Tuesday, February 28, 2017

Misteri Negara Korea Utara

Misteri Negara Korea Utara

Korea Utara merupakan salah satu negara yang mempunyai kawalan ketat di dunia lebih lagi apabila berhadapan dengan pihak media namun apabila satu kumpulan wartawan daripada CNN berjaya mendapat kebenaran untuk melaporkan keadaan di negara itu, ia merupakan satu peluang keemasan bagi mereka.

Negara paling misteri

Walaupun negara itu masih mengamalkan dasar tertutup kepada sebahagian besar dunia di luar sana, namun para wartawan ini mendapat akses untuk menyaksikan kehidupan rakyat biasa di kota itu serta menemu bual mereka.

Selain itu, mereka juga berpeluang melakukan ‘Facebook live’ selama 20 minit dari dalam Korea Utara yang menunjukkan keadaan di ibu kota negara itu sambil diiringi oleh pegawai-pegawai kerajaan yang bertindak sebagai pemandu pelancong.

Namun begitu, mereka juga akan melaporkan pada pegawai atasan apa yang dilakukan oleh para wartawan semasa merakam.

Semasa di Pyongyang, mereka sempat mengadakan wawancara bersama pakar ekonomi Korea Utara, Profesor Ri Gi Song dan berbual mengenai hubungan perdagangan negara itu dengan China, pasaran bawah tanah serta pekerjaan yang mendapat bayaran tertinggi di sana iaitu pelombong arang batu dan buruh kasar.

Menurut Si-gong, kerja-kerja fizikal yang mencabar lebih cenderung untuk membayar gaji yang lebih mahal berbanding dengan pekerjaan di pejabat.

“Walaupun kerja-kerja fizikal ini gaji lebih banyak namun ia masih lagi kurang daripada standard di negara barat namun saya tidak boleh memberitahu berapa jumlahnya.

“Selain itu, keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita juga tidak lebih daripada AS$1,000 (RM4,445) setiap tahun,” katanya.

Sementara itu, kedai-kedai di sini turut menjual barangan berjenama dari pereka terkenal seperti Hermes, Versace, Gucci dan lain-lain.

Terdapat juga kedai-kedai yang menjual alatan elektronik canggih serta jualan makanan tempatan hinggalah barat.

Berbeza dengan imej masyarakat di Korea Utara yang sering dikatakan dalam kebuluran akibat tidak mempunyai makanan yang cukup.

Bagaimanapun, para wartawan tersebut tidak dibenarkan keadaan rakyat yang tinggal di luar kawasan ibu kota di mana Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan keadaan suram menyelubungi mereka di sana.

Di samping itu, rakyat di sini juga mempunyai akses yang sangat ketat kepada dunia luar di mana segala yang disiarkan di televisyen atau radio haruslah mendapat kelulusan daripada kerajaan dahulu.

Rakyat biasa tidak mempunyai kemudahan internet dan membuat panggilan antarabangsa oleh itu, bahan berita mereka hanyalah menerusi televisyen dan radio sahaja.

Selama berdekad, mereka ini sering disajikan dengan propaganda ancaman daripada kuasa luar seterusnya mengetatkan pengurusan ketenteraan di negara itu.

Walaupun kini negara itu perlahan-lahan membuka ‘pintu’ mereka kepada negara luar namun ia masih lagi menggunakan terma dan syarat mereka sendiri. -sh

**Laporan ini ditulis oleh wartawan CNN, Will Ripley

Negara misteri

Kampung nelayan Jung Pyong Ri

Korea Utara antara negara paling misteri di dunia dan hanya pelancong bertuah dapat berkunjung ke negara itu yang mengamalkan dasar tertutup.

Seorang pengembara dan jurugambar, Eric Lafforgue antara individu bertuah yang dibenarkan melawat Korea Utara sebanyak lima kali.

Eric Lafforgue, kali pertama melancong ke negara komunis itu pada 2008 dan pada kali terakhir dia melawat sebuah kampung nelayan terpencil, Jung Pyong Ri di wilayah Hamgyong Utara.

Lelaki itu yang kini diharamkan kembali ke Korea Utara memberitahu, kampung itu mempunyai pantai dengan pasir memutih yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

Katanya, untuk sampai ke kampung itu, dia perlu menaiki bas selama berjam-jam melalui jalan yang tidak berturap dan berlubang-lubang.

“Sampai di kampung itu saya dan pemandu pelancong tinggal di sebuah rumah tumpangan yang dibina daripada kayu.

“Saya tidur di dalam bilik berdekatan dengan peti sejuk yang mempunyai ikan busuk di dalamnya sehingga menyebabkan baju saya berbau.

“Rumah itu mempunyai sistem pemanas daripada sumber kayu api yang disalurkan di lantai kayu. Sistem ini sukar dikawal suhunya menjadikan bilik saya seperti ketuhar,” jelasnya.

Bekalan elektrik di kampung ini ditutup pada jam 9 malam tetapi penduduk biasanya menghiburkan diri dengan menyanyi dengan diterangi cahaya lilin.

“Sebelum tidur mereka bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Korea Utara,” katanya.

Menurutnya, majoriti penduduk di kampung itu dihimpit kemiskinan dan mereka banyak bergantung hidup kepada hasil laut.

“Kebanyakan rumah dan bangunan di kampung ini kelihatan suram, usang dan ada sebahagian atapnya hampir runtuh.

“Hanya gambar mural besar bekas pemerintah Korea Utara, Kim Il Sung di sebuah bangunan yang berwarna di kampung ini,” ujarnya.

Pemandu pelancong Lafforgue memberitahu, tidak ramai pelancong boleh mengembara ke Korea Utara sejauh itu.

Biasanya, hanya pelancong dari negara komunis seperti China yang sering melawat Korea Utara.

“Mungkin saya orang Eropah pertama yang berjaya sampai sejauh ini,” jelasnya.

Kata Lafforgue, penduduk di Korea Utara sebenarnya sangat peramah dan sangat gembira apabila ada pelancong yang datang ke kampung mereka.

“Penduduk di sini menggesa saya kembali ke kampung ini dan saya berjanji, tetapi saya tahu janji itu tidak dapat ditepati.

“Sejak mengucapkan selamat tinggal yang terakhir, saya diharamkan daripada kembali ke Korea Utara,” katanya. -hm

Hukuman bunuh paling kejam

Meriam anti-pesawat Korea Utara

Seramai lima pegawai tentera Korea Utara dihukum bunuh setelah berlakunya kes pembunuhan Kim Jong-nam, di KLIA2, 13 Februari 2017, lapor Reuter.

Kesemua pegawai terbabit dihukum dengan tembakan meriam anti-pesawat kerana didakwa bersalah memberikan maklumat palsu kepada kerajaan.

Inilah hukuman mati dijatuhkan buat pertama kali ke atas pegawai tentera Korea Utara selepas kematian Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong-un.

Bagaimanapun, menurut laporan, tidak dipastikan apakah maklumat palsu itu berkaitan dengan kematian Jong-nam atau tidak.

Pada masa yang sama, Menteri Keselamatan Negara Korea Utara, Kim Won Hong turut menerima hukuman apabila dikurung atas kesalahan yang sama, iaitu menyalurkan berita palsu kepada pihak kerajaan.

Pada awal bulan lalu, Wong Hong dipecat kerana bersabit kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan melanggari hak asasi manusia.

Sejak Jong-un dilantik menjadi presiden pada tahun 2011, sekurang-kurangnya 340 pegawai tentera dan kakitangan kerajaan telah menerima hukuman mati.

Atas arahan Jong-un, salah satu bentuk hukuman mati yang dikenakan terhadap pesalah adalah menggunakan meriam anti pesawat sehingga menyebabkan seluruh badan pesalah berkecai sepenuhnya.

Difahamkan, ketika menerima hukuman, semua pesalah hanya diletakkan pada jarak 100 kaki daripada meriam berkenaan. -sh

Mengapa Korea Utara mahu Jong-nam mati?

Kim Jong-nam
Kim Jong Il bersama anaknya Kim Jong-nam (duduk).

Sehingga ke hari ini, misteri kematian Kim Jong-nam, anak lelaki sulung bekas pemimpin utama Korea Utara, mendiang Kim Jong-il, masih diselubungi misteri.

Selepas kematiannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), 13 Februari lalu, polis mengenal pasti dan memburu empat suspek lelaki warga Korea Utara yang disyaki dalang kepada pembunuhan abang tiri pemimpin utama negara berkenaan, Kim Jong-un.

Korea Selatan yang sekian lama bermusuhan dengan negara itu, menyelar pembunuhan tersebut dengan mengatakan ia satu bentuk tindakan keganasan daripada Kerajaan Korea Utara.

Persoalan di sini, mengapa Pyongyang sanggup membunuh ahli keluarga dinasti pemerintah mereka?

Penganalisis mahupun pakar sukar untuk mengenal pasti punca sebenar, namun perbezaan dengan sekutu dan negara jiran, China serta persaingan antara adik-beradik dalam merebut takhta antara punca yang berkait rapat.

Hubungan dengan China?

Pada 2001, Jong-nam ditangkap selepas cuba memasuki Jepun dengan menggunakan pasport palsu untuk berhibur di Disneyland Tokyo.

Perbuatannya itu menjatuhkan maruah Korea Utara lantas harapannya untuk menjadi orang nombor satu negaranya, menggantikan Jong-il, musnah.

Bermula 2003, Jong-nam menetap di Macau dan diberi perlindungan oleh China.

Sejak itu, Jong-nam kerap berkunjung ke China dan mengukuhkan kedudukan bersama Beijing terutama menerusi bapa saudaranya, Jang Song-thaek, iaitu individu nombor dua berkuasa di Korea Utara selepas Jong-il.

“Song-thaek merupakan lelaki China di Pyongyang. Dia adalah sumber Jong-nam dan disebabkan itu, China memberi perlindungan kepadanya,” kata Pengarah Program East Asia Non-Proliferation, Dr Jeffrey Lewis kepada CNN.

Pada 2013, di bawah pimpinan Jong-un, Korea Utara melakukan ‘pembersihan’ dalam kalangan pemimpin mereka dan Song-thaek antara individu yang menjadi mangsa.

Dilaporkan bahawa Song-thaek dijatuhkan hukuman bunuh selepas didakwa sebagai pengkhianat Korea Utara.

Kematian Song-thaek merupakan kehilangan yang besar buat Jong-nam.

Kerap mengkritik Korea Utara secara terbuka

Ketika melanjutkan pengajian di Switzerland, Jong-nam kerap bercanggah pendapat dengan bapanya terutamanya berkaitan dengan soal negara.

Itu adalah permulaan di mana hubungan dua beranak itu dingin. Jong-il merasakan bahawa anaknya itu sudah dipengaruhi pemikiran Barat.

Kemuncak hubungan mereka terhapus selepas cubaan Jong-nam memasuki Jepun yang dilihat sebagai satu penghinaan.

Rentetan itu, paling ketara, Jong-nam lantang memberikan kenyataan terhadap Korea Utara menerusi media Jepun, Asahi TV.

Jong-nam menyatakan tidak bersetuju dengan sistem peralihan kuasa di Korea Utara dengan mewariskan kepada generasi seterusnya.

Tetapi, beliau tidak menentang atau tertarik untuk menyertai arena politik di dalam negaranya.

“Saya tidak tertarik untuk ikut menjadi pewaris kerajaan (Korea Utara). Maaf, kerana saya tidak tertarik dengan politik. Tetapi, apa pun keputusan ayah, saya pasti akan saya sokong,” kata Jong-nam.

Perebutan kuasa antara Jong-nam, Jong-un?

Melalui buku tulisan Yoji Gomi, My Father, Kim Jong-il, and Me, Jong-nam juga menggunakan medium itu untuk menghentam Korea Utara.

Melalui buku itu, Jong-nam menegaskan bahawa Korea Utara tidak akan maju jika tidak melakukan pembaharuan ekonomi.

Paling memberi kesan terhadap pimpinan Jong-un, Jong-nam menjelaskan bahawa adik tirinya itu tidak akan berjaya sebagai seorang pemimpin.

Gomi juga mendedahkan, bahawa dua beradik itu tidak pernah bersemuka.

Biarpun Jong-nam menegaskan dirinya tidak berminat untuk memimpin negara kelahirannya, namun Jong-un tetap merasakan kedudukan bakal tergugat.

Pada 2012, Jong-nam dilaporkan cuba dibunuh oleh perisik Korea Utara namun gagal.

Ahli Jawatankuasa Perisikan Parlimen Korea Selatan, Kim Byung-kee mendedahkan, Jong-nam pernah menghantar surat kepada Jong-un supaya mereka sekeluarga tidak dibunuh.

Surat itu berbunyi; ‘Tolong jangan ganggu saya dan keluarga. Kami tidak mempunyai tempat untuk dituju. Kami tahu satu-satunya jalan untuk melepaskan diri ialah dengan membunuh diri’.

Surat itu dihantar pada April 2012 selepas cubaan membunuhnya pada tahun yang sama. -sh

BACA INI JUGA: 10 Selebriti Wanita K-Pop Korea Paling Cantik 2016

-SENTIASAPANAS.COM

Kisah Benar Hantu Anak Menantu Hantui Banglo!

Kisah Benar Hantu Anak Menantu Hantui Banglo!

Van yang dipandu rakan sekerja meluncur laju meninggalkan pejabat yang terletak di Pasir Putih, Ipoh, Perak.

Banglo berhantu
Gambar hiasan.

Pagi itu, saya bersama dua lagi rakan sekerja iaitu Udin dan Pak Long diarahkan majikan membuat pendawaian semula di sebuah rumah yang terletak di Klebang, Ipoh.

Kami bekerja dengan syarikat pengubahsuaian rumah termasuk membuat pendawaian elektrik.

Setengah jam menempuh kesesakan jalan awal pagi, van yang dipandu Udin akhirnya memasuki sebuah taman perumahan.

"Tengok alamat. Berapa nombor rumah tu?" arah Udin yang memandu van.

"Lot 21," balas Pak Long yang duduk di hadapan.

Kami memanggilnya Pak Long kerana usianya jauh lebih tua daripada kami. Pak Long juga ialah ketua bagi kumpulan kami ini.

Lima minit berpusing-pusing dalam taman, kami temui rumah yang dicari. Rupanya ia bukan rumah teres seperti disangka.

Ia sebuah rumah banglo yang terletak dihujung taman perumahan tersebut dan bersebelahan dengan sebuah ladang sawit.

Sebaik turun dari van, saya perhatikan sekeliling. Dari luar, banglo itu kelihatan terjaga walaupun dikatakan sudah lama tidak berpenghuni. Rumput-rumput dihalaman dipotong kemas. Pokok bunga juga hidup subur.

Pintu banglo dibuka. Sebaik melangkah masuk, saya terkejut. Rupa-rupanya ada satu lagi tingkat dibawah tanah. Bermakna ia adalah banglo tiga tingkat.

Mata saya memerhati sekeliling apabila memasuki banglo itu. Ruang dalamnya dipenuhi perabot disetiap sudut. Cantik-cantik belaka.

Tetapi kebanyakannya ditutup dengan kain. Kain yang menutupi perabot dan perkakasan pula saya tengok sudah berhabuk.

"Betullah, tak ada orang duduk," bisik hati saya. Siapa pemiliknya pun saya tidak tahu.

Tanpa berlengah kami memulakan kerja. Dua rakan lain memulakan pendawaian baru diruang tamu manakala saya dibahagian dapur.

Sedang saya memecahkan dinding simen sambil berdiri atas tangga untuk mengeluarkan wayar lama, perasaan seram menjelma. Bulu roma saya terpacak. Saya terasa seram sejuk.

Zasss! Pantas saya berpaling kebelakang. Saya memerhati seluruh ruang dapur. Tiada apa yang ganjil.

"Ah, saja je tu," bisik hati saya, cuba memujuk hati sendiri.

Tapi, baru saja menyambung kerja, sekali lagi saya terasa sesuatu.

Melalui hujung mata, saya perasan seperti ada sesuatu mengintai melalui pintu bilik air di bahagian dapur yang terbuka sedikit.

Walaupun hujung mata, saya perasan susuk itu tak setinggi mana. Saiznya macam seorang kanak-kanak.

Zasss! Sekali lagi saya berpaling. Hilang! Tiada apa di situ.

"Eh, jangan main-mainlah," saya bersuara perlahan. Cuba buat-buat berani, walhal dada sudah berdebar kencang. Seram!

Tanpa memperdulikannya, saya meneruskan kerja. Simen dinding banglo itu saya pecahkan.

Dang! Dang!

Saya ketuk dengan penukul hingga bergema ruang dapur. Baru beberapa kali hentakan, saya tergamam.

Dengan pantas saya melompat turun dari tangga, terus berlari ke ruang tamu sambil memekik, hantu! hantu!

Jeritan itu mengejutkan Udin dan Pak Long.

"Woi, kenapa?" sergah Pak Long.

"Aku nampak hantu. Hantu!!!" beritahu saya. Menggigil badan saya dibuatnya.

"Kat mana?" tanya Udin pula.

"Kat dapur. Masa aku pecah dinding tadi, nampak kelibat budak lelaki laju keluar dari bilik air. Lepas tu terus hilang. Kecik aja budak tu. Dalam umur empat tahun," cerita saya dengan tangan masih menggigil.

"Dah, tak ada apa tu. Mana ada hantu siang hari macam ni. Pergi buat kerja," sampuk Pak Long tersengih sesudah mendengar cerita saya tadi.

Cis, Pak Long macam tak percaya saja. Mungkin dia menganggap saya mengada-adakan cerita.

Saya sambung kerja semula tapi dalam keadaan hati tak tenang. Sekejap-sekejap saya pandang belakang.

Pukul 12 tengah hari, kami berhenti rehat. Nasi bungkus yang dibeli Pak Long kami makan sama-sama diruang tamu.

Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba kami diperlihatkan satu kejadian pelik sehingga semua tercengang. Kami saling berpandangan.

Tiba-tiba salah satu lampu baru yang baru dipasang menggantikan lampu lama menyala beberapa kali dalam tempoh kurang tiga saat.

"Udin, engkau dah sambung semua wayar ke?" tanya Pak Long.

Udin geleng kepala.

Tak puas hati, kami pergi periksa. Memang betul, hanya wayar neutral yang terpasang pada lampu. Wayar hidup dan wayar bumi belum dipasang.

"Macam mana boleh menyala pula?" tanya Pak Long.

"Aku dah cakap, banglo ni ada hantu. Kau tak percaya," jawab saya pada Pak Long yang membuatkan dia terdiam.

Hari itu, kami semua bekerja dalam keadaan hati tak senang. Masing-masing mula cuak dengan apa yang berlaku. Mujurlah sehingga ke petang, tiada lagi gangguan lain.

***

Esoknya, kami menyambung tugas tapi kali ini jumlah pekerja bertambah kepada lapan orang kerana kami perlu siapkan semuanya dalam tempoh tiga hari.

Antara rakan sekerja baru yang datang pada hari itu ialah tiga orang lelaki cina dan sebelum masuk rumah, Pak Long berpesan supaya menjaga sikap.

"Masuk rumah ni beradab. Jaga sikap. Ada hantu kat sini," kata Pak Long.

Kah! Kah! Kah!

Mendengar pesanan Pak Long, Ah Kiat ketawa terbahak-bahak.

"Haii ya, mana ada hantu. Lu percaya ka?" tanya Ah Kiat yang masih ketawa.

"Jangan main-main Ah Kiat," balas saya.

"Haii yaa, lu olang hantu pun takut," jawab Ah Kiat lagi. Angkuh betul nadanya.

Malas berbalah, kami diamkan saja dan memulakan tugas. Saya meneruskan tugas di bahagian dapur. Ah Kiat pula saya perasan naik ke tingkat atas.

Sejam bekerja, saya dikejutkan dengan bunyi gegaran seperti orang berlari di tingkat atas menuju ke tangga. Kemudian..

BUKKK!!

Ah Kiat tergolek atas lantai depan tangga. Rupanya dia melompat dari atas ke bawah. Pantas juga dia bangun dan terus berlari ke luar. Ah Kiat betul-betul cemas.

Semua yang tengok kelakuan Ah Kiat berlari mendapatkannya di luar rumah termasuk saya.

Waktu itu badan Ah Kiat berpeluh dan menggigil. Mukanya pucat macam tak ada darah mengalir. Ah Kiat mundar mandir tanpa arah.

"Lu kenapa?" tanya Pak Long.

"Itu atas ada hantu. Takut woo.." beritahu Ah Kiat yang masih menggeletar ketakutan.

Apa yang Ah Kiat nampak?

Bila kami tanya lanjut, rupa-rupanya dia ternampak kelibat seorang wanita merangkak keluar dari bilik air.

Terkejut dengan kemunculan makhluk tersebut, Ah Kiat terus berlari turun macam tak cukup tanah.

"Itulah, cakap besar. Saya cakap ada hantu lu tak percaya," balas Pak Long.

Ah Kiat diam. Dia juga tak mahu meneruskan kerja lagi sehingga kami terpaksa menghubungi rakan lain mengambilnya pulang.

Lebih kurang pukul 3 petang, saya dan seorang rakan naik ke tingkat atas bagi menghabiskan kerja-kerja Ah Kiat.

Sebaik menjejakkan kaki ditingkat atas, kepala saya terasa kembang kecut. Bulu roma sentiasa meremang, bagai ada sesuatu yang sedang memerhati kami bekerja.

Masa tu saya bekerja dalam keadaan tak tenang. Mata asyik meliar memerhati sekeliling.

"Tak apa, kita dua orang," ujar Udin cuba memberi semangat, padahal saya tahu dia juga sedang ketakutan seperti saya.

Sesekali, ketika saya asyik bekerja, kami ternampak kelibat kanak-kanak berlari.

Zass.. Zass..

Bayang kanak-kanak berwarna hitam itu bergerak pantas. Sekejap masuk ke bilik air, sekejap berlari keluar rumah. Adakalanya kami terdengar bunyi tapak kaki menghentak lantai.

Bukk! Bukk!

Walaupun takut, kami kuatkan semangat. Kami buat bunyi bising dan cuba mengabaikan gangguan itu.

Cemas dengan keadaan yang kurang selesa itu, kami buat kerja dengan pantas. Saya nak kerja ini dibereskan dengan segera.

Tak sanggup lagi saya bekerja di dalam banglo ini. Kalau nak bekerja pun tak sanggup, hendak tinggal di sini apatah lagi.

Entah siapa pemilik banglo ini saya pun tak tahu. Adakah dia tahu tentang semua gangguan ini, pun saya tak pasti.

***

Pukul 5.30 petang, kerja-kerja pendawaian banglo selesai dan selepas mengemas, bergegas saya dan Udin berlari turun ke bawah. Tak sanggup nak duduk di atas lama-lama.

Semasa mahu pulang, sebuah kereta masuk ke perkarangan rumah. Keluar dari kereta itu seorang lelaki tua, usianya lingkungan 60an. Mulanya saya tak tahu siapa gerangannya.

"Ni Pak Cik Amin, tuan rumah ni," Pak Long perkenalkan kepada kami.

Selepas memeriksa kerja yang kami lakukan, Pak Cik Amin mengajak kami minum di sebuah gerai berdekatan taman tersebut. Kami mengikut tanpa membantah.

Waktu itu, kami langsung tidak menceritakan apa yang berlaku ketika di banglo tersebut.

Tapi sedang rancak berbual kosong, Pak Cik Amin tembak satu soalan.

"Masa buat kerja kat rumah aku tu, kena kacau ke?" tanya Pak Cik Amin.

Saya yang tadinya tertunduk mengangkat muka. Rupanya Pak Cik Amin pun tahu.

"Kena la. Saya nampak budak," pantas saya menjawab.

"Saja je tu. Dia nak ajak main," balas Pak Cik Amin.

"Ajak main? Ishh, tu bukan main, tapi menyakat. Tak mahu saya main dengan benda tu," jawab saya.

"Pak cik tahu ke rumah tu berhantu?" soal Pak Long pula.

***

Petang itu Pak Cik Amin membuka kisah. Katanya, banglo tersebut sebenarnya milik arwah anaknya dan banglo itu juga menyimpan sebuah kisah sedih buat keluarga Pak Cik Amin.

Cerita Pak Cik Amin, sekitar sepuluh tahun lalu, masih belum banyak perumahan di kawasan itu.

Banglo anaknya terletak di hujung sekali dan berdekatan ladang kelapa sawit yang ada kini. Ladang itu pula merupakan sarang penagih dadah.

Suatu hari, menantu perempuannya mendapat panggilan daripada pembantu rumah. Hanya beberapa patah perkataan talian terputus. Sebab tak sedap hati, menantu dan anaknya bergegas pulang.

Sampai di rumah pasangan suami isteri itu terkejut. Rumah mereka telah diceroboh pencuri.

"Yang sedihnya, cucu pak cik yang baru berusia dua tahun, tak ada dosa lagi kena bunuh. Perutnya terbelah. Pembantu rumah pula kena kelar kat leher, pun mati juga. Yang buat ni penagih dadah," dedah Pak Cik Amin.

Kejadian itu memang meninggalkan trauma kepada Pak Cik Amin sekeluarga. Paling teruk ialah menantunya.

"Anak menantu pak cik tak boleh terima kejadian tu. Yalah, anak tunggal mati kena bunuh, siapa tak sedih," ujar Pak Cik Amin sayu.

"Mana anak pak cik sekarang?" tanya saya pula.

"Tulah yang buat pak cik lagi sedih. Lepas hilang cucu, pak cik pula hilang anak menantu," jawab Pak Cik Amin tanpa menghabiskan kata-katanya.

Pak Cik Amin diam seketika. Agak lama mendiamkan diri, baru dia menyambung.

"Anak menantu pak cik mati bunuh diri."

Bunuh diri?

Lanjut Pak Cik Amin, akibat tidak dapat menerima kematian tersebut, anak menantunya jadi murung.

Mereka tertekan sehingga bertindak gila. Pasangan suami isteri ini akhirnya membunuh diri.

Lebih menakutkan, mereka mati dengan cara menggantung diri di dalam banglo milik mereka itu.

Mendengar pengakuan Pak Cik Amin, terbuntang mata kami dibuatnya.

Jadi, kelibat yang kami nampak di dalam banglo itu, adakah roh cucu dan anak menantunya? Seram!

Kemudian, Pak Long yang tadi asyik mendengar bersuara.

"Buat elok rumah tu, pak cik nak duduk ke?" tanya Pak Long.

"Isshh tak. Pak cik dah ada rumah. Ingatkan rumah tu nak buat homestay,"jawab Pak Cik Amin.

GLUPP!

Sekali lagi saya tertelan air liur. Siapa nak menyewa banglo berhantu?!

Nota editor: Saya, dalam kisah benar di atas hanya mahu dikenali sebagai Shamri, berusia 24 tahun. Shamri meminta identitinya dirahsiakan dan juga lokasi banglo berhantu itu agar tidak menyinggung perasaan pihak lain.

Artikel ini diterbitkan buat pertama kalinya di dalam majalah mastika November 2016.

BACA INI JUGA: 10 Tempat Paling Berhantu Dan Menyeramkan Di Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, February 27, 2017

Sejarah Anugerah Oscar Filem Hollywood

Sejarah Anugerah Oscar Filem Hollywood

Anugerah Oscar atau Anugerah Akademi adalah sebuah majlis anugerah tahunan Hollywood, Amerika Syarikat, yang diacarakan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (A.M.P.A.S.) untuk mengiktiraf kecemerlangan sinematik dalam industri filem Amerika Syarikat.

Sejarah+Infografik+Oscar

Majlis anugerah Oscar pertama kali diadakan pada tahun 1929 di Hotel Hollywood Roosevelt.

Majlis anugerah Oscar pertama kali disiarkan melalui radio pada tahun 1930 dan mula disiarkan di televisyen pada tahun 1953.

Pada masa kini, majlis akademi Anugerah Oscar disiarkan secara langsung di lebih daripada 200 buah negara diseluruh dunia.

Sejarah Pertama Oscar

Menurut laman web oscars.org, idea untuk membuat anugerah Oscar mula tercetus tahun 1927, tidak lama selepas terbentuknya Academy of Motion Picture Arts and Sciences, yang pada mulanya digelar makan malam bersama di Crystal Ballroom Hotel Baltimore di Los Angeles.

Di antara topik yang dibincangkan dalam makan malam organisasi tersebut adalah penghargaan untuk para penggiat filem.

Idea untuk memberikan penghargaan secara rutin kepada tokoh-tokoh filem ini pun dipersetujui.

Art Director MGM, Cedric Gibbsons, kemudiannya telah melakar patung seorang kesatria yang berdiri di atas gulungan filem sambil memegang pedang.

Pihak Academy kemudian meminta pereka patung terkenal Los Angeles, George Stanley, untuk menjadikannya dalam bentuk tiga dimensi. Maka terbentuklah piala yang kemudian disebut Oscar.

Anugerah perdana piala Oscar berlangsung pada 16 Mei 1929 di Blossom Room Hotel Hollywood Roosevelt.

Sehingga tahun 1945, ukuran patung yang menjadi piala Oscar ini juga berubah-ubah. Bahan yang digunakan juga berganti-ganti.

Kemudian, selepas tahun 1945, rekaan patung anugerah Oscar dibuat dengan ukuran ketinggian 13.5 inci dan sejak tahun 1982 pula, bahan untuk membuat patung anugerah Oscar dibuat daripada emas.

Secara rasmi, ketika pertama kali dianjurkan, pihak Academy memberi nama penghargaan ini dengan sebutan Academy Award of Merit.

Nama anugerah Oscar muncul secara misteri dengan beberapa versi cerita yang menyebut asal usul mula nama Oscar.

Di antara versi ini menyebutkan bahawa nama Oscar muncul dalam tulisan Sidney Skolsky.

Laman web history1900s.about.com pula memiliki versi lain. Menurut laman web ini, nama Oscar bermula dari cerita seorang pustakawan di the Academy bernama Margaret Herrick.

Ketika melihat patung yang terpasang di piala, secara spontan dia mengaku ingat pakciknya yang bernama Oscar. Kemudian dari situlah piala tersebut kemudiannya dikenali di Academy sebagai anugerah Oscar.

Hingga saat ini, belum ada kesepakatan tentang sejarah penyebutan nama Oscar dan walaupun asal usul permulaan nama anugerah Oscar masih misteri, penghargaan ini tetap menjadi sangat terkenal di seluruh dunia

Sejarah+Nama+Oscar

Beberapa kejadian menarik juga mengiringi sejarah anugerah Oscar ini.

Seorang aktor terbaik penerima anugerah Oscar, Emil Jannings, ketika dinobatkan sebagai aktor terbaik, memilih untuk pulang ke negara asalnya, Jerman, berbanding menghadiri anugerah ini.

Seorang aktor bernama Oscar yang meraih penghargaan tersebut, Oscar Hammerstein II, berjaya mendapat anugerah untuk lagunya berjudul ‘The Last Time I Saw Paris’. Lagu ini menjadi soundtrack filem berjudul ‘Lady Be Good’. Oscar meraih penghargaan Oscar ini pada tahun 1941.

3 Filem Pemenang Terbanyak Oscar

Sepanjang anugerah filem Oscar, Academy Awards memiliki peraturan jumlah maksimum Oscar yang boleh dimenangi oleh sesebuah filem adalah 11 anugerah.

Dan dalam sejarah anugerah Akademi Oscar, hanya 3 filem hebat yang berjaya mencapai prestasi gemilang membawa 11 anugerah Oscar setakat ini.

1. Ben-Hur

Ben-Hur (1959), filem yang diarahkan oleh William Wyler, berjaya memenangi 11 anugerah Oscar dari 12 pencalonan.

Ben Hur dibintangi oleh Charlton Heston, yang dikhianati oleh rakannya semasa kecil dengan menjadikannya sebagai hamba kapal.

Cerita menggambarkan perjuangan Ben Hur selama menjadi hamba, kehilangan keluarga, hingga akhirnya memperoleh kebebasan.

Filem ini dipuji kerana alur cerita yang sangat mengesankan.

2. Titanic

Titanic (1997), diangkat dari kisah benar peristiwa tragis tenggelamnya kapal RMS Titanic yang menjadi latar utama filem garapan James Cameron.

Kisah percintaan antara Jack dengan Rose, seorang wanita kaya, membuatkan filem ini abadi sebagai filem kisah percintaan yang sangat hebat.

Efek visual yang teliti, sejarah yang hebat dan kisah cinta yang menyentuh hati, membuatkan Titanic menjadi salah satu filem paling laris sepanjang masa.

Filem Titanic memenangi 11 anugerah Oscar dari 14 pencalonan.

3. Lord of the Rings

Lord of the Rings: The Return of the King (2003), mendapat 11 pencalonan dan memenangi semuanya.

Diangkat dari novel fiksyen Tolkien, LOTR: Return of the King menggambarkan perjuangan Middle Earth melawan Sauron.

Filem ini juga menggambarkan perjalanan panjang Frodo ke Gunung Doom untuk menghancurkan cincin sakti.

Setiap adegan di dalam filem ini seakan-akan abadi bermula dari Aragorn yang memanggil tentera orang mati sehinggalah pertempuran antara Nazguls dan Gondor.

Bukan hanya efek visual, para pelakon dan juga jalan cerita seolah-olah menarik bersama penonton untuk seakan-akan berada bersama di dalam Middle Earth.

Sehingga saat ini, belum ada lagi filem lain yang mampu mengikut jejak tiga filem hebat di atas.

Kategori Anugerah

Kategori semasa
  • Filem Terbaik
  • Pengarah Terbaik
  • Pelakon Lelaki Terbaik
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
  • Pelakon Wanita Terbaik
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
  • Filem Animasi Terbaik
  • Filem Pendek Animasi Terbaik
  • Sinematografi Terbaik
  • Rekaan Kostum Terbaik
  • Filem Dokumentari Terbaik
  • Dokumentari Subjek Pendek Terbaik
  • Suntingan Filem Terbaik
  • Filem Bahasa Asing Terbaik
  • Filem Pendek Aksi Terbaik
  • Solekan dan Dandanan Rambut Terbaik
  • Skor Muzik Asal Terbaik
  • Lagu Asal Terbaik
  • Rekaan Produksi Terbaik
  • Suntingan Bunyi Terbaik
  • Adunan Bunyi Terbaik
  • Kesan Visual Terbaik
  • Lakon Layar Adaptasi Terbaik
  • Lakon Layar Asal Terbaik

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Mitos Cinta Filem-filem Hollywood

-SENTIASAPANAS.COM

Nokia 3310 Terbaharu Lebih Moden!

Nokia 3310 Terbaharu Lebih Moden!

Model 3310 keluaran Nokia berjaya menjadi fenomena bermula tahun 2000, seterusnya berjaya menjadi batu loncatan buat Nokia untuk terus menjadi pilihan pengguna sehinggalah platform Android dan iOS tiba.

Nokia 3310 2017

Popular dengan ketahanan baterinya, begitu juga dengan badannya yang tahan lasak, Nokia 3310 berjaya menjadi model yang sungguh ikonik buat Nokia.

Mana tidaknya, model Nokia 3310 telah berjaya menjadi pilihan untuk 126 juta pengguna di seluruh dunia sejak mula dilancarkan.

Mungkin jarang sekali kita melihat sebuah model melakukan ‘comeback‘, namun memandangkan jenama dan model ‘legend’ ini sudah berjaya melekat dihati pengguna, Nokia akhirnya telah melancarkan Nokia 3310 edisi 2017 dengan gaya yang lebih moden serta mengekalkan elemen klasik seperti model awalnya.

Dari segi spesifikasi, Nokia 3310 versi terbaru ini hadir dengan skrin berwarna. Kamera 2-megapixel serta slot Micro-SD turut disediakan. Memandangkan telefon ini difokuskan buat pengguna yang mahu mendapatkannya sebagai telefon kedua, penyediaan dual-sim turut dilakukan.

Cuma rangkaian 2G yang disediakan. Dalam erti kata lain, pengguna cuma boleh membuat panggilan serta menghantar mesej menggunakan SMS sahaja.

Diharapkan pengguna baru tidak kekok menekan keypad untuk menghantar mesej selepas hampir sedekad touch screen keyboard menjadi pilihan.

Kata orang, tidak sah sekiranya telefon keluaran Nokia tidak tahan lasak dan mampu bertahan dengan lama. Soal tahan lasak, sama-sama kita nantikan video ujian ‘ganas’ yang bakal dilakukan.

Dalam pada itu, Nokia turut mengesahkan Nokia 3310 ini mampu digunakan untuk berbual selama 22 jam serta mampu hidup selama sebulan untuk satu pengecasan penuh. Power!

Nokia turut berkongsi 4 warna menarik yang ditawarkan buat pengguna iaitu warna biru, kuning, merah dan silver.

Warna yang diumumkan ini adalah simbolik kepada warna-warna awal Nokia 3310 yang diumumkan pada tahun 2000, 17 tahun lalu!

Harga versi terbaru yang diumumkan buat Nokia 3310 adalah $52 (~RM230.83) dan akan mula dijual pada suku kedua 2017.

Pada pendapat kami, telefon ini sesuai buat mereka yang ingin menjadikan Nokia 3310 sebagai telefon kedua disebabkan ketahanan baterinya.

Elemen moden dan retro yang digabungkan ini bakal mengingatkan anda kembali kepada telefon mudah alih pertama anda.

Game kegemaran ramai iaitu Snake antara yang tersedia pada telefon ini dan seperti modelnya, game Snake yang dikeluarkan ini turut menerima sentuhan baru yang tampak lebih moden.

Tahniah buat Nokia kerana berjaya tampil semula di dalam industri smartphone. Kehadiran Nokia 3310 ini lebih kepada cara Nokia menghargai para pengguna yang terus menyokong jenama ini.

Kini mereka telah kembali dan akan turut mengeluarkan smartphone Android berspesifikasi tinggi bagi mencabar Apple dan Samsung.

BACA INI JUGA: Nokia 6, Smartphone Pertama Android Nokia!

Sumber: thevocket

Mengenali Apa Itu VX, Senjata Kimia Paling Berbahaya Di Dunia!

Mengenali Apa Itu VX, Senjata Kimia Paling Berbahaya Di Dunia!

Apa itu agen saraf VX? “Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate” atau “Agen Saraf VX” juga disebut "VX Nerve Agent" telah disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997.

VX

Tujuan VX dicipta adalah supaya boleh digunakan ketika peperangan sebagai agen saraf yang tidak mempunyai rasa, tidak mempunyai bau dan sukar dikesan.

Huruf VX membawa maksud ‘venom’ yang terdiri daripada komponen sebatian yang berpotensi tinggi dan mempunyai ciri-ciri untuk menembusi kulit.

VX sukar dikesan di mana ia memerlukan dua sebatian yang boleh dicampurkan pada saat ia mahu digunakan ke atas mangsa.

Manakala Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dalam Resolusi 687, mengelaskan agen saraf VX sebagai senjata pemusnah besar-besaran.

VX sangat berbahaya kerana cuma 10mg diperlukan untuk menyebabkan kematian hanya melalui sentuhan kulit dan dos maut median bagi penyedutan dianggarkan 30-50 mg, min/m3.

VX tampil dalam bentuk cecair berminyak yang berwarna cokelat kekuningan tetapi tidak mempunyai bau dan rasa.

Badan pemikir yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) Council on Foreign Relations menyifatkan VX sebagai “agen saraf paling membawa maut yang pernah dicipta”.

Konvensyen Senjata Kimia PBB 1993 pula mengharamkan pengeluaran VX melebihi 100 gram setahun untuk satu-satu tempat.

Pertubuhan Larangan Senjata Kimia, yang mempromosikan CWC, hanya membenarkan pengecualian untuk tujuan kajian, perubatan dan farmaseutikal untuk membawa keluar VX dari pusat pengeluaran berskala kecil dengan jumlah agregat tidak lebih 10kg setahun bagi satu-satu tempat.

Agen saraf VX juga jauh lebih berbahaya berbanding gas sarin yang sudah diketahui ramai bahayanya. Sarin, yang juga tidak berwarna dan tidak berbau, turut dikategorikan sebagai senjata pembunuh besar-besaran.

Bagaimana VX boleh wujud?

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat (AS), VX pada mulanya dibangunkan di United Kingdom sebagai senjata kimia untuk digunakan ketika peperangan.

The Guardian melaporkan agen saraf ‘VX Nerve Agent’ dicipta oleh ahli kimia bernama Ranaji Ghosh yang bekerja untuk Imperial Chemical Industries di United Kingdom sekitar 1950-an.

Akademi Sains, Kejuruteraan dan Perubatan Washington pula berkata, tentera British pernah mengkaji ketoksidannya sebelum menyerahkan formula VX kepada tentera AS.

AS memulakan pengeluaran besar-besaran VX pada tahun 1961.

Pernahkah VX digunakan sebagai senjata?

Memetik CDC, CNN melaporkan VX dipercayai telah digunakan dalam perang Iran-Iraq sekitar tahun 80-an.

Tentera AS juga terlibat dalam beberapa pengeluaran terkawal dan tidak sengaja gas itu.

Iraq di bawah pemerintahan presiden Saddam Hussein turut dipercayai menggunakan VX untuk menyerang puak Kurdish pada tahun 1988.

Negara mana yang memiliki VX?

Setakat ini hanya AS dan Rusia yang mengaku memiliki stok VX bagaimanapun, The Guardian percaya lebih banyak lagi negara lain yang memiliki bahan itu.

Dibawah Konvensyen Senjata Kimia PBB, AS telah memusnahkan sebahagian kecil simpanannya, diikuti oleh Rusia.

Menurut NGO antarabangsa antisenjata pemusnah besar-besaran, Inisiatif Ancaman Nukelear (NTI), Korea Utara mendakwa tidak pernah menjalankan program senjata kimia.

Bagaimanapun, negara itu dipercayai memiliki antara 2,500 hingga 5,000, termasuk VX, menjadikan Korea Utara sebagai pihak ketiga yang paling banyak memiliki senjata kimia selepas AS dan Rusia.

Kerajaan Korea Utara dipercayai mampu menghasilkan kebanyakan jenis senjata kimia, namun perlu mengimport beberapa prekursor untuk menghasilkan agen sarat, yang telah pun dilakukan sebelum ini.

Pada kapasiti maksimum, Korea Utara dijangka mampu menghasilkan sehingga 12,000 tan (senjata kimia).

Agen saraf seperti sarin dan VX dianggap menjadi fokus pengeluaran Korea Utara, lapor The Guardian.

Apa kesan VX kepada manusia?

VX

Menurut Akademi Kebangsaan AS, pendedahan dengan dos hampir membunuh menyebabkan mangsa akan hilang kesedaran, kekejangan, hilang upaya bergerak dan masalah apnea.

VX adalah yang paling bertoksik dalam kategori agen saraf dan boleh membunuh mangsa melalui campuran dalam makanan atau bekalan air atau digunakan terus ke atas kulit mangsa.

Seperti semua agen saraf, VX juga menyebabkan enzim-enzim penting tubuh tidak berfungsi, yang membawa kepada keletihan dan ketidakmampuan pernafasan.

Mangsa boleh mati dalam masa 15 minit jika VX digunakan dalam bentuk gas dengan kekuatan 100 kali ganda gas sarin yang pernah digunakan dalam serangan stesen kereta api bawah tanah di Tokyo, Jepun pada 1995.

Simptomnya juga akan bermula sejurus selepas terkena sehingga 18 jam kemudian, bergantung kepada sejauh mana pendedahan tersebut.

Mangsa juga boleh pitam manakala dos yang banyak boleh menyebabkan kelumpuhan dan maut akibat kegagalan sistem pernafasan.

Dos yang rendah pula boleh menyebabkan degupan jantung bertambah kencang, loya, air liur meleleh, penglihatan menjadi kabur, kesakitan dan kelesuan.

Cara VX Membunuh Mangsa

O-Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau Agen Saraf VX adalah organophosphate (OP) yang sangat beracun dalam bentuk cecair dan boleh mengganggu sistem saraf badan dengan teruk dan digunakan sebagai agen saraf di dalam perang kimia.

VX berfungsi dengan menghalang enzim acetylcholinesterase dari berfungsi dan menyebabkan otot-otot mengecut secara berterusan.

Kegagalan acetylcholinesterase untuk berfungsi menyebabkan otot-otot mangsa mengecut sehingga ke tahap yang kritikal (supercontraction).

Kegagalan itu juga menyebabkan semua otot-otot mangsa menjadi lumpuh termasuklah otot diafragma (diaphragm muscle) dan mangsa akan mengalami kesukaran untuk bernafas yang amat teruk dan akan meninggal dunia dalam keadaan menderita kerana kesukaran bernafas (asphyxiation).

VX tiada penawar?

Walaupun terdapat penawar, ia hanya berkesan dengan sempurna apabila dirawat segera kerana bahan itu bertindak pantas.

Sehingga kini, mangsa yang terdedah dengan dos VX yang tinggi tidak mampu hidup lama walaupun sudah ada penawar bagi racun VX.

BACA INI JUGA: Pokok Paling Beracun Di Dunia!

Sumber: mk

Saintis Membuktikan Virus ACTV-1 Penyebab Manusia Jadi Bodoh!

Saintis Membuktikan Virus ACTV-1 Penyebab Manusia Jadi Bodoh!

Tajuk artikel kali ini menggunakan perkataan yang agak kasar tapi sebenarnya adalah fakta yang telah dibuktikan oleh saintis.

Virus ACTV-1

Menerusi penemuan terbaru hasil kajian saintis mendedahkan bahawa setiap daripada kita sebenarnya berpotensi untuk menjadi dungu atau kurang cerdik.

Pada tahun 2014, sekumpulan saintis dari Amerika Syarikat yang menjalankan kajian mencari punca danpenyebab terjejasnya fungsi kognitif pada manusia telah menemui secara tidak sengaja sejenis virus berbahaya yang dipanggil Acanthocystis Turfacea Aclorella Virus 1 (ACTV-1).

Virus ini bukanlah penyebab kematian tetapi dipercayai boleh membuatkan seseorang yang dijangkiti menjadi bodoh.

Saintis dari Johns Hopkins University, Baltimore dan University of Nebraska telah cuba untuk memahami bagaimana virus tersebut muncul dan menjangkiti manusia.

Bagi mencari jawapannya, mereka melakukan ujian fungsi kognitif ke atas 33 orang individu, termasuk pemeriksaan pada tekak sampel.

Selepas mengawal pelbagai pemboleh ubah, saintis mendapati sesuatu yang tidak dijangka kerap muncul pada tekak sampel.

Apabila kajian diperluaskan dari 33 orang kepada 92 orang, keputusannya tetap sama. Hampir separuh daripada sampel atau 44 orang didapati mempunyai virus ACTV-1 pada kerongkong mereka.

Kesan Virus ACTV-1

Berdasarkan kepada penelitian, sampel dikesan mengalami prestasi penurunan pada kemampuan otak terutama dalam mengenal pasti gambar dan visual.

Virus tersebut turut memiliki keupayaan untuk menggandakan DNAnya lantas mengawal ekspresi gen dalam otak manusia termasuk memori dan emosi.

Saintis seterusnya melanjutkan kajian mereka ke atas tikus dan sangat mengejutkan, keputusan ujian makmal terbukti sama seperti ujian awal dimana kesan penurunan kecerdasan otak turut didapati menyerang tikus-tikus yang tersebut.

Tikus-tikus tersebut telah diberikan virus ACTV-1. Saintis kemudiannya melakukan analisis pada gen hippocampal dalam otak tikus yang dijangkiti.

Keputusan menunjukkan bahawa lebih daripada 1,200 gen telah dijangkiti virus ACTV-1.

Antara gen-gen tersebut adalah yang diketahui memainkan peranan dalam pembentukan pembelajaran dan ingatan.

Kesannya, tikus-tikus yang diserang ACTV-1 semakin kurang cerdas dalam melakukan tugas-tugas mudah termasuk cara bagaimana untuk mendapatkan sepotong keju.

Sebelum dijangkiti virus ACTV-1, tikus memiliki kemampuan luarbiasa ketika mencari sumber makanannya, walau dalam keadaan apa sekalipun.

Apa Itu Virus ACTV-1?

Sepanjang sejarah perubatan manusia, berjuta-juta jenis virus telah diketahui hidup dalam tubuh manusia.

Dan buat pertama kalinya, saintis kini sedang cuba untuk mengkaji keupayaan virus-virus ini dalam menyerang tubuh manusia.

Virus ACTV-1 sebenarnya bukanlah asing dalam kehidupan manusia. Kehadirannya boleh ditemui pada sejenis tumbuhan jenis alga yang banyak terdapat di persekitaran kita, terutamanya dalam tasik air tawar.

Alga merupakan organisma autotrof iaitu organisma yang mampu mengubah bahan an-organik menjadi organik.

Dengan kata mudah, ia berupaya membuat makanannya sendiri dengan bantuan tenaga seperti tenaga cahaya matahari dan kimia.

Bagaimanapun, berbeza dengan virus ACTV-1, virus ini didapati memiliki keupayaan diluar ramalan saintis.

Virus ACTV-1 tidak mendatangkan penyakit atau kematian seperti virus Ebola. Kehadiran virus ACTV-1 dalam tubuh manusia juga langsung tidak disedari.

Seseorang yang dijangkiti tidak akan merasakan sebarang tanda-tanda awal.

Malangnya, untuk kesan jangka panjang, tahap kognitif seseorang individu akan menurun menjadi kurang cerdik berbanding sebelumnya.

Bagaimana Virus ACTV-1 Berjangkit?

Virus ACTV-1 didapati bukan hanya menyerang perenang atau peminat sukan air, malah mereka yang tidak pernah melakukan aktiviti sukan air juga dijangkiti.Bagaimana virus ACTV-1 menjangkiti mereka yang bukan peminat sukan air masih menjadi tanda-tanya dan sedang dalam kajian.

Apa sekalipun, marilah kita bersyukur dan memanfaatkan sedikit kebijaksanaan yang ada sebaik mungkin tanpa perlu merasakan diri terlalu bagus berbanding orang lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bagaimana Manusia Menjadi Genius Dan Memiliki IQ Tinggi?

-SENTIASAPANAS.COM

Senarai Pemenang Anugerah Oscar 2017

Senarai Pemenang Anugerah Oscar 2017

Majlis gilang-gemilang Anugerah Oscar merupakan acara penghargaan tertinggi dalam industri perfileman Hollywood yang juga dikenali sebagai Anugerah Akademi, bakal bersiaran bermula Ahad, 26 Februari bertempat di Dolby Theatre di Hollywood, California.

Oscar 2017

Penonton di Malaysia boleh menonton siaran langsung acara Anugerah Oscar 2017 pada Isnin, 27 Februari bermula jam 9.30 pagi.

Dipersembahkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS), Oscar edisi ke-89 pada tahun 2017 ini akan dihoskan pelawak terkenal Jimmy Kimmel.

Acara tahunan kalendar hiburan Hollywood ini adalah bagi memberi penghargaan kepada filem-filem terbaik sepanjang tahun 2016 dalam kategori-kategori yang dipertandingkan.

1. Berikut merupakan senarai pencalonan bagi kategori utama dan pemenang Anugerah Oscar 2017:

Filem Terbaik
  • "Arrival"
  • "Fences"
  • "Hacksaw Ridge"
  • "Hell or High Water"
  • "Hidden Figures"
  • "La La Land"
  • "Lion"
  • "Manchester by the Sea"
  • "Moonlight" (Pemenang)

Pelakon Lelaki Terbaik
  • Casey Affleck, "Manchester by the Sea" (Pemenang)
  • Denzel Washington, "Fences"
  • Ryan Gosling, "La La Land"
  • Viggo Mortensen, "Captain Fantastic"
  • Andrew Garfield, "Hacksaw Ridge"

Pelakon Wanita Terbaik
  • Isabelle Huppert, "Elle"
  • Ruth Negga, "Loving"
  • Natalie Portman, "Jackie"
  • Emma Stone, "La La Land" (Pemenang)
  • Meryl Streep, "Florence Foster Jenkins"

Pengarah Terbaik
  • Denis Villeneuve, "Arrival"
  • Mel Gibson, "Hacksaw Ridge"
  • Damien Chazelle, "La La Land" (Pemenang)
  • Kenneth Lonergan, "Manchester by the Sea"
  • Barry Jenkins, "Moonlight"

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
  • Mahershala Ali, "Moonlight" (Pemenang)
  • Jeff Bridges, "Hell or High Water"
  • Lucas Hedges, "Manchester by the Sea"
  • Dev Patel, "Lion"
  • Michael Shannon, "Nocturnal Animals"

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
  • Viola Davis, "Fences" (Pemenang)
  • Naomie Harris, "Moonlight"
  • Nicole Kidman, "Lion"
  • Octavia Spencer, "Hidden Figures"
  • Michelle Williams, "Manchester by the Sea"

Lakon Layar Asal Terbaik
  • "Hell or High Water" - Written by Taylor Sheridan
  • "La La Land" - Written by Damien Chazelle
  • "The Lobster" - Written by Yorgos Lanthimos, Efthimis Filippou
  • "Manchester by the Sea" - Written by Kenneth Lonergan (Pemenang)
  • "20th Century Women" - Written by Mike Mills

Lakon Layar Adaptasi Terbaik
  • "Arrival" - Screenplay by Eric Heisserer
  • "Fences" - Screenplay by August Wilson
  • "Hidden Figures" - Screenplay by Allison Schroeder and Theodore Melfi
  • "Lion" - Screenplay by Luke Davies
  • "Moonlight" - Screenplay by Barry Jenkins; Story by Tarell Alvin McCraney (Pemenang)

Filem Animasi Terbaik
  • "Kubo and the Two Strings"
  • "Moana"
  • "My Life as a Zucchini"
  • "The Red Turtle"
  • "Zootopia" (Pemenang)

Filem Bahasa Asing Terbaik
  • "Land of Mine," Denmark
  • "A Man Called Ove," Sweden
  • "The Salesman," Iran (Pemenang)
  • "Tanna," Australia
  • "Toni Erdmann," Germany

Filem Dokumentari Terbaik
  • "Fire at Sea"
  • "I Am Not Your Negro"
  • "Life, Animated"
  • "O.J.: Made in America" (Pemenang)
  • "13th"

Lagu Asal Terbaik
  • "Audition (The Fools Who Dream)" - "La La Land." Music by Justin Hurwitz, Lyrics by Benji Pasek and Justin Paul
  • "Can't Stop The Feeling" - "Trolls." Music and lyrics by Justin Timberlake, Max Martin, and Karl Johan Schuster
  • "City of Stars" - "La La Land." Music by Justin Hurwitz, Lyrics by Benji Pasek and Justin Paul (Pemenang)
  • "The Empty Chair" - "Jim: The James Foley Story." Music and lyrics by J. Ralph and Sting
  • "How Far I'll Go" - "Moana." Music and lyrics by Lin-Manuel Miranda

2. Berikut pula adalah senarai penuh pencalonan dan keputusan pemenang piala Anugerah Oscar 2017:

BEST PiCTURES
  • Moonlight – Adele Romanski, Dede Gardner and Jeremy Kleiner
ACTOR IN A LEADING ROLE
  • Casey Affleck (Manchester by the Sea)
ACTRESS IN A LEADING ROLE
  • Emma Stone (La La Land)
DIRECTING
  • Damien Chazelle (La La Land)
FILM EDITING
  • Hacksaw Ridge – John Gilbert
CINEMATOGRAPHY
  • La La Land – Linus Sandgren
VISUAL EFFECT
  • The Jungle Book – Robert Legato, Adam Valdez, Andrew
WRITING (ADAPTED SCREENPLAY)
  • Moonlight by Barry Jenkins; Story by Tarell Alvin McCraney
WRITING (ORIGINAL SCREENPLAY)
  • Manchester by the Sea – Kenneth Lonergan
ANIMATED FEATURE FILM
  • Zootopia – Byron Howard, Rich Moore and Clark Spencer
COSTUME DESIGN
  • Fantastic Beasts and Where to Find Them, Colleen Atwood
MAKEUP AND HAIRSTYLING
  • Suicide Squad, Alessandro Bertolazzi, Giorgio Gregorini and Christopher Nelson
SOUND EDITING
  • Arrival, Sylvain Bellemare
SOUND MIXING
  • Hacksaw Ridge, Kevin O'Connell, Andy Wright, Robert Mackenzie and Peter Grace
MUSIC (ORIGINAL SCORE)
  • La La Land – Justin Hurwitz
MUSIC (ORIGINAL SONG)
  • City Of Stars (La La Land)
ACTOR IN A SUPPORTING ROLE
  • Mahershala Ali (Moonlight)
ACTRESS IN A SUPPORTING ROLE
  • Viola Davis (Fences)
PRODUCTION DESIGN
  • La La Land – David Wasco
DOCUMENTARY FEATURE
  • O.J .: Made in America
DOCUMENTARY (SHORT SUBJECT)
  • The White Helmets – Orlando von Einsiedel and Joanna Natasegara
FOREIGN LANGUAGE FILM
  • The Salesman (Iran); Directed by Asghar Farhadi
SHORT FILM (ANIMATED)
  • Piper – Alan Barillaro and Marc Sondheimer
SHORT FILM (LIVE ACTION)
  • Sing – Kristof Deák and Anna Udvardy

Semoga terhibur.

BACA INI JUGA: 5 Filem Seram Terbaik Asia

Sumber: aa

Sambutan Hari Penyakit Luar Biasa, Rare Disease Day

Sambutan Hari Penyakit Luar Biasa, Rare Disease Day

Sambutan Hari Penyakit Luar Biasa, Rare Disease Day, disambut pada setiap 28 Februari setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit yang jarang berlaku terhadap individu yang mempunyai penyakit yang luarbiasa.

Rare Disease Day

Hari Penyakit Luar Biasa telah ditubuhkan pada tahun 2008 kerana menurut Pertubuhan Eropah untuk Penyakit Luar Biasa (EURORDIS), rawatan untuk pelbagai penyakit yang jarang berlaku tidak mencukupi, begitu juga dengan kurangnya kesedaran rangkaian sosial untuk menyokong individu yang mempunyai penyakit yang jarang berlaku ini dan keluarga mereka.

Sambutan hari penyakit luar biasa yang pertama telah diadakan pada 29 Februari 2008 di kebanyakan negara-negara Eropah dan Kanada melalui Pertubuhan Kanada untuk Penyakit Luar Biasa, yang dianjurkan oleh EURORDIS.

Tarikh itu dipilih kerana 29 Februari ialah "hari luarbiasa yang jarang berlaku" dan tahun 2008 adalah ulang tahun ke-25 lulusnya Orphan Drug Act di Amerika Syarikat.

Yang pastinya, sambutan akan jatuh pada 28 Februari setiap tahun jika tahun tersebut bukan tahun lompat.

Pada tahun 2009, Hari Penyakit Luar Biasa telah diperkenalkan secara global oleh pertubuhan kebangsaan, National Organization for Rare Disorders (NORD) dengan berkongsi 200 jenis penyakit yang sangat jarang berlaku, sebagai sokongan terhadap pesakit di Amerika Syarikat.

Manakala organisasi di China, Australia, Taiwan dan Amerika Latin juga menerajui usaha ini di negara masing-masing untuk menyelaraskan aktiviti dan memperkenalkan sambutan Hari Penyakit Luar Biasa ini.

Seperti dikutip dari laman rasmi Rare Disease Day, dianggarkan ada lebih dari 6,000 jenis penyakit luarbiasa di seluruh dunia dengan gejala yang pelbagai.

Kira-kira 80 peratus penyakit luar biasa diidentifikasikan sebagai masalah genetik, sementara penyakit lain adalah hasil dari jangkitan bakteri atau virus, alergik, masalah persekitaran, masalah degeneratif atau penuaan dan proliferasi. Sesetengah dari penyakit luar biasa ini turut dialami kanak-kanak.

Penyakit luar biasa terkadang memiliki gejala seperti penyakit biasa sehingga pengamal perubatan tersalah diagnosis lalu sukar diubati.

Penyakit luar biasa kerap kali menyebabkan cacar dan menurnkan kualiti hidup penderitanya kerana penyakit yang kronik, progresif, regeneratif dan menyebabkan kematian.

Faktanya, ubat-ubatan yang ada sering kali tidak memberi kesan yang efektif kerana bertambahnya tahap kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh pesakit dan keluarga mereka.

Selain itu, keperluan untuk rawatan kesihatan yang berkualiti sering menghadapi kesukaran dan menyebabkan beban sosial yang amat berat pada pesakit.

BACA INI JUGA: 10 OKU Yang Memberi Inspirasi Kepada Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, February 26, 2017

Sambutan Hari Beruang Polar Antarabangsa

Sambutan Hari Beruang Polar Antarabangsa

Bagi anda yang belum tahu apa itu Sambutan Hari Beruang Polar Antarabangsa, International Polar Bear Day, ia merupakan satu acara tahunan yang disambut pada setiap 27 Februari untuk meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan beruang kutub.

Polar Bear

Sambutan Hari Beruang Polar Antarabangsa ini dianjurkan oleh pertubuhan beruang kutub antarabangsa untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan pemanasan global dan kesan pencairan ais laut pada populasi polar bear.

Sambutan ini menggalakkan orang ramai untuk mencari jalan bagi mengurangkan pengeluaran karbon, seperti beralih kepada penggunaan termostat atau mengurangkan penggunaan kereta.

Sambutan Hari Beruang Polar Antarabangsa juga digunakan untuk menggalakkan penggunaan penebat tenaga yang lebih cekap di rumah.

Ketika sambutan Sambutan Hari Beruang Polar Antarabangsa disambut, Zoo menggunakan hari ini untuk mendidik orang ramai tentang pemuliharaan polar bear dengan menggalakkan lawatan ke pameran-pameran polar bear.

Universiti Saskatchewan mengumumkan pada tahun 2014 bahawa, pihak universiti akan menghidupkan thermostats sehingga dua darjah pada musim panas dan diturunkan kepada dua darjah selsius pada musim sejuk untuk menghormati hari polar bear antarabangsa.

Keputusan itu dijangka dapat mengurangkan pelepasan karbon pihak universiti sebanyak dua ribu tan dan menjimatkan wang Universiti lebih daripada dua ratus ribu ringgit setahun.

Pada hari sambutan juga, seluruh dunia dijemput mengambil bahagian dalam cabaran termostat, Thermostat Challenge, sama ada di rumah, tempat kerja mahupun di sekolah.

Thermostat Challenge

Cabaran termostat adalah hari dimana anda menetapkan suhu termostat naik atau turun (bergantung kepada musim) sekurang-kurangnya dua darjah selsius untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan menyesuaikan suhu pada waktu malam atau apabila tiada sesiapa berada di rumah.

Dalam tempoh sekurang-kurangnya lapan jam — keluarga, sekolah atau premis perniagaan boleh menjimatkan 1% kos dan lebih penting, tindakan ini mampu mengelakkan pembaziran tenaga dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Apabila pencemaran dan pemanasan global dapat dikurangkan, maka kadar pencairan ais di kutub mampu dikawal sekaligus boleh menyelamatkan kewujudan beruang polar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sambutan Hari Berfikir Sedunia, World Thinking Day

-SENTIASAPANAS.COM