Thursday, May 25, 2017

4 Perkara Ini ‘Bermula Dari Rumah’ Ketika Mendidik Anak-Anak


Cabaran sangat besar untuk ibu bapa sekarang. Antaranya apabila kita cuba kurangkan masa anak-anak depan gajet, kita nak biarkan mereka bermain di luar pun berfikir banyak kali sebab banyak kes penculikan.

Kanak-kanak bermain

Bila budak terperuk di dalam rumah pula, dorang hamburkan rumah dengan permainan dan menjadi medan imaginasi mereka. Rumah pun jadi tongkang pecah.

Makanya, berilah masa berkualiti bersama anak, anak buah atau anak jagaan anda. Anda akan lebih mengenali mereka. Mereka sememangnya perlukan perhatian kita.

Kajian menunjukkan ibu bapa yang kurang ambil perhatian terhadap anak mereka, anak-anak ini akan menghabiskan masa dengan orang yang boleh ambil perhatian mereka di luar sana.

Ustaz-ustaz beritahu ada 4 peringkat anak-anak yang kita perlu beri pendekatan berbeza:

1. 0-7 tahun

Peringkat ini, kena banyakkan bermain bersama mereka. Jadikan diri kita kanak-kanak. Jatuhkan ego.

Pergi bermain tembak-tembak, jadi Boboiboy, Transformers, jadi kuda untuk mereka naiki, buat istana pasir di tepi pantai, main layang-layang… dannn… banyak lagi! Kembali jadi kanak-kanak riang!

2. 8-14 tahun

Peringkat ini kena tegas dengan mereka. Ajar solat mulai 7 tahun, rotan (beri peringatan) jika tidak solat pada umur 10 tahun.

Asingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan. Beri pendidikan terutamanya agama kepada mereka.

3. 15-21 tahun

Layan mereka seperti kawan kita. Didik mereka dengan cara orang dewasa. Ajar mereka buat keputusan sendiri.

Beri semangat, dorongan dan nasihat kepada mereka. Jadi pendengar yang baik. Selami jiwa mereka.

4. Selepas 21 tahun

Selepas 21 tahun, anggaplah mereka sudah cukup dewasa. Hargai anak anda. Luangkan masa berkualiti bersama mereka.

Hidupkan 4 perkara ini

Ajaran pertama yang mereka terima adalah daripada rumah. Maka ustaz pesan agar hidupkan rumah kita dengan suasana yang baik, iaitu:

1. Hidupkan percakapan baik-baik dan suasana ajak-mengajak kepada kebaikan. Tidak ada perkataan terbaik selain perkataan mengajak kepada Sang Pencipta.

2. Hidupkan suasana ajar mengajar, bacaan hadis, suasana penceritaan kehidupan para sahabat Nabi SAW.

3. Hidupkan suasana ibadat. Antaranya solat, bacaan Al-Quran, zikir dan doa.

4. Hidupkan suasana khidmat. Bergilir-gilir memasak, cuci baju, gotong royong bersihkan rumah, anak khidmat orang tua dan lain-lain.

Kajian menunjukkan lagi, anak tidak akan buat satu perkara dengan hanya mendengar (mendengar arahan contohnya “kau pergi kemas permainan kau sekarang”), tetapi anak akan buat satu perkara melalui pemerhatian (kita yang kemas permainan mereka sambil ajak “jom kemas bersama-sama sayangku.”)

Semoga kita diberi kefahaman untuk menjadi ibu bapa atau penjaga yang baik untuk anak-anak, anak buah atau anak jagaan kita.

BACA INI JUGA: Jangan Seksa Anak Dengan Pendidikan Akademik Terlalu Awal

sumber: thevocket

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon