Friday, December 09, 2016

Mengapa Allah Mendatangkan Bahagia Sesaat Tapi Derita Berpanjangan?

Mengapa Allah Mendatangkan Bahagia Sesaat Tapi Derita Berpanjangan?

Kebahagiaan datang hanya sesaat, tetapi mengapa penderitaan datang itu dirasakan sangat lama dan berterusan hadir dalam setiap saat hidup kita?

Derita

Sebenarnya dalam kepedihan ada pengalaman berharga.
Dalam kepahitan ada kesembuhan yang menguatkan.
Dalam kekacauan sekali pun ada ketabahan dan usaha untuk keluar dari semua masalah itu.
Kehidupan ini adalah seperti satu pakej sebenarnya.

Bahagia dan menderita itu saling membelakangi, seperti dua sisi duit syiling. Bila kebahagiaan datang, penderitaan ada pada sisi sebelah lagi yang tertutup.

Tetapi pada saat penderitaan itu datang, bahagia juga berada di sisi sebelah lagi yang tertutup.

“Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan” (QS. Al-Insyirah : 6)

Hanya orang yang bijaksana akan dapat melihat sisi syiling itu dari sudut syiling itu berdiri, dapat melihat keduanya.

Lupakan penderitaan, berjuanglah untuk mengubah keadaan dengan sepenuh tenaga untuk “membalikkan” keadaan.

Mereka yang memiliki sense of humor dapat melihat sesuatu dari sudut yang indah.

Menjadikan kesedihan menjadi gelak tawa. Membuat air mata kepedihan menjadi air mata bahagia.

Tiada harapan yang bersinar lebih terang di kala kegelapan, melainkan harapan yang dipancarkan oleh keimanan kita kepada Allah SWT. Keimanan kita.

Ya, itulah dia harapan yang akan menyuluh jalan keluar di kala kelemahan dan derita.

Mahukan kebahagiaan, maka marilah pada Tuan Punya Kebahagian, iaitu Allah.

Maka yang penting adalah doa, keimanan yang mantap, berusaha dan jangan putus asa dalam mencari kebahagiaan!

Yakin kepada Allah SWT. Berputus asa samalah dengan kita tidak lagi meyakini-Nya. Sebab itu, Allah amat membenci mereka yang berputus asa.

Rahmat Allah sudah sangat luas.

Justeru di manakah ruang kita hendak berputus asa kepada-Nya?

Kita langsung tiada alasan untuk berputus asa hakikatnya.

Ujian adalah lumrah. Tetapi jangan berputus asa. Bersabarlah. Usaha dan usaha lagi.

BACA INI JUGA: 'Kisah Disebalik Gambar Yang Menyayat Hati Ini'

Sumber: Akuislam

Thursday, December 08, 2016

Kajian Mendapati Pengguna iPhone Kurang Jujur Berbanding Pengguna Android

Kajian Mendapati Pengguna iPhone Kurang Jujur Berbanding Pengguna Android

Anda seorang pengguna iPhone? Ya, anda mungkin kelihatan mewah dan bergaya namun, sebenarnya anda mungkin juga mempunyai tahap honesty-humility yang rendah.

iPhone

Honest-humility adalah merangkuimi kejujuran, keikhlasan, kesetiaan dan kebersederhanaan.

Lebih 500 peserta menjawab soalan tentang diri mereka dan sikap mereka terhadap telefon pintar mereka dalam satu kajian.

Kajian tersebut dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Lincoln, Universiti Lancaster, dan University of Hertfordshire.

Penyelidik mendapati pengguna iPhone melihat telefon mereka sebagai status dan simbol, mempunyai tahap emosional yang lebih tinggi dan lebih bersifat ekstrovert.

Pengguna Android pula kurang berminat dengan kemewahan, status sosial serta bersikap jujur dalam sesuatu perkara.

iPhone

Kajian yang diterbitkan di dalam sebuah jurnal bertajuk Cyberpsychology, Behaviour, and Social Networking itu memberitahu, kemungkinan bagi pengguna Android melanggar peraturan untuk kepentingan peribadi juga adalah sangat rendah berbanding pengguna iPhone.

Berdasarkan hasil kajian terbabit, penyelidik telah membentuk sebuah program komputer yang bertujuan untuk meramal apa yang dimiliki oleh pengguna telefon pintar.

Program ini meneka dengan betul 70% pada setiap kali ujian dibuat. Sangat mengagumkan!

BACA INI JUGA: Cara Membezakan iPhone Original Dan iPhone Palsu!

Sumber: Says

Misteri Kesatria Hitam, Satelit Atau UFO?

Misteri Kesatria Hitam, Satelit Atau UFO?

Tahukah anda bahawa terdapat sebuah satelit misteri di angkasa lepas yang dikenali sebagai Kesatria Hitam atau Black Knight.

Black Knight UFO

Satelit misteri ini juga tidak diketahui siapa pemiliknya dan Kesatria Hitam bukan berasal dari Bumi.

Istilah yang digunakan untuk satelit misteri ini termasuk apa yang dipanggil Sampah Angkasa (Space Junk) ataupun objek diluar bumi.

Bagi NASA, sampah angkasa tidak mempunyai sebarang nilai sains tetapi jika sampah ini jatuh ke Bumi, ia akan memberi kesan, bergantung kepada saiznya.

Persoalannya, siapa pemilik Kesatria Hitam dan apa fungsinya?

Setakat ini belum ada sebarang jawapan tetapi saintis ada beberapa fakta tentang Kesatria Hitam.

Satelit Kesatria Hitam mula mendapat publisiti pada tahun 1950an walaupun kehadirannya telah dikesan seawal tahun 1930an lagi.

Pada waktu itu, ahli astronomi telah mengesan isyarat radio yang dipercayai berpunca dari satelit misteri tersebut.

Disebabkan manusia belum lagi mempunyai kemampuan serta teknologi untuk menghantar sebarang satelit ke angkasa, minat untuk mengenal pasti serta mengkaji sumber isyarat radio tersebut terbantut.

Apabila Amerika dan Rusia mula membangunkan teknologi angkasa lepas, barulah minat terhadap satelit misteri Kesatria Hitam segar semula.

Pada mulanya, pihak Barat menyangka Kesatria Hitam sebagai satelit risikan kerana Rusia merupakan negara pertama yang berjaya membawa manusia ke angkasa lepas.

Mereka menyangka satelit Kesatria Hitam adalah milik Rusia. Tetapi ia bukan. Malah, satelit Kesatria Hitam bukan berasal dari Bumi pun!

Gelaran Kesatria Hitam (Black Knight) pada satelit misteri ini hanya bermula pada tahun 1998 apabila angkasawan NASA berjaya merakam gambarnya sewaktu berada di angkasa lepas.

Ramai yang percaya bahawa Kesatria Hitam adalah sebuah satelit, tetapi jika dilihat kepada rupa bentuknya, ia lebih mirip sebuah pesawat atau lebih tepat lagi ia mirip seperti sebuah UFO!

Isyarat Radio Misteri

Objek misteri Kesatria Hitam ini telah dikesan mengeluarkan isyarat radio selepas lebih 60 tahun, namun sehingga kini tiada siapa tahu identitinya yang sebenar.

Sehingga kini juga, tiada sebarang usaha mana-mana agensi angkasa lepas untuk memahami maksud isyarat radio Kesatria Hitam.

Isyarat radio yang dipancarkan dari Kesatria Hitam nampaknya bukan ditujukan kepada penduduk bumi kerana ia tidak mengandungi sebarang mesej yang boleh difahami.

Adakah objek misteri Kesatria Hitam sebenarnya sebuah kapal angkasa milik makhluk asing yang rosak dan terperangkap di ruang atmosfera Bumi?

Adakah isyarat yang dipancarkan mungkin isyarat kecemasan untuk meminta bantuan daripada bangsanya?

Rahsia UFO Disembunyikan?

UFO
UFO dilaporkan terhempas di Jepun yang siasatannya dirahsiakan.

Di Bumi, sepanjang beberapa dekad, telah banyak laporan mengenai UFO yang disyaki terhempas.

Dalam semua insiden, kerajaan yang terlibat telah meminta bantuan serta kepakaran kerajaan Amerika Syarikat.

Seperti dalam kejadian UFO yang terhempas di Jepun, Brazil, Turki serta negara-negara lain di luar Amerika.

Kejadian UFO yang didakwa terhempas di Roswell, Amerika Syarikat pada tahun 1947, menjadikan Amerika sebagai rujukan.

Yang peliknya, sebarang laporan kejadian UFO terhempas tidak pernah diumumkan hasil siasatannya kepada orang awam.

Kesatria Hitam mungkin adalah UFO yang tidak jatuh ke Bumi tetapi terapung di luar angkasa disebabkan berlaku kerosakan, lalu manusia menyangka ianya sebagai satelit.

Black Knight Satelit Makhluk Asing?

Seorang operator radio mendakwa berjaya mengungkai mesej yang dipancarkan dari satelit misteri Kesatria Hitam.

Menurutnya, mesej itu adalah sebuah carta kepada sebuah bintang yang terletak di Epsilon Bootes, sebuah sistem yang mengandungi dua buah bintang di bahagian utara gagasan Bootes.

Tambahnya lagi, satelit Kesatria Hitam berasal dari bintang tersebut semenjak 13 ribu tahun dahulu.

Bagaimanapun, dakwaan itu tidak dapat dibuktikan.

***

Epsilon Bootes

The message is as follows:

START HERE.
OUR HOME IS EPSILON BOOTIS.
WHICH IS A DOUBLE STAR.
WE LIVE ON THE 6th PLANET OF 7 - CHECK THAT, 6th OF 7 -
COUNTING OUTWARDS FROM THE SUN
WHICH IS THE LARGER OF THE TWO.
OUR 6th PLANET HAS ONE MOON,
OUR 4th PLANET HAS THREE,
OUR FIRST AND THIRD PLANETS EACH HAVE ONE.
OUR PROBE IS IN THE ORBIT OF YOUR MOON
THIS UPDATES THE POSITION OF ARCTURUS SHOWN ON OUR MAPS."

 Source: Thelivingmoon

***

Namun, kajian keatas mesej yang dikatakan telah dihantar melalui isyarat radio oleh Kesatria Hitam diatas tidak diteruskan.

Adalah tidak logik bagi makhluk asing untuk meletakkan sebuah satelit di Bumi hanya untuk memberitahu mengenai gugusan bintang di Epsilon Boote.

Jika benar makhluk asing mahu berkomunikasi dengan penduduk Bumi, banyak lagi cara yang boleh dilakukan bagi menjalin hubungan dua hala.

Cerita tentang kehadiran Kesatria Hitam mula dipaparkan di dada akhbar pada 14 Mei 1954.

Pihak Amerika merasa cemas kerana memikirkan bahawa Kesatria Hitam adalah milik Rusia yang menjalankan misi pengintipan ke atasnya.

Walau bagaimanapun, Jabatan Pertahanan Amerika kemudiannya mendakwa bahawa satelit tersebut adalah milik tentera udara.

Amerika Syarikat sebenarnya tidak tahu sama sekali siapa pemilik satelit tersebut, jadi mereka cuba merahsiakannya.

Sekumpulan Objek Makhluk Asing?

Kesatria Hitam bukan hanya merujuk kepada satu objek misteri sahaja, kerana mungkin ada lagi dua atau lebih.

Dr. Lincoln LaPaz, seorang pakar tentang objek-objek diluar angkasa Bumi dari University New Mexico, telah mengetuai satu projek untuk mengenal pasti objek misteri ini.

Menurut Dr. Lincoln, ada dua objek atau satelit yang sedang mengelilingi Bumi.

Satu berada pada ketinggian 400 batu, sementara yang satu lagi mengelilingi Bumi pada ketinggian 600 batu.

Sewaktu Spuknik Rusia mengelilingi Bumi, ada laporan mengatakan bahawa Kesatria Hitam mengekori kapal angkasa mereka.

Jika benar ianya berlaku, nampaknya Kesatria Hitam bukan sebuah satelit tetapi sebuah UFO.

Hanya UFO yang akan memberi tindak balas dengan mengekori atau menghampiri sebarang roket yang dihantar manusia ke angkasa lepas.

Satelit, sebaliknya diletak pada ketinggian serta orbit yang ditetapkan dan tidak akan mengekori mana-mana kapal angkasa.

Astronomi dan saintis angkasa lepas menganggarkan, satelit Kesatria Hitam adalah seberat 10 tan.

Kesatria Hitam juga bergerak dua kali ganda lebih pantas berbanding kapal angkasa lepas.

Jadi, jika Kesatria Hitam bukannya berasal dari Bumi, siapa pemiliknya yang sebenar?

Istilah Hitam

Black Knight
Rakaman Kesatria Hitam melintasi bulan.

Pada bulan Februari 1960, majalah TIME melaporkan bahawa Tentera Laut Amerika telah mengesan sebuah objek hitam mengelilingi Bumi di kedudukan 79 darjah pada garisan Khatulistiwa.

Pada mulanya mereka menyangka ia adalah milik Rusia, tetapi ternyata bukan!

Ada yang mendakwa bahawa Kesatria Hitam telah mengekori Stesen Antarabangsa Angkasa Lepas (ISS).

Sementara itu, istilah 'hitam' yang banyak digunakan dalam menggambarkan sesuatu yang ingin dirahsiakan seperti Projek Hitam, Bajet Hitam dan sebagainya, berkaitan dengan projek atau kajian untuk membangunkan senjata dan pesawat canggih yang seakan UFO.

Bagi gelaran Kesatria Hitam (Black Night), ia menggambarkan ketidakpastian identiti sebenar objek tersebut.

Seperti juga projek hitam yang lain, pihak Barat dan Rusia mahu misteri Kesatria Hitam juga dirahsiakan.

Dengan kewujudan Kesatria Hitam ini, adakah itu tandanya makhluk asing sebenarnya sudah pun sampai ke Bumi?

BACA INI JUGA: Misteri Brazil Sebagai Lokasi 'Lawatan' UFO!

-SENTIASAPANAS.COM

Digi Tawar Internet ‘Unlimited’ Serendah RM1 Sehari

Digi Tawar Internet ‘Unlimited’ Serendah RM1 Sehari

Digi baru-baru ini telah melancarkan 3 pelan prabayar terbaru dan dikatakan pelan terbaru daripada Digi ini lebih memfokuskan kepada penjimatan harga.

DIGI

Untuk menyesuaikan dengan cara penggunaan pengguna, Digi telah menawarkan 3 jenis pelan Internet yang bermula daripada RM1 sehingga RM8.

Pelan Internet RM1 Sehari

Kita mulakan daripada pelan terendah daripada Digi iaitu pelan internet RM1. Dengan langganan serendah RM1, anda berpeluang untuk menggunakan pelbagai sosial media serta menonton video.

Mungkin agak keterlaluan untuk menawarkan RM1 pada kelajuan yang tinggi, Digi telah menetapkan download speed dengan kelajuan 512kbps.

Jika anda seorang yang menggunakan internet bagi tujuan aplikasi Whatsapp dan WeChat, pelan ini sudah cukup memadai rasanya.

Pelan Internet RM3 Sehari

Melalui pelan internet RM3, anda diberi akses percuma panggilan bersama rangkaian telco yang sama. Selain itu, internet ‘unlimited’ juga ditawarkan dengan kelajuan yang rendah.

Pelan Internet RM8 Sehari

Buat anda yang mahukan kelajuan yang tinggi, serta akses untuk kesemuanya, disarankan anda memilih pelan internet RM8. Anda berpeluang untuk melayan internet sepuas-puasnya dengan kelajuan internet yang tinggi.

Digi turut menyatakan apa yang dimaksudkan dengan ‘unlimited’ adalah penggunaan internet sehari dengan quota internet 10GB serta panggilan percuma untuk 1,000.

DIGI+DAILY+UNLIMITED

Melihat kepada tawaran daripada Digi, boleh dikatakan langkah ‘unlimited’ yang dinyatakan agak selamat untuk pengguna biasa.

Buat anda yang berminat untuk melanggan, anda hanya perlu dial *116*2*# seperti gambar diatas dan pilih pelan internet yang sesuai dengan anda.

Setiap langganan cuma boleh digunakan selama 24 selepas diaktifkan dan perlu diaktikan semula jika anda berminat untuk meneruskan langganan.

Untuk makluman lanjut mengenai pelan internet Digi, anda boleh layari laman web Digi.

BACA INI JUGA: Digi Postpaid Diperbaharui Tambahan 10GB Data Percuma!

Sumber: Thevocket

Wednesday, December 07, 2016

Aplikasi Google Trusted Contacts Mengesan Kedudukan Secara LIVE!

Aplikasi Google Trusted Contacts Mengesan Kedudukan Secara LIVE!

Google telah melancarkan sebuah lagi aplikasi keselamatan terbaru iaitu Google Trusted Contacts.

Google Trusted Contacts

Aplikasi ini dilancarkan bagi tujuan keselamatan dimana terdapat beberapa kes gagal diselamatkan berikutan ketiadaan bantuan sewaktu kecemasan.

Dengan Google Trusted Contacts, segalanya menjadi lebih mudah.

Ideanya mudah. Anda hanya perlu memilih keluarga atau rakan baik untuk dimasukkan kedalam ‘trusted contacts’.

Dengan memasukkan mereka kedalam circle anda, aplikasi ini akan sentiasa memberi info dimana anda berada secara live untuk pengetahuan circle anda.

Apa yang awesome mengenai aplikasi ini adalah Trusted Contacts dapat ‘menghidu’ sekiranya ada berada di tempat yang sedikit berbahaya atau sunyi di lewat malam.

Aplikasi ini sekaligus akan menyediakan butang akses membolehkan circle anda mengetahui sekiranya anda berada di dalam bahaya.

Secara asasnya, aplikasi ini mirip dengan aplikasi Swarm, cuma kurang dari segi fancy dan pengkongsian location adalah secara live bersama circle anda.

Setakat ini aplikasi ini cuma ditawarkan buat pengguna Android dan bakal dikeluarkan buat pengguna iOS tidak lama lagi.

Buat pasangan yang sentiasa mahu mengetahui di mana kekasih mereka berada, mungkin ini aplikasi terbaik buat anda juga.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Bagaimana Skrin Sentuh Hand Phone Anda Berfungsi?

Sumber: thevocket

Bertempik Isu Rohingya Tapi Hantar Panglima ATM Ke Myanmar 'Mohon Maaf'!?

Bertempik Isu Rohingya Tapi Hantar Panglima ATM Ke Myanmar 'Mohon Maaf'!?

Antara ikrar dan jerit lolong Najib Razak dalam perhimpunan solidariti Rohingya Ahad lalu ialah untuk berjuang habis-habisan bagi mempertahankan hak asasi etnik tersebut di Myanmar.

Najib+Demo

"Apa mereka nak buat? Sebagai ketua kerajaan nak minta saya tutup mata? Nak saya bisu? Tapi saya tidak akan menutup mata dan tidak akan membisu sebab mereka ini mesti kita bela.

"Kita bela bukan saja kerana mereka seakidah dengan kita. Mereka adalah manusia, mereka ada hak.

"Nyawa mereka bernilai dan kita akan berjuang habis-habisan."

Berucap dalam himpunan yang diadakan di stadium Mini Titiwangsa itu, Najib berkata isyarat sama diberi kepada menteri luar Myanmar, Aung San Suu Kyi yang pernah menerima anugerah nobel keamanan.

“Kita nak beri isyarat kepada kerajaan Myanmar. Kita nak beritahu kepada Aung San Suu Kyi. Enough is enough,” katanya.

“Kerajaan Myanmar akan anggap saya campur tangan dalam urusan Myanmar. Dia gertak saya, saya tak peduli.

“Sebab saya akan hadir (himpunan ini) atas nama Najib. Saya hadir atas nama ummah dan rakyat Malaysia.

“Bukan kita nak campur tangan. Kita nak ingatkan Myanmar charter Asean juga mempertahankan hak asasi manusia,” kata Najib.

Beliau juga menggesa presiden Indonesia Joko Widodo agar meminta rakyat republik itu berhimpun bagi menyuarakan bantahan terhadap Myanmar.

“Rohingya mesti diperjuangkan di Indonesia. Kita nak tunjuk bahawa kita dalam Asean ini, kita tak redha. Kita mesti bertamadun.

“Ini sebahagian maqasid syariah. Ini wajib, ini bukan pilihan. Sebab itu Umno dan PAS ada dalam himpunan. Ya, kita boleh berbeza pendapat. Soal Islam, soal ummah ini bukan politik, ini wajib,” katanya.

***

Di atas adalah antara petikan kata-kata yang dilafazkan sendiri oleh Najib dalam perhimpunan tersebut sebagaimana yang dilaporkan di media-media.

Selain ahli UMNO dan ahli Pas, etnik Rohingya juga turut hadir memeriahkan perhimpunan itu.

Terpaku dan terlentuk ramai orang dibuatnya mendengar ucapan Najib, malah Pas juga jadi terlena dengan ikrar dan janji itu sehingga terlupa kepada skandal 1MDB, bahkan teralpa dengan hakikat bahawa lidah tidak bertulang sebenarnya.

Begitulah Najib, hanya selepas dua hari beliau merelakan tekaknya sakit dengan jerit lolong membela Rohingya, rupa-rupanya Panglima Angkatan Tentera, Jenderal Zulkifeli Mohd Zin susah pun berada di Yangoon dengan tujuan untuk memulihkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar.

Panglima Malaysia Bertemu Panglima Myanmar

Isu_Rohingya

Myanmar Times melaporan, Jenderal Zulkifeli telah bertemu dengan Presiden Myanmar, U Htin Kyaw dan Ketua Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing bagi tujuan meredakan hubungan susulan kritikan keras Najib terhadap kerajaan Myanmar dalam perhimpunan itu yang menyaksikan beliau berpimpin tangan dengan Presiden Pas, Hadi Awang.

Mesyuarat tersebut disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Turus Angkatan Tentera Myanmar yang antara lain menyebut bahawa tiada perlanggaran hak asasi manusia dilakukan ke atas masyarakat Rohingya yang beragama Islam di negara itu.

ATM

Siapa yang menghantar Jenderal Zulkifeli ke Myanmar kalau bukan Najib atau sekurang-kurangnya ada restu beliau tentang pemergiannya itu?

Bagaimana nak berjuang habis-habisan terhadap Rohingya, jika belum apa-apa sudah dihantar wakil untuk memperbaiki hubungan?

Apa lagi yang mahu dipulihkan hubungan dengan Myanmar itu? Hubungan dengan Myanmar lebih penting atau pembelaan kepada Rohingya yang utama?

Patutlah juga, jangankan mahu memutuskan hubungan diplomatik atau memanggil pulang duta kita di Myanmar, duta Myanmar di Malaysia tak juga dipanggil-panggil sehingga ini untuk diserahkan nota bantahan.

Apa yang Najib nak bela lagi etnik Rohingya selepas ini?

Isu_Rohingya

Betul kata Tun Mahathir, tugas Perdana Menteri bukan menyertai perhimpunan tetapi bertindak menggunakan kuasa yang ada.

Justeru kata Tun Mahathir, tindakan yang lebih berkesan dilakukan sebagai tanda protes terhadap kezaliman Myanmar ke atas etnik Rohingya ialah memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar.

"Sebagai kerajaan, (sepatutnya) kita tidak berdemonstrasi.

"Kita berdemonstrasi terhadap kerajaan. Kalau kita tukar (menjadi) kerajaan, cadangan saya ialah kita break off diplomatic relations sebagai satu tanda ketidakpuasan hati kita terhadap layanan terhadap orang Rohingya," katanya.

"Apabila dia (seorang) perdana menteri, dia buat demonstrasi, dia demonstrate kepada siapa?"

Menceritakan pengalamannya, Tun Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun berkata, beliau pernah menulis surat serta menghantar wakil bertemu junta Myanmar untuk menyatakan pandangan kerajaan terhadap penahanan dalam rumah Aung San Suu Kyi.

Suu Kyi adalah bekas pembangkang Myanmar, dilabel sebagai pejuang demokrasi dan penerima anugerah keamanan Nobel 1991 yang diberi sebagai pengiktirafan terhadap usahanya memperjuangkan hak asasi melalui cara aman.

Bagaimanapun untuk nota, Suu Kyi hampir tidak bertindak apa-apa bagi membantu etnik Rohingya setakat ini.

Kata Tun Mahathir, beliau menjemput ketua kerajaan Myanmar ke Malaysia untuk melihat sendiri bagaimana Malaysia mengamalkan demokrasi.

"Begitulah cara sesebuah kerajaan bertindak kerana sebagai pemerintah, seorang perdana menteri tidak turun ke jalan raya menyertai protes.

"Saya menyertai protes jalanan (baru-baru ini) sebab saya tidak berada dalam kerajaan lagi," kata Tun Mahathir.

***

Kalau kuasa yang ada tidak diguna, tetapi lebih memilih berhimpun, bukankah ini hanya sandiwara namanya?

KAH KAH..

BACA INI JUGA: Keganasan Terhadap Penganut Islam Apabila Minoriti, Siapa Pengganas Sebenar?

Sumber: Shahbudin

5 Jenis Pokok Tiin Paling Sesuai Untuk Tanaman Di Malaysia

5 Jenis Pokok Tiin Paling Sesuai Untuk Tanaman Di Malaysia

Sebagai orang baru yang tidak mempunyai pengalaman dalam penanaman pokok Tiin dan teruja untuk mencuba hasil usaha dari pokok sendiri, beberapa kriteria dalam pengsyoran varieti yang telah ditetapkan adalah seperti dibawah.

Buah Tiin

Varieti yang dicadangkan tahan lasak dan mudah serasi dengan perubahan amalan pengurusan pokok (maklumlah sebagai orang baru, banyak kerenah yang berkaitan dengan pokok tin masih belum difahami).

Varieti yang dipilih juga seharusnya cepat berbuah, hasil yang banyak dan boleh masak dengan baik (tidak mudah gugur).

Kriteria ini penting kerana semua peminat baru tidak sabar untuk merasai buah hasil daripada tanaman sendir.

Buah Tiin yang pelbagai bentuk dan warna. Ini boleh memberi kepuasan kepada peminat yang menamannya sambil-sambil menunggu yang terhasil masak dan dirasai.

Berdasarkan kepada kriteria-kriteria diatas, sifu-sifu pokok Tiin telah mengesyorkan varieti-varieti berikut.

1. Taiwan Golden Fig Jumbo atau Black Jack (Buah merah)

Taiwan Golden Fig

Buah Tiin ini berasal dari Taiwan. Berwarna merah dan sedikit kuning apabila matang, isinya berwarna kemerahan. Rasanya sedikit macam strawberi dan melon.

Sangat sesuai ditanam di Malaysia.

2. Masui Dauphine (MD) atau MDA (Buah Merah)

Masui Dauphine (MD) atau MDA (Buah Merah)

Buah bewarna merah, sangat besar dan rasa yang manis. Antara varieti yang terbaik dari Jepun.

3. Green Jordan atau Conadria (Buah hijau)

Green Jordan atau Conadria (Buah hijau)

Selain memiliki rasa yng manis dan legit, Buah Tiin Green Jordan sangat berkhasiat untuk membantu membersihkan racun dalam tubuh dan mencegah penyakit jantung koroner.

Buah Tiin Green Jordan juga sangat sesuai ditanam di dalam pasu.

4. Purple Jordan

Purple Jordan

Varieti Mediterranian. Buah berwarna unggu kecoklatan dengan saiz yang besar (60-70 g), sangat manis dan produktif. Sangat sesuai dengan negara tropika seperti Malaysia. Daun besar.

5. Brown Turkey, Buah coklat, IBT atau BTM6 (Merah kekuningan/Hijau)

Brown Turkey

Varieti Mediteranian. Buah bewarna coklat kehitaman saiz yang sederhana (50-60 g), mempunyai tekstur yang lekit, sangat manis dan produktif. Sangat sesuai dengan negara tropika seperti Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Dan Manfaat Buah Tiin Untuk Hidup Sihat

Sumber: Tinohtin

Tuesday, December 06, 2016

Inilah Punca Sesetengah iPhone 6s Mengalami Masalah Bateri Dan Kerap Terpadam

Inilah Punca Sesetengah iPhone 6s Mengalami Masalah Bateri Dan Kerap Terpadam

Sebelum ini terdapat segelintir pengguna yang terlibat dengan masalah auto shutdown apabila menggunakan update terbaru daripada Apple iaitu iOS 10.1.1, terutamanya model iPhone 6s.

iPhone 6s

Berdasarkan laporan daripada Apple, hanya sesetengah iPhone 6s yang terlibat dimana model ini diperbuat sekitar September sehingga Oktober 2016.

Masalah ini berpunca daripada Foxconn selaku syarikat yang membuat telefon keluaran Apple dimana berlaku sedikit kesilapan ketika proses finishing.

Apple juga melaporkan sistem iOS sendiri yang membuatkan iPhone 6s agar auto shutdown bagi melindungi iPhone daripada masalah melibatkan voltan rendah.

Buat anda yang mempunyai masalah mempunyai iPhone 6s dan mempunyai masalah yang sama, Apple akan mengganti bateri baru secara percuma dengan syarat iPhone 6s anda haruslah diperbuat daripada September 2016 sehingga Oktober 2016.

BACA INI JUGA: Panduan Yang Betul Menyimpan Nombor Telefon Waris Untuk Kecemasan

Sumber: Thevocket

Sindiran Memalukan Media Myanmar Terhadap Najib Isu Skandal 1MDB

Sindiran Memalukan Media Myanmar Terhadap Najib Isu Skandal 1MDB

Dalam laporan portal Myanmar, The Irrawaddy, Suu Kyi dikatakan menghadapi cabaran getir dalam menyelesaikan masalah di Arakan.

Najib+Rasuah

Aung San Suu Kyi dalam usaha menyelesaikan konflik di wilayah Arakan. Dengan kuasa yang terhad, dia memerlukan masa bagi menyelesaikan masalah, dia bukan malaikat, dia manusia dan buat kesilapan.

Suu Kyi sebelum ini mengumumkan masalah di Arakan menjadi keutamaan dan melantik Kofi Annan bagi mengetuai Jawatankuasa Penasihat antara langkah yang dilakukan bagi menyelesaikan konflik di wilayah berkenaan meskipun mendapat tentangan dari Tentera Myammar dan pengubal undang-undang di negara berkenaan kerana melantik orang luar bagi menyelesaikan isu.

Suu Kyi perlu kekal bertenang kerana sebaik sahaja dia buka mulut (bertegas) sudah tentu dia tidak akan mendapat apa-apa kemenangan dari tindakan tersebut.

Sebelum ini ahli-ahli politik di Myammar berulang kali menolak cara Kaunselor Negara menguruskan masalah di Arakan.

Sekurang-kurangnya Suu Kyi mengakui wujudnya masalah di wilayah bergolak itu berbanding rejim terdahulu yang langsung tidak mengambil peduli, lapor portal itu lagi.

Dalam membela Suu Kyi, penulis juga mengkritik Najib. Dengan cara yang kita sebagai rakyat Malaysia langsung tak mampu nak buka mulut untuk membela Najib.

Ya, itulah yang berlaku. Mereka kutuk-kutuk, sindir-sindir, perlekehkan dan mengejek PM Malaysia dalam keadaan kita langsung tak mampu nak membalas kritikan tersebut sebab kritikan mereka itu benar dan ada asasnya.

Kartun oleh Kyaw Thu Yein menggambarkan Najib bersongkok berjalan di atas tali dan membaling bola yang tertera perkataan “Hentikan Pembunuhan Etnik” sambil membawa beg yang dilabel "rasuah".

Portal itu menyebut, Najib seperti ramainya pemimpin-pemimpin Asia yang lain bukanlah pejuang hak asasi kemanusiaan sebaliknya ada seseorang yang tercemar dengan krisis korupsi dan rasuah.

Mungkin sebagai muslim dia mempunyai rasa simpati terhadap apa yang berlaku di wilayah Arakan namun ia lebih disyaki Najib sebenarnya mempunyai agenda peribadi (disyaki? well The Irrawaddy, Najib memang berpropaganda okay, bukan disyaki lagi dah!).

Najib berhadapan dengan krisis politik di negaranya dalam pertuduhan bahawa dia mungkin telah menyeleweng dana sebanyak USD1b termasuklah dana pelaburan 1MDB.

Adakah PM Najib yang terpalit dengan skandal korupsi sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan sokongan dan kepercayaan umum sekaligus mengalihkan perhatian rakyat ke atas skandal rasuahnya?

Itulah antara point penting laporan The Irrawaddy. Too bad.

Irrawaddy tak kenal rakyat Malaysia. Kita orang tak boleh dialih minda sebegitu. Satu dua hari je paling lama tak cakap tentang 1MDB. Lepas tu mesti mengungkit lagi dan lagi dan lagi.

Apa pun persepsi media lain tentang corak pentadbiran Najib. Sangat memalukan negara. Dan dia tu PM Malaysia. PM kita.

Dan paling teruk kita langsung tak boleh nak angkat muka untuk defend dia kat hadapan pengkritik-pengkritik yang datang dari luar negara.

Terpaksa redha sebab kita sendiri pun mengakui Najib memang PM yang teruk. Nak buat macam mana.

Layankan aje dia dan kita kena kekah dengan Myammarians. Jahanam.

BACA INI JUGA: Projek ECRL Kembar 1MDB? Apa Yang Rakyat Perlu Tahu Mengenainya?

Sumber: Amenoworld

Aishwarya Rai Cuba Bunuh Diri Namun Berjaya Di Selamatkan Doktor?!

Aishwarya Rai Cuba Bunuh Diri Namun Berjaya Di Selamatkan Doktor?!

Aishwarya Rai Bachchan dikatakan menjadi mangsa terbaharu khabar angin berhubung kematiannya beberapa bulan selepas bapa mertuanya Amitabh Bachchan serta pelakon Katrina Kaif mengalami nasib yang sama.

Aishwarya Rai

Laporan mendakwa, Aishwarya mengambil dos penenang berlebihan berikutan pertengkaran keluarga berhubung gambar intim dengan pasangannya dalam filem Ae Dil Hai Mushkil, Ranbir Kapoor.

Laporan itu mendakwa tindakan aktress yang juga bekas ratu cantik dunia itu tidak dihebahkan anggota keluarganya.

Bagaimanapun, penipuan itu terbongkar selepas pelakon yang berusia 43 tahun itu dilihat di sebuah parti oleh pereka fesyen Manish Malhotra.

"Saya bersama Aishwarya dan Abhishek hingga jam 2.00 pagi pada Isnin di rumah Manish. Dia kelihatan berseri-seri dan gembira.

"Ramai tetamu memuji penampilannya dalam filem Ae Dil Hai Mushkil dan suaminya kelihatan agak gembira mengenainya, "kata satu sumber kepada Hindustan Times.

Sebelum itu, khabar angin tersebar mendakwa keluarga Bachchan memanggil doktor ke kediaman mereka selepas mendapati Aishwarya telah membunuh diri dan bagi menyembunyikan perkara itu, mereka didakwa tidak membawanya ke hospital.

Sementara itu, menurut laporan lain, bertajuk Outlook Pakistan, Aishwarya Rai menyalahkan khabar angin mengenai masalah perkahwinannya menjadi punca untuk membunuh diri.

Laman web itu juga memetik kenyataan doktor yang merawat pelakon itu.

Blog itu memetik doktor yang tidak dinamakan sebagai berkata, "Selepas diselamatkan, Aishwarya berkata kepada saya, "biarkan saya mati, lebih baik mari daripada hidup seperti ini."

Terdahulu, pelakon Bollywood Katrina Kaif, Amitabh Bachchan, Ayushmann Khuranna, Dilip Kumar, Honey Singh, Rajinikanth dan Lata Mangeshkar turut pernah berdepan khabar angin berkaitan kematian.

BACA INI JUGA:

Sumber: SH