Oct 14, 2016

Digi Postpaid Diperbaharui Tambahan 10GB Data Percuma!

Digi mengemaskini pelan pascabayar mereka, dengan menambah kuota data dengan sebelum ini, pelan Digi Postpaid 80 memberi 10GB data dan kini pelan yang sama memberikan 20GB data sebulan dengan harga kekal sama.

DIGI

Tetapi ia kelihatan menambah data hujung minggu sahaja. Sama seperti pelan pascabayar Celcom FiRST, pelan Digi Postpaid yang baru ini memberikan 10GB data sepanjang bulan, dan 10GB data lagi untuk kegunaan rangkaian 4G hujung minggu.

Berbeza dengan Celcom FiRST Gold, Digi tidak mengehadkan penggunaan data hujung minggu ini mengikut minggu. Sebaliknya ia boleh digunakan terus pada bila-bila hujung minggu.

Bermakna, pengguna boleh menghabiskan 10GB data hujung minggu, pada hujung minggu pertama dalam bulan tersebut.

Tetapi ia hanya boleh digunakan dengan rangkaian 4G Digi. Jika anda bersambung ke rangkaian 3G atau 2G, ia akan memakan kuota data bulanan bukan lagi kuota hujung minggu.

DIGI

Ini merupakan satu keyakinan Digi terhadap liputan rangkaian 4G mereka.

Pelan pascabayar baru Digi ini masih memberikan panggilan tanpa had, bersama 300 SMS ke semua talian.

Ia turut memiliki kuota data yang tidak habis digunakan dibawa ke bulan hadapan, sehingga 2GB banyaknya.

Seperkara lagi, Digi turut menawarkan tambah nilai terbaru, yang dipanggil Border Roaming (Perayauan Sempandan).

Di Singapura, pengguna Digi kini boleh menggunakan sehingga 5GB data bersama 60 minit panggilan, dengan membayar tambahan RM5 sebulan.

Selain pelan Digi Postpaid 80, Digi turut menawarkan pelan lebih mampu milik Digi Postpaid 50.

DIGI

Ia memberikan 10GB data sebulan, dalam pecahan 5GB data sepanjang masa dan 5GB data 4G hujung minggu.

Untuk pengguna yang mahukan lebih data, Digi menyediakan pelan Digi Postpaid 110, dengan 40GB data sebulan dalam bentuk 20GB data sepanjang masa dan 20GB data 4G hujung minggu.

Pelan baru ini telah mula ditawarkan sekarang, tetapi ia tidak disertakan bersama pelan telefon seperti iPhone 7 yang baru.

Ia juga ditawarkan untuk masa terhad, yang tidak dinyatakan sehingga bila. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Pascabayar Digi.

BACA INI JUGA:

Sumber: Theskop

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon