Wednesday, December 07, 2016

Bertempik Isu Rohingya Tapi Hantar Panglima ATM Ke Myanmar 'Mohon Maaf'!?

Loading...

Antara ikrar dan jerit lolong Najib Razak dalam perhimpunan solidariti Rohingya Ahad lalu ialah untuk berjuang habis-habisan bagi mempertahankan hak asasi etnik tersebut di Myanmar.

Najib+Demo

"Apa mereka nak buat? Sebagai ketua kerajaan nak minta saya tutup mata? Nak saya bisu? Tapi saya tidak akan menutup mata dan tidak akan membisu sebab mereka ini mesti kita bela.

"Kita bela bukan saja kerana mereka seakidah dengan kita. Mereka adalah manusia, mereka ada hak.

"Nyawa mereka bernilai dan kita akan berjuang habis-habisan."

Berucap dalam himpunan yang diadakan di stadium Mini Titiwangsa itu, Najib berkata isyarat sama diberi kepada menteri luar Myanmar, Aung San Suu Kyi yang pernah menerima anugerah nobel keamanan.

“Kita nak beri isyarat kepada kerajaan Myanmar. Kita nak beritahu kepada Aung San Suu Kyi. Enough is enough,” katanya.

“Kerajaan Myanmar akan anggap saya campur tangan dalam urusan Myanmar. Dia gertak saya, saya tak peduli.

“Sebab saya akan hadir (himpunan ini) atas nama Najib. Saya hadir atas nama ummah dan rakyat Malaysia.

“Bukan kita nak campur tangan. Kita nak ingatkan Myanmar charter Asean juga mempertahankan hak asasi manusia,” kata Najib.

Beliau juga menggesa presiden Indonesia Joko Widodo agar meminta rakyat republik itu berhimpun bagi menyuarakan bantahan terhadap Myanmar.

“Rohingya mesti diperjuangkan di Indonesia. Kita nak tunjuk bahawa kita dalam Asean ini, kita tak redha. Kita mesti bertamadun.

“Ini sebahagian maqasid syariah. Ini wajib, ini bukan pilihan. Sebab itu Umno dan PAS ada dalam himpunan. Ya, kita boleh berbeza pendapat. Soal Islam, soal ummah ini bukan politik, ini wajib,” katanya.

***

Di atas adalah antara petikan kata-kata yang dilafazkan sendiri oleh Najib dalam perhimpunan tersebut sebagaimana yang dilaporkan di media-media.

Selain ahli UMNO dan ahli Pas, etnik Rohingya juga turut hadir memeriahkan perhimpunan itu.

Terpaku dan terlentuk ramai orang dibuatnya mendengar ucapan Najib, malah Pas juga jadi terlena dengan ikrar dan janji itu sehingga terlupa kepada skandal 1MDB, bahkan teralpa dengan hakikat bahawa lidah tidak bertulang sebenarnya.

Begitulah Najib, hanya selepas dua hari beliau merelakan tekaknya sakit dengan jerit lolong membela Rohingya, rupa-rupanya Panglima Angkatan Tentera, Jenderal Zulkifeli Mohd Zin susah pun berada di Yangoon dengan tujuan untuk memulihkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar.

Panglima Malaysia Bertemu Panglima Myanmar

Isu_Rohingya

Myanmar Times melaporan, Jenderal Zulkifeli telah bertemu dengan Presiden Myanmar, U Htin Kyaw dan Ketua Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing bagi tujuan meredakan hubungan susulan kritikan keras Najib terhadap kerajaan Myanmar dalam perhimpunan itu yang menyaksikan beliau berpimpin tangan dengan Presiden Pas, Hadi Awang.

Mesyuarat tersebut disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Turus Angkatan Tentera Myanmar yang antara lain menyebut bahawa tiada perlanggaran hak asasi manusia dilakukan ke atas masyarakat Rohingya yang beragama Islam di negara itu.

ATM

Siapa yang menghantar Jenderal Zulkifeli ke Myanmar kalau bukan Najib atau sekurang-kurangnya ada restu beliau tentang pemergiannya itu?

Bagaimana nak berjuang habis-habisan terhadap Rohingya, jika belum apa-apa sudah dihantar wakil untuk memperbaiki hubungan?

Apa lagi yang mahu dipulihkan hubungan dengan Myanmar itu? Hubungan dengan Myanmar lebih penting atau pembelaan kepada Rohingya yang utama?

Patutlah juga, jangankan mahu memutuskan hubungan diplomatik atau memanggil pulang duta kita di Myanmar, duta Myanmar di Malaysia tak juga dipanggil-panggil sehingga ini untuk diserahkan nota bantahan.

Apa yang Najib nak bela lagi etnik Rohingya selepas ini?

Isu_Rohingya

Betul kata Tun Mahathir, tugas Perdana Menteri bukan menyertai perhimpunan tetapi bertindak menggunakan kuasa yang ada.

Justeru kata Tun Mahathir, tindakan yang lebih berkesan dilakukan sebagai tanda protes terhadap kezaliman Myanmar ke atas etnik Rohingya ialah memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar.

"Sebagai kerajaan, (sepatutnya) kita tidak berdemonstrasi.

"Kita berdemonstrasi terhadap kerajaan. Kalau kita tukar (menjadi) kerajaan, cadangan saya ialah kita break off diplomatic relations sebagai satu tanda ketidakpuasan hati kita terhadap layanan terhadap orang Rohingya," katanya.

"Apabila dia (seorang) perdana menteri, dia buat demonstrasi, dia demonstrate kepada siapa?"

Menceritakan pengalamannya, Tun Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun berkata, beliau pernah menulis surat serta menghantar wakil bertemu junta Myanmar untuk menyatakan pandangan kerajaan terhadap penahanan dalam rumah Aung San Suu Kyi.

Suu Kyi adalah bekas pembangkang Myanmar, dilabel sebagai pejuang demokrasi dan penerima anugerah keamanan Nobel 1991 yang diberi sebagai pengiktirafan terhadap usahanya memperjuangkan hak asasi melalui cara aman.

Bagaimanapun untuk nota, Suu Kyi hampir tidak bertindak apa-apa bagi membantu etnik Rohingya setakat ini.

Kata Tun Mahathir, beliau menjemput ketua kerajaan Myanmar ke Malaysia untuk melihat sendiri bagaimana Malaysia mengamalkan demokrasi.

"Begitulah cara sesebuah kerajaan bertindak kerana sebagai pemerintah, seorang perdana menteri tidak turun ke jalan raya menyertai protes.

"Saya menyertai protes jalanan (baru-baru ini) sebab saya tidak berada dalam kerajaan lagi," kata Tun Mahathir.

***

Kalau kuasa yang ada tidak diguna, tetapi lebih memilih berhimpun, bukankah ini hanya sandiwara namanya?

KAH KAH..

BACA INI JUGA: Keganasan Terhadap Penganut Islam Apabila Minoriti, Siapa Pengganas Sebenar?

Sumber: Shahbudin

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon