melihat sendiri bagaimana mereka menjalankan aktiviti-aktiviti ritual pelik ini.

Dalam sisi lainya, Akodessewa Fetish Market bukan sahaja untuk para bomoh tetapi semua orang dialu-alukan untuk datang. Buat anda yang gemar mencari keunikan pelik-pelik semasa travel, berkunjug ke Akodessewa Fetish Market ini pasti memberikan anda pengalaman yang lebih menarik.

Di sini terdapat pelbagai alatan mistik yang digunakan oleh pengamal ilmu hitam daripada kepala haiwan hinggalah ubat yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. LOL!

Mana tahu kalau-kalau mahu dijadikan sebagai cenderahati.

BACA INI JUGA: Apa Itu Khadam Dan Kuasa Mistik Azimat!

sumber: thevocket

Katy Perry Dibayar RM107j Sebagai Juri ‘American Idol’

Katy Perry Dibayar RM107j Sebagai Juri ‘American Idol’

Katy Perry dikhabarkan menerima bayaran AS$25 juta (RM107,325,000) hanya untuk menjadi juri program realiti American Idol (AI) tahun ini.

Katy Perry

Katty bagaimanapun berbangga kerana dia satu-satunya juri yang mendapat bayaran tertinggi berbanding juri lain.

“Saya sangat berbangga sebagai seorang wanita. Dan kamu tahu kenapa? Saya dapat bayaran lebih daripada juri-juri lelaki di program itu,” katanya ketika muncul dalam siaran radio 103.5 KTU, pada 23 Mei lalu.

Dalam pada itu, penyanyi yang baru muncul dengan single baru berjudul Bon Appetit ini menjelaskan dia bersetuju untuk menjadi juri AI bukan kerana isu bayaran lumayan tersebut.

Sebaliknya dia mengaku sudah lama ingin menjadi sebahagian daripada program pencarian berbakat tersebut.

Penyanyi lagu Roar ini berharap dapat melahirkan bakat-bakat baru dari program tersebut.

“Acara ini tentang pencarian bakat yang sebenar, membuat impian orang menjadi nyata dan mendengarkan kisah mereka.

“Saya melihat anda. Saya mahu mendengar anda. Saya ingin menjadi saksi mata untuk anda,” katanya lagi.

BACA INI JUGA: Selebriti Hollywood Yang Memandu Kereta Paling Mahal

sumber: mynewshub

Sudirman Lagenda Penghibur Terbaik Asia

Sudirman Lagenda Penghibur Terbaik Asia

Sudirman Haji Arshad (25 Mei 1954 - 22 Februari 1992) merupakan penyanyi pertama Malaysia memenangi anugerah Penghibur Terbaik Asia dalam pertandingan Anugerah Muzik Popular Asia pertama yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London pada 19 Mac 1989.

Sudirman

Sudirman telah mengalahkan lapan orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Filipina, China dan Singapura.

Dalam pertandingan tersebut beliau telah menyanyikan 2 buah lagu Inggeris 'A Thousand Million Smiles' dan 'Send In The Clown' dengan menggayakan aksi lucu ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan yang membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil negara asia lain yang lebih hebat popularitinya.

Kejayaan beliau telah diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan turut mendapat liputan meluas dari berbagai media di negara ini.

Kejayaannya dalam mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa seharusnya diberi sanjungan yang berterusan meskipun pada saat ini beliau telah tiada lagi untuk terus mewarnai dunia seni suara tanah air dengan pencapaian-pencapaian gemilangnya.

Karier

Beliau telah memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi apabila dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTM 1976" pada 11 Ogos 1976.

Selain itu, beliau juga adalah satu-satunya pemegang gelaran "Penghibur Nombor 1 Asia" (pada 19 Mac 1989) dari Pahang, Malaysia sebelum kehadiran Siti Nurhaliza.

Di samping itu, terdapat juga gelaran yang lain untuk beliau seperti "Penghibur Milik Masyarakat", "Seniman Rakyat" dan "Elvis Malaysia".

Beliau juga mempunyai pelbagai kebolehan sebagai seorang penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan dan pelakon.

Sepanjang 16 tahun kerjayanya dalam lapangan seni suara tanah air, Sudirman telah merakamkan 15 album studio, 52 album kompilasi dan puluhan lagu hitsnya serta memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa.

Sudirman meninggal dunia di kediaman kakaknya, Datin Rodziah Arshad di Bangsar pada 22 Februari 1992 selepas tujuh bulan bertarung dengan penyakit radang paru-paru.

Pada 2009, 17 tahun selepas pemergiannya, beliau telah dianugerahkan gelaran Dato' oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan pengiktirafan diwakili oleh kakaknya.

Sejarah Keluarga

Beliau dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di No. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Beliau merupakan anak kepada Hajah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan.

Bapanya mendapat ilham untuk menamakan beliau sebagai "Sudirman" sempena nama seorang pahlawan dari Indonesia, Soedirman kerana mahukan anaknya menjadi seorang pahlawan yang hebat.

Beliau juga mesra disapa sebagai "Diman" oleh ahli keluarganya. Ibu bapanya pernah menjual kain ela dan pakaian.

Ibunya juga mengambil upah untuk membuat sulaman dan membuka kelas jahitan. Banyak peniaga di sekitar kawasan pekan sering mengambil upah dari ibunya.

Sudirman adalah anak bongsu, adik beradik yang lain iaitu Zainuddin, Rodziah, Basir (Morni), Roslan dan Roaini.

Sejak kecil, Sudirman sering menyanyi di mana sahaja. Di sekolah pula, beliau memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan, senang berpidato dan setiap waktu di perpustakaan.

Kejayaan

Konsert di Jalan Chow Kit

Chow Kit dipenuhi kira-kira 100 ribu orang yang mahu menyaksikan persembahan Sudirman pada tahun 1986

Pada 15 April 1986, Sudirman menempa nama di dalam Malaysian Book of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Beliau telah berjaya memikat serta memukau hampir 100 ribu warga kota untuk berpusu-pusu membanjiri jalan itu.

Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah ‘‘Chow Kit Road! Chow Kit Road!’’ dan diakhiri dengan lagu patriotik sambil memakai bendera Malaysia.

Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah tempat untuk golongan marhaen. Jalan Chow Kit menjadi simbol untuk orang-orang kebanyakan yang juga peminat beliau.

Maka, konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel atau dewan untuk suatu konsert.

Perkara ini juga telah memberitahu kita bahawa beliau bukan seorang yang materialistik.

Penghibur Nombor 1 Asia

Pada 19 Mac 1989, Sudirman telah dinobatkan sebagai "Penghibur Nombor 1 Asia" pada "Asian Popular Music Awards".

Acara anugerah ini diadakan bersama-sama dengan Saleem Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London.

Beliau merupakan penyanyi pertama dari Malaysia yang pernah memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong (Leslie Cheung), Filipina (Kuh Ledesma), Singapura (Anita Sarawak), China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Thailand.

Dalam pertandingan tersebut, beliau telah menyanyikan dua buah lagu Inggeris "One Thousand Million Smiles" dan "Send In The Clown" dengan menggayakan aksi lucu ala-ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan serta membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil dari negara lain yang lebih hebat popularitinya.

Lagu "One Thousand Million Smiles" dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah.

Proses rakaman lagu itu dibuat di Studio Abbey Road, tempat rakaman album bagi penyanyi berpengaruh seperti The Beatles

Lagu ini dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Persembahan

Sudirman merupakan seorang artis yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Beliau lincah dengan showmanship di pentas, sesuatu yang kurang kelihatan pada zamannya, dan memiliki pelbagai koleksi pakaian beraneka fesyen yang digunakan sewaktu persembahan.

Semasa Pertandingan Juara Lagu TV3 1987, Sudirman memenangi Anugerah Persembahan Terbaik kerana persembahannya begitu menyayat hati sewaktu mendendangkan lagu "Merisik Khabar" dengan petikan pemetik api simbolik beliau.

Malah beliau merupakan satu-satunya seniman yang boleh menyanyi dengan fasih pelbagai bahasa (bahasa Inggeris, Tamil, Cina dan Hindi) serta mengubah lagu sehingga berjaya mencuri hati setiap golongan masyarakat.

Keusahawanan

Sudirman pernah menubuhkan Sudirman Usaha Dagang Industri (SUDI) Sdn Bhd dengan modal kira-kira RM3 juta, yang mengeluarkan minuman tin berkarbonat jenama ‘‘Sudi’’.

Kejayaannya dalam memasarkan ‘‘Sudi’’ telah mengangkat Sudirman sebagai pemenang Anugerah Pengusaha Muda.

Minuman ‘‘Sudi’’ yang terkenal telah mengambil 5 peratus pasaran minuman karbonat dalam masa 6 bulan beroperasi (dengan bantuan majalah bisnes dan program TV dari Australia ke Hong Kong mengiklankan minuman Sudi).

Malangnya setelah Sudirman jatuh sakit, perniagaannya - Sudirman Productions dan SUDI Sdn. Bhd. telah ditutup pada September 1991.

Kematian

Pada 17hb. Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal, Kuala Lumpur selama 4 hari.

Beliau telah dilaporkan pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi beliau dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya di Butterworth selama seminggu.

Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia, begitu penjelasan kakak Sudirman, Rodziah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.

Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, sebelum subuh, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya.

Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - berdekatan dengan pusara ibu bapanya (selang beberapa baris).

Ribuan peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad  telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai suatu kehilangan yang besar bagi dunia hiburan tanah air.

Al-Fatihah.

BACA INI JUGA: 5 Lagu Michael Jackson Yang Paling Diminati

sumber: wikipedia | pnm

4 Perkara Ini ‘Bermula Dari Rumah’ Ketika Mendidik Anak-Anak

4 Perkara Ini ‘Bermula Dari Rumah’ Ketika Mendidik Anak-Anak

Cabaran sangat besar untuk ibu bapa sekarang. Antaranya apabila kita cuba kurangkan masa anak-anak depan gajet, kita nak biarkan mereka bermain di luar pun berfikir banyak kali sebab banyak kes penculikan.

Kanak-kanak bermain

Bila budak terperuk di dalam rumah pula, dorang hamburkan rumah dengan permainan dan menjadi medan imaginasi mereka. Rumah pun jadi tongkang pecah.

Makanya, berilah masa berkualiti bersama anak, anak buah atau anak jagaan anda. Anda akan lebih mengenali mereka. Mereka sememangnya perlukan perhatian kita.

Kajian menunjukkan ibu bapa yang kurang ambil perhatian terhadap anak mereka, anak-anak ini akan menghabiskan masa dengan orang yang boleh ambil perhatian mereka di luar sana.

Ustaz-ustaz beritahu ada 4 peringkat anak-anak yang kita perlu beri pendekatan berbeza:

1. 0-7 tahun

Peringkat ini, kena banyakkan bermain bersama mereka. Jadikan diri kita kanak-kanak. Jatuhkan ego.

Pergi bermain tembak-tembak, jadi Boboiboy, Transformers, jadi kuda untuk mereka naiki, buat istana pasir di tepi pantai, main layang-layang… dannn… banyak lagi! Kembali jadi kanak-kanak riang!

2. 8-14 tahun

Peringkat ini kena tegas dengan mereka. Ajar solat mulai 7 tahun, rotan (beri peringatan) jika tidak solat pada umur 10 tahun.

Asingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan. Beri pendidikan terutamanya agama kepada mereka.

3. 15-21 tahun

Layan mereka seperti kawan kita. Didik mereka dengan cara orang dewasa. Ajar mereka buat keputusan sendiri.

Beri semangat, dorongan dan nasihat kepada mereka. Jadi pendengar yang baik. Selami jiwa mereka.

4. Selepas 21 tahun

Selepas 21 tahun, anggaplah mereka sudah cukup dewasa. Hargai anak anda. Luangkan masa berkualiti bersama mereka.

Hidupkan 4 perkara ini

Ajaran pertama yang mereka terima adalah daripada rumah. Maka ustaz pesan agar hidupkan rumah kita dengan suasana yang baik, iaitu:

1. Hidupkan percakapan baik-baik dan suasana ajak-mengajak kepada kebaikan. Tidak ada perkataan terbaik selain perkataan mengajak kepada Sang Pencipta.

2. Hidupkan suasana ajar mengajar, bacaan hadis, suasana penceritaan kehidupan para sahabat Nabi SAW.

3. Hidupkan suasana ibadat. Antaranya solat, bacaan Al-Quran, zikir dan doa.

4. Hidupkan suasana khidmat. Bergilir-gilir memasak, cuci baju, gotong royong bersihkan rumah, anak khidmat orang tua dan lain-lain.

Kajian menunjukkan lagi, anak tidak akan buat satu perkara dengan hanya mendengar (mendengar arahan contohnya “kau pergi kemas permainan kau sekarang”), tetapi anak akan buat satu perkara melalui pemerhatian (kita yang kemas permainan mereka sambil ajak “jom kemas bersama-sama sayangku.”)

Semoga kita diberi kefahaman untuk menjadi ibu bapa atau penjaga yang baik untuk anak-anak, anak buah atau anak jagaan kita.

BACA INI JUGA: Jangan Seksa Anak Dengan Pendidikan Akademik Terlalu Awal

sumber: thevocket

Sambutan Hari Kehilangan Kanak-Kanak Antarabangsa, International Missing Children's Day

Sambutan Hari Kehilangan Kanak-Kanak Antarabangsa, International Missing Children's Day

Sambutan Hari Kehilangan Kanak-Kanak Antarabangsa, International Missing Children's Day disambut pada 25 Mei setiap tahun bagi berkongsi amalan terbaik dan menyebarkan maklumat serta imej kanak-kanak yang hilang untuk meningkatkan keberkesanan siasatan.

International Missing Children's Day

Sambutan ini dilancarkan pada tahun 1998 dengan kerjasama Pusat Antarabangsa bagi Kehilangan & Eksploitasi Kanak-kanak (ICMEC) dan Pusat Kebangsaan Amerika Syarikat untuk Kehilangan & Eksploitasi Kanak-kanak (NCMEC) dan Rangkaian Global Kehilangan Kanak-kanak (GMCN).

Rangkaian kerjasama ini mempunyai 23 negara anggota, Albania, Argentina, Australia, Belarus, Belgium, Brazil, Kanada, Jerman, Greece, Hungary, Ireland, Itali, Mexico, Belanda, New Zealand, Poland, Romania, Rusia, Serbia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Setiap tahun pada 25 Mei, ahli-ahli GMCN menyambut Hari Kehilangan Kanak-Kanak Antarabangsa, bagi meraikan kanak-kanak hilang dan pernah diculik yang berjaya diselamatkan.

Pada tahun 1979, kehilangan Etan Patz yang baru berusia 6 tahun di New York pada 25 Mei telah dijadikan tarikh penubuhan sambutan Hari Hilang Kanak-kanak di Amerika Syarikat oleh Presiden Ronald Reagan pada tahun 1983.

Pada tahun 2001, ICMEC telah menganjurkan kempen Help Bring Them Home di 22 buah negara, sempena sambutan Hari Kehilangan Kanak-kanak Antarabangsa.

Kempen ini bertujuan menyoroti isu penculikan kanak-kanak di seluruh dunia dan cadangan kepada ibu bapa mengenai langkah yang boleh diambil untuk melindungi anak-anak mereka.

Selamat menyambut Hari Kehilangan Kanak-Kanak Antarabangsa.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (25 Mei)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (25 Mei)

Tarikh 25 Mei merupakan hari yang ke 145 (hari ke 146 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 220 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Sudirman Hj Arshad

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan di Argentina (1810), Hari Kemerdekaan di Jordan (1946) dan Hari Pembebasan di Lubnan (2000) dan beberapa negara Afrika (1963).

Mari kita baca peristiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku di seluruh dunia pada tarikh hari ini.

Peristiwa

1420 - Henry si Pelayar menjadi Grandmaster Mazhab Christ, pengganti Portugal untuk Kesatria Templar.

1521 - Diet Worms mengisytiharkan Martin Luther sebagai penjahat dan penyeleweng kerana bidaahnya.

1810 - Wizurai Sepanyol digulingkan dan kerajaan merdeka yang pertama di Argentina, Primera Junta, diasaskan di Buenos Aires, menamatkan Revolusi Mei.

1895 - Republik Formosa diasaskan di Taiwan, mengisytiharkan kemerdekaan daripada China Qing.

1946 - Abdullah bin Husayn, Amir Amiriah Transjordan, diisytiharkan sebagai Raja "Kerajaan Transjordan Hashimiyah".

1955 - Joe Brown dan George Band menjadi orang pertama mendaki gunung ketiga tertinggi di dunia Kangchenjunga, namun berhenti sebelum sampai ke puncak sesuai janji kepada Maharaja Sikkim bahawa kemuncaknya akan kekal tidak dicemar.

1961 - Presiden A.S. John F. Kennedy mengumumkan sokongannya terhadap Program Apollo, dengan matlamat "mendaratkan orang di Bulan dan pulang dengan selamat ke Bumi sebelum dekad berakhir".

1977 - Filem cereka sains fantasi Star Wars dikeluarkan, kemudian menjadi antara filem paling berjaya dalam sejarah.

2009 - Korea Utara mendakwa berjaya meletupkan ujian senjata nuklear di bawah tanah.

2011 - Rancangan temu bual The Oprah Winfrey Show, yang diacarakan Oprah Winfrey, tamat setelah 25 tahun.

2012 - Sebuah kapsul Dragon yang dilancarkan SpaceX menjadi penerbangan komersil pertama tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa.

Kelahiran

1954 - Sudirman Hj Arshad, penyanyi Malaysia (1992)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 Mei)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Tuala, Towel Day

Sambutan Hari Tuala, Towel Day

Sambutan Hari Tuala, Towel Day disambut pada 25 Mei setiap tahun sebagai satu penghormatan kepada penulis Douglas Adams oleh para peminatnya.

Towel Day

Pada hari ini, peminat akan membawa tuala bersama mereka, seperti yang disiarkan dalam sebuah rancangan radio 'The Hitchhiker's Guide to the Galaxy' untuk menunjukkan penghargaan mereka.

Sebuah buku susulan yang ditulis bagi menerangkan kepentingan tuala bertajuk the importance of towels in The Hitchhiker's Guide to the Galaxy universe dalam Chapter 3, menggunakan ayat-ayat yang sama seperti dalam rancangan radio sebelumnya.

A towel, it says, is about the most massively useful thing an interstellar hitchhiker can have. Partly it has great practical value. You can wrap it around you for warmth as you bound across the cold moons of Jaglan Beta; you can lie on it on the brilliant marble-sanded beaches of Santraginus V, inhaling the heady sea vapours; you can sleep under it beneath the stars which shine so redly on the desert world of Kakrafoon; use it to sail a miniraft down the slow heavy River Moth; wet it for use in hand-to-hand-combat; wrap it round your head to ward off noxious fumes or avoid the gaze of the Ravenous Bugblatter Beast of Traal (such a mind-bogglingly stupid animal, it assumes that if you can't see it, it can't see you — daft as a brush, but very very ravenous); you can wave your towel in emergencies as a distress signal, and of course dry yourself off with it if it still seems to be clean enough.

More importantly, a towel has immense psychological value. For some reason, if a strag (strag: non-hitch hiker) discovers that a hitchhiker has his towel with him, he will automatically assume that he is also in possession of a toothbrush, face flannel, soap, tin of biscuits, flask, compass, map, ball of string, gnat spray, wet weather gear, space suit etc., etc. Furthermore, the strag will then happily lend the hitch hiker any of these or a dozen other items that the hitch hiker might accidentally have "lost." What the strag will think is that any man who can hitch the length and breadth of the galaxy, rough it, slum it, struggle against terrible odds, win through, and still knows where his towel is, is clearly a man to be reckoned with.

Hence a phrase that has passed into hitchhiking slang, as in "Hey, you sass that hoopy Ford Prefect? There's a frood who really knows where his towel is." (Sass: know, be aware of, meet, have sex with; hoopy: really together guy; frood: really amazingly together guy.)

— Douglas Adams, The Hitchhiker's Guide to the Galaxy

Sambutan Hari Tuala ini pertama kali diadakan pada 25 Mei 2001, dua minggu selepas kematian Adams pada 11 Mei.

Siapa Douglas Adams?

Douglas Adams adalah seorang penulis dan pemuzik kebanggaan Inggeris yang dilahirkan pada 11 Mac 1952 di Cambridge, Inggeris, dengan nama sebenarnya Douglas Noel Adam.

Dia bukan hanya terkenal sebagai penulis, juga dalam bidang seni, muzik, pelakon, komedian, editor, sehinggalah pembuat permainan komputer.

Karya Douglas Adams yang paling terkenal adalah siri komedi Hitchhiker’s Guide to the Galaxy yang disiarkan melalui radio BBC.

Kerana mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pendengar, siri ini kemudiannya dikembangkan ke dalam bentuk media lain, termasuk buku, siri tv, komik, filem dan video game.

Untuk buku Hitchhiker’s Guide to the Galaxy yang ditulis dalam lima tajuk bersiri, telah terjual lebih dari 15 juta salinan.

Lantaran pencapaian yang luarbiasa itulah, nama Douglas Adams telah dimasukkan ke dalam senarai The Radio Academy’s Hall of Fame di Inggeris.

Selain The Hitchhiker's Guide to the Galaxy, Douglas Adams juga menulis tiga cerita untuk siri filem televisyen Doctor Who.

Dia juga menulis novel Dirk Gently, Liff dan Last Chance to See dan mencipta serta mengarahkan permainan komputer Starship Titanic.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM